Saturday, 12 March 2016

Navagraha


Menurut Astrologi (Jyotish) Vedas, terdapat 9 planet asas yang membentuk pengaruh terhadap Prithvi (bumi) dan makhluk yang hidup di atasnya.

Posisi 9 planet ini pada hemat ahli astrologi Hindu boleh dikira secara tepat untuk mengetahui pengaruh semasa yang berlaku di bumi. 

Dengan mengetahui posisi kesemua 9 planet ini pada waktu-waktu yang tertentu,  Rishis dan Munis (sami) di dalam sistem agama Hindu yang kompleks boleh mencari penyelesaian bagi masalah-masalah negatif atau positif yang dihadapi oleh subjek mereka.


9 planet ini dikenali sebagai Navagraha. 



Ia terdiri dari  Surya (Matahari), Chandra (Bulan), Mangal (Mars), Budha (Merkuri), Brihaspati (Jupiter), Shukra (Venus), Shani (Saturn), Rahu (North Lunar Node) and Ketu (South Lunar Node).

Di antara 9 planet ini Matahari sentiasa menjadi pusat kepada kuasa planet ini. 

Berikut adalah contoh simbol Navagraha di mana Surya/Matahari menjadi pusat kuasa.


Navagraha-Nine Planets





Pengetahuan mengenai Navagraha ini diperolehi berbelas ribu tahun sebelum mana-mana agama samawi yang berasas kepada tradisi Nabi Ibrahim diamalkan.

Kebanyakkan pengetahuan ini diperolehi daripada Yogi atau pendeta agama Hindu. Dari mana mereka memperolehi pengetahuan ini amat menarik untuk kita kaji.

Berikut pula adalah gambarajah warna, mineral dan bijirin yang secara simbolik mewakili Navagraha di Prithvi.

Menurut pendapat pendeta Hindu, sesuatu masalah makhluk yang hidup di Prithvi dapat diselesaikan dengan mengeksploit barangan ini supaya ianya selaras dengan aura Navagraha.




Planet
Color
Gem
Grain
Metal
Sun
Red
Ruby
Wheat
Bronze
Moon
White
Pearl
Paddy/Rice
Lead
Mars
Red
Coral
Bengal Gram - Red Lentil Gram
Copper
Mercury
Green
Emerald
Green Gram
Mercury
Jupiter
Yellow
Yellow Sapphire
Indian Yellow Split Peas (split Gram Lentil) Chana Dal
Gold
Venus
White
Diamond
Soya Gram
Silver
Saturn
Blue
Blue Sapphire
Sesame (Gingili)
Iron & Steel
Rahu
Black
Zircon
Black Gram
Rocks-Blackstone
Ketu
Multi-color
Cat's Eye
Horse gram
Red stones



Menurut kajian dan pembacaan yang saya lakukan, Navagraha juga adalah Mazhab Hindu yang di amalkan di Semenanjung Arab sebelum Al Quran dan Nabi Terakhir di utuskan untuk menghapus semua dogma yang terwujud.



Anutan ini digelar "The Arabian Family Star".



Al Quran ada menyebut 3 dari Navagraha ini, di mana kaum Quraisy memooja tuhan yang dikenali sebagai al-uzza, al-lat dan al-mannat.


A019 
 A020



 "Adakah kamu fikirkan al-Lat, dan al-Uzza? Dan Manat yang ketiga, yang lain ?" AQ 53:19-20


Anda boleh membuat kajian sendiri dan cari al-lat, al-uzza dan al-manat  adalah simbolik kepada perkara apa ?



Seperti yang telah saya simpul dan buktikan, oleh kerana agama Hindu adalah agama pertama di dunia, maka pengaruh agama ini sangat kuat kepada agama-agama lain yang tercipta selepasnya.



Oleh yang demikian, mari kita lihat bagaimana surya sebagai pusat dan penguasa di antara Navagraha di pooja di dalam konteks agama lain.



Tamadun Awal



Di dalam sejarah ketamadunan yang awal. Surya atau matahari adalah tuhan nombor satu yang dijadikan simbol kuasa di bumi. 

Ia juga adalah simbol utama agama pagan.



 Stonehenge : Batu yang menjadi simbolik pemoojaan matahari

Image result for amon ra


Simbol matahari di kepala permaisuri firaun

dikenali sebagai Amon-Ra



Judaism


Judaism adalah agama pertama yang di asaskan dari tradisi Nabi Ibrahim.


Keterangan-keterangan Al Quran mengenai Nabi Ibrahim semasa beliau mencari kebenaran dengan jelas menunjukkan pengaruh kuat Navagraha di dalam sistem kehidupan di zaman itu.


Oleh sebab itu, baginda berfikir mengenai planet dan cakerawala semasa proses mencari kebenaran.


 A076



"Apabila malam menutupi di atasnya, dia lihat satu bintang dan berkata, "Ini Pemeliharaku." Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Aku tidak suka yang terbenam." AQ 6:76




A077  



"Apabila dia lihat bulan terbit, dia berkata, "Ini Pemeliharaku." Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Jika Pemeliharaku tidak beri petunjuk kepada aku, tentu aku jadi daripada kaum yang sesat." AQ 6:77



 A078




"Apabila dia lihat matahari terbit, dia berkata, "Inilah Pemeliharaku; ini lebih besar!" Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan" AQ 6:78



Kalendar Israel dikenali sebagai lunisolar yang mana ia di asaskan daripada pengorbitan bulan dan matahari.


Terdapat banyak peristiwa yang dirayakan pada hari-hari tertentu menurut kalendar luni (bulan) solar (surya) ini.



Perkara ini adalah bukti jelas pengaruh Navagraha di dalam kehidupan dan budaya Judaism.



Kristianiti



Tiada sesiapa boleh menyangkal bahawa ajaran Kristianiti di asaskan daripada Judaism.


Pengaruh Sang Surya sebagai simbol pemoojaan di bawa ke dalam anutan ini.



Berikut adalah gambar paderi Roman Katolik dengan simbol Surya.




Image result for roman catholic church sun worship 





Menurut sejarah pengaruh pemoojaan matahari meresap masuk ke dalam Kristianiti kerana para penganut Kristian sering dibunuh oleh Tentera Roman.



Empayar Roman memooja Surya yang dikenali sebagai Sol Invictus.



Untuk mengelak dari di bunuh, para penganut Kristian meletak simbol matahari mengelilingi Jesus.


 

Jesus Sun Halo



Sehingga ke hari ini agama Kristian mazhab Roman Katolik merayakan Sol Invictus pada 25hb Disember dengan mengusung simbol surya seperti gambar di atas.



Islam


Para penganut Islam memooja surya setiap hari dengan menjadikan kedudukan matahari sebagai masa pemoojaan.


Ia adalah pengaruh kuat agama kembar Hindu iaitu Zoroastrianism yang ditanam oleh para penulis kitab hadis. 



Pemoojaan kedudukan matahari ini dikenali sebagai gah worship.



Oleh yang demikian, sehingga ke hari ini kita boleh mendapati kebanyakkan bendera negara-negara yang mahu menggelar diri mereka sebagai negara Islam pasti mempunyai 2 simbol Navagraha terpenting iaitu bulan dan matahari.



Malah anda boleh saksikan sendiri bagaimana di setiap binaan yang di panggil masjid pasti ada simbol ini. 



Bagaimana pengaruh ini boleh meresap masuk ke dalam agama Islam ?



Para penulis dan pengumpul hadis kebanyakkannya berasal dari Empayar Parsi, ini adalah fakta yang tidak boleh disangkal.

 

 map of the birth places of the founders of the 4 schools of thought and the compilers of the 6 major books of Hadith




Adalah terbukti bahawa ramai ahli bijak pandai dari bekas Empayar Parsi mempunyai dendam kesumat yang amat mendalam terhadap bangsa Arab.



Ini adalah kerana bangsa Arab telah memusnahkan Empayar mereka yang berusia ribuan tahun. 



Pada 9hb Mac 2016, galaksi bima sakti menyaksikan satu fenomena alam yang dipanggil gerhana matahari pada salah sebuah planetnya yang dikenali sebagai Bumi.


Peristiwa ini membuka mata ramai orang bagaimana penyusupan ritual pemoojaan Navagraha ke dalam agama yang dikenali sebagai Islam.



Sehari sebelum peristiwa ini, saluran media siber dipenuhi dengan seruan untuk membuat suatu ritual yang digelar sebagai Solat Kusuf.


Di dalam mesej yang saya percaya ramai orang Melayu terima, ada disenaraikan tatacara melakukan solat ini.


Malah ada yang disertakan dengan suatu video.


Yang peliknya, tiada satu pun sumber rujukan mengenai ritual ini datang dari Al Quran, sebuah kitab yang kesemua orang Melayu percaya adalah sumber utama agama mereka.


Sumber rujukan utama untuk ritual solat kusuf ini adalah Kitab Matla Al Badrain, Kitab Fathul Muin, Kitab Salbila atau dalam bahasa mudahnya sumber ini datang dari guru agama, bukan dari Tuhan.



Kesemua kitab-kitab ini adalah hasil tulisan manusia.



Menurut Al Quran, Tuhan melarang kita untuk menggunapakai sumber sebegini;


 A079




"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan-tangan mereka, kemudian mereka berkata, "Ini daripada Allah," supaya mereka menjualnya untuk harga yang sedikit; kecelakaanlah bagi mereka kerana apa yang tangan-tangan mereka tulis, dan kecelakaanlah bagi mereka kerana usaha-usaha mereka" AQ 2:79



Sehari selepas gerhana, saya menerima gambar screenshot dari FB page dari seorang rakan.

Kenyataan yang tertera di situ ialah "Islam tidak ajar sembah matahari". 



Saya bersyukur kerana masih ada insan yang waras, yang masih sedar akan keadaan orang Melayu saat ini.


Tidakkah kita merasa takut kepada Zat Asal, Tuhan yang memelihara kita dan semua makhluk yang diciptaNya termasuk planet, bintang dan cakerawala.



Kita menjadi pak turut, langsung tidak mahu mengguna akal di dalam soal agama. 



Asal sahaja ada orang Melayu lain cuba menyedarkan kita, kita memanggil orang itu dengan pelbagai nama buruk dan kita murtadkan orang itu. 



Kita terang-terangan memooja sang surya dan bulan. Namun kita tidak mahu mengakuinya.


Tidakkah kita sedar bahawa perbuatan kita adalah sama sahaja dengan para penganut Hindu. 



Ini adalah suatu bentuk ritual.




 



 Image result for sun worship india




Sedarlah, bahawa Zat Asal, Tuhan Yang Maha Memelihara kita semua sudah memberitahu supaya jangan sesekali kita sujud (patuh) kepada semua planet, matahari, bintang dan bulan ini.



Ini adalah kerana kesemua ini adalah ciptaan-Nya semata-mata.



A037



"Dan daripada ayat-ayat-Nya adalah malam dan siang, dan matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, tetapi sujudlah kepada Allah yang mencipta mereka, jika Dia kamu sembah" AQ 41:37



Sedangkan matahari yang Tuhan sendiri cipta, yang terbukti menjadi sumber kehidupan di bumi dengan sinarannya pun Tuhan melarang kita sujud kepadanya.



Inikan pula kiub batu yang dibina oleh manusia dan tidak boleh membawa apa-apa manfaat atau mudarat sedikit pun kepada kita.



Mengapakah kita tidak mahu memikirkannya ?



Ashwed