Sebagai seorang Melayu, dibesarkan dalam budaya Melayu bercampur baur dengan Arab saya merasakan kita semakin sukar bertoleransi dengan manusia lain.
Kadang-kadang saya merasakan kita orang Islam semakin menyisihkan diri dari masyarakat dunia.
Kita menjadi bongkak tidak bertempat. Kita syok sendiri merasakan kitalah umat yang diberi petunjuk dan akan berakhir di Svarga. Kita sedikitpun tidak ambil kisah untuk mencari asal perkataan sanskrit itu serta penggunaanya.
Kadang-kadang saya merasa lucu membaca kisah-kisah yang diviralkan melalui saluran media sosial yang kita, orang Islam sertai.
Tidakkah kita malu membaca kisah-kisah mitos ini. Tergamak kita menggelar fakta-fakta tahyul ini sebagai "Perkongsian Ilmu".
Kenapa kita menggelar buku dan filem Harry Potter sebagai sci-fiction sedangkan ia sama sahaja dengan cerita-cerita mitos yang kita kongsi ? Kenapa tidak kita gelar filem dan buku Harry Potter sebagai perkongsian ilmu juga ?

Apabila ada individu yang mahu menyanggah kisah tak masuk dek akal ini maka sudah tentunya individu itu pula dituduh sesat.
Pelajaran Dari Seorang Sahabat Lama
Pelajaran Dari Seorang Sahabat Lama
Baru-baru ini saya bertemu dengan seorang rakan yang sekian lama menghilangkan diri.
Beliau dikhabarkan oleh rakan-rakan lain sebagai seorang yang aktif berkongsi ilmu Hadis dan Sunnah yang beliau dalami. Beliau menyebarkannya melalui saluran media Facebook.
Dari riaknya, saya dapat menangkap beliau begitu bersemangat meneruskan perjuangan ikon beliau "Muhammad".
Menurut beliau orang Islam perlu menuturkan ucapan khas yang beliau pelajari dari Kitab Hadis dan Sunnah sahih iaitu dengan mengucapkan "Assalamualaikum Wahai Mereka Yang Mendapat Petunjuk".
Saya sempat berdebat dengan beliau apabila beliau menyatakan bahawa adalah haram mengucapan "Assalamualaikum" kepada mereka yang bukan Islam.
Beliau memberi nas-nas dari kitab-kitab yang ditulis oleh imam-imam yang menjadi ikon beliau.
Beliau tidak sedar bahawa dari tajuk kitab-kitab itupun sudah tertulis dengan terang bahawa ia adalah buku tulisan manusia bernama Bukhary, Muslim, Ibnu Majah dan lain-lain, yang sama sekali bukan seorang Nabi atau Rasul.
Beliau tidak sedar bahawa tiada satu pun dalil dan nas yang beliau keluarkan datang dari kitab Tuhan. Beliau sedang menolak fakta-fakta dari Tuhan.
Beliau tidak sedar bahawa beliau sedang menjadikan para imam ikon beliau ini sebagai ganti kepada Tuhan persis keterangan ini;
AQ 9:31
Begitulah bongkak dan taksubnya orang Islam kini. Kita menjadi begitu jumud sehingga tidak boleh lagi mengucapkan ucapan selamat kepada manusia lain.
Malah di negara Brunei, mereka sudahpun membuat undang-undang di mana orang Islam akan dikenakan tuduhan jenayah jika mengucapkan "Assalamualaikum" kepada orang bukan Islam.
Tidak cukup lagikah penderitaan yang orang Islam terima sehingga rakan mereka sendiri pula mahu menjatuhkan hukuman penjara untuk perkara sia-sia menambah lagi satu beban ?
Tidkkah kita sedar bahawa perkataan "Assalamualaikum" itu sendiri pun tidak pernah wujud di dalam Al Quran ?
Lagipun, bukankah Salam, Salamun Alaykum, Shalom, Shalom Eleichem, Om Swasiastu, Om Shanti Shanti Om, Namo Buddhaya dan ratusan ucapan lain hanyalah jenis ucapan dalam pelbagai bahasa yang dituturkan bangsa-bangsa di dalam dunia.
Jika kita mengucapkan Salamun Alaykum ianya adalah di dalam Bahasa Arab. Ia bermaksud "Kedamaian Bagi Kamu Semua" ia menjadi begitu sebagai kata ganti kepada bilangan yang ramai atau jamak (plural).
Jika anda semua perasan artis hip-hop juga sering menuturkan ucapan ini kepada khalayak mereka. Namun, ia disebut di dalam Bahasa Inggeris.
Mereka sering mengucapkan "Peace Y'all". Ucapan ini juga membawa maksud Kedamaian Bagi Kamu Semua.
Adakah ini bermakna jika artis hip-hop itu bukan beragama Islam maka ianya adalah haram untuk mengucapkan "Peace Y'all" ? Kenapakah masyarakat kita begitu taksub mahu menjatuh hukum halal/haram ?
Berbalik kepada rakan saya tadi oleh kerana beliau begitu berkeras mengatakan bahawa beliau adalah orang yang diberi petunjuk saya akhirnya terdetik untuk memberi hujah ini ;
"Katakanlah: "Hai orang-orang yang mendapat petunjuk (hadoo - dari perkataan huda yg bererti petunjuk. Yahood seperti yang kita org melayu panggil bani israel yahudi), jika kamu mendakwakan bahawa sesungguhnya kamu sahajalah kekasih Allah bukan manusia-manusia yang lain, maka harapkanlah kematianmu, jika kamu adalah orang-orang yang benar" AQ 62:6
Hadoo di dalam keterangan di atas tidak merujuk kepada bangsa Yahudi. Hadoo berasal dari perkataan huda yang membawa maksud orang yang diberi petunjuk.
Ia hanya merujuk kepada sesuatu golongan manusia yang begitu percaya bahawa kepada merekalah diberi petunjuk yang melayakkan mereka menjadi kekasih Tuhan.
Lalu mereka menyatakan orang lain sesat kerana tidak mahu mengikuti cara mereka.
Tuhan mencabar golongan ini supaya mati segera agar mereka boleh mengetahui samada mereka berakhir di Svarga seperti yang mereka katakan.
Sesungguhnya, hanya itulah cara untuk mereka tahu samada mereka benar-benar telah diberi petunjuk.
Namun, bila difikirkan saya akhirnya membuat keputusan untuk tidak meneruskan niat itu kerana merasakan rakan saya itu bukanlah musuh saya.
Saya hanya memberi hujah berikut sambil mengharapkan supaya rakan saya dan orang Islam lain sedar bahawa tiada sesiapa pun sebenarnya adalah musuh kepada orang lain.
AQ 4:86
Permusuhan
Mengapakah bangsa-bangsa di dunia sering bermusuhan di antara satu sama lain sehingga banyak peperangan tercetus ?
Jawapan ringkas yang saya boleh beri ialah kerana mereka beragama.
Sikap "kami diberi petunjuk kerana kami percaya kepada sekian-sekian perkara, manakala kamu sesat kerana kamu percaya kepada sekian-sekian perkara" perlu dibuang jauh jika kita mahu benar-benar hidup dengan harmoni di dunia ini.
Kita perlu sedar bahawa kita sebenarnya tiada kuasa untuk mengetahui dengan benar bahawa kita ini beriman atau sesat. Hanya Tuhan yang ada kuasa ini.
Oleh itu, kita perlu buang sikap permusuhan ini. Kita tidak boleh menjadi bergolongan (syi-ya-an) kerana ini adalah perbuatan mereka yang mempersekutukan Tuhan. Sila lihat AQ 30:31-32
Selagi kita bergolongan (dibaca sebagai beragama) selagi itulah kita akan bermusuhan.
Tuhan menjadikan kita berbangsa dan bersuku supaya kita dapat belajar di antara satu sama lain, bukan untuk berperang, menakluk sesama kita lantas berlaku zalim kepada bangsa lain ;
AQ 49:13
Kita perlu raikan kepelbagaian ini dan menyedari bahawa kita semua tidak lain hanyalah satu spesis yang dipanggil KEMANUSIAAN.
Jangka hayat kita di dunia ini pun bukannya panjang. Kebiasaannya kita kembali kepada Pencipta kita secara purata pada umur 60 tahun.
Tidakkah kita mahu mempergunakan jangka hayat yang singkat ini untuk memikirkan sesuatu yang berguna untuk ditinggalkan sebagai legasi kepada generasi hadapan ?
Adakah dengan membuat permusuhan yang berpanjangan selama tempoh 60 tahun ini membolehkan kita mencapai kegemilangan ? Sudah tentu tidak, bukankah begitu ?
Sikap Buruk Masyarakat Era Kini
Di zaman ledakan media sosial kini, apa yang saya boleh katakan ialah sikap buruk masyarakat kita semakin terserlah.
Terlalu banyak sikap tidak boleh bertoleransi ditunjukkan oleh kita. Ia diterajui oleh para imam yang kita tersilap angkat lebih tinggi dari sepatutnya.
Saya secara peribadi beranggapan bahawa tokoh yang layak untuk kita hormati ialah mereka yang mempunyai pemikiran yang besar serta bijak.
Untuk perbandingan, kebiasannya mereka yang bijak iaitu yang mendapat tempat pertama di dalam kelas tidak akan menjadi ustaz dan imam.
Mereka yang mencapai keupayaan akademik yang tinggi pasti akan menjadi seorang profesional seperti doktor, peguam dan arkitek.
Hanya mereka yang mendapat tempat corot, di mana tiada Universiti mahu menerima mereka sebagai pelajar sahaja yang terpaksa membuat keputusan untuk ke sekolah agama atau madrasah.
Mereka ini akan melanjutkan pula pembelajaran "ilmu akhirat" ini di negara-negara yang mempunyai sistem yang gagal seperti Mesir, Syria, Jordan dan lain-lain.
Negara-negara ini sangat terkenal menzalimi rakyat sendiri sehingga rakyat negara-negara itu bangkit membuat coup d'etat.
Lantas, apakah yang bakal imam dan ustaz ini boleh pelajari dan bawa balik ke negara kita ? Sudah tentulah mereka mempelajari sistem yang gagal ini. Apabila balik ke sini, mereka mengajar pula anak-anak kita sistem ini.
Maka sempurnalah satu pusingan yang kejam, di mana ia membentuk keseluruhan masyarakat Islam dunia secara umum.
Adakah kita masih mahu meletakkan kesalahan ini sebagai konspirasi Israel (dibaca sebagai Yahudi)? Orang Yahudikah yang menghantar anak-anak kita mempelajari sistem yang GAGAL ini ?
Berikut adalah beberapa insiden yang menunjukkan sikap tiada toleransi dan cetek pemikiran di kalangan masyarakat kita ;
Insiden 1;

AQ 4:86Permusuhan
Mengapakah bangsa-bangsa di dunia sering bermusuhan di antara satu sama lain sehingga banyak peperangan tercetus ?
Jawapan ringkas yang saya boleh beri ialah kerana mereka beragama.
Sikap "kami diberi petunjuk kerana kami percaya kepada sekian-sekian perkara, manakala kamu sesat kerana kamu percaya kepada sekian-sekian perkara" perlu dibuang jauh jika kita mahu benar-benar hidup dengan harmoni di dunia ini.
Kita perlu sedar bahawa kita sebenarnya tiada kuasa untuk mengetahui dengan benar bahawa kita ini beriman atau sesat. Hanya Tuhan yang ada kuasa ini.
Oleh itu, kita perlu buang sikap permusuhan ini. Kita tidak boleh menjadi bergolongan (syi-ya-an) kerana ini adalah perbuatan mereka yang mempersekutukan Tuhan. Sila lihat AQ 30:31-32
Selagi kita bergolongan (dibaca sebagai beragama) selagi itulah kita akan bermusuhan.
Tuhan menjadikan kita berbangsa dan bersuku supaya kita dapat belajar di antara satu sama lain, bukan untuk berperang, menakluk sesama kita lantas berlaku zalim kepada bangsa lain ;
AQ 49:13 Kita perlu raikan kepelbagaian ini dan menyedari bahawa kita semua tidak lain hanyalah satu spesis yang dipanggil KEMANUSIAAN.
Jangka hayat kita di dunia ini pun bukannya panjang. Kebiasaannya kita kembali kepada Pencipta kita secara purata pada umur 60 tahun.
Tidakkah kita mahu mempergunakan jangka hayat yang singkat ini untuk memikirkan sesuatu yang berguna untuk ditinggalkan sebagai legasi kepada generasi hadapan ?
Adakah dengan membuat permusuhan yang berpanjangan selama tempoh 60 tahun ini membolehkan kita mencapai kegemilangan ? Sudah tentu tidak, bukankah begitu ?
Sikap Buruk Masyarakat Era Kini
Di zaman ledakan media sosial kini, apa yang saya boleh katakan ialah sikap buruk masyarakat kita semakin terserlah.
Terlalu banyak sikap tidak boleh bertoleransi ditunjukkan oleh kita. Ia diterajui oleh para imam yang kita tersilap angkat lebih tinggi dari sepatutnya.
Saya secara peribadi beranggapan bahawa tokoh yang layak untuk kita hormati ialah mereka yang mempunyai pemikiran yang besar serta bijak.
Untuk perbandingan, kebiasannya mereka yang bijak iaitu yang mendapat tempat pertama di dalam kelas tidak akan menjadi ustaz dan imam.
Mereka yang mencapai keupayaan akademik yang tinggi pasti akan menjadi seorang profesional seperti doktor, peguam dan arkitek.
Hanya mereka yang mendapat tempat corot, di mana tiada Universiti mahu menerima mereka sebagai pelajar sahaja yang terpaksa membuat keputusan untuk ke sekolah agama atau madrasah.
Mereka ini akan melanjutkan pula pembelajaran "ilmu akhirat" ini di negara-negara yang mempunyai sistem yang gagal seperti Mesir, Syria, Jordan dan lain-lain.
Negara-negara ini sangat terkenal menzalimi rakyat sendiri sehingga rakyat negara-negara itu bangkit membuat coup d'etat.
Lantas, apakah yang bakal imam dan ustaz ini boleh pelajari dan bawa balik ke negara kita ? Sudah tentulah mereka mempelajari sistem yang gagal ini. Apabila balik ke sini, mereka mengajar pula anak-anak kita sistem ini.
Maka sempurnalah satu pusingan yang kejam, di mana ia membentuk keseluruhan masyarakat Islam dunia secara umum.
Adakah kita masih mahu meletakkan kesalahan ini sebagai konspirasi Israel (dibaca sebagai Yahudi)? Orang Yahudikah yang menghantar anak-anak kita mempelajari sistem yang GAGAL ini ?
Berikut adalah beberapa insiden yang menunjukkan sikap tiada toleransi dan cetek pemikiran di kalangan masyarakat kita ;
Insiden 1;

Saya bersetuju bahawa menurut perspektif Al Quran Nabi Isa tidak dilahirkan pada bulan Disember.
Baginda dilahirkan pada bulan Ogos. Ini kerana ibu baginda diperintahkan untuk makan buah kurma dari pohon tempat ibunya bersandar semasa melahirkan Nabi Isa.
Kebiasaanya buah kurma mula meranum pada bulan Ogos ditempat-tempat sekitar Palestin.
Namun, adakah ianya haram dan syirik untuk mengucapkan ucapan selamat kepada rakan manusia kita yang lain.
Kalau rakan kita mahu menerima Nabi Isa sebagai anak Tuhan apa kena mengena dengan kita ?
Adakah anda rasa Tuhan akan menzalimi kita atas sebab pemikiran orang lain? Sudah tentu tidak. Namun, Tuhan memerintahkan kita supaya berbuat baik kepada manusia lain.
Bukankah mengucapkan ucapan selamat sempena sesuatu perayaan adalah dari perbuatan membuat baik kepada manusia lain ?
Tdakkah kita tahu bahawa Tuhan adalah Maha Mengetahui, tiadakah keyakinan itu sehingga kita sangka dengan mengucapkan Merry Christmas, tiba-tiba Tuhan kata kita bersetuju bahawa Nabi Isa adalah anak Tuhan ?
Insiden 2 ;

Di atas adalah gambar seorang ahli gimnastik Malaysia yang telah memenangi pingat Emas di Sukan Sea baru-baru ini.
Namun, masyarakat kita bukan mengucapkan tahniah di atas kejayaan beliau sebaliknya kita mengecam anak muda ini kerana tidak berpakaian menurut piawaian yang kita reka sendiri.

Bro, takkan bertanding gimnastik nak pakai burqa ? Macamana nak lompat ? Lu bolehke buat aksi balik kuang macam tu bro ? Lagipun, orang lain tak tengok pun kat tempat yang tak sepatutnya tengok. Lu sorang aje yang tenung di situ. Bermakna yang sakit jiwa ialah lu. Nafsu sendiri, control sendirilah bro !
Kepada Farah Ann Hadi, tahniah anda telah berjaya menjulang nama negara kita. Anda sedang mendirikan iltizam (solat) dengan murni (zakka), anda pasti berjaya.

Insiden 3 ;

Pelajar pintar di atas bernama Hajar Nur Asyiqin Abdul Zubir. Beliau dianugerahkan dengan Biasiswa Kijang Emas 2015 di sebabkan kecemerlangan akademik beliau.
Namun, masyarakat kita mengecam beliau di media sosial kerana beliau tidak memakai tudung.
Aisayman bro, kenapa lu marah sangat dengan rambut yang Tuhan tumbuhkan di kepala kita ni. Kalau lu tak suka lu pegilah buang rambut lu sendiri.
Orang lain sayang pemberian Tuhan, mereka bersyukur kerana Tuhan mencipta rambut khusus untuk melindungi kulit kepala di samping menyerlahkan lagi kejelitaan ciptaan Tuhan.
Kesimpulan
Masyarakat era kini begitu cetek pengetahuan mengenai Al Quran di bandingkan dengan zaman awal kemerdekaan dahulu.
Di zaman itu, masyarakat kita adalah sebuah masyarakat yang yakin kepada diri sendiri. Mungkin hasil dari pendidikan British.
Di sebabkan pengetahuan yang cetek ini, kita menjadi sebuah masyarakat penghukum.
Tumpuan kita ialah halal/haram. Di sebabkan ini kita tidak mampu menjadi sebuah masyarakat berinovasi seperti di negara maju.
Bukan kita yang memakmurkan bumi Tuhan ini. Janganlah kita syok sendiri. Orang Islam hanya tahu memusnahkan ciptaan Tuhan dengan peperangan demi peperangan yang kita masuki sesama sendiri.
Apabila kita bermusuh dan tidak mahu bersyukur dengan setiap pemberian yang Tuhan berikan kepada kita dari tubuh badan, kepada rezeki, kepada kesihatan dan kesenangan di 'ard ini.
Apabila kita menjadi tuhan olok-olok dan memandai-mandai menghalal dan mengharamkan serba serbi pemberian Tuhan ini, akhirnya kita menjadi mundur.
Sebenarnya kita menolak Tuhan. Tapi kita tak sedar. Kita asyik menuding jari mengatakan orang lain menolak Tuhan.
Orang lain maju dan makmur, kita merempat di negara sendiri. Bukankah itu bukti yang kukuh ?
AQ 10:59Nota : Untuk artikel kali ini saya meletak screenshot dari Al Quran Bahasa Indonesia digital yang saya muat turun mengguna aplikasi playstore samsung android secara percuma. Ini adalah sumber utama Al Quran yang saya bawa ke mana-mana sahaja untuk rujukan.
Ashwed