Saya ingin mengambil kesempatan pada petang ini untuk menyatakan penghargaan yang tidak terhingga kepada sebuah blog terkenal di Malaysia iaitu "Outsyed The Box" yang telah secara tidak langsung mempromosi blog ini di dalam postnya semalam.
"OutSyed The Box" dibaca lebih dari 20 juta kali semenjak ianya ditubuhkan. Post blog berkenaan menyebabkan pembaca blog saya bertambah berkali ganda.
Dengan peningkatan pembaca ini, saya mula menerima banyak komentar kepada artikel-artikel yang saya tulis dari pelbagai kaum di Malaysia.
Saya juga dengan ini ingin merakamkan penghargaan kepada para pembaca yang telah menghantar komentar mereka.
Sebagai seorang penulis, adalah menjadi satu kepuasan apabila mendapati tulisan sendiri telah dihayati oleh orang lain.
Komen negatif atau positif tidaklah menjadi hal kerana apa yang saya tulis adalah pendapat saya. Pendapat saya mungkin tidak sama dengan anda.
Tetapi, ini bukanlah bermakna saya salah, anda betul atau sebaliknya. Ianya adalah manifestasi kepada asas penciptaan manusia iaitu setiap orang mempunyai minda yang bebas. Kita perlu meraikan kebebasan ini.
Meroboh Tembok Belenggu
Tujuan asal blog ini ditubuhkan ialah sekadar untuk mengarkib pemikiran saya supaya dapat dijadikan legasi kepada anak-anak saya.
Sambil itu, blog ini juga saya ditubuhkan untuk cuba meroboh belenggu minda yang dibina oleh golongan agamawan ke atas manusia biasa seperti kita. Tembok belenggu ini telah mereka bina selama beribu-ribu tahun.
Apabila saya bercakap mengenai agama ianya tidak tertakluk kepada Agama Islam sahaja. Ia juga mesti termasuk Hindu, Buddha, Judaism, Kristianiti, Sikhism, Jains, Bahai, Zoroastrian, Yazudi dan lain-lain jenis agama yang dicipta oleh manusia
Oleh itu, adalah tidak munasabah dengan tujuan ini saya kemudiannya menulis sekadar mengiyakan pendapat golongan ahli agama yang mewakili jenis-jenis agama yang saya sebut tadi.
Jika anda seorang Hindu, Islam, Buddha atau Kristian dan merasakan bahawa tulisan saya tidak menepati pemahaman anda selama hari ini. Ketahuilah, bahawa itulah tujuan blog ini ditubuhkan iaitu untuk membawa pemikiran anda melihat sudut pandang alternatif mengenai agama yang anda amalkan selama hari ini.
Saya tidak berniat untuk mengutuk atau memandang rendah kepada mana-mana jenis agama.
Pada saya semua organisasi agama adalah bertentangan dengan "nature" manusia yang diberi minda bebas semenjak dilahirkan.
Blog ini juga bukanlah sebuah blog berbentuk keagamaan Islam. Semua kaum di Malaysia boleh membaca blog ini dan memanafaatkannya.
Saya sekadar cuba mencari kebenaran. Dan, sesungguhnya untuk mencari kebenaran memerlukan pergelutan minda yang panjang.
Namun, kebebasan pemikiran yang akan kita rasai apabila berjaya memecahkan tembok belenggu adalah suatu nikmat yang sangat tinggi.
Saya mengguna Al Quran secara tuntas sebagai penanda aras kebenaran yang saya ingin cari.
Mengapa tidak, terdapat hampir 2 billion manusia mengakui Al Quran sebagai petunjuk mereka. Di dalam lipatan sejarah pula, sudah terbukti ada generasi yang begitu berjaya dengan mengguna Al Quran sebagai petunjuk.
Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan terma rujukan Tuhan, terpulanglah kepada anda untuk mengguna terma rujukan apa sekalipun.
Alam, Pemelihara, Rabb semua itu tidak lebih dari terma rujukan. Yang penting ialah konsepnya iaitu terdapat suatu kuasa lebih besar dari kita semua yang memulakan segala-galanya yang kita nampak pada hari ini.
Bagi anda yang baru mengikuti blog ini, saya mencadangkan supaya anda membaca artikel-artikel saya dari permulaan untuk memahami maksud rantaian informasi yang cuba saya sampaikan. Terutama artikel bertajuk Tuhan, Organisasi Agama dan Manusia dan Batu.
Saya bukanlah seorang penulis profesional. Maka saya akui terdapat banyak kesalahan bahasa, ejaan dan juga mungkin idea yang tergantung di sana sini pada artikel saya. Saya cuba menyunting artikel-artikel ini dari masa ke semasa.
Akhir sekali, minda tanpa belenggu adalah kemerdekaan yang abadi. Ia adalah hak asas semua manusia. Sudah sampai masanya untuk kita meraih kembali hak ini dari tangan penindas senyap. Lakukannya hari ini. Berontak untuk berotak.
Ashwed

salam tuan,
ReplyDeletetahniah blog anda telah dibaca ramai. saya pun mengenali blog anda melalui ostb. teruskan menulis
Salam.
ReplyDeleteSy juga kenal blog ini melalui ostb. Sy ingin ucapkan ribuan terima kasih atas usaha anda. Kerana insan seperti anda, SAA, En Kassim Ahmad dan ramai lg yg mencabar kita semua org2 biasa untuk kembali kpd sumber asal.
Sy telah melalui proses pembelajaran semula semenjak beberapa tahun lepas setelah sy membaca buku En Kassim Ahmad. Hadith: Penilaian Semula. Segala apa yg telah sy percayai selama sy dilahirkan sbg seorg sunni telah menjadi satu persoalan yg besar. Terima kasih lg skali sy ucapkan kerana sumbangan tuan akan byk membantu kami yg masih giat mencari kebenaran.
Disamping itu sy ingin bertanya akan pendapat tuan ttg sumber terjemahan "The Quran as it Explains Itself, by Dr. Shabbir Ahmed". Ia boleh didapati di website quranaissance. Terjemahan ini adalah sumber rujukan sy buat masa ini.
Sy baru habis membaca beberapa artikel awal tuan dan Alhamdulillah lebih jelas dan senang untuk difahami apabila tuan menulis di dalam bahasa melayu. Sy harap usaha murni ini diteruskan.
-mimn
Salam Saudara,
ReplyDeletePengisian dan kupasan yang menarik dan mencabar minda mereka yang sebelum ini terikat dengan ideologi agama. Tahniah dan semuga saudara diberikan kesihatan yang baik untuk terus menulis, mengupas dan menganalisa isu-isu yang membelenggu fikiran orangramai khasnya mereka yang mengaku Muslim tetapi enggan menerima penjelasan Al Quran..
Menarik sekali. Terima kasih atas perkongsian. Terima masih juga pada ostb kerana beliau saya ke mari. Teruskan menulis saudara. L
ReplyDeleteSama dgn sya....tulisan anda memang buat sya memikir balik pendirian ssya
ReplyDeleteTeruskan menulis tuan Ash Wed..
ReplyDeleteSaya pun 'datang' dari OSTB..
Dah nak khatam baca blog tuan dari awal penulisan dalam masa 4 hari. Thank you.
SyukrilLah!! SyukrilLah!! SyukrilLah!! dan kepada Pemilik Blog ini!!
ReplyDeleteSalaamunalaikum Tuan Blog! Saya juga mengenali blog tuan melalui ostb yang sememangnya 'my breakfast' 1st n formost i'll goto OSTB heeem! refreshing my mind then I found out yr blog n now become my second menu 4b/fast, realy mengusik jiwa.
teruskan menulis sesuatu yang mencabar minda berasaskan Quran
ReplyDeleteOSTB learning boy
Salaamun Alaik,
ReplyDeleteSemakin ramai yang akal dan kalbu mereka di mangkinkan oleh pemikiran baru tentang DEENulLLAHil-ISLAM.
refreshing !!
ReplyDeletebosan dengan cerita kentut je tak habis2
Salaamun Alaikum.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Saya fikir setelah pulangnya Allahyarham Othman Ali ke pangkuan Penciptanya, maka hilanglah satu medium di mana kita dapat melihat satu pendapat, pandangan dan kupasan mengenai DeenullahilIslam.
Ternyata Allah Mendengar dan kini telah me'lahir'kan seorang lagi pemikir yang sanggup meneruskan usaha MENYAMPAIKAN KEBENARAN kepada orang Melayu dalam Bahasa Melayu agar Melayu yang beriman dapat sama-sama berdiskusi dan membuat rujukan pada pentas yang mereka selesa..... #TiadaPaksaan....
proquran@gmail.com
Salamun Alaykum,
DeleteSemoga roh arwah Othman Ali ditempatkan bersama-sama mukhlisin. Sesungguhnya beliau seorang legenda.
Salamun Alaykum. Segala puji bagi Tuhan, pemelihara sekelian alam,
ReplyDeleteTerima kasih kepada semua yang memberi komentar di dalam blog ini. Semoga blog ini dapat memberi ruang kepada semua pembaca untuk bertukar-tukar pandangan tidak kira munasabah atau tidak untuk kita sama-sama cuba mencari jawapan.