Kedamaian Buat Semua,
Seperti yang semua orang sudah maklum, rakyat negara ini sudah memilih.
Keputusan yang di luar jangkaan oleh penganilisis politik samada di dalam atau di luar negara.
Kita rakyat jelata lagilah terkejut. Walaubagaimanapun, keputusan pilihanraya adalah pilihan rakyat. Ia adalah wajah demokrasi.
Memandangkan negara ini telah ditadbir sebegitu lama oleh satu parti, maka sudah tentulah peralihan kuasa bukanlah suatu hal yang mudah.
Menukar pemimpin politik adalah mudah. Kita hanya perlu membuang undi.
Namun, perkara yang lebih sukar dilakukan ialah menukar ideologi yang sudah diterap berpuluh tahun di dalam pentadbiran negara ini.
Oleh yang demikian, proses semulajadi sebagai seorang ahli politik sedang berlangsung di hadapan mata kita.
Lompat melompat parti bagi menampung peralihan ideologi perjuangan ini.
Aksi drama ini begitu menggetar jiwa dan perasaan kita, seolah-olah sedang menyaksikan sebuah filem aksi hollywood.
Adakah ada lagi kejutan selepas ini, kita tunggu dan saksikan.
Apa yang pasti kerajaan negara ini tidak boleh dibiarkan tanpa berpenghujung kerana ia perlu menjalankan tanggungjawabnya kepada kita rakyat yang memilih mereka.
Meneliti nama-nama menteri kabinet kanan yang baru diumumkan menjadikan saya keliru dengan bawaan ideologi politik dan agama mereka yang sangat berbeza.
Mampukah perkara ini membawa 'STABILITY' kepada kita.
Rupanya perkataan ini sangat membawa makna yang sangat besar barulah saya sedar.
Ashwed
salaamun alaikum,
ReplyDeleteDalam menghadapi apa2 proses perubahan, tiada istilah situasi stabil. manakala eadaan yang sangat stabil tentulah menyebabkan kita lebih sukar nak berubah. saya percaya apa2 perubahan ini akan membawa ketidakstabilan, ini normal.
yahoo..blog dah x kena blog.
ReplyDeletesalam tuan,
ReplyDeleteperalihan kuasa minggu lepas terjadi dengan tenang, tiada huru hara.
semua bersabar untuk memilih ketika beratur selama 1 atau 2 jam, tiada kekecohan
selepas keputusan diumum, semua terima kemenangan dan kekalahan masing-masing dengan terbuka, tiada provokasi berlebihan
saya percaya selepas kabinet dibentuk keamanan sekali lagi dikekalkan
sangat bertuah menjadi rakyat malaysia. kita semua semakin matang..