Saturday, 20 August 2016

Nilai Rohani : Realiti Dan Fantasi

Kedamaian Untuk Semua,

Ramai yang memahami maksud perkataan realiti dan fantasi. Namun, mempraktis perkataan ini bukanlah suatu perkara yang mudah.

Hakikatnya, begitu ramai manusia yang hidup di dalam alam fantasi tanpa mereka sedari. 

Fantasi ini menjadi realiti kehidupan mereka. Ia menjadi indah kerana ia memudahkan perkara yang sebenarnya susah di alam realiti. 

Jika anda sedang bermimpi dengan mimpi yang indah adakah anda mahu terjaga dari mimpi itu ? 

Sudah tentu tidak, anda mahu terus tidur. Sesiapa sahaja yang cuba menggerak anda bangun, pasti berisiko menjadi musuh anda. Bukankah begitu ?

Inilah hakikat yang terjadi dengan masyarakat kita. Orang kita sedang lena di ulit mimpi yang indah. Mimpi yang memudahkan semua impian mereka menjadi kenyataan. Mimpi ini dipanggil AGAMA.

Izinkan saya membuat sedikit analogi mengenai perkara ini. 

Bayangkan setiap subjek di dunia ini diwakili dengan sebuah rumah. AGAMA adalah salah sebuah dari rumah itu.

Apa sahaja jenis AGAMA yang sedang anda anuti berada di dalam rumah ini. Ya, tidak kira apa pun anutan anda, ianya berada di bawah satu bumbung rumah yang di kenali sebagai AGAMA.

 Image result for house in malaysiaS

Setiap rumah resamnya mempunyai bilik-bilik. 

Sekarang bayangkan setiap bilik mewakili jenama AGAMA yang sedang anda anuti. 

Islam satu bilik, Kristian satu bilik, Hindu satu bilik dan Buddha satu bilik (sekadar mengambil agama-agama besar yang dipraktis oleh rakyat Malaysia).

Kita adalah penghuni bilik-bilik sebuah rumah yang dikenali sebagai AGAMA ini. 

Setiap bilik mempunyai tingkap-tingkap mereka yang tersendiri seperti yang biasa terdapat di rumah-rumah kita.

Di setiap bilik ini terdapat seorang ahli yang mendabik dada mengatakan mereka memahami AGAMA bilik itu lebih dari yang lain.

Di dalam sebuah bilik yang berjenama Islam, tokoh bilik berkenaan menyeru ahli bilik yang lain untuk melihat kebenaran yang di bawanya dengan menyeru ahli-ahli bilik ini melihat ke luar tingkap yang paling dekat dengan tempatnya berdiri.

"LIHATLAH SEMUA BUKANKAH SUDAH AKU KATAKAN BAHAWA POKOK BERWARNA HIJAU, AWAN PULA BERWARNA PUTIH ? "

Maka ahli-ahli ini pun melihat ke luar tingkap yang di tunjuk oleh tokoh itu. Lalu, semua berkata benarlah kata-kata tuan. Lalu ahli-ahli bilik ini pun mengangkat orang ini sebagai seorang yang bijak dan pandai.


Image result for view from windows

Kemudian, datang seorang tokoh lain di bilik yang sama menyanggah fakta ini.

Dia menyeru ahli-ahli bilik ini supaya melihat melalui tingkap yang terletak di sisi lain bilik itu

Oleh kerana tingkap itu terletak di sisi lain bilik maka sudah tentu pemandangannya berbeza dari tingkap yang ditunjuk tokoh yang mula-mula tadi.

Di luar tingkap itu terdapat pokok yang tidak berwarna hijau. Awan pula sedang mendung maka warnanya juga lain.

"BUKANKAH SUDAH AKU KATAKAN BUKAN SEMUA POKOK BERWARNA HIJAU DAN AWAN PULA BUKANLAH BERWARNA PUTIH SEPANJANG MASA ! "

Maka sebahagian ahli bilik tersebut pun melihat ke luar tingkap tersebut lalu berkata benarlah kata tuan. Tuan lebih bijak dan lebih pandai dari tokoh yang seorang lagi.

Begitulah yang terjadi di bilik-bilik AGAMA di rumah ini. Masing-masing menyatakan bahawa fakta merekalah yang benar.

Ahli-ahli bilik ini tidak sedar bahawa oleh kerana jumlah ahli bilik yang ramai maka tidak semua dari mereka berpeluang melihat di tingkap yang sama menyebabkan pemandangan mereka berbeza dari ahli yang melihat di tingkap yang lagi satu.

Saudara pembaca yang saya hormati, inilah hakikat AGAMA yang sedang kita amalkan dan tingkap-tingkap ini mewakili jenis mazhab yang terdapat di dalam AGAMA itu.

Kita adalah ahli di bilik yang sama cuma kita hanya berpeluang melihat dari tingkap berbeza memandangkan kepada jumlah kita yang ramai. Begitu juga kita adalah ahli dari rumah yang sama. Cuma berbeza bilik.

Sekarang, bayangkan pula satu keadaan di mana tokoh dari bilik ini bertemu dengan tokoh-tokoh bilik yang lain di rumah yang sama. 

Sudah tentulah setiap bilik ini di bina di suatu arah yang berlainan. Maka, agaknya bagaimanakah pertemuan pandangan yang akan terjadi.

Masing-masing melihat dari tingkap berlainan yang di bina di bilik masing-masing.

Ada tingkap yang pemandangannya mengarah ke laut. Ada yang mengarah ke hutan. Ada pula yang mengarah ke gunung dan ada pula yang mengarah ke bandar.


Masing-masing saling bertegang urat mengatakan pemandangan merekalah yang paling benar tanpa sedar bahawa mereka setiap hari hanya melihat melalui sebuah tingkap yang berlainan arah dari bilik yang berbeza.

 Image result for view from windows to the city

Image result for view from windows to the city

Suatu hari, rumah ini di datangi seorang pendeta yang bijaksana. Beliau sudah berpeluang mengembara dari rumah ke rumah (subjek ke subjek). 

Di setiap rumah yang beliau kunjungi, pendeta ini menjenguk dan tinggal beberapa ketika di setiap bilik-biliknya. 

Pendeta ini tidak melihat dari dalam sebuah bilik ke luar tingkap tetapi melihat dari arah dunia yang luas ke dalam setiap jenis rumah dan bilik.

Di kesempatan berkunjung di rumah yang bernama AGAMA itu, pendeta ini memberi nasihat kepada tokoh-tokoh dari setiap bilik rumah tersebut semasa pertemuan yang di adakan di ruang tamu.

"BAGAIMANAKAH KAMU MAHU MENGATAKAN PEMANDANGAN KAMULAH YANG PALING BENAR DAN TEPAT SEDANGKAN KAMU TERPERANGKAP DI DALAM SEBUAH BILIK YANG SEMPIT DAN HANYA BERPELUANG MELIHAT MELALUI SATU JENIS TINGKAP SAHAJA ? " KATA PENDETA ITU.

Adakah tokoh-tokoh bilik ini mahu mendengar nasihat pendeta ini ? 

Tokoh-tokoh ini kini menghadapi dilema. Sungguhpun kata-kata pendeta itu ada benarnya. Namun, apa akan terjadi kepada pengaruh mereka terhadap ahli tingkap masing-masing ?

Adakah mereka perlu memberitahu kepada ahli-ahli masing-masing bahawa pandangan mereka selama hari ini hanyalah berdasarkan kepada satu pemandangan tingkap sahaja ?

Begitulah resamnya AGAMA. 

Masing-masing melihat dari suatu bilik yang sempit. 

Dari dalam bilik ini mereka melihat ke luar tingkap lalu mengatakan diri mereka sudah bebas seluas dunia yang mereka lihat di luar tingkap itu.

Mereka tidak sedar bahawa sungguhpun mereka melihat dunia yang luas tetapi hakikatnya, diri mereka masih terperangkap di dalam sebuah bilik yang sempit di sebuah jenis rumah yang dikenali sebagai AGAMA. 

Mereka bukanlah seorang yang BEBAS secara fizikal dan mental.

Untuk bebas, kita perlu keluar dari bilik tersebut. Jika lebih berani keluarlah dari rumah itu. EXPLORE.

Berjalanlah di sekeliling rumah tersebut. Di situ, anda boleh melihat dari semua arah. 

Anda boleh memegang sendiri pokok yang anda katakan berwarna hijau tadi. Di situ anda mungkin baru tersedar bahawa yang menjadikan ianya berwarna hijau adalah daun-daun pokok itu.

Bukankah ianya sangat berbeza dengan melihatnya dari jauh ?

Begitu juga melihat air laut dari kejauhan adalah pengalaman yang sangat berbeza dengan merasai sendiri airnya dengan lidah dan tangan. Mungkin anda tidak tahu bahawa air laut rasanya masin berlainan dari air di paip bilik anda.

Bandar yang dilihat dari jauh kelihatan tenang dan aman. Namun, apabila mengembara di dalamnya baharulah anda tahu bahawa ada tempat yang selamat dan ada pula yang dipenuhi penyeluk saku.

Kini, katakanlah anda sudah berjaya untuk keluar dari bilik dan rumah yang anda huni selama ini. 

Anda sudah memegang sendiri pokok yang anda katakan berwarna hijau dan sedari mengapa ia berwarna hijau.

Anda sudah mengembara di serata pelusuk bandar, memanjat gunung dan berdiri megah di kemuncaknya. Anda juga sudah berenang di lautan luas serta menyelam ke dasarnya.  

Anda merasai kesemua pengalaman ini secara real.

Suatu hari anda pulang ke rumah anda, lalu terus masuk ke bilik yang anda huni.

Di dalamnya, tokoh bilik yang di angkat sebagai bijak pandai sedang menerangkan kepada ahli-ahli yang mengikutnya tentang spesifikasi pokok yang mereka lihat dari kejauhan melalui satu tingkap yang paling dekat dan kini sudah menjadi milik mereka

Di saat itu, apakah perasaan anda ? Tidakkah anda merasai bahawa tokoh ini sedang berfantasi ?


Ashwed

15 comments:

  1. kita ni makhluk je kot.

    beribu ribu agama, adat dan tradisi. berbilion manusia tinggal atas muka bumi yang satu ni.

    tidak kira apa agama yang kita anut, apa yang kita percaya, jika hilang lapisan ozon, semua manusia mati.

    lapisan ozon tak kira kita islam ke hindu ke buddha ke, semua kena.

    ReplyDelete
  2. Sejak dari kecil saya nk keluar dr rumah ini utk lebih tahu. Masuk usia remaja saya mula berani curi2 keluar dr rumah dan merasai pengalaman melihat dan menyentuh dunia.

    Apabila dewasa saya lebih berani pergi lebih jauh ke laut, bandar, hutan dan gunung. Dari situ saya buat pendirian utk bangun dari mimpi dan tak mahu tidur lagi.

    Tapi saya terpaksa pulang ke rumah kerana di situlah keluarga, saudara dan rakan2 saya berada. Saya tak mahu mereka sedih kalau saya tidak tinggal bersama mereka.

    Saya terpaksa menipu mereka dunia yang sebenar sama seperti yang mereka percaya dan lihat. Tapi jiwa saya semakin kacau. Saya mahu mereka tahu dunia di luar jauh lebih indah dan saya juga mahu mereka menikmati kebebasan ini.

    Tugasan paling utama ialah saya perlu yakinkan mereka untuk berani berfikir. Ttp dalam rumah ini ada undang undang melarang sesiapa berfikir.

    Patutkah saya membakar rumah ini agar mereka semua terpaksa keluar utk selamatkan diri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara zack, kenapa dah lama tidak menulis di blog...rindu tulisan2 zack

      Delete
    2. Kalau blog YM yg dimaksudkan, saya dh xde idea baru utk tulis. Apa n yg ditulis segala2 yg saya tahu psl subjek YM.

      Itu bukan blog peribadi tp milik penerbit, so saya xleh suka2 hati tulis selain topik YM. Boleh je nk buat blog sendiri tp sibuk.

      Delete
  3. Salam saudara zack,

    Seekor burung yang berpuluh tahun berumah di dalam sangkar akan mempercayai bahawa keupayaan untuk terbang adalah suatu jenis kecacatan.

    Damai

    ReplyDelete
  4. Salam.
    I still ingat buku agama I baca. Jika masuk toilet untuk buang air kecil and tak tutup kepala syaitan akan kencing kepala kita. Arak pun adalah hasil buangan syaitan.

    I still ingat sebab takkan syaitan sama macam manusia. Memang musykil sejak kecil lagi. Siap terbayang syaitan macam manusia. Rupanya manusia boleh menjadi 'setan'. Klu tak takkan orang kata kena 'kencing'.

    Non

    ReplyDelete
  5. Dear Ashwed, I am of the belief that your hastily contrived and overly-simplified version of Plato's "Allegory of the Cave" contained far too many variables to warrant a healthy discussion.

    Before we begin, it is imperative that we arm ourselves with knowledge, hence, I highly recommend this blog for a better understanding of the subject matter and also for comparison , please go here : https://philosophyzer.wordpress.com/2012/09/21/the-allegory-of-the-cave-by-plato-summary-and-meaning/

    123

    ReplyDelete
  6. Salam,

    To compare this article with the work of plato is itself a compliment. However, this article does not linger on epistemology of the subject but to serve as an eye opener to a certain group of people that it wants to reach.

    I wish Universities in our country would someday offer philosophical study. Personally I think we lacked understanding on this matter.

    Peace

    ReplyDelete
  7. Salam sahabat sekelian,berkesempatan dengan cuti hari Merdeka ini di c&p~kan 2 Surah-pendek dari At Thalaq(65) dan Al Tahrim(66)hanya 12 ayat setiap satu untuk renungan,

    65:1 Wahai nabi apabila kamu menceraikan pasanganmu maka cerailah mereka dengan suatu tempoh yang telah ditetapkan dan prihatinlah Allah, Pemeliharamu dan jangan kamu keluarkan mereka dari rumah melainkan mereka mendatangkan kesumbangan dan sahih buktinya maka itulah hukum Allah dan siapa melanggar hukum Allah, dia zalimi dirinya malahan kamu tidak mengetahui yang Allah telah mengadakan yuhditsu maka itulah apa yang Dia telah perintahkan.
    65:2 Apabila sampai tempohnya maka tahanlah atau berpisahlah dengan mereka secara hormat dan dapatkan dua orang saksi yang adil dikalangan kamu dan tegakkan kesaksian kerana Allah demikianlah peringatan bagi sesiapa yang amanah kepada Allah dan hari akhiratnya dan siapa prihatin kepada Allah maka dijadikan baginya jalan keluar.
    65:3 Dia yang memberikan rezeki dari segenap arah yang tidak kamu jangkakan dan sesiapa pasrah kepada Allah maka dicukupkan baginya malahan Allah yang sempurnakan segala perintahnya dan Allah yang menjadikan setiap sesuatu mengikut ukuran yang ditetapkan.
    65:4 Dan perempuan yang berhenti haidnya dan kamu meraguinya maka tempohnya tiga bulan daripada berhenti haidnya kerena kehamilan maka tempohnya adalah selepas melahirkan dan sesiapa prihatin kepada Allah maka dipermudahkan segala urusannya.
    65:5 Itulah perintah Allah yang diturunkan kepadamu dan sesiapa yang prihatin dengan Allah maka dilupuskan segala kesalahan mereka dan menambahkan ganjaran bagi mereka.
    65:6 Dan tempatkan penginapan mereka dimana kamu menginap mengikut kemampuan kamu dan jangan hendaknya kamu menyusahkan atau menyulitkan mereka jika mereka hamil maka kamu tanggunglah nafkah mereka sehingga mereka melahirkan jika mereka menyusukan bayinya maka berilah ganjaran kepada mereka dan berurusanlah diantara kamu dengan baik dan jika kamu hadapi kesulitan penyusuan maka hendaklah berurusan dengan mana-mana ibu susuan upahan yang sanggup dan berikan ganjaran/upah kepada mereka.
    65:7 Bagi sesiapa yang mampu maka berbelanja ikut kemampuan yang ditentukan rezekinya maka belanjakanlah dengan apa yang telah diberikan Allah kepadamu dan Allah tidak membebankan sesuatu jiwa dengan apa yang diberikan malahan Allah menjadikan bagi setiap kesulitan pasti ada kemudahan.
    65:8 Dan beberapa banyak dari khariah yang menentang perintah Pemelihara mereka dan rasulnya maka Kami hitungkan mereka dengan perhitungan menakutkan dan diazabkan mereka dengan azab yang sangat dahsyat.
    65:9 Maka rasakan bencana dahsyat atas apa yang kamu usahakan dan hanya kerugian sebagai pebalasan keatas apa yang telah kamu lakukan.
    65:10 Allah sediakan bagi mereka azab yang sangat dahsyat maka prihatinlah Allah wahai orang yang bijaksana malahan Allah telah menurunkan berbagai peringatan bagi orang yang amanah.
    65:11 Dan seorang rasul telah membacakan kepadamu ayat-ayat Allah dan menjelaskanya dan dengannya telah mengeluarkan orang yang amanah dan yang beramal soleh dari kegelapan kepada cahaya maka sesiapa amanah kepada Allah dan beramal soleh pasti dimasukkan kedalam syurga mengalir dibawahnya sungai-sungai dan mereka berkekalan didalamnya dan pasti Allah yang memberikan rezeki yang terbaik kepada mereka.
    65:12 Allah yang mencipta tujuh langit dan bumi dan diturunkan perintah didalamnya supaya mereka ketahui yang Allah berkuasa atas segala sesuatu dan Allah meliputi segalanya dengan ilmu-pengetahuan.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  8. smbg,

    66:1 Wahai nabi mengapa kamu mengharamkan apa yang telah dihalalkan Allah dan kamu menyakiti pasanganmu malahan hanya Allah yang Pengampun yang Penyayang.
    66:2 Allah wajibkan bagimu menebus sumpahmu dan Allah Pelindung kamu malahan hanya Dia yang Mengetahui yang Bijaksana.
    66:3 Dan ketika nabi merahsiakan sebahagian hadiitsan dari pasanganya dan ketika dihebahkan berita yang Allah zahirkan kepadanya dia beritahu sebahagian dan dipalingkan sebahagian dan ketika dikhabarkan, pasanganya berkata siapa yang memberi tahu kamu maka dia berkata diberitakan kepadaku dari yang Mengetahui yang Menyedari.
    66:4 Jika kamu bertaubat kepada Allah pasti hati kamu condong kepada Dia jika kamu menolong Allah pasti dilindungi kamu dan jibriilu dan orang yang soleh dan orang yang amanah dan para malaikatnya.
    66:5 Dan sekiranya kamu menceraikan mereka maka Pemeliharamu akan mengantikan dengan pasangan yang lebih utama yang amanah yang taat yang bertaubat yang setia yang berkhidmat yang tidak ulangi kesilapan lalu walaupun dianya janda atau perawan.
    66:6 Wahai orang yang amanah peliharalah dirimu dan keluargamu dari api yang bahan-bakarnya manusia dan batu malahan malaikatnya yang ganas dan bengis tidak membantah apa sahaja yang diperintahkan Allah kepada mereka dan pasti dilaksanakan apa pun yang diperintahkan.
    66:7 Wahai orang yang tidak percaya/kafaru jangan kamu beri alasan hari ini pasti diberi pembalasan keatas apa yang telah kamu lakukan.
    66:8 Wahai orang yang amanah bertaubatlah kepada Allah dengan sebenar-benar taubat/taubatan nashuhan supaya Pemeliharamu melupuskan segala kesalahanmu dan masuklah kamu kedalam syurga mengalir dibawahnya sungai-sungai malahan itulah hari Allah tidak menghina nabinya dan orang yang amanah bersamanya dan disempurnakan cahaya mereka dihadapan dan dikanan mereka dan mereka berkata Pemelihara kami sinarilah cahaya Kamu keatas kami dan lindungilah kami sesungguhnya hanya Kamu yang berkuasa keatas segalanya.
    66:9 Wahai nabi berjuanglah menentang orang yang tidak percaya dan orang munafik dan bertegaslah dengan mereka malahan tempat penginapan mereka jahannamu tersangat buruk tempat kembali mereka.
    66:10 Dan Allah telah mencetuskan misalan bagi orang yang tidak percaya berkaitan puan nuuhin dan puan luuthin kedua mereka adalah dibawah dua orang hamba Kami yang soleh tetapi mereka berdua ini telah mengkhianatinya maka mereka itu tidak berguna sedikit pun disisi Allah dan dikatakan kepada mereka masuklah kamu berdua kedalam api bersama orang yang masuk.
    66:11 Dan Allah mencetuskan misalan bagi orang yang amanah berkaitan isteri fir’auna ketika dia berkata, Pemeliharaku dirikan bagiku disisi Kamu suatu sistem didalam syurga dan selamatkan aku dari fir’auna dan amalanya dan dari kaum yang zalim juga.
    66:12 Dan maryama -bnata ‘imraana yang memelihara farjahaa maka Kami tiupkan kedalamnya ruuhinaa maka benarlah kalimah Pemeliharanya yang dikitabkan malahan dia adalah diantara orang yang taat.

    Sekian, hayati bersama dan berilah pendapat anda!

    ReplyDelete
  9. Setiap kali saya tengok muka-muka tokoh agama ataupun pelapis tokoh agama rasa nak tergelak...sebab saya terbayangkan mereka ini 'syok sendiri'..berangan lebih... Si pengikut pula penghisap 'candu' agama...khayalllll.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pula bila tgk mereka saya rasa hairan. Hairan kenapa mereka boleh begitu yakin yg mereka berhak menjadi jurucakap atau pembantu Tuhan.

      Delete
  10. Salam Tuan Ashwed,

    Nice write up... I used to ponder that how can the so called Imams/Ulama or people with high education credentials only 'sees' things from 1 bedroom window... their intellectual minds/reasoning are trapped in a cocoon that they are unable to see the whole clear picture (in this case the whole clear message) in the Quran...

    [2:142] The fools among the people will ask, “What makes them change from their direction that they are over it”? Tell them, “To God belongs the East and the West. He guides anyone He wills - to the path of those who are observant."

    but now I know why because Allah says only IF He wills... Allah says 'Tell those fools that He guides anyone He wills'...

    Quran tells us repeatedly to breakout / free ourselves from the shackles of religion and make the most of Allah's greatest gift to mankind; our own free will and free mind... the best part is He will reward us accordingly...

    if only our 59 years of independence are 'truly' independence... sadly, we are still trapped in a 3rd world mentality and 1200 years of false teachings..

    Becks

    ReplyDelete
  11. Salam saudara becks,

    Welcome. I know it's been a long journey for you. I saw you back then from Article no. 1.. I hope this blog gives u somethings to ponder in life.

    Peace

    ReplyDelete
  12. Maaf saudara! lupa saya nak copr-paste berita tu! so here;

    Europe's Rosetta probe finds lost Philae lander on comet, and BERLIN (AP) — Europe's Rosetta space probe has located its lost Philae lander, wedged in a "dark crack" on a comet, the European Space Agency said Monday.

    Rosetta's camera finally captured images on Friday of the lander on comet 67P/Churyumov-Gerasimenko, weeks before the probe's own mission ends, the agency said . The pictures showing the lander's body and two of its three legs were taken as Rosetta passed within 2.7 kilometers (1.7 miles) of the surface.

    ReplyDelete