Akhirnya Dato Lee Chong Wei berjaya mengalahkan seteru utama beliau, Lin Dan di gelanggang Sukan Olimpik.
Beliau berjaya melakukannya di dalam satu perlawanan mendebarkan yang pastinya disaksikan oleh puluhan juta rakyat Malaysia.
Tahniah Dato Lee Chong Wei. Semestinya kami berbangga dengan kejayaan anda. Ini bermakna Malaysia mempunyai 2 kali lagi cubaan untuk membawa pulang pingat emas.
Semalam, beregu campuran pulang dengan membawa pingat perak. Prestasi beregu campuran kita iaitu Chan Peng Soon/Goh Liu Ying amat membanggakan memandangkan Goh Liu Ying bergelut dengan kecederaan lutut.
Beliau membuat keputusan berat dengan melakukan pembedahan di kedua-dua belah lututnya kira-kira setahun lalu.
Bayangkan iltizam/solla yang beliau dirikan. Adakah beliau berjaya melakukan ini dengan membuat ritual di pagoda mengikut cara agama Buddha ? Sudah tentu tidak.
Sebelum ini, kejayaan besar juga di raih oleh pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang di dalam acara keirin.
Tak sampai pun tinggi bahu bangsa caucasian
Semua kejayaan ini tidak boleh dicapai dengan membuat ritual di dalam tempoh 5 minit mengikut theology agama masing-masing.
Ia hanya boleh dicapai dengan kerja keras dan membuat perancangan teliti di dalam disiplin sukan yang mereka ceburi. Inilah yang dimaksudkan dengan solla di dalam Al Quran.
Ahli-ahli sukan ini memberikan sepenuh perhatian (khusyuk) di dalam disiplin mereka seharian. Inilah kunci kejayaan umat manusia tidak kira di mana pun kita berada.
Adakah ini suatu rahsia besar ? Tidak.. Bahkan ia ditulis dengan begitu jelas di dalam Al Quran tetapi kebanyakkan manusia memilih untuk membelakangkannya.
Akhir sekali, ini untuk saudara Zack ..
"Only knowledge and hardwork will bring us to utopia" Captain James T. Kirk, USS Enterprise : )
Semoga malam ini beregu lelaki negara mencapai pingat yang menjadi harapan berjuta rakyat Malaysia.
Ashwed
Sudah sekian lama(3 bulan) saya tidak membaca hasil tulisan dari saudara aswed dan komentar2 juga menjadi lebih aggressive dari sebelumnya yg membawa erti pembaca di blog aswed makin bertambah ramai
ReplyDeleteTahniah tuan
Salam,
DeleteTerima kasih anon 19:22. Saya menganggap ini sebagai satu pujian. Saya akui blog ini bukanlah sempurna. Begitu juga dgn penulisnya. Kdg2 bila urusan harian terlalu mencengkam, manusia akan menjadi kecewa membaca komen2 yg seolah-olah mahu menolak common sense. Namun, usaha ini akan saya teruskan sedaya yg mampu. TQ
Damai
Maaf. Maksud saya komen dari segelintir pembaca. Anda tahu siapa anda .... lalok tak habih lagi tgk final badminton.
DeleteDamai
Good morning everyone
ReplyDeleteSemalam memang mendebarkan. boleh dengar jiran sebelah menyebelah menjerit. Termasuklah I.
Jutaan terima kasih kepada semua peserta Malaysia yang telah bertungkus lumus berusaha.
Good luck to LCW!
Non
Tulisan kali ini jelas maksud yg cuba ash wed sampaikan selama ini...usaha dan mohon dari pencipta alam..bukan hanya menunggu keajaiban semata...
ReplyDeleteSalam tuan. Boleh saya dapatkan email tuan?
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteashwed1973@gmail.com
Damai