Wednesday, 20 May 2015

Nabi Terakhir

Menurut Al Quran, nama Nabi atau utusan terakhir Tuhan yang mempunyai misi yang spesifik ialah Ahmad. 

A006 

"Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata: "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (ahmadoo)". Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata" AQ 61:6

Perkataan ahmad bermaksud "Yang Terpuji". 

Ia sama maksud dengan perkataan muhammad. 

Cuma yang perlu kita fahami ialah pada setiap ayat Al Quran yang tertulis perkataan "Muhammad" ianya bukanlah kata nama khas seperti Nabi Musa atau Nabi Isa. 

Sama juga dengan AQ 61:6 di atas, perkataan ahmadoo bukanlah kata nama khas. Ia hanyalah satu perkataan yang mempunyai maksud "Yang Terpuji"

Kesimpulannya ialah, menurut Al Quran nama Nabi terakhir bermaksud "Yang Terpuji". Namun, ada kemungkinan nama Nabi terakhir ini bukanlah Muhammad.

Ini adalah kerana perkataan muhammadoo dan ahmadoo seperti yang terdapat di dalam ayat-ayat Al Quran yang menceritakan tentang nabi terakhir ini, bukanlah satu nama khas. Ia hanyalah kata terbitan dari akar kata "Yang Terpuji".

Apa signifikan perkara ini kepada kita? Signifikannya sangat besar kerana para agamawan telah mencipta satu perbuatan menyeru nama Nabi terakhir ini. 
Mereka menyatakan bahawa Nabi terakhir ini mempunyai kuasa yang dikenali sebagai "syafaat" (pengantara/intercessor). 

Menurut mereka, kuasa syafaat membolehkan Nabi terakhir ini mengampunkan dosa sesiapa yang baginda fikirkan patut. 

Syaratnya ialah seseorang individu itu perlu mengulang-ulang menyeru nama Nabi terakhir ini melalui perbuatan yang dinamakan "salawat".

Menurut Al Quran, hanya Tuhan sahaja yang mempunyai otoriti sebegini di Hari Peraturan. 

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ


"Yang menguasai di Hari Pembalasan" AQ 1:4

Nota : "Maliki-yau-mid-deen" - Para agamawan bermati-matian mengatakan bahawa ad deen bermaksud agama. Tetapi di ayat ini tiada seorang penterjemah pun yang berani menterjemah ayat ini berbunyi sebagai "Yang menguasai di Hari Agama". Mereka tahu ia tidak logik tapi mereka jual juga idea itu.

Deen seperti yang telah saya katakan, membawa makna aturan (hidup). Maka terjemahan yang lebih tepat ialah "Yang menguasai di Hari Peraturan"

Apabila para agamawan ini menyatakan bahawa selain Tuhan, Nabi yang terakhir juga mempunyai kuasa mengampun di Hari Peraturan.

Maka mereka sebenarnya menyarankan kepada kita bahawa Tuhan mempunyai tandingan. 

Tandingan Tuhan ini pula adalah seorang manusia yang telah pun Tuhan ambil nyawanya. 

Bukankah ini perbuatan yang sama dengan mempersekutukan Tuhan?. 

Bolehkah kita menerima fakta ini? Perlu diingatkan bahawa mereka jugalah pihak yang menyarankan kita supaya mempersekutukan Tuhan dengan batu.

Bayangkan, jikalau nama Nabi yang terakhir ini sebenarnya bukan Muhammad tetapi Ahmad atau nama-nama lain yang sinonim dengan akar kata "Yang Terpuji".

Tidakkah kita kini membuat dua kesalahan ? Yang pertama membuat tandingan kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Yang kedua pula ialah kesilapan nama yang diseru. Berganda kesalahan yang kita buat.

Dalil yang diguna oleh golongan ini ialah melalui keterangan di bawah ;

A056 

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya bersalawat (yoo-sal-loo-na)  untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah (sol-lu) kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya "AQ 33:56

Ini adalah di antara keterangan Al Quran yang telah mengalami korupsi yang teruk. 

Secara ringkasnya keterangan ini menggambarkan bahawa Tuhan memerintahkan kita supaya membuat satu seruan nama yang dinamakan salawat bagi mendapat syafaat dari Nabi Muhammad.    

Dengan arahan supaya menyebut seruan salawat ini maka lengkaplah penolakan orang Melayu kepada Tuhan. 

Kita sekarang menyamakan makhluk ciptaan Tuhan sebagai tandingan dan setaraf dengan Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengampun.

Perkataan yoo-sal-loo-na berasal dari akar kata yang sama dengan solla(h). Ia membawa maksud iltizam/komitmen atau kata terbitan lain dari perkataan yang membawa maksud yang serupa.

Mari kita lihat ayat yang lain tetapi di dalam surah yang sama. 

 A043

"Dialah yang memberi rahmat (yoo-sal-lee) kepadamu dan malaikatNya (memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman" AQ 33:43

Dalam keterangan di atas, kita boleh dapati perkataan yang sama seperti di AQ 33:56 iaitu  yoo-sal-lee. 

Namun, kebanyakkan penterjemah, menterjemah perkataan yang sama ini dengan makna yang berbeza. Menurut terjemahan  AQ 33:43 perkataan yang sama ini kini memberi makna "memberi rahmat", bukan lagi "bersalawat".

Begitu jelas konspirasi yang dilakukan oleh golongan ini.

Dari dua perbandingan ayat dan maksud perkataan solla(h) yang telah saya terangkan di artikel-artikel yang lain, maka kita boleh buat kesimpulan sendiri bahawa perkataan yoo-sal-loo-na di AQ 33:56 sebenarnya membawa erti "memberi komitmen" atau dalam Bahasa Inggeris "encourage".

Sebenarnya, sudah berkali-kali Tuhan memberitahu kita bahawa tiada sesiapun yang layak mempunyai kuasa memberi pengampunan selain dari diriNya. 

A051 
 
"Dan berilah peringatan dengan apa yang diwahyukan itu kepada orang-orang yang takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhannya (pada Hari Peraturan); sedang bagi mereka, tidak ada seorang pelindung (wali-yun) dan  pengantara (sya-fi-'un) selain daripada Allah, agar mereka bertakwa." AQ 6:51

A018 

"Mereka sembah, selain daripada Allah, apa yang tidak mudaratkan mereka dan tidak juga manfaatkan mereka, dan mereka berkata, 'Mereka ini pengantara-pengantara (sya-fa-a-'una) kami di sisi Allah.' Katakanlah, 'Adakah kamu beritahu Allah apa yang Dia tidak tahu, sama ada di langit atau di bumi?' Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan." AQ 10:18

Namun, manusia memang makhluk yang sangat suka membantah.

Di Hari Peraturan kita kembali kepada Tuhan dengan bersendirian. 

Ia adalah di antara kita dengan Tuhan sahaja. Tiada siapapun yang menjadi pelindung kita.  

Begitu juga, Nabi Muhammad akan kembali kepada Tuhan secara bersendirian. Tiada pelindung untuk Nabi Muhammad sama seperti kita.

A094 

"Sesungguhnya kamu datang kepada Kami bersendirian, seperti Kami cipta kamu pada kali pertama dan kamu tinggalkan di belakangmu (di dunia) apa yang telah Kami kurniakan kepadamu; Kami tidak lihat bersama kamu pengantara-pengantara (sya-fa-ar-akum) kamu, orang-orang yang kamu dakwa untuk jadi sekutu-sekutu Tuhan di antara kamu. Pertalian antara kamu diputuskan, dan telah lenyap daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap (sebagai sekutu Allah)" (6:94)

A004 

"Allah lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang di antaranya dalam enam hari, kemudian Dia duduk di atas Arasy. Selain daripada Dia, kamu tidak ada wali (pelindung), dan tidak juga ada pengantara (sya-fi-in); tidakkah kamu mengingati?" (32:4) 


Kepada mereka-mereka yang mempercayai penipuan dari para agamawan ini. Iaitu dengan bersalawat secara berulang-ulang maka Nabi Muhammad akan menjadi pengantara (syafaat) kepada mereka dengan seruan itu. 

Tidakkah kamu merasa gentar apabila membaca kenyataan di bawah  ini dari Tuhanmu?

 A073
 A074


“Wahai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walau mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah. Mereka tidak mengenal (keagungan) Allah dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” AQ 22:73-74

Nabi Muhammad, penutup segala Nabi


Perbincangan yang seterusnya memerlukan kita membuat kesimpulan bahawa Nabi terakhir ini bernama Muhammad seperti yang kita terima selama hari ini.

Jika kita perhatikan, pada setiap kali nama Nabi Muhammad di sebut, kita diwajibkan untuk menyebut S.A.W. atau Sallallah- Hu-Alai-Hi-Was-Salam.

Apakah sebenarnya maksud perkataan ini ?

Perkataan ini muncul di AQ 33:56

 A056

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya memberi komitmen (yoo-sal-loo-na)  untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berilah komitmen kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam kedamaian kepadanya (sollu-alai-hi-was-salimu-tasliman)" AQ 33:56

Adalah jelas bahawa keterangan ini diperintah Tuhan semasa Nabi terakhir ini masih hidup. Apabila dia sudah wafat, kita tidak lagi boleh memberi ucapan salam kepadanya kerana orang yang mati tidak boleh mendengar.

 A080

"Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati mendengar dan (tidak pula) menjadikan orang-orang yang tuli mendengar panggilan, apabila mereka telah berpaling ke belakang" AQ 27:80

Dalam waktu yang sama, apabila menulis nama Nabi-Nabi lain, kita disuruh untuk menulis A.S (alai-his-salam) dihujung nama mereka. 

Ini adalah untuk membezakan di antara Nabi Muhammad dengan Nabi-Nabi yang lain. Kononnya, Nabi Muhamad dianggap yang termulia dari Utusan-Utusan Tuhan yang lain.

Begitu teruknya pemikiran kita diracun oleh orang-orang Arab. Tidakkah kita mengetahui bahawa antara Rukun Iman ialah kita tidak dibenarkan untuk membezakan di antara seorang Rasul dengan Rasul yang lain. 

Kesemuanya sama taraf, malah keseluruhan umat manusia tidak kira bangsa, agama dan pangkat adalah sama taraf di sisi Tuhan. Yang Tuhan lihat ialah tahap ketaqwaan (taqwa = benar = righteous) kita.

A285

"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman (wal-muk-minu-na); semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali" AQ 2:285

Walaubagaimanapun, menurut ayat di atas, pra-syarat untuk membolehkan seseorang itu mempunyai perasaan sebegitu (iaitu tidak membezakan di antara para Rasul) ialah dia mestilah seorang yang beriman. 

Bagi orang yang tidak beriman, mereka akan mencari jalan dan pelbagai alasan untuk membezakan kemuliaan para Rasul.

Ada juga penterjemah Bahasa Inggeris yang menterjemah ungkapan S.A.W ini sebagai "and regard him as what he should be regarded".

Persoalannya bagaimanakah kita perlu "regard" Nabi terakhir ini.

Mengikut Al Quran Nabi Terakhir ini perlu di "regard" sebagai manusia biasa seperti diri kita.

(110). قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖفَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
 

Katakanlah: "Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya". AQ 18:110
 

Nabi Muhammad terlalu biasa, sehinggakan kaum Nabi Muhammad menjadi pelik kerana Nabi yang diperintahkan untuk mereka ikut, kelihatan seperti tiada langsung keistimewaan. 

Malah, baginda serupa sahaja seperti orang lain yang perlu makan, minum, buang air besar, buang air kecil dan lain-lain keperluan manusia.

 (7). وَقَالُوا مَالِ هَٰذَا الرَّسُولِ يَأْكُلُ الطَّعَامَ وَيَمْشِي فِي الْأَسْوَاقِ ۙلَوْلَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مَلَكٌ فَيَكُونَ مَعَهُ نَذِيرًا
 

"Dan mereka berkata: "Mengapa rasul ini memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar? Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang malaikat agar malaikat itu memberikan peringatan bersama-sama dengan dia?" AQ 25:7

Nabi Muhammad juga mempunyai perasaan yang sama seperti kita, ianya rapuh seperti manusia yang lain.

Sehinggakan, di suatu ketika apabila seruannya ditolak dengan keras oleh kaumnya, baginda terdetik untuk membunuh diri.

(6). فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِنْ لَمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا

"Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu karena bersedih hati sesudah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al Qur'an)" AQ 18:6

Ayat ini dengan jelas menerangkan bagaimana tekanan yang Nabi terakhir ini hadapi semasa mahu meyakinkan umatnya tentang kebenaran Al Quran. 

Tidakkah kita merasa sedih apabila membaca keterangan ini ? 

Bayangkan Nabi seorang insan istimewa yang diberi kefahaman mendalam atau sifat yang dipanggil "al furqaan" atau discernment (ability to judge well) oleh Tuhan. 

Tetapi, kaumnya memanggil baginda gila hanya kerana baginda memberitahu tentang kebenaran yang secara kebetulan tidak sama dengan pemahaman mereka selama hari ini. 

Baginda tahu Tuhan telah memberi cabaran (hajja) kepadanya. Baginda tahu baginda perlu membuat komitmen itu dengan sepenuh dedikasi. Tetapi perasaan untuk mati itu terdetik juga disanubari baginda. 

Begitulah tingginya penderitaan yang diserap oleh Nabi terakhir ini demi untuk menyampaikan Informasi Al Quran kepada kita.


Disebalik fakta inipun, masih terlalu banyak hadis yang ditulis khusus untuk mendewakan Nabi terakhir ini. 

Sehingga, baginda digambarkan umpama Tuhan. Malah dengan sengaja dijadikan sebagai tandingan Tuhan.

Mari kita lihat secara umum beberapa hadis yang mendewakan Nabi Muhammad. 

Ia ditulis dengan sebegitu halus. Sehingga kita tidak sedar fikiran kita sedang diracun untuk menolak Tuhan.


Dari Abu Hurairah Ra .. bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi, Apabila kaum Yahudi itu bersembunyi di balik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata. “Wahai orang Islam. inilah orang Yahudi ada di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah dia!, kecuali pohon gharqad (sejenis pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itu ia melindunginya). (HR. Bukhari Muslim)


Di Hadis yang lain pula,



"إِنَّ بَنِي إِسْرَائِيْلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِيْ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً كُلُّهُمْ فِي النَّارِ إِلَّا مِلَّةً وَاحِدَةً  قَالُوْا وَمَنْ هِيَ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِيْ".



Terjemahan:


 “Bahawasanya Bani Israil [Yahudi] berpecah kepada 72 golongan, dan umatku pula berpecah kepada 73 golongan, semuanya masuk neraka kecuali satu golongan, sahabat-sahabat bertanya: Siapakah yang satu itu ya Rasulullah? Nabi bersabda: Golongan yang satu itu adalah mereka yang berpegang sebagaimana iktiqadku, dan iktiqad sahabat-sabahatku”. (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi)

Ini adalah antara hadis-hadis yang terkenal dan dikategorikan sebagai sahih. 

Ia menceritakan hal yang akan berlaku di akhir zaman. Di mana, Nabi Muhammad digambarkan sebagai seorang yang mempunyai kuasa mengetahui hal yang akan berlaku di masa hadapan.

Sedangkan Al Quran yang direkod sendiri oleh Nabi terakhir ini memberitahu kita seperti berikut :

A009 

"Katakanlah: “Aku bukanlah Rasul yang pertama di antara Rasul-rasul dan aku tidak mengetahui apa yang akan diperbuat terhadapku dan tidak (pula) terhadapmu. Aku tidak lain hanyalah mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku dan aku tidak lain hanyalah seorang pemberi peringatan dengan tanda yang jelas” AQ 46:9

Di dalam keterangan di atas Nabi terakhir ini dengan jelas merekodkan bahawa baginda tidak tahu apakah nasib yang akan menimpa dirinya. 

Baginda mengakui juga yang baginda tidak tahu nasib yang menimpa orang lain, apatah lagi perkara yang akan berlaku di waktu hadapan. 

Untuk pengetahuan pembaca, apabila menceritakan tentang kiamat, Al Quran memberitahu kita bahawa informasi ini hanya berada di dalam pengetahuan Tuhan sahaja.

Tiada manusia samada Nabi atau Rasul tahu bagaimana kejadian ini akan berlaku. Ia juga hanya akan berlaku secara tiba-tiba. Tanpa tanda awal atau tanda akhir.

A187 


"Mereka akan bertanya kepada engkau tentang Hari Kiamat :" Bilakah terjadinya?". Katakanlah : "Sesungguhnya pengetahuan tentang Kiamat itu adalah pada sisi Tuhan-ku tidak seoarang pun yang dapat menerangkan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat [huru- hara bagi makhluk] yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak datang kepada kamu melainkan dengan tiba-tiba. Mereka bertanya kepada mu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang Hari Kiamat itu di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." AQ : Al-A'raf 7:187
 
Di dalam isu yang lain pula, mari kita perhatikan riw(hear)ayat(say) berikut ;

فقال ‏ ‏إني ‏ ‏فرط ‏ ‏لكم وأنا شهيد عليكم وإني والله لأنظر إلى حوضي الآن وإني أعطيت مفاتيح خزائن الأرض ‏ ‏أو مفاتيح الأرض ‏ ‏وإني والله ما أخاف عليكم أن تشركوا بعدي ولكن أخاف عليكم أن تنافسوا فيها ‏

Translation:

Narrated 'Uqba bin 'Amir: One day the Prophet went out and offered the funeral prayers of the martyrs of Uhud and then went up the pulpit and said, "I will pave the way for you as your predecessor and will be a witness on you. By Allah! I see my Fount (Kauthar) just now and I have been given the keys of all the treasures of the earth (or the keys of the earth) "BY ALLAH! I AM NOT AFRAID THAT YOU WILL WORSHIP OTHERS ALONG WITH ALLAH AFTER MY DEATH, BUT I AM AFRAID THAT YOU WILL FIGHT WITH ONE ANOTHER FOR THE WORLDLY THINGS" Volume 2, Book 23, Number 428: (Sahih Bukhari)

Melalui hadis di atas Sekali lagi Al Bukhary membuktikan kepada kita akan kebolehan beliau untuk membuat pendustaan di atas nama Nabi Muhammad.
Informasi yang direkod beliau, yang menyatakan Nabi Muhammad telah diberi kunci untuk harta dunia dan secara ghaib telah melihat telaga al kauthar dengan mudah dipatahkan oleh Al Quran melalui ayat ini ;

  قُل    لَّآ    أَقُولُ    لَكُمْ    عِندِى    خَزَآئِنُ    اللّٰـهِ    وَلَآ    أَعْلَمُ    الْغَيْبَ    وَلَآ    أَقُولُ    لَكُمْ    إِنِّى    مَلَكٌ    ۖ    إِنْ    أَتَّبِعُ    إِلَّا    مَا    يُوحَىٰٓ    إِلَىَّ    ۚ    قُلْ    هَلْ    يَسْتَوِى    الْأَعْمَىٰ    وَالْبَصِيرُ    ۚ    أَفَلَا    تَتَفَكَّرُونَ

"Katakanlah: Aku tidak mengatakan kepadamu, bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku mengetahui yang ghaib dan tidak (pula) aku mengatakan kepadamu bahwa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Katakanlah: "Apakah sama orang yang buta dengan yang melihat?" Maka apakah kamu tidak memikirkan(nya)?" AQ 6:50

Tidakkah ada sedikitpun perasaan bersalah di hati mereka semasa menulis riwayat palsu sebegini. Tidakkah mereka tahu bahawa manusia lain juga diberi akal dan pengetahuan oleh Tuhannya.

Sebenarnya banyak lagi koleksi hadis-hadis lain yang ditulis atas nama Nabi Muhammad tetapi sangat bertentangan dengan fakta di dalam Al Quran. Kita hanya perlu membuat kajian yang ringan untuk membongkar pertentangan ini.

Sudah sekian lama penipuan ini dibiar berlarutan. Sehinggakan, jika ada seseorang yang berani cuba membongkar perkara ini, dia pula yang akan dianggap sesat.

Saya ingin menutup artikel saya kali ini dengan menulis sedikit contoh kenyataan-kenyataan tidak masuk akal dari manusia-manusia yang orang Melayu anggap sebagai "ulama" dari pelbagai bidang di dalam dunia Islam.

Sukar untuk saya mengenal pasti di manakah letaknya keluasan pengetahuan orang-orang ini dari kenyataan-kenyataan yang dibuat melalui buku tulisan mereka sendiri.


"All my intellectual and supposedly logical statements in the explanation of the Quran turned out to be lame. All the explanations of the Quran done by the so-called Imams (Tabari, Zamakhshari, Ibne Kathir, Bukhari, Muslim etc) are misguided and misleading. All of us were the tools of Satan. Our souls were polluted by our physical desires. All our endeavors and works of this world promise to bring upon us nothing but eternal humiliation, torture and doom." Hadith-Ul-Quran by Allama Inayatullah Khan Al-Mashriqi, 1954 edition, pg 190.

“I am writing this book as I hear from the narrators. If anything sounds absurd, I should not be blamed or held accountable. The responsibility of all blunders rests squarely on the shoulders of those who have narrated these stories to me.” Imam Tabari mengaku bahawa beliau hanya menulis apa yang dipanggil "hearsay" di dalam buku Mazhabi Dastanain Aur Un Ki Haqeeqat by Allama Habib-ur-Rahman Siddiqui Kandhalwi, Ar-Rahman Publishing Trust, Karachi. Yang paling menyedihkan ialah sesudah membuat "disclaimer" sebegini, imam ini menjual pula idea bahawa Hadis adalah sumber kedua undang-undang Islam.

"I am superior to Prophets and I am higher in rank than they are" (Sheikh Mohiuddin Ibn-Arabi, Hadeeqa Sultania pg190)

"I have denounced Islam. I believe this is incumbent on people. Allah is God sitting in the heavens, I am the God on earth" (Statement of Hussain bin Mansoor Hallaj, Khateeb Baghdadi Vol 8, Ibne Athir chapter 11:140)

"My body has merged with the body of Rasulullah. Therefore, we are one" (Shah Waliullah, Anfasul Arifain)
 
Hazrat Dawood Jawarbi had seen Allah. When asked about Allah, he said, “Ask me not about His genitals and His beard. Ask about anything else.” (Al-Milil-wan-Nahil, Imam Shehristani 1:96)

"There is none else worthy of worship. Come and worship me" (Mullah Jalaluddin Rumi, Mathnawi 4:52)

"This morning Allah wrestled with me. He floored me because I am 2 years younger than He is" (Abul Hassan Kharqani, Fawaid Faridiya pg 78)
 
"Alas! The Muslim fails to understand that Allah can be found only in idol worship" (Sufi Mahmood Shabistri, Sharah Gulshan-e-Raz pg 294)

"My foot is on the neck of every saint. So, I placed my foot on Hazrat Ali's neck. (Abdul Qadir Jeelani, Asrar-ul-Qadam pg 191)
 
"Whenever Khwaja Maudood Chishti desired to see the Ka’bah, angels airlifted it to the land of Chisht in India" (Malfoozat Khwaja Qutubuddin Bukhtiar Kaki, Fariduddin Ganj Shakar)

"When Shah Waliullah was in his mother’s womb, she said a prayer. Two tiny hands appeared from her belly for prayer. She was frightened. Her husband said, "You have Qutubul Aqtab (Saint of Saints) in your womb" (Mullah Ashraf Ali Thanwi, Hikayaat-e-Awlia pg 17). What a breakthrough!
 
The Prophet laid the foundation of Darul ‘Uloom, Deoband, India (in the 19th century!) He comes to check the accounts of the Madrasah. He has learnt Urdu from the Ulema of Deoband. (Mubasshirat-e-Darul ‘Uloom and Deoband Number of the Darul ‘Uloom). Darul 'Uloom Deoband, India adalah tempat di mana Tok Guru Nik Aziz belajar.

"Allah revealed Himself to me as an extremely beautiful, irresistible woman, adorned with fine ornaments and see-through garments. She suddenly embraced me and merged into my body" (Shah Waliullah, Anfasul Arifain pg 94-95)

"God converted Hazrat Mirza Ghulam Ahmad Qadiani into a woman (in the 19th century) and had sex with him" (“Islami Qurbani.” Tract Number 34, Qazi Yar Muhammad Qadiani)

"One night I started flying from heaven to heaven until I reached the Prophet. He accepted my allegiance"  (
“Islami Qurbani.” Tract Number 34, Qazi Yar Muhammad Qadiani pg 38-39)

"The sun cannot rise before greeting me. The new year, the new month, the new day, cannot dawn without greeting me and informing me of every single event" (Malfoozat Ahmad Raza Barelwi about the exhumed ‘Ghaus Azam’ Abdul Qadir Jeelani)


Tuhan, lindungilah kami dari orang-orang ini, para pengikut mereka dan orang-orang yang mempercayai kenyataan-kenyataan orang-orang ini.

Ashwed





1 comment: