Kedamaian Buat Semua,
Pada hari Jumaat tanggal 15-03-2019, sebuah bandar kecil di New Zealand digegarkan dengan kejadian tembakan rambang di dalam sebuah masjid.
Anda boleh membacanya di sini https://www.aljazeera.com/news/2019/03/shooter-situation-zealand-mosque-attack-190315015927391.html
Dunia benar-benar terkejut bukan kerana ini adalah kejadian pertama tetapi kerana nekadnya si penembak membuat liputan secara langsung melalui media sosial.
Untuk pengetahuan, New Zealand adalah antara negara teraman di dunia.
Kejadian ini juga mencatatkan kesedihan kepada kita rakyat Malaysia memandangkan terdapat rakyat Malaysia yang tewas terkena tembakan rambang tersebut.
Kebetulan yang terbunuh itu adalah anak bekas rakan sekolah saya sendiri. Menyelusuri laman Facebook beliau seolah-olah terasa kepiluan yang beliau alami juga menghiris emosi sendiri . Tambahan pula anak beliau sebaya dengan anak saya sendiri.
Si pelaku sudah ditangkap dan sedang dihadapkan di Mahkamah.
Media di seluruh dunia pun bertelingkah mengenai gelaran apakah yang paling patut di beri kepada si pelaku ini.
Media di seluruh dunia pun bertelingkah mengenai gelaran apakah yang paling patut di beri kepada si pelaku ini.
Ada yang menggelar terrorist, white supremacist, pembunuh dan macam-macam lagi.
Bagi saya orang semacam ini sebenarnya adalah GILA. Nanti saya akan terangkan dengan lebih lanjut.
Beberapa bulan kemudian, lebih tepat lagi pada 21-04-2019 seperti yang telah dijangka, giliran penganut Islam pula melakukan perkara bodoh ini.
Malah, mereka telah berjaya menyusun strategi yang lebih maha bodoh, di mana 3 buah gereja dan 3 buah hotel di bom di sekitar Colombo, Sri Langka dengan mengguna pengebom berani mati.
Anda boleh membacanya di sini https://www.bbc.com/news/world-asia-48008073
Maka media pun mulalah mengupas untuk mencari sebab punca kejadian tersebut. Berkajang-kajang artikel ditulis. Malah tulisan-tulisan ini tidak pernah terputus semenjak beribu-ribu tahun dahulu.
Sayangnya selepas berjuta-juta artikel di tulis, pembunuhan demi agama ini masih berterusan.
Saya percaya sedikit masa lagi akan ada kejadian terbaru berlaku .. dan para cerdik pandai pun mulalah menaip di papan kekunci masing-masing bagi meleraikan punca kejadian yang terbaru itu pula.
Kesimpulan
GILA ..
Bayangkan terdapat sebuah negara Islam dan sebuah negara Kristian sedang mengisytiharkan perang sesama mereka.
Sehari sebelum perang para "ulama" di negara Islam tersebut menganjurkan sebuah perhimpunan secara besar-besaran untuk berdoa memohon kemenangan berpihak kepada mereka.
Di waktu yang sama pula, para rahib di negara Kristian juga menganjurkan sebuah perhimpunan besar-besaran di gereja mereka untuk berdoa supaya kemenangan berpihak kepada negara mereka.
Oleh kerana menurut ajaran kedua-dua penganut ini tuhan adalah satu maka sudah tentunya mereka berdoa kepada tuhan yang sama.
Soalan cepumas : Doa negara manakah yang akan dimakbulkan tuhan ?
Rakyat manakah yang lebih beriman lalu doakan mereka diterima tuhan ?
Jawapannya, KEMENANGAN akan berpihak kepada ketumbukan tentera yang membuat susunan strategi yang mantap dan peralatan perang yang padu untuk memerangi musuh mereka.
Semua ini tiada kena mengena dengan tuhan, kerana tuhan seperti yang diertikan oleh para manusia ini hanya wujud di dalam minda fantasi mereka sahaja.
Sama seperti Odin, Zeus, Apollo dan lain-lain tuhan. Ia hanya wujud kerana manusia mewujudkannya.
Jika kita hidup di dalam masyarakat Viking kemungkinan besar kita mengakui bahawa Odin adalah tuhan yang maha esa melebihi tuhan-tuhan lain.
Jika sebaliknya kita hidup di dalam masyarakat Greek-Roman pula kita berkemungkinan menganggap Apollo adalah maha esa melebihi tuhan-tuhan yang lain.
Begitulah juga seterusnya, tuhan berbeza untuk masyarakat dan ketamadunan yang berbeza.
Namun, adakah tuhan seperti yang mahu diinterpretasi oleh manusia ini wujud seperti yang mereka gambarkan.
Adakah tuhan-tuhan ini sedang mendengar doa-doa yang mereka panjatkan ?
Ada banyak perbezaan di antara terma rujukan dan pemahaman dalam ertikata yang luas.
Di dalam Al Quran terdapat 3 perkataan yang dikaitkan dengan suatu zat besar yang mengawal keseluruhan alam ini.
Rabb, Illah dan Allah.
Rabb jika dirujuk kepada leksikon Bahasa Arab mempunyai makna sebagai sesuatu yang mempunyai kuasa pengawalan ke atas sesuatu yang lain.
Sebagai seorang manusia saya merasakan bahawa perkara yang mengawal saya ialah akal saya sendiri.
Oleh itu, saya membuat kesimpulan bahawa akal adalah "lord of mankind".
Adakah Rabb membawa maksud tuhan seperti fantasi manusia ?
Perkataan spesifik yang merujuk kepada tuhan di dalam Al Quran adalah Illah .. La illah (tiada tuhan) dirujuk beberapa kali.
Al Quran sendiri menyimpulkan bahawa La Illah (tiada tuhan) ha ill Allah (melainkan Allah).
Oleh itu, dengarlah semua manusia yang sedang bersengketa dan membawa nama tuhan di dalam persengketaan kamu. Tiada tuhan melainkan Allah.
Tuhan itu tiada yang ada ialah Allah. Tugas orang-orang yang mahu berfikir ialah mencari dan mengetahui apa itu Allah.
Yang pasti perkataan-perkataan ini hanyalah sebuah terma rujukan.
Jika kita mempunyai fantasi tinggi dan mahu tersekat diperingkat umur kanak-kanak maka bolehlah kita membayangkan kehidupan ala dewa-dewi, binatang terbang, sihir sabung-menyabung.
Namun, jika kita adalah seorang manusia yang bertanggungjawab maka kita perlu menjawab kepada daya intelek kita.
Soalnya yang mana satukah identiti kita ?
Siapakah Allah ?
Ashwed

Salaamun Alaikum, terima kasih atas artikel terbaru..lama sungguh kami tunggu
ReplyDeleteDipersilakan tuan2 baca terjemahan Surah (15) Al Hijr 99 ayat sahaja.
ReplyDeleteBro, lama hilang? Mana pi... miss your alternate views.
ReplyDeleteQuran sebut manusia dijadikan tuhan sebagai wakil/vicegerent/khalifah tuhan dibumi ini. Oleh itu, selaku wakil tuhan maka wajib bagi manusia mengamalkan sifat2 tuhan. Antara sifat2 tuhan yg selalu disebut2 tiap2 hari adalah rahmaan/pemurah dan rahiim/penyayang. Justeru wajiblah kita be kind and loving to diri kita, family, jiran, co-worker, negara, haiwan, alam sekitar etc etc.
ReplyDeleteJika hati dan tindakan kita tiada kind n loving, maka ia dipenuhi oleh unkind n hate. Ini sifat setan.
How much hates wld one have to make him become a suicide bomber that kill himself, other lifes, ruin his nation economy, jobs n biz(eg affecting tourism sector) n put his family n muslim komuniti in danger ??
Ini tentunya bukan jalan damai/islam.
Akal.... Lebih dekat dgn urat di leher kita....
ReplyDeleteSalaamun Alaikum
ReplyDeleteSudah lama tuan tidak menulis.
*pro-Qur'an
Salam Tuan. Apa habaq? Harap semuanya baik2 saja.
ReplyDeleteSalamunalaikum Tuan Ashwed. Tidak perlu untuk post comment saya ini. Tetapi ingin bertanya keadaan Tuan. Harap baik2 shj keadaan Tuan skrg. Sy masih kekal layari blog Tuan dari semasa ke semasa. Lama Juga posting terakhir Tuan ini jadi timbul rasa risau juga akan keadaan Tuan. Terima kasih. Salamunalaikum
ReplyDelete