Thursday, 10 September 2015

Meyakini Tuhan Adalah Meyakini Dirimu Sendiri

Sebab utama kita semua meyakini Tuhan adalah kerana kita melihat begitu banyak penciptaanNya di sekeliling kita.

Dari saat kita memegang jari ibu kita buat pertama kalinya, kemudian belajar merangkak seterusnya berjalan dan berlari, kita tidak henti-henti berpengalaman merasai ciptaan Tuhan secara percuma.

Oleh kerana kita hidup sebagai manusia, maka kita berimaginasi bahawa Tuhan adalah suatu entiti yang serupa dengan kita tetapi Dia mesti besar, sangat besar daripada kita. 

Jika tidak besar bagaimana Tuhan boleh mencipta matahari dan gunung, fikir kita ?

Lalu kita pun seringkali menyeru Allah Hu Akbar yang bermaksud Allah Maha Besar (perkataan ini tidak terdapat di dalam Al Quran yang ada ialah Allah Al Kabir yang juga bermaksud besar).



islam on Al Kabir(The Great)   Allahs Name

"Yang mengetahui semua yang ghaib dan nampak; Yang Maha Besar (al-kabir) lagi Maha Tinggi" AQ13:9
 
Penganut agama Hindu, pergi lebih jauh lagi. Mereka berpendapat oleh kerana terlampau banyak ciptaan Tuhan disekeliling kita maka 2 tangan sudah tentu tidak mampu melakukannya. Mesti lebih dari 2 tangan. 

Sebab itu mereka mengukir sifat Tuhan yang dipanggil Brahman (Yang Maha Mencipta) sebagai sebuah berhala yang mempunyai banyak tangan.


                                                   Brahman di dalam imaginasi penganut Hindu

Saya pasti, jika anda pergi bertanya kepada seekor kerbau tentang siapakah Tuhan, kerbau ini pasti bersumpah bahawa Tuhan adalah kerbau yang sangat besar. 2 tanduk tidak cukup, mungkin 8 tanduk.

Begitulah kesalahan yang biasa dilakukan oleh kebanyakkan manusia. Mereka menyangka bahawa Tuhan adalah suatu entiti seperti diri mereka.

Bagi saya, jikalah Tuhan itu suatu entiti yang kita boleh buat definisi mengenaiNya, tidaklah Tuhan itu menjadi begitu Perkasa, Esa dan Maha Besar kerana kita berupaya menerangkan kekuasaaNya seperti makhluk-makhluk yang lain.

Hakikatnya, tiada siapa yang berupaya menerangkan zat Tuhan melainkan Tuhan sendiri.


Kita manusia hanya mempunyai pengetahuan terhad kepada apa yang di ajar oleh Tuhan sahaja. Sbg contoh, saya pernah menerangkan dengan hujah saintifik bahawa hakikat kewujudan Zat Asal ialah di dalam ketiadaan atau "nothingness".
Namun, saya tidak lagi tahu apa yang ada disebalik ketiadaan atau "nothingness" kerana pengetahuan mengenai itu sudah tidak wujud lagi di dalam kotak fikiran manusia.

Pengalaman

Di dalam rutin tugasan harian, saya bertemu dengan ramai manusia dari kalangan kaum-kaum yang tinggal di Malaysia.

Apabila kena pada tempatnya saya akan menyampaikan sedikit pengetahuan saya mengenai prinsip-prinsip Al Quran kepada mereka.

Dari pengalaman ini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa kaum yang paling keras menolak Al Quran dan prinsip-prinsipnya ialah orang Melayu. 

Ini adalah satu kenyataan yang pedih. Orang Melayu pada hakikatnya lebih menerima buku-buku lain yang ditulis oleh manusia biasa sebagai sumber kepercayaan mereka.


Kaum Melayu mengamalkan paradoks. Mula-mula mereka mengatakan mereka yakin Tuhan itu Maha Mengetahui. 

Kemudian, mereka membelakangkan info ini apabila mereka menyakan bahawa buku hadis tulisan manusia diperlukan untuk menyempurnakan firman Tuhan seolah-olah Tuhan mempunyai kecacatan.

Kaum yang paling senang menerima prinsip-prinsip Al Quran ialah kaum Cina diikuti oleh kaum India.

Saya membuat kesimpulan bahawa kaum Cina mudah menerima prinsip-prinsip al Quran kerana mereka sekarang sedang mempraktikkan sebahagian besar dari prinsip-prinsip ini.

Kaum India pula mereka menerima prinsip Al Quran, apabila saya menerangkan persamaan besar dengan ilmu yang dibawa oleh Yogi mereka. 

Untuk pengetahuan, setakat yang saya perhati, tiada ilmuwan dari agama-agama yang besar di dunia berupaya mempunyai pengetahuan yang sebegitu luas mengenai misteri Tuhan lebih daripada para Yogi dari agama Hindu. 

Di India, pengamal Ilmu Tasawuf mempunyai hubungan yang rapat dengan para Yogi ini. Oleh sebab itu, banyak persamaan kepercayaan ahli sufi dengan ilmu Yogi.

Ingat. Kepada merekalah (penganut Hindu) pengetahuan pertama mengenai Tuhan diturunkan.

Namun, kaum India seperti juga orang Melayu, mereka tersekat kepada upacara-upacara ritual yang mereka cipta sendiri. 

Mereka menjadi pasif. Tidak lagi progresif seperti pada zaman awalnya.

Meyakini Diri Sendiri

Kebanyakkan kaum Cina pada asasnya adalah atheist. Iaitu seorang yang tidak percaya kepada Tuhan. 

Ianya adalah satu hakikat yang pelik bagaimana seorang atheist sedang mempraktikkan prinsip-prinsip Al Quran.

Seringkali terjadi, semasa menerangkan prinsip-prinsip Al Quran soalan mereka kepada saya ialah "Do you believe in God ?".

Agak sukar untuk saya menjawab soalan ini di kala pengetahuan saya mengenai Al Quran masih cetek kerana jawapan saya sudah tentu akan berkisar di antara frasa ini "it is between your believe and my believe".

Saya tidak dapat memberi jawapan secara lebih saintifik dengan mengambil kira kajian epistimologi dan budaya.

Namun, kini saya akan bertanya kembali sebegini "Do you believe in terms of reference".

Hakikatnya, God adalah terma rujukan di dalam Bahasa Inggeris sebagaimana Tuhan di dalam Bahasa Melayu.

Begitu juga dengan Ekan Anekan di dalam Bahasa Sanskrit, Yahweh dalam Bahasa Hebrew dan juga Elohym di dalam Bahasa Aramaic. Ini semua adalah terma rujukan untuk menerangkan konsep Tuhan.

Kita tidak beriman kepada terma rujukan ini. Kita beriman kepada zat asal. Iaitu Pemelihara dan Pencipta kita. Itulah yang sepatutnya kita cari dan fahami di dalam hidup ini, bukan mencari agama.

Berbalik kepada mentaliti kaum Cina yang atheist tetapi mempraktik Al Quran, saya akhirnya membuat kesimpulan ini.

Saya dapati, kebanyakkan kaum Cina tidak begitu memahami konsep Tuhan. 

Mereka menyangka God/Tuhan adalah satu entiti yang asing seperti seorang Raja yang sedang mengawal kita.

Mereka tidak boleh menerima bahawa terdapat satu entiti asing sedang mengawal takdir mereka. 

Mereka mahu merealisasi potensi mereka secara maksimum. Akhirnya, mereka mencari alasan untuk meyakini diri mereka sendiri sahaja.

Akhirnya, mereka memiliki sifat untuk meyakini diri sendiri. Mereka menyelesaikan masalah sendiri. Mereka berusaha sendiri. Mereka tidak mengharap orang lain untuk mengubah nasib diri mereka sendiri.

Itulah punca kejayaan mereka.

Sebenarnya yang mereka tidak boleh terima hanyalah terma rujukan bukan konsep.

Jika kita meneliti Al Quran, kita akan temui banyak keterangan bagaimana Tuhan mahu kita meyakini diri kita sendiri.

Misalnya, Tuhan memberitahu bahawa diriNya berada dekat dengan kita.

Begitu juga, Tuhan memberitahu bahawa diriNya berada di mana-mana sahaja kita memandang.

Banyak juga keterangan yang menyeru kita supaya mengguna akal di dalam segala hal.

A186

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku maka (jawablah): sesungguhnya Aku adalah dekat; Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" AQ 2:186


A016 

"Dan demi sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" AQ 50:16 
 
A053
 

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Tidakkah cukup bahawa sesingguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu ? " AQ 41:53


A004
 

"Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan" AQ 57:4  


A020 

"Dan pada bumi ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin" AQ 51:20
 
A021 

"Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikannya ?" AQ 51:21

Kesemua keterangan ini pada asasnya menyeru kita supaya menyakini diri sendiri.

Jika anda ada masalah, adakah anda rasa orang lain lebih layak untuk menyelesaikan masalah anda. Atau, adakah anda rasa masalah itu akan selesai dengan sendirinya ? Tentulah tidak.

Jika kita bermasyarakat pula adakah anda rasa masalah masyarakat kita itu akan selesai dengan buat-buat melupakannya ?

Inilah punca kemerosotan budaya Melayu. Bila kita ada masalah kita sapunya di bawah karpet dan berdoa pagi, petang, siang dan malam supaya Tuhan memudahkan urusan kita.

Kita tidak mahu berusaha menyelesaikannya sendiri. Kita tidak yakin kepada diri sendiri akan dapat menyelesaikan masalah itu.

Ia bermula dengan individu. Sekarang ia sudah menjadi satu bentuk penyakit masyarakat yang memerlukan revolusi minda untuk mengubahnya.

Mulalah dari sekarang, ubahlah nasib sendiri. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubahnya.

Ashwed 


9 comments:

  1. A very interesting writeup sir. In my opinion, God is pure energy. Think about it. We cannot create nor destroy energy but we definitely can harness part of it, like electricity. We all know how electricity works (according to God's law) but we cant really define what electricity really is. I am also very fascinated about our world on a subatomic level. Everybody knows the nature of mass but nobody knows what creates mass. Google god particle and you would know what I'am talking about.

    God bless on your journey sir. May you continuously be confused yet clarified all the time. I know I am :)

    ReplyDelete
  2. Allah = Alam.
    Tiada Tuhan.

    ReplyDelete
  3. Menarik.... Saya ada membaca buku olahan dari pengarang bernama HALO-N. pengarang banyak menceritakan kehebatan ciptaan tuhan dan salah Satu nya ialah kehebatan buku Nya iaitu Al Quran.

    Gaya penceritaan yg saudara ashwed garapkan ini hampir menyerupai penulisan buku HALO-N.

    Mgkn buku2 karangan Halo-N boleh dijadikan rujukan tambahan (jika perlu). Boleh download percuma dari www.hafizul.com.my

    ReplyDelete
  4. It will be good if you have taken some effort at learning some abc's about Hindu philosophy. Readers can discount your writing totally.

    ReplyDelete
  5. Islam adalah cara hidup bermatlamat sejahtera. Bukan ritual yang kosong tapi dibuat2 macam berisi dengan harapan mendapat faedah kemudian hari.

    ReplyDelete
  6. Begitulah prasangka makhluk mencari cari cari tuhan yang tak nyata.. sehingga mereka menpunyai syak wasangka menganggap tuhan sebagai tenaga eletrik memerlukan janakuasa untuk menghasilkan tenaga, Ianya Menyerupakan jisim yang bertepi, ada had dan mengambil lapang... .sedangkan tenaga eletrik juga dijadikan oleh tuhan. KE ESA tuhan dinodai dengan sangka sangkaan dengan akal mereka yang tuhan berikan sangat sedikit. Peristiwa ini diulangi sejak zaman Nabi Musa As ingin melihat tuhan dengan mata zahir.

    https://www.youtube.com/watch?v=O9xdqdSH7gA . (Stargate)
    Video ini menunjuk kesombongan manusia dengan kepandaian akal untuk memecah partical tuhan untuk mereka melihat tuhan dengan mata kasar. Peristiwa berulang kembali pada zaman yang berbeza.. sedangkan mereka tidak yakin tuhan itu Maha Kabir..

    Manusia dan makhluk adalah hanya kenyataan wujud tuhan.
    Allah = zat yang wajibal wujud berdiri dengan sendiri. Wujud tuhan bersifat qidam
    Tiada Makhluk Hanya Tuhan semata mata.

    sesuai dengan Tauhid kalimah "Laaillahaillalah Muhammad Rasul Allah"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab Laillahaillalah tu betul.Tapi bab Muhammaddurasullullah di sekutukan dengan Allah adalah sangat2 salah samasekali.Allah berfirman dlm Quran bahawa jangan sekali2 sekutukan Nya dengan apa2 sekalipun kerana itu adalah perbuatan yang syirik dan tiada keampunan dari Allah swt.Masa kan kita sekutukan Allah dengan rasul untuk rukun Islam kita yang pertama.Sungguh halus perancangan Syaitan menyesatkan manusia di atas muka bumi ni.

      Delete
    2. Salam,
      Kenapa plak sombong untuk buat experiment?
      Scientists hanya mengkaji kejadian alam.
      Mereka ada sifat ingin tahu.
      Banyak kejadian yang mereka kaji telah digunakan oleh manusia termasuk anda yang melabel mereka itu sombong.

      Non

      Delete
  7. Perhatikan 3 ayat Quran berikut dan sila semak dengan 'quraan arabiyaan' ,

    10:90 Dan Kami seberangkan banii israa-iila dilautan ketika mereka diekori fir’aunu dan angkatanya yang angkuh dan bengis dan apabila dia hampir tenggelam dia berkata “aku percaya bahawasanya tiada tuhan melainkan Dia” Tuhan yang banii israa-iila amanah kepada Dia dan aku darinya muslimina.

    63:1 Ketika orang munafik datang kepada kamu, mereka berkata kami menyaksikan yang kamu sebenar-benarnya rasul Allah pasti Allah mengetahui yang kamu rasul Dia malahan Allah menyaksikan orang munafik itulah yang sebenarnya pendusta.

    39:45 Dan apabila Allah satu-satunya diingatkan maka hati orang yang tidak amanah dengan hari akhiratnya menjadi gelisah malahan apabila selain Allah yang diingatkan mereka melonjak keriangan.

    Salam saudara sekelian..

    ReplyDelete