Kedamaian Buat Semua,
Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada para pembaca blog ini kerana sudah lama tidak bersiaran.
Ramai yang menghantar e-mel secara peribadi kepada saya. Selain dari bertanya khabar, ada juga yang bertanya mengapa saya sudah jarang menulis.
Sejujurnya, seperti yang telah saya beritahu di beberapa artikel yang lampau, saya sebenarnya sedang berada di fasa pertama pembukaan sebuah restoran di bandar tempat saya tinggal. Masa sememangnya menjadi suatu perkara yang sangat mewah kepada saya di kala ini.
Yang keduanya, setelah menulis hampir 200 artikel, saya merasakan seperti sudah meluahkan hampir kesemua persepsi saya mengenai agama. Terutamanya mengenai praktis agama di tanahair kita.
Ada sedikit sahaja yang masih saya simpan sebagai pendapat peribadi.
Saya mempunyai pilihan untuk menulis mengenai isu-isu semasa, namun jika saya melakukannya saya merasakan diri ini sama sahaja seperti subjek yang sedang saya komen itu. Pandai komen mengenai orang lain tetapi diri sendiri pun tidak sempurna.
Yang ketiganya, saya sedang cuba menyempurnakan sebuah buku mengenai falsafah kehidupan seperti yang terkandung di dalam Al Quran. Kerangka asas serta beberapa bab buku ini sudah pun tersedia.
Harapan saya ialah agar manuskrip awal buku ini dapat disiapkan sebelum tahun 2018 melabuhkan tirainya.
Banyak kebijaksanaan yang dikeluarkan oleh ahli-ahli fikir tamadun dunia berkisar mengenai perkara ini.
Sedar tidak sedar, kebanyakkan perkara yang kita telah, sedang dan akan lakukan di dunia ini adalah berkisar mengenai pencarian kebahagiaan.
Ada manusia merasakan kebahagiaan bagi dirinya adalah dengan memiliki seberapa banyak harta yang mampu. Untuk itu, beliau menghabiskan sebahagian besar dari hidupnya menumpu kepada pencarian harta.
Apa sahaja yang terlintas di fikirannya adalah berkisar tentang bagaimana mahu menambah harta yang beliau miliki.
Ada pula merasa bahagia dengan berhabis wang dan masa untuk hobi yang diminatinya seperti bermain golf, menunggang basikal, menunggang motor dll. Kadang-kadang sampai terlupa makan kerana terlalu khusyuk melakukan perkara yang digemari.
Selain dari itu, ada juga manusia merasakan kebahagiaan bagi dirinya adalah dengan mencari agama.
Kesedaran ini berkemungkinan muncul apabila mereka merasa sedikit kepayahan di dalam proses kehidupan mereka seperti masalah rumahtangga, masalah kewangan dan lain-lain.
Ramai yang menjadi malas berfikir apabila cenderung meminati agama. Tambahan bila ia digalakkan untuk berbuat demikian oleh para pemuka agama.
yang mereka sanjungi.
Pengorbanan
Selain dari itu, ada juga manusia merasakan kebahagiaan bagi dirinya adalah dengan mencari agama.
Kesedaran ini berkemungkinan muncul apabila mereka merasa sedikit kepayahan di dalam proses kehidupan mereka seperti masalah rumahtangga, masalah kewangan dan lain-lain.
Ramai yang menjadi malas berfikir apabila cenderung meminati agama. Tambahan bila ia digalakkan untuk berbuat demikian oleh para pemuka agama.
yang mereka sanjungi.
Pengorbanan
Kebahagiaan jarang datang tanpa pengorbanan, maka di sinilah ramai yang mengambil kesempatan, kesan dari pencarian kebahagiaan orang lain.
Apabila ada yang mengambil kesempatan, maka sudah tentulah ada yang akan menjadi korban.
Demi mencari kebahagiaan ramai yang merelakan diri mereka menjadi mangsa. Kadang-kadang sedar tetapi buat-buat tidak sedar. Demi untuk kebahagiaan plastik yang sedang mereka kejar.
Begitulah resam kehidupan manusia. Berlumba-lumba mengejar bahagia.
Bagi diri saya kebahagiaan tidak perlu dikejar. Ia adalah sesuatu yang terbit dari dalam diri sendiri.
Ini adalah kerana kita hanya boleh mengawal apa yang ada di dalam diri kita sendiri sahaja. Setiap perasaan yang kita rasa adalah diakibatkan oleh diri kita sendiri bukan orang lain.
Jika kita marah ia adalah disebabkan kita yang membuat keputusan untuk marah. Orang lain hanya boleh membakar perasaan itu tetapi keputusan untuk marah tetap berada di tangan kita.
Begitu juga dengan perasaan-perasaan lain.
Bagi saya rahasia untuk hidup gembira ialah dengan menikmati detik.
Mungkin kita tidak perasan tetapi manusia jarang mengingati tarikh. Kita hanya mengingati detik.
Maka, apalah yang boleh kita jadikan memori jika kita tidak menikmati setiap detik semasa ianya sedang berlangsung ?
Untuk menikmati detik kita juga perlu bebas. Bukan sahaja dari perbuatan tetapi yang paling penting ialah pemikiran.
Bagaimanakah kita mahu menikmati detik-detik bahagia jika di fikiran kita terlalu banyak peraturan halimunan yang perlu di jaga ?
Sesungguhnya, nikmatilah kehidupan di dunia ini sepuas-puasnya kerana begitulah sepatutnya yang kita lakukan.
Apabila kita mula menikmatinya baharulah kita sedar bahawa diri kita selama ini masih belum hidup.
Kita hanya bernyawa dengan nyawa yang diatur oleh dogma yang dicipta oleh orang lain.
Ashwed
Terima kasih En Ashwed. Terima kasih byk2 utk artikel ini. Sy menunggu dgn penuh keterujaan untuk buku En Ashwed nanti. Harap2 sy boleh menjadi antara pembaca terawal buku itu.
ReplyDeleteSelain dr baca Quran, buku kegemaran saya ialah meditations by Marcus Aurelius. Dr buku ini sy belajar falsafah stoicism. Dan byk pertindihan dgn idea2 di dalam artikel kali ini begitu juga dgn falsafah di dalam Quran. Kerana falsafah inilah yg membawa sesuatu bangsa itu mengecapi kejayaan luar biasa. Tetapi apabila menyimpang kpd agama dan kepalsuan, makanya arah yg dituju adalah kegagalan.
-mimn-
Salam
ReplyDeleteSemasa tunggu no dipanggil adalah seorang makcik bukan Islam (MBI) tanya makcik Islam (MI).
Macao-macam soalan. Tapi ingat dua soalan ni je.
1. Kenapa tak boleh babi? MI jawab tak tau ikut jer apa yang diajar.
2. Kenapa tak boleh kahwin antara orang bukan Islam dan orang Islam. MM jawab nanti anak tak tau apa agama.
I nak komen dua-dua soalan ni tapi biarlah je la.
Non
Ops baru perasan
DeleteRalat... Kenapa tak boleh makan babi.
Tak tau bila blog ni dah boleh access. Hari ni try boleh.