Wednesday, 5 July 2017

Di antara Mereka Yang Itu, Mereka Yang Ini Dan Kita

Kedamaian Untuk Semua, 

Tugas dan urusan harian memaksa saya menjarakkan diri dari komputer riba buat beberapa ketika.

Sementara saya menyelesaikan semua urusan ini, saya poskan di sini beberapa video untuk tontonan para pembaca. 

MEREKA YANG ITU


video

video

MEREKA YANG INI

video

video


Mereka yang itu bukan kita. Begitu juga dengan mereka yang ini. 

Sesungguhnya kita tersendiri dan punyai harapan untuk membina jati diri dan ketamadunan yang berbeza.

Kita boleh sahaja mengambil iktibar dari mereka yang itu, mengumpul yang terbaik dari mereka yang ini dan sebaliknya.

Pokok pangkalnya, kita perlu membina nilai-nilai  yang tersendiri untuk menjadi yang tersendiri.

Kita perlu mendirikan iltizam kita yang tersendiri. Kita perlu memurni dan yakin dengannya. 

Jika itulah kesungguhan yang kita semat maka hanya masa yang akan membuktikan keupayaan kita kepada dunia.

Damai/Peace/Shalom/Shanti

Ashwed

Saturday, 24 June 2017

Siri Ramadhan - Laa-kum-deenukum-waa-lee-yaa-deen

Kedamaian Untuk Semua,

Baru-baru ini, seorang kenalan Al Quran yang sudah sekian lama saya tidak ketemu menghantar kiriman whatsapp.

Beliau memohon saya untuk mengupas sedikit mengenai ungkapan " Laa-kum-deenukum-waa-lee-yaa-deen".

Ungkapan yang terkenal ini boleh di dapati melalui AQ 109:6

Versi asal keterangan penuh surah yang dikenali sebagai Al-Kaafirun di dalam Bahasa Arab Al Quran adalah seperti berikut ;

A001
A002
A003
A004
A005
A006

Berikut pula adalah beberapa versi terjemahan yang boleh kita dapati secara online :-

E-Bacaan oleh Othman Ali

109:1. Katakanlah, "Wahai orang-orang tidak percaya,
109:2. Aku tidak sembah apa kamu sembah,
109:3. Dan kamu tidak sembah apa aku sembah,
109:4. Dan tidak juga aku sembah apa kamu sembah,
109:5. Dan tidak juga kamu sembah apa aku sembah.
109:6. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku!"

Surah.My

109:1 "Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!"
109:2 "Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah"
109:3 "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah"
109:4 "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat"
109:5 "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat"
109:6 "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku"

Marmaduke Pickthall

109:1 "Say: O disbelievers!"
109:2 "I worship not that which ye worship"
109:3 "Nor worship ye that which I worship"
109:4 "And I shall not worship that which ye worship"
109:5 "Nor will ye worship that which I worship"
109:6 "Unto you your religion, and unto me my religion"

Yusuf Ali

109:1 "Say: O ye that reject Faith!"
109:2 "I worship not that which ye worship"
109:3 "Nor will ye worship that which I worship"
109:4 "And I will not worship that which ye have been wont to worship"
109:5 "Nor will ye worship that which I worship"
109:6 "To you be your Way and to me mine"

Terjemahan Bahasa Indonesia

109:1 "Katakanlah: "Wahai golongan kafir"
109:2 "aku tidak menyembah yang kalian sembah"
109:3 "dan kalian tidak akan menyembah yang kusembah"
109:4 "dan aku tak akan menyembah yang selama ini kalian sembah"
109:5 "dan kalian tidak akan menyembah yang kusembah"
109:6 "Diri kalian, agama kalian; sedangkan diriku, agamaku"

Terdapat 3 kata kunci untuk memahami keterangan Surah ini. Kata-kata itu adalah KAAFIR, ABDI dan DEEN.

Kaafir

Kaafir berakar kata dari huruf kaf-fa-ra yang membawa maksud mereka yang menolak atau rejectors.

Persoalannya, perkara apakah yang golongan ini tolak.

Seperti yang sidang pembaca boleh simpulkan dari contoh-contoh keterangan yang saya lampirkan di atas, kebanyakkan penterjemah menafsir bahawa perkara yang golongan ini tolak ialah kepercayaan atau faith.

Ini membawa kita kepada persoalan besar yang manusia masih buntu di dalam menemui jawapannya selama beribu-ribu tahun.

Suatu persoalan yang menjerumus manusia kepada nasib malang yang berterusan dengan pembunuhan, peperangan dan penganiayaan.

IAITU KEPERCAYAAN MANAKAH YANG PALING BENAR ? DI ANTARA HINDU, BUDDHA, JUDAISM, KRISTIAN DAN ISLAM YANG MANA SATUKAH YANG PALING BENAR ?

Jika perkara mengenai kepercayaan ini tidak dapat menjadikan manusia berdamai secara menyeluruh maka sudah tentulah perkara ini bukanlah sesuatu yang berbentuk kebenaran hakiki.

Kebenaran hakiki adalah suatu perkara yang kita tidak ada jawapan lain selain dari mengatakan ianya benar.

Suatu jawapan yang setiap manusia tidak kira bangsa dan ideologi terpaksa mengakui bahawa ia adalah benar. Sebagai contoh jika dahaga kita minum dan jika lapar kita perlukan makanan.

Anda boleh membaca mengenai kebenaran hakiki di artikel ini untuk memahaminya secara lebih lanjut http://ashwed1973.blogspot.my/2016/04/the-ultimate-truth.html

Oleh yang demikian, kaafir dari sudut yang menyeluruh ialah mereka yang menolak kebenaran hakiki.

Tidak kira apa jenis kepercayaan kita, jika kita menolak kebenaran hakiki maka kita adalah seorang yang kaafir.

Dan yang paling penting, hakikatnya setiap manusia ini sebenarnya sekejap kaafir dan sekejap tidak.

Ini adalah kerana, tidak semua kebenaran hakiki telah kita temui jawapannya.

Menyebabkan kita masih mempraktis perkara salah atau mempercayai idea yang salah di dalam pemikiran kita mengenai sesuatu.

Ada manusia yang mempercayai memukul badan sendiri dengan rantai pada suatu tarikh yang tertentu dapat menghapuskan dosa mereka.

Mereka ini kita boleh kategorikan sebagai kaafir dari melindungi tubuh daripada kecederaan.

Namun, di sudut yang lain mereka ini juga sudah menemui jawapan kebenaran hakiki bahawa apabila dahaga kita perlu minum air dan makan makanan apabila lapar.

Mereka beramanah (iman) kepada seperkara dan menolak (kaafir) kepada perkara yang lain.

Abdi

Abdi berakar kata dari huruf ain-ba-dal.

Abdi bukanlah suatu bentuk perbuatan tetapi adalah suatu keadaan yang dirasai oleh minda.

Ia adalah sangat berbeza dari menyembah. Menyembah adalah suatu perbuatan yang berbentuk fizikal.

Untuk membuat proses penyembahan, suatu medium yang juga berbentuk fizikal perlu berada di hadapan mereka yang melakukan proses ini.

Ia boleh jadi berbentuk batu kiub, batu berhala, batu tembok atau batu berbentuk manusia.

Ia boleh juga berbentuk makhluk alam yang lain seperti gunung-ganang, pohon besar dan pelbagai lagi item yang kadang-kadang menyebabkan kita terfikir apa benarkah manusia ini adalah spesis yang terpelajar dan sudah mencapai kemajuan tinggi di dalam bidang berfikir ?

Untuk melakukan proses penyembahan, manusia mencipta tatacara khas yang standard dan perlu diikuti oleh kumpulan manusia yang mengakui tergolong di dalam golongan mereka.

Oleh kerana manusia jumlahnya ramai, mempunyai budaya yang berbeza, mempunyai bentuk geografi negara yang pelbagai dan ketamadunan yang berbeza di era yang berbeza, maka terdapat beratus ribu tatacara telah mereka cipta sebagai proses penyembahan kumpulan mereka.

Kita mengenalinya dengan lebih mudah sebagai ritual.

Bagi kebanyakkan manusia, agama adalah bersamaan dengan ritual (proses penyembahan). Ritual inilah yang membezakan mereka dari kumpulan yang lain.

Bagi mereka ritual inilah yang menjadikan ada sesetengan kumpulan benar dan setengah yang lain sesat. Ritual inilah sebenarnya tajuk utama peperangan yang mereka masuki.

Al Quran mempunyai kata khas mengenai proses penyembahan (ritual). Ia dikenali sebagai yad-oo

A117

"yang mereka sembah selain Allah itu, tidak lain hanyalah berhala, dan dengan itu mereka tidak lain hanyalah menyembah syaitan yang durhaka" AQ 4:117


Menurut Al Quran manusia dan pemikiran mereka yang tersembunyi (jin) dicipta untuk mengabdikan diri kepada KU.

Siapakah KU di dalam keterangan tersebut ?

A056

"Aku tidak cipta jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu (li-yak-budu-ni)" AQ 51:56

Menurut Al Quran juga Tuhan adalah Maha Kaya dari segala sesuatu.

A006

"Sesiapa berjuang, dia berjuang hanya untuk dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Kaya daripada semua alam" AQ 29:6

Oleh itu, kepada siapakah sebenarnya kita perlu mengabdikan diri ?

Kita sebenarnya mengabdi kepada diri kita sendiri (KU), kepada iltizam yang kita impikan.

Mereka yang khusyuk (fokus) mengabdikan diri kepada kesungguhan yang mereka cita-citakan akan berjaya dari mereka yang tidak berapa khusyuk (fokus).

Sebab itu ada peguam yang berjaya ada yang tidak. Ada doktor yang terkenal ada yang tidak. Ada artis yang popular, ada yang hanya suam-suam kuku.

Ada agamawan, kata-katanya boleh dijual kepada orang awam, ada pula yang jarang-jarang dipanggil membuat upacara doa. Lol : = )

Hakikatnya siapa yang berusaha bersungguh-sungguh dialah yang akan menuai hasil.

Deen

Dan akhir sekali ialah perkataan deen. Ini adalah perkataan yang membentuk tema keseluruhan Al Quran.

Memahami perkataan ini akan membuka pandangan kita kepada kehidupan. Ia akan membuatkan kita lebih memahami kepelbagaian yang tercipta di dunia ini.

Deen bukanlah agama. Ia tidak boleh membawa maksud agama kerana agama adalah kepercayaan. Kepercayaan bukan bersifat kebenaran hakiki.

Ia juga bukan bermaksud tatacara hidup kerana tatacara hidup juga adalah suatu yang berbentuk kepercayaan. Ia adalah suatu bentuk ritual yang lebih halus.

Maksud sebenar deen adalah begini ;

A030  
"Maka tegakkanlah wajah kamu kepada Ad-Deen, seorang yang lurus - fitrah (fit-ra-ta) Allah yang dengannya memulakan manusia. Tidak ada pertukaran dalam fitrah (fa-ta-ra) Allah. Itu Deen yang betul; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya" AQ 30:30

Deen adalah fitrah iaitu sesuatu yang berbentuk hakikat.

Untuk menerangkan perkara ini, mari kita buat sedikit analisa kepada suatu peristiwa buli yang menjadi tular di tanahair kita.

http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/06/15/teenager-dies/

Image result for nhaveen

Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada kedua-dua ibubapa adik T. Nhaveen.

Mengenangkan apa yang beliau perlu lalui semasa diperlakukan sedemikian rupa menyebabkan emosi kita menjadi sedih.

Memikirkan pula peristiwa sebegini terjadi selepas kes dera seterika wap di Universiti Pertahanan Negara akan membuatkan kita terfikir bahawa ada yang tidak kena dengan saikologi masyarakat kita.

Dan tiada yang lebih tepat untuk menerangkan maksud frasa "Laa-kum-deenukum-waa-lee-yaa-deen" dari analisa Saudara Mak Chee Kin dari Melaka Action Group for Parents in Education .. "At the same time time, children must be taught to be accepting of peoples' differences".


Bagi kamu fitrahmu dan bagiku fitrahku.

Tiada perubahan di dalam fitrah. Jika seseorang lelaki dilahirkan bersuara dan berperwatakan lembut. Ketahuilah ini adalah fitrah beliau.

Menggelar beliau dengan gelaran kurang sopan seperti sotong, pondan, sissy, akua dan sebagainya hanya menyerlahkan kedangkalan kita mengenai fitrah/deen kejadian sesuatu.

Ia sama sahaja dengan mengutuk mengapa seorang cacat dilahirkan dengan sebelah tangan sahaja, tidak berkaki, mulut sumbing dan sebagainya.

Mereka ini tidak meminta untuk dilahirkan sebegitu.

Begitu juga dengan kamu yang dilahirkan berbadan besar dan tinggi yang dengannya kamu gunakan untuk membelasah orang lain. 

Adakah kamu pernah membuat permintaan untuk dilahirkan sebegitu ? Itu adalah fitrahmu. Bagi kamu fitrahmu dan bagi Nhaveen fitrahnya.

Namun, apa yang dikumpul dan dipercayai oleh pemikiran kamu, itu bukan fitrah.

Ia adalah satu ideologi yang dibentuk oleh orang disekeliling ke dalam pemikiran kamu.

Pembentukkan itu menjadikan kamu seorang yang prejudis.

Kamu mengutuk orang yang lembut seolah-olah mereka bukan seorang lelaki seperti dirimu hanya kerana hakikat suaranya yang tidak kasar.

Jikalah ibu kamu menjadi obese akibat ketidakseimbangan hormon kerana  melahirkan kamu, adakah patut datang sekumpulan remaja mengutuknya sebagai gemuk. Lalu membelasah dan menderanya kerana fitrahnya yang gemuk itu ?

Ideologi kejam yang terbentuk akibat prejudis masyarakat ini boleh dikekang dengan melakukan soum. Tahanlah diri kamu sehingga kamu dapat membezakan yang benar dari yang salah.

Bukakan minda, buat pemerhatian nescaya kita akan menyedari dan berkata "Laa-kum-deenukum-waa-lee-yaa-deen"

Terimalah hakikat/deen bahawa jumlah manusia di dunia ini lebih dari 7,000,000,000.00 orang. Sudah tentu terdapat perbezaan yang sangat ketara di antara seorang dengan yang lain.

Bagimu fitrahmu dan bagiku fitrahku.

Ashwed

Eid-ul-Fitri

Kedamaian Untuk Semua,

Setiap organisasi keagamaan mempunyai hari perayaan mereka yang tersendiri.

Kebiasaanya, hari perayaan ini akan berkaitan dengan tarikh tertentu di dalam kalendar keagamaan masing-masing.

Tarikh yang suci di dalam sesuatu agama, tidak semestinya suci pada agama yang lain.

Sungguh pelik jika difikirkan. 

Tuhan yang sama mengarahkan tarikh suci yang berbeza mengikut budaya, ketamadunan dan era yang berbeza ?

Adakah Tuhan ini terlupa bahawa Dia pernah memilih satu tarikh suci untuk suatu kaum terpilih di sebuah era yang sudah berlalu ? 

Mengapa Dia memilih tarikh yang lain pula untuk kaum yang lain ?

Jika kita membuat sedikit penyelidikan, kita akan dapati bahawa terdapat sejarah di sebalik setiap tarikh perayaan di dalam sesebuah organisasi keagamaan. 

Ia kebiasaanya di ambil sempena sesuatu peristiwa yang terjadi di era itu.

Yang memilih tarikh-tarikh ini bukanlah Tuhan, tetapi manusia yang menjadi pemimpin di era tersebut. Ia menjadi ikutan dan tradisi yang lama-kelamaan di anggap suci.

Berikut adalah sedikit latar belakang perayaan Eid-ul-Fitri mengikut wikipedia;

Eid al-Fitr was originated by the Islamic prophet Muhammad. It is observed on the first of the month of Shawwal at the end of the month of Ramadan, during which Muslims undergo a period of fasting.

According to certain traditions, these festivals were initiated in Medina after the migration of Muhammad from Mecca. Anas reports:
When the Prophet arrived in Madinah, he found people celebrating two specific days in which they used to entertain themselves with recreation and merriment. He asked them about the nature of these festivities at which they replied that these days were occasions of fun and recreation. At this, the Prophet remarked that the Almighty has fixed two days [of festivity] instead of these for you which are better than these: Eid al-Fitr and Eid al-Adha
For Muslims, both the festivals of Eid al-Fitr and Eid al-Adha are occasions for showing gratitude to Allah and remembering Him, as well as giving alms to the poor.

Perkataan yang wajar kita ambil perhatian ialah TRADISI.

Seperti yang telah saya simpulkan. Kalendar Hijri di cipta di zaman Saidina Umar berbelas tahun selepas kewafatan Nabi Terakhir. 

Ini adalah sejarah dari perspektif bangsa Arab.

Oleh yang demikian, semasa hayatnya Nabi Terakhir tidak mungkin pernah melalui bulan yang dinamakan Syawal iaitu bulan kesepuluh di dalam kalendar hijri.

Ini adalah kerana bulan tersebut belum lagi dicipta semasa baginda hidup.

Nabi Terakhir, mengikut sejarah orang Arab sendiri, mengikuti kalendar yang dipanggil kalendar jahili. Bulan ke-10 di dalam kalendar ini dikenali sebagai Wa'l atau Wa'il.

Oleh kerana baginda tidak pernah melalui bulan ini, maka setiap tradisi ritual yang dipraktis pada hari pertama bulan Syawal sebenarnya dimulakan oleh orang lain.

Berikut adalah bukti jelas orang yang memulakan setiap tradisi ritual pada hari pertama bulan Syawal. 

Nama mereka tertulis dengan sebegitu terang di bawah amalan yang mereka mulakan.


image

Pun begitu, saya mengambil kedudukan untuk sama-sama meraikan perayaan ini bersama keluarga dan rakan taulan.

Ini adalah kerana fitrah yang diredhai hanyalah KEDAMAIAN. Mana-mana perayaan di dalam mana-mana jenama agama mempunyai ciri-ciri kedamaian.

Sungguhpun ia hanya seketika dan agak plastik. Namun, ia sudah cukup membuktikan tanpa ragu-ragu bahawa KEDAMAIAN sememangnya fitrah yang diredhai.  

Semoga golongan ekstremis, tidak kira di dalam organisasi apa pun yang mereka berada sedar bahawa hanya dengan menerima perbezaan di antara manusia sahaja, kita dapat menerbitkan KEDAMAIAN. 

KEDAMAIAN adalah asas kehidupan. Ia bukanlah matlamat.

Ashwed

Thursday, 15 June 2017

Siri Ramadhan - Logik Akal 2

Kedamaian Untuk Semua,

Sebagai renungan dan kajian mereka yang hidup hatinya;

http://www.searchformecca.com/timeline.html

Image result for search for mecca.com timeline

Image result for search for mecca.com timeline


Image result for search for mecca.com timeline

Al-Aqsa Mosque
المسجد الاقصى‎ Masjid al-‘Aqṣā
Israel-2013-Jerusalem-Temple Mount-Al-Aqsa Mosque (NE exposure).jpg
Al-Aqsa Mosque is located in Jerusalem
Al-Aqsa Mosque
Location within the Old City of Jerusalem

Basic information
LocationOld City of Jerusalem
Geographic coordinates31°46′34″N 35°14′09″E / 31.77617°N 35.23583°E / 31.77617; 35.23583Coordinates: 31°46′34″N 35°14′09″E / 31.77617°N 35.23583°E / 31.77617; 35.23583



Al-Aqsa Mosque (Arabic: المسجد الاقصى‎‎ Al-Masjid al-‘Aqṣā, IPA: [ʔælˈmæsdʒɪd ælˈʔɑqsˤɑ], "the Farthest Mosque"), also known as Al-Aqsa and Bayt al-Muqaddas, is the third holiest site in Sunni Islam and is located in the Old City of Jerusalem. Whilst the entire site on which the silver-domed mosque sits, along with the Dome of the Rock, seventeen gates, and four minarets, was itself historically known as the Al-Aqsa Mosque, today a narrower definition prevails,[note 1] and the wider compound is usually referred to as al-Haram ash-Sharif ("the Noble Sanctuary"),[3] or the Temple Mount, the holiest site in Judaism. Muslims believe that Muhammad was transported from the Sacred Mosque in Mecca to al-Aqsa during the Night Journey. Islamic tradition holds that Muhammad led prayers towards this site until the seventeenth month after the emigration, when God directed him to turn towards the Kaaba.

The mosque was originally a small prayer house built by Umar the second caliph of the Rashidun Caliphate, but was rebuilt and expanded by the Umayyad caliph Abd al-Malik and finished by his son al-Walid in 705 CE. The mosque was completely destroyed by an earthquake in 746 and rebuilt by the Abbasid caliph al-Mansur in 754. His successor al-Mahdi rebuilt it again in 780. Another earthquake destroyed most of al-Aqsa in 1033, but two years later the Fatimid caliph Ali az-Zahir built another mosque which has stood to the present day.

Image result for search for mecca.com timeline

Masjid Pertama di Asia Timur, menghala ke Petra. Mengapa ? Bagaimana dengan Masjid Al Aqsa ? Ia menghala ke mana pada tahun ke-6 H ? Atau ia langsung tidak pernah wujud pada waktu itu ?

Mengapa di awal sejarah tamadun Islam Masjid Al Aqsa tidak mempunyai apa-apa significant ? Sedangkan nama itu sudah tertulis di dalam Al Quran ? Benarkah ia merujuk kepada sebuah masjid atau sekadar afterthought, dibina selepas membaca nama itu di dalam Al Quran ?

Adakah Masjid-il-Haram sudah wujud pada waktu ini ? Persoalan yang lebih besar ialah adakah bandar Mekah adalah sebuah bandar besar ketamadunan di zaman itu ?

Atau ia hanya sebuah bandar kecil yang tidak termasuk di dalam pelan persinggahan pemimpin-pemimpin besar di zaman itu seperti Ibrahim, Lut dan sebagainya ?

Image result for search for mecca.com timeline

Dubito ergo cogito ergo sum.

Ashwed

Friday, 9 June 2017

Siri Ramadhan - Logik Akal

Kedamaian Untuk Semua,

Untuk pengetahuan para pembaca, saya telah menulis sebanyak 164 buah artikel di ruangan blog ini semenjak dari bulan Mac, 2015.

Di dalam banyak-banyak artikel yang saya tulis, terdapat satu artikel yang setiap hari menerima hit yang banyak. 

Dari statistik blog, saya dapati artikel ini telah diulang baca berpuluh ribu kali semenjak kali pertama ia di pos.

Saya berpendapat artikel ini mendapat perhatian kerana ia berbaur sains fiksyen.

Manusia sememangnya meminati sains fiksyen.

Oleh kerana itu, kita dapati filem-filem seperti Star Wars, Lord Of The Ring, The Hobbit dan Harry Potter mendapat kutipan box office yang sangat tinggi.

Artikel yang saya maksudkan ialah http://ashwed1973.blogspot.my/2015/05/isra-mikraj-dongengan-arab-dahulukala.html

Walaupun ia ditulis lebih dari 2 tahun lepas, namun masih ramai para pembaca yang menghantar komentar mereka sehingga ke hari ini.


Seperti biasa terdapat komentar yang menyokong dan menolak pendapat saya.

Semenjak dari hari pertama menulis, saya sudah nekad untuk menyiarkan apa sahaja pendapat orang ramai mengenai artikel di ruangan blog ini.


Saya hampir berjaya mengotakan janji itu, sehinggalah, komentar berbaur kebencian seperti di bawah muncul di beberapa buah artikel blog ini.

Perkara ini menyebabkan saya membuat keputusan untuk membaca terlebih dahulu setiap komentar yang dihantar untuk mengelak dari ada hati yang terguris dengan kata-kata sesetengah pembaca.

Berikut adalah contoh komentar yang saya tolak dari siaran.

Untuk kajian akademik, saya paparkan komentar tersebut di sini untuk dijadikan iktibar sambil membuat analisa mengenai cara berfikir sesetengah manusia yang bernama Melayu.

#############################

tuan bukhari, nanti kalau saya kata bodoh marah pulak. bacalah ayat saya betul2. kita tidak boleh menggunakan akal SEMATA-MATA. faham ke dok perkataan "GUNAKAN AKAL SEMATA-MATA". bahasa melayu spm lulus ke gagal. saya rasa mungkin tuan bercakap guna kepala lutut. semoga tuan mendapat hidayah.

kalau kita menggunakan akal semata-mata, sesuatu hujah akan bersandar pada logik akal. dalam ertikata lain kita akan menolak sesuatu walaupun ianya benar selagi mana ianya tidak logik pada akal seseorang. sebab itu penggunaan akal perlu pada tempatnya. wallahu alam.

###############################################

Dari dahulu lagi saya menyedari bahawa apabila seseorang gagal mengguna hujah bernas yang bersandarkan fakta bagi menggulung kes mereka. Mereka akan beralih kepada cara klasik mematahkan hujah orang lain. Mereka mula memberi gelaran kepada lawan debat mereka.

Bodoh, bangang, bahlul, sesat, kafir ini semua adalah contoh klasik seseorang yang tidak mempunyai pengetahuan yang luas untuk mematahkan hujah lawannya.

Ada seorang pendakwah terkenal antarabangsa yang seringkali mengguna kaedah ini untuk menewaskan hujah lawannya.

Untuk artikel kali ini, saya ingin mengupas sedikit komen saudara ini berdasarkan beberapa kunci perkataan yang beliau gunakan.

Akal

Akal bukanlah otak.

Otak hanyalah sebuah organ yang mentafsir isyarat elektrik yang dihantar oleh indera yang Allah kurniakan kepada kita.

Orang Melayu mengenali proses ini sebagai deria.

Manusia secara asasnya mempunyai 5 jenis deria iaitu rasa melalui indera lidah, bau melalui indera hidung, lihat melalui indera mata, sentuh melalui indera kulit dan dengar melalui indera telinga.

Di dalam Bahasa Sanskrit yang menjadi asas komunikasi ideologi Hinduisma, perkataan lima dikenali sebagai pancha.

Maka dengan itu, orang Melayu yang jalur bahasanya adalah sanskrit memanggil 5 indera ini sebagai panchaindera.

Untuk pengetahuan, di dalam ideologi Hindu terdapat banyak perkara yang diasaskan dari nombor 5.

Ritual harian misalnya, merangkumi 5 tugasan dikenali sebagai Pancha Mahayagna.

Rukun Hinduisma juga diasaskan kepada 5 perkara. Ia dikenali sebagai Pancha Shradda iaitu ;

1. Percaya kepada Brahman (salah satu sifat tuhan)
2. Percaya kepada Hukum Karma (kehidupan)
3. Percaya kepada Hukum Rta (hukum alam semesta)
4. Percaya kepada Samsara (putaran roda reincarnation) dan
5. Percaya kepada Mokhsa (pembebasan sempurna/consciousness)

Selain daripada itu mereka juga mempercayai kepada 5 elemen yang mempengaruhi bumi dikenali sebagai Panchabootha. Bootha membawa maksud elemen iaitu air, api, tanah, angkasa dan udara.

Oleh yang demikian, apabila kita berbicara mengenai akal, kita bukanlah hanya berbicara mengenai daya otak untuk membuat analisa mengenai sesuatu kejadian sahaja.

Jika kita melakukan ini, maka kita menjurus kepada suatu keputusan yang berbentuk kosmetik sahaja.

Ini adalah kerana otak boleh diperdaya dengan mudah oleh diri kita sendiri melalui suatu konsep yang dikenali sebagai kepercayaan.

Kepercayaan atau faith yang menjadi asas kepada semua agama yang wujud di dunia ini tidak diikat dengan satu ujian empirikal (ujian deria - dilakukan secara pemerhatian dan eksperimen) yang boleh membawa kita kepada suatu kesimpulan yang boleh dipanggil fakta.

Sebagai contoh semasa memandu disebuah lebuhraya, kereta yang kelihatan dihadapan kita sebenarnya bukanlah berada di hadapan kita.

Ia diwujudkan dihadapan kita oleh otak yang menerima isyarat elektronik dari indera mata akibat pantulan cahaya yang diterima.

Otaklah sebenarnya yang mewujudkan kereta yang kelihatan di hadapan mata kita. 

Jika kita memejamkan mata. Kereta ini tidak kelihatan lagi. Ini adalah kerana tiada rangsangan yang perlu ditafsirkan oleh otak. Namun, ini bukan bererti ianya tidak wujud.

Apabila kita bertembung dengan kereta itu dek kerana mata kita yang terpejam tadi maka di sinilah ujian empirikal bermula.

Di kala ini indera kita yang lain mula menerima rangsangan dan menghantar isyarat elektronik kepada otak.

Sekali lagi otak mentafsirkan rangsangan ini dan mengenalinya sebagai kesakitan akibat pertembungan yang terjadi.

Makanya, apabila kita berbicara mengenai akal. Kita sebenarnya berbicara mengenai keputusan yang dibuat oleh panchaindera kita.

Semua perkara yang kita lihat, rasa, bau, dengar dan sentuh. Kesemua perkara inilah yang membentuk keputusan analisa kita.

Panchaindera tertakluk kepada hukum rta atau hukum alam semesta. Di dalam Al Quran perkara ini dikenali sebagai Sunnatullah.

A023

"Sunnah (resam) Allah seperti yang telah berlalu sebelumnya, dan kamu tidak akan dapati sebarang pertukaran pada sunnah Allah" AQ 48:23

Tiada perubahan kepada Sunnatullah kerana ia telah dikira dengan terperinci dari perkataan kun fa ya kun sehingga ke saat anda membaca tulisan ini.

Di dalam sains moden, apabila kita melihat ke angkasa raya, kita akan melihat sebahagian besar angkasa sebagai sebuah kegelapan. Ia dikenali sebagai dark matter.

Untuk sekian lama, para saintis (dibaca sebagai ulama - mereka yang berpengetahuan tinggi) tidak dapat merungkai apakah komponen dark matter ini.

Namun, mutakhir ini para saintis yang diketuai oleh Michio Kaku sedang mempelopri suatu teori yang dikenali sebagai  “primitive semi – radius tachyons" atau "string theory".

Secara dasarnya teori ini berpendapat bahawa angkasa raya ini ditadbir secara saling berkaitan seperti sebuah sarang labah-labah. 

Kita dipercayai hidup di dalam sebuah matriks yang tiada perubahan hukum alamnya.

Oleh yang demikian, untuk makhluk di dunia ini terbang, berjalan, merangkak dan menyusur ia perlu kepada suatu hukum fizik yang terperinci untuk makhluk ini berbuat demikian.

Sebagai contoh seekor burung itu boleh terbang kerana beberapa perkara berikut ;

a. bentuk fizikal seperti berat badan, bulu, tulang, kedudukan paruh, hidung dan mata
b. sayap
c. udara
d. suhu badan yang sesuai bagi mempengaruhi tahap penyembuhan otot untuk penerbangan.

Berikut adalah keratan ringkas sistem penerbangan seekor burung. Para saintis menggunanya sebagai asas untuk membina sistem kapal terbang.

wing lift

bird-plane wing lift

Semua perkara ini dikenali sebagai hukum rta/hukum alam/sunnatullah. Ia adalah sebuah fitrah atau ad deen yang tiada perubahan.

Segalanya telah ditetapkan hukum fiziknya dengan sempurna.

  A049                     

"Sesungguhnya Kami cipta segala sesuatu menurut ukuran"   AQ 54:49

Akal dengan segala indera yang dikurniakan akan melihat alam ini, lalu membuat analisa secara semulajadi.

Tiada siapa perlu memberitahu kita bahawa seekor burung boleh terbang berdasarkan kepada kondisi yang tertera di atas ini. Sesungguhnya kita mengetahuinya secara semulajadi.

Logik

Panchaindera (akal) melalui pelajaran yang diterimanya dari alam menganggap seekor burung boleh terbang sebagai logik kerana kondisinya membolehkan ia berbuat begitu.

Sebaliknya, ia akan menolak jika ada seseorang membawa perkara-perkara asing selain dari contoh yang ditunjuk oleh alam sebagai suatu makhluk yang boleh terbang.

Berikut adalah contoh makhluk yang tidak boleh terbang. Dunia moden mengenali perkara ini sebagai sains fiksyen. 

Ia adalah tidak logik kerana kondisi dan bentuk fizikal makhluk ini tidak membenarkannya untuk terbang.





























Image result for santa claus riding

Sesungguhnya, tiada saintis perlu membuktikan kepada kita bahawa binatang-binatang di atas tidak boleh terbang.

Kita dengan akal (panchindera) kita secara semulajadi boleh membuat analisa tersebut.

Namun, jika kita berpendapat bahawa akal adalah organ otak semata-mata, maka kita akan terpedaya dan menjerumuskan diri kepada sebuah kepercayaan/faith bahawa perkara ini boleh terjadi.

Otak kita dengan mudah dipengaruhi dan ditipu oleh dongengan yang dibawa oleh orang lain kerana kita tidak lagi mahu mengguna akal (panchaindera yang lima).

Dengan ketidakupayaan ini maka pemikiran kita menjadi kotor, kolot dan terpenjara.

A100

"Tiadalah bagi sesuatu jiwa untuk amanah (tuq-mee-na, dari akar kata alif-mim-nun disebut sebanyak 890 kali), melainkan dengan izin Allah, dan Dia letak kotoran ke atas orang-orang yang tidak menggunakan akalnya (yaq-qee-loo-na, dari akar kata ain-kaf-lam, disebut sebanyak 49 kali)" AQ 10:100

Anda boleh membaca dengan lebih lanjut mengenai makhluk-makhluk yang gambarnya tertera di atas di artikel seperti berikut http://ashwed1973.blogspot.my/2015/08/abra-cadabra-jula-juli-bintang-tujuh.html

Wahyu

Apakah dia wahyu ? Adakah ia adalah sebuah hubungan formal di antara Tuhan dengan hambaNya ?

Perkataan wahyu di asaskan dari akar kata waw-ha-ya. Ia membawa erti ilham atau inspirasi.

Suatu perkara yang kita perlu belajar dari Al Quran ialah inspirasi (wahyu) ini pada hakikatnya adalah berbentuk semula jadi.

Ini adalah kerana setiap sesuatu perbuatan tertakluk kepada hukum rta/hukum alam/sunnatullah.

Berikut adalah contoh inspirasi semulajadi yang diperintah Tuhan kepada makhluk-makhluknya.

A068

"Dan Pemelihara kamu wahyukan lebah, "Ambillah untuk kamu daripada gunung-gunung, rumah-rumah, dan daripada pokok-pokok, dan daripada apa yang mereka bangunkan" AQ 16:68

Keterangan di atas menceritakan di manakah lebah patut membuat sarangnya.

A002

"Dan bumi keluarkan beban-bebannya" AQ 99:2

A003

"Dan manusia berkata, "Mengapakah ia?" AQ 99:3

A004

"Pada hari itu, ia ceritakan beritanya" AQ 99:4

A005

"Kerana apa yang Pemeliharanya wahyukannya" AQ 99:5

Keterangan di atas pula menceritakan bagaimana bumi mengeluarkan larva apabila sampai waktunya mengikut proses seismologi.

A007

"Maka Kami wahyukan ibu Musa, "Susukanlah dia, kemudian apabila kamu takut terhadapnya, lemparlah dia ke laut, dan jangan takut, dan jangan juga sedih, kerana Kami akan kembalikan dia kepada kamu, dan akan melantiknya seorang daripada para utusan." AQ 28:7

Sementara keterangan di atas, menceritakan bagaimanakah seorang ibu perlu berbuat kepada bayinya.

Tetapi, Al Quran menulis dengan jelas bahawa ilham palsu, yang tidak semulajadi akan datang dari makhluk-makhluk ini

A112

"Begitulah Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu hendak, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan" AQ 6:112

Ucapan-ucapan indah ini adalah palsu dan sengaja dibuat untuk niat menipu.

Oleh yang demikian, apabila kita diberi suatu berita bahawa kuda boleh terbang ke langit. Secara semulajadi, akal (panchaindera) akan mengatakan bahawa ini adalah suatu fakta palsu.

Hanya suatu keadaan sahaja yang akan membuat organ otak menerima kenyataan ini sebagai benar. Iaitu di atas dasar KEPERCAYAAN.

Saya tidak mempunyai masalah dengan KEPERCAYAAN seseorang. Di sebabkan itu saya boleh hidup di negara ini yang boleh dianggap sebagai sebuah pluralist society.

Namun, kekalkanlah ia setakat KEPERCAYAAN sahaja

Janganlah cuba memaksanya kepercayaan ini kepada orang lain yang sudah membuat keputusan untuk tidak mahu mempercayainya dan sekadar menganggap cerita-cerita ini sebagai tidak logik dan dongeng.

Setiap orang mempunyai kebebasan untuk berfikir dan mempercayai sesuatu. Hak asas ini diberi dan dilindungi leh Al Quran. 

Kesimpulan

Jika ada seseorang datang kepada kita dan membawa berita-berita yang tidak semulajadi seperti seekor kuda boleh terbang membelah langit dengan kelajuan cahaya. Apakah yang perlu kita perbuat terhadap orang itu.

AQ 6:112 dengan jelas mengatakan bahawa kita perlu ... "Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan" .

Namun, sebaliknya apa yang terjadi ialah kita mengangkat orang-orang sebegini sebegitu tinggi di dalam hairarki masyarakat kita.

Kita menggelarnya pula sebagai ulama (saintis). Seorang yang kita anggap mempunyai pengetahuan tinggi.

Walaupun pada hakikatnya, dek kerana mempercayai perkara-perkara dongeng seperti Santa Claus terbang dengan rusanya, orang-orang ini sebenarnya sekadar mempunyai tahap berfikir serupa dengan anak-anak kita yang berumur 2-3 tahun.

Orang ini, membawa keterangannya tanpa hujah yang kuat. 

Tiada satu pun ujian saintifik yang orang ini lakukan melainkan dengan berkata "jika tidak percaya kamu kafir".

Sedangkan Al Quran sentiasa menyuruh kita meminta bukti sebelum mempercayai sesuatu itu sebagai fakta.

A111

Dan mereka berkata, "Tidak akan masuk Taman kecuali orang Yahudi, atau Nasrani" Demikianlah khayalan mereka. Katakanlah, "Kemukakan bukti kamu jika kamu berkata benar." AQ 2:111

Oleh itu, saya meminta kepada saudara/saudari yang memberikan komentar seperti di atas untuk membawa bukti bahawa spesis kuda sebenarnya boleh terbang sebelum kita berbincang lebih lanjut mengenai peristiwa isra' mikraj.

Ashwed