Media di Malaysia telah melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah Melalui Jabatan Agama Islam Negeri Kedah akan menguatkuasa Seksyen 13, Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah Darul Aman, Enakmen 2014.
Undang-undang ini telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kedah pada tahun 2014.
Undang-undang apabila telah diluluskan oleh Cabang Gubalan yang dilantik oleh rakyat di dalam Pilihanraya Umum akan menjadi wajib untuk dipatuhi. Rakyat tidak mempunyai pilihan.
Walaubagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawab blog ini untuk mengajak para pembaca berfikir secara kritis.
Yang pertama ialah berkenaan dengan implementasi dan pembuktian kesalahan ini.
Bagaimana implementasi mengenai perkara ini akan dibuat oleh Jabatan Agama ? Bagaimanakah Jabatan ini mahu membuat semakan ? Adakah mereka akan menyimpan rekod kedatangan setiap lelaki beragama Islam yang menetap di Kedah ?
Bagaimana kalau seseorang itu hanya lahir di Kedah tetapi menetap di negeri lain. Adakah dia akan di tangkap kerana tidak menunaikan Solat Jumaat di Negeri kelahiran beliau?
Bagaimana pula dengan wanita adakah mereka juga akan dikenakan tindakan, kerana mengikut Mazhab selain Shafie wanita juga wajib menunaikan Solat Jumaat ?
Jika seseorang itu bermusafir pula bagaimana ? Adakah dia dikira ponteng di Masjid kariahnya sedangkan beliau menunaikan solat di Masjid di luar kawasan ?
Bagaimana jika seseorang itu ditangkap oleh Jabatan Agama Negeri Kedah kemudian beliau mengaku telah menunaikan solat jumaat di luar negeri Kedah. Bolehkah Jabatan Agama Islam Kedah membuat semakan ? Adakah mereka mempunyai kuasa untuk berbuat demikian ?
Yang Kedua pula ialah berkenaan dengan masa depan banduan yang dikenakan kesalahan ini.
Jika Kadi membuat keputusan seseorang itu dipenjara kerana tidak menunaikan solat jumaat apa akan jadi kepada kehidupan orang itu. Adakah dia akan dibuang kerja atas kesalahan itu ? Bolehkah dia memohon kerja di tempat lain kerana beliau sekarang mempunyai rekod sebagai banduan.
Bagaimana dengan kehidupan sosial beliau dan juga famili beliau ? Adakah mereka semua akan dipulau ? Anak-anak beliau pula macamana, adakah mereka akan berdepan dengan trauma di sekolah atau di tempat kerja.
Terlalu banyak persoalan yang perlu dijawab. Yang menjadi masalahnya ialah Dewan Undangan Negeri Kedah telahpun meluluskan Undang-undang tersebut.
Ternyata Undang-undang ini dilulus tanpa membuat kajian yang mendalam. Ia amat memalukan, terutama apabila ia datang dari sebuah Kerajaan yang diterajui oleh Parti orang Melayu yang telah banyak berjasa kepada rakyat Malaysia.
Sebuah parti yang telah terbukti di dalam sejarah penubuhannya mengamalkan perwatakan liberal (terbuka kpd idea baru untuk beroleh kemajuan) dan amat progresif dalam pendekatannya. Sifat inilah yang sebenarnya menjadi kunci kejayaan negara kita selama hari ini.
Tiba-tiba sekarang di dalam kemelut mereka mahu mengejar undi akibat kekurangan sokongan, parti ini mahu menjadikan negara ini sebagai sebuah negara theologi (agama).
Sebuah Negara Islam bukanlah ditubuhkan dengan asas theologi. Sebuah Negara Islam sebenarnya ditubuhkan dengan asas kedamaian, sesuai dengan makna perkataan Islam itu sendiri. Hanya kedamaian sahaja yang mampu menjadikan sesebuah negara itu makmur.
Apabila rakyat berada di dalam keadaan yang damai, mereka akan secara otomatik membina diri dengan moral yang tinggi. Ia menyebabkan implementasi undang-undang akan menjadi mudah kerana kadar jenayah yang sangat kurang.
Negara theologi akan memundurkan sesebuah negara seperti yang kita boleh lihat di kebanyakkan negara arab. Ini adalah kerana sesebuah kerajaan yang berasas kepada theologi akan menjadi penyibuk kepada kehidupan peribadi rakyatnya. Inilah yang terjadi kepada Kerajaan Negeri Kedah, mereka menyibuk untuk tahu samada rakyat mereka telah tunai solat jumaat atau tidak.
Ini adalah contoh bagaimana agama menekan seseorang individu. Di dalam isu ini, agama telah masuk jauh ke dalam sistem kerajaan dan mengawal keputusan kerajaan mengikut kehendak mereka.
Cuba kita bertanya kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab di Negeri Kedah, kenapa orang-orang yang beragama Kristian tidak pula ditangkap jika tidak menghadiri sidang gereja lebih dari tiga kali ?
Kenapa ada standard yang lain dikenakan ke atas manusia yang menganut agama selain dari Islam. Adakah umat Islam di negeri ini dianggap sebagai rakyat kelas kedua ?
Tidak cukupkah lagi dengan tekanan (untuk berjaya) yang selama hari ini orang islam terima di negara ini yang mereka perlu menambah satu lagi tekanan yang tidak sepatutnya dikenakan.
Solla(h) Jumu'at menurut perspektif Al Quran
Sekarang mari kita lihat dari perspektif Al Quran berkenaan dengan Solla(h) Jumu'at.
Saya telah membuat kesimpulan bahawa solla(h) bukan suatu bentuk gerakan ritual penyembahan seperti yang selama ini kita lakukan. Ia sebenarnya bermaksud "iltizam atau komitmen" yang menjadi resipi kejayaan generasi Nabi Muhammad.

Menurut Al Quran ;
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman" AQ 3:139
Pernahkah kita terfikir, di Malaysia ini, secara umumnya, kaum manakah yang berada paling tinggi di antara kaum-kaum yang menjadi rakyat Malaysia ?
Adakah kaum yang paling di atas itu adalah bangsa kita yang memanggil dirinya Islam ? Jawapannya adalah sangat jelas dalam pengetahuan kita.
Jadi mengapa kita tidak bertanya kepada diri kita sendiri, jika benar kitalah bangsa yang paling beriman di Malaysia mengapakah, kita masih ketinggalan di dalam segala hal ?
Atau mungkinkah kita sebenarnya tidak beriman kepada Tuhan. Kita rasa kita beriman tetapi sebenarnya tidak.
"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya mengabdikan diri (li-yak-bu-doo) kepada Allah dengan ikhlas (mukhlisina) kepada-Nya dalam (menjalankan) aturan hidup yang lurus, dan supaya mereka mendirikan iltizam/komitmen [solla(h)] dan menunaikannya dengan murni/dedikasi (zakat); dan yang demikian itulah aturan hidup yang lurus" AQ 98:5
Jika dikumpul jumlah rakaat yang telah dibuat oleh orang Melayu, saya rasa sudah berjuta kali kita lakukan solat secara ritual penyembahan. Tetapi mengapakah Tuhan masih belum memberi kejayaan kepada kita ?
Ini sudah tentulah kerana kita sebenarnya tidak melakukan apa yang disuruh Tuhan. Jika kita lakukan sudah tentu kita akan berjaya.
Solla(h) Jumu'at menurut Al Quran boleh di dapati di AQ Surah 62 (Al Jumu'ah). Ianya adalah satu Surah yang pendek yang hanya terdapat 11 ayat.
Keterangan yang perlu kita lihat dengan teliti ialah pada ayat 9 sehingga ayat 11. Di mana pada ayat 9, terdapat kunci perkataan yang patut kita fikir dengan mendalam.
"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumu`at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" AQ 62:9
Perkataan itu ialah " yaumi-al-jumu'ati ". Adakah ayat ini membawa erti " Hari Jumaat" . Atau mungkinkah ia mengandungi maksud yang lain.
Saya sertakan di sini perbandingan keterangan ini dari penterjemah-penterjemah yang berbeza untuk kita fikirkan dengan mendalam.
Pickthall | Yusuf Ali | Shakir | Sher Ali |
---|---|---|---|
O ye who believe! When the call is heard for the prayer of the day of congregation, | O ye who believe! When the call is proclaimed to prayer on Friday (the Day of Assembly), | O you who believe! when the call is made for prayer on Friday, | O ye who believe! When the call is made for Prayer on Friday, |
Hilali/Khan | Rashad Khalifa | A.J. Arberry | J.M. Rodwell |
O you who believe (Muslims)! When the call is proclaimed for the Salat (prayer) on the day of Friday (Jumu'ah prayer), | O you who believe, when the Congregational Prayer (Salat Al-Jumu`ah) is announced on Friday, | O believers, when proclamation is made for prayer on the Day of Congregation, | O ye who believe! When ye are summoned to prayer on the day of THE ASSEMBLY, |
Terdapat perbezaan maksud di antara penterjemah-penterjemah ini. Saya mengambil erti "perhimpunan" sebagai maksud yang benar.
Jadi Jumu'ah bererti perhimpunan. Jemaah pula orang-orang yang berhimpun. Sukar untuk perkataan jemaah membawa maksud hari jumaat.
Nota : Perhatikan terjemahan Dr Rashad Khalifa. Untuk pengetahuan Dr Rashad Khalifa pernah mengisytihar dirinya sebagai Rasul. Dalam Al Quran terjemahan beliau, beliau menterjemah perkataan solla(h) sebagai "contact prayer". Oleh sebab itu, beliau telah membuat korupsi kepada terjemahan ayat ini biarpun beliau telah menyedari bahawa jumu'ah membawa maksud berhimpun. Beliau juga menjadi imam kepada jemaah beliau sendiri di sebuah tempat bernama Tucson, USA.
Adalah sukar untuk mempercayai beliau adalah seorang Rasul. Menurut Al Quran dosa yang tidak boleh dimaafkan oleh Tuhan ialah dosa mempersekutukanNya dengan sesuatu yang lain. Itu adalah bukti yang sangat kukuh bahawa Dr Rashad Khalifa bukanlah seorang Rasul sepertimana yang didakwa kerana ternyata beliau mempersekutukan Tuhan dengan sebongkah kiub batu (ini adalah pendapat peribadi saya).
Pengikut beliau yang ada sekarang membuat golongan baru yang dikenali sebagai Rashadite. Walaubagaimanapun, saya mengaku bahawa Dr Rashad Khalifa adalah insan yang menyedarkan saya bahawa kita hanya perlu mengikut Tuhan sahaja sebagai pemimpin yang utama dan hanya Al Quran sahaja yang layak dijadikan petunjuk. Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama roh yang mukhlis.
Oleh itu, bilakah sebenarnya hari perhimpunan yang disebut di dalam Al Quran. Jika kita membaca Surah ini daripada ayat 1 hingga ayat 11. Kita akan dapati bahawa Surah ini berkisar tentang orang-orang yang mengamal agama Judaism.
Semua orang Islam tahu bahawa di antara prinsip Al Quran ialah ia diturun untuk membenarkan Kitab sebelumnya dan juga membuat ketetapan baru iaitu membatalkan pula setengah-setengah perintah di dalam kitab yang sebelumnya.
Menurut Al Quran, ia tidak pernah membatalkan hari yang dikenali sebagai "Sabbath" atau "Sabtu".
"Hai orang-orang yang telah diberi Al Kitab, berimanlah kamu kepada apa yang telah Kami turunkan (Al Quran) yang membenarkan kitab yang ada pada kamu sebelum kami mengubah muka(mu), lalu Kami putarkan ke belakang atau Kami kutuki mereka sebagaimana Kami telah mengutuki orang-orang (yang berbuat maksiat) pada hari Sabtu. Dan ketetapan Allah pasti berlaku" AQ 4:47
Keterangan ini tidak pernah menyebut bahawa Tuhan telah membatalkan "ketetapan Peraturan Hari Sabtu".
Keterangan yang seterusnya ;
"Dan telah kami angkat ke atas (kepala) mereka Bukit Thursina untuk (menerima) perjanjian (yang telah Kami ambil dari) mereka. Dan kami perintahkan kepada mereka ; "Masuklah pintu gerbang itu dengan patuh (sujudan)", dan Kami perintahkan pula kepada mereka : "Janganlah kamu melanggar peraturan mengenai Hari Sabtu" dan Kami telah mengambil dari mereka Perjanjian yang kukuh" AQ 4:154
"Dan tanyakanlah kepada mereka tentang negeri yang terletak di dekat laut ketika mereka melanggar aturan Hari Sabtu, di waktu datang kepada mereka ikan-ikan (yang berada di sekitar) mereka terapung-apung di permukaan air, dan di hari-hari bukan Sabtu, ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikanlah Kami mencuba mereka disebabkan mereka berlaku fasik" AQ 7:163

Oleh itu, apakah sebenarnya ketetapan pada hari yang dipanggil "Sabbath". Berikut adalah maksud "Sabbath" yang di dapati melalui wikipedia.
Sabbath (/ˈsæbəθ/) is the seventh day of the Hebrew calendar week. According to Exodus 20:8 it is commanded by God to be kept as a holy day of rest, as God rested from creation. This command is mentioned in the New Testament in Hebrews 4:4-8. It is observed differently in Abrahamic religions and informs a similar occasion in several other practices. Although many viewpoints and definitions have arisen over the millennia, most originate in the same textual tradition.
Rupanya, Tuhan perintahkan kita untuk berehat pada Hari Sabtu. Ianya adalah sangat logik memandangkan pada enam hari yang lain kita telah membuat iltizam/komitmen kita dengan sepenuh fokus dan dedikasi. Maka sudah tentu ada masa untuk kita berehat.
Menurut wikipedia ini lagi, ketetapan ini adalah kerana "as God rested from creation". Keterangan ini sangat menarik kerana menurut Al Quran, Tuhan mencipta dunia ini dengan enam masa. Ada kemungkinan hari yang ketujuh yang di maksudkan ialah Hari Sabtu.
"Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, (Dialah) Yang Maha Pemurah, maka tanyakanlah (tentang Allah) kepada yang lebih mengetahui tentang Dia" AQ 25:59
Keterangan ini juga boleh di dapati di AQ 32:4 dan AQ 50:38.
Mujurlah setiap negeri di Malaysia memang sebenarnya bercuti pada hari Sabtu.
Wallahualam. Saya mungkin benar, saya juga mungkin salah. Tetapi, saya ada satu pesanan kepada golongan agamawan yang merasa mereka sahajalah yang diberi petunjuk dari Tuhan, yang merasakan mereka sahajalah yang benar.
"Katakanlah: "Hai orang-orang yang mendapat petunjuk (hadoo - dari perkataan huda yg bererti petunjuk. Yahood seperti yang kita org melayu panggil Bani Israel Yahudi), jika kamu mendakwakan bahawa sesungguhnya kamu sahajalah kekasih Allah bukan manusia-manusia yang lain, maka harapkanlah kematianmu, jika kamu adalah orang-orang yang benar" AQ 62:6
Tuhan menyeru kepada orang-orang yang merasakan dirinya sahajalah yang benar. Dia sahaja yang boleh masuk syurga. Asal ada orang lain yang berlainan agama dan pendapat habis kena tuduh masuk neraka. Tuhan mencabar mereka untuk mati sekarang.
Dengan kematian mereka barulah mereka tahu mereka itu masuk syurga atau neraka.
Seperkara lagi yang perlu kita fikirkan ialah jika benar Solat Jumaat adalah seperti yang kita lakukan selama hari ini dengan khutbah dan sebagainya. Mengapakah ia tidak pernah direkodkan di dalam Al Quran ? Adakah Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui terlupa untuk memberitahu kita dengan jelas? Tatacara ritual solat jumaat dengan khutbah dan tatacara khutbah hanya direkod di dalam hadis.
Di dalam kebanyakkan himpunan hadis, periwayat hadis ini akan mengatakan bahawa mereka telah berjaya mengumpul hadis pada setiap hari kehidupan Nabi Muhammad.
Jika kenyataan ini benar, mengapa kita tidak pernah membaca khutbah Jumaat yang diucap sendiri oleh Nabi semasa baginda hidup. Mengapa tidak ada langsung hadis yang merekodkan perkara ini ?
Khutbah semasa baginda tiba di Madinah dan khutbah terakhir di Arafah memang ada. Tetapi khutbah hari jumaat tidak ada. Tidakkah ini sesuatu yang pelik.
Ashwed

Salam..
ReplyDeleteMy understanding and reasoning of [62:9] is to replace the word "yaum al jumuati" as "day of the congregation".
It could be any sort of congregation like a weekend mass, community gathering and the likes. Boleh juga bermaksud menghadiri kelas.
Another way to look at the verse is an obligatory off day for everybody (jemaah/community). Weekend where most took a rest and reflect upon themselves. After completing the self assessment, planning etc they can proceed with the all the plans on the days that follow.
I am sure there is a better explanation than the above but definitely not the Friday prayers practiced by Sunnis. So the search for truth continues.
Thing to ponder, sembahyang jumaat falls on Greogrian Calender's Friday bukan pula ikut Calendar Hijra.. Somehow the traditional Imams cant fixed/set a Hijra based jumu'ah day...
Becks
Bila baca semula blog ni timbul pula persoalan:
ReplyDeletePada pendapat saudara Ashweb, adakah maksud "Hadoo" adalah lawan kepada "ummiyyin"?