Thursday, 3 September 2015

.. Dan Dirikanlah Iltizam dan Murnikanlah Ia

Frasa tajuk di atas bermaksud "wa-aqeemus-solla(h)-ta-wa-a-tuz-zakka(h)" di dalam Bahasa Arab Al Quran. Untuk memahami maksud ini dengan lebih jelas, sila baca artikel bertajuk "Nabi, Aqeemus Solla(h) dan Zakka(h)"

Pernahkah anda berfikir, mengapa di dalam setiap profesion yang manusia ceburi pasti ada yang berjaya dan ada yang gagal.

Mengapakah, seringkali kita dapati dua buah kedai makan, menjual menu yang sama dan terletak sebelah menyebelah di antara satu sama lain. Namun, sebuah kedai mempunyai pelanggan lebih ramai dari kedai sebelahnya.

Pernahkah anda terfikir mengapakah ada artis yang terkenal, ada yang tidak. Ada arkitek yang popular, ada yang tidak. Ada kontraktor yang mempunyai kerja yang tidak putus, sementara ada kontraktor lain yang melangut tiada kerja.

Mengapakah ia terjadi sebegini ? Adakah ianya kerana Tuhan lebih menyayangi seseorang lebih dari yang lain ?

Ia juga sebenarnya terjadi di dalam semua jenis agama (pecahan terbesar), mazhab, kaum, masyarakat dan pecahan-pecahan lain yang lebih kecil. 

Yakni, terdapat orang di dalam pecahan itu yang lebih berjaya dari orang lain dari pecahan yang sama.

Adakah ini terjadi kerana anda merasakan bahawa Tuhan lebih menyayangi orang Kristian lebih dari orang Islam, misalnya ? Maka, oleh sebab itu orang Kristian lebih berjaya dari orang Islam ? 

Jika ianya benar sebegitu, mengapa pula negara Filipina yang mempunyai agama rasmi Kristian kurang berjaya dari negara kita Malaysia yang beragama rasmi Islam ?

Begitu juga, mengapa ada orang yang bermazhab syiah lebih berjaya dari seorang yang bermazhab sunni ? Kenapa pula ? Sedangkan orang-orang bermazhab sunni sering mendabik dada bahawa merekalah golongan yang tidak tersesat ?

Mendirikan Iltizam dan Memurnikannya

Tuhan menyeru kita supaya mendirikan iltizam iaitu solla(h) dalam Bahasa Arab Al Quran serta memurnikannya iaitu zakka(h) dalam Bahasa Arab Al Quran.

Ini adalah satu seruan yang universal. 

Ingat. Al Quran ditujukan kepada seluruh umat manusia tidak kira agama, bangsa, parti politik atau dari pecahan mana pun mereka berada.




A138

"(Al Quran) ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang bertaqwa" AQ 3:138
 

 A020

"(Al Quran) ini adalah pedoman bagi seluruh manusia, petunjuk dan rahmat buat kaum yang meyakini" AQ 45:20)

A029

"Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan barakah supaya mereka mempelajari ayat-ayatnya dan supaya orang-orang yang mempunyai akal mengambil pelajaran" AQ 38:29

Al Quran tidak pernah diturunkan hanya kepada segelintir sahaja manusia. Itulah hakikat yang kita perlu terima. Kita orang Islam tidak berhak ke atas Al Quran.

Iltizam bermakna kesungguhan di dalam diri kita untuk mencapai sesuatu sasaran. 

Sementara, memurnikannya ialah keikhlasan kita untuk mencari pengetahuan, menjalani latihan, membuat penyelidikan mengenai sasaran kita itu.

Ambil diri saya sebagai contoh, dahulu semasa zaman sekolah sehingga zaman universiti, saya mempunyai cita-cita untuk bermain muzik di dalam sebuah kugiran. Saya menggemari alat muzik gitar.

Setiap hari saya berlatih bermain gitar, semenjak berada Tingkatan 2.

Oleh kerana iltizam/kesungguhan saya berlatih bermain gitar dan mencari pengetahuan mengenainya, maka akhirnya saya menjadi mahir bermain gitar terutama di dalam genre muzik yang saya gemari.

Saya berjaya menubuhkan kugiran saya sendiri bersama rakan-rakan universiti, mencipta lagu sendiri dan menyertai konsert bawah tanah yang kami anjurkan sendiri. 

Kami berjaya menyelusuri impian kami, tetapi iltizam/kesungguhan ini tidak cukup fokus (khusyuk). Maka, saya dan rakan-rakan tidaklah menjadi sangat terkenal dan berjaya di dalam bidang ini.

Apabila memasuki zaman pekerjaan, saya sudah tidak lagi berlatih bermain gitar. Rakan-rakan seperjuangan juga sudah memulakan hidup baru. Maka impian ini akhirnya terkubur. 

Sungguhpun begitu, skil yang telah dipelajari masih tersemat sehingga mati.

Begitulah juga yang terjadi kepada contoh kedai makan pada permulaan perenggan artikel ini.

Salah sebuah kedai makan tersebut mendirikan iltizam/kesungguhan/solla(h) untuk menjadi restoran yang berjaya.

Dengan kesungguhan/iltizam/solla(h) tersebut tuan kedai itu dengan ikhlas mencari ilmu pengetahuan tentang bagaimana mahu mengurus restoran. 

Kemahuan yang tinggi ini menyebabkan beliau berlatih dan mencari sistem yang paling sesuai untuk restoran beliau.

Natijahnya, para pelanggan beliau merasa puas hati dengan rasa makanan dan servis di kedai makan beliau. Mereka datang berulang-kali.

Sedangkan, pemilik kedai makan yang satu lagi tidak mendirikan iltizam/kesungguhan/solla(h).

Beliau tiada kemahuan untuk belajar cara servis yang terbaik untuk menarik pelanggan. Para pelanggan beliau tidak berpuas hati. Mereka menghindari dari mengulang pergi ke kedai makan tersebut.

Skil memasak yang dipelajari oleh tuan kedai ini masih tersemat, tetapi ia terkubur setakat itu sahaja. Beliau tidak mencapai kejayaan.

Kesimpulan

Mendirikan solla(h) dan memurnikannya atau zakka(h) bukanlah satu bentuk upacara ritual.

Adakah anda rasa seorang yang beragama buddha lebih berjaya dari rakan seagamanya yang lain kerana beliau lebih banyak membuat upacara ritual di hadapan berhala buddha baring dari rakannya ?

Begitu juga, adakah anda merasakan seorang yang beragama kristian lebih berjaya dari yang lain kerana beliau lebih banyak bertafakur di dalam gereja dari rakannya yang lain ?

Kita yang bermazhab sunni pula, adakah anda merasakan yang anda lebih berjaya dari rakan anda yang bermazhab syiah kerana anda lebih banyak membuat solat dhuha dari rakan anda itu ?

Adakah anda merasakan Bill Gates, Mark Zuckenberg, Steve Jobs berjaya kerana mereka membuat solat dhuha ? Sudah tentu tidak.

Kesemua insan yang berjaya mempunyai satu persamaan yang ketara. Mereka berusaha bersungguh-sungguh.

Oleh itu, bangkitlah anak bangsaku, tidakkah kamu menyedari bahawa rakan-rakan kaum cina kamu sedang mendirikan solla(h) dan memurnikannya. 

Mereka tanpa sedar telah mendengar dan mematuhi (wa-samiaqq-na-wa-atorq-na/kami dengar dan kami patuh) seruan Tuhan seperti yang dijelaskan di dalam Al Quran. Mereka pasti berjaya.

Anak bangsaku ... tidakkah kamu sedar bahawa dengan tidak mendirikan solla(h) iaitu beriltizam dan berusaha bersungguh-sungguh di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi, kamu sebenarnya sedang menolak seruan Tuhan. 

Oleh yang demikian, kamulah sebenarnya yang rebel (dalam bahasa Al Quran ialah kafir). Bukan mereka. 

Ashwed



8 comments:

  1. I think u have to go more in depth in Hinduism (religion) as i feel its very shallow on putting forward your idea on that issue, same goes to Chinese (race) as u should discuss this on a religious point of you rather than grouping them in ethnicity.

    ReplyDelete
  2. Salam Ashwed,

    1. sekarang ni, ada atau tidak ada the absolute leader? jika ada, siapa & jika tidak ada kenapa?
    2. islam ertinya penyerahan atau submission & aslama maknanya berserah atau submit. kedamaian atau peace, tok arab sebut apa?
    3. kalau tak silap, agama hindu dari nabi ibrahim a.s.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara kampong lad...

      jawapan kepada soalan saudara no 1, pada pendapat saya diri kita sendiri adalah 'the absolute leader'.. kenapa saya berkata demikian;

      [2:1] A.L.M.
      [2:2] This scripture is infallible; a guidance for the righteous;
      [2:3] who believe in the unseen, uphold your commitments, and from our provisions to them, they give to charity.
      [2:4] And they believe in what was revealed to you, and in what was revealed before you, and with regard to the Hereafter, they are absolutely certain.
      [2:5] These are guided by their Lord; these are the winners.

      Allah asked as to become the winners (orang yg berjaya atau org yg sucessful).. pada pendapat saya maksud 'the winners' ialah seseorang individu (iaitu diri kita sendiri) yg telah mencapai tahap kemajuan yg membolehkan diri sendiri, isteri dan anak2 kita, keluarga kita, komuniti kita, bangsa kita dan negara kita mendapat maanfaat dari kemajuan yg kita kecapi.

      Macamana nak jadi 'the winners' atau mencapai kejayaan, guna lah akal fikiran semaksimum yg mungkin...

      Becks

      Delete
  3. munkin tuan boleh kupas kata akar "aqee-mu" yg mana kita di tafsirkan sebagai mendirikan. Dalam bahasa melayu, "mendirikan iltizam/kesungguhan" kedengaran agak janggal. Mungkin kah dalam konteks bahasa arab ianya make sense?

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Kalau Saudara ada article dimana semua ayat berkaitan solla di kupas .Ini dapat bantu kami yang masih cuba memahami mesej yang di sampaikan dalam Quran.Ada ayat ayat yang sebut tentang waktu solla,solla waktu berperang ,solla at both ends of the day and part of the night,sollah wusta.dan seterusnya.
    Seek your kind assistance so that I could get to improve my understanding of the message in the alquran on Solla.
    The translation by the traditionalist has succeeded to promote the Alquran as a book of rituals instead of as a way of life towards peace ,security and development of the human capability/potentials.
    Mohon sudi bantu.Berbanyak terima kasih untuk kongsi pandangan melalui blog Saudara Ashwed. Sangat dihargai.
    Salamun Alaikum
    ashkc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salamun Alaykum. Segala Puji Bagi Tuhan,

      Pada saya waktu solla itu ada kaitan dengan iltizam kita di peringkat-peringkat kehidupan. Iaitu semasa kecil, dewasa dan matang. ia diwakili dengan keterangan waktu-waktu sebagai "allegory"

      Delete
  5. Kalau ada kemampuan, baik secara persendirian atau secara gabungan bersama rakan ber Al-Qur'an, saya sentiasa ternanti-nanti selepas BACAAN, iaitu terjemahan kontemporari oleh Allahyarham Othman Ali satu terjemahan Al-Qur'an dalam Bahasa Melayu seiring dengan penemuan makna-makna baru dan juga perubahan masa in sha Allah.

    proquran@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salamun Alaykum,

      Terima kasih proquran. Saya mengaku saya kurang mengenali arwah Othman Ali. Saya berkenalan dengan tulisan-tulisan beliau melalui seorang kawan. Pada waktu itu saudara Othman Ali telahpun kembali kepada penciptanya.

      Dari pembacaan dan sedikit rujukan yang saya lakukan, saya menganggap saudara Othman Ali sebagai seorang legenda. Beliau adalah seorang wira yang tidak didendang. Pengetahuan beliau juga sangat tinggi. Semoga ada usaha untuk meneruskan e-bacaan sebagai satu wadah untuk kita mendalami Al Quran.

      Semoga arwah Othman Ali ditempatkan bersama-sama dengan mukhlisin.

      Delete