Tuesday, 8 August 2017

Isu-Isu Semasa

Kedamaian Untuk Semua,

Sukar rasanya untuk menulis kembali. Idea tidak mengalir seperti selalunya.

Inilah akibatnya jika merenggangkan diri dari papan kekunci sebegitu lama.

Apakan daya tugasan dan urusan mencari makan perlu didahulukan demi mendirikan nilai solat yang sebenar.

Di sepanjang saya merantau di muka bumi Malaysia ini, terdapat banyak isu-isu yang menjadi hangat di kalangan masyarakat kita.

Apabila difikirkan isu-isu yang di bawa ke tengah oleh masyarakat kita bukanlah besar tara mana sangat.

Namun, melihat kepada cara ia diperbincang oleh pemuka-pemuka masyarakat, samada di media arus perdana atau di ruang-ruang media sosial, ternampak seolah-olah masyarakat kita suka membahagikan sesuatu perkara kepada kumpulan baik lawan kumpulan jahat.

Perbincangan kita tidak tertumpu kepada realiti atau apakah yang terbaik untuk masyarakat, sebaliknya, ia menjadi suatu ruang kepada para pemuka ini untuk beradu pengetahuan mengenai sejarah sistem masyarakat Arab di suatu zaman dahulukala.

Apa tidak bolehkah kita mengambil iktibar dari keadaan semasa sahaja ? 

Apakah masyarakat lain selain dari Arab yang menghuni seluruh pelusuk dunia ini bukan manusia ? Sehingga kita melihat mereka seolah debu di tapak kasut kita sahaja ?

Mengapa tidak kita gunakan sahaja mereka yang berjaya membina sistem yang praktikal sebagai contoh tanpa mengira samada ia dari bangsa mana sekalipun ?

Untuk artikel kali ini saya ingin menyentuh beberapa isu yang menjadi hangat di kalangan masyarakat kita di dalam tempoh sebulan dua ini.

Mungkin para pembaca dapat memberikan buah fikiran masing-masing di ruangan komentar. 

Mana tahu perbincangan ini dapat membantu kita membuat keputusan yang lebih bijak secara peribadi.

Isu Pertama

Isu ini bermula dengan tularnya sebuah video seorang wanita bertudung yang memaparkan kemesraan beliau dengan seekor anjing.

Dari video itu kita dapat menangkap bahawa wanita Melayu ini mempunyai hubungan yang istimewa dengan anjing tersebut.

Dengan kata lain ianya jelas bahawa wanita tersebut adalah tuan kepada anjing itu.

Ia juga jelas bahawa anjing tersebut adalah binatang pelihara beliau yang menetap di rumah yang sama.

Berikut adalah versi penuh video tersebut ;


Maka penuhlah setiap instrumen media samada perdana atau secara di dalam talian dengan komentar dari para bijaksana dan pemikir melayu.

Boleh dikatakan keseluruhan mereka sepakat menjatuh hukum HARAM kepada perbuatan ini kerana menurut Mazhab Syafie orang melayu di larang dengan sengaja menajiskan diri memegang anjing yang dikatogerikan sebagai najis mughalazah.

Ada juga para bijak pandai ini yang menolak hukuman HARAM dijatuhkan kepada perbuatan tersebut.

Mereka mengemukakan hujah dari buku yang ditulis oleh seorang Arab yang hidup di Timur Tengah dari zaman yang lampau.

Maka, dengan tertulisnya pemikiran Arab ini maka bolehlah seorang Melayu moden yang hidup di Semenanjung Tanah Melayu memelihara anjing.

Tanpa disedari masyarakat kita di dorong ke suatu sudut. Lalu memaksa pola fikiran mereka berfikir secara KEBAIKAN lawan KEJAHATAN.

Mereka yang memegang teguh aliran pemikiran Mazhab Syafie adalah kumpulan yang membawa KEBAIKAN.

Sementara mereka yang cuba membawa aliran pemikiran yang baru adalah agen KEJAHATAN yang cuba memporak-perandakan sistem masyarakat.


                              Jawapan dari mereka yang memegang
                                    kuasa
Rabies

Tatkala isu ini semakin kendur di mana ruangan media sosial tidak lagi di bom dengan masalah pemeliharaan anjing, tiba-tiba tanahair kita dikejutkan dengan kematian beberapa orang kanak-kanak akibat penyakit anjing gila di Sarawak.

Maka, penuhlah kembali ruangan media sosial dengan kenyataan yang berbaur "I told you so" tanpa kajian yang lebih mendalam.

Yang sebenarnya lyssavirus, virus yang membawa penyakit rabies ini bukan sahaja menjadikan anjing sebagai hos.

Ia juga boleh dibawa oleh kucing, burung, kelawar dan binatang-binatang lain.

KOMEN SAYA

Saya berpendapat manusia boleh sahaja memegang apa-apa jenis binatang pun kerana sebagai khalifah kita sudah semestinya dipertanggungjawabkan untuk mengurus kesemua binatang ini.

Adalah tidak munasabah jika kita diharamkan memegang beberapa spesis binatang sahaja, mengapa tidak yang lain ?

Bagaimanakah harus kita mengurus binatang-binatang ini jika kita tidak boleh memegangnya ?

Pada saya, perkara yang paling penting apabila mengurus binatang ialah soal kebersihan. Bukan jenis spesis binatang itu yang menjadi persoalan.

Binatang tidak berupaya untuk memandikan dirinya setiap hari seperti kita.

Maka dengan itu, sudah tentulah banyak bakteria, virus dan kutu yang terkumpul dan menumpang hidup pada bulu binatang-binatang ini.

Jika kita dapat memastikan bahawa tubuh binatang ini bersih, jauh dari sebarang bakteria, virus dan kutu maka tidaklah binatang ini boleh lagi membawa kemudaratan kepada kita.

Binatang-binatang yang terpelihara dari segi kebersihan sebegini boleh sahaja kita pegang dan usap. Namun, sebagai satu standard kebersihan yang tinggi, eloklah kita membasuh tangan setiap kali selepas memgang binatang ini. Terutama jika sekiranya kita mahu makan selepas itu.

Di zaman lampau, semasa ahli pemikir berketurunan Arab ini menulis kitab mereka (keupayaan mereka menulis adalah kerana negara yang mereka diami mempunyai teknologi yang diperlukan untuk berbuat demikian, bukan kerana mereka lebih pandai dari kita), besar kemungkinan penyakit rabies sedang menular di negara mereka sehingga menjadi suatu fenomena pandemic.

Peristiwa darurat tersebut berkemungkinan besar memutuskan mereka untuk menjatuhkan hukum HARAM kepada spesis binatang jenis anjing tanpa kajian yang lebih mendalam seperti yang telah ditemui oleh saintis zaman moden.

Saya ada satu persoalan untuk difikirkan oleh para pemikir agama di dalam masyarakat kita.

Tidak lama dahulu penyakit selesema burung pernah menular menjadi pandemic global di mana terdapat ramai juga rakyat Malaysia yang meninggal dunia samada kerana terlibat secara langsung di dalam industri ayam atau termakan ayam dan telur yang dijangkiti virus selesema burung.

Avian Flu ini saban tahun meragut nyawa yang ramai.

Soal saya, mengapa sehingga sekarang ayam tidak di isytiharkan HARAM.

Adakah kerana ayam adalah suatu industri yang menguntungkan jika dibandingkan dengan nilai ekonomi yang dibawa oleh spesis anjing sehingga ayam kebal dari hukuman anda ?

Jika benarlah anjing adalah najis sehingga kita dilarang memegangnya kerana ia boleh menajiskan diri kita, bagaimana pula dengan najis yang kita bawa setiap hari di dalam perut kita ini ? Tidak kita juga bleh dikategorikan sebagai najis ?

Mengapa pula ada mazhab yang membenarkan memegang dan memelihara anjing manakala mazhab yang lain menghukumnya sebagai HARAM ?

Bagi saya realiti bahawa ada mazhab yang mengharamkan dan ada yang membolehkan pemeliharaan dan perbuatan memegang anjing adalah bukti jelas bahawa manusia tidak dipertanggungjawabkan untuk menjatuh hukum.

Kecacatan ini (tiada kesepakatan keputusan) begitu ketara di dalam pelbagai perkara.

Maka ternyata sangat benarlah keterangan ini ;


A116

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta 'ini halal dan ini haram' untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tidaklah beruntung" AQ 16:116

Seperkara lagi yang menjadi kemusykilan saya ialah tindakan wanita melayu tersebut menularkan video beliau dan anjing peliharaannya.

Bukankah saudari sudah sedia maklum akan sensitiviti masyarakat kita mengenai perkara ini ?

Apa perlunya saudari berbuat demikian ? 

Jika perbuatan memelihara anjing dapat menjadikan jiwa saudari tenang dan fokus, teruskanlah perbuatan itu. Apa perlunya menunjuk-nunjuk ?

Sekarang, dengan tindakan saudari menunjuk-nunjuk gaya hidup saudari itu,  ketenangan dan kebahagian yang saudari kecapi sudah terganggu. Apa gunanya ?

Jika saudari mempercayai bahawa memelihara dan memegang anjing tidak HARAM, simpan sahajalah kepercayaan saudari itu sekemas-kemasnya di dalam dada.

Membuat sesuatu itu secara diam-diam tidaklah dapat memecahkan tembok kepercayaan yang saudari semat itu. Bukankah begitu ?

Isu Kedua

Isu ini lebih hebat kerana ia melibatkan keputusan Mahkamah Rayuan yang berupaya untuk menjadi kes duluan dan Undang-Undang yang boleh digunapakai serta perlu diterima oleh pelbagai Jabatan Kerajaan dan pihak berkuasa yang berkaitan.

Ini adalah isu yang saya maksudkan ;

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/07/27/nrd-has-no-right-to-add-abdullah-to-muslim-illegitimate-child-says-court/

Sebaik sahaja keputusan Mahkamah Rayuan ini menjadi tular di portal dalam talian, maka keesokan harinya para pemuka masyarakat pun mulalah berperang sesama sendiri.

Artikel demi artikel di tulis bagi membuktikan hujah masing-masing.

Sekali lagi, kitab-kitab lama orang Arab dibuka bagi mencari pendekatan paling sesuai bagi mempertahankan maruah aliran pemikiran yang mereka anuti.

Apabila keadaan menjadi tegang akibat masing-masing tidak mahu berinjak dari pendirian para imam yang menjadi kiblat mereka, maka bermulalah pertandingan tuduh-menuduh, cela-mencela dan sebagai senjata terakhir, terkeluarlah panggilan sesat dan sebagainya.

KOMEN SAYA

Seperkara yang para pemikir agama ini lupa ialah di sebalik kehebatan hujah mereka dan ketinggian aliran pemikiran yang mereka ikuti itu, terdapat sekujur tubuh kecil yang tidak berdosa sedang menanti hukuman seumur hidup akibat pertandingan kuasa hujah yang sedang mereka debatkan itu.

Bayi ini adalah real. Mereka akan hidup untuk sekurang-kurangnya 60-70 tahun akan datang.

Masa hadapan mereka di tangan kita orang-orang terdahulu, yang sepatutnya melindungi mereka dari malapetaka dan marabahaya.

Di tangan kuasa hujah anda wahai para pemikir agama, akan menentukan nasib bayi ini.

Begitu kotornya tangan kamu kerana terpalit dengan dosa membunuh potensi bayi ini untuk seumur hidup mereka dengan memalukan mereka secara terang-terangan.

Apakah keseronokan yang kamu boleh kecapi dengan tidak membenarkan mereka di"bin"kan dengan nama bapa kandung mereka.

Apa tidak bolehkah kita berhujah dengan menjadikan kebajikan bayi-bayi ini sebagai fokus utama ? 

Mengapa perlu kita ikut para imam yang hidup di era dan negara yang berbeza dari kita ?

Perlukah bayi kecil ini menanggung dosa keterlanjuran yang ibubapa mereka lakukan ?

Bukankah bayi ini adalah sebahagian dari bangsa kita ?

Sebahagian dari generasi hadapan Malaysia yang ditangan mereka terletak tanggungjawab mengharumkan nama negara ?

Berhentilah mengguna hujah bahawa nasab keturunan adalah penting kerana nanti wali dan perkahwinan akan menjadi tidak sah.

Bagaimanakah kamu berupaya menentukan sesuatu perkahwinan itu tidak sah, apa kamu mampu bertanya secara terus kepada Tuhan ? 

Sah atau tidak perkahwinan, kita yang menentukan melalui sistem undang-undang yang kita sendiri cipta.

Jika sekiranya kita mahu mengesahkan sesuatu perkahwinan itu dengan wali dari bapa luar nikah, maka kitalah yang mengatur undang-undangnya melalui akta dan peraturan yang digunapakai oleh pelbagai agensi, bukan orang lain. KITALAH YANG MENENTUKANNYA. 

Janganlah kaitkan Tuhan dengan sistem manusia. Ini hanyalah alasan untuk memundurkan diri kita.

A005

"Panggillah mereka mengikut nama bapa-bapa mereka; itu lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak tahu siapa bapa-bapa mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama, dan peliharaan. Tidak salah ke atas kamu jika kamu buat kesilapan-kesilapan itu, melainkan apa yang di dalam hati-hati kamu rancangkan. Allah Pengampun, Pengasih" AQ 33:5

Para Pemikir Masyarakat Bangunlah !

Bangunlah dari tidurmu kerana dikala engkau terlena diulit keasyikkan yang tak berpenghujung, masyarakatmu menanggung defisit ketidakupayaan intelek kamu di dalam membuat keputusan.

Bangunlah para pemikir masyarakat, terutama kamu si pemuka agama ! Sedang kamu seronok dan asyik diulit lena pengetahuan palsumu itu bangsa dan masyarakat lain sedang membina teknologi tertinggi. Berupaya melonjak maruah bangsa mereka. Mereka amanah (iman) kepada alam, kepada masa, kepada masyarakat yang mereka hidup di dalamnya menjadikan mereka yang tertinggi dari orang lain yang menolak hakikat (fitrah, deen) ini.

A139

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi , jika kamu orang-orang yang amanah (mukminina).” AQ 3:139


Sedang kamu berasa hebat berhujah mengenai perkara-perkara tahap tinggi seperti di bawah ini, masyarakat yang kamu gelar kafir sedang bersiap untuk menerobos langit, mengembara sehingga ke Planet Mars ke sempadan yang belum pernah ada manusia sampai.

Bangunlah sebelum masyarakat memilih untuk membiarkan kamu terus tidur ....

http://kehidupansatupersinggahan.blogspot.com/2017/06/ini-cara-cuci-kemaluan-yang-betul-kalau.html


http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/islam-benarkan-suami-jilat-kemaluan-isteri/

PEMIKIR.
Berbillion dana disediakan untuk menghasilkan penemuan ini. 


Ashwed


12 comments:

  1. Bukti saintifik kata man n dog co-exist lebih 30k tahun dulu dan kedua pihak telah dpt manfaat dr hbgn itu. Tempoh 30k thn itu lebih lama dr kewujudan organisasi agamawan kot.

    Wahai lebai ! Antara sentuh anjing vs sentuh rasuah yg mana lagi bahaya ? Evidence dan persepsi rasuah di sini kian teruk, maka lbh baik korang tentukan yg mana lbh priority dan mendesak ie nak ajak org ramai benci rasuah atau benci anjing yg x berdosa tu.

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Boleh tambah lagi isu atheist. Kononnya ada rancangan supaya orang tak percaya Tuhan.
    Juga isu murtad.

    Perlu selamatkan mereka ni dengan memberikan ilmu agama yang lebih mendalam. Tapi selalunya mereka ni berfikir sendiri sebab tak dapat terima ajaran agama itu sendiri. Mereka ada choice untuk terima atau tidak pandangan orang. But in the end they decide and make own choice. Or some people bila di khalayak ramai follow ajaran tapi takda orang follow own mind.

    Even yang beragama pun tak sama idea dan pandangan. Orang selalu suka beri pendapat berdasarkan pendapat yang berkurun lamanya. Tiada kajian atau bukti sahih dikemukakan.

    Dalam bidang sains teori lama pun cuba dibuktikan ada kepincangan. Teori lama dipatahkan dengan kajian dan bukti.

    Pasal video anjing dah jadi trend sekarang. Semua mau share with the world. Dunia tanpa sempadan. Teknologi boleh mengubah cara hidup. Bab agama ramai tak berani sebab nak hidup. Mau cari makan dan keseronokan. Walaupun kata ini semua dunia tapi yang kata tu suka dunia. Mau barang yang hebat belaka. Ironically most of the awesome product made by kafir.

    Di timur tengah asyik kes perempuan yang cuba langgar rules. Driving, pakai skirt, tak pakai tudung, dll.

    Ramai dibuai mimpi indah dan perasaan sayalah insan terpilih. Other matters .... banyak susah la mau fikir. Biar kafir yang fikirkan.

    Sorry la tunggang langgang story line. Hanya pendapat. Pendapat yang boleh bertukar bila mengalami sesuatu keadaan.

    Non

    ReplyDelete
    Replies
    1. The internet makes disruptions much easier. Organisasi agama yg berlandaskan kepalsuan dan kepercayaan karut akn dihakis sikit demi sikit dgn bantuan medium internet. Kebenaran pasti menang. Ahli agama dah gelabah mudharabah mughallazah hihihi

      Delete
  3. salam,

    saya melihat isu Tiva sebagai satu isu yang berulang dimana percanggahan tugas di antara mahkamah syariah dan sivil berlaku disebabkan dwi sistem yg diamalkn di negara ini.

    sekiranya kita berpegang pada satu iaitu quran sahaja, maka perkara ini mudah diselesaikan. satu, penukaran agama adalah tidak dilarang sama sekali oleh tuhan kerana kepercayaan adalah tertakluk kepada diri individu itu sendiri.

    kedua, anak yg menjadi isu ini haruslah mengikuti anutan agama asal sebelum penceraian ibubapa berlaku disebabkan faktor penukaran agama.

    ketiga, anak itu bebas memilih anutan kepercayaan nya sendiri mengikut kadar usia yg ditetapkan tanpa sebarang halangan berbentuk hukuman.

    tetapi apa yg kita lihat hari ini adalah hasil dari amalan yg diamalkn selain quran. jadi tidak hairanlah sekiranya perkara seperti ini berlaku dan akan terus berulang di masa akan datang.

    contoh:-

    quran:- murtad (convert) - tiada hukuman
    riwayat:- murtad (convert) - dihukum bunuh.

    disitu sudah jelas perbezaan.

    ReplyDelete
  4. Salam, apa tuan tulis ialah masalah hipokrasi masyarakat melayu kita sangat serius.

    Saya teringat pernah buat satu kajian filem bertajuk 'No country for old men' bbrp ketika dulu.

    Filem ini menang Oscar sbg. filem terbaik kerana menyedarkan setiap manusia bersifat hipokrit bergantung kpd keperluannya.

    Watak Llewelyn seorang yg baik dan empati telah menjumpai satu jumlah duit drpd pertempuran cartel dadah Mexico.

    Llewelyn melarikan peti duit tersebut kerana baginya itu adalah peluang utknya hidup senang lenang kerana dia seorang miskin.

    Semasa dlm persembunyian di motel, seorang wanita cantik mengajaknya tidur bersama ttp Llewelyn menolak dgn memberitahu dia telah berkahwin dan seorang Kristian yg alim.

    Tp dia tak rasa bersalah perbuatannya itu mencuri duit dr aktiviti haram.

    Scene ke-2 seorang remaja membantu Anton yg cedera parah. Anton menghulurkan duit sbg ganjaran tp remaja itu menolak dgn berkata dia ikhlas membantu orang kesusahan dan tak mengharapkan balasan.

    Tapi Anton bertegas memberi duit ganjaran itu. Kemudian rakan kpd remaja tadi minta duit itu dibahagi dua dan remaja yg membantu enggan berkongsi dgn hujah dia bersusah payah membantu Anton yg cedera parah.

    Memang lah filem ini cerita rekaan ttp ceritanya ialah kebenaran tentang diri setiap manusia yg bersifat hipokrit.

    Saya bukanlah sempurna dan 100% baik. Tp satu perkara buatkan sy selalu fikir kenapa sy lebih sihat dan bersih drpd orang2 yg kuat agama. Sy sering dipandang serong krn saya tak follow sangat amalan2 dan fahaman2 agama ni tp mereka yg pandang serong pada saya ramai tidak mengutamakan amalan kebersihan spt pengurusan sampah di rumah, tandas/bilik air yg selesa dan bersih, lantai, karpet dsbg.

    Cuba kaji dan perhati amalan kebersihan di kalangan orang beragama ni.

    Tandas awam di Korea Selatan jauh lbh bersih dan selesa digunakan dari tandas dlm mazjeed besi putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...

      Kita boleh lihat kalau masyarakat kita makan dekat McDonalds, lepas selesai makan semua bekas sampah, kertas burger atau sisa makanan dibiarkan atas meja... Klu Westerners, majority nya akan kumpul semua sampah dan buang ke dalam tong sampah dan letak bekas tray ke tempat kumpul tray...

      Mereka di label Kafir tapi amalan menjaga kebersihan mereka jauh lebih baik dari yg melabel mereka Kafir... one word - hypocrites / munafiks..

      Becks

      Delete
    2. more like "holier-than-thou"..

      mereka anggap makan dengan tangan kanan akan diberi pahala dari membersihkan sisa makanan yang ditinggalkan

      mereka anggap menutup kepala ketika buang air akan diberi pahala dari membersihkan najis yang melekat di mangkuk tandas

      alangkah bagusnya jika mereka guna akal...

      Delete
  5. Apa punya baghal lea!sampaikan nak cuci 'martol / cipap sendiri pun kena ostard ajar ka?

    ReplyDelete
  6. Tambah lagi satu isu. Bagaimana boleh ada idea asingkan gelas minuman di kantin sekolah. Jika ajar pengasingan sampah logik la kan.

    Apakah yang menyebabkan sampai boleh sampai begini? Ini macam dasar apartheid. Adakah sekolah tersebut ingin mengajar dasar ini? Suci sangat ke mulut orang yang mencetuskan idea ini.

    Tak kemana la orang tu. Tak boleh hidup bermasyarakat dengan pelbagai bangsa, kepercayaan, jantina, etc. Islam ke begini. C
    Pelik sungguh bila Tuhan galakkan berkenalan dengan semua orang. Takda pula suruh amal dasar apartheid ni.

    From leading simple life jadi payah pula. Over thinking.

    Non

    ReplyDelete
  7. orang kita suka menyusahkan yang senang, mendahulukan yang kemudian..

    "priority" nrd adalah bdra..senang je

    ReplyDelete
  8. Salam.

    Isu keturunan pun tak kurang kecohnya. Afew years back ada dokumentari tentang dna. One guy agama islam terkejut yang dia mempunyai keturunan jews. A snall world after all ya.

    http://www.iflscience.com/plants-and-animals/white-supremacists-taking-ancestry-tests-arent-happy-about-the-results/all/

    Non

    ReplyDelete
  9. I like this post title 'Isu-isu Semasa'.
    So many issues.

    http://www.aljazeera.com/indepth/opinion/2017/08/middle-east-roll-repeal-marry-rapist-laws-170822095605552.html#

    ReplyDelete