Saturday, 30 December 2017

Selamat Datang Ke Tahun 2018

Kedamaian Buat Semua,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU.

Sudah 2000 tahun berlalu dari Zaman Isa. Begitu juga sudah 1400 tahun berlalu dari Zaman Nabi Terakhir.

Hakikatnya, bumi ini berusia lebih dari 2000 tahun iaitu kira-kira 6 billion tahun. Jika dibandingkan di antara 6,000,000,000 tahun dengan 2000 tahun umpama sezarah habuk sahaja besarnya.

Begitulah perumpamaan tamadun yang kita jalani ini. Sangat kecil jika dibandingkan dengan usia bumi ini.

Namun, tidaklah dapat kita nafikan bahawa manusia telah mencapai kemajuan sains dan teknoloji yang sangat hebat. Sehinggakan idea untuk berkoloni di Planet Marikh sedang cuba ditetas.

Sedang bangsa-bangsa di seantero dunia mara ke hadapan dengan ciptaan-ciptaan dan idea-idea yang membawa faedah kepada kemanusiaan, masih terdapat manusia di Nusantara dan beberapa tempat lain di dunia ini yang masih mabuk berkhayal dengan video-video seperti di bawah. Video ini dibuat secara troll untuk mentertawakan tahap pemikiran pelampau agama.

Semoga kehidupan harian kita tidak berhadapan dengan manusia yang sebegini dan semoga kita tidak dikuasai oleh pemikiran sebegini.

Selamat Datang Tahun 2018.




Ashwed

5 comments:

  1. Wishing You Happy New Year with

    New dreams
    New hopes
    New perspectives
    New goals
    New aspirations

    Enjoy the fireworks!

    Non

    ReplyDelete
  2. Salamunalaikum sahabat! Muqhodimah tahun baru 2018;

    2:1 Alif laam miim.
    2:2 Inilah kitab yang tiada keraguan didalamnya dan sebagai petunjuk bagi orang yang prihatin.
    2:3 Dan orang yang amanah dengan yang ghaib dan yang melaksanakan kewajipanya dan dari apa yang Kami rezekikan mereka belanjakanya.
    2:4 Dan orang yang amanah dengan apa yang diturunkan kepadamu dan apa yang diturunkan sebelumnya dan dengan akhiratnya mereka yakin.
    2:5 Dan mereka yang mengikuti petunjuk hanya dari Pemelihara mereka maka mereka itulah orang yang mendapat kemenangan.
    2:6 Sesungguhnya orang yang tidak percaya sama sahaja sama ada kamu beri amaran atau tidak, mereka tidak amanah dengannya.
    2:7 Maka Allah sita hati mereka dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka dan bagi mereka azab yang sangat dahsyat.
    2:8 Dan dikalangan manusia ada yang berkata kami amanah kepada Allah dan hari akhiratnya padahal mereka tidak amanah dengannya.
    2:9 Mereka menipu Allah dan orang yang amanah maka mereka tidak menipu melainkan diri mereka malahan mereka tidak menyedarinya.
    2:10 Dalam hati mereka ada penyakit maka Allah tambahkan penyakit keatas mereka dan bagi mereka azab yang sangat dahsyat dengan apa yang telah mereka dustakanya.
    bsmbg,

    ReplyDelete
  3. smbg,
    2:11 Dan apabila dikatakan kepada mereka jangan kamu lakukan kefasikan dibumi mereka berkata kami inilah orang yang melakukan pembaikan.
    2:12 Sesungguhnya mereka itulah orang yang melakukan kefasikan malahan mereka tidak menyedarinya.
    2:13 Dan apabila dikatakan kepada mereka amanahlah kamu seperti telah amanah manusia dahulu, mereka berkata apakah kami akan amanah seperti orang bodoh amanah maka ingat mereka itulah sebenarnya orang yang bodoh tetapi mereka tidak menyedarinya.
    2:14 Dan apabila mereka bertemu orang yang amanah mereka berkata kami amanah dan apabila mereka menyendiri dengan syaitan mereka berkata kami bersama kamu dan kami bersenda-gurau dengannya.
    2:15 Allah persendakan mereka dan membiarkan mereka dalam keangkuhan dan mereka terumbang ambing kebingungan.
    2:16 Mereka perdagangkan kesesatan dengan petunjuk maka tidak beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.
    2:17 Perumpaman mereka seperti orang yang nyalakan api apabila cahaya menyinari disekitaran maka Allah lenyapkan cahaya itu dan tinggal mereka dalam kegelapan maka mereka tidak dapat melihat.
    2:18 Mereka pekak dan bisu dan buta dan mereka tidak dapat kembali.
    2:19 Atau seperti hujan lebat didalamnya gelap dan guruh dan kilat maka mereka letakan jari ditelinga apabila petir takut akan kematianya pasti Allah yang mengawasi orang yang tidak percaya.
    2:20 Nyaris kilat tidak menyambar penglihatan mereka ketika pancaranya meliputi mereka yang berjalan didalamnya dan apabila gelap mereka terpegun jika dikehendaki Allah pasti dilenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka maka Allah yang Berkuasa keatas segalanya.
    bsmbg,

    ReplyDelete
  4. smbg,
    2:21 Wahai manusia berkhidmatlah kepada Pemelihara yang mencipta kamu dan sekelian manusia sebelum kamu supaya kamu prihatin kepada Dia.
    2:22 Dia yang menjadikan bumi tempat kamu menginap dan langit bagaikan bumbung dan diturunkan dari langitnya air bagi mengeluarkan buah- buahan dari ladang sebagai rezeki kamu maka jangan kamu adakan bandingan atau tandingan bagi Allah sedang kamu mengetahuinya.
    2:23 Jika kamu keraguan dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami maka datangkan suatu surah yang semisal dengannya dan serulah saksi-saksi kamu selain Allah jika kamu orang yang benar.
    2:24 Dan jika kamu tidak lakukan malahan tidak akan dapat kamu lakukan maka prihatinlah api yang bahan bakarnya manusia dan batu disediakan bagi orang yang tidak percaya.
    2:25 Dan sampaikan khabar gembira ini kepada orang yang amanah dan yang beramal soleh bagi mereka syurga mengalir dibawahnya sungai dan mereka diberi rezeki dari buah-buahan, mereka berkata inilah apa yang telah diberikan rezeki sejak dahulu dan mereka diberikan dengan yang serupa dan bagi mereka didalamnya pasangan yang disucikan dan mereka berkekalan didalamnya.
    2:26 Allah tidak malu mencetuskan misalan walau dengan se-ekor agas atau apa yang lebih halus darinya maka orang yang amanah mengetahui dianya yang sebenar dari Pemelihara mereka dan orang yang tidak percaya berkata apakah yang dikehendaki Allah dengan misalan ini maka ramai yang sesat darinya dan ramai yang mendapat pertunjuk darinya dan tidak sesat dengannya melainkan orang yang fasik.
    2:27 Orang yang melanggar perjanjian dengan Allah sesudah diteguhkan janjinya kemudian mereka memutuskan apa yang diperintahkan Allah supaya dihubungkan dan mereka yang melakukan kefasikan dibumi maka mereka itulah orang yang rugi.
    2:28 Bagaimana kamu tidak percaya kepada Allah sedang kamu diawalnya mati maka dihidupkan kamu kemudian dimatikan kamu kemudian kepada Dia kamu dikembalikan.
    2:29 Dan Dia yang mencipta bagimu apa yang dibumi kesemuanya kemudian dipenuhi langitnya dan disempurnakan tujuh langit malahan hanya Dia yang mengetahui segala yang dilangit dan dibumi.
    2:30 Dan ketika Pemeliharamu berkata kepada malaikat Aku akan jadikan pengganti dibumi maka mereka berkata apakah Kamu akan menjadikan orang fasik yang menumpahkan darah didalamnya sedangkan kami setia menyanjungi Kamu dan memuji Kamu dan Kamu suci disisi kami maka Dia berkata Aku mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya.
    2:31 Malahan Dia yang mengajar aadama sekelian nama-nama kemudian Dia berpaling kepada malaikat dan berkata khabarkan nama-nama semua ini jika kamu orang yang benar.
    2:32 Mereka berkata Kamu disanjung, tiada ilmu bagi kami melainkan apa yang Kamu ajarkan dan hanya Kamu yang mengetahui yang bijaksana.
    2:33 Dia berkata wahai aadamu khabarkan kepada mereka nama-namanya setelah dikhabarkan kepada mereka nama-namanya maka Dia berkata bukankah Aku katakan kepadamu Aku mengetahui yang ghaib dilangit dan dibumi dan yang kamu zahirkan atau kamu sembunyikan.
    2:34 Dan ketika Kami berkata kepada malaikat patuhilah kepada aadama maka mereka mematuhinya kecuali ibliisa dia enggan dan dia takbur maka dia adalah darinya orang yang tidak percaya/kaafiriina.
    2:35 Dan Kami berkata wahai aadamu hunilah kamu dan pasangan kamu disyurga dan makanlah sepuasnya sepertimana kamu kehendaki dan jangan dekati ‘struktur’ ini jika dekati kamu darinya orang yang zalim.
    bsmbg,

    ReplyDelete
  5. smbgn,
    2:36 Maka mereka telah digelincirkan oleh syaitan maka dikeluarkan mereka darinya dan Kami berkata keluarlah kamu kepada sebahagian yang lain bermusuhan dan bumi tempat penginapanmu dan bersenanglah sehingga kepada suatu tempoh yang ditetapkan.
    2:37 Maka aadamu menerima kalimaatin dari Pemeliharanya dan bertaubat kepada Dia dan hanya Dia menerima taubat dan yang Penyayang.
    2:38 Kami berkata keluarlah kamu kesemuanya dan jika datang kepadamu petunjuk maka sesiapa mengikuti petunjuk pasti tiada ketakutan dan tiada kerisauan bagi mereka.
    2:39 Dan orang yang tidak percaya dan mendustakan ayat-ayat Kami mereka itu penghuni api dan mereka berkekalan didalamnya.
    2:40 Wahai banii israaiila ingatlah ni’mat yang dilimpahkan kepadamu dan tunaikan janjimu kepada Aku pasti Aku tunaikan janji Aku kepadamu dan kamu akan merasa kagum dan berbangga dengannya.
    2:41 Maka amanahlah dengan apa yang diturunkan dan disahkan dan apa yang bersamamu dan jangan kamu menjadi orang yang pertama tidak percaya dan jangan kamu niagakan ayat-ayat Aku dengan nilai harga terendah dan prihatinlah kepada Aku.
    2:42 Dan jangan kamu mencampurkan yang benar dengan yang palsu dan kamu sembunyikan yang benar sedang kamu mengetahuinya.
    2:43 Dan laksanakan kewajipanmu dan tunaikan kemurnianya dan patuhilah kamu bersama mereka yang patuh.
    2:44 Apakah kamu menyeru manusia sembunyikan dan melupakan dirimu sedangkan kamu membaca kitab maka tidakkah kamu fikirkan.
    2:45 Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan laksanakan kewajipanmu dianya keutamaan bagimu dan bagi orang yang merendah diri.
    2:46 Sesungguhnya orang yang berprasangka akan pertemuanya dengan Pemelihara mereka pasti mereka dikembalikan kepada Dia.
    2:47 Wahai banii israaiila ingatlah ni’mat Aku yang telah Aku limpahkan kepadamu dan Aku lebihkan kamu dari seluruh alamnya.
    2:48 Dan prihatinlah suatu hari tiada ganjaran suatu jiwa keatas jiwa yang lain sedikit pun dan tidak diterima darinya sesuatu perantaraan atau ganjaran malahan mereka tidak akan ditolong.
    2:49 Dan ketika Kami selamatkan kamu dari keluarga fir’aun yang menindas kaum kamu dengan azab yang dahsyat dengan menghapuskan anak-anak lelakimu dan membiarkan hidup anak-anak perempuanmu maka diturunkan bencana dahsyat dari Pemelihara kamu yang Agung.
    2:50 Dan ketika Kami bahagikan lautan maka Kami selamatkan kamu dan ditenggelamkan pengikut fir’aun sedang kamu menyaksikanya.

    Sekian.

    ReplyDelete