Kedamaian Untuk Semua,
Baru-baru ini, saya berjaya memujuk badan bukan kerajaan yang saya anggotai untuk mengadakan suatu program kem motivasi secara percuma.
Tujuan utama kami membuat kem ini adalah untuk membuka minda para pelajar sekolah menengah mengenai dunia perniagaan.
Kami sebulat suara untuk menggerak penyertaan pelbagai bangsa dari sekolah menengah yang tidak berprestasi tinggi.
Di waktu yang sama, kami menjemput sekolah-sekolah yang mencapai keputusan akademik yang tinggi tetapi beraliran agama.
Kem ini dibuat selama 3 hari. Kami secara sengaja menempatkan para peserta berlainan bangsa dan agama di dalam satu bilik.
Begitu juga, kami hanya menyediakan sehelai kemeja-t untuk seluruh peserta kenakan sepanjang mereka menyertai kem tersebut. Dengan tujuan untuk bersatu hati melalui pakaian.
Harapan kami ialah untuk menyaksikan rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa bersama-sama menumpu kepada suatu titik fokus iaitu perniagaan.
Mungkin dengan mencari satu titik persamaan, masyarakat kita dapat bercantum dan berintegrasi tanpa dibezakan dengan agama dan bangsa.
Berikut adalah post mortem ringkas yang dapat saya perhati dan kongsikan di blog ini ;
1. Murid dari sekolah kebangsaan harian mempunyai semangat harmoni yang lebih tinggi dari mereka yang datang dari sekolah berasrama penuh.
2. Budaya arab terlalu jauh menyelusup ke dalam sanubari para pelajar berbangsa Melayu.
3. Terdapat suatu elemen kebencian senyap terkumpul di dalam dada para pelajar dari sekolah agama terutamanya pada murid perempuan.
4. Kebanyakkan murid tidak kira bangsa mempunyai tahap pengetahuan yang standard. Membawa makna ia terpulang kepada murid itu sendiri atau para guru untuk melatih pemikiran mereka supaya berubah samada menjadi positif atau negatif.
Pemupukan Virus Kebencian
Jikalah saya dipohon untuk memberi jawapan dengan hanya mengguna satu perkataan sahaja tentang apakah yang mendorong manusia menjadi pembenci.
Nescaya jawapan saya adalah AGAMA.
Ya AGAMA disebalik tujuan asalnya untuk menjadikan manusia menjadi seorang insan yang baik, terbukti menjadi hal yang sebaliknya.
Saya sebenarnya memberikan jawapan itu semasa membuat ucapan penutup kem tersebut.
Ucapan ini di asaskan dari tulisan saya di blog ini tidak lama dahulu iaitu mengenai pembahagian subjek-subjek dunia kepada rumah dan bilik.
Dan saya melihat dengan mata kepala saya sendiri, bagaimana para pelajar Melayu yang bakal membentuk generasi hadapan tanahair kita terlopong mulut mendengar jawapan tersebut.
Ini dapat saya saksikan dengan begitu ketara terdapat pada diri para pelajar perempuan.
Agaknya, jika kita menunjukkan gambar ini kepada mereka, mungkin di dalam hati mereka berkata .. generasi atuk dan nenek mereka semuanya adalah ahli NARAKA.
Begitu bugarnya perasaan kebencian di dalam diri mereka sehingga ada di antara anak-anak gadis ini semasa di bawa melawat Kelab Golf, tidak mahu melintas di hadapan kolam mandi kerana enggan melihat orang lain memakai baju renang.
Saya percaya semasa berumur 13 tahun, di kala hari pertama ibubapa mereka menghantar anak-anak gadis ini ke sekolah berasrama aliran agama, kemungkinan besar mereka sudah banyak kali melihat aksi kolam renang samada melalui filem cereka yang ditayang di kaca televisyen atau melalui sukan renang.
Saya tertanya-tanya apakah di waktu tersebut mereka ini menjadi seorang yang bankrap santunnya ?
Kemeja-T yang kami berikan, dipakai dengan sebahagian besarnya dilindungi tudung labuh yang menutupi keseluruhan motif baju tersebut.
Di suatu malam yang lain pula, kami mengkehendaki kesemua peserta membuat ucapan umum secara berkumpulan.
Di kala anak-anak Cina bercakap mengenai perniagaan data, anak-anak muda kita pula bercerita mengenai niat mereka mahu membebaskan Masjid Al-Aqsa dari cengkaman Israel.
Dari pemerhatian, saya dapati dari beratus pelajar yang hadir, hanya segelintir sahaja yang berperangai begitu.
Namun, jumlah ini akan semakin bertambah dengan peningkatan umur.
Ini dapat dibuktikan dengan memerhatikan lagak rakan dan taulan kita di dalam kumpulan-kumpulan media sosial.
Mereka ini dahulunya tergolong di dalam kumpulan majoriti yang berpawatakan sederhana tadi.
Namun, tekanan dari masyarakat menyebabkan mereka ingin menjadi "a famous muslim" bukannya "a good muslim".
Salah satu cara untuk menjadi "a famous muslim" ialah dengan menjadi lebih ekstrim dari rakan muslim yang lain. Menjadi lebih Arab dari rakan Melayu mereka yang lain.
Sehinggakan cara duduk pun perlu ditadbir oleh agama dengan mengguna nama Tuhan sebagai modal untuk memastikan manusia mematuhi arahan itu.
https://suaramedia.org/amaran-duduk-posisi-ini-dimurkai-oleh-allah-berikut-adalah-penjelasan-hadis-rasulullah-saw/
Ini dilakukan demi membuktikan bahawa DNA Agama Islam mereka adalah lebih hebat dari rakan yang lain.
Gerakan Taliban
Beginilah cara puak Taliban lahir di Afghanistan.
Suatu ketika dahulu Afghanistan adalah seperti negara-negara membangun yang lain.
Mereka sibuk dengan pencarian pengetahuan yang berasaskan sains dan teknoloji dengan sistem pentadbiran yang lebih teratur dan sekular, sebelum kesemuanya digantikan dengan sistem Taliban di mana theokrasi dijadikan asas negara.
Mungkin ada yang berpendapat sistem Taliban adalah tindakbalas masyarakat Afghanistan apabila kuasa asing cuba menjajah negara mereka.
Namun, jika difikirkan kuasa asing ini sudah berpuluh tahun keluar dari negara mereka ? Mengapa rakyat Afghanistan masih belum dapat membina negara mereka dengan mengutamakan kebajikan masyarakatnya ?
Saya memanggil proses pemupukan perasaan kebencian ini sebagai TALIBANISMA.
Kini, tanahair kita di hidangkan dengan berita-berita sebegini ;
Inilah permulaan proses Talibanisasi.
Perkara kecil ini pastinya akan menjadi virus di dalam diri anak-anak kita.
Bayangkan jika sedari kecil mereka sudah ditanam dengan sikap membeza-bezakan di antara manusia ?
Agaknya dapatkah anak-anak ini membesar menjadi seorang yang bersifat rendah diri dan inklusif ?
Dapatkah mereka ini menjadi seorang yang matang dengan jiwa yang besar ?
Dan yang paling penting, dapatkah mereka ini membesar menjadi seorang yang damai (muslim) dalam erti kata yang sebenar ?
Sebelum ini, negara digegarkan dengan berita bagaimana para pelajar bukan Islam di minta untuk makan di dalam tandas di waktu bulan Ramadhan dengan alasan untuk menghormati para pelajar Islam.
Kemudiannya, kita digegarkan pula dengan berita bagaimana seorang pelajar sekolah tidak dibenarkan mengambil bahagian di dalam pertandingan "chess" semata-mata kerana memakai blouse yang menampakkan kaki.
Saya dapat merasakan kebencian terpendam yang meluap-luap di dalam diri masyarakat kita.
Yang bukan Islam pula setelah diperlakukan sedemikian rupa oleh orang Islam, apabila besar, pasti ada di antara mereka yang ingin membalas dendam.
Maka, terjadilah peristiwa memilih bulu di dalam bidang-bidang yang mereka kuasai.
Lama-kelamaan masyarakat kita semakin menjadi sebuah masyarakat yang berpecah-belah.
Ini mengakibatkan kita dengan mudah dijadikan hidangan oleh mereka yang memegang kuasa, tidak kira dari mereka yang memegang tampuk kekuasaan kerajaan atau pakatan pembangkang.
Sebuah masyarakat yang berpecah belah akan menjadi lemah.
Kelemahan ini akan mengakibatkan masyarakat kekurangan modal negosiasi apabila berhadapan dengan golongan yang berkuasa.
Natijahnya, nasib kita sebagai sebuah masyarakat yang berjumlah lebih dari 30 juta manusia akhirnya berada di dalam genggaman segelintir manusia pelampau.
Dan ini semua berpunca dari sikap tidak bertoleransi akibat dari pemahaman AGAMA.
Sedih rasanya membayangkan fakta bahawa kita sebenarnya sedang menyaksi bibit-bibit proses Talibanisasi sedang terjadi di hadapan mata kita.
Proses permulaan negara menjadi mundur di mana masyarakatnya tidak berupaya membezakan di antara fantasi dan realiti.
Saya tidaklah mahu menafikan bahawa sistem beragama adalah realiti kehidupan masyarakat kita.
Namun, tidakkah kita berkemahuan menjadi "a good muslim" iaitu seorang manusia yang damai.
Menjadi seorang ikon dan dihormati kerana kebajikan yang dilakukan di dalam masyarakatnya bukan menjadi terkenal kerana sifat tidak bertoleransinya.
Menjadi seorang yang rendah diri, saling memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukan tidak mengira agama dan warna kulit ?
Bukankah ini yang di ajar Nabi Terakhir ? Mengapakah kita menolak ajaran ini ?
Apakah yang mendorong baginda untuk melakukan kebaikan, adakah baginda mahu menjadi terkenal atau sekadar mencari keredhaan Illahi ?
Ashwed
Tuan, cerita la lagi apa reaksi pelajar2 tu selain daripada mulut terlopong apabila Tuan cakap agama mendorong manusia menjadi pembenci. Apa reaksi non-muslim? Menarik juga kalau dapat tengok dengan mata kepala sendiri apa reaksi mereka.
ReplyDeletehttp://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/08/29/current-extremism-a-byproduct-of-saudi-type-islam-says-professor/
DeleteIni ckp seorang ahli akademik/ulama, jika x setuju sila sanggah guna fakta, jgn main label saja. Tq
Sy pon gusar dgn keadaan semasa, ttp bila bercerita dan diskus dgn kelompok kawan2 sy, hanya segelintir yg akui/acknowledge benda ini. Dan masing2 berasakan kehilangan harapan kerana perkara talibanisasi ini juga ada political will dibelakangnya yg juga didorong oleh "ignorance" dan sifat fatalistik majoriti org melayu.
ReplyDeleteYg mana dikalangan kwn sy yg ultra, akan cop sy islam liberal dgn tonasi kebencian dan kerisauan akidah sy sesat.
Tak tau la mcm mana dh.
-mimn
Salam Mimn...
DeleteWell said... Mmg ini lah mindset di kalangan majoriti melayu... tahap intelek semakin 'narrow'...
'Political Will' yg disebutkan ini from my understanding is because of desperation to maintain grip on power... through out the political history of man, playing the religion game has been successful in maintaining grip on power... to a certain extent until the majority decides to breakaway or revolt (a good example is current day Tunisia - even though Tunisia is not on the same level of German innovation but at least they have made the 1st step)... unfortunately, our current situation is the other way round, that the malays are giving in to religion... like it or not you, me and readers of this forum have a titanic role to bring the malays and breakaway... We will succeed (eventually) if we stick firm with the Quran...
[13:11]... Allah does not change the condition of a people UNLESS THEY CHANGE THEMSELVES...
Becks
Ttp bila terjadinya perkara2 seperti ini
ReplyDeletehttp://www.thestar.com.my/news/nation/2017/08/24/sea-games-videos-of-duo-playing-dhol-at-football-match-go-viral
Sgt lega dan gembira hati sy.
Timbul rasa yg kita masih ada harapan.
Inilah contoh kesatupaduan kaum2 yg berbeza atas satu matlamat.
Sukan boleh menyatukan.
Agama memecahbelahkan tak kira walau apa jua agama itu krn menanamkan mentaliti us against them. Dan juga apa ideologi pon yg berbentuk ultra dan supremacist.
-mimn
Bertuah bebudak kem tu dapat buah fikiran dlm usia muda yg mampu jadi titik permulaan bebas dari dogma.
ReplyDeleteTaliban adalah salah satu dr produk saudi yg dibiayai oleh sumber kekayaan hasil export petroleum. Bermula sekitar thn 70an, saudi bagi duit kpd sek2 agama di india (cth darul uloom) dan beberapa negara lain termasuk pakistan, m'sia etc. Lepasan sek2 ini turut hasilkan watak2 yg ekstrim (cth arwah nik aziz etc)...... the rest is history
ReplyDeletehttps://www.ft.com/content/d807f15a-7db0-11e5-98fb-5a6d4728f74e
Masyarakat melayu dihanyutkan dengan ramalan kedatangan Dajal, turunnya al-masih, kuda terbang, manusia bawah tanah. Sehinggakan pemikiran masyarakat lebih kepada mitos dan bukan logik.
ReplyDeletePaling pelik ialah bila kita sembang pasal logik, marah pulak seolah logik tak boleh pakai dalam Islam. Tapi bila masa nak makan tau pulak kena masak baru boleh makan sebab logik makanan kena dimasak terlebih dahulu.
Masyarakat bangsa lain dah bangunkan teknologi angkasa, nano scale. Kita masih dok asingkan gelas antara pelajar Islam dan bukan Islam.
myherb2u
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteBukan terhadap orang yang tak ikut cara mereka sahaja. Binatang pun menjadi mangsa kebencian terutama sekali anjing.
Budak-budak pun bila nampak anjing dalam rumah suka provoke. Kekadang baling batu.
Tak lupa juga statement from my friend yang quote menyatakan pada akhir zaman Nabi Isa akan bunuh semua anjing dan babi.
Bukan ke kita sebagai manusia tidak boleh sesuka membunuh. Tak sure plak if my friend sanggup bunuh.
Jika baca blog tentang binatang, akan ada shelter yang ada polisi no kill. Ada juga doktor di Spain yang akan cuba selamatkan bintang yang dalam keadaan teruk.
May God bless these kind hearted people.
Non
.kaji dulu sejarah Taliban dan yg terbaru ISIS..siapa itu SYIAH LAKNATULLAH..kaji semua tu..baru kamu tau siapa yg menghembus kebencian terhadap bangsa lain..isu kolam renang tu memang patut sebagai seorang muslim samada lelaki maupun perempuan, mengelak dr menghampirinya..tiada kaitan dengan Arab atau apa2..tiada agama yg mengajar kebencian tetapi agama Islam membataskan pergaulan lelaki dan perempuan..Islam tak ajar umatnya mendera binatang..jangan menyalahkan agama tetapi salahkan perangai penganutnya..kesimpulannya PENULIS ADALAH RACIST terhadap Islam.
ReplyDeleteSalam,
DeleteDi era moden dengan maklumat di hujung jari masih ada manusia yang takut kepada kolam renang ?
Islam bukan sebuah organisasi. Jauh sekali ia boleh dikaitkan dengan bangsa. Islam berasal dari perkataan salam (sin-lam-mim) yang membawa maksud damai.
Damai adalah fitrah (deen) yang di redhai Allah. Damai tidak dapat dikecapi selagi manusia berpuak-puak ada yg islam ada yg hindu ada yg buddha ada yg kristian dan judaisma. Ada lagi sunni ada yg syiah. Ada pula protestan dan katolik.
Bukti paling sahih ialah di dalam tulisan saudara sendiri yang memanggil syiah sebagai laknatullah. Macamana sdr tahu mereka dilaknat ? Sdr berkawan dgn tuhan agaknya boleh tanya terus ?
Menurut sejarah, di zaman emas tamadun islam kebanyakkan para saintis yg membawa perubahan berbangsa Parsi. Mereka yg berbangsa Parsi terkenal menganut aliran syiah. Jika mereka berjaya memodenkan tamadun lalu rakyat menjadi sejahtera kerana hasil usaha mereka, maka di mana kebenarannya mereka di laknat ?
Damai/salam/shalom/shanti/peace
Anon,
DeleteSiapa itu Taliban, siapa itu ISIS, siapa itu Syiah? kalau nak bangkang pon biarlah berterus terang dengan fakta.
Racist adalah AntiBangsa...adakah Islam itu bangsa? Bangsa yang mana? Arab kah?
Pergaulan yang bagaimanakah yang dibataskan oleh Islam antara lelaki dan perempuan? jangan diserkap jarang saja dan jangan menidakkan kebolehan manusia untuk berfikir yang mana baik dan buruk.
Sebelum terus menghentam penulis, cuba baca keseluruhan blog untuk mengetahui aspirasi penulis sebenarnya.
Typical Islamist. Takbur.
DeleteOrang lain salah. dia yang betul. Orang lain sesat. dia yang benar. orang lain laknat. dia yang suci.
DeleteHolier than thou memang tipikal sifat peribadi seseorang yang merasakan kepercayaan dia sahaja yang benar tanpa mengkaji dan mencari fakta kesahihan.
Well, hanya laluan di kolam renang saja sudah dijustifikasikan sebagai satu kesesatan, tiada siapa yang suruh pandang orang pakai bikini atau swimming trunk dalam tu. Just lalu je. Belum lagi lalu dekat kuil atau gereja, mau dituduh murtad.
Hipokrit on the highest level.
Senang-senang je jatuh hukum. Macam la dia tu tuhan. piiirahhh.
Hello.
DeleteApakah yang menyebabkan kanak-kanak mbaling batu atau sengaja mengacau anjing yang betada dalam kawasan.
Mengapa kawan saya mengatajan pada akhir zaman Nabi Isa akan membunuh semua anjing dan babi?
Ini kerana selepas mendengar ceramah atau semasa dalam kelas.
Ya. Mungkin ada segelintir orang yang suka mendera binatang walaupun tanpa dipengaruhi oleh ucapan orang lain. Ini psychopath.
Ini hanyalah contoh bila minda telah diberi input sedemikian rupa. Adakah anda boleh berjalan sekiranya ada anjing jinak lalu sebelah?
I salute the ladies yang membela anjing yang viral tu. Berani walaupun tahu majoriti masyarakat akan menghentam dan menuduh kurang dalam hal agama.
Are you one of them? Belum lagi pergi negara Islam di mana mereka boleh bela anjing. I saw a lady walk her dog while visiting one such country.
Di sini saya hanya menulis berdasarkan apa yang saya alami. Saya pernah nampak sekumpulan budak melayu pegang anjung masa jungle trekking. Mereka teringin nak pat the dog. Masa tu jer la boleh tanpa mendapat penilaian orang lain. Anjing tu kenal mereka sebab sejak dari kecil anjing tu mereka bermesra. Itu yang saya dapat dengar sebab mereka sangat excited tengok anjing tu dah besar. Budak-budak ni curious despite dengar ajaran yang anjing tu kotor. Tak lah sampai baling batu.
And again how people treat other people or animals bergantung pada individu interpretation.
Just like anon 7:59.
Non
Hadiah khas bagi Anon 28 Augt.2017@07.59;
ReplyDelete6:101 Dia pencipta langit dan bumi mana mungkin baginya anak atau teman wanita malahan Dia yang menciptanya dan mengetahui segalanya.
6:102 Demikianlah Allah Pemelihara kamu tiada tuhan selain Dia mencipta segalanya maka berkhidmatlah kepada Dia yang mewakili segalanya.
6:103 Tidak tercapai penglihatan kamu atas Dia malahan tercapai penglihatan Dia keatas kamu dan hanya Dia yang Meneliti yang Menyedari.
6:104 Pasti telah datang kepadamu keterangan jelas dari Pemeliharamu maka sesiapa melihatnya bagi dirinya dan sesiapa buta terpulang baginya dan aku bukanlah penjaga bagimu.
6:105 Demikianlah diterangkan ayat-ayatnya berbagai cara terperinci supaya mereka pelajarinya dan dijelaskan kepada kaum yang memahaminya.
6:106 Ikutilah apa yang diilhamkan kepadamu dari Pemeliharamu maka tiada tuhan selain Dia dan berpalinglah kamu dari orang yang sekutu.
6:107 Dan jika dikehendaki Allah mereka tidak menyekutukanya dan Kami tidak menjadikan kamu penjaga atau wakil mereka.
6:108 Dan jangan kamu mencaci orang yang menyeru selain Allah jika demikian mereka akan mencaci Allah dengan melampau tanpa ilmu pengetahuan demikianlah Kami ilusikan indah bagi setiap ummat dengan apa yang telah mereka amalkan kemudian kepada Pemelihara mereka dikembalikan dan dikhabarkan apa yang telah mereka lakukan.
6:109 Dan mereka bersumpah dengan Allah jika datang kepada mereka suatu tanda-ayat pasti mereka amanah dengannya maka katakan tanda-ayat hanya dari Allah dan kamu tidak memahaminya malahan apabila dianya datang mereka tidak amanah dengannya.
6:110 Dan Kami terbalikan hati dan penglihatan mereka sepertimana mereka tidak amanah dengannya pertama kali dan Kami biarkan mereka dalam keangkuhan maka mereka dalam kebingungan.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete6:131 Malahan tidaklah bagi Pemeliharamu memusnahkan sesuatu negeri melainkan kebanyakan dari penghuninya adalah orang yang lalai.
6:132 Dan setiap orang ada darjat bagi amalanya malahan Pemeliharamu tidak lalai dari apa yang kamu lakukan.
6:133 Dan Pemeliharamu yang terkaya dan pemiliki rahmat jika dikehendaki dilenyapkan kamu dan digantikan sesudah kamu sesiapa dikehendaki dan dijadikan mereka dari keturunan yang terkini.
6:134 Maka apa yang dijanjikan bagimu pasti ditunaikan dan janganlah kamu menjadi orang yang berputus-asa.
6:135 Katakan wahai kaumku beramalah mengikut kemampuanmu malahan aku juga beramal kelak kamu akan mengetahui kesudahan daerahmu pasti tidak beruntung bagi orang yang zalim.
6:136 Dan mereka bahagikan kepada Allah sebahagian dari hasil ladang dan ternakan dan berkata ini bagi Allah mengikut anggapan mereka dan ini bagi sekutu kami maka apa yang bagi sekutu mereka tidak sampai kepada Allah dan apa bagi Allah sampai kepada sekutu mereka maka sangat buruk apa yang mereka tetapkan.
6:137 Demikian mengilusikan indah bagi orang yang sekutu menghapuskan anak mereka dan mengelirukan diina mereka jika dikehendaki Allah mereka tidak melakukanya maka tinggalkan mereka dengan apa yang mereka telah mengadakanya.
6:138 Dan mereka berkata ini ternakan dan dusun larangan tidak siapa dapat memakanya melainkan kami kehendaki dianya pendapat mereka dan sebahagian ternakan diharamkan menungangnya dan memakan ternakan mereka tidak diingatkan nama Allah atasnya malahan mereka yang mengadakanya pasti Allah memberi pembalasan keatas apa yang telah mereka mengadakanya.
6:139 Dan mereka berkata apa yang didalam perut ternakan ini dikhaskan bagi lelaki kami dan diharamkan bagi pasangan kami dan jika dianya mati mereka bersekutu dengannya pasti diberi pembalasan keatas apa yang mereka tetapkan maka hanya Dia yang bijaksana yang mengetahui.
6:140 Pasti rugi orang yang menghapuskan anak mereka atas kebodohanya dan tanpa ilmu dan mereka haramkan apa yang Allah menrezekikan mereka dan mengadakan dusta terhadap Allah pasti mereka sesat darinya dan mereka itulah orang yang tidak mendapat petunjuk.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete6:141 Dia yang menumbuhkan ladang yang menjalar dan tidak menjalar dan dari palma dan bermacam tanaman yang dapat dimakan dan zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa maka makanlah buahnya apabila ranum dan tunaikan haknya pada hari menuai hasilnya dan jangan kamu membazir Dia tidak mencintai orang yang membazir.
6:142 Dan dari ternakan bagi pengangkutan dan direbahkan untuk disembeleh maka makanlah dari apa yang direzekikan Allah dan jangan kamu ikut jejak syaitan sesungguhnya dia bagimu musuh yang nyata.
6:143 Dan lapan berpasangan dua pasangan dari berbiri dan dua pasangan dari kambing maka katakan adakah dua jantan atau dua betina atau apa yang dikandung rahim dua betinanya diharamkan maka khabarkan kepadaku pengetahuanya jika kamu orang yang benar.
6:144 Dan dari unta sepasang dan dari lembu sepasang maka katakan adakah dua jantan atau dua betina atau apa yang dikandung rahim dua betina diharamkan dan adakah kamu saksinya ketika Allah wasiatkan ini maka siapa lebih zalim dari yang telah mengadakan dusta terhadap Allah bagi menyesatkan manusia tanpa ilmu malahan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.
6:145 Katakan aku tidak dapati dari apa yang diilhamkan kepadaku yang diharamkan memakanya melainkan dianya bangkai atau darah mengalir atau lahmu khinziirin dianya kekotoran dari perlakuan kefasikan dan yang dipersembahkan kepada selain Allah maka sesiapa darurat bukan disengajakan dan bertujuan melanggar batas hukumnya maka hanya Pemeliharamu yang Pengampun yang Penyayang.
6:146 Dan kepada haaduu Kami haramkan segala yang berkuku dan dari lembu dan kambing dan lemak dari keduanya kecuali apa yang melekat dibelakangnya dan diperutnya dan ditulangnya demikianlah pembalasan atas kebiadapan mereka dan pastinya Kami menurunkan yang benar.
6:147 Dan jika mereka mendustakan kamu maka katakan Pemeliharamu memiliki rahmat yang tersangat luas malahan tiada sesiapa yang dapat menghindari azabnya bagi kaum yang melakukan dosa.
6:148 Kemudian berkata orang yang sekutu jika dikehendaki Allah tidaklah kami sekutu dan tidak juga bapa kami dan kami tidak haramkan sesuatu demikianlah orang sebelum kamu berdusta hingga mereka merasai azab Kami dan katakan apakah disisimu ilmu maka keluarkan dan tidaklah kamu ikuti melainkan prasangka dan hanyalah anggapan kamu.
6:149 Katakan segala hujah yang matang hanya dari Allah jika dikehendaki pasti diberikan petunjuk kepadamu sekelianya.
6:150 Katakan kemukakan saksimu orang yang menyaksikan bahawa Allah mengharamkan ini jika mereka beraksikanya maka janganlah kamu menjadi saksi bersama mereka dan jangan kamu mengikuti nafsu orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan orang yang tidak amanah dengan akhiratnya dan mereka yang sekutukan Pemelihara mereka.
Jangan gerakkan mulutmu sebelum memahami Quran!?!...
Doktrin smpi tahap jadi bodoh rasa ego anggap diri berkawan rapat dgn Tuhan Allah. Anti org lain mandi kolam renang sebab malu body tak cantik atau byk kurap pada kulit. Pasti ada masalah peribadi menghantui diri sendiri smpi membenci orang lain menikmati kehidupan lebih baik dari dia.
ReplyDeleteMaafkan! tertinggal ayat 111 - 130;
ReplyDelete6:111 Dan jika Kami turunkan kepada mereka malaikat atau diizinkan mereka bercakap dengan orang mati dan dihimpunkan sekelianya dihadapan mereka pasti mereka tidak amanah melainkan dianya dikehendaki Allah malahan kebanyakan dari mereka menjadi bingung/jahiliah.
6:112 Demikian Kami jadikan bagi setiap nabi musuh, syaitan dari manusia dan jinni dan mengilhamkan ucapan palsu yang indah bagi menipu dan jika dikehendaki Pemeliharamu pasti mereka tidak melakukanya maka biarkanlah mereka dengan apa yang telah mereka mengadakanya.
6:113 Dan supaya hati orang yang tidak amanah dengan akhirat cenderung kepada mereka dan meredhai dengan apa yang telah mereka adakan.
6:114 Apakah aku akan mencari hakim selain Allah sedangkan Dia yang menurunkan kitab terperinci kepadaku malahan bagi orang yang telah didatangkan kitab mereka mengetahui yang dianya diturunkan dari Pemelihara kamu dengan benar maka jangan kamu menjadi seperti orang yang dalam keraguan.
6:115 Dan tamatlah sudah kalimah yang benar dari Pemeliharamu yang adil dan tidak akan dapat sesiapa pun mengganggu gugat kalimahnya dan Dia yang Mendengar yang Mengetahui.
6:116 Dan jika kamu mengikuti kebanyakan manusia dibumi pasti mereka menyesatkan kamu dari jalan Allah dan tidaklah mereka mengikuti melainkan prasangka semata-mata dan hanyalah anggapan mereka.
6:117 Pemeliharamu pasti mengetahui siapa yang sesat dari jalannya dan siapa yang mendapat petunjuknya.
6:118 Maka makanlah dari apa yang diingatkan nama Allah keatasnya jika kamu amanah dengan ayat-ayatnya.
6:119 Dan mengapa tidak kamu makan dari apa yang diingatkan nama Allah atasnya malahan Dia telah menjelaskan kepadamu apa yang diharamkan melainkan apa yang darurat darinya dan kebanyakan dari mereka sesat adalah kerana mereka mengikuti nafsu mereka tanpa ilmu malahan Pemeliharamu pasti mengetahui siapa yang berpaling.
6:120 Dan tinggalkan dosa yang nampak atau tersembunyi dan orang yang melakukan dosa diberi balasan dengan apa yang telah mereka lakukan.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete6:121 Dan jangan kamu makan apa yang tidak diingatkan nama Allah atasnya dan dianya suatu kefasikan pastinya syaitan telah mengilhamkan pemimpin mereka supaya berhujah denganmu dan jika kamu mentaati mereka maka jadilah kamu darinya orang yang sekutu.
6:122 Adakah orang mati yang Kami hidupkan dan diberikan keterangan dan bergerak dikalangan manusia sama seperti misalan orang yang dalam kegelapan dan tidak dapat keluar darinya demikianlah diilusikan indah bagi orang yang ingkar dengan apa yang telah mereka lakukan.
6:123 Dan Kami jadikan disetiap khariah pembesar yang berdosa merancang muslihat didalamnya malahan mereka tidak merancang muslihatnya melainkan keatas diri mereka tetapi mereka tidak menyedarinya.
6:124 Dan apabila datang kepada mereka suatu ayat mereka berkata kami tidak amanah hingga kami diberikan seperti apa yang diberikan kepada rasul Allah maka Allah mengetahui kepada siapa diberikan risalahnya maka Allah menimpakan kehinaan keatas orang yang berdosa dan azab yang dahsyat keatas muslihat yang mereka telah rancangkanya.
6:125 Maka kepada sesiapa Allah menghendaki memberi petunjuknya pasti dilapangkan dadanya kepada islaami dan sesiapa dikehendaki sesat darinya dijadikan sempit dan tersekat dadanya seakan dia menungkah kelangit demikian itulah Allah telah menjadikan -rrijsa/najis keatas orang yang tidak amanah.
6:126 Dan inilah jalan Pemeliharamu yang lurus dan pastinya telah Kami jelaskan tanda-ayatnya kepada kaum yang mengingatinya.
6:127 Dan bagi mereka daerah -sslaami/damai disisi Pemeliharanya dan Dia Pelindung bagi mereka atas apa yang mereka lakukan.
6:128 Dan pada hari dihimpunkan mereka kesemuanya maka Dia berkata wahai masyarakat -ljinni kamu lebih banyak dari manusia dan berkata pemimpin manusia wahai Pemelihara kami, kami mendapat manfaat sebahagian kami dari sebahagian yang lain dan telah sampai ajal kami yang Kamu telah tetapkan maka Dia berkata api tempat penginapanmu malahan kamu berkekalan didalamnya melainkan dikehendaki Allah sesungguhnya Pemeliharamu yang Bijaksana yang Mengetahui.
6:129 Demikianlah Kami menjadikan pemimpin dari kalangan orang yang zalim dengan apa yang mereka telah usahakan.
6:130 Wahai masyarakat -ljinni dan manusia apakah tidak datang kepadamu rasul dari mereka yang menceritakan kepadamu ayat-ayat Aku dan memberi amaran pertemuan kamu hari ini maka mereka berkata kami menjadi saksi atas diri kami malahan mereka tertipu dengan kehidupan duniawi dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri bahawa mereka sebenarnya orang yang tidak percaya.
Sekian.
ReplyDeleteSaya teringat ayat 6:137 seperti yg diutarakan sebelum ini mengenai anak2 yang menjadi mangsa atas keindahan kepalsuan mainan orang yang menyekutukan, sehingga mengelirukan anak2 ini dalam deen mereka sendiri... [6:137] Dan demikianlah sekutu-sekutu mereka memperindahkan bagi orang-orang mempersekutu itu membunuh anak-anak mereka untuk membinasakan mereka dan untuk mengacau-bilaukan aturan mereka sendiri. Dan kalau Tuhan menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka biarkanlah mereka bersama apa yang mereka ada-adakan.