Monday, 23 March 2015

Sahabat

Hari ini saya menghubungi seorang sahabat lama melalui aplikasi Whatsapp. Saya kenal orang ini semenjak tahun 1989, semasa masih belajar di sebuah kolej di utara Semenanjung. Sebenarnya, pada mulanya saya cuma mahu bertanya tentang perniagaan sahaja. Namun, oleh kerana sahabat saya ini adalah anak seorang sasterawan maka perbualan kami akhirnya secara tidak sengaja berkait kepada tajuk seni. Atau, mungkin juga kerana sahabat saya ini sememangnya mencari rezeki melalui cabang ini. 

Kebetulan, bapa sahabat saya mengenali seorang sasterawan bernama M---m G-----i P.K., atau Pak M---m bagi orang-orang yang rapat dengan beliau. Perbualan ini menjadikan saya teringat kepada kenangan mendeklamasi puisi bersama Pak M---m di Pulau P-----r beberapa tahun yang sudah. Walaupun saya biasa membuat persembahan secara live di pesta konsert underground namun, mendeklamasi puisi adalah satu cabang seni yang saya tiada pengalaman khusus. Ditambah pula,  acara tersebut dihadiri oleh Menteri Besar dan Sultan P---k menyebabkan saya mengalami perasaan cemas dan gemuruh yang agak tinggi pada malam tersebut. Syukur ianya berjalan lancar. Syukur juga kerana saya diberi peluang berkongsi pentas dengan pemuisi-pemuisi handalan tanahair.

Keesokan harinya, satu kejadian melucukan terjadi semasa saya mahu berangkat pulang. Untuk ke jeti tempat feri berlepas saya terpaksa menaiki sebuah van. Sampai sahaja di jeti, ah pek pemandu van dengan segera menurunkan beg dan barang-barang yang saya bawa, mengambil upah dan dengan pantas bergegas dari situ. Saya terperanjat, apabila mendapati gitar tua kesayangan saya tiada bersama barang-barang yang telah diturunkan. Tanpa berfikir panjang, saya terus berlari mengejar van tersebut dengan gaya larian ala-ala penguin sambil menjerit dengan kuat. Perbuatan saya ini diperhatikan oleh orang-orang awam yang sedang minum di gerai-gerai berdekatan jeti.

Saya gagal mengejar van itu, hampa saya pun menuju kembali ke arah jeti. Sampai di jeti, teman yang mengiringi saya bertanya kenapa saya mengejar van tersebut. Saya beritahu gitar saya sudah hilang. Beliau tersengih sambil menunjuk ke arah gitar yang sedari tadi sudah diturunkan ah pek pemandu van kami. Saya cuba menahan ketawa, tetapi ianya muncul juga. Kepada teman saya itu. Selamat harijadi yang ke-37.

Kembali kepada sahabat lama saya tadi, usai perbualan, saya melihat sejenak ke paparan status whatsappnya. Ini saya lakukan kerana tertarik dengan gambar seorang sasterawan lama Indonesia yang menjadi gambar profile whatsapp beliau iaitu Chairil Anwar. Beliau meninggal dunia di usia yang terlalu muda, 27 tahun. Namun, legasi yang beliau tinggalkan sangat mendalam kepada semangat kenegaraan Indonesia. Status sahabat saya itu tertulis ungkapan keramat dari puisi Chairil Anwar bertajuk "DIPONEGORO"- Sekali berarti sudah itu mati. Mungkin ini adalah puisi Chairil Anwar kegemaran sahabat saya. 

Puisi Chairil Anwar kegemaran saya pula ialah Doa. Semoga roh Chairil Anwar ditempatkan bersama-sama dengan roh yang mukhlisin. Beliau sememangnya menjadi hero di hati ramai penduduk nusantara yang meminati seni halus termasuklah diri saya.


                                                                            DOA
                                        kepada pemeluk teguh

                                                 Tuhanku
                                          Dalam termangu
                                 Aku masih menyebut namaMu
                                       Biar susah sungguh
                                 mengingat Kau penuh seluruh

                                           cahyamu panas suci
                                   tinggal kerdip lilin di kelam sunyi

                                                Tuhanku

                                          aku hilang bentuk
                                                  remuk


                                                Tuhanku
                                            
                                  aku mengembara di negeri asing

                                                Tuhanku
                                      di pintuMu aku mengetuk
                                       aku tidak bisa berpaling
                                                           
                                       ( 13 November 1943  )


Ashwed 23-03-2015

10 comments:

  1. Salaamun Alaikum.

    Antara yang kita tidak boleh nafi:

    Sesungguhnya manusia itu di cipta bersifat tergesa-gesa

    ReplyDelete
  2. Salam,..........baru saya sedar lagu Doa yang dinyanyikan oleh arwah Zubir Ali dari Kumpulan Harmoni itu adalah diambil dari puisi Chairil Anwar,atau lagu itu memang lagu dari sana.Sejak dipaparkan blog ini oleh OSTB,saya mengikuti setiap hari.Melepaskan rindu setelah pemergian penulis e-bacaan.

    ReplyDelete
  3. Salamun Alaykum,

    Chairil Anwar akan tetap hidup di dalam hati kita ..

    ReplyDelete
  4. Saya sebenarnya amat berterima kasih dengan penulis blog ini. Saya dulunya dari semenjak sekolah rendah sehingga dewasa, saya seorang yang sentiasa tertanya-tanya apakah ajaran ustaz-ustaz adalah betul? Bagi saya apa yang diajar pelik-pelik. Dan saya mula membaca Al Quran dalam BM tiga kali katam(untuk lebih faham) dan saya dapati banyak yang tak sama dengan ajaran yang pernah diajar pada saya. Dan saya juga dah baca Bible BM, dan saya dapati..contohnya hukum hudud..ada beberapa hukum hudud yang diwar-warkan kepada kita adalah dari Bible(tapi saya tak ingat perjanjian lama/atau baru. Sebab baru sekali baca)

    Dan pada tahun lepas saya berbual dengan rakan India saya mengenai tuhan mengikut kepercayaan Hindu Saya tak ingat bagaimana isu ini timbul. Tapi rakan saya itu jawab.. patung bukanlah tuhan mereka. Mereka percaya tuhan ada satu dan tak boleh dilihat. Patung itu hanya sebagai tanda atau tempat untuk sembahyang. Bagi pendapat saya mungkin ada pelbagai rupa patung adalah mewakili peranan atau sifat tuhan(saya pun tak tanya lebih lanjut).

    Saya tersentak sebenarnya bila dengar jawapannya...sebab...
    saya berfikir sendiri...
    Orang Islam bila ditanya tentang Ka'abah..orang Islam akan jawab.. Kami bukan sembah Ka'abah tapi kami sembah tuhan kami iaitu Allah. Ka'abah hanya arah kiblat kami untuk sembahyang. Dan setahu saya orang Islam anggap Ka'abah rumah Allah.

    Jadi..bagi pendapat saya jawapan yang diberi oleh rakan India saya tadi lebih kurang sama dengan orang Islam apabila ditanya tentang sembahan masing-masing.

    Saya dapat alamat blog ni dari seorang komentar di blog Kassim Ahmad dalam seminggu lepas. Dengan adanya blog seperti ini menambahkan keyakinan terhadap kepercayaan pada diri sendiri. Selama ini saya takut apa yang saya fikir adalah salah sebab saya fikir saya seorang sahaja yang fikir lain. Dan terima kasih atas informasi-informasi yang bagi saya adalah baru bagi saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yatt,

      Komen dari pembaca macam saudara memberi saya kekuatan untuk menulis mengenai kebenaran Al Quran. Semoga kita semua dapat manafaat daripada Al Quran dan menjadikan ia panduan untuk kehidupan kita.

      Terima kasih

      Delete
    2. Teruskan...

      Delete
    3. Kesian.. dari mana asalnya agama hindu itu.. bukankah dari zaman nabi ibrahim lagi.. siapakah membina kaabah? Bukan pada zaman nabi ibrahim lagi.. kenapa nabi ibrahin hanya menhancurkan berhala2 sembahan bukan kaabah... bacalah quran betul2.. blog ni terang2 sesat..

      Delete
  5. Jangan2 awak yang sesat .. Penulis blog ini memberikan bukti2 yang kukuh. Awak tak bagi bukti apa2 terus jatuh hukum. Tipikal melayu otak bawah tempurung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa hahahahah😂😂😂 ... Tipikal meleis

      Delete
  6. Jutaan terima kasih wahai Penulis blog. Blog saudaralah pengganti yang paling ampuh selepas blog e-bacaan Othman Ali yang telah pergi mengadap penciptanya...

    ReplyDelete