Thursday, 17 November 2016

The Hypocrites In Us All

Kedamaian Untuk Semua,

Seingat saya 2, 3 kali juga para pembaca blog ini menyarankan saya supaya mengguna media sosial Facebook sebagai platform untuk menerangkan isikandung Al Quran.

Saya percaya, di dalam banyak-banyak platform media sosial sememangnya Facebook mempunyai jumlah pengguna yang paling ramai.

Sebenarnya, saya mempunyai pandangan yang agak buruk mengenai Facebook. 

Saya dapati platform ini telah di salahgunakan sebagai tempat untuk membuang sampah yang membusuk di dalam hati orang-orang yang saya kenali.

Saban hari, saya terpaksa membaca segala fitnah, pra-sangka, komplen, kutukan dan pelbagai jenis tohmahan terhadap orang lain yang sebahagian besarnya tidak mereka kenali.

Hati kita umpama kolam. Jika air kolam itu jernih, maknanya isi kolam itu bersih. Namun, jika airnya gelap dan keruh ini bermakna isinya kotor.

Segala isi kolam ini akan terhambur melalui kata-kata yang kita fikir dan keluarkan setiap hari. Dari situ kita boleh mengenali hati budi seseorang. 

Facebook membuatkan semua itu menjadi kenyataan.

Warga kita dengan rasminya menjadi Professional Complainer. Kita menjadi pessimist. Pantang ada berita semuanya perlu kita komen secara negatif.

Mendengar komplen mereka ini, seolah-olah situasi negara inilah yang paling teruk di dalam dunia. Seolah-olah esok Malaysia nak "kiamat". Negara lain tidak, Malaysia sahaja.

Aura negatif ini membuatkan saya penat dan lemas. Akibatnya, saya mengelak diri dari berhubung atau membaca apa-apa kenyataan dari platform ini.

Tahu-tahu, kini sudah 8 tahun saya tidak membaca kandungan Facebook yang terdiri dari hamburan hati budi kawan-kawan yang saya kenali.

Jika diberi pilihan, saya memilih untuk tidak mahu mengetahui kesemua isihati kawan-kawan saya ini kerana saya tidak mahu mempunyai sikap prejudis terhadap mereka walaupun sekelumit.

Kalau boleh, saya mahu berkawan seperti saya di sekolah rendah dahulu. Tiada hasad dengki, tiada iri hati. Hanya keseronokan bermain dengan kawan-kawan.

Oleh kerana terlalu lama mengelak memasuki Facebook, akhirnya saya terlupa password kepada akaun saya.

Namun, baru-baru ini entah macamana saya berjaya mengakses kembali akaun lama saya. 

Nekad untuk mencuba sekali lagi, saya mula memuat turun gambar-gambar majlis yang saya sertai. 

Lagipun, saya dapati gambar-gambar yang saya simpan semakin memakan memori yang tinggi. Lebih elok jika di simpan sahaja di Facebook fikir saya.

Kini, saya terpaksa melihat dan membaca kembali kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh rakan-rakan baru dan lama di platform ini. 

Hanya satu kesimpulan yang saya boleh buat.

Kebanyakkan kita adalah seorang hypocrite. Ini berkemungkinan besar kerana kita merasa cemburu dengan hasil yang dituai oleh orang lain.

Politik

Ini adalah isu paling digemari oleh para pengguna media sosial dan isu yang paling saya paling tidak suka menulis mengenainya.

Memandangkan suhu politik di negara ini akan semakin hangat tidak lama lagi. Terpaksalah saya menulis mengenai politik sedikit.

Isu paling viral para pengguna media sosial mutakhir ini pastilah mengenai penentangan yang dilakukan oleh seorang Ketua Bahagian sebuah parti terhadap rancangan demo baju kuning.

Beliau memilih untuk mengekori ke mana sahaja pendemo baju kuning pergi. 

Untuk membezakan golongan yang diketuainya mereka memilih memakai baju merah.

Kini, demo hujung minggu ini akan menjadi demo kuning lawan merah.

Maka terhamburlah segala isi hati rakan-rakan FB di timeline page masing-masing. 

Ada yang memaki, ada yang mengutuk dan ada yang lagi teruk memaki sampai ke anak bini ketua baju merah.

Saya berpendapat, politik adalah satu game yang mempunyai undang-undang dan seninya yang tersendiri.

Ia berbeza di antara negara ke negara. Di Malaysia, ianya mempunyai standing rules yang tersendiri.

Secara asasnya, para pemain politik di Malaysia ini mendasarkan kegiatan politik mereka kepada perebutan kuasa Persekutuan.

Bagi kebanyakkan Parti Politik, mendapat kuasa Persekutuan menandai kejayaan gerakan mereka.

Maka bergomollah kesemua Parti Politik yang ada di Malaysia untuk merebut kuasa Persekutuan.

Ini adalah game mereka. 

Satu pihak mahu merebut kuasa, sementara pihak lain yang sedang memegang kuasa pastinya akan mempertahankan kuasa tersebut.

Dengan kesedaran ini, adakah kita rasa ianya adil jika sekiranya kita mengutuk sekeras-kerasnya gerakan baju merah sahaja ? Bukankah mereka sedang bermain game politik merebut dan mempertahan ?

Adakah kita rasa patut, menjerit dan mengutuk perbuatan  kumpulan baju merah yang pada pendapat kita sedang melakukan keganasan kepada pendemo baju kuning seperti menendang motorsikal mereka ?

Apakah kelakuan pendemo baju kuning dahulu bukan suatu tindakan ganas ?

Image result for demo bersih yang ganas

Image result for demo bersih yang ganas

Saya sungguh-sungguh tidak faham ?

Kumpulan baju kuning sedang melakukan segala daya usaha untuk merebut kuasa, ini adalah game politik yang mereka main.

Tetapi, mengapa apabila kumpulan baju merah mahu mempertahankan kedudukan mereka kita kata oh, ini tidak boleh ?

Bukankah kita sedang membuat dua undang-undang kepada satu permainan yang sama ? Adilkah kita ?

Ingat, jika tiada gerakan merebut kuasa oleh baju kuning, pasti tiada gerakan mempertahan kuasa oleh baju merah, bukankah begitu ?

Kekerasan yang di lakukan adalah tetap satu kekerasan. Tidak kiralah jika ianya dilakukan oleh baju merah atau pun baju kuning. Ia tetap keras.

Ia tidak boleh diinterpretasi sebagai perkara lain seperti kekerasan yang dilakukan oleh baju kuning adalah demi perjuangan, sementara kekerasan yang dilakukan oleh baju merah adalah pencabulan hak asasi. 

Kita hanya menipu diri sendiri jika kita berfikiran sebegitu.

Iri hati

Baru-baru ini, heboh pula video Perdana Menteri sedang menyanyi karaoke bersama Presiden Filipina.

Begitu ramai kawan-kawan yang mengutuk perbuatan Perdana Menteri dengan pelbagai alasan yang hanya mereka ketahui.

Namun, bukankah mereka juga selalu berkaraoke untuk menghilangkan stres, bersama keluarga dan rakan-rakan ?

Mengapa kita pandai mencari cara menghilangkan stres tetapi orang lain tidak boleh ?

Bagi saya ini adalah satu jenis penyakit jiwa. Penyakit tidak boleh melihat orang lain senang.

Kita terlalu mencari salah orang, sehingga kita terlupa entah-entah orang itu banyak berjasa kepada kehidupan kita tanpa kita sedari.

A012

"Wahai orang-orang yang amanah, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang" AQ 49:12

Untuk pengetahuan, secara peribadi, saya paling tidak menyukai seorang ahli politik dari pantai timur yang menjadi tok guru suci di negerinya. Beliau sudah pun meninggal dunia.

Walaupun begitu, saya hanya tidak menyukai pandangan politik beliau. Begitu juga, saya tidak menyukai kenyataan yang beliau keluarkan di atas kapasiti beliau sebagai seorang pemimpin negeri.

Ini adalah kerana saya merasakan kenyataan beliau tidak bijak dan berada di kelas yang rendah.

Namun, saya percaya beliau bukanlah seorang yang jahat, malah saya percaya jika dikirakan, beliau lebih banyak berkorban masa sendiri, masa dengan keluarga, masa untuk membuat perkara yang dia suka demi untuk kebaikan rakyat negerinya berbanding dengan diri saya sendiri.

Untuk itu, saya tidak pernah mengutuk orang ini. 

Malah saya menghormati pendapatnya memandangkan beliau bermain satu game politik. Beliau berpendirian political islam adalah cara untuk menegak kebenaran.

Saya tidak bersetuju dengan pendapat beliau, namun saya perlu mempertahankan hak beliau untuk mengeluarkan pendapat.

Ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kita sudah sama-sama setuju untuk menjadi warga negara ini, sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

Selagi kita tidak mengubah sistem itu, selagi itulah kita tertakluk di bawahnya dan sebagai seorang warganegara kita wajar mempertahankannya.

Mara Bahaya

Di dalam kehangatan kenyataan politik yang saya baca, saya merasakan kenyataan ini adalah yang paling merbahaya.

Malacca and Johor Catholic Diocese, Bishop Bernard Paul's Bersih campaign digital flyer that had gone viral in the social media.

Ia menjadi merbahaya bukan kerana perkataan yang digunakan, tetapi kerana individu yang mengeluarkan kenyataan tersebut.

Kenyataan begini sangat dimahukan oleh golongan ekstremis agama seperti Daesh.

Syukur kepada Tuhan kumpulan baju merah tidak berupaya memainkan isu ini dengan berkesan, jika tidak kita berkemungkinan melihat negara ini memulakan peperangan agama.

Sungguhpun saya berpendirian bahawa organisasi agama tidak wujud dan tidak menjadi intipati Al Quran.

Namun, saya tidak boleh mengelak dari menerima hakikat (ad deen) bahawa ianya wujud di sekeliling saya. 

Mahu atau tidak, kita perlu mengakui bahawa "agama islam" dianuti oleh sebahagian besar warga negara ini.

Malah ia menjadi salah satu asas penubuhan negara ini. Ini adalah realiti yang kita semua perlu akui. 

Selagi sistem ini tidak berubah, kita masih tertakluk kepada Undang-Undang yang tercipta bersamanya sungguhpun kita menjerit sekuat hati mengatakan ianya tidak adil, ia tetap tidak akan mengubah fakta ini.

Kesimpulan

Saya tidak berminat untuk mempengaruhi sesiapa di dalam memutuskan pendirian politik masing-masing.

Sistem yang di amalkan di negara ini menyebabkan sesiapa sahaja yang mahu membuat analisa mengenai situasi politik negara ini, akhirnya terpaksa membuat pendirian serta memihak. 

Kita menjadi bergolongan. Sesuatu yang sangat ditegah menurut perspektif Al Quran.

Ramai pemimpin masyarakat mahu mendabik dada mengatakan bahawa mereka sedang membuat gerakan masyarakat sivil bagi melahirkan negara Malaysia yang lebih adil seperti G25, Bersih dan pelbagai NGO lain. Mereka ini kononnya berbentuk apolitical.

Namun, hakikatnya mereka ini menjadi kuda tunggangan orang politik.


Jika benarlah Bersih itu bertujuan untuk membersihkan Malaysia dari rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya, mengapakah mereka tidak membuat sebarang demo di Pulau Pinang membantah tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang terpalit dengan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa ?

Dengan tidak melakukan demo ini, aktivis Bersih telah memilih untuk memberi handicap kepada politikus pilihan mereka. Ini adalah kesilapan besar mereka.

Mereka menetapkan standard tinggi kepada politikus yang bukan menjadi pilihan mereka. Sementara, politikus yang menjadi pilihan mereka dibiar terlepas dengan standard yang lebih rendah.

Kesilapan ini akan menghantui kita, kerana ahli politik adalah dari jenis spesis yang berbeza dari orang biasa. 

Mereka rakus kuasa dan pengaruh. Apa sahaja perkara yang boleh di manipulasi akan mereka lakukan. Asalkan pengaruh dan kuasa mereka dapat diperluas.

Dengan melakukan ini juga, para aktivis Bersih yang rata-rata berpendidikan tinggi itu telah merendahkan kelas mereka setakat menjadi MACAI politik sahaja.

Sekurang-kurangnya, akui sahaja bahawa anda sedang berjuang untuk sebuah Parti Politik pilihan anda seperti yang dilakukan oleh ketua kumpulan baju merah. 

Sekurang-kurangnya beliau gentleman di dalam soal ini (bukan saya menyatakan bahawa tindakan yang dibuat kumpulan itu benar).

Perkara yang paling menakutkan daripada episod ini ialah akibat dari penolakan warga berbangsa cina kepada Kerajaan sedia ada, UMNO parti yang menerajui kerajaan terpaksa memilih bersekongkol dengan parti yang membawa obor agama demi survival politik mereka.

Ini adalah sesuatu yang berbentuk realiti dan berkemungkinan besar menjadi akhirati (pengakhiran) negara kita. Ia jelas di lihat dari cara UMNO memberi ruang kepada draf RUU 355 yang di bawa PAS.

Parti ini (UMNO) telah berjaya mengesamping tuntutan Hudud dari semenjak merdeka dengan mengguna kebijaksanaan berpolitik, namun, sekarang semua sudah sedia maklum laluan terkini yang menjadi pilihan mereka.

Tanpa sokongan dari orang cina, mustahil parti ini dapat mengekang kemaraan pihak yang membawa obor teokrasi.

Kita perlu membuka mata di dalam hal politik, kita tidak boleh mengguna emosi semata-mata.

Politik adalah mengenai persepsi, persepsi ini di kawal oleh media. Sesiapa yang berjaya mengawal media merekalah yang akan mengaut keuntungan.

Di sebalik semua persepsi yang kabur ini, terbitlah tugas kita untuk membuat analisa.

Jangan biarkan kesimpulan yang dibuat oleh "satu orang" menyebabkan kita tidak melakukan keadilan.

Jangan juga membenarkan kebencian kita kepada seseorang membuatkan kita tidak melakukan keadilan. 



A008


"Wahai orang-orang yang amanah (amanoo), jadilah kamu orang-orang yang menegakkan di hadapan Allah, saksi-saksi untuk keadilan. Janganlah kebencian pada sesuatu  kaum mendesak kamu untuk tidak berlaku adil; berlaku adillah, itu lebih dekat dengan takwa. Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat" AQ 5:8 

Sekurang-kurangnya buatlah analisa sendiri sebelum memilih pihak.

http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/04/08/najib-not-liable-for-1mdb-dealings-says-pac/

Kepada mereka yang berharap dengan demo ini akan berlaku perubahan Kerajaan, saya agak pasti ia tidak akan berlaku.

Untuk sesebuah tunjuk perasaan berubah menjadi satu gelombang besar ia memerlukan pemangkin yang sangat tinggi.

Kebiasaanya ini terjadi kerana tahap nilai kehidupan yang rendah di kalangan MAJORITI rakyat sesebuah negara itu. 

Akhirnya, rakyat tiada jalan lain selain dari bangkit untuk mengubah nasib mereka.

Ini berbeza dengan keadaan di Malaysia, mereka yang menghadiri demo pada hujung minggu ini bagi saya semata-mata hanya mahu meluahkan pilihan politik mereka sahaja.

Saya rasa ramai boleh agak kaum mana yang akan meramaikan demo tersebut.

Sanggupkah mereka buat seperti di Mesir, berada di dataran-dataran berbulan-bulan lamanya sedangkan mereka kebanyakkannya mempunyai perniagaan yang maju dan makmur ?

Lagipun malam sabtu berkenaan ada game EPL. Masakan mereka mahu membuang masa dengan tidur  di dataran. 

Lebih baik tonton bola dengan rakan-rakan di rumah. Ada air-cond. Ibu pula boleh masak yang sedap-sedap untuk rakan-rakan menjamu selera. Bukankah begitu ?

Berikut adalah contoh nilai kehidupan yang rendah ;

http://all-that-is-interesting.com/saudi-woman-jailed-beards

Di negara ini, memang terdapat golongan miskin namun jumlahnya terkawal serta sering diberi bantuan dari masa ke semasa. 

Hakikatnya, agak mustahil untuk sesebuah kerajaan membasmi sepenuhnya kemiskinan. Di sebabkan itu, Al Quran menyarankan kita mendirikan iltizam. Iltizam inilah yang akan mengeluarkan diri kita dari kemiskinan tegar.

Saya berpendapat, di kebanyakkan masa laungan penderitaan yang kononnya di hadapi oleh MAJORITI rakyat adalah sekadar retorik politik.

Adalah satu lawak jenaka jika kita melaungkan bahawa rakyat sedang menderita, sedangkan orang yang melaung itu rupanya mampu mempunyai rumah berjuta dan kereta mewah berderet pada umur 20 an. 

Ini bukan penderitaan, malah sepatutnya dikenali sebagai suatu bentuk kenikmatan.

Adalah satu penghinaan apabila disebalik laungan bahawa rakyat sedang menderita, orang ini kemudiannya membuat kenyataan bahawa selain beliau ramai lagi rakyat berumur 20 an yang lain kaya sepertinya.

Mula-mula kata rakyat menderita kemudian mengaku pula  rakyat berumur 20 an ramai yang kaya ? Mana satukah yang benar ?

Kita semua boleh memilih mana-aman parti yang mahu di sokong. Inilah demokrasi. Tetapi kita harus sedar bahawa di samping hak bersuara yang kita ada, orang lain juga perlu diberi hak yang sama.

Jika kita mahu bersuara, mengutuk dan mengata pihak yang kita tidak suka, rakan-rakan lain yang menganggotai media sosial bersama kita juga perlu di beri peluang bersuara menyatakan yang sebaliknya.

Jika kita mahu merebut kuasa, orang lain juga perlu diberi peluang untuk mempertahankan kuasanya. 

Jika kita boleh berpakat sesama sendiri, berpakat dengan orang asing untuk menjatuhkan kerajaan yang bukan pilihan kita.

Maka orang lain juga perlu diberi hak yang sama untuk berpakat dan mempertahankan kerajaan yang mereka pilih.

Baru namanya main bola di atas padang yang sama. 

Mungkin saya patut menghindarkan diri dari menjenguk FB ini sekali lagi.

Ashwed.





11 comments:

  1. salam ashwed,

    Permainan politik adalah berbeza dengan ilmu kejuruteraan, medical, kewangan kerana politik adalah permainan yang kepelbagaian teknik dan kaedah.

    Tidak ramai profesional yang mencebur di dalam bidang politik kerana seni politik tidak sesuai dengan jiwa mereka. Politik adalah kaedah matlamat menghalalkan cara.

    Seperti tuan ulaskan, berdemo adalah juga cara untuk mendapatkan matlamat. Zaman dulu, ketika Malayan Union di rangka, kita berdemo untuk menghalang ia di jayakan. Hasil dari demo tersebut, kita dapat menyaksikan perubahan sokongan istana kepada British dan akhirnya Malayan Union dibatalkan. Begitu juga dengan mogok besar yang berlaku di Singapura berdekad lalu kerana bermatlamat untuk menjaga kebajikan pekerja yang tertindas.

    Melalui sejarah, kita mengenal pasti bahawa 'power of peoples' adalah ultimate teknik untuk menghalang atau mendapatkan sesuatu. Buktinya di Thailand, Indonesia, malah sekarang ini masih juga ada yang berdemo anti Trump di US.

    Yang kita bimbang adalah demo jalanan yang aman akan bertukar menjadi demonstrasi kekerasan seperti yang terjadi di UK, Kiev dan Paris. Dengan risiko anasir chaos, demonstrasi ganas boleh melumpuhkan negara serta merta. Jika ini berlaku maka akhirnya banyak yang akan menempuh akhirat mereka lebih awal.






    ReplyDelete
  2. Salam.
    Masa terbuang bila asyik layan FB. So only tengok video or baca comment yang kelakar.

    Lama-lama dah tak jenguk. Layan your blog and other blogs.

    Non

    ReplyDelete
  3. salam tuan,

    perhimpunan baju kuning dikepalai oleh pembangkang sebagai membantah sistem pemerintahan sekarang. pemerintah pula menggunakan baju merah untuk menggagalkan perhimpunan ini..

    dalam situasi ini cara pembangkang adalah lebih "legitimate". mengugut adalah cara "terrorism". walaupun terdapat keganasan dalam perhimpunan sebelum ini, menyekat acara ini adalah tindakan tidak wajar

    seperti perlawanan bolasepak. disebabkan tindakan bodoh segelintir penyokong, peminat tulus tidak dibenarkan menyaksikan perlawanan tersebut

    ada terbaca dalam sebuah blog, penulisnya berkata kekuatan politik diukur melalui hujah. sangat-sangat setuju

    harap pemerintah dapat menggunakan kuasa yang diamanahkan menegakkan amar makruf nahi mungkar, tak kira parti apa sekalipun

    ReplyDelete
  4. Ada cara nk guna media sosial. Saya x penah add saudara mara dr friend suggestion. Pilih kawan2 rapat dan org2 yg berguna pada diri kita. Saya hanya masuk group tertentu berkaitan bidang, hobi dsbg.

    Nak senang bukak akaun baru dan buat satu FB page utk bincangkan topik2 tertentu.

    ReplyDelete
  5. Saya tak pernah minat nak pegi berdemo. Pada saya demo ni buang masa tapi demo kali ni mungkin perlu sebab institusi undang2 kita dah roboh. PM yg sudah terang2 mencuri duit rakyat masih berkuasa dan tiada siapa yg mampu menyuruh dia resign. Dia memang muka tak malu dah. Menipu rakyat dengan muka selamba.

    Baju merah ke baju kuning nak demo no problem, polis cuma kena pastikan mereka tak bertembung. Rakyat perlu ruang untuk suarakan ketidakpuasan hati mereka.

    ReplyDelete
  6. Salamunalaikum saudaraku!sila analisa 11 ayat2 dari Surah Munafikun (63) seperti berikut;

    63:1 Ketika orang munafik datang kepada kamu, mereka berkata kami menyaksikan yang kamu sebenar-benarnya rasul Allah pasti Allah mengetahui yang kamu rasul Dia malahan Allah menyaksikan orang munafik itulah yang sebenarnya pendusta.
    63:2 Mereka menjadikan sumpah mereka sebagai perisai bagi menghalang dijalan Allah maka sangatlah buruk apa yang mereka lakukan.
    63:3 Demikian itu mereka amanah kemudian mereka tidak amanah maka disita hati mereka malahan mereka tidak akan memahaminya lagi.
    63:4 Dan apabila kamu melihat mereka kamu kagum dengan penampilan mereka dan apabila mereka bercakap kamu akur mendengar malahan mereka itu seperti kayu tersandar dan mereka beranggapan sesiapa mengkeritik mereka adalah musuh maka berwaspadalah dengan mereka pastinya Allah hapuskan mereka atas penyelewengan mereka.
    63:5 Dan apabila dikatakan kepada mereka marilah mohon keampunan dari Allah dan rasulnya maka kamu melihat mereka menggelengkan kepala dan berpaling maka mereka itulah orang yang takbur.
    63:6 Sama sahaja bagi mereka sama ada kamu mohon keampunan atau tidak pastinya Allah tidak mengampunkan mereka dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.
    63:7 Mereka itulah orang yang berkata jangan kamu menafkahkan kepada orang yang bersekongkol dengan rasul Allah sehingga mereka berpecah darinya malahan hanya Allah memiliki perbendaharaan langit dan bumi malahan orang munafik tidak memahaminya.
    63:8 Mereka berkata jika kita kembali kekota pasti orang yang perkasa mengusir orang yang lemah malahan Allah dan rasulnya dan orang yang amanah itulah yang perkasa tetapi orang munafik tidak mengetahuinya.
    63:9 Wahai orang yang amanah jangan hendaknya harta dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengigati Allah dan sesiapa melakukanya maka mereka itulah orang yang rugi.
    63:10 Maka nafkahkan apa yang Kami rezekikan kepadamu sejak dahulu dan apabila seseorang didatangi kematian mereka berkata Pemeliharaku mengapa tidak ditangguhkan aku kepada suatu tempoh terdekat supaya dapat aku bersedekah maka jadilah aku darinya orang yang soleh.
    63:11 Malahan Allah tidak memberi tangguh bagi sesuatu jiwa apabila sampai tempohnya dan pastinya Allah menyedari apa yang kamu lakukan.

    Sekian.

    ReplyDelete
  7. Salam.
    Semalam received video about the art of laungkan azan.

    Malaysia lain.
    Mekah lain.
    Madinah lain.

    Will the world be the end if tak sama?

    Another point is about how to read Quran. Bila ada tang Firaun kena baca dengan keras.

    Will God be mad is we don't read with correct melody?

    Non

    ReplyDelete
  8. Saudara Ashwed, Salam....
    sejauh mana kebenaran kata-kata anda ini?

    "Ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kita sudah sama-sama setuju untuk menjadi warga negara ini, sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen."

    Ini bukanlah satu kebenaran...ingatkah saudara, bila saudara bersetuju menjadi warganegara ini dan bersetuju dengan sistem demokrasi berparlimen? Atau sekiranya anda lahir di negara Afghanistan anda setuju dengan sistem Taliban?

    separuh kebenaran hanya akan memusnahkan kita....kita tidak pernah diberi peluang untuk bersetuju atau tidak....fikirkan...perjuangan saudara sudah jauh tetapi janganlah separuh kebenaran diterima sebagai kebenaran mutlak.....

    ReplyDelete
  9. Salam saudara .

    Saya baru "ter"rediscover kembali blog saudara . Dulu pernah baca sekali selepas di-promote-kan oleh suadara Syed Akbar Ali .

    Saya mahu minta pendapat saudara mengenai suatu perkara berkaitan Al-Quran .

    Al-Quran mempunyai banyak ayat dan menyentuh banyak perkara . Ada perkara kerohanian ( psychology ) . Ada perkara peradaban . Ada perkara moral dsb.

    Suatu perkara yang menarik perhatian saya , lalu menimbulkan persoalan yang masih gagal dijawab oleh diri sendiri dan orang lain setakat ini adalah sumber Al-Quran itu .

    Dari manakah datangnya Al-Quran ? Sudah tentu jawapan klasik oleh orang islam dan juga Al-Quran itu sendiri adalah " Allah " . Yakni Al-Quran bukan karangan manusia .

    Kalau kita baca ayat-ayat AlQuran yang berkaitan kerohanian atau peradaban atau moral dsb. , tidak banyak yang kita boleh perkatakan mengenai sumber Al-Quran itu kerena tafsiran dan pemahaman berkaitan perkara-perkara tersebut adalah " subjective " dan " arbitrary " . Atau pun " anything goes " .

    Namun satu perkara yang boleh menjadi neraca untuk menimbang sumber Al-Quran secara " objective " adalah ayat-ayat Al-Quran berkenaan " natural world " atau alam semulajadi .

    Saya terfikir hal ini berikutan minat saya pada satu aliran yang memperjuangkan bahawa wujud " scientific miracles " di dalam Al-Quran .

    Setelah sekian lama saya ikut aliran ini , setelah mendengar hujjah kedua-dua pihak ( pro dan contra ) , saya dapati bahawa hujjah wujud keajaiban sains di dalam Al-Quran adalah amat lemah .

    Para pendokong aliran ini telah berkali-kali " debunked " oleh golongan atheist dan scientist .

    Pendokong aliran ini kontemporari seperti Zakir Naik dan Hamzah Tzortiz juga telah " debunked " , sehinggakan saudara Hamzah Tzortiz kini telah berubah angin dengan menyerang pula tatacara ( methodology ) sains itu sendiri apabila hujjah-hujjahnya dipatahkan .

    Saya tertarik kepada hasil kerja seorang atheist yang menggelar dirinya " the Rationalizer " . Saya akan lampirkan hasil kerja beliau di sini untuk tatapan saudara .

    Apa yang saya cuba sampaikan adalah begini ; huraian Al-Quran mengenai alam semulajadi tidak menunjukkan bahawa Al-Quran datang dari " Tuhan " , bahkan ianya menunjukkan bahawa Al-Quran ditulis oleh manusia sendiri .

    Contoh paling mudah adalah ayat-ayat Al-Quran mengenai kejadian siang dan malam . Setiap kali Al-Quran bercerita mengenai kejadian siang dan malam , pada masa yang sama Al-Quran bercerita mengenai peredaran bulan dan matahari . Ini memang bersesuaian dengan pengetahuan popular pada masa Al-Quran ditulis iaitu model " geocentric " yakni bulan dan matahari beredar mengelilingi bumi . Apa yang penghuni padang pasir pada masa itu nampak dari bumi iaitu matahari dan bulan beredar mengelilingi bumi . Lalu diceritakan di dalam Al-Quran .

    Begitu juga berkenaan bumi rata ( flat earth ) , gunung sebagai pasak , embryology dsb. Kesemuanya hanya satu reflection pengetahuan am popular pada masa itu ( 1400 tahun dahulu ) .

    Jadi saya fikir Al-Quran ini ditulis oleh manusia dengan pengetahuan terbatas mereka pada masa itu dan bukan bersumberkan Tuhan yang maha mengetahui .

    Ini belum lagi saya bicarakan secara " history " yakni bila masa " AlQuran " itu mula disebut di dalam rekod sejarah . Ataupun kandungan Al-Quran yang tidak teratur dan melompat ke sana sini di dalam penulisannya .

    Harap saudara dapat memberi pandangan saudara .

    https://www.youtube.com/watch?v=qtaMCELfxy0

    https://www.youtube.com/watch?v=TtrWc0SKX9s

    https://www.youtube.com/watch?v=YxbNiYlkiy4


    Terima kasih .

    ~Hussain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Setakat yg saya selidik. Kesimpulan yg saya boleh buat ialah Al Quran sememangnya ditulis oleh manusia. Begitu juga "The Rationalizer", The Origin of Species, Torah, Injil. Kesemua ini ditulis oleh tangan manusia.
      No doubt about it.

      Malah Al Quran sendiri memberitahu bahawa ianya ditulis oleh "manusia yg berkelana" lebih tepat lagi sekumpulan manusia yg berkelana Jika mengambilkira perkataan plural yg digunakan di keterangan itu.

      Al Quran menegaskan bhw ianya di inspirasi dari Tuhan. Maka tugas kita ialah mengenalpasti siapakah Tuhan ? Menurut Al Quran Tuhan adalah KETIADAAN. Lalu ia menyarankan supaya melihat ke dalam diri sendiri apabila mahu mencari Tuhan krn Tuhan bukanlah satu entiti yg berasingan dari diri kita dan alam ini. Dia adalah sebahagian dari kita dan kita sudah semestinya adalah sebahagian dari Dia.

      Damai

      Delete
    2. Terima kasih di atas jawapan .

      Jadi saya kira saudara berfahaman " pan-theism " . Saya sedikit sebanyak bersetuju dengan aliaran ini .

      Wujud aliran yang selari di dalam peradaban dunia yang lain seperti " wahdatul wujud " , " advaita devanta " dsb.

      Saya juga fikir ini selari dengan pengetahuan sains di mana pada scala microcosm sub atomic , tidak ada beza di antara yang hidup dan tidak hidup . Kesemua adalah satu di dalam sebatian suatu " primordial soup " .

      "Al Quran menegaskan bhw ianya di inspirasi dari Tuhan. " Terima kasih kerana memberi jawapan yang jujur dan tidak berbelit-belit .

      Jadi saudara simpulkan bahawa Al-Quran bukan diulang kembali secara verbatim oleh Nabi Muhammad sewaktu di dalam suatu keadaan " trance " seperti pendokong agama yang lain ?

      Dalam erti kata lain seperti juga Bible , Al-Quran hanya diinspirasikan oleh Tuhan , namun ditulis dan dikarang oleh minda manusia yang terbatas oleh masa dan ruang ?

      Delete