Thursday, 24 November 2016

Rumah Yang Bernama Politik

# Artikel ini bukan mengenai politik semasa tanahair. Ia bukan mengenai siapa benar dan siapa salah. Ia di tulis untuk cuba mencari kefahaman mengenai kehidupan di dunia ini dan dijadikan pedoman untuk melahirkan idea-idea yang lebih segar untuk menjadikan kehidupan kita lebih baik dari dahulu.

Kedamaian Untuk Semua,



"Sesungguhnya Firaun telah berbuat sewenang-wenangnya di muka bumi, serta dia menjadikan penduduknya bergolongan (syi-yaa-an). Dia menindas segolongan di antaranya dengan menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah dia dari golongan yang membuat kerosakan" AQ 28:4 

Tidak berapa lama dahulu saya ada menulis sebuah artikel bertajuk Nilai Rohani : Realiti Dan Fantasi. Anda boleh membacanya di sini http://ashwed1973.blogspot.my/2016/08/nilai-rohani-realiti-dan-fantasi.html

Artikel tersebut menceritakan tentang peri pentingnya untuk melihat sesuatu di luar dari kotak pemikiran biasa dengan membahagikan semua subjek di dalam dunia ini kepada rumah-rumah yang berasingan.

Di dalam artikel itu, saya mencipta satu karakter yang saya gelar PENDETA. Pendeta atau SAGE di dalam Bahasa Inggeris kebiasaanya digambarkan sebagai seorang yang bijaksana dan berpengalaman luas.

Beliau mengembara dari sebuah rumah ke rumah. Ini bermakna beliau tidak di terikat kepada mana-mana ideologi yang menjadi perbahasan di kalangan penghuni rumah tersebut tetapi melihat semua isu dari arah dunia yang luas. Beliau adalah seorang yang bebas.

Seorang manusia yang bebas sukar untuk membenci rakan manusianya yang lain. Kebiasannya, kita menjadi takut atau marah atau benci kepada sesuatu yang kita masih belum memahaminya.

Apabila kita sudah memahami grand scheme sesuatu perkara itu, pengetahuan ini akan menjadikan kita merasa selamat dan akhirnya pemikiran kita akan merancang tindak-tanduk yang terbaik bagi menangani apa-apa sahaja isu yang berkaitan dengan subjek itu.

Sebelum para pembaca menuduh saya perasan pandai, saya perlu membuat penafian bahawa karakter Pendeta itu bukan saya. Ia hanyalah satu karakter rekaan. Karakter yang paling ideal.

Saya mengaku ada banyak subjek yang saya memang langsung tiada pengetahuan. Oleh sebab itu, saya memilih untuk menulis subjek yang saya fahami sahaja. Saya fikir orang lain pun serupa, bukankah begitu ?

Sungguhpun contoh yang digunakan di dalam artikel itu adalah agama, namun saya berharap para pembaca dapat menggunakan imaginasi masing-masing untuk mengaplikasi analogi ini kepada subjek-subjek lain.

Sebenarnya banyak perkara saya tidak boleh tulis secara terbuka di ruangan maya ini kerana ia berkemungkinan besar akan dikategori sebagai menghasut.

Namun, saya percaya bahawa jihadan kabiran itu adalah menyebarluaskan pengetahuan. Maka sesuatu perlu dilakukan untuk menjadi pemangkin kepada perubahan cara fikir. Maka saya mula menulis.

Saya mengambil keputusan untuk menulis mengenai agama kerana sebagai seorang pengamal undang-undang saya merasakan diri saya mempunyai peluang yang lebih luas untuk memenangi kes saya jika ia di bawa ke mahkamah syariah daripada mahkamah sivil.

Tetapi, melihat kepada perkembangan RUU 355, saya merasakan pilihan ini semakin tertutup.

Oleh yang demikian, adalah penting untuk saya menyampaikan sudut yang lebih terperinci mengenai dunia ini, mudah-mudahan kita boleh mengambil iktibar daripadanya.

Sidang pembaca yang dihormati, apabila bercerita mengenai kezaliman kerajaan sesebuah negara, Al Quran sering memberi contoh peristiwa yang terjadi di zaman Nabi Musa.

Ia adalah kemuncak kepada peristiwa keadilan melawan kezaliman dan AQ 28:4 mendefinisikan segala-galanya.

Di dalam keterangan ini terdapat simbolisma tersirat yang mana jika kita berjaya keluar dari rumah-rumah yang saya jadikan analogi di dalam artikel tersebut di atas maka kita sewajarnya dapat mengerti maksud yang tersirat ini sebagai pedoman hidup kita.

Terdapat 3 kata kunci utama bagi memahami keterangan ini.

1. Firaun
2. bergolongan (syi-ya-an)
3. menindas segolongan dan membiarkan segolongan lain 

Jika anda berada di dalam rumah yang bernama politik dan mahu memahami grand scheme bagaimana peraturan rumah ini dimainkan anda perlu dahulu memahami simbolisma 3 kata kunci ini.

1. Firaun

Firaun mewakili Political Master iaitu pemerintah sebenar tanah yang kita diami.

Jika kita benar-benar mendalami seni politik, kita tentu sedar bahawa pemain seni ini terdiri dari segelintir golongan paling atas di dalam hirarki masyarakat.

Mereka ini secara turun temurun mendiami koridor kuasa di tanah yang mereka perintah. Di zaman dahulu mereka adalah Raja-Raja dan kerabatnya.

Tetapi, di zaman moden ini mereka terdiri dari pentadbir elit yang sudah begitu lama menguasai subjek mereka. Kita mengenali mereka ini sebagai golongan bangsawan.

Mereka ini jumlahnya sangat sedikit. Namun, mereka berjaya memerintah ramai orang dengan mengguna beberapa kaedah.

Kaedah inilah yang perlu kita ketahui supaya kita boleh membuat keputusan dengan lebih tepat sambil mencari cara yang lebih sempurna untuk melawan kaedah ini dengan lebih teratur.

Bayangkan, semasa menjajah India, jumlah pentadbir yang diletak di India bagi pihak Empayar British hanya seramai 3,500 orang. Mereka ini mengawal rakyat India berjumlah 300 juta.

Semasa British mengenggam Tanah Melayu, Kelantan negeri yang terkenal mempunyai lelaki yang berpawatakan keras, Empayar British hanya meletak seorang sahaja Residen Inggeris. Saya ulangi, SEORANG sahaja untuk mengawal orang Kelantan.

Jika terdapat masalah, kerajaan British akan menghantar tentera upahan mereka berbangsa Gurkha. Cuba teka di mana tentera upahan ini berpusat ?

Mereka ini berpusat di Singapura. Jika orang Melayu Kelantan tidak mahu menurut perintah, tentera upahan ini akan dihantar dengan bot dari Singapura yang mungkin memakan masa 2, 3 hari perjalanan untuk mengawal keadaan.

Secara logiknya, warga Kelantan boleh sahaja menghapuskan Residen yang seorang ini dengan mudah, tetapi mengapa ia tidak dilakukan sungguhpun lelaki Kelantan terkenal gagah dan bengis.

Bagaimanakah golongan bangsawan yang sedikit ini melakukannya ?

Menurut, AQ 28:4 ia dilakukan dengan mengguna dua mekanisma.

Yang pertama, dengan mengguna teori pecah dan perintah. Di dalam AQ 28:4 di atas, keterangan tersebut mengguna simbolik bergolongan ;

2. Bergolongan (Syi-ya-an)

Manusia yang tidak bersatu adalah seumpama lembu yang boleh di bawa ke hulu ke hilir untuk disembelih.

Mereka hanya menurut sahaja perintah Political Master tanah yang mereka diami, samada untuk dikorbankan sebagai askar, menjadi hamba bekerja sehingga ke akhir hayat atau menjadi pertahanan sehingga sanggup mengorbankan jiwa dan raga untuk Political Master ini

Untuk mencapai ini suatu skim perlu ditetas.

Nama-nama pemerintah besar tidak akan menjadi sejarah tanpa seorang pembantu yang menasihati mereka mengenai bagaimana mahu menggengam rakyat supaya patuh kepada kerajaannya.

Jika Adolf Hitler ada Joseph Goebbel, menteri dan pencipta teori propaganda. Firaun ada HAMAN. Beliau adalah pemimpin pekerja pemahat batu (engineer) di zamannya. Beliaulah Project Manager bagi pembinaan piramid.





"Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah hai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa dia termasuk orang-orang pendusta". (QS. Al Qashas, 28:38)

## Penemuan Batu Rosetta yang merungkai tulisan hiroglif zaman firaun membuktikan ketepatan fakta Al Quran.

Untuk pengetahuan, Batu Rosetta di temui pada tahun 1799, sedangkan Nabi Terakhir menulis fakta ini pada kurun ke-7. Perlu diingat, Baginda juga diberitahu di dalam Al Quran sebagai seorang yang tidak pernah membaca buku Taurat dan Injil. Maka secara logiknya, baginda tiada fakta yang tepat mengenai peristiwa ini, namun secara misteri baginda berjaya mengeluarkan nama ini. ##

Langkah paling efektif yang di cipta Haman untuk memastikan kuasa dan pengaruh Firaun mencengkam jauh ke dalam jiwa rakyat ialah dengan mencipta AGAMA yang dengannya rakyat menjadi bergolongan.

Agama-agama yang dicipta khas itu dengan sengaja akan dibiarkan bertelagah sesama mereka.

Malah, di dalam agama yang sama pula dipecahkan lagi kepada golongan-golongan kecil supaya pertelagahan ini semakin menghimpit penganutnya.

Apabila para penganut agama ini bertelagah sesama sendiri, pemimpin-pemimpin kumpulan kecil mereka dengan senang dibeli kesetiaannya.

Contoh : Islam di biar bertelagah dengan Kristian, tetapi oleh kerana di dalam Islam ada dua puak besar yang bertelagah iaitu Sunni dan Syiah maka untuk menumpaskan sesama sendiri penganut Islam berlainan mazhab ini sanggup bersatu dengan Kristian untuk menumpaskan pihak yang lagi satu. Alasan biasa yang dikeluarkan ialah bila seteru mereka sudah tumpas baru fikir hal musuh yang lebih utama.

Saudara, inilah sebabnya British hanya memerlukan 3500 orang untuk mentadbir rakyat India yang berjumlah 300 juta. Tidak terbayang dek akal kita bukan ? Tetapi itulah hakikatnya. 

Dengan jumlah 300 juta orang sepatutnya rakyat India tidak perlu mengangkat senjata pun, cukup hanya dengan meludah sahaja untuk merampas tanah mereka.

Tetapi, ia tidak terjadi. Mereka memerlukan beratus-ratus tahun untuk menyedari hal ini.

Selain dari pecah dan perintah, satu lagi mekanisma yang digunakan dengan berkesan untuk mengawal rakyat kebanyakkan ialah melalui Undang-Undang

3.  Menindas segolongan di antaranya dengan menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka

Begitulah undang-undang yang digunapakai di zaman Firaun. Anak-anak lelaki perlu di serah kepada pemerintah untuk dikorbankan.

Sementara anak-anak perempuan dibiarkan hidup.

Saya yakin sebuah Akta Khas kemungkinan besar ditulis secara lengkap sebagai peraturan penuh undang-undang pembunuhan anak lelaki ini. Lengkap dengan syarat dan sebagainya. 

Yang penting kita memahami bahawa Undang-undang adalah salah satu alat yang boleh digunakan untuk menyalahguna kuasa dan menggenggam jiwa rakyatnya.

Pedoman

Apakah yang boleh kita pelajari dari keterangan ini ? Apakah pedoman yang cuba di sampaikan Al Quran kepada kita ?

Pedoman yang pertama yang perlu kita jadikan tauladan ialah Nabi Musa tidak berjaya mengalahkan kezaliman. Kerajaan Firaun selepas kematiannya di warisi oleh rejim yang lain.

Rejim baru itu, meneruskan skim pecah perintah untuk mencengkam rakyatnya.

Baginda hanya berjaya membawa lari kaumnya ke tempat yang lebih selamat.

Ini dengan jelas membuktikan bahawa Nabi Musa dengan kekuatan kaum yang ramai yang dibawanya menyelusuri jalanan tidak berjaya menumbangkan rejim zalim firaun. Benar firaun terbunuh namun kerajaanya terselamat dan masih memerintah selepas itu.

Untuk itu, kita perlu memahami bahawa untuk melawan kezaliman ia memerlukan sesuatu yang lebih dari hanya menunjuk perasaan dan berjalan di atas jalan raya.

Yang kedua, di antara orang agama (Haman) dan Political Master (Firaun), siapakah yang menguasai siapa ?

Haman perlu memberi laporan kepada Firaun, bermakna Political Master adalah dengan jelas pemerintah sebenar sesebuah kerajaan sementara orang agama (haman) adalah pembantu utama rejim yang zalim sejak turun temurun.

Ini menjadikan golongan bangsawan sebagai punca utama sesebuah rejim yang zalim dan orang agama adalah mereka yang membantunya menjadi zalim. Ini perlu kita faham untuk mengenal pasti pusat kekuasaan sesebuah negara dan juga mengenalpasti musuh sebenar.

Yang ketiga sesebuah kerajaan atau rejim menjadi zalim apabila mereka mempunyai kekuasaan mutlak. Firaun menjadi zalim kerana beliau berkuasa secara mutlak.

Pemecahan kuasa yang di simbolkan melalui agama (secara tradisi menjadi penghukum/judiciary) dan undang-undang (legislative) tidak diamalkan secara efektif.

Jika Nabi Musa tidak berjaya melawan kezaliman rejim negaranya, siapakah yang paling berjaya menentang rejim zalim dan pemusatan kuasa  di dalam sejarah peradaban manusia ?

... bersambung


Sunday, 20 November 2016

Lokhas Samastha Sukhino Bhavantu

Kedamaian Untuk Semua,

Saya seperti sudah dapat mengagak artikel yang lalu akan menerima komentar yang keras dari pembaca blog ini.

Itulah sebabnya saya selalu mengelak menulis mengenai politik.

Saya berpendapat di negara ini perkataan politik adalah sama makna dengan gossip. Ia juga membawa bersamanya elemen kebencian yang tinggi terhadap pihak lain.

Dan yang paling membimbangkan ialah jika di dalam diskusi itu lawan debatnya tidak mahu memihak kepada golongan yang mereka pilih, orang itu kini menjadi musuh mereka.

Ia seolah-olah seperti kata George Bush selepas peristiwa 9/11 di Amerika Syarikat, "You are either with me, or against me".

Ketahuilah bahawa saya bukan musuh sesiapa. Begitu juga, anda bukan musuh saya.

Jika pendapat kita berbeza, ini bukan bermakna bahawa anda baik dan saya jahat atau sebaliknya.

Ia hanyalah analisa kita mengenai sesuatu peristiwa. 

Jika saya mempunyai pendapat yang berbeza mengenai sesuatu isu daripada yang anda fikirkan, ini berkemungkinan kerana saya melihatnya dari sudut pandang yang lain.

Pandangan ini berbeza daripada anda mungkin kerana beberapa sebab. Mungkin saya mempunyai pengetahuan yang lebih terperinci daripada anda atau mungkin saya berada di suatu tempat dan melihat sesuatu yang anda semua tidak melihatnya.

Sebenarnya, saya belum lagi menulis mengenai politik secara penuh kerana jika saya mahu menulis mengenai politik ia memerlukan lebih banyak data dan kupasan isu.

Sementara, jika saya mahu menulis mengenai politik pilihanraya ia memerlukan pula angka-angka kerana itulah hakikatnya mengenai sistem pilihanraya negara ini. Ia adalah mengenai angka.

Di artikel yang lepas saya sama-sekali tidak bercerita mengenai keperluan mempertahankan seorang ahli politik yang menjadi pilihan saya dan kebetulan menjadi kebencian anda

Saya menulis mengenai keperluan mempertahankan KERAJAAN MALAYSIA. Kerajaan Malaysia bukan milik satu Parti atau seorang ahli politik. 

Kerajaan Malaysia adalah sebuah negara berdaulat yang ditubuhkan dengan asas-asas seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Asas-asas ini menghidupkan sistem, sistem inilah yang perlu kita pertahankan. 

Negara ini memilih sistem demokrasi berparlimen dengan seorang Raja yang kuasanya di gariskan di dalam Perlembagaan (negeri atau persekutuan).

Seorang Raja di dalam menjalankan kuasanya, baginda di nasihatkan oleh seorang Menteri Besar/Ketua Menteri jika di negeri dan seorang Perdana Menteri jika di Persekutuan.

Menteri Besar dan Perdana Menteri inilah yang kita berhak pilih, di sinilah segala permainan politik bermula.

Jika rakyat hilang kepercayaan kepada Menteri Besar atau Perdana Menteri, mereka boleh mengubahnya di dalam Pilihanraya. Inilah sistem yang perlu kita pertahankan.

Sistem ini bukanlah sempurna, namun, ia cukup terbukti berkesan. Jika tidak masakan Parti Pemerintah pernah kalah di Terengganu kubu kuat mereka.

Masakan Kelantan di perintah oleh Parti Pembangkang berpuluh-puluh tahun.

Masakan lima negeri pernah jatuh ke tangan pembangkang dan tiga daripadanya masih mereka perintah.

Di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang ini harga rumahnya masih juga tinggi. Harga barang juga tidaklah menurun dengan mendadak. Malah di sesetengah tempat rakyat terputus bekalan air. Rakyat di sana, tidak pula secara magis kini hidup di dalam "svarga".

Malangnya bukan semua rakyat boleh mengubah Menteri Besar atau Perdana Menteri yang mereka tidak suka kerana negara ini mengamalkan Demokrasi Berparlimen jenis Westminster.

Hanya mereka yang tinggal di kawasan Menteri Besar atau Perdana Menteri ini bertanding sahaja yang boleh berbuat demikian.

Inilah hakikatnya sistem yang negara kita amalkan.

Jikalah anda benar-benar bencikan seorang ahli politik yang bernama Najib Tun Razak, anda boleh kencing atau berak di atas gambarnya. 

Anda juga boleh bakar patungnya atau memijak gambar dia bersama-sama dengan isterinya yang tidak pernah bertanding pilihanraya itu, namun hakikatnya jika anda bukan seorang pengundi berdaftar di daerah yang beliau bertanding, anda sebenarnya tidak boleh mengubah apa-apa.

Jadi buanglah semua kebencian itu dan jadilah seorang yang boleh berfikir mengenai politik dengan waras.

Nikmatilah hidup ini sepenuhnya. Banyak perkara lain yang lebih bermakna boleh kita lakukan daripada membuang tenaga menyalurkan aura kebencian kepada seseorang.

Al Quran menyarankan kita membuat bakti kepada masyarakat sekeliling kita. Jika anda merasakan rakyat sedang menderita, lakukanlah sesuatu berilah bakti setakat yang termampu.

Saya sudah menyatakan bahawa kita tidak boleh memberi handicap kepada mana-mana ahli politik kerana ini akan mengakibatkan kita menjadi mangsa permainan politik mereka yang rakus.

Kita perlu menagih standard yang sama daripada kedua-dua ahli politik yang menguasai kerajaan dan pembangkang.

Jika kita tidak melakukan ini, maka kita akan di makan hidup-hidup oleh kumpulan ini, sedar-sedar kita sudah menjadi kuda mereka di dalam strategi merampas kuasa yang menjadi permainan mereka.

Inilah yang terjadi kepada penganjur rali bersih. Beliau kini dikenakan tahanan SOSMA, dikatakan meringkuk di dalam sel asing berseorangan tanpa tingkap (entah betul atau tidak saya tidak tahu, besar kemungkinan propaganda terbaru untuk menagih simpati kerana jika benar beliau diletakkan berasingan tentulah ada prosedur kawalan yang ketat di mana tahanan tidak dibenarkan berjumpa sesiapa menjadikan informasi mengenainya terhad).

Sedang beliau ditahan, seorang ahli politik berpengalaman membuat "grand entrance" pada perarakan anjurannya. Lantas merampas gerakan itu lalu mengangkat dirinya menjadi ikon. Penganjur bersih kini menjadi mangsa permainan kuasa ini.
Komentar yang datang di ruangan artikel semalam juga membayangkan anda benci melihat gaya hidup mewah ahli politik yang sedang menjadi Perdana Menteri sekarang kerana di pandangan anda beliau bermewah sedang rakyat terhimpit dengan segala macam masalah.

Kenapa anda tidak meletakkan standard yang sama kepada ahli politik yang lain ?

 .. a politician making grand entrance with his private jet. Mewah juga ni, rakyat kebanyakkan jangan harap merasa gaya hidup begini.

 
Janganlah kebencian membuat kita tidak melakukan keadilan. Berlaku adillah.

Terimalah hakikat bahawa rakyat memilih parti yang menguasai kerajaan kini bukan kerana mereka sayang kepada susuk tubuh ahli politik dari parti itu. Jauh sekali mereka mengerti ideologi yang di bawa parti itu.

Mereka memilih Parti ini sebab "They get the job done"

Kebanyakkan mereka ini hidup diluar bandar. Mungkin anda yang hidup di bandar boleh berdikari. Boleh menyelesaikan masalah anda sendiri.

Tetapi, rakyat yang hidup di pedalaman, mereka kurang pengalaman.

Arwah bapa mertua saya adalah penyokong tegar PAS. Kawasan Parlimen tempat beliau tinggal selama hari ini di kuasai oleh UMNO.

Pada tahun 2008, orang-orang kampung ini membuat perubahan. Mereka memilih ahli politik dari Parti PAS bagi mewakili mereka.

Namun, pada Pilihanraya yang berikutnya, penduduk di sana kembali kepada UMNO. Apabila di tanya, jawapan bapa mertua saya " PAS cakap aje berdegar, kerja tak siap".

Beliau marah kerana perkara-perkara asas yang menjadi masalah orang kampung tidak dapat di selesaikan. 

Di sinilah terletak kekuatan UMNO yang tidak ramai yang mampu nafikan. Mungkin juga kerana sudah lama menguasai Kerajaan maka ahli-ahli politik daripada Parti ini mempunyai rangkaian yang meluas.

Kepada rakyat di kawasan ini, mereka tidak pedulipun kisah 1mdb atau kisah seks ahli politik di Persekutuan. 

Yang mereka kisahkan ialah jika traktor kubota mereka rosak siapa yang datang membantu ? Jika bekalan air di terusan mereka terputus, siapa yang datang membantu ?

Anda di Kuala Lumpur mungkin boleh menggerak beratus ribu manusia, melaung sekuat hati kebencian kepada Perdana Menteri tetapi hakikatnya para pengundi di Malaysia ini bukan bertumpu di bandar Kuala Lumpur sahaja.

Apabila tiba masanya, buanglah undi mengikut pilihan anda. Jika parti pilihan anda masih belum menguasai Persekutuan seperti yang anda mahukan janganlah salahkan sistem itu pula.

Mungkin parti yang anda sokong kurang pandai  bermain dengan angka atau mungkin juga mereka kurang menyerlah di dalam memberi perkhidmatan.

Sebenarnya saya menjadi kritikal mengenai politik kerana peristiwa besar yang menimpa orang Melayu di tahun 1998.

Tidak ramai orang muda pada waktu itu mampu menolak skil oratory Dato Seri Anwar Ibrahim. Begitu berkuasa kata-kata beliau sehingga di gambarkan burung yang terbang pun boleh berhenti jika mendengar beliau berceramah.

Semasa beliau ditangkap atas kesalahan seks luar tabie ramai anak muda menyertai gerakan reformasi termasuklah diri saya.

Di dalam kehangatan gerakan itu, saya masih ingat bagaimana Tun Mahathir memberitahu bahawa beliau sudah lama tahu mengenai selera seks DSAI. Namun, tidak menganggapnya serius.

Apabila sedar DSAI mula mengorak langah untuk bertanding jawatan Presiden parti baharulah beliau membuat sesuatu.

Peristiwa itu membuat saya sedar, bahawa Tun Mahathir sebenarnya selama ini tidak melakukan apa-apa serta mendiamkan diri mengenai perbuatan itu bukan kerana ianya tidak benar, tetapi kerana beliau masih boleh mengguna kekuatan DSAI untuk kegiatan politiknya.

Beliau bukanlah melakukannya (membuang DSAI dari UMNO) kerana rakyat tetapi kerana agenda peribadinya.

Saya menjadi bertambah pelik kerana sejurus selepas di buang dari UMNO, secara tidak semena-mena ahli-ahli politik dari parti pembangkang yang menggelar DSAI dengan gelaran yang buruk seperti Al J_b_ri dan sebagainya kini menerima DSAI sebagai ketua mereka.

Dari situ, saya mula memahami bahawa sebenarnya ahli politik tidak peduli pun mengenai kemaslahatan rakyat seperti kita.

Segala perjuangan dan ideologi yang mereka laungkan sebenarnya hanyalah satu sandiwara. Di hati mereka yang paling utama ialah KUASA.

Untuk itu, tiada kawan atau lawan dalam permainan ini. Yang menjadi mangsa ialah rakyat.

Saya masih ingat lagi seorang ahli politik dari gerakan reformasi, berceramah dari satu negeri ke satu negeri mengusung 4 kotak yang kononnya berisi bukti rasuah Tun Mahathir.

Beliau begitu beria-ria berjanji akan menyerahkan bukti itu kepada mahkamah untuk memastikan Tun di penjarakan. Sehingga kini, bukti tersebut masih kekal misteri.

Dan yang paling saya ingat, di antara bukti yang beliau beritahu sidang hadirin pada malam itu ialah tentang satu "secret dealing" melibatkan sebidang tanah yang mana terdirinya KLCC sekarang. 

Maka bergunilah kutukan di keluarkan kepada Tun. Mahafiraun, diktaktor, bapa rasuah dan macam-macam lagi.

Semalam, saya tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan Tun mengetuai perarakan yang dipenuhi oleh orang-orang yang membencinya suatu ketika dahulu, berlangsung pula di tempat yang menjadi isu besar kepada orang-orang itu pada suatu waktu dahulu.

Begitulah gilanya politik. Memang benar kata orang Russia, manusia hanya mempunyai memori setakat 100 hari. Selepas 100 hari ramai yang akan lupa.

Itulah sebabnya, penyokong pembangkang hari ini sudah terlupa kepada gelaran bapa rasuah yang mereka beri kepada Tun M. Malah, mereka percaya pula orang ini boleh membersihkan rasuah.

Oleh itu, saya rasa tidak perlu anda membuka debat dan meminta saya menjawab mengenai kedudukan dan perasaan saya mengenai Perdana Menteri. Pada saya, ahli politik sama sahaja permainannya.

Kecuali saya orang dari daerah Parlimen Pekan, tidak banyak yang saya boleh ubah melainkan hanya membuang masa menjuruskan aura kebencian kepada ahli politik yang mewakili mereka.

100 hari selepas isu ini reda, ramai yang akan melupakan tuduhan ini, malah silap-silap PM sekarang pula menjadi hero asalkan mahu bersama dengan pihak mereka.

Tidak guna kita berdebat mengenai politik kerana di dalam hati masing-masing sudah membuat keputusan sebelum kita meneliti hujah dan bukti. Hujah dan bukti ini pula bergantung kepada keterangan orang lain yang juga mendengarnya dari orang lain.

Ia sama sahaja dengan ilmu hadis. Bergantung sepenuhnya kepada riw(hear)ayat(say). 

Di dalam soal 1mdb, kebanyakkan kita bergantung penuh kepada keterangan seorang ahli politik yang kita tahu resam ahli politik yang kebiasaanya mempunyai agenda tersendiri.

Sebagai seorang pengamal undang-undang saya perlu memberitahu tentang bahayanya bergantung penuh kepada kepada satu saksi tunggal sahaja.

Jika kita mengambil keterangan satu orang ini tanpa usul periksa tanpa dokumen di tangan kita, seolah-olah semua yang diperkatakan benar belaka, maka nanti jika beliau menuduh kita merogol anaknya maka mahkamah perlulah memenjara kita tanpa perlu membuat perbicaraan.

Objektif artikel saya yang lalu hanyalah ingin menyampaikan keperluan berlaku adil kepada orang lain. 

Jika kita menjatuhkan hukum, hukumlah dengan adil. Ini bukan saya yang kata tetapi Al Quran yang sebut, jika kita mahu menjadikan Al Quran ini pedoman maka kita perlu sedar akan kewujudan keperluan ini.

Sungguhpun saya tahu jika mahkamah di Malaysia ini sudah jatuh hukum pun jika kita tidak mahu mempercayainya, kita akan tetap dengan pendirian kita.

Kadang-kadang kita perlu membuang paranoid yang ada pada diri untuk lebih menikmati keindahan dunia ini.

Orang di kampung saya memilih UMNO kerana mereka menganggap "they get the job done". Jika ahli politik lain boleh memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang mereka tidak akan teragak-agak memangkah beliau di dalam pilihanraya nanti.

Saya sendiri tidak semestinya membuat pilihan yang sama. Namun, jika saya mahu memilih UMNO, pilihan itu di tangan saya.

Tiada siapa yang boleh menghalang anda untuk memilih parti dan menyokong ahli politik pilihan anda. Begitu juga anda tidak boleh berbuat begitu kepada orang lain.

Yang lebih elok, ialah kita berbincang mengenai bagaimana untuk menjadikan diri kita lebih baik dari dahulu. 

Dengan melakukan ini nescaya masyarakat setempat di mana kita adalah ahlinya akan turut menjadi lebih baik dan ceria daripada menghabiskan masa membenci dan mencari salah orang lain.

Lokhas Samastha Sukhino Bhavantu ... May the entire world be happy.

Ashwed

Saturday, 19 November 2016

The Hypocrites In Us All 2

Kedamaian Untuk Semua,

Syukur, rali Baju Kuning lawan Baju Merah berlalu tanpa insiden yang tidak di ingini.

Seperti yang telah saya katakan di artikel yang lepas, tiada apa yang dapat dicapai dengan rali ini melainkan menjadi medan tunjuk kuat para penyokong parti yang berlawanan.

Dari segi perang saraf, menunjuk kekuatan dan sokongan yang ada pada sesebuah parti adalah salah satu jenis propaganda yang boleh memastikan kemenangan di dalam pilihanraya.

Ia di kenali sebagai "Jump the Bandwagon". Kebiasaannya manusia akan mengikuti pihak yang sedang mencapai kemenangan.

Ini adalah berdasarkan kepada psaikologi manusia yang mahu menjadi sebahagian dari sejarah serta tidak mahu terlepas peluang bersama mereka yang menang.

Hakikatnya, tidak ramai yang mahu berada di pihak yang kalah.

Dengan menunjuk kepada khalayak bahawa sesebuah parti itu mempunyai sokongan yang memuncak maka di Pilihanraya Umum yang akan datang pengundi yang berada di atas pagar akan terdorong untuk mengundi parti mereka.

Ini hanyalah salah satu daripada berpuluh cara sesebuah parti politik menarik undi kepada pihak mereka.

Beginilah juga cara persepsi di mainkan sehinggakan khalayak akhirnya percaya bahawa parti itu mempunyai sokongan yang tinggi.

Tidak ramai yang mahu menyelidik jumlah keanggotaan parti tersebut. Di sinilah terletaknya penyokong mereka yang sebenar.

Saya terdorong untuk sekali lagi menulis mengenai pentas politik negara kita kerana pada minggu ini saya dapati sebuah artikel lama tulisan Dr Maza bertajuk "Rejim Yang Zalim Mesti Di Tukar" di tulis pada tahun 2011 berputar di banyak grup media sosial.

Saya rasa dengan memutar artikel ini, mungkin para propagandist berkenaan mahu khalayak menjuruskan pendapat mereka seterusnya memutuskan bahawa Kerajaan Malaysia yang ada hari ini adalah zalim.  

Saudara pembaca yang di hormati, menuduh orang adalah perkara yang mudah namun membuktikannya adalah suatu perkara lain.

Kezaliman

Kalimat "zalim" kebiasaanya digunakan untuk melambangkan sifat kejam, bengis, tidak berperikemanusiaan, suka melihat orang dalam penderitaan dan kesengsaraan, melakukan kemungkaran, penganiayaan, kemusnahan harta benda, ketidakadilan dan pelbagai macam sifat buruk lain.

Dari segi etymology pula perkataan ini berasal dari perkataan arab. Ia di dirikan daripada abjad dhzo-lam-mim yang membawa maksud gelap.

Menurut perspektif Al Quran, perkataan ini digunakan untuk menerangkan pelbagai keadaan seperti di AQ 2:165 dan AQ 11:101 ia menerangkan mengenai perbuatan shirk. Di AQ 5:47, mengenai orang yang menuruti hawa nafsu dan merugikan orang lain, sementara di AQ 18:35, ia menerangkan mengenai sifat keangkuhan.

Persoalan besar yang perlu kita jawab ialah adakah Kerajaan Malaysia yang ada pada hari ini adalah zalim kepada subjeknya iaitu rakyat.

Untuk mendalami perkara ini, langkah pertama yang harus di lakukan ialah membezakan Kerajaan Malaysia dengan ahli politik yang menguasai kerajaan.

Kerajaan Malaysia diketuai oleh Yang Di Pertuan Agong, baginda melantik seorang pentadbir untuk menjalankan tugas-tugas mentadbir sejajar dengan sistem Raja Berpelembagaan yang kita amalkan.

Pentadbir ini dikenali sebagai Ketua Setiausaha Negara.

Sementara, cabang eksekutif negara ini pula di kuasai oleh seorang ahli politik yang mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Parlimen Malaysia. Kita mengenalinya sebagai Perdana Menteri. 

Beliau adalah simbol sistem demokrasi berparlimen negara ini. Tugas beliau ialah membuat dasar Kerajaan Malaysia bagi pihak Yang Di Pertuan Agong.

Saya mendengar perkataan zalim ini digunakan sebagai retorik politik semenjak dari tahun 80 an lagi. Ketika itu saya masih bersekolah rendah, pada waktu tersebut parti yang paling banyak memain perkataan ini ialah PAS.

Mereka menuduh Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed sebagai zalim semata-mata kerana enggan mengaplikasi Sistem Undang-Undang Hudud.

Propaganda ini menyebabkan ada jiwa yang begitu terpengaruh lalu merasakan perlu mengangkat senjata menentang Kerajaan yang mereka anggap zalim ini. Ia terjadi di sebuah kampung bernama Memali.

Tanpa boleh membezakan di antara Kerajaan Malaysia dengan pimpinan parti yang menguasai kerajaan. Orang-orang ini "berperang" dengan polis yang tiada kena mengena dengan Parti yang menguasai kerajaan.

Akibatnya, ramai polis yang tidak bersalah terkorban di dalam menjalankan tugas mereka sebagai penjawat jawatan awam Kerajaan Malaysia.

Walaupun masih kecil, namun saya tertanya-tanya di manakah kezaliman Kerajaan yang mereka katakan itu. 

Ini adalah kerana sebagai seorang yang dilahirkan di dalam sebuah keluarga susah di kampung, saya sering di datangi oleh ahli politik yang menguasai kerajaan bagi menghulurkan bantuan daripada Kerajaan Malaysia kepada ibu saya.

Apabila saya berjaya di dalam peperiksaan darjah 5 saya diberi biasiswa untuk menyambung pelajaran di sekolah menengah.

Apabila tamat sekolah menengah lalu berjaya melanjut pelajaran, saya ditawarkan pinjaman oleh Kerajaan Malaysia untuk kegunaan pendaftaran dan wang sara diri di Universiti. 

Oleh kerana saya berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di Universiti, pinjaman ini diubah menjadi biasiswa.

Maka boleh dikatakan seumur hidup saya ini dibiaya oleh Kerajaan negara saya. Di samping saya, ramai lagi rakan-rakan yang juga menerima bantuan seperti saya.

Oleh yang demikian saya masih tertanya-tanya sehingga sekarang di manakah kezaliman yang di perkatakan itu ?

Jikalah kita yang tidak mahu belajar bersungguh-sungguh. Diberi peluang tetapi gagal mencapai tahap yang memuaskan, saya tidak rasa Kerajaan sesebuah negara pula yang zalim kepada diri kita. Kitalah yang sebenarnya melakukan kezaliman kepada diri sendiri.

Meneliti kembali perkataan zalim yang digunakan di dalam Al Quran, ianya adalah jelas bahawa perkataan zalim itu juga meliputi satu keadaan di mana ianya adalah akibat perbuatan diri sendiri.

Selesai belajar, kini saya memasuki bidang pekerjaan. Sekali lagi saya dapati bahawa untuk mendapat job yang banyak, perkara yang perlu saya buat ialah memburunya.

Saya dapati untuk mendapat peluang dari projek-projek kerajaan saya perlulah memfokuskan usaha saya di jabatan-jabatan kerajaan. 

Begitu juga, jika saya mahu mencari peluang perniagaan di institusi kewangan saya perlu menghabiskan masa berjumpa dengan mereka yang bekerja di sana.

Inilah ad-deen. Hakikat/fitrah/realiti hidup di dunia ini.

Adakah kerana kegagalan kita mengenalpasti ad-deen yang mudah ini lalu kita menyalah Kerajaan lalu menggelarnya sebagai zalim ? Siapakah yang zalim diri sendiri atau orang lain ?

Sekarang, menuduh Kerajaan Malaysia zalim menular pula kepada kaum Cina. Ini lagi saya tidak faham.

Bagaimanakah Kerajaan Malaysia menjadi zalim sedangkan kaum ini begitu makmur hidupnya di Malaysia. Kalau macam itu, saya pun mahu dizalimi kerajaan ?

Rakyat yang dizalimi boleh dilihat dengan mudah. Mereka ini terpaksa lari dari negara mereka.

Ada yang lari kerana peperangan. Ramai juga yang lari kerana mahu mencari peluang pekerjaan. Ini adalah kerana kerajaan negara mereka tidak berupaya mengadakan peluang pekerjaan untuk rakyatnya.

Ketidakupayaan kerajaan negara itu mengadakan peluang pekerjaan kepada rakyat sendiri menunjukkan keburukan sistem pentadbiran negaranya. Ini bermakna Parti yang menerajui kerajaan itu tidak membuat kerja yang baik.

Di Malaysia ini, rakyat negara asing berpusu-pusu mahu datang ke sini samada untuk mencari peluang pekerjaan, pendidikan atau pun melancong.

Ini adalah bukti jelas bahawa negara ini makmur. Jika kerajaan negara ini zalim masakan orang luar boleh mencari rezeki dan keseronokan di sini ?

Desakan Ekonomi Dunia

Di saat ini, ekonomi dunia berada di tahap yang tidak memberangsangkan.

Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, sudah tentu Malaysia perlu menyesuaikan diri dengan suasana ini dengan melakukan beberapa langkah.

Langkah ini mungkin tidak digemari oleh ramai orang, namun saya pasti keputusan yang sukar ini sudah diteliti oleh ramai pakar ekonomi Kerajaan Malaysia.

Sebagai seorang warga negara ini, saya rasa perkara yang perlu kita semua lakuakn ialah menyokong langkah ini sehingga negara kita dapat mengatasi kelembapan ekonomi tersebut.

Jika kita tidak mahu menyokong pun sekurang-kurang janganlah mensabotaj pula langkah yang di ambil kerajaan untuk memakmurkan negara ini.

Resam ahli politik yang masih belum menguasai kerajaan sudah tentulah akan mengguna peluang yang ada untuk menuduh ketua cabang eksekutif yang sedang membuat dasar ini sebagai seorang yang teruk, tidak berkelayakan, membuat keputusan yang salah dan pelbagai tohmahan lagi.

Namun, saya fikir jikalah mereka diberi peluang membuat dasar di saat negara mengalami kelembapan ekonomi, kemungkinan besar mereka juga akan melakukan perkara yang sama.

Menuduh orang lain sebagai kurang layak tanpa diri sendiri di beri tanggungjawab membuat keputusan, tanpa dipertanggungjawabkan dengan jawatan dan pejabat yang akan menentukan halatuju negara adalah mudah.

Tuduh sahaja. Segala tuduhan ini menjadi lebih mudah apabila para penyokong politik di Malaysia ini tidak menunjukan sikap matang iaitu dengan meminta cara alternatif.

Jika anda menuduh mengaplikasi GST adalah salah, kenalah tunjukkan cara yang betul untuk mengatasi kelembapan ekonomi yang menjadi permasalahan negara sekarang ?

Buatlah satu kertas kerja yang lengkap dengan data dan maklumat terperinci tentang cara lain yang lebih bagus untuk memacu ekonomi. 

Kena ingat seluruh dunia sedang berada di dalam kelembapan ekonomi bukan negara ini sahaja. Maka kertas kerja ini jika berjaya dibuat pasti akan menjadi bualan pakar ekonomi dunia seterusnya menjadi precedent di seluruh dunia.

Memandangkan penyokong politik di Malaysia ini dari jenis yang tidak banyak bertanya dan berfikir maka jadilah orang yang menuduh ini kononnya seorang hero. 

Mudah sangat kerja beliau. Membuat tuduhan tanpa bukti pun penyokong percaya.

Kesimpulan

Saya perhatikan ramai warga Malaysia memutuskan sokongan politik mereka berdasarkan kepada kebencian.

Tidak ramai yang mahu membuat keadilan dengan sekurang-kurangnya membuat analisa yang lebih terperinci sebelum memberi sokongan kepada sesebuah parti.

Di kebanyakkan masa, mungkin kebencian mereka kepada rupa, atau mungkin juga tidak suka rambut isteri ahli politik atau tidak suka cara ahli politik itu bercakap menyebabkan mereka membuat keputusan untuk tidak menyokong sesebuah parti. Dengan kata lain, kita membuat keputusan tanpa berfikir panjang.

Satu perkara yang perlu di semat ialah ahli politik adalah spesis manusia yang berlainan dari kita. Mereka mempunyai sifat dominan yang tinggi. Mereka suka mempengaruhi orang lain dengan kuasa dan harta. Untuk mendapatkan pengaruh mereka sanggup melakukan apa sahaja sungguhpun terpaksa menipu.

Sementara itu, menuduh orang lain tanpa bukti adalah suatu perkara yang mudah semudah a, b, c. Hanya perlu air liur tetapi kerosakan yang dibuat melalui tuduhan itu berkemungkinan memakan masa yang lama untuk dibaiki.

Saya akhiri artikel kali ini dengan sebuah kisah tauladan ;

Once an old man spread rumours that his neighbour was a thief. As a result, the young man was arrested. Days later the young man was proven innocent. After being released he sued the old man for wrongly accusing him.

In the court the old man told the Judge "They were just comments, didn't harm anyone".

The Judge told the old man " Write all the things you said about him on a piece of paper. Cut them up and on the way home, throw the pieces of paper out. Tomorrow come back to hear the sentence".

Next day, the Judge told the old man, "Before receiving the sentence, you will have to go out and gather all the pieces of paper that you threw out yesterday".

The old man said, " I can't do that ! The wind spread them and I won't know where to find them".

The Judge then replied, "The same way, a simple comments may destroy the honour of a man to such an extent that one is unable to fix it. If you can't speak well of someone, rather don't say anything. Let's all be master of our mouths, so that we won't be slaves of our words".

Image result for Once an old man spread rumours that his neighbour was a thief. As a result, the young man was arrested. Days later the young man was proven innocent. After being released he sued the old man for wrongly accusing him.

Ashwed













Thursday, 17 November 2016

The Hypocrites In Us All

Kedamaian Untuk Semua,

Seingat saya 2, 3 kali juga para pembaca blog ini menyarankan saya supaya mengguna media sosial Facebook sebagai platform untuk menerangkan isikandung Al Quran.

Saya percaya, di dalam banyak-banyak platform media sosial sememangnya Facebook mempunyai jumlah pengguna yang paling ramai.

Sebenarnya, saya mempunyai pandangan yang agak buruk mengenai Facebook. 

Saya dapati platform ini telah di salahgunakan sebagai tempat untuk membuang sampah yang membusuk di dalam hati orang-orang yang saya kenali.

Saban hari, saya terpaksa membaca segala fitnah, pra-sangka, komplen, kutukan dan pelbagai jenis tohmahan terhadap orang lain yang sebahagian besarnya tidak mereka kenali.

Hati kita umpama kolam. Jika air kolam itu jernih, maknanya isi kolam itu bersih. Namun, jika airnya gelap dan keruh ini bermakna isinya kotor.

Segala isi kolam ini akan terhambur melalui kata-kata yang kita fikir dan keluarkan setiap hari. Dari situ kita boleh mengenali hati budi seseorang. 

Facebook membuatkan semua itu menjadi kenyataan.

Warga kita dengan rasminya menjadi Professional Complainer. Kita menjadi pessimist. Pantang ada berita semuanya perlu kita komen secara negatif.

Mendengar komplen mereka ini, seolah-olah situasi negara inilah yang paling teruk di dalam dunia. Seolah-olah esok Malaysia nak "kiamat". Negara lain tidak, Malaysia sahaja.

Aura negatif ini membuatkan saya penat dan lemas. Akibatnya, saya mengelak diri dari berhubung atau membaca apa-apa kenyataan dari platform ini.

Tahu-tahu, kini sudah 8 tahun saya tidak membaca kandungan Facebook yang terdiri dari hamburan hati budi kawan-kawan yang saya kenali.

Jika diberi pilihan, saya memilih untuk tidak mahu mengetahui kesemua isihati kawan-kawan saya ini kerana saya tidak mahu mempunyai sikap prejudis terhadap mereka walaupun sekelumit.

Kalau boleh, saya mahu berkawan seperti saya di sekolah rendah dahulu. Tiada hasad dengki, tiada iri hati. Hanya keseronokan bermain dengan kawan-kawan.

Oleh kerana terlalu lama mengelak memasuki Facebook, akhirnya saya terlupa password kepada akaun saya.

Namun, baru-baru ini entah macamana saya berjaya mengakses kembali akaun lama saya. 

Nekad untuk mencuba sekali lagi, saya mula memuat turun gambar-gambar majlis yang saya sertai. 

Lagipun, saya dapati gambar-gambar yang saya simpan semakin memakan memori yang tinggi. Lebih elok jika di simpan sahaja di Facebook fikir saya.

Kini, saya terpaksa melihat dan membaca kembali kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh rakan-rakan baru dan lama di platform ini. 

Hanya satu kesimpulan yang saya boleh buat.

Kebanyakkan kita adalah seorang hypocrite. Ini berkemungkinan besar kerana kita merasa cemburu dengan hasil yang dituai oleh orang lain.

Politik

Ini adalah isu paling digemari oleh para pengguna media sosial dan isu yang paling saya paling tidak suka menulis mengenainya.

Memandangkan suhu politik di negara ini akan semakin hangat tidak lama lagi. Terpaksalah saya menulis mengenai politik sedikit.

Isu paling viral para pengguna media sosial mutakhir ini pastilah mengenai penentangan yang dilakukan oleh seorang Ketua Bahagian sebuah parti terhadap rancangan demo baju kuning.

Beliau memilih untuk mengekori ke mana sahaja pendemo baju kuning pergi. 

Untuk membezakan golongan yang diketuainya mereka memilih memakai baju merah.

Kini, demo hujung minggu ini akan menjadi demo kuning lawan merah.

Maka terhamburlah segala isi hati rakan-rakan FB di timeline page masing-masing. 

Ada yang memaki, ada yang mengutuk dan ada yang lagi teruk memaki sampai ke anak bini ketua baju merah.

Saya berpendapat, politik adalah satu game yang mempunyai undang-undang dan seninya yang tersendiri.

Ia berbeza di antara negara ke negara. Di Malaysia, ianya mempunyai standing rules yang tersendiri.

Secara asasnya, para pemain politik di Malaysia ini mendasarkan kegiatan politik mereka kepada perebutan kuasa Persekutuan.

Bagi kebanyakkan Parti Politik, mendapat kuasa Persekutuan menandai kejayaan gerakan mereka.

Maka bergomollah kesemua Parti Politik yang ada di Malaysia untuk merebut kuasa Persekutuan.

Ini adalah game mereka. 

Satu pihak mahu merebut kuasa, sementara pihak lain yang sedang memegang kuasa pastinya akan mempertahankan kuasa tersebut.

Dengan kesedaran ini, adakah kita rasa ianya adil jika sekiranya kita mengutuk sekeras-kerasnya gerakan baju merah sahaja ? Bukankah mereka sedang bermain game politik merebut dan mempertahan ?

Adakah kita rasa patut, menjerit dan mengutuk perbuatan  kumpulan baju merah yang pada pendapat kita sedang melakukan keganasan kepada pendemo baju kuning seperti menendang motorsikal mereka ?

Apakah kelakuan pendemo baju kuning dahulu bukan suatu tindakan ganas ?

Image result for demo bersih yang ganas

Image result for demo bersih yang ganas

Saya sungguh-sungguh tidak faham ?

Kumpulan baju kuning sedang melakukan segala daya usaha untuk merebut kuasa, ini adalah game politik yang mereka main.

Tetapi, mengapa apabila kumpulan baju merah mahu mempertahankan kedudukan mereka kita kata oh, ini tidak boleh ?

Bukankah kita sedang membuat dua undang-undang kepada satu permainan yang sama ? Adilkah kita ?

Ingat, jika tiada gerakan merebut kuasa oleh baju kuning, pasti tiada gerakan mempertahan kuasa oleh baju merah, bukankah begitu ?

Kekerasan yang di lakukan adalah tetap satu kekerasan. Tidak kiralah jika ianya dilakukan oleh baju merah atau pun baju kuning. Ia tetap keras.

Ia tidak boleh diinterpretasi sebagai perkara lain seperti kekerasan yang dilakukan oleh baju kuning adalah demi perjuangan, sementara kekerasan yang dilakukan oleh baju merah adalah pencabulan hak asasi. 

Kita hanya menipu diri sendiri jika kita berfikiran sebegitu.

Iri hati

Baru-baru ini, heboh pula video Perdana Menteri sedang menyanyi karaoke bersama Presiden Filipina.

Begitu ramai kawan-kawan yang mengutuk perbuatan Perdana Menteri dengan pelbagai alasan yang hanya mereka ketahui.

Namun, bukankah mereka juga selalu berkaraoke untuk menghilangkan stres, bersama keluarga dan rakan-rakan ?

Mengapa kita pandai mencari cara menghilangkan stres tetapi orang lain tidak boleh ?

Bagi saya ini adalah satu jenis penyakit jiwa. Penyakit tidak boleh melihat orang lain senang.

Kita terlalu mencari salah orang, sehingga kita terlupa entah-entah orang itu banyak berjasa kepada kehidupan kita tanpa kita sedari.

A012

"Wahai orang-orang yang amanah, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang" AQ 49:12

Untuk pengetahuan, secara peribadi, saya paling tidak menyukai seorang ahli politik dari pantai timur yang menjadi tok guru suci di negerinya. Beliau sudah pun meninggal dunia.

Walaupun begitu, saya hanya tidak menyukai pandangan politik beliau. Begitu juga, saya tidak menyukai kenyataan yang beliau keluarkan di atas kapasiti beliau sebagai seorang pemimpin negeri.

Ini adalah kerana saya merasakan kenyataan beliau tidak bijak dan berada di kelas yang rendah.

Namun, saya percaya beliau bukanlah seorang yang jahat, malah saya percaya jika dikirakan, beliau lebih banyak berkorban masa sendiri, masa dengan keluarga, masa untuk membuat perkara yang dia suka demi untuk kebaikan rakyat negerinya berbanding dengan diri saya sendiri.

Untuk itu, saya tidak pernah mengutuk orang ini. 

Malah saya menghormati pendapatnya memandangkan beliau bermain satu game politik. Beliau berpendirian political islam adalah cara untuk menegak kebenaran.

Saya tidak bersetuju dengan pendapat beliau, namun saya perlu mempertahankan hak beliau untuk mengeluarkan pendapat.

Ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kita sudah sama-sama setuju untuk menjadi warga negara ini, sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

Selagi kita tidak mengubah sistem itu, selagi itulah kita tertakluk di bawahnya dan sebagai seorang warganegara kita wajar mempertahankannya.

Mara Bahaya

Di dalam kehangatan kenyataan politik yang saya baca, saya merasakan kenyataan ini adalah yang paling merbahaya.

Malacca and Johor Catholic Diocese, Bishop Bernard Paul's Bersih campaign digital flyer that had gone viral in the social media.

Ia menjadi merbahaya bukan kerana perkataan yang digunakan, tetapi kerana individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut.

Kenyataan begini sangat dimahukan oleh golongan ekstremis agama seperti Daesh.

Syukur kepada Tuhan kumpulan baju merah tidak berupaya memainkan isu ini dengan berkesan, jika tidak kita berkemungkinan melihat negara ini memulakan peperangan agama.

Sungguhpun saya berpendirian bahawa organisasi agama tidak wujud dan tidak menjadi intipati Al Quran.

Namun, saya tidak boleh mengelak dari menerima hakikat (ad deen) bahawa ianya wujud di sekeliling saya. 

Mahu atau tidak, kita perlu mengakui bahawa "agama islam" dianuti oleh sebahagian besar warga negara ini.

Malah ia menjadi salah satu asas penubuhan negara ini. Ini adalah realiti yang kita semua perlu akui. 

Selagi sistem ini tidak berubah, kita masih tertakluk kepada Undang-Undang yang tercipta bersamanya sungguhpun kita menjerit sekuat hati mengatakan ianya tidak adil, ia tetap tidak akan mengubah fakta ini.

Kesimpulan

Saya tidak berminat untuk mempengaruhi sesiapa di dalam memutuskan pendirian politik masing-masing.

Sistem yang di amalkan di negara ini menyebabkan sesiapa sahaja yang mahu membuat analisa mengenai situasi politik negara ini, akhirnya terpaksa membuat pendirian serta memihak. 

Kita menjadi bergolongan. Sesuatu yang sangat ditegah menurut perspektif Al Quran.

Ramai pemimpin masyarakat mahu mendabik dada mengatakan bahawa mereka sedang membuat gerakan masyarakat sivil bagi melahirkan negara Malaysia yang lebih adil seperti G25, Bersih dan pelbagai NGO lain. Mereka ini kononnya berbentuk apolitical.

Namun, hakikatnya mereka ini menjadi kuda tunggangan orang politik.


Jika benarlah Bersih itu bertujuan untuk membersihkan Malaysia dari rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya, mengapakah mereka tidak membuat sebarang demo di Pulau Pinang membantah tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang terpalit dengan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa ?

Dengan tidak melakukan demo ini, aktivis Bersih telah memilih untuk memberi handicap kepada politikus pilihan mereka. Ini adalah kesilapan besar mereka.

Mereka menetapkan standard tinggi kepada politikus yang bukan menjadi pilihan mereka. Sementara, politikus yang menjadi pilihan mereka dibiar terlepas dengan standard yang lebih rendah.

Kesilapan ini akan menghantui kita, kerana ahli politik adalah dari jenis spesis yang berbeza dari orang biasa. 

Mereka rakus kuasa dan pengaruh. Apa sahaja perkara yang boleh di manipulasi akan mereka lakukan. Asalkan pengaruh dan kuasa mereka dapat diperluas.

Dengan melakukan ini juga, para aktivis Bersih yang rata-rata berpendidikan tinggi itu telah merendahkan kelas mereka setakat menjadi MACAI politik sahaja.

Sekurang-kurangnya, akui sahaja bahawa anda sedang berjuang untuk sebuah Parti Politik pilihan anda seperti yang dilakukan oleh ketua kumpulan baju merah. 

Sekurang-kurangnya beliau gentleman di dalam soal ini (bukan saya menyatakan bahawa tindakan yang dibuat kumpulan itu benar).

Perkara yang paling menakutkan daripada episod ini ialah akibat dari penolakan warga berbangsa cina kepada Kerajaan sedia ada, UMNO parti yang menerajui kerajaan terpaksa memilih bersekongkol dengan parti yang membawa obor agama demi survival politik mereka.

Ini adalah sesuatu yang berbentuk realiti dan berkemungkinan besar menjadi akhirati (pengakhiran) negara kita. Ia jelas di lihat dari cara UMNO memberi ruang kepada draf RUU 355 yang di bawa PAS.

Parti ini (UMNO) telah berjaya mengesamping tuntutan Hudud dari semenjak merdeka dengan mengguna kebijaksanaan berpolitik, namun, sekarang semua sudah sedia maklum laluan terkini yang menjadi pilihan mereka.

Tanpa sokongan dari orang cina, mustahil parti ini dapat mengekang kemaraan pihak yang membawa obor teokrasi.

Kita perlu membuka mata di dalam hal politik, kita tidak boleh mengguna emosi semata-mata.

Politik adalah mengenai persepsi, persepsi ini di kawal oleh media. Sesiapa yang berjaya mengawal media merekalah yang akan mengaut keuntungan.

Di sebalik semua persepsi yang kabur ini, terbitlah tugas kita untuk membuat analisa.

Jangan biarkan kesimpulan yang dibuat oleh "satu orang" menyebabkan kita tidak melakukan keadilan.

Jangan juga membenarkan kebencian kita kepada seseorang membuatkan kita tidak melakukan keadilan. 



A008


"Wahai orang-orang yang amanah (amanoo), jadilah kamu orang-orang yang menegakkan di hadapan Allah, saksi-saksi untuk keadilan. Janganlah kebencian pada sesuatu  kaum mendesak kamu untuk tidak berlaku adil; berlaku adillah, itu lebih dekat dengan takwa. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat" AQ 5:8 

Sekurang-kurangnya buatlah analisa sendiri sebelum memilih pihak.

http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/04/08/najib-not-liable-for-1mdb-dealings-says-pac/

Kepada mereka yang berharap dengan demo ini akan berlaku perubahan Kerajaan, saya agak pasti ia tidak akan berlaku.

Untuk sesebuah tunjuk perasaan berubah menjadi satu gelombang besar ia memerlukan pemangkin yang sangat tinggi.

Kebiasaanya ini terjadi kerana tahap nilai kehidupan yang rendah di kalangan MAJORITI rakyat sesebuah negara itu. 

Akhirnya, rakyat tiada jalan lain selain dari bangkit untuk mengubah nasib mereka.

Ini berbeza dengan keadaan di Malaysia, mereka yang menghadiri demo pada hujung minggu ini bagi saya semata-mata hanya mahu meluahkan pilihan politik mereka sahaja.

Saya rasa ramai boleh agak kaum mana yang akan meramaikan demo tersebut.

Sanggupkah mereka buat seperti di Mesir, berada di dataran-dataran berbulan-bulan lamanya sedangkan mereka kebanyakkannya mempunyai perniagaan yang maju dan makmur ?

Lagipun malam sabtu berkenaan ada game EPL. Masakan mereka mahu membuang masa dengan tidur  di dataran. 

Lebih baik tonton bola dengan rakan-rakan di rumah. Ada air-cond. Ibu pula boleh masak yang sedap-sedap untuk rakan-rakan menjamu selera. Bukankah begitu ?

Berikut adalah contoh nilai kehidupan yang rendah ;

http://all-that-is-interesting.com/saudi-woman-jailed-beards

Di negara ini, memang terdapat golongan miskin namun jumlahnya terkawal serta sering diberi bantuan dari masa ke semasa. 

Hakikatnya, agak mustahil untuk sesebuah kerajaan membasmi sepenuhnya kemiskinan. Di sebabkan itu, Al Quran menyarankan kita mendirikan iltizam. Iltizam inilah yang akan mengeluarkan diri kita dari kemiskinan tegar.

Saya berpendapat, di kebanyakkan masa laungan penderitaan yang kononnya di hadapi oleh MAJORITI rakyat adalah sekadar retorik politik.

Adalah satu lawak jenaka jika kita melaungkan bahawa rakyat sedang menderita, sedangkan orang yang melaung itu rupanya mampu mempunyai rumah berjuta dan kereta mewah berderet pada umur 20 an. 

Ini bukan penderitaan, malah sepatutnya dikenali sebagai suatu bentuk kenikmatan.

Adalah satu penghinaan apabila disebalik laungan bahawa rakyat sedang menderita, orang ini kemudiannya membuat kenyataan bahawa selain beliau ramai lagi rakyat berumur 20 an yang lain kaya sepertinya.

Mula-mula kata rakyat menderita kemudian mengaku pula  rakyat berumur 20 an ramai yang kaya ? Mana satukah yang benar ?

Kita semua boleh memilih mana-aman parti yang mahu di sokong. Inilah demokrasi. Tetapi kita harus sedar bahawa di samping hak bersuara yang kita ada, orang lain juga perlu diberi hak yang sama.

Jika kita mahu bersuara, mengutuk dan mengata pihak yang kita tidak suka, rakan-rakan lain yang menganggotai media sosial bersama kita juga perlu di beri peluang bersuara menyatakan yang sebaliknya.

Jika kita mahu merebut kuasa, orang lain juga perlu diberi peluang untuk mempertahankan kuasanya. 

Jika kita boleh berpakat sesama sendiri, berpakat dengan orang asing untuk menjatuhkan kerajaan yang bukan pilihan kita.

Maka orang lain juga perlu diberi hak yang sama untuk berpakat dan mempertahankan kerajaan yang mereka pilih.

Baru namanya main bola di atas padang yang sama. 

Mungkin saya patut menghindarkan diri dari menjenguk FB ini sekali lagi.

Ashwed.