Pada hujung minggu lepas grup whatsapp saya berdiskusi mengenai syaitan.
Puncanya adalah kerana isu mimpi menemui Nabi Muhammad.
Ada yang mengatakan bahawa "Syaitan" tidak berupaya untuk menyerupai Nabi Muhammad.
Ada yang mengatakan bahawa "Syaitan" tidak berupaya untuk menyerupai Nabi Muhammad.
Saya sudah membuat kesimpulan melalui bukti-bukti Al Quran bahawa "syaitan" bukan makhluk.
Ia adalah sifat manusia. Lebih jelas lagi syaitan adalah sifat buruk dan jahat manusia.
Ia adalah sifat manusia. Lebih jelas lagi syaitan adalah sifat buruk dan jahat manusia.
Menurut Al Quran Malaikat, Iblis dan Jin adalah makhluk yang sama.
Namun, kewujudan mereka di dunia kita bukanlah berbentuk fizikal.
Namun, kewujudan mereka di dunia kita bukanlah berbentuk fizikal.
Mereka adalah penghasut yang timbul tenggelam di dalam minda kita.
Sila lihat AQ 114:1-6. Surah ini di namakan Surah An-Nas atau manusia. Tidakkah tajuk inipun sudah membawa pengertian yang tersendiri ?
Kita perlu jujur pada diri sendiri. Bagaimanakah kita sehari-hari membuat keputusan mengenai sesuatu isu ?

Adakah kita membuat keputusan secara otomatik atau setelah kita menimbang-nimbang buruk dan baik di minda kita.
Oleh kerana Malaikat, Jin dan Iblis adalah juga makhluk Tuhan maka sudah tentu mereka juga mempunyai sifat buruk dan jahat. Ia juga di panggil syaitan.
"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan dari jenis jin, sebahagian dari mereka membisikkan sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu manusia. Jikalau Tuhanmu mengkehendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan" AQ 6:112
Saya tidak menemui sebarang keterangan di dalam Al Quran tentang hal penciptaan malaikat yakni dari bahan apakah mereka diciptakan.
Walaubagaimanapun, Al Quran memberitahu kita bahawa jin dan iblis dicipta dari bahan yang sama iaitu api.
Oleh kerana saya telah membuat kesimpulan bahawa malaikat = iblis = jin, maka saya merasakan bahawa sudah tentu mereka semua dicipta oleh Tuhan dengan bahan yang sama.
" Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar, dan Dia mencipta jin dari nyala api" AQ 55:14-15
Iblis juga mengakui dia dicipta dari api ;
"Iblis berkata: “Aku lebih baik darinya kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia (Adam) Engkau ciptakan dari tanah.” AQ 38:76
"Allah berfirman: "Apakah menghalangimu untuk patuh (tasjuda) ketika Aku perintahmu?"
Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripadanya , Engkau jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah." AQ 7:12
Satu perkara yang harus kita sedari ialah malaikat, iblis dan jin bukanlah orang lain. Ianya adalah diri kita sendiri.
Ya benar, kitalah malaikat, iblis dan jin itu. Lihatlah ke dalam cermin dan saksikan sendiri wajah anda.
Andalah ciptaan Tuhan yang paling sophisticated.
Maka, anda wajar memahami penciptaan yang serba canggih ini. Andalah yang akan mengubah dunia bukan orang lain.
Apabila kita membuat keputusan yang baik dan betul maka jadilah kita manusia yang berjaya dan patuh.
Manakala, jika kita membuat keputusan yang tidak tepat maka jadilah kita manusia yang mempunyai sifat yang buruk atau syaitan.
Anda boleh memilih untuk mengikuti sifat patuh malaikat atau menuruti sifat kufur (rebel) iblis dan jin.
Bagi saya, untuk berubah, kita wajar mengakui dahulu perkara buruk itu.
Jika kita balik-balik menyalahkan "syaitan" di atas segala sifat buruk kita maka sukar untuk kita melakukan perubahan.
Ini adalah kerana perubahan perlu datang dari diri kita sendiri.

Tapi kat sekolah cikgu agama kata kiri kanan ada malaikat rekod segala perbuatan yang baik dan buruk.
ReplyDeleteBagaimana pula keterangan saudara sebelum ini yang mengakui kewujudan malaikat sebagai entiti yg berlainan ketika cuba menafsir kewujudan manusia sedia ada sebelum Adam? Yang dipersoalkan ketika mahu dijadikan khalifah di muka bumi
ReplyDeleteSalam saudara yang tidak bernama,
ReplyDeleteSemasa saya menulis artikel itu saya sebenarnya sudahpun membuat dapatan bahawa malaikat adalah kuasa yang tersembunyi atau akal kita. Mungkin cara saya menulis membuatkan saudara merasakan malaikat adalah suatu makhluk yang berbentuk fizikal atau mungkin saudara sudah membuat dapatan sendiri di pemikiran saudara lalu saudara membuat kesimpulan yang ia adalah makhluk fizikal semasa membaca artikel saya itu.
Bagi saya kesemua yang diceritakan di dalam al quran mengenai peristiwa tersebut adalah simbolik. Walaubagaimanapun, sebagai seorang yang percaya kepada ilmu pengetahuan dan had pencapaian pengetahuan yang manusia ada, maka saya ingin memberitahu bahawa fakta yang kita ada untuk menganalisa perkara ini adalah sangat sedikit. Oleh yang demikian, untuk setengah-setengah perkara kita perlu mengakui bahawa kita sememangnya tidak tahu dengan tepat.
Menurut al quran kita hanya boleh menjadi saksi untuk sesuatu yang kita nampak dan ada disitu semasa kejadian. Ia juga adalah prinsip undang-undang untuk suatu elemen yang dipanggil beban pembuktian.
"Dan tiadalah kamu berada di dekat Gunung Thur ketika kami menyeru (Musa), tetapi (Kami beritahukan itu kepadamu) sebagai rahmat dari Tuhanmu, supaya kamu memberi peringatan kepada kaum (Quraisy) yang sekali-kali belum datang kepada mereka pemberi peringatan sebelum kamu agar mereka ingat" AQ 28:46
Secara logiknya oleh kerana kita tiada di situ semasa kejadian ini berlaku maka sudah tentulah kita tiada pengetahuan mengenainya. Namun begitu, kita masih boleh mengambil pelajaran dari pengalaman yang ada pada kita sekarang.
Jika kita merasakan malaikat adalah makhluk berbentuk fizikal yang ada sayap boleh terbang ke sana ke mari menjadi penolong kepada Tuhan (Ingat Tuhan beritahu dengan jelas di AQ 17:111 bahawa dia bukan hina yang memerlukan penolong, Dia tiada sekutu) maka kaedah yang paling sesuai untuk mengesahkannya ialah bawakan bukti.
Sama juga dengan syaitan, bawakan bukti yang ia adalah makhluk fizikal. Fakta yang kita tidak pernah terserempak dengan malaikat, iblis, jin dan syaitan seumur hidup kita sudah cukup membuktikan bahawa ia tidak wujud secara fizikal.
.. dan Tuhan lah Yang lebih Mengetahui
Bolehkah ashwed terangkan simbolik kisah iblis yg tidak mahu tunduk dan sujud kepada Adam?
ReplyDeleteBulan ramadhan setan di rantai... hehehe
ReplyDelete