Friday, 5 January 2018

What Do You See ?

Kedamaian Buat Semua,


Image result for logik brings you from a to b imagination get you everywhere

Musim persekolahan 2018 sudah bermula. Ramai ibubapa yang sedang sibuk melayan kerenah anak-anak pada minggu ini.

Saya sendiri melayan kerenah 4 orang anak. Seorang di sekolah menengah sementara 3 lagi masih bersekolah rendah.

Dalam suasana ini, saya kira ramai ibubapa yang sudah mengeluarkan belanja untuk membeli persiapan persekolahan anak masing-masing.

Apakah perasaan anda jika sekiranya kasut sekolah yang anda beli untuk anak-anak pergi mencari ilmu pengetahuan dianggap begini ?


Inilah imaginasi orang-orang yang terlalu banyak berpra-sangka. Mereka berimaginasi bahawa semua perkara merujuk kepada fahaman mereka.

 A004
"Apabila kamu lihat mereka, tubuh-tubuh mereka mengagumkan kamu; dan apabila mereka berkata, kamu dengar ucapan mereka dan mereka seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka sangka tiap-tiap teriakan adalah terhadap mereka. Mereka adalah musuh; maka berhati-hatilah terhadap mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan! AQ 63:4 - terjemahan E-Bacaan

Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelakuannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?  AQ 63:4 Terjemahan Surah.My

# Sengaja saya letakkan dua terjemahan dari 2 fahaman berbeza untuk perbandingan para pembaca.
Benarlah kata seorang rakan peguam saya "If you look close enough, you will imagine a lot of weird things".

Mari kita buktikan kata-kata beliau dengan menguji diri sendiri. Apakah yang anda boleh lihat dari gambar di bawah ini ;








Image result for pictures from the natural world that looks like sex object 



Sesungguhnya imaginasi kita memberitahu apakah yang selalu berada di fikiran masing-masing. Lol ....


Ashwed

8 comments:

  1. "Lol"
    Genius....

    ReplyDelete
  2. sekiranya pemikiran melayu masih kekal sebegini...nmpknya seribu tahun lagi pun belum tentu berubah😩

    ReplyDelete
  3. Kalau mcm tu jari jari tangan pon merupakan tulisan nama Allah... Hmm.. Tsk boleh nak buat apa labdgn tangan. Kena potong la tangan orang yg bukan islam semua... :)

    ReplyDelete
  4. Salam! diteruskan dgn 50 ayat dari Surah An Nisaa'

    4:1 Wahai manusia prihatinlah Pemeliharamu yang mencipta kamu dari jiwa yang satu dan dicipta darinya pasanganmu dan menumbuhkan dari keduanya ramai lelaki dan perempuan maka prihatinlah Allah yang kepada Dia kamu bermohon dan kamu mempunyai hubungan ‘nyawa’ dengan Dia dan pasti Allah menjadikan kamu ‘penunggang/raqiiban’.
    4:2 Dan kembalikan kepada anak yatim harta mereka dan jangan kamu menukarkan yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka sepertimana memakan harta kamu jika demikian kamu telah melakukan suatu jenayah besar.
    4:3 Dan jika kamu takut tidak berlaku adil berkaitan anak yatim maka nikahkan mereka apa yang dipersetujui dari perempuanya dua pasangan atau tiga pasangan atau empat pasangan dan jika kamu takut tidak berlaku adil maka satu pasangan sahaja yang didalam tanggunganmu demikian itu lebih sopan supaya kamu tidak melakukan penganiayaan.
    4:4 Dan berilah kepada yang perempuanya kesaksian dengan seikhlasnya dan jika mereka menyerahkan tanggung jawabnya kepada kamu atas kehendak sendiri maka laksanakan dianya dengan sebaik mungkin.
    4:5 Dan jangan kamu berikan hartamu yang Allah telah menjadikan bagimu ‘berdiri’/established kepada orang yang bodoh malahan berikan kepada mereka rezekinya dan pakaianya dan berkata sopan dengan mereka.
    4:6 Dan ujilah anak yatim apabila mereka sampai umur pernikahan dan jika didapati kedewasaan dan kewarasan maka serahkan harta mereka dan jangan kamu memakanya dengan membazir dan rakus jika mereka berkemampuan hendaklah pertahankan ke‘sopan’anya dan sesiapa daif maka bantulah mereka dengan ‘sopan’ dan ketika kamu menyerahkan harta mereka maka hendaklah adakan saksi jika tidak dapat cukuplah hanya Allah yang menghitungkanya.
    4:7 Dan bagi lelaki ada bahagian dari apa yang ditinggalkan ibubapanya dan kerabat terdekat mereka dan bagi perempuan ada bahagian dari apa yang ditinggalkan ibubapanya dan kerabat terdekat mereka walaupun sedikit atau banyak bahagianya yang telah ditetapkan.
    4:8 Dan apabila hadir pembahagian kepada kerabat terdekat dan anak yatim dan orang miskin maka berikanlah hak yang diperuntukan kepada mereka dan berkata sopan dengan mereka.
    4:9 Dan jika mereka kuatir meninggalkan keturunan yang lemah dibelakang maka prihatinlah Allah dan hendaklah mereka berkata yang benar.
    4:10 Dan orang yang makan harta anak yatim dengan zalim mereka seakan menelan api kedalam perut mereka atau seperti disalai kepada apinya.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  5. smbg,
    4:11 Allah telah mewasiatkan kepadamu berkaitan anak-anakmu yang lelaki dapat dua bahagian dari perempuan dan jika warisnya perempuan dan lebih dari seorang bagi mereka dua pertiga dari apa yang ditinggalkan dan jika seorang perempuan maka baginya separuh dan ibubapa simati mendapat satu perenam seorang dari apa yang ditinggalkan jika simati tidak punyai anak maka diwariskan kepada ibubapanya dan ibunya mendapat satu pertiga jika ada baginya saudara maka bagi ibunya satu perenam dan wasiat ini terpakai setelah segala hutang yang diwasiatkan selesai jika kamu tidak mengetahui siapa yang lebih dekat darinya maka pembahagian dari Allah lebih bermanfaat malahan hanya Allah yang Mengetahui yang Bijaksana.
    4:12 Dan bagimu separuh dari yang ditinggalkan pasanganmu jika tiada anak lelaki dan jika ada anak lelaki maka bagimu satu perempat dari yang ditinggalkan setelah selesai segala hutang yang diwasiatkan dan jika mempunyai anak maka bagi mereka satu perlapan dari apa yang tinggal setelah selesai hutang yang diwasiatkan dan jika simati suami atau isteri tidak punyai anak dan meninggalkan dua saudara lelaki dan perempuan maka bagi setiap seorang dari mereka satu perenam dan jika mereka lebih dari itu hendaklah berkongsi satu pertiga seorang setelah selesai hutang yang diwasiatkan dan Allah mewasiatkan kepada manusia supaya berlaku adil dan tidak menganiaya sesiapa maka Allah yang mengetahui yang meneliti.
    4:13 Itulah huduudu Allah dan sesiapa mentaati Allah dan rasulnya pasti dimasukkan kedalam syurga mengalir dibawahnya sungai-sungai dan mereka berkekalan didalamnya dan itulah kejayaan agung.
    4:14 Dan sesiapa yang menentang Allah dan rasulnya dan melanggar hukumnya pasti dimasukkan kedalam apinya dan mereka berkekalan didalamnya dan diazabkan dengan azab yang sangat hina.
    4:15 Dan perempuan yang melakukan kesumbangan maka dapatkan empat saksi diantara mereka dan jika didapati benar maka tahanlah mereka dirumahnya sehingga saat kematianya atau sehingga Allah datangkan jalan penyelesaian bagi mereka.
    4:16 Jika diantara dua perempuan melakukan kekejian maka dakwalah mereka dan jika mereka bertaubat dan memulihkan diri maka berpaling dari mereka maka hanya Allah yang Menerima taubat yang Penyayang.
    4:17 Allah menerima taubat dari orang yang melakukan kekejian kerana kebodohanya jika mereka bersegera taubat dan kesal dengannya maka hanya Allah yang Mengetahui yang Bijaksana.
    4:18 Dan bukanlah taubat itu bagi orang yang melakukan kejahatan sehingga datang kematianya barulah dia mengatakan aku bertaubat sekarang dan bukan bagi orang yang mati dalam keingkaran dan bagi mereka Kami sediakan azab yang sangat dahsyat.
    4:19 Wahai orang yang amanah tidak dihalalkan kamu mewarisi perempuan secara paksaan dan jangan kamu teruja memudaratkan mereka dengan mengambil sebahagian apa yang kamu berikan kecuali mereka terbukti melakukan kesumbangan dan campurilah mereka dengan sopan dan jika kamu bencikan mereka mungkin kamu telah membenci sesuatu yang Allah telah kurniakan kelebihan yang banyak kepadanya.
    4:20 Dan jika kamu ingin menggantikan pasanganmu yang kamu telah memberikan banyak harta kepadanya maka jangan kamu mengambil sesuatu pun dengan penipuan kerana itu suatu dosa yang nyata.

    bsmbg.

    ReplyDelete
  6. smbg,
    4:21 Dan mana mungkin kamu ambil balik sedangkan kamu telah memadu kasih dengan mereka dan mengambil perjanjian teguh dengan mereka.
    4:22 Jangan kamu kahwini perempuan yang telah dikahwini bapamu kecuali apa yang berlaku terdahulu dianya suatu kesumbangan dan kekejian.
    4:23 Diharamkan bagimu ibumu dan anak perempuanmu dan saudara perempuanmu dan saudara perempuan bapamu dan saudara perempuan ibumu dan anak perempuan saudara lelakimu dan anak perempuan saudara perempuanmu dan ibu-susuanmu dan saudara perempuan yang seibu susuanmu dan ibu-mertuamu dan anak tirimu yang dalam pemeliharanmu dari isterimu yang telah kamu setubuhi mereka jika belum maka tidak bersalahan dan bekas isteri anak-anak dari zuriatmu dan perempuan yang bersaudara kecuali apa yang dahulu maka Allah yang Pengampun yang Penyayang.
    4:24 Dan perempuan yang bersuami melainkan perempuan suruhan yang dalam tanggunganmu dan dihalalkan apa yang terdahulu demikian itu ketetapan Allah dan jika kamu mendapatkan pasangan melalui hartamu dan bukan dengan berzinah dan setelah kamu memadu kasih dengannya maka berikan mahar yang sepatutnya dan tidak bersalahan diantara kamu jika redha-meredhai demi kebahagian bersama dan hanya Allah yang Mengetahui yang Bijaksana.
    4:25 Dan bagi yang tidak mampu maka nikahilah janda yang amanah atau perempuan suruhan yang dalam tanggunganmu yang amanah dan Allah pasti mengetahui keamanahan mereka maka nikahilah mereka dengan izin walinya dan berikan mahar yang termampu dan bukan dengan berzinah atau dijadikan teman rahsia dengan janda atau gundik dan yang telah diperisterikan dan jika perempuan suruhan yang melakukan kesumbangan maka pembalasanya separuh dari apa yang janda terima demikianlah bagi yang takut berlakunya maksiat diantara mereka jika kamu bersabar dianya keutamaan bagimu sesungguhnya Allah yang Pengampun yang Penyayang.
    4:26 Allah menghendaki bagi menerangkan dan memberi petunjuk kepada sunana orang sebelum kamu dan hendak menerima taubat kamu maka hanya Allah yang Mengetahui yang Bijaksana.
    4:27 Allah menghendaki menerima taubat kamu malahan orang yang mengikuti nafsunya menghendaki kamu menyeleweng sejauh mungkin.
    4:28 Allah menghendaki meringankan/yukhaffifa kamu malahan Dia yang telah menjadikan manusia dalam keadaan yang lemah.
    4:29 Wahai orang yang amanah jangan kamu kendalikan harta diantara kamu dengan kepalsuan kecuali dalam perniagaan suka sama suka dan jangan kamu bunuh dirimu sesungguhnya Allah menyayangi kamu.
    4:30 Dan sesiapa lakukan demikian dianya suatu pemusuhan dan kezaliman pastinya Kami salai mereka diapi dan itu bagi Allah mudah.
    bsmbg,

    ReplyDelete
  7. smbg,
    4:31 Sekiranya kamu jauhi dosa besar pastinya Kami terima penebusan dosamu maka Kami masukkan kamu kedalam tempat yang mulia.
    4:32 Dan jangan kamu harapkan segalanya dikurniakan Allah kerana bagi lelaki ada bahagian dari apa yang diusahakan dan bagi perempuan ada bahagian dari apa yang diusahakan maka mohonlah kurniaan Allah sesungguhnya Allah mengetahui segala sesuatu.
    4:33 Dan bagi setiap sesuatu Kami telah jadikan warisan dari apa yang ditinggalkan ibubapa dan kerabat terdekat dan orang yang mengikat perjanjian teguhnya maka agihkan pembahagian mereka dengan adil sesungguhnya Allah dengan segala sesuatu yang menyaksikanya.
    4:34 Allah yang kurniakan tanggungjawab kepada lelaki bagi mentadbir perempuan dengan belanjakan harta mereka maka perempuan yang taat dan jaga kehormatanya ketika ketiadaan kamu dipelihara Allah dan perempuan yang dikuatiri hilangkan diri maka nasihatilah mereka atau pulaukan mereka dari tempat tidurnya atau pujuklah mereka jika mereka mentaati kamu jangan bersengketa dengannya malahan Allah yang teramat Mulia dan yang Agung.
    4:35 Dan jika dikuatiri berlaku pepisahan diantara keduanya maka lantiklah seorang hakim dari keluarga lelaki dan seorang hakim dari keluarga perempuan jika kamu inginkan pemulihan dan kedamaian malahan Allah yang Mengetahui yang Memahami.
    4:36 Dan berkhidmatlah kepada Allah dan jangan sekutukan Dia dengan sesuatu dan hendaklah beramal makruf kepada ibubapa dan kerabat terdekat dan anak yatim dan orang miskin dan pengembara dijalan Allah dan jiran tetangga jauh dan dekat dan sahabat sejawat dan orang suruhan dibawah tanggunganmu sesungguhnya Allah tidak mencintai orang yang sombong dan bangga diri.
    4:37 Dan orang bakhil yang menyeru manusia menjadi bakhil dan yang menyembunyikan apa yang dikurniakan Allah kepada mereka maka Kami menyediakan bagi mereka azab yang sangat hina.
    4:38 Dan orang yang membelanjakan hartanya dengan bermegah dan tidak amanah kepada Allah dan hari akhiratnya dan menjadikan syaitan teman karibnya maka itulah seburuk-buruk teman/kawan.
    4:39 Dan mereka memiliki segalanya jika mereka amanah kepada Allah dan hari akhiratnya dan membelanjakan dari apa yang direzekikan Allah kepada mereka dan pastinya Allah mengetahui siapa mereka.
    4:40 Maka Allah tidak menzalimi sesiapa walau seberat zarah pun atau yang lebih halus darinya dan jika kamu lakukan kebaikan pasti digandakan ganjaran baginya dan diberikan ganjaran agung dari sisi Dia.
    bsmbg,

    ReplyDelete
  8. smbg,
    4:41 Jika Kami kehendaki didatangkan kepada setiap umat seorang saksi pasti Kami datangkan kamu sebagai saksinya.
    4:42 Pada hari orang yang tidak percaya dan mendurhakai rasul mereka inginkan disetarakan bumi dengan mereka dan tidaklah mereka dapat sembunyikan sesuatu hadiitsan pun dari Allah.
    4:43 Wahai orang yang amanah jangan kamu laksanakan kewajipanmu sekiranya kamu mabuk sehingga kamu mengetahui apa yang kamu ucapkan atau kamu dalam keadaan kotor kecuali kamu melalui suatu jalan seperti mandi dan jika kamu sakit atau dalam pejalanan atau datang dari tempat perkumuhan atau selepas kamu bersetubuh dengan pasanganmu dan kamu tidak mendapati air maka tayammamuu dengan debu tanah bersih dan sapukan muka dan tangan kamu sesungguhnya Allah yang Pengampun yang Penyayang.
    4:44 Apakah tidak kamu lihat orang yang diberikan kitab mereka niagakan kesesatan dan menginginkan kamu sesat dari jalan Dia.
    4:45 Dan Allah mengetahui siapa musuh kamu maka cukuplah hanya Allah yang menjadi Pelindung dan Penolong bagi kamu.
    4:46 Dikalangan orang haaduu/yahudi mereka mengubah perkataan kitab dari tempatnya dan berkata kami dengar tetapi kami tidak ikutinya dan dengarlah dan perhatikan kami putarkan lidah kami dan mencerca fiddiini malahan jika mereka berkata kami dengar dan kami taat dan perhatikan kami pasti keutamaan dan meneguhkan bagi mereka maka Allah laknati mereka atas keingkaran dan tidak amanahnya mereka melainkan hanya sedikit dari kalangan mereka.
    4:47 Wahai orang yang diberi kitab amanahlah dengan apa yang Kami turunkan yang membenarkan apa yang bersamamu sebelumnya dan Kami baharui penampilanya dan Kami meneliti semula atau Kami melaknati mereka sepertimana Kami telah melaknati penghuni -ssabti maka itulah perintah Allah yang telah terlaksana.
    4:48 Pasti Allah tidak ampunkan sesiapa yang mensyirikan Dia dengan sesuatu tetapi diampunkan selain dari itu bagi sesiapa dikehendaki dan sesiapa sekutukan Allah maka dia telah melakukan suatu dosa besar.
    4:49 Tidakkah kamu perhatikan orang yang murnikan diri mereka malahan Allah yang murnikan sesiapa yang dikehendaki malahan mereka tidak dizalimi sedikit pun.
    4:50 Perhatikan bagaimana mereka mengadakan dusta terhadap Allah maka cukuplah dengan dosa yang nyata.

    Sekian.

    ReplyDelete