Kedamaian Untuk Semua,
Saya masih mempunyai urusan yang belum sempat diselesaikan.
Untuk itu, saya memohon maaf jika sekiranya ada para pembaca yang memasuki blog ini tetapi mendapati tiada bahan baru.
Semasa kelam-kabut ke sana-sini mendirikan iltizam (solat), saya sempat meninjau dan melayani rakan-rakan melalui aplikasi WhatsApp.
Saya bersyukur kerana rata-rata grup WhatsApp yang saya sertai semakin kurang memuatnaik bahan-bahan berkaitan agama.
Agaknya, ramai rakan-rakan saya sudah serik bertegang urat dan mencari hujah melayani kerenah saya.
Namun, bab politik sememangnya tetap No. 1 di hati orang-orang Melayu. Ketagihan ini tiada ubatnya.
Mungkin jika sehari tidak menular bahan politik atau memuatnaik gambar-gambar yang menjatuhkan maruah orang lain hidupnya tidak mencapai klimaks.
Baru-baru ini seorang rakan saya, seorang Profesor di salah sebuah Universiti tempatan memuatnaik gambar papan kenyataan ini ;
Menurut beliau ia boleh di dapati di tandas sekitar bangunan-bangunan kerajaan di Putrajaya.
Saya membaca satu-persatu kenyataan ini.
Setiap kali habis satu item hati saya berkata "Oh, mungkin selepas ini ada pesanan mengenai menjaga kebersihan".
Saya menunggu-nunggu pihak yang berwajib memberi pesanan supaya para pengguna membasuh tangan atau mengepam tandas selepas selesai memenuhi hajat.
Sayangnya, pesanan yang paling penting ini tidak terdapat di 20 Key Performance Index ini.
Daripada 20 item tersebut, hanya 2 sahaja yang saya boleh simpulkan berkaitan dengan penjagaan kebersihan iaitu di item 3 dan 17.
Yang lain-lainnya hanya boleh dianggap sebagai penerusan cerita dongeng yang di salahertikan sebagai realiti.
Item 13, pada saya adalah antara "masterpiece" si pencipta KPI.
Beliau berkemungkinan besar mempunyai isu yang tidak dapat diselesaikan dengan kemaluan beliau.
Agaknya mereka tidak bertegur sapa sekian lama, sehingga beliau terbawa-bawa merasakan orang lain juga membenci alat kelamin masing-masing.
Item 15 juga menyentak lamunan saya.
Puas saya memikirkan alternatif yang patut digunakan jika ditakdirkan mangkuk tandas yang dibina di situ sememangnya sudah mengadap kiblat.
Jalan yang paling saya boleh fikirkan ialah membuang hajat dengan memandang ke belakang ke arah dinding.
Harap-harap pintu tandas tidak terbuka sendiri semasa saya berada di dalam posisi sebegini kerana agak sukar untuk saya menerangkan kepada orang lain mengenai pose tersebut terutama kepada orang bukan Islam.
Berkenaan dengan item 7, saya sememangnya kadang-kadang mandi dengan berpakaian sukan. Ada kenalan saya pula, pernah mandi dengan memakai kemeja pejabat tetapi tidak mengenakan tali leher.
Membawa kita kepada item 2, ya kadang-kadang saya pernah mandi dengan memakai topi keledar.
Saya boleh menerima jika saya membaca kenyataan ini di sekolah-sekolah agama, madrasah atau pondok.
Memikirkan ianya terdapat di Pusat Pentadbiran negara membuatkan saya merasa gelisah.
Saya benar-benar berharap Profesor tersebut hanya berseloroh mengenakan rakannya sahaja.
Ashwed
Salam
ReplyDeleteItem no 2 tu based on buku yang I pernah baca berpuluh tahun yang lalu adalah supaya tak kena kencing dengan syaitan.
Hanya I tak faham, ramai yang kata syaitan unsurnya api. So api makanannya oksigen. Jika terbakar hasilnya ash, asap.
Begitu juga arak. Ada kencing syaitan.
Nak kena percaya ke hujah ni?
Non
😂😂😂
ReplyDelete😂😂😂
ReplyDeletewaktu sekolah dulu, doktor pegang buah zakar lepas tu suruh berdehim. nak cek angin pasang katanya...
ReplyDeleteKalau ada yg rasional pun si penulis atau si pengikut tidak dapat rasionalkan... Cthnya kencing berdiri memang ada kajian mengesahkan tidak elok untuk kesihatan kerana boleh menjadi salah satu punca batu karang terbentuk.. Ada penjelasan logical dan saintifik..Tapi ramainya kemungkinan besar percaya larangan tersebut hanya kerana datang dari mulut ustaz / guru agama... tak pernah bertanya / cuba selidik mengapa...
ReplyDeleteustaz/guru agama menggunakan penjelasan saintifik? inilah yang sepatutnya.. diberi akal untuk berfikir..
Delete