Artikel ini di tulis sekadar sebuah teori santai. Ia di tulis berdasarkan pemerhatian di dunia kehidupan ini sahaja. Saya tidak mempunyai pengalaman mengalami hidup sesudah mati. Apa sahaja yang saya tulis dan simpulkan di sini hanyalah suatu bentuk persangkaan.
Beberapa bulan yang lalu saya pernah menulis mengenai Svarga dan Naraka. Anda boleh baca mengenainya di sini http://ashwed1973.blogspot.my/2015/11/syurga-neraka-dan-ungkapan-aku-tidak.html
Di dalam artikel tersebut saya menerangkan bahawa ianya ditulis khas untuk seorang sahabat yang terlantar di Wad High Dependancy Unit.
Sahabat saya itu sebenarnya di diagnos dengan tumor otak. Beliau menjalani lebih dari 8 kali pembedahan otak dan berada di dalam keadaan koma semenjak bulan November tahun lalu.
Namun begitu, segala puji bagi Tuhan, beliau kembali sedar pada awal bulan Mac tahun ini dan kini sedang menjalani pemulihan di rumah.
Semenjak terlantar, saya sering melawat beliau dan mengikuti perkembangannya secara dekat.
Oleh kerana saya mendapati memori beliau tidak terjejas, maka baru-baru ini saya mengambil kesempatan bertanya mengenai pengalaman beliau semasa berada di dalam keadaan koma.
Untuk pengetahuan, sahabat saya ini juga pernah mengalami serangan jantung setahun sebelum beliau di diagnos dengan tumor otak. Kejadian ini juga menyebabkan beliau pengsan beberapa ketika.
Mendengar pengalaman beliau sambil makan tengahari tempohari mengingatkan saya satu persatu mengenai alam kematian seperti yang diterangkan oleh Al Quran.
Biarpun maklumat mengenai alam kematian amat sedikit diterangkan di dalam Al Quran. Namun, ia menguatkan teori saya mengenai isu ini.
Secara kebetulan saya juga mengenali seorang sahabat lelaki berbangsa German. Beliau berkahwin dengan seorang wanita rakyat tempatan.
Beliau seorang ahli fizik. Kami sama-sama mengkaji Al Quran dan seringkali berbincang mengenai Al Quran apabila berkesempatan berjumpa.
Pada awal tahun ini, sahabat saya itu, mengalami kemalangan jalanraya sewaktu menunggang motorsikal berkuasa tinggi.
Beliau kini sedang di dalam proses pemulihan di rumahnya.
Beliau kini sedang di dalam proses pemulihan di rumahnya.
Semasa kejadian, beliau hilang kesedaran dan hanya kembali sedar semasa berada di hospital.
Saya kini mempunyai dua subjek untuk dijadikan asas pemerhatian.
Namun, saya sedar sekadar dua kes ini tidak boleh dijadikan batu asas kepada sebuah teori yang kukuh.
Pun begitu, ia cukup menarik untuk dijadikan sumber bahan penulisan saya bagi artikel kali ini.
Dimensi Gelap
Pun begitu, ia cukup menarik untuk dijadikan sumber bahan penulisan saya bagi artikel kali ini.
Dimensi Gelap
Kedua-dua sahabat saya ini memberitahu perkara yang sama.
Mereka tidak dapat mengingati apa-apa semasa hilang kesedaran diri.
Mereka tidak dapat mengingati apa-apa semasa hilang kesedaran diri.
Masa seolah-olah terhenti dan apabila sedar barulah masa kembali berfungsi.
Mereka hanya dapat mengingati perkara yang terjadi sebelum mereka hilang kesedaran diri. Lantas kembali mempunyai memori apabila mereka tersedar.
Apa yang terjadi di antaranya seolah-olah satu dimensi gelap yang tidak dapat dikongsi walaupun sekadar sekelumit informasi.
Ia menyebabkan masing-masing menyangka bahawa kejadian yang menimpa mereka seolah-olah baru terjadi.
Menurut Al Quran alam kematian di samakan dengan tidur.
Bezanya ialah semasa tidur kita kembali terjaga dengan semua organ yang masih berfungsi sementara mereka yang sudah mati mereka tidak lagi boleh kembali sedar kerana organ-organ kesemuanya sudah tidak berfungsi.
"Allah mematikan jiwa ketika kematian mereka, dan yang belum mati, dalam tidurnya; Dia menahan yang kepadanya Dia telah tentukan kematian, tetapi Dia utuskan yang lain hingga satu tempoh yang dinyatakan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah tanda-tanda bagi kaum yang memikirkan" AQ 39:42
Bezanya ialah semasa tidur kita kembali terjaga dengan semua organ yang masih berfungsi sementara mereka yang sudah mati mereka tidak lagi boleh kembali sedar kerana organ-organ kesemuanya sudah tidak berfungsi.
"Allah mematikan jiwa ketika kematian mereka, dan yang belum mati, dalam tidurnya; Dia menahan yang kepadanya Dia telah tentukan kematian, tetapi Dia utuskan yang lain hingga satu tempoh yang dinyatakan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah tanda-tanda bagi kaum yang memikirkan" AQ 39:42
"Dia yang
matikan kamu pada malam
hari, dan Dia tahu apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia
bangkitkan kamu padanya supaya satu tempoh yang telah dinyatakan
disempurna; kemudian kepada-Nya kamu kembali, lalu Dia beritahu kamu apa
kamu buat" AQ 6:60
Meneliti keterangan-keterangan Al Quran mengenai kematian, saya dapati bahawa kesemua manusia merasakan tempoh di antara kematian dan kebangkitan semula sangat singkat.
Ini bermakna kesemua manusia tidak kiralah jika dia mati sejuta tahun dahulu dengan mereka yang mati sejam sebelum hari kebangkitan, berkemungkinan besar merasai tempoh kematian yang serupa iaitu singkat seolah-olah hanya sesaat atau satu hari atau sebahagian hari.
Ini bermakna kesemua manusia tidak kiralah jika dia mati sejuta tahun dahulu dengan mereka yang mati sejam sebelum hari kebangkitan, berkemungkinan besar merasai tempoh kematian yang serupa iaitu singkat seolah-olah hanya sesaat atau satu hari atau sebahagian hari.
"Atau, seperti orang yang melalui sebuah bandaraya yang telah roboh di atas junjung-junjungnya. Dia berkata, "Bagaimanakah Allah hidupkan ini setelah ia mati?" Maka Allah matikannya seratus tahun, kemudian Dia bangkitkannya kembali, dengan berkata, "Berapa lamakah kamu tinggal?" Dia berkata, "Saya tinggal sehari, atau sebahagian hari." Berkatalah Dia, "Tidak, kamu telah tinggal seratus tahun. Lihatlah pada makanan dan minuman kamu - ia tidak basi, dan lihatlah pada keledai kamu. Begitulah Kami buat kamu satu ayat bagi manusia. Dan lihatlah pada tulang-tulang, bagaimana Kami akan susunkannya, dan kemudian kelubunginya dengan daging." Maka, apabila telah jelas kepadanya, dia berkata, "Saya tahu bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu." AQ 2:259
"Dan pada hari Dia
kumpulkan
mereka, seakan-akan mereka tidak tinggal melainkan sesaat daripada siang hari;
mereka saling berkenalan antara mereka; rugilah orang-orang yang dustakan
pertemuan dengan Allah, dan mereka bukanlah orang-orang yang dapat
petunjuk" AQ 10:45
Kesemua informasi Al Quran ini memungkinkan timbulnya satu dilema besar di dalam kehidupan manusia Islam di seluruh dunia.
Di manakah kita mahu meletakkan informasi alam barzakh yang selama ini kita percaya secara turun temurun itu ?
"Dia yang hidupkan kamu, kemudian Dia matikan kamu, kemudian Dia hidupkan kamu.
Sesungguhnya manusia tidak berterima kasih" AQ 22:66
"Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, Engkau matikan kami dua kali, dan dua kali Engkau hidupkan kami; dan kami akui kesalahan-kesalahan kami. Adakah sebarang jalan untuk keluar ?" AQ 40:11
Pernahkan anda cuba kembali kepada alam sebelum anda dilahirkan ?
Apakah yang anda boleh rasai ? Gelap ? Tiada apa-apa ? Tiada koleksi memori ?
Pada saya itulah Zat Asal kita. Ketiadaan.
Ketiadaan sangat sinonim dengan kegelapan. http://ashwed1973.blogspot.my/2016/01/demi-masa-dan-kegelapan.html
Akhir sekali, apabila Al Quran bercerita mengenai kebangkitan semula, pernahkah anda terfikir adakah kita nanti dibangkitkan semula sebagai diri kita atau sebagai satu entiti lain ?
Kebanyakkan manusia dikebumikan di dalam tanah.
Bukankah dari tanah tumbuh pelbagai tanaman ? Tanaman itu pula di makan oleh haiwan ternakan.
Daging dan susu dari haiwan ternakan ini pula dihidangkan kepada ibu-ibu yang mengandung.
Akhirnya ibu-ibu yang mengandung ini melahirkan manusia seperti anda dan saya.
Mungkinkah penganut Hindu sudah lama menguasai pengetahuan mengenai hal ini melalui konsep reincarnation ?
Lagipun bukankah kepada merekalah pengetahuan mengenai dharma pertama kali diilhamkan. Bukankah mereka yang mula-mula mencipta agama ?
Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui.
Ashwed
Kesemua informasi Al Quran ini memungkinkan timbulnya satu dilema besar di dalam kehidupan manusia Islam di seluruh dunia.
Di manakah kita mahu meletakkan informasi alam barzakh yang selama ini kita percaya secara turun temurun itu ?
Akan hilangkah jawatan Malaikat yang di gelar sebagai Munkar dan Nakir ?
Bagaimana pula dengan ular besar seperti di dalam siri tanah kubur ? Adakah ini semua wujud ?
Dengan keterangan Al Quran seperti di atas, juga melalui pengalaman yang kedua sahabat saya alami, maka kini kita bolehlah membuat kesimpulan bahawa alam barzakh itu tidak wujud.
Dengan informasi ini, kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa jarak di antara kita dengan hari kebangkitan berkemungkinan besar hanya di batasi dengan satu kematian.
Persoalan besar yang perlu kita tanya kepada diri kita dan selama ini menjadi misteri ialah sudah berapa kalikah sebenarnya kita mengalami kematian ?
Al Quran secara konsisten bercerita mengenai dua kematian ;
"Bagaimanakah kamu boleh tidak
percaya kepada Allah memandangkan kamu adalah orang-orang yang mati, lalu Dia
hidupkan kamu, kemudian Dia matikan kamu, kemudian Dia hidupkan kamu,
kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan?" AQ 2:28
"Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, Engkau matikan kami dua kali, dan dua kali Engkau hidupkan kami; dan kami akui kesalahan-kesalahan kami. Adakah sebarang jalan untuk keluar ?" AQ 40:11
Pernahkan anda cuba kembali kepada alam sebelum anda dilahirkan ?
Apakah yang anda boleh rasai ? Gelap ? Tiada apa-apa ? Tiada koleksi memori ?
Pada saya itulah Zat Asal kita. Ketiadaan.
Ketiadaan sangat sinonim dengan kegelapan. http://ashwed1973.blogspot.my/2016/01/demi-masa-dan-kegelapan.html
Akhir sekali, apabila Al Quran bercerita mengenai kebangkitan semula, pernahkah anda terfikir adakah kita nanti dibangkitkan semula sebagai diri kita atau sebagai satu entiti lain ?
Kebanyakkan manusia dikebumikan di dalam tanah.
Bukankah dari tanah tumbuh pelbagai tanaman ? Tanaman itu pula di makan oleh haiwan ternakan.
Daging dan susu dari haiwan ternakan ini pula dihidangkan kepada ibu-ibu yang mengandung.
Akhirnya ibu-ibu yang mengandung ini melahirkan manusia seperti anda dan saya.
Mungkinkah penganut Hindu sudah lama menguasai pengetahuan mengenai hal ini melalui konsep reincarnation ?
Lagipun bukankah kepada merekalah pengetahuan mengenai dharma pertama kali diilhamkan. Bukankah mereka yang mula-mula mencipta agama ?
Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui.
Ashwed
Bila mati nanti, saya plan nak tipu malaikat yg bertanya. Saya akan kata, saya sembahyang 30 jam sehari sebelah kaabah lagi. Malaikat akan bertanya ' bukankah sehari hanya ada 24 jam ?'. Jawapan saya ' Kalau engko tahu semua apa yg aku buat, buat apa nak soal lagi ? Bukan kah lebih mudah jatuhkan hukuman!
ReplyDeleteIni menunjukkan seksa kubur ini d reka oleh ulamak ulamak agama. Sebenar nya hidup ini tidak ada Dosa. Yg ada hanyalah KESILAPAN. Nabi Adam keluar syurga adalah kerana melakukan Kesilapan. Apa yg terjadi kita di hari ini adalah kerana Kesilapan Langkah yg kita ambil dlm hidup. Bangsa dan agama lain tidak ada istilah DOSA, tetapi mereka berjaya kerana berhati hati agar tidak melakukan Kesilapan.
Love you.Ramadan akan datang lagi.Berzaman kita amalkan puasa,namun kita tetap di takuk yang sama.Ramai masih sukar memahami sesuatu itu walaupun sama-sama bertutur bahasa yang sama.Masjid-masjid,para ulamak,ostad dan ostazah adalah pengedar 'candu' yang membekukan akal dan menggelapkan hati.
DeleteSaya juga mencari dalam AlQuran ayat yang menyebut tentang siksaan kubur atau kehidupan di alam barzakh. Saya masih belum berjumpa atau sememangnya tiada. Jika tiada, bermakna selama ini kita telah ditipu oleh ulamak-ulamak yang sering mendendangkan cerita-cerita tentang alam barzakh dan alam akhirat. Ulama-ulama memang suka menakut-nakutkan umat islam kerana itu modus operandi mrk supaya umat islam terus bergantung kepada ulama utk memberi hukum hakam dan mengajar/mengetuai ritual.
ReplyDeleteI am blessed to be among the thin slice who are free from the claws of ulama. What a waste, we have a bunch of intellects... But they succumb to the majority.
Ostad wal Retard majoritinya adalah umpama kakitangan awam di Kementerian Iblis dan Syaitan.Mereka bawa ajaran yang lain dan bertentangan dengan apa yang Tuhan peringatkan di dalam Al-Quran.Hanya orang yang tidak suka membaca dan berfikir,yang gemarkan 'majlis ilmu' kononnya,akan terlopong mendengar penyelewengan mereka.
DeleteAda sebab mengapa Allah memberi petunjuk supaya tidak mengikut org yg meminta upah,mereka menjual ayat2 tuhan dgn harga yg murah (
Delete6/90, 10/72, 11/50-51, 12/104, 26/145, 26/164, 34/47, 36/21).
Ini termasuklah mufti2,guru2 agama,penceramah2,artis tv,dsb. Kita blh belajar tp apa2 perlu rujuk semula apa yg diajar.semuanya atas kita.
Benar.. ostad2 telah mengajarkan agar umat manusia menjadi takut dengan kematian. Mereka membuat andaian serta cerita yg mengarut berkenaan alam selepas mati. Pelbagai alam perlu dilalui iaitu alam barzah, kebangkitan, perhitungan, titian, syurga dan neraka. Semua ini cuma andaian mereka dari kisah2 yg mereka sebenarnya adaptasi dari ajaran agama lain.
ReplyDeleteUmat Melayu asalnya telah mengetahui hal selepas mati ni dgn baik sekali suatu masa lalu. Perkataan "meninggal dunia" adalah amat benar. Tiada istilah mati sebenarnya. Kita ini adalah roh. Selepas jasad tidak lagi berfungsi maka roh (kita) akan keluar dari alam dunia (masa dn ketika).
Dlm quran juga ada menyatakan bahawa kita (ruh) dari bentuk yg lain kepada makhluk yg lain. Maaf lupa ayat dan surah berapa.
Biasa juga disebut "Dari Dia kita dtg dan kepada Dia kita kembali". Kembalinya kepada Dia yg kekal abadi membuatkan ruh juga kekal abadi. Tidak mati.
Jika istilah "meninggal dunia" ada maka istilah "kembali ke dunia" pasti ada. Oleh itu hidup semula (reincarnation) adalah benar. Bukan hidup semula pada jasad yg sama tapi pada jasad baru. Boleh menjadi bangsa dan zaman yg berbeza.
Tuhan adalah Tuhan dan Ruh tidak menjadi Tuhan. Oleh itu "kembali ke dunia" dan "meninggal dunia" adalah benar.
Alam
ReplyDeleteSifir ostat -asal benda tu menakutkan org dari buat perkara jahat.. tipu pun takpa.
Saya pernah kemalangan motor.. tp tak ingat langsung bagaimana tergolek..yg sy ingat kereta langgar lepastu seolah2 pengsan tak tau apa yg berlaku..tau2 badan sy luka banyak bahagian. Sy tak dapat ingatkan kembali bagaimana sy tergolek dan bergesel di jalan tar bila tengok keadaan kulit tangan,. Sy rasa berterima kasih dgn Tuhan sbb Dia seolah2(sy tak pasti) ambil jiwa sy kejap supaya tak mengalami rasa ngeri dan sakit bila tergolek dan bergesel. Kalau tidak pasti sy trauma.
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteI had wondered this alam barzakh story from sekolah rendah la. Masa tu baca macam-macam buku. Tak kisah apa tajuknya, janji buku. In fact english books baca macam BM.
The very peliknya sebab klu orang tu lahir beribu-ribu bulan yang lalu takkan kena seksa lebih lama dengan yang lahir tahun ni.
Macam tak adil and logic. Padahal Tuhan is so adil and logic
Nak tanya orang takut woo... so kecil la masa tu.
Non
aku masih tak faham..sesiapa tolong jelaskan..
ReplyDeleteJangan paksa diri.Al-Quran ada segala jawapan.Lihat secara konsisten.
DeleteLepas mati,tiada apa yg akn berlaku.alam ini akan terus berevolusi mengikut aturannya...mengikut sunnatullah.
DeleteKita hanya ada 1 bumi,jadi manusia perlu sama2 menjaganya. Sekarang bumi sedang sakit & memberi byk amaran,seperti pemanasan global sekarang dsb. Manusia perlu ubah cara hidup,lebih mesra alam.
Salam.
DeleteAnd yet seorang mufti kata kepanasan melampau sebab tak implement hudud. Adakah negara yang implement hudud bebas from fenomena ini? These people really amaze me with this kind of statement. So illogical.
Non
Bulan puasa tak lame dah...adakah aku kena tipu diri sendiri dan berpuasa seperti agama islam wajibkan?
ReplyDeleteI'm thinking the same.
DeleteBukan lah tipu diri sendiri. Layan jer lah jangkaan orang muslim di sini bagi memelihara keharmonian.
DeleteSy rasa mesej cerita Kungfu Panda paling dekat dlm menerangkan konsep Quran.
ReplyDeleteKungfu panda 1-tiada rahsia ajaib,hanya yakin diri sendiri.meyakini tuhan adlh meyakini diri sendiri.
Kungfu panda 2-berkenaan konsep kedamaian.
Kungfu panda 3-berkenaan konsep realm,realm ketiadaan,kuasa alam,hubungan dgn alam,kenali diri.
Kesemuanya adlh berkaitan yakin pd diri sendiri,kenali diri sendiri.itulah resepi kehidupan...
Saya ada 1 perasaan...iaitu kebanyakan peristiwa yg sy alami atau hadapi dlm hidup ini,seakan-akan sy pernah laluinya sebelum ini. Mungkin ini yg di panggil deja vu.
ReplyDeleteAdakah kita pernah hidup sebelum ini?sebab itu kita ada perasaan spt itu.
Salamunalaikum sahabat sekelian!dan berTerima Kasih teramat sangat kpd saudaraku Ryu! Saya ingatkn saya jea! yg ada pengalaman spt tu!Pengalaman saya rasanya lbh mendalam dan memahaminya setelah mendlmi Al Quran...Dianya berlaku diawal 80an ketika saya meninjau rmh yg saya duduki skrg bermotosikal dgn adk saya lg 1-moto dihdpn sebagai juru-tunjuk jln...hiway Sbn baru jea dibuka unt orang ramai!!! Ketika otw blk KL smp jea sblh ladang kuda UPM skrg ni plyover berselirat disitu.. motosikal vespa saya jem piston sbb lupa campur minyak pelicir dlm petrol..kebetulan saya ternampak batang pagar simen dlm rumput tepi jln, saya pun langgar n saya siap sedia summersort berguling dlm lopak panjag berumputan je sib baik no-water.. the CLIMITE-nya saya nampak "SAYA" sedang berdiri ditepi jalan memerhati saya tergolek-golek....NanguzubiILLAH....ini kali ke3 saya ceritakan... sila beri pendapat/pandangan anda..yg pertama saya tlh ceritakan kepada IBU saya..jwbnya..Allah nak tunjuk kat hg "Kebesaran Dia" yg ke-2 kwn sesama ber"Tarikat" dulu jwbnya...bertuahnya kau dpt melihat DIA" Salamunalaikum.
ReplyDeleteyg ni kalau org putih dia panggil 'out of body' experience.. cuba google tengok.
DeleteSalam saudara Shah! saya pernah ditanya oleh kekwn2 yg sama2 ber-alquran, Bro!apa bukti kamu yg Allah ada mengatakan dlm ayat2 Qrn yang "Apabila kamu mati, Aku yang menghidupkan kamu semula?? Ok jwbn saya,"Sempat tak kamu melihat "wajah" atuk kamu, jwbnya, ye! so muka atuk kamu serupa tak wajah bapa kamu? ye! jwbnya n wajah ank kamu serupa tak wajah kamu?? Bknya dia jwb tapi dia gelak berdekah222! saya tnya kenapa kau gelak plak?? U'r real great "JOKER" that's the correct answer..ha!ha!ha!
ReplyDeleteWah! bukan calang2 org yang berdiskusi di-blog saudara ashwed ni!! Silap2 yg kureng/ciput ilmu! mau jadi sewel memikirkanya! wei!! hebat2 lbh dari air sarbat beb!!!
ReplyDeletemaksudnya...?
DeleteNi mesti org dtg dr blog keretamayat.ye kami ni ilmu cetek,kami di sini dlm pencarian.berbincang dgn fakta2 logik.
DeleteAwak tolongla bantu kami dgn ilmu2 agama awak. Beri fakta2 kamu utk kita bincang bersama.
Saleamualaikung Pokmangkuk!
DeleteMu ghi! thread: Let's Read The Quran Campaign. Monday. 27 Febuary 2016 - Surah Al Buruuj(85) 22ayat baca dan fahamlah sendiri!
Jadi?kenapanya
DeleteSalam tuan Ashwed,
ReplyDeleteRasanye tuan pernah baca The Present (the truth contest), byk persamaannya. Saya setuju 90% buku tersebut.
Byk buku2 new age yg sy dah baca spt The Power, How Life Works ada menyebut tentang kematian iaitu roh/jiwa manusia ialah satu kuasa kasih sayang yg akan berkitar semula dlm proses evolusi.
Selepas memahami buku2 ini saya berasa lebih damai kerana kita hanya insan kerdil yg tidak mampu menandingi kuasa alam semesta apabila berdepan dgn kematian.
Lahir kita pon x dimintak begitu juga dgn mati. Terima lah hakikat roh kita akan kembali kepada Yang Berkuasa.
Kedamaian Untuk Semua,
DeleteTerima kasih saudara zack. Saya Akan Cuba cari buku-buku yang saudara sarankan.
Damai
Latest book on dying while alive..refer Anita Moorjani book. Check her website too.
ReplyDeleteFor those who want a practical explanation.. There's a Malay-Muslim sifu in Tg Mualim, Perak who can consciously travel to higher realms now while alive.. For those mystically inclined only and not for theorists.. Can ask for more info from me bsmavi58@gmail.com.Only truth seekers and sincere open minded individuals will be entertained.
ReplyDeleteare you for real???
DeleteAn expected query... Yes sir.. I'm for real.. And like you all.. Experimenting to experience Truth as it is.
DeleteOh My God! He's for real.
DeleteDear brother/sister Soul.. From God we are.. Unto God we will return.. Yes.. Real enough to appreciate Hamzah Fansuri's puisi "mencari Allah di Baitullah tapi Jumpa Bila balik Kat rumah"..which has a deep spiritual meaning. Thnx for your time in replying. May the almighty bless all seekers n readers of this wondrous blog. Salam Damai to all.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteFor those who want a practical explanation.. There's a Malay-Muslim sifu in Tg Mualim, Perak who can consciously travel to higher realms now while alive.. For those mystically inclined only and not for theorists.. Can ask for more info from me bsmavi58@gmail.com.Only truth seekers and sincere open minded individuals will be entertained.
ReplyDeleteSekadar berkongsi utk sesiapa yg mencari hakikat kehidupan. Saya x paksa sesiapa utk percaya tapi fikirkan utk baca buku2 ini :
ReplyDelete1. The Present, boleh download di google. Search 'truth contest'
2. The Power, Rhonda Byrne
3. How Life Works, Andres Matthews
Byk persamaan dgn yg tuan Ashwed tulis di atas.
Salam tuan,
ReplyDeleteDalam al-quran di tulis bahawa ada 3 entiti di dalam tubuh badan manusia. Apabila Allah berfirman yang Dia lebih dekat dengan kita dari urat leher kita sendiri, itu bermakna Dia - kita - jasad kita.
Di dalam al-quran juga menerangkan bahawa jasad adalah bersifat sementara. manakala roh adalah kekal.
Untuk itu, mungkin kita boleh berbincang mengenai dimana letaknya nyawa? Dan apakah kaitannya dengan 'mencabut nyawa' dan bukannya 'mencabut roh'?
The joke is malaikat ini perlu berbahasa bermacam macam bahasa d dunia. Menjadikan malaikan the multilinguist in the planet. Semua bahasa dia tahu d dunia. Kalau ckp arab, lagi joke....bila masa kita tahu ckp arab...????
ReplyDeleteMasa sekolah menengah ustazah saya bagitau, di dalam kubur nanti kita automatik tau cakap Arab..hehe..
DeleteSalamunalaikum saudaraku sekelian! sila hayati Surah Al Insan (76) - 31 ayat;
ReplyDelete76:1 Bukankah telah datang kepada manusia suatu ketika telah berlaku sesuatu yang diingati dan diulangi.
76:2 Maka Kami mencipta manusia dari titisan mani melalui percampuran dan uji-kaji Kami malahan dijadikan dianya mendengar dan melihat.
76:3 Maka Kami berikan petunjuk kepada satu jalan malahan ada diantara mereka berterima kasih dan ada yang mengingkarinya.
76:4 Malahan Kami sediakan bagi orang yang tidak percaya rantai dan belenggu dan api yang marak menyala.
76:5 Dan bagi orang yang berhati mulia mereka diberi minum dari piala khas dan dicampurkan perisa yang melazatkanya.
76:6 Dan dari punca mata-air yang diminum oleh hamba Allah adalah dari punca air yang berterusan melimpah-ruah.
76:7 Mereka penuhi segala nazar mereka kerana takutkan hari yang sangat azab yang akan datang dari setiap arah.
76:8 Dan mereka memberi makan kepada orang miskin dan anak-anak yatim dan pelarian dan tawanan dengan sukarela.
76:9 Dan mereka berkata, kami bukan memberi makan kepadamu untuk menarik perhatian Allah dan menginginkan balasan atau terima kasih.
76:10 Tetapi kami takutkan hari dari Pemelihara kami akan bermuram muka-muka dari penderitaan dan keperitan.
76:11 Maka Allah melindingi mereka dari kesengsaraan demikian itulah hari yang ditimpakan keatas mereka kecerian dan kegembiraan.
76:12 Dan pembalasan atas kesabaran mereka malahan dikurniakan dengan syurga dan pakaian dari sutera yang terpilih.
76:13 Dan mereka duduk bersandaran diatas sofa dan mereka tidak melihat matahari dan dari kedinginan melampau.
76:14 Dan didekatkan dengan mereka naunganya dan buah-buahan yang sedang ranum sedekat yang mungkin.
76:15 Dan diedarkan kepada mereka bijana dari perak dan piala minuman khas dari kristal.
76:16 Dan kristal perak yang diukir khas mengikut ukuran yang ditentukan.
76:17 Dan diberi minuman dalam bekas khas dari halia yang menyegarkan.
76:18 Dan saliran air dari punca mata-air yang dinamakan salsabiilan.
76:19 Dan dikelilingi jelitawan yang berkekalan malahan mereka dilihat seperti mutiara bertaburan.
76:20 Apabila kamu melihat kelak maka dapat kamu lihat kenikmatanya dan kebesaran dari kuasa Dia.
76:21 Mereka memakai pakaian sutera hijau halus dan tebal dan mereka dihiasi dengan gelang perak dan diberi minuman dari Pemelihara mereka dengan minuman air yang segar dan bersih.
76:22 Malahan inilah pembalasan atas usaha orang yang berterima kasih.
76:23 Dan Kami turunkan kepadamu -lqur-aan sebagai suatu penurunan.
76:24 Maka bersabarlah dengan hukuman Pemeliharamu dan jangan kamu mentaati mereka yang berdosa dan orang yang tidak percaya.
76:25 Dan ingatlah nama Pemeliharamu diwaktu pagi dan petang.
76:26 Dan dari malam maka patuhi dan sanjungi Dia dimalam yang panjang.
76:27 Dan diantara mereka mencintai yang segera dan tinggalkan dibelakang mereka hari-hari yang berat bebananya.
76:28 Kami ciptakan mereka dan menguatkan struktur tubuh mereka dan jika Kami kehendaki digantikan dengan penggantian yang serupa.
76:29 Malahan inilah suatu peringatan maka sesiapa menghendakinya maka ambillah suatu jalan dari Pemelihara kamu.
76:30 Dan kamu tidak menginginkanya melainkan jika dikehendaki Allah malahan hanya Allah yang Mengetahui yang Bijaksana.
76:31 Maka dimasukan sesiapa dikehendaki kedalam Rahmatnya dan bagi orang yang zalim disediakan azab yang dahsyat.
Sekian! Selamat membaca dan fahamilah...
Saudara yang dikasihi sekelian;
ReplyDeleteHayati ayat 1 - 5 dari surah Al Insan dan dapatkan apakah yang Allah "PERINGATKAN" kepada sekelian manusia.... Semua manusia telah dan akan melakukan ini tapi mereka buat2 tak ingat tu! sbb manusia tidak aman-setosa-selamat -gembira-sejahtera hingga kepada hari roh dah sampai ketekak, baru nak ingat pesanan ini??!!??
Salam Tuan2..
ReplyDeleteAyat ini mengesahkan bahawa yang telah meninggal dunia hanya akan tidur sehingga di bangkit kan di hari perhitungan. Tidak ada seksa kubur seperti mana cerita Imam2 dahulu ataupun sekarang;
[36-51] And the Horn will be blown; and at once from the graves to their Lord they will hasten.
[36-52] They will say, "O woe to us! Who has raised us up from our sleeping place?" [The reply will be], "This is what the Most Merciful had promised, and the messengers told the truth."
[36-53] It will not be but one blast, and at once they are all brought present before Us.
Becks
akal kita sebenarnya tidak berada dalam ruang dan masa....dia ada di dimensi lain... sebab itulah kita mengalami pengalaman....
ReplyDeleteAdakah perkataan "marqodina" (surah yasin 51) itu literally maknanya tidur?
ReplyDeleteAdakah perkataan "marqodina" itu literally maknanya tidur?(surah Yasin ayat 51)
ReplyDeleteSalam..
ReplyDelete'Adakah perkataan "marqodina" itu literally maknanya tidur? (surah Yasin ayat 51)'. saya rasa Amy ni merujuk kepada Surah Yasin ayat 52. sebab ayat 51 tidak ada perkataan "marqodina"
good question.
kalau merujuk Lane Lexcion Classical Arabic, "marqodina" adalah berasal dari kata dasar atau root word "ra kaf dal" (sebutan nya rakada) yg bermaksud "slept atau sedang tidur". bukan nya bermaksud sleep atau tidur. saya bukan pakar bahasa tapi dari pemahaman saya slept atau sedang tidur adalah 'past tense' kepada sleep atau tidur or something like that..
manakala root word bagi "mim ra kaf dal" (sebutan nya markadu) bermaksud "a sleeping place atau sesebuah tempat tidur"..
kalau merujuk Modern Arabic, "ra kaf dal" (sebutan nya rakada) bermaksud "baring atau lie down"..
dalam surah [2:255] dan [78:9] ada satu lagi perkataan dengan root word nya "nun wau mim" (sebutan nya nawmun / nawma) di translate kan sebagai "sleep atau tidur" (kalau merujuk Modern Arabic). tapi kalau merujuk Classic Arabic apakah maksud nawmun / nawma (nun wau mim)?? This part you guys do the research yourself..
Becks
simple. dlm quran ada ayat, kita akan di adili apabila di bangkitkan kelak...kalo dah dalam kubur dah kena seksa, tak payah tunggu hari kebangkitan...hehehe
ReplyDelete