Saturday 27 May 2017

Siri Ramadhan - Nostalgia

Kedamaian Untuk Semua,

Tanahair kita sedang meraikan apa yang dikenali sebagai bulan "ibadah".

Ibadah adalah sebuah perkataan arab yang diterbitkan dari akar kata ain-ba-dal. Ia membawa maksud abdi.

Oleh yang demikian, ibadah adalah sebuah kata terbitan yang diterbitkan dari akar kata ain-ba-dal. Ia membawa maksud PENGABDIAN.

Dunia pernah mempraktis sistem hamba abdi yang boleh kita jadikan contoh untuk sebuah pemerhatian yang mendalam.

Ia berlaku terutamanya di ladang-ladang di seluruh Amerika Syarikat. Sebuah negara yang kini mendabik dada mahu menjadi polis ideologi demokrasi dunia.

Kita dapat perhatikan, bahawa hamba-hamba yang bekerja di ladang-ladang itu tidaklah boleh memilih bulan mana yang mereka mahu menghambakan diri kepada tuannya, bukankah begitu ?

Mereka menghambakan dirinya SEPANJANG TAHUN kepada tuan mereka.

Ini dilakukan untuk sebuah maksud yang jelas. Iaitu agar sesiapa sahaja yang memiliki mereka dapat memperoleh laba keuntungan.

Namun, ada juga kes di mana tuan-tuan ladang memulangkan hasil yang dituai kepada hamba mereka kerana merasakan rezeki yang mereka terima sudah terlalu melimpah ruah dan mustahil untuk dihabiskan.

Kini, bayangkan jika sekiranya Tuan itu mempunyai KEKAYAAN yang tidak mempunyai sempadan, KEKAYAAN yang tiada tolok bandingnya. Sebuah kekayaan yang di luar kemampuan kita untuk memikirkannya.

Jika Tuan itu memiliki kekayaan yang sebegini. Adakah anda merasai Beliau memerlukan lagi khidmat hamba-hambaNya untuk mengkayakan lagi diriNya ?

Apa lagi yang Tuan ini mahukan jika Beliau sudah ada segala-galanya ? Beliau tidak pernah sakit kerana tidak mati.

Beliau tidak mengantuk sehinggakan tidak perlu tidur. Beliau boleh mendengar segala apa yang terjadi di seluruh alam. Beliau boleh melihat segala apa yang ada di seluruh alam.

Perlukan Tuan sebegini sesuatu dari hamba-hambanya ? Sudah tentulah tidak.

Jadi kepada siapakah sebenarnya kita, hamba-hambaNya berkhidmat ?

A006

"Sesiapa berjuang (ja-ha-da), dia berjuang (yu-ja-hi-du) hanya untuk dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya daripada semua alam" AQ 29:6

Mereka ini kesemuanya, berkhidmat untuk kebaikan diri sendiri sahaja dengan mengakui untuk "wa samiaq na, wa artoq na" (kami dengar dan kami patuh) kepada pesanan Tuan mereka.

Agar mereka memperoleh kebaikan untuk diri mereka sendiri.

Dengan itu, saya secara peribadi merasakan pemilihan sesebuah bulan tertentu sebagai bulan "ibadah" sangatlah meleset konsepnya.

Kita perlu mendengar dan patuh kepada arahan Tuan kita sepanjang tahun untuk mendapat kebaikan dari pesananNya itu.

Namun begitu, secara umumnya, perkara mengisytihar sesuatu bulan sebagai bulan ibadah ini bukanlah sesuatu yang 100 peratus buruk.

Masih terdapat sisi baik yang boleh kita jadikan fokus untuk melahirkan tindak balas positif demi kebaikan masyarakat di negara ini.

Di antara perkara baik yang saya boleh nampak ialah apabila keluarga yang jauh dan dekat mengejar masa untuk makan bersama-sama tepat pada waktunya.

Pada bulan ini, secara tiba-tiba ramai di antara kita mula mematuhi perintah ini ;

A001

"Demi masa!" AQ 103:1

A002

"Sesungguhnya manusia dalam kerugian" AQ 103:2

A003

"Kecuali orang-orang yang amanah ('a-ma-nu), dan buat kerja-kerja baik, dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk sabar" AQ 103:3

Pada bulan ini juga, sesibuk mana pun ahi keluarga itu, mereka seolah-olah dapat mencuri peluang untuk menikmati juadah bersama-sama ahli keluarga yang lain.

Makan bersama adalah cara paling asas untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.

Jika keluarga kita adalah dari jenis yang tidak berpeluang melakukan acara ini setiap hari, maka ianya bolehlah dijadikan medan untuk mempraktis program ini.

Jikalah ada di antara ahli keluarga kita yang menghadapi krisis sehingga asyik bertengkar apabila bersua. Maka kaedah ini boleh dijadikan medan paling tepat untuk menahan diri dari memulakan pertengkaran.

Inilah yang dikenali sebagai PROGRAM SOUM (to restraint/menahan diri). Sebuah konsep yang diketengahkan oleh Al Quran.

Jika anda mengalami masalah berat badan kerana makan secara berlebihan maka tahanlah diri anda dari makan.

Jika anda mengalami masalah ketagihan meminum minuman yang tidak membawa manfaat. Makan tahanlah diri anda dari meminum air itu.

Jika anda mengalami masalah ketagihan merokok atau mengambil dadah maka tahanlah diri anda dari berbuat demikian.

Ia perlu dilakukan sehingga anda dapat membezakan keburukan dari kebaikan yang dibawa oleh perkara-perkara yang anda ketagih itu. Bukan terhenti setakat satu bulan sahaja.

Kenangan Mengusik Jiwa

Pelik jika dikenangkan bagaimana sesuatu elemen itu boleh membawa pemikiran kita ke suatu masa yang lampau.

Oleh kerana manusia mempunyai fantasi indah yang mahu mereka realisasikan maka secara tidak sedar akal kita merekod kenangan-kenangan yang membawa kegembiraan kepada diri kita.

Kebanyakkan kenangan ini akan diputarkan kembali di kotak pemikiran kita apabila terdapat sesuatu elemen yang mencuitnya.

Ia boleh jadi sesuatu bau, peristiwa, audio dan visual yang menjadi pemangkin untuk putaran rekod itu.

Bagi saya elemen bunyi terutamanya lagu, banyak membantu saya mengenang kembali peristiwa-peristiwa indah yang pernah terjadi di dalam hidup saya.  

Oleh kerana itu, apabila ada rakan yang memperdengarkan kembali lagu ini, saya merasakan diri saya seolah-olah kecil kembali. Sekitar umur 10-12 tahun.


Tiba-tiba terasa diri seolah-olah menunggu-nunggu sebuah kedai india di hujung kampung yang saya diami mula menjual bunga api dan mercun.

Pelampau

Semua kenangan indah ini gugur satu persatu dengan hadirnya keterangan-keterangan melampau terutamanya dari ahli-ahli politik yang mewarnai kehidupan saya di dekad itu.

Bila diingati kembali, saya dapat merasakan krisis dan dilema yang dihadapi oleh jiwa saya akibat dari keterangan-keterangan ini.

Sedikit demi sedikit, jiwa kecil yang indah itu, berubah rupa menjadi pelampau.

Kini baru saya sedar, bahawa jiwa manusia boleh menjadi hitam legam jika kita membiarkan desakan luar menyapu warna mereka kepada diri kita.

Kini, golongan pelampau itu masih wujud. Di dalam bentuk mereka yang tersendiri, mewarisi tradisi pelampau dari nenek-moyang mereka. 

Saya percaya, pasti ada jiwa kecil yang berjaya mereka warnai dengan keterangan-keterangan mereka.

Pasti ada jiwa yang menjadi pembenci akibat dari keterangan-keterangan tidak bertanggung jawab ini.

Image result for kalau nak beli di bazar jangan tengok apa yang dia jual tetapi tengok siapa yang menjual. jangan beli dari tangan-tangan yang tak takut pada Allah. jangan beli dari tangan yang tak tutup aurat

http://celahgelegar.blogspot.com/2017/05/kumpulan-mahu-guan-eng-dilarang-berbuka.html

Golongan pelampau ini bukan sahaja terdiri dari mereka yang berkopiah, berjubah dan berjambang.

Ada juga mereka yang berpakaian melayu, bersampin dan bersongkok.

Dan yang paling bahaya tentulah datangnya dari mereka yang mengakui mengikuti amalan demokratik. Namun, secara realiti mencengkam kumpulannya dengan kuasa dan pengaruh berpanjangan selama lebih dari 50 tahun.

Yang paling bahaya tentulah mereka yang memprojek imej demokratik tetapi tidak boleh menerima kumpulan lain menjadi pemimpin mereka.

Yang menolak untuk menerima budaya yang diamalkan masyarakat setempat secara keras sehingga terbawa-bawa sehingga ke Dewan Undangan Negeri sebuah Dewan yang sepatutnya bebas dari amalan melampau.

Namun kini, kumpulan ini sanggup untuk berlakon menerima budaya itu demi kuasa. Inilah yang menjadikannya begitu bahaya. Apabila berterus terang, sekurang-kurangnya kita tahu apa yang perlu kita jangka.

https://ruzaimiramza.wordpress.com/2008/06/08/kepala-dogol-dap/

JOHOR BAHRU 8 Jun - Tindakan DAP mendesak empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu supaya tidak memakai songkok pada majlis pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) disifatkan sebagai biadap dan menderhaka kepada Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail.

Beberapa ADUN berpendapat, parti itu secara jelas berpendirian kurang ajar dengan merendahkan peraturan dewan itu serta tidak menghormati adat negeri ini dan orang Melayu.

ADUN Nusajaya, Datuk Aziz Sapian berkata, disebabkan majlis itu akan dirasmikan oleh Sultan Johor maka sesiapa yang tidak mengikuti peraturan dewan tersebut seolah-olah tidak menghormati Sultan.

"Jika wakil rakyat daripada DAP tidak mahu menghormati Sultan atau peraturan Johor maka lebih baik jangan duduk di negeri ini dan keluar serta pergi sahaja ke negeri lain," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang menyatakan ADUN Bentayan, Mengkibol, Senai dan Skudai berada dalam keadaan serba salah sama ada hendak memakai songkok atau tidak pada majlis perasmian pembukaan DUN pada 19 Jun ini.

Naib Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez berkata, kesemua wakil rakyat tersebut pada dasarnya tidak mempunyai masalah untuk memakai songkok tersebut.

Bagaimanapun katanya, sebahagian ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meminta mereka tidak memakai songkok pada majlis pembukaan yang akan dirasmikan oleh Sultan Johor itu.

Norman berkata, mereka dalam dilema sama ada hendak mengikut arahan CEC atau mengabaikannya dengan memakai songkok pada majlis tersebut.

Aziz berkata, pendirian DAP itu tidak boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat kerana jika dibandingkan wakil rakyat daripada parti lain, misalnya Pas boleh memakai songkok dan bukannya kopiah.

ADUN Tiram, Datuk Maulizan Bujang pula berkata, tindakan DAP itu adalah seperti cuba mencemarkan institusi raja di negeri ini dan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat kerana ia menyinggung perasaan orang Melayu.

"Sepatutnya apabila mereka sudah bersetuju untuk menjadi wakil rakyat maka mereka perlu tahu dan mematuhi segala peraturan dewan dan tidak perlu timbul perkara ini," tegas beliau yang Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Pengajian Tinggi Johor negeri.

Menurutnya, semua rakyat khususnya orang Melayu perlu mengambil pengajaran dan sedar terhadap pendirian DAP yang tidak menghormati budaya orang Melayu.



Mereka ini semua perlu kita tolak dari menjadi tuan kepada jiwa kita.

Ashwed 





Friday 12 May 2017

Menangani Stres : Kembali Kepada Asas (2)

Kedamaian Untuk Semua,

Saya ingin menegaskan sekali lagi point saya bahawa asas diri kita ini hanyalah inward dan outward.

Kita tidak mempunyai kuasa untuk mengawal apa yang berada di luar dari diri kita.

Tetapi, kita mempunyai kawalan sepenuhnya kepada diri kita sendiri. Kitalah penguasa kepada diri kita. 

Menurut Edward William Lane's Arabic-English Lexicon perkataan Rabb mempunyai makna-makna berikut ;

Ra-Ba-Ba = to be a lord and master, collect, possess/owner, rule, increase, complete, bring up, preserve, chief, guardian, regulator, determiner, caretaker, provider, sustainer, perfecter, rewarder, creator, maintainer, reposer of properties, developer, former of rules and laws of the growth, foster a thing in such a manner as to make it attain one condition after another until it reaches its goal of completion, the bringing a thing to a state of completion by degrees, whoever possesses a thing is it's rabb.

Oleh yang demikian, Ra-Ba-Ba membawa maksud sesuatu yang mempunyai kawalan ke atas sesuatu yang lain. Manusia secara asasnya dikawal oleh inteleknya atau pemikirannya. Menjadikan akal (bukan sekadar organ otak sahaja) adalah rabb  seluruh manusia.

Arguing, Memes, and What Is: "Master, what is the secret to happiness"
 "Not to argue with idiots"
 "Master, I completely disagree that this is the secret"
 "Yes, you are right..." 
Ashwed 

Wednesday 10 May 2017

Menangani Stres : Kembali Kepada Asas



Kedamaian Untuk Semua,

Bersempena dengan Hari Wesak yang di sambut di Malaysia pada hari ini, apa kata kita berbincang sedikit mengenai Buddha.

Buddha bukanlah nama orang. Kesilapan pemahaman mengenai perkara ini sudah sekian lama di bawa oleh umat manusia.

Kesilapan ini bukan sahaja dilakukan oleh mereka yang tidak mempelajari mengenai ajaran Buddha, malah turut dilakukan oleh pengikut ajaran Buddha itu sendiri. 

Buktinya dengan jelas dapat di lihat dari nama lain yang diguna untuk perayaan ini. Di antaranya ialah, Buddha Purnima atau Buddha Jayanthi yang membawa maksud perayaan  kelahiran, enlightenment (kesedaran) dan kematian Gautama Buddha.


Vesākha
Dharma Wheel.svg
Official nameVesākha, Buddha Purnima, Buddha Jayanti, Vaisakha, Vesak
Also calledBuddha's Birthday or Buddha Day
Observed byBuddhists and Hindus in India, Sri Lanka, China, Japan, South Korea, Taiwan, Nepal, Tibet, Bangladesh, Bhutan, Indonesia, Singapore, Vietnam, Thailand, Cambodia, Laos, Malaysia and Myanmar
TypeReligious
SignificanceThe birth, enlightenment and death of Gautama Buddha
ObservancesMeditation, observing the Eight Precepts, partaking of vegetarian food, giving to charity, "bathing" the Buddha
DateFull moon of the month of Vesākha, usually in April (first), May or June (last)
2016 date21 May (Sri Lanka, Cambodia, Myanmar and India)
22 May (Indonesia)
2017 date10 May (Sri Lanka, Cambodia, India, Bangladesh, Singapore, Thailand, Myanmar and Malaysia)
11 May (Indonesia)
2018 date29 May
(Sri Lanka, Cambodia, India, Bangladesh, Singapore, Thailand, Malaysia and Indonesia)
Frequencyannual
Related toBuddha's Birthday
Other related festivals
Laba Festival (in China)
Rohatsu (in Japan)
Bodhi Tree Watering Festival (in Myanmar)


Seperti juga dengan Islam, Buddha bukanlah sebuah organisasi agama. 

Jika Islam membawa maksud kedamaian di dalam Bahasa Arab. Buddha pula adalah cantuman perkataan Sanskrit/Pali iaitu budhi (akal, intelek) dan dha (atas, tinggi atau above).

Oleh yang demikian, Buddha membawa maksud “above intellect” atau Intelek Tinggi/Atas.

Siddharta Gautama adalah di antara manusia yang berjaya mencapai Buddha (above intellect).

Beliau bukanlah satu-satunya manusia yang berjaya mencapai tahap ini. Sepanjang sejarah ramai yang berjaya mencapai tahap ini di dalam ketamadunan yang berbeza.

Ada yang kita kenali sebagai Nabi dan Rasul, ramai pula yang tidak kita kenali. Yang pasti mereka ini banyak membantu manusia lain memahami kehidupan ini dengan lebih mendalam.

Sejarah Hidup Siddharta Gautama

Menurut wikipedia beliau, dilahirkan di Timur Benua India di sebuah daerah bernama Lumbini di antara 563-480 tahun sebelum masihi dan meninggal di sebuah daerah bernama Kushinagar di antara 483-400 tahun sebelum masihi.

Beliau lebih dikenali sebagai seorang pendeta yang menghabiskan hidupnya sebagai seorang pelajar dan pengajar.

Seperti juga dengan manusia-manusia zaman silam yang lain, sejarah mengenai pendeta ini hanya mula dikumpul beratus-ratus tahun selepas kewafatannya. 

Dalam hal Siddharta Gautama, nota mengenai kehidupan beliau mula dikumpul kira-kira 400 tahun selepas beliau meninggalkan alam yang fana ini.

Di dalam tempoh 400 tahun itu, manusia hanya mengingati sejarah hidup pendeta ini melalui pendekatan tradisi oral.

Oleh yang demikian, banyak cerita mitos yang ditokok tambah kepada kehidupan sebenar beliau seperti beliau dilahirkan tanpa bapa di bawah sepohon pokok Sal oleh ibunya yang digelar Queen Maya.

Pada malam Siddharta dikandungi, Queen Maya bermimpi seekor gajah putih bergading 6 memasuki tubuhnya dari arah kanan selain mitos-mitos lain yang menjadi begitu terkenal dan dihafali oleh para pencinta beliau.

Seperti kebanyakkan organisasi agama yang lain, perselisihan mengenai mitos ini akhirnya mencambahkan aliran pemikiran atau mazhab yang berbeza.

Hari ini, saya tidak bercadang untuk menulis mengenai kehidupan dan sejarah Siddharta Gautama secara panjang lebar, sidang pembaca boleh mencari pengetahuan mengenainya di Wikipedia atau laman-laman agama Buddha.

Sebetulnya, hari ini saya ingin berkongsi pengetahuan mengenai ajaran Buddha berdasarkan pemahaman saya sendiri.

Suatu amaran perlu diberi bahawa pemahaman saya mungkin sangat berlainan dengan panduan beragama menurut ajaran Buddha yang diajar oleh para sami mengikut tradisi aliran pemahaman atau mazhab masing-masing.

Bacalah dengan fikiran yang terbuka, mana tahu artikel ini boleh memberi pengetahuan tambahan dan idea baru di dalam hidup kita.

Intelek

Saya pasti ramai di antara kita yang pernah mengalami suatu keadaan yang dikenali sebagai stres.

Namun, pernahkah anda berfikir mengapa kita menjadi stress.

Pasti ramai yang menganggap manusia menjadi stres kerana mereka terlampau taksub untuk mencapai sesuatu seperti di dalam mengejar imbuhan pekerjaan, pelajaran, sukan dan sebagainya.

Benar, perkara-perkara ini jika tidak dikawal akan membuatkan kita stres dan stres pula jika tidak dikawal boleh membawa mudarat seperti penyakit Kardio, tekanan perasaan, amarah dll.

Cumanya yang kita jarang berfikir ialah kenapa kita jadi begitu ?

Seperti yang saya nukilkan pada permulaan artikel ini, Buddha adalah percantuman dua perkataan Sanskrit yang membawa maksud “above intellect” di dalam Bahasa Inggeris.

Jika ada tahap “above intellect”, pastilah ada tahap yang berlawanan dengannya iaitu “below intellect”. 

Apabila ada tahap “below intellect” pasti pula wujud tahap yang ditengah-tengah yang kita kenali sebagai “normal intellect”.

Sebelum kita pergi lebih lanjut memahami secara ringkas apa dia “above intellect”, “normal intellect” dan “below intellect”. Apa kata kita fahami dulu apakah dia intelek ?

Intelek secara mudahnya adalah pemikiran kita.

Tetapi, jika mahu memahaminya secara keilmuan tersusun, intelek bolehlah kita terangkan sebagai fakulti alasan dan pemahaman mengenai sesuatu secara objektif.

Ia juga dikenali sebagai akal di dalam Bahasa Arab dan Melayu. Perlu di ingat bahawa akal bukanlah otak sahaja kerana otak adalah sejenis organ.

Akal adalah segala-galanya tentang diri kita. Cara berfikir dan menilai sesuatu, riak perbuatan, keputusan yang kita ambil dan sebagainya.

Di dalam Bahasa Al Quran perkataan yang paling tepat untuk menerangkan hal ini pada saya ialah Rabb.

Inilah etimologi perkataan intelek. 

Namun begitu, pada resam dunia ini, intelek adalah segala input dan konsep yang diletakkan ke dalam akal kita oleh ajaran dari manusia sekeliling.

Semasa kita dilahirkan ke dunia, pelbagai perkara mengenai kehidupan ini tidak kita ketahui. 

Ibu dan bapa kitalah guru yang pertama mengajar kita. 

Ada perkara yang diajar oleh mereka seperti api itu panas, gula itu manis, beras boleh mengenyangkan pada asasnya kita boleh sendiri mengetahuinya berdasarkan pengalaman.

Tetapi, pada asasnya perkara-perkara mudah inilah sebenarnya dikategorikan sebagai kebenaran hakiki.

Selain itu, mereka juga mengajar kita mengenai konsep-konsep lain seperti agama, tuhan, malaikat, kitab dll yang bercampur baur di antara kebenaran dengan mitos.

Ini semua pada dasarnya kita kenali sebagai belief system.

Oleh itu, intelek pada asasnya adalah semua konsep dan input yang bercampur baur di antara yang benar dengan kepercayaan yang kita anggap benar. Semua ini diletakkan di dalam akal kita oleh ORANG LAIN.

Ia menjadi begitu rumit sehingga MAJORITI MANUSIA tidak dapat membezakan lagi di antara yang benar dengan yang palsu.

Inilah dia apa yang kita kenali sebagai “NORMAL INTELLECT”. 

Lihatlah disekeliling anda. Majoriti manusia pasti mempunyai agama, konsep tuhan masing-masing, ajaran dan fahaman yang membezakan kumpulan mereka dengan yang lain.

Mereka ini pada dasarnya adalah manusia biasa yang tahu api itu panas, gula itu manis dan beras boleh mengenyangkan. Dengan kata lain, mereka manusia normal.

Mereka inilah yang paling mudah mengalami stres kerana pemikiran yang rumit ini.

Cuba ingat kembali semasa kita kecil seringkah kita mengalami stress ? Tentulah tidak. Kita tidak pernah memikirkan tentang bil bulanan dan hutang di sekeling pinggang. 

Setiap hari yang kita fikirkan ialah ingin bergembira, bermain bersama kawan-kawan.

Begitu juga dengan orang gila. Mereka ini tidak mengalami stres. Mereka tidak lagi berfikir mengenai hutang, laporan kerja, tarikh siap dan sebagainya.

Bagaimana pula dengan binatang ? Adakah binatang mengalami stres ? Mungkin ada satu dua kes berita binatang jadi stres lalu naik minyak. Tapi perkara ini bukanlah diakibatkan oleh intelek mereka.

Mereka inilah termasuk di dalam kategori “below intellect”.

Dalam erti kata yang lain mereka ini tidak mengalami stres kerana mereka tidak mempunyai intelek rumit seperti majoriti manusia normal. Mereka bolehlah dikatakan sebagai tidak normal.

Akhir sekali, apakah dia kategori “above intellect” (Buddha). Bagaimana pula cara mereka yang diberi enlightenment (kesedaran) ini berfikir.

Seperti yang saya sebut di atas, majoriti manusia mempunyai pemikiran rumit yang dikenali sebagai normal intellect.

Apa yang dicapai oleh mereka yang berada di dalam kategori “above intellect” ialah merungkai kerumitan itu denga KEMBALI KEPADA ASAS.

Semasa kita dilahirkan sehingga kepada memori kita yang pertama apakah sebenarnya yang kita ketahui ?

Kita sebenarnya ketahui bahawa diri kita adalah kita. Kita mula mengenali diri kita. Mula-mula bila dahaga kita mula mencari air, apabila lapar kita mencari makan.

Semasa kita kecil intelek kita belum dikotori lagi oleh input dari konsep orang lain. Air yang kita cari tadi bukanlah susu dari jenama pediasure, asalkan boleh menghilangkan dahaga adalah cukup bagi kita. 

Begitu juga, apa jenis makanan pun sudah memadai untuk kita semasa kecil tidak perlu nasi kerabu, pizza atau spaghetti. Yang penting perut tidak lapar.

Begitulah juga dengan sistem kepercayaan. Semasa kita kecil sebelum ada orang mengotori intelek kita dengan konsep bahawa ada orang yang lebih suci dari yang lain, ada yang lebih agong dari yang lain, ada tempat membakar manusia jika membuat perbuatan yang dikategori sebagai jahat dll.

Sebelum semua ini dibentuk dan diletakkan ke dalam intelek kita, sesungguhnya kita adalah seorang individu yang bebas. 

Jika kita berjaya merungkai kesemua pemikiran rumit ini dan KEMBALI KEPADA ASAS maka itulah yang dikenali sebagai”above intellect”.

Jika kita berjaya mencapainya baharulah kita SEDAR bahawa yang sebenarnya yang ada di dalam dunia ini hanyalah .. “apa yang berada di dalam diri dan di luar dari diri kita.

Inward dan Outward. Itu sahaja yang tinggal. Inilah yang paling asas.

Kita hanya boleh mengawal apa yang berada di dalam diri kita, tidak di luar.
Kita boleh mengawal diri kita dari menjadi stres dengan membuat langkah mudah iaitu mengambil keputusan untuk tidak stres. 

Demi sesungguhnya, tiada siapa yang boleh menghalang kita untuk berbuat begitu.

Kesimpulan

Ramai yang berpendapat jika mereka berjaya mencapai sesuatu seperti wang dan harta yang banyak, isteri cantik yang menjadi rebutan rakan-rakan, memasuki universiti ternama, pangkat, kuasa dan pengaruh maka mereka tidak lagi akan stres.

Ini adalah kerana mereka menganggap ini adalah matlamat hidup mereka.
Tanpa disedari, inilah sebenarnya permulaan kepada kehidupan yang penuh tekanan.

Sebenarnya kita boleh sahaja menikmati semua nikmat dunia ini tanpa terikat dengan tekanan yang dibawa bersama dengannya.

Caranya ialah dengan kembali kepada asas. Inilah yang dikenali sebagai Ad Deen dari ajaran seorang yang mencapai tahap Buddha (above intellect). Masyarakat kita mengenali orang ini dengan nama Mohammad.

Untuk menyedari akan hal ini sudah tentulah kita perlu mengenali diri kita terlebih dahulu

Image result for to know yourself is the beginning of all wisdom aristotle

Hal ini tidak boleh dicapai dengan sekadar memakai pakaian tertentu atau duduk bertafakur dengan kedudukan tertentu atau berjalan merata lorong dengan tidak memakai kasut dan memohon sedekah dari orang.

Semua itu terjadi bukan kerana dipaksa-paksa. Tetapi adalah suatu kejadian peristiwa semulajadi. Bukan diulang-ulang untuk mencapai matlamat.

Mereka yang tidak mengalami stres adalah mereka yang mencapai tahap “above intellect” dan mereka yang berada di dalam kategori “below intellect”.

Menjadikan garisan di antara orang bijak yang mencapai kesedaran (enlightenment) dengan seorang yang gila adalah sangat nipis.

Saya sendiri masih seorang yang normal dan sering mengalami stress. Anda bagaimana ?

Selamat Hari Wesak 2017.

Ashwed