Pada mulanya saya tidak mahu memberi apa-apa komentar mengenai isu ceramah Dr Zakir Naik.
Namun, saya terbaca di dalam akhbar Media Arus Perdana bahawa Kerajaan Negeri Terengganu menawarkan sebuah pulau kepada penceramah ini untuk dijadikan pusat penyelidikan Islam.
Merasakan ianya adalah keterlaluan maka saya gagahkan diri menulis artikel ini lalu mengambil tajuk ceramah yang di batalkan itu. Saya tambah agama Buddha supaya perbandingan ini jadi lebih luas.
Tidakkah kita mempunyai keyakinan diri sehingga memerlukan orang asing untuk memulai pusat penyelidikan di sini. Kurangkah bakat warga kita ?
Tambahan pula ianya adalah pusat penyelidikan agama lebih tepat lagi, pusat penyelidikan mazhab .
Tidakkah kita belajar dari pengalaman. Tidakkah kita perasan bagaimana sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama mengeluarkan fanatik agama.
Dari fanatik ianya akan tumbuh menjadi terrorist. Apabila fikiran sudah dipenuhi dengan virus ini ianya adalah mustahil untuk kita membasuhnya kembali.
Seterusnya, apakah kita merasakan dengan menyelidik agama kita boleh menjadi maju ?
Beribu tahun kita melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana agama menjadi alasan utama kepada sebegitu banyak peperangan. Di saat artikel ini ditulis pun peperangan itu sedang berlangsung.
Perlukah kita menyelidik lagi sedangkan jawapannya begitu jelas dihadapkan kepada kita ?
Adalah lebih bagus jika pulau itu ditawarkan kepada ahli penyelidik sains yang pastinya dapat membawa kita menembusi pengetahuan baru. Tidakkah anda rasa begitu ?
Saya melihat ceramah Dr Zakir Naik yang lepas-lepas mengenai perbandingan agama.
Secara peribadi, saya merasakan figura ini tidak membuka kesemua kadnya untuk dibentang di atas meja.
Beliau menyimpan sesetengah kad sebagai taruhan simpanannya.
Adakah beliau sengaja melakukan sedemikian atau secara jujur tidak mempunyai pengetahan mengenainya saya sendiri pun tiada jawapannya.
Namun, saya dapati beliau tidak membuat perkara paling asas di dalam sesuatu kajian sains.
Beliau tidak membuat observation dahulu sebelum datang dengan sebuah teori.
Sebaliknya, beliau sudah membuat kesimpulan atau teori berdasarkan mazhab sunni kemudian baru membuat pemerhatian terhadap al quran dan scripture agama lain untuk diselaraskan dengan doktrin theologi mazhab yang menjadi kepercayaan beliau.
Cara ini tidak akan membawa kita kepada kesimpulan muktamad. Iaitu the ultimate truth.
Ia hanya membenarkan kepercayaan mazhab sambil membuat kesimpulan bahawa mazhab dan agama lain menyeleweng kerana tidak sama dengan fahaman mazhab yang beliau percaya.
Kesalahan yang sama kita ulangi. Merasakan diri betul dan orang lain menyeleweng.
Oleh kerana, keseluruhan blog ini di dedikasikan untuk mengupas persamaan agama dan asas-asasnya.
Maka untuk artikel kali ini saya hanya memasukkan gambar sahaja.
Untuk para pembaca yang baru menyertai blog ini, cubalah membuat analisa dengan jujur berdasarkan gambar-gamabr ini.
Kata orang gambar menerang 1000 maksud.
Persoalan utama yang perlu kita tanya kepada diri sendiri ialah. Siapa yang tiru siapa ?
Panduannya ialah cuba buat sedikit kajian sejarah dan carikan jawapan agama manakah yang dicipta terlebih dahulu.

Penganut Hindu di Kuil

Penganut Buddha di Pagoda
Penganut agama Islam berdekatan Kaaba
Sejujurnya apabila anda melihat imej di bawah, pakaian apakah yang terlintas di fikiran anda ? Mengapa ia begitu menyerupai pakaian di dalam agama kita ?

Seterusnya lihat pula kepada video ritual ini. Siapa tiru siapa ?
Perhati atau observe samada adakah para nabi dan rasul pernah sampai ke tempat-tempat ini jikalah sekiranya ritual ini adalah perintah Tuhan.
Pradakshina atau circumambulate atau tawaf di dalam agama Hindu
Pradakshina atau circumambulate atau tawaf di dalam agama Buddha
Pradakshina atau circumambulate atau tawaf di dalam agamaIslam
Berikut adalah sedikit jawapan penceramah yang menjadi isu di negara kita apabila ditanya mengenai keperluan membuat pradakshina atau circumambulate atau tawaf di Kaaba.
Bagi saya jawapannya berpusing-pusing seperti resam ritual itu sendiri.
Beliau mengeluarkan jawapan sebegitu sambil mengemukakan hujah "Bukanlah kebajikan itu menghadapkan dirimu ke timur atau ke barat ..."
Bagaimanakah kita boleh merasakan orang ini bijaksana, banyak pengetahuan, berilmu dan sebagainya sedangkan beliau tidak dapat memahami arahan mudah Al Quran.
Yang parahnya beliau mengetahui mengenainya, malah berhujah dengannya ?
Apabila Al Quran mengeluarkan arahan ini, bahagian manakah daripadanya yang kita tidak faham ?

"Allah tidak ampun apa yang dengan-Nya disekutukan, dan Dia ampun yang selain itu kepada siapa Dia hendaki, dan sesiapa sekutukan Allah dengan sesuatu, dia sesat dalam kesesatan yang jauh" AQ 4:116
Sesungguhnya arahan Al Quran sangat jelas, ringkas dan mudah.
Namun, manusia membuat rintangan demi rintangan, fahaman atas fahaman, bengkok dan pusing U di sana sini hanya untuk mewajarkan perbuatan mereka menyembah medium yang lain selain dari Tuhan, Yang Maha Berkuasa dan Ghaib dari pandangan mata ini.
Dengan menyembah perkara lain selain dari Tuhan, maka sebenarnya kita hanyalah menyembah berhala.
Itulah hakikatnya walau apa pun jawapan yang "orang alim" di kalangan kita cuba pusing.Tidakkah kita memahaminya ?

"Yang mereka sembah (yad-oo-naa) selain Allah itu, tidak lain hanyalah berhala, dan dengan itu mereka tidak lain hanyalah menyembah syaitan yang derhaka" AQ 4:117
"Katakanlah : "Mengapa kamu menyembah selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi mudharat kepadamu dan tidak pula memberi manfaat?" Dan Allah-lah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui" AQ 5:76
Persoalan besar yang perlu kita tanya kepada diri kita sendiri ialah adakah semua ritual ini dijelaskan dengan terperinci di dalam Al Quran ?
Atau ianya berasal-usul dari buku-buku lain, yang selain dari Al Quran ?
Kebenaran amat memedihkan.
Ashwed

Baru-baru ini ada seorang pembaca bertanya mengenai perhimpunan Hari Jumaat berdasarkan kepada Surah nombor 62 iaitu Surah Al Jumu'ah ayat no. 9.
Persoalannya adakah benar Al Quran bercerita mengenai "Hari Jumaat" atau kita hanya meniru-niru.

Apabila kita menyatakan agama yang kita percaya mempunyai 5 rukun sebelum diterima menjadi ahli.
Adakah kepercayaan kita itu asli atau hanya meniru-niru ? Kenapa perlu 5 atau pancha ? Apa lagi yang sinonim dengan pancha ?
Siapa tiru siapa ?

Berikut adalah sedikit jawapan penceramah yang menjadi isu di negara kita apabila ditanya mengenai keperluan membuat pradakshina atau circumambulate atau tawaf di Kaaba.
Bagi saya jawapannya berpusing-pusing seperti resam ritual itu sendiri.
Beliau mengeluarkan jawapan sebegitu sambil mengemukakan hujah "Bukanlah kebajikan itu menghadapkan dirimu ke timur atau ke barat ..."
Bagaimanakah kita boleh merasakan orang ini bijaksana, banyak pengetahuan, berilmu dan sebagainya sedangkan beliau tidak dapat memahami arahan mudah Al Quran.
Yang parahnya beliau mengetahui mengenainya, malah berhujah dengannya ?
Apabila Al Quran mengeluarkan arahan ini, bahagian manakah daripadanya yang kita tidak faham ?
"Allah tidak ampun apa yang dengan-Nya disekutukan, dan Dia ampun yang selain itu kepada siapa Dia hendaki, dan sesiapa sekutukan Allah dengan sesuatu, dia sesat dalam kesesatan yang jauh" AQ 4:116
Sesungguhnya arahan Al Quran sangat jelas, ringkas dan mudah.
Namun, manusia membuat rintangan demi rintangan, fahaman atas fahaman, bengkok dan pusing U di sana sini hanya untuk mewajarkan perbuatan mereka menyembah medium yang lain selain dari Tuhan, Yang Maha Berkuasa dan Ghaib dari pandangan mata ini.
Dengan menyembah perkara lain selain dari Tuhan, maka sebenarnya kita hanyalah menyembah berhala.
Itulah hakikatnya walau apa pun jawapan yang "orang alim" di kalangan kita cuba pusing.Tidakkah kita memahaminya ?
"Yang mereka sembah (yad-oo-naa) selain Allah itu, tidak lain hanyalah berhala, dan dengan itu mereka tidak lain hanyalah menyembah syaitan yang derhaka" AQ 4:117
"Katakanlah : "Mengapa kamu menyembah selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat memberi mudharat kepadamu dan tidak pula memberi manfaat?" Dan Allah-lah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui" AQ 5:76
Tulisan ini bukan ditulis atas dasar benci atau meluat dengan kejayaan orang lain.
Bagi saya isu ini adalah tauladan untuk kita. Supaya sama-sama dapat membuat pengertian yang lebih mendalam.
Terutama mengenai pengertian perkataan "solla" atau lebih dikenali sebagai solat.
Ia menguatkan teori blog ini mengenai pengertian perkataan solat dengan membuat pemerhatian atau observation ke atas seorang individu bernama Dr Zakir Naik.
Di mana, kita boleh perhatikan bahawa kejayaan Dr Zakir Naik adalah atas dasar iltizam nekad beliau untuk bersungguh-sungguh memburu kecemerlangan di dalam bidang dakwah.
Kita perlu faham bahawa kecemerlangan ini datang tidak lain dan tidak bukan adalah kerana beliau berusaha.
Tanyalah kepada diri sendiri. Jikalah seseorang itu percaya bahawa solat itu memberi erti ritual penyembahan.
Bolehkah dengan hanya melakukan ritual ini berjuta-juta rakaat tanpa langsung berusaha memburu kecemerlangan. Hanya duduk goyang kaki dirumah. Adakah kita akan berjaya ?
Begitu pula, jika kita tidak mempercayai bahawa perkataan solat itu membawa erti ritual penyembahan.
Kita langsung tidak melakukan ritual penyembahan ini walaupun satu rakaat seumur hidup kita tetapi tidak berusaha keluar rumah untuk mengejar cita-cita kita.
Adakah anda rasa kita boleh mencapai kejayaan dan kecemerlangan ?
Usaha. Iltizam. Cita-cita. Keazaman. Komitmen. Itulah formulanya. Itulah maksud perkataan solat dalam erti kata yang lebih luas.
Buat atau tidak ritual penyembahan tidak menjadi soal. Tetapi jika tiada usaha, iltizam, komitmen atau cita-cita. Kita pasti akan gagal.
Siapa tiru siapa ? Apakah similarities atau persamaan yang kita boleh simpulkan melalui gambar ini ?
Hindu
Buddha

Islam