Friday, 8 September 2017

Hidup Sesudah Mati (Bahagian 2)

Kedamaian Untuk Semua.

Tidak berapa lama dahulu saya ada menulis sebuah artikel bertajuk " Hidup Sesudah Mati ". Anda boleh membacanya di sini http://ashwed1973.blogspot.com/2016/04/hidup-sesudah-mati.html.

Dan sepertimana artikel yang sebelumnya saya perlu membuat satu pernyataan bahawa saya belum pernah berpengalaman mengalami kematian. 

Oleh yang demikian, saya sememangnya tidak mempunyai biar sekelumit pun info tentang apakah yang akan terjadi selepas kematian saya.

Bukan saya sahaja, kesemua manusia yang hidup samada pada waktu ini atau pada zaman yang telah berlalu tidak pernah berpengalaman mengalami perkara ini kecuali jika mereka benar-benar mati.

Sehingga di saat artikel ini ditulis, belum pernah lagi ada seorang manusia yang mati lalu hidup kembali untuk menceritakan pengalaman beliau selepas kematian.

Jika ada seorang yang diketahui kembali sedar dari kematian, bukankah kita tidak lagi boleh memanggilya dirinya sebagai sudah mati ? Bukankah ia lebih layak dipanggil sebagai pengsan sahaja ?





Oleh itu, tidak seorang pun, saya ulang tidak seorang pun manusia tanpa mengira apa pun statusnya mempunyai pengetahuan mengenai apakah yang terjadi sesudah kita mati. 

Peta Kematian

Entah macamana, baru-baru ini ada seorang kenalan Al-Quran menghantar sebuah peta yang sangat menarik.

Ia membuatkan saya terdetik untuk melakukan sedikit penyelidikan ringkas mengenai kehidupan selepas mati seperti yang dipercayai oleh pelbagai kebudayaan dan ketamadunan manusia di serata dunia.

Hindu

Sebagai pemula organisasi keagamaan, Hindu mempunyai kepercayaan mengenai kehidupan selepas mati yang paling kompleks lengkap dengan peta yang rumit.

Hindu mempercayai kosmology kehidupan yang terdiri dari Svarga (atas), Prithvi (bumi) dan Patala (bawah) yang di lukis sebagai peta lengkap pada tubuh Vishnu seperti di bawah

Ia yang dikenali sebagai Vishvarupa.

Apabila seorang manusia meningal dunia, jiwa mereka akan mengembara ke dunia bawah yang dikenali sebagai Patala.

Terdapat 7 dunia (lokas) di realm Patala. 

Individu Melayu yang merasakan mereka mempunyai "ilmu" yang tinggi sering menyebut 7 petala langit tanpa mengetahui apa yang mereka sebut.

Sekarang kita tahu bahawa 7 Patala adalah terdiri dari 7 dunia (lokas) yang terdiri dari ;

1. Atala
2. Vitala
3. Sutala
4. Talatala
5. Mahatala
6. Rasatala
7. Patala  

 

7 dunia Patala berada di bahagian bawah tubuh Vishnu. 

Naraka, tempat jiwa dibicara dan menerima hukuman, terletak lebih bawah dari 7 dunia Patala. 


Tamadun Mesir Kuno


Manusia Mesir Kuno juga mempunyai kepercayaan mengenai kehidupan selepas kematian yang kompleks.

Mereka mempercayai bahawa badan manusia mempunyai satu sumber kuasa yang dikenali sebagai Ka. Apabila sumber ini meninggalkan tubuh maka manusia menemui ajal.

Manusia juga mempunyai kuasa spiritual yang dikenali sebagai Ba yang tidak meninggalkan tubuh selepas mati.

Oleh yang demikian, manusia yang hidup akan sedaya upaya membuat ritual pengkebumian supaya Ka dan Ba dapat bercantum semula di dalam suatu gabungan yang dikenali sebagai Akh.

Untuk Ka dan Ba bertemu, ia perlu menempuh pengembaraan yang di petakan seperti di bawah.
  
GuideToTheAfterlife-CustodianForGoddessAmun-AltesMuseum-Berlin.png 

Buddha

Oleh kerana Buddha adalah salah sebuah ranting dari ajaran Hindu maka kepercayaan mereka mengenai kehidupan selepas kematian juga seakan-akan serupa.

Kosmologi Buddha juga tidak kurang menarik untuk kita ketahui dan fikirkan.

Saya mengambil sedikit informasi yang berkaitan dengan apa yang selama ini masyarakat kita percayai sebagai perbandingan.

Secara ringkasnya ajaran Buddha juga mempercayai terdapat 3 realm utama di dalam Kosmologi mereka.

Ia terdiri dari Formless Realm, Form Realm dan Desire Realm.

Di dalam Desire Realm atau di dalam Bahasa Pali dikenali sebagai Kamadhatu, terdapat 4 dunia yang dikenali sebagai Asyaloka (Heaven), Sumeru, Manusyaloka (dunia manusia) dan Narakas/Niraya.

Yang menariknya, menurut kepercayaan Buddha, Narakas terbahagi 2 iaitu sejuk dan panas. Ianya begitu mirip dengan kepercayaan masyarakat Melayu mengenai neraka panas dan sejuk.

Naraka sejuk terdiri dari ;

1. Arbuda
2. Nirarbuda
3. Atata
4. Hahava
5. Huhuva

Sementara Naraka panas terdiri dari ;

1. Sanjiva
2. Kalasutra
3. Samghata
4. Raurava
5. Maharaurava
6. Tapana
7. Pratapana
8. Avici


 

Kitab Perjanjian Lama dan Baharu


Tidak perlu lagi kita perkatakan mengenai konsep Heaven and Hell di dalam agama ini.

Bagi saya, Kitab Perjanjian Lama dan Baharu mewakili Kristianiti dan Judaisma.

Berikut adalah beberapa peta mengenai kosmologi dunia kematian menurut agama ini.  













# Terlalu banyak informasi yang bertentangan di dalam ajaran agama dunia. Oleh yang demikian, saya mencadangkan supaya sidang pembaca juga membuat kajiselidik sendiri. 

Kesimpulan

Secara jujurnya, apakah yang anda rasai apabila membaca mengenai kepercayaan beberapa aliran agama dunia berkenaan alam kematian seperti di atas ?

Tentu ramai yang tersenyum sinis. 

Mungkin ramai juga yang menggelengkan kepala melihat kepada kesanggupan manusia mempercayai ketahyulan sebegini.

Saya ingin bertanya secara jujur, pertanyaan ini ditujukan khas kepada para pembaca Melayu beragama Islam yang berkemungkinan membaca artikel dari blog ini buat pertama kalinya.

Jikalah anda merasakan kesemua informasi di atas adalah suatu mitos yang kebudak-budakkan, apakah pula perasaan anda apabila membaca peta seperti tertera di bawah ;



Kini, ia tidak menjadi begitu mitos lagi bukan. 

Secara tidak semena-mena ianya menjadi real, bukan lagu main-main.

Akal tiba-tiba menekan butang pertahanan. Tembok muncul entah dari mana mengelilingi logik.

Bila ianya terkena batang hidung sendiri, tiba-tiba sel-sel otak kita gagal berfungsi lalu sanggup menerima informasi sebegini sebagai benar. 

Dapatkah anda merasainya ?

Mengapa ia menjadi sebegini ? 

Mengapa kita gagal mengguna akal kurniaan Illahi apabila tiba masanya untuk melihat kepada kepercayaan kita sendiri ?

Mungkinkah ini kerana kita gagal untuk melihat kembali makna perkataan KEPERCAYAAN ? 

Bukankah kepercayaan hanyalah suatu bentuk prasangka ? Ianya bukanlah suatu kebenaran ?

Tidakkah lebih mulia jika kita mengaku sahaja bahawa kita TIDAK TAHU apa yang akan terjadi selepas mati ?

Bukankah jawapan sebegini lebih jujur daripada kita berpura-pura tahu dan di dalam proses itu memanggil orang lain sesat kerana tidak mahu mempercayai mitos yang kita percaya ?

 A187

"Mereka bertanya kepadamu tentang Saat : "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" AQ 7:187

A085



 
 
"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja" AQ 17:85
 
Bukankah jawapan seperti di keterangan AQ 7:187 dan AQ 17:85 lebih mulia dan jujur. 

Tidakkah kita dapat menangkap bahawa orang ini sedang memberi jawapan ... AKU TIDAK TAHU kepada kaumnya yang sedang bertanya ?

 

Ashwed

19 comments:

  1. Titian sirat tu diceduk dr agama majusi/zoroaster

    https://en.m.wikipedia.org/wiki/Chinvat_Bridge

    ReplyDelete
  2. Salam sahabat! saya selesaikan Surah Isra'(17)85 - 111;

    17:85 Dan mereka bertanya kamu tentang ruuhi katakan -rruuhu urusan Dia dan Pemeliharaku tidak memberi pengetahuan melainkan sedikit.
    17:86 Dan sekiranya Kami kehendaki pasti dihilangkan apa yang telah Kami ilhamkan kepadamu kemudian kamu tidak akan dapat menjadikan Kami sebagai wakil kamu.
    17:87 Kecuali rahmat dari Pemelihara kamu sesungguhnya kurnian dari Dia sesuatu yang agong bagi kamu.
    17:88 Katakan jika dihimpunkan sekelian manusia dan jin bagi mengadakan yang serupa dengan -lqur-aani pasti tidak dapat mereka mengadakanya walau mereka saling bantu-membantu sesama mereka.
    17:89 Pastinya Kami mengulangi bagi manusia didalam -lqur’aani ini segala macam misalan malahan tidak menolak kebanyakan dari manusia melainkan mereka mengingkarinya.
    17:90 Dan mereka berkata kami tidak amanah kepadamu sehingga kamu mengalirkan bagi kami limpahan punca mata-air dari buminya.
    17:91 Atau adakan bagi kami taman dari palma dan anggur yang kamu telah menyalirkan sungai-sungai dicelahnya.
    17:92 Atau kamu jatuhkan serpihan dari langit kepada kami seperti kamu dakwakan atau didatangkan Allah dan malaa-ikati dihadapan kami.
    17:93 Atau kamu miliki sebuah rumah dari perhiasan emas atau kamu telah naik kelangit maka kami tidak amanah dengan kenaikanmu sehingga kamu turunkan kepada kami kitaaban supaya dapat kami membacanya maka katakan Pemeliharaku Dia disanjung malahan aku hanya seorang rasul yang menyampaikan khabar gembira kepada kamu.
    17:94 Dan tiada yang menghalang manusia dari amanah ketika datang kepada mereka petunjuk melainkan mereka mengatakan adakah Allah telah bangkitkan seorang rasul dari kalangan manusia.
    17:95 Katakan jika ada malaa-ikatun berjalan-jalan dibumi dengan tenteram pastinya Kami yang nenurunkan malakan dari langit sebagai rasul.
    17:96 Katakan cukuplah hanya Allah sebagai saksi diantara aku dan kamu dan sesungguhnya Dia bagi hambanya yang Mengetahui yang Melihat.
    17:97 Dan sesiapa yang Allah berikan petunjuk maka dia yang mendapat petunjuk dan siapa sesat maka tiada lagi auliyaa-a selain Dia dan pasti Kami himpunkan pada hari kebangkitan penampilan mereka buta dan bisu dan pekak dan tempat penginapan mereka jahannamu dan setiap kali apinya reda Kami tambahkan kemarakanya.
    17:98 Demikianlah pembalasan bagi mereka yang mengingkari ayat-ayat Kami dan mereka berkata apakah setelah kami menjadi tulang dan reput kami akan dibangkitkan kepada suatu ciptaan yang terkini/jidiidan.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  3. smbg,

    17:99 Apakah tidak mereka perhatikan Allah berkuasa mencipta langit dan bumi sepertimana mereka dicipta dan ditetapkan tempohnya dan tiada keraguan baginya tetapi orang yang zalim menolak dengan keingkaran.
    17:100 Katakan jika kamu dapat menguasai perbendaharaan dan rahmat Pemeliharaku pasti kamu akan menangguhkanya dan takut untuk dibelanjakanya malahan manusia adalah yang sangat kikir.
    17:101 Dan Kami telah berikan muusaa sembilan ayat-ayat yang jelas maka tanyalah banii israa-iila ketika dia datang kepada mereka maka fir’aunu berkata aku menyaksikan yang muusaa telah kena sihir.
    17:102 Berkata pastinya kamu mengetahui tidak diturunkan melainkan dari Pemelihara langit dan bumi dengan keterangan jelas malahan aku mengsyaki yang fir’aunu itulah yang pasti dibinasakan.
    17:103 Maka dia hendak mengusir kamu dari bumi ini maka Kami lemaskan dia dan kesemua mereka bersamanya.
    17:104 Dan Kami katakan kepada banii israa-iila hunilah kamu dibumi dan apabila datang janji akhirat pasti Kami himpunkan kamu berkumpulan.
    17:105 Malahan Kami turunkanya dengan benar maka dianya turun dengan sebenar-benar penurunan dan tidak Kami utuskan kamu melainkan bagi membawa khabar gembira dan memberi amaran kepada mereka.
    17:106 Dan qur-aanan ini Kami bahagi-bahagikanya supaya dapat kamu bacakan kepada manusia berperingkat-peringkat dan Kami yang menurunkanya sebagai suatu penurunan.
    17:107 Katakan sama ada kamu amanah atau tidak malahan bagi orang yang berilmu sebelum kamu apabila dibacakan ayat-ayat Kami, mereka menjatuhkan diri bersujud atas dagu mereka dan patuh kepadanya.
    17:108 Dan mereka berkata wahai Pemelihara kami hanya Kamu yang kami sanjung sesungguhnya janji Pemelihara kami pasti terlaksana.
    17:109 Dan mereka menjatuhkan diri atas dagu mereka dan menangis malahan dianya menambahkan kekusyukan mereka.
    17:110 Katakan serulah Allah atau yang Pemurah atau apa sahaja yang kamu seru baginya nama-nama yang terbaik dan jangan kamu melantangkan suaramu ketika melakukan kewajipanmu atau perlahankanlah dan carilah kesederhanan diantaranya sebagai suatu jalan.
    17:111 Dan katakan segala pujian bagi Allah yang tidak mengambil baginya anak dan tiada baginya sekutu dalam kuasanya dan tiada baginya penjaga dan tiada kelemahan baginya maka hanya Dia yang Agung.

    Sekian, terima Kasih.

    ReplyDelete
  4. Salam

    Begitu juga pahala and dosa. Berapa value for each deed. But if dead is the end perlu ke pahala and dosa.

    Non

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga terpikir bab ni. Apakah quantum kiraan pahala dosa ni. Pahala besar/kecil brp? Dosa besar/kecil brp?

      Delete
  5. Sometimes people hold a core belief that is very strong. When they are presented with evidence that works against that belief, the new evidence cannot be accepted. It would create a feeling that is extremely uncomfortable, called cognitive dissonance. And because it is so important to protect the core belief, they will rationalize, ignore and even deny anything that doesn't fit in with the core belief.

    ReplyDelete
  6. bagi saya, saya hidup kerana tuhan. dan saya mati pun kerana tuhan.

    terpulang pada tuhan nak buat apa sebab dia tuhan. Saya makhluk je ciptaan tuhan.

    ReplyDelete
  7. lebih kurang 7 tahun yang lepas, aq 7:187 telah membuatkan saya menilai semula riwayat kata-kata nabi yang mulia. ayat ini jelas menunjukan nabi tersebut tidak tahu langsung bila terjadinya kiamat, sedangkan riwayat nya mengatakan sebaliknya. kononnya nabi ini meramalkan bila kejadian kiamat.

    selepas mengkaji dengan lebih mendalam, banyak percanggahan didapati dalam agama ini dengan kitabnya. mungkin masalah agama ini dapat diselesaikan dengan menolak rujukan yang bukan dari kitabnya.

    ReplyDelete
  8. Salam semua,

    Sebelum ini sy selalu terfikir apa erti kehidupan kalau akhirnya kita semua akan mati. Byk buku2 motivasi sy baca tp masih tak jumpa jawapan memuaskan.

    Tapi 5 tahun lepas sy mula sedar last puzzle iaitu dari Al-Quran byk ayat2Nya menyebut tentang bersyukur. Semua nabi dan rasul diajar manfaat bersyukur. Hamba Allah paling disayangi ialah Ibrahim kerana sifat syukurnya dan dilantik menjadi imam manusia sbg panduan.

    Termasuk keturunan baginda Ishak, Yakob dan Yusuf diceritakan Al-Quran sbg hamba yg selalu bersyukur. Itulah makna kehidupan kita iaitu fokus kepada perkara baik dlm hidup dan hargainya.

    Kita perlu mula dari perkara kecil. Contoh :

    - kalau ada masa dan hari hujan, saya buat kek jagung panas bersama milo. Makan sambil duduk di balkoni tgk dan menikmati bunyi air hujan.
    - beli tilam dan bantal berkualiti utk tidur nyenyak dan sihat.
    - pasang air-cond dlm rumah.
    - pasang water heater utk mandi air suam.
    - selalu masak sendiri spt daging, ikan, udang dan ketam.
    - berbasikal di pagi minggu menghirup udara segar.
    - malam lepak di kedai mamak dgn bbrp sahabat dlm business circle.
    - tanam pokok cili dlm pasu dan bela ikan emas.
    - stress sgt saya main PS4 dan teroka open world dlm byk tajuk video games smbl pakai VR.

    Nmpk simple tapi kalau kita hargai kebaikan dlm hidup, pasti nikmat bertambah dan rasa gembira.

    Fear of death is fear of life. Belajar nikmati kehidupan dari perkara plg simple dan kita takkan takut dgn kematian. Dari fizik kuantum, saya percaya kita hanya segumpal tenaga yg berubah-ubah bentuk dan akan kembali kepada sumbernya.

    Mungkin kita perlu lihat lebih byk ayat reincarnation dlm Al-Quran dan cuba fahamkan.

    ReplyDelete
  9. Kedamaian saya hari ini hilang setelah mendapat berita kematian 20++ pelajar tahfiz dalam kebakaran di Keramat. Orang Melayu sgt mempercayai konsep tanggung pahala dan dosa... Diharap rakan2 yg mengikuti blog ini dan Tuan Ashwed dapat berdiskusi mengenai perkara ini nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Dari pagi saya terbayang anak-anak generasi hadapan kita, merayu pertolongan di bangunan yg terbakar tersebut.

      Pilu yang menghiris sehingga hilang kata-kata.

      Damai

      Delete
    2. Sy rasakan sudah tiba masa untuk hentikan pergerakan serta penubuhan sekolah2 tahfiz x berlesen ini. Contoh di bangi, kawasan sg merab luar tu shj ada beberapa sekolah tahfiz berbeza yg jarak antara satu sama lain x lebih 1 km pon. Keadaan dr luar keadaan typical bila kita sebut sekolah pondok. Apa imej yg bermain di benak fikiran tuan. Mcm tu lah.

      Kenapa mana2 institusi/education provider ingin beroperasi begitu kompleks proses utk diberikan permit.

      Ttp bila tiba treatment sekolah tahfiz, dgn sewenangnya boleh beroperasi dan juga bagaikan ada preferential treatment kpd pihak2 handler sekolah2 ini.

      Contohnya, kenyataan menteri ckp no action will be taken as it has suffered enough???
      http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/09/14/our-concerns-on-tahfiz-schools-viewed-as-interference-says-putrajaya/

      http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/09/14/minister-tahfiz-school-did-not-have-permit/

      X terkata apa2. Seramai mana lagi anak2 muda Malaysia perlu dijadikan korban untuk pihak autoriti bertindak.

      Jawapan standard handler pulak, syahid...

      http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/09/14/pengetua-tahfiz-anggap-pelajar-mati-syahid/

      Jawapan standard masyarakat melayu, takdir. Sy anggap bila jawapan mcm ni jawapan salahkan Tuhan.

      -mimn-

      Delete
    3. Memang sedih apabila berlaku sesuatu tragedi yg menimpa seperti ini.

      Pendapat saya, sesuatu yang berlaku ada petunjuk awal. Kemalangan seperti ini boleh di elak jika kita memahami petunjuk awal. Contoh, kebakaran yg berlaku akibat litar pintas kebanyakkan merujuk kepada keadaan wayar elektrik yg sudah uzur.

      Kita terlalu mengharapkan petunjuk yg datang dari langit sedangkan petunjuk berada di depan mata kita sentiasa. Isyarat lampu merah adalah petunjuk untuk kita berhenti. Sekiranya kita gagal mendapat petunjuk itu, maka kebarangkalian kita untuk mendapat kemalangan adalah tinggi. Begitu juga dengan double line, petanda awas, dan banyak lagi. Ini hanyalah sedikit saja petunjuk yg diberikan sbgi contoh dlm kehidupan kita.

      Ayat ke 6 surah al-fatihah bermaksud, Tunjukilah aku jalan yang lurus. Kita memohon kepada Allah untuk tunjukkan kita jalan yg lurus. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk kepada hambaNya. Petunjuk yg Allah berikan berada sentiasa di depan kita.

      Saya sedih melihat perkara seperti ini. Dan akhirnya hanyalah takdir yg disalahkan. Sedangkan sekiranya setiap orang solla (komited) di dalam setiap perkara yg dilakukan, percayalah perkara seperti ini boleh di elakkan.

      Salam

      Delete
    4. Konsep pemikiran org Melayu yg di brainwash agamawan selama kita hidup menyebabkan Melayu jadi depressed - suami tanggung dosa isteri, bapa tanggung dosa anak, pemimpin tanggung dosa rakyat... Jadinya ramai parents melayu yg hantar anak2 dgn harapan belajar agama anak2 boleh cover dosa depa dan dpt elak dr disiksa dalam kubur dan "akhirat" kononnya. Pemikiran yg sgt mementingkan diri sendiri. Mereka tak observe potensi anak2, melainkan brainwash anak2 utk mengikut pilihan mereka.

      "Dan takutlah kamu kepada suatu hari di waktu seseorang tidak dapat menggantikan seseorang lain sedikitpun dan tidak akan diterima suatu tebusan daripadanya dan tidak akan memberi manfaat sesuatu syafa’at kepadanya dan tidak (pula) mereka akan ditolong." (AQ 2:123)

      Banyak lagi pesanan dr Bacaan mengenai konsep tanggung dosa pahala dan syafaat spt AQ 17:15, AQ 36:54, AQ 53:38.

      Wahai ibu bapa bangsa Melayu ku, tolonglah guna pakai otak anda untuk berfikir demi anak2 yang diamanahkan kepada kita.

      Moga2 anak2 yang meninggal didlm tragedi ini dirahmati Pemelihara sepenuhnya.

      Delete
  10. Org dulu2 berfikir dgn imaginasi, tanah ni rata.. bawah tanah adalah neraka & Tuhan memerhati diatas seolah2 sedang memerhati miniature toy.
    -Hairi

    ReplyDelete
  11. http://www.malaysiandigest.com/world/697676-tunisia-lifts-ban-on-muslim-women-marrying-non-muslims.html

    Indonesia pon sama.. Melayu Malaysia dah kelam kabut bertambah keliru..

    ReplyDelete
  12. Ringkas cerita majoriti melayu khususnya muslim orthodox penganut ikut ikutan spt nenek moyang mereka yg hanya angguk saja. Kesudahannya akal terkunci mati berkali kali. Cerita kehidupan syurga dan neraka selepas kematian adalah pembohongan maha dahsyat. Tiupan roh adalah udara atau oksigen. Kiamat adalah sesaat berlalu tdk akan kembali lagi buat selama lamanya...

    ReplyDelete
  13. Adalah jahil memikirkan tentang kematian yg wajib dan pasti akan berlaku. Lebih baik dipikirkan tentang hidup dan kehidupan, bagaimana menjalani hidup sihat, sentiasa merasai dan mensyukuri nikmat buat selama lamanya...

    ReplyDelete