Sunday, 23 October 2016

Jalan Ke TAMAN

# Artikel ini paling baik di baca bersama dengan suatu artikel lain yang bertajuk REZEKI YANG BERKAH anda boleh membacanya di sini http://ashwed1973.blogspot.my/2016/10/rezeki-yang-berkah.html #

Kedamaian Untuk Semua,

SYURGA

Bagi kebanyakkan manusia di negara kita khususnya dan dunia amnya, tujuan hidup mereka adalah untuk memasuki sebuah tempat yang di kenali sebagai SYURGA. Di dalam Bahasa Inggeris di kenali sebagai HEAVEN.

Ramai yang berfantasi mengenai keadaan tempat ini.

Sayangnya fantasi mereka ini hanya tergambar setakat pengalaman dan apa yang mereka lihat dan rasai di bumi ini sahaja. Tidak lebih dari itu. 

Oleh sebab itu, maka terdapat gambaran keseronokan paling maksimum ialah nikmat melakukan hubungan seks dalam tempoh yang panjang bersama pasangan berlainan yang cantik tidak terkata.

Ini terjadi kerana di dunia ini, melakukan hubungan seks adalah kenikmatan yang paling tinggi boleh dikecapi manusia.

Begitu juga, tergambar keseronokan meminum arak dengan kadar yang banyak namun tidak memabukkan.

Yang peliknya, pada awalnya mereka menentang sekeras-kerasnya perbuatan ini ketika mereka hidup. 

Namun, imaginasi mereka membuka apa yang sebenanya berada di dalam hati orang-orang ini. 


NERAKA

Sebaliknya, tempat yang paling mahu dihindari ialah sebuah tempat yang dikenali sebagai NERAKA atau di dalam Bahasa Inggeris di sebut HELL.

Di sini, segala jenis siksaan menanti mereka yang banyak melakukan kejahatan sepanjang hidup mereka.

Yang peliknya, banyak perkara yang dikenali sebagai kejahatan di dunia ini adalah juga perbuatan yang mereka damba untuk lakukan apabila beroleh SYURGA.

Seperti gambaran SYURGA, gambaran NERAKA juga tidak dapat lari dari imaginasi  duniawi.

Maka segala jenis siksaan yang tergambar oleh manusia hanya setakat yang dapat dilihatnya di bumi ini sahaja.

Peralatan siksaan yang digunakan pun setakat yang boleh di dapati di bumi ini.

Begitulah terhadnya imaginasi manusia.

Tidakkah ianya adalah suatu perkara yang amat paradoks apabila mulut kita berkata bahawa Tuhan itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani, namun Tuhan yang sama mempersiapkan siksaan yang amat dahsyat untuk makhluk ciptaanNya.

Begitulah kelirunya kepercayaan kita kepada Tuhan yang satu ini. 

Hakikatnya, kita lebih tidak percaya daripada percaya kepada Tuhan. 

Kepercayaan kita begitu nipis senipis kulit bawang sehingga kita mempercayai pula Tuhan ini bertanggungjawab menyiksa makhluk ciptaanNya.

Inilah konsep Tuhan ciptaan teologi manusia. 

Tuhan yang keliru, sekejap baik dan penyayang, di masa yang lain begitu kejam kepada makhluk yang lemah.





ASAL KONSEP SYURGA DAN NERAKA

Ketahuilah bahawa konsep Syurga dan Neraka sebagai sebuah tempat yang boleh kita keluar masuk seperti sebuah hotel adalah ciptaan teologi dan organisasi agama yang pertama di dunia iaitu HINDU.

Anda boleh membacanya di sini http://ashwed1973.blogspot.my/2015/11/syurga-neraka-dan-ungkapan-aku-tidak.html

Secara ringkas, menurut kosmologi Hindu, kosmos ini terbahagi kepada 3 realm iaitu SVARGA (dunia atas), PRITHVI (bumi) dan PATALA (dunia bawah).

SVARGA mempunyai 8 lokhas (dunia) sementara PATALA mempunyai 7 lokhas. Salah satu lokhas di PATALA di kenali sebagai NARAKA, sebuah tempat penyiksaan.

Menurut HINDUISM, setiap jiwa yang meninggal dunia akan di hantar ke NARAKA untuk di adili oleh Dewa yang dikenali sebagai Yama.

Setelah di adili, jika sekiranya jiwa ini di dapati banyak berbuat baik maka ia akan di hantar ke SVARGA. 

Jika sebaliknya, jiwa ini akan tinggal di NARAKA untuk suatu tempoh tertentu bagi menerima hukuman siksaan.

Segala siksaan di NARAKA yang dipercayai Hindu adalah sama seperti kepercayaan orang Islam iaitu untuk kesalahan A, penyiksaannya begini. Manakala, bagi kesalahan B, penyiksaannya begini pula.

SYURGA DAN NERAKA MENURUT AL QURAN

Menurut Al Quran yang di inspirasikan kepada Nabi Terakhir. 

Syurga dan Neraka atau Svarga dan Naraka atau Heaven and Hell atau apa sahaja istilah yang merujuk kepada suatu tempat khas adalah tidak wujud.

Istilah yang di gunakan juga sangat berbeza.

Al Quran mengguna istilah Jannah yang membawa maksud taman/wadi/oasis dan Naar yang membawa maksud api/fire.

Adakah Jannah dan Naar adalah sama dengan Syurga dan Neraka ?

Keterangan Al Quran ini menerangkan segala-galanya ;


A015

"Perumpamaan (matha-loo) (penghuni) Jannah yang dijanjikan kepada orang yang orang yang benar (mut-taquna) yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar (wine) yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai dari madu yang disaring; dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka, samakah ia dengan orang-orang yang kekal dalam api (naa-ri) dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong ususnya"  AQ 47:15

Di dalam keterangan di atas, kata kunci utama yang perlu kita dalami ialah perkataan matha-loo yang membawa maksud misalan atau perumpamaan. 

"Misalan Taman yang dijanjikan kepada orang yang benar .. " dengan frasa ini maka jelas Al Quran tidak merujuk Jannah sebagai suatu tempat khas. 

Jannah menurut Al Quran adalah suatu keadaan hidup. 

Di mana, untuk kita mencapai keadaan hidup ini syarat utama yang perlu dibuat oleh manusia ialah dengan menjadi SEORANG YANG BENAR (mu-taquna).

Tidaklah begitu ganjil jika seorang yang menjalani hidupnya secara benar dan lurus, akan menikmati keadaan hidup yang senang seumpama berada di dalam sebuah Taman dengan rezeki yang melimpah ruah umpama air sungai yang mengalir tidak henti-henti.

Ini tidak akan berlaku kepada seorang yang kuat menipu dan tidak amanah di dalam urusan hariannya.

MUTTAQI (ORANG YANG BENAR)

Bagaimanakah mahu menjadi seorang yang BENAR ? 

Adakah manusia perlu mengembara (pilgrimage) ke tanah asing untuk mencapai KETAQWAAN (KEBENARAN) ?

Adakah manusia perlu bersengkang mata melakukan satu upacara khas untuk mencapai KEBENARAN ?

Ketahuilah bahawa kebenaran tidak boleh dicapai secara luaran dengan melakukan upacara fizikal. 

Ia adalah suatu perkara dalaman yang berbeza-beza di antara satu manusia dengan yang lain.

Sesuatu perkara yang membahagiakan untuk seseorang mungkin tidak begitu kepada orang yang lain


Ia hanya boleh dicapai oleh diri sendiri dengan mengikhlaskan jiwa dengan membuat perkara-perkara baik (amal soleh - bukan berkait dengan ritual. Amal soleh bermaksud membuat perkara baik seperti menolong orang lain, berbakti kepada masyarakat, membuat kebajikan dll) di dalam hidup.

Menurut Al Quran seorang Muttaqi adalah mereka yang ;

A001

"Alif Lam Mim" AQ 2:1

 A002

"Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang yang benar (muttaqina)" AQ 2:2

A003 


"dan amanah (yukminu-na) kepada yang ghaib, dan dirikan iltizam/kesungguhan (solla) dan nafkahkan (yunfikuna) sebahagian daripada apa Kami rezekikan mereka" AQ 2:3


A004


"Yang amanah (yukminu-na) kepada apa diturunkan kepada kamu, dan apa yang telah diturunkan sebelum kamu, dan mereka yakin akan pengakhiran (akhirat)" AQ 2:4

 A005


"Mereka itu adalah di atas petunjuk daripada Pemelihara mereka; mereka itulah orang-orang beruntung" AQ 2:5

1. Amanah ('iman)
2. Mendirikan kesungguhan (solla)
3. Membelanjakan rezeki (sadaqah)
4. Amanah kepada ad deen (yang dikisahkan di dalam Al Quran dan buku-buku lain yang diinsiprasi kepada utusan sebelum Utusan Terakhir)
5. Percaya kepada pengakhiran

Inilah antara jalan untuk menuju ke TAMAN, di samping beberapa keterangan lain yang menerangkan jalan ini secara lebih terperinci seperti di AQ 3:19, AQ 6:151-153 .

A151  

"Katakanlah, "Marilah, aku akan bacakan apa yang Pemelihara kamu haramkan kamu: bahawa kamu tidak sekutukan sesuatu dengan-Nya, dan buat baik kepada ibu bapa, dan tidak membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan; Kami beri rezeki kepada kamu, dan kepada mereka; dan bahawa kamu tidak dekati sebarang kesumbangan, yang nampak atau yang tersembunyi, dan bahawa kamu tidak membunuh jiwa yang Allah haramkan, kecuali dengan patut. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu faham" AQ 6:151


A152

"Dan bahawa kamu tidak mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik, sehingga dia dewasa. Dan tepatilah sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, berlakuadillah, walaupun ia kepada sanak saudara yang dekat. Dan tepatilah perjanjian Allah. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu ingat" AQ 6:152

A153 

"Dan bahawa inilah jalan-Ku, lurus; maka kamu ikutlah ia, dan jangan ikut jalan-jalan yang berlainan supaya mereka tidak pecah belahkan kamu daripada jalan-Nya. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu bertakwa." AQ 6:153

Untuk tujuan artikel ini saya hanya berupaya membincangkan sedikit daripada jalan ini. Sudut lain sebenarnya telah dibincang di dalam artikel lain sepanjang blog ini bersiaran.

Beberapa jalan yang saya rasakan boleh membawa kita ke Taman (Jannah) ialah ;

Amanah ('Iman)

Apakah maksud iman ? 

Adakah ia berkaitan dengan kepercayaan kepada konsep Tuhan mengikut teologi rekaan manusia ?

Teologi rekaan manusia mengenengahkan konsep Tuhan yang pelbagai. 

Kebanyakkannya berkisar kepada peri pentingnya medium sebagai alat untuk mendekatkan diri mereka dengan Tuhan.

Ia boleh jadi batu yang diukir sebagai berhala, batu yang di jadikan tembok, batu yang di jadikan arca salib dan batu berbentuk empat segi.

Di waktu yang lain, utusan-utusan yang menerima inspirasi dari Tuhan juga dijadikan medium. Utusan ini bagi mereka adalah pembantu Tuhan di dalam mentadbir kerajaanNya. 

Dalam sesetengah teologi, mereka pergi lebih jauh untuk meyakinkan khalayak bahawa idola mereka amat penting di dalam penciptaan dunia sehingga mengangkat idola mereka ini sebagai anak Tuhan.

Ada sesetengah yang lain pula beranggapan bahawa idola mereka di cipta dahulu dari perkara lain, sebelum nur dari idola ini dijadikan asas untuk Tuhan mencipta perkara yang seterusnya.

Ada juga yang lebih hebat, mereka membuat cerita bahawa keseluruhan kosmos ciptaan Illahi ini berada di dalam mulut idola mereka.

Begitulah persaingan sengit di antara teologi-teologi dunia. Mereka tidak mahu kalah di dalam mempromosi idola masing-masing. 

Bagi mereka Tuhan tinggal jauh dari mereka, kebanyakkannya percaya bahawa Tuhan tinggal di suatu tempat bernama Syurga. Itulah sebabnya mereka juga mahu memasuki tempat rekaan ini.

Ketahuilah bahawa apa sahaja pendapat dan konsep kita terhadap Tuhan ia tidak akan merubah apa-apa kepada Zat Asal itu. Yang berubah dan menerima akibat ialah kita sesama kita.

Anda boleh sahaja menjatuhkan bom atom atau nuklear di sebuah tanah asing demi untuk memaksa mereka ini mengikuti pendapat dan konsep Tuhan anda.

Adakah perbuatan ini boleh mengubah Zat Asal ? Tidak sama sekali. Yang berubah ialah kita, dari punyai landskap negara yang cantik kini ia dimusnahkan oleh tangan sendiri.

Menurut Al Quran 'iman membawa maksud yang amat mudah, logik dan bersifat universal.

Ia didirikan dari abjad ain-mim-nun yang bermaksud amanah. Suatu sikap yang terpuji (muhammadoo).
 
Sikap ini jika diamalkan maka yang empunya diri akan disenangi oleh manusia lain tidak kira bangsa, budaya dan "agama". 

Ia berbentuk universal, tidak tertakluk kepada ketegaran teologi rekaan manusia.

Amanah membawa maksud sikap yang bertanggungjawab terhadap tugas yang telah diberi kepada mereka di dalam hidup ini.

Oleh yang demikian, amanah adalah suatu sikap yang berbentuk subjektif. Ia berkait rapat dengan kehidupan seseorang itu.

Sebagai contoh seorang pelajar mempunyai amanah yang berbeza dengan seorang yang bekerja.

Seorang lelaki mempunyai amanah yang berbeza dengan seorang wanita. 

Seorang suami pula sudah tentu mempunyai amanah yang berbeza dengan seorang isteri.

Seorang isteri yang bekerja pula, lain amanahnya dengan seorang isteri yang menjadi surirumah sepenuh masa.

Ia perlu dilihat secara keseluruhan kehidupan seseorang itu. Ia juga tentulah berbeza di antara seorang dengan yang lain. 

Sebagai contoh, katakanlah seorang isteri yang tidak bekerja dan mempunyai beberapa orang anak. Suami memberinya sebuah tempat tinggal dan kereta untuk kegunaan famili.

Maka logiknya amanah yang perlu dipenuhinya ialah menjaga rumah dan mengguna fasiliti yang diberi untuk berkhidmat kepada familinya. 

Kereta yang diberi kepadanya perlulah digunakan untuk membeli barang-barang dapur, menghantar dan mengambil anak-anaknya untuk menerima pendidikan, membawa anak-anak ke hospital dan lain-lain.

Jika beliau tidak melakukan perkara ini, malah sebaliknya mengguna kereta yang diberi suami ini untuk berkhidmat kepada orang lain yang langsung tiada kena mengena dengan famili maka beliau bolehlah dikatakan sebagai seorang yang tidak amanah (tidak beriman).

Natijahnya, keluarganya akan menjadi tidak harmoni. 

Suaminya berkemungkinan besar menjadi benci kepadanya. Apalah lagi yang ada pada seorang isteri jika dirinya dibenci oleh suami sendiri ? Kehidupannya kini seolah-olah (matha-loo/misalan) berada di dalam api (naar).

Sebaliknya, bagi isteri yang memegang amanah ('iman), yang menjaga rumahtangga dan anak-anaknya. 

Beliau pastilah dihormati oleh si suami. Penghormatan ini akan diterjemahkan dalam bentuk kasih sayang. 

Kehidupannya akan menjadi bahagia, beliau kini seolah-olah (matha-loo/misalan) berada di dalam sebuah Taman dan dimewahkan dengan kasih sayang yang bertali arus umpama (matha-loo) sebuah sungai.

Kedamaian (Al-Islam) dan Ad Deen

Melalui blog ini, saya sudah beberapa kali berpeluang menerangkan maksud AD-DEEN menurut kajian spesifik yang saya lakukan.

Namun, saya mengakui bahawa definisi ini sentiasa saya rasakan tidak begitu mencakupi untuk menerangkan dengan terperinci akan maksud sebenar perkataan Ad-Deen.

Baru-baru ini saya berkesempatan membaca kembali beberapa potongan keterangan Al Quran yang membuatkan saya perlu menganalisa kembali erti perkataan Ad-Deen.

Mula-mula kita perlu melihat kembali keterangan ini dengan lebih teliti ;

A019 

"Ad-Deen yang benar di sisi Allah ialah Kedamaian (al-islam), dan orang-orang diberi al-Kitab tidak berselisih melainkan setelah pengetahuan datang kepada mereka kerana angkuh antara mereka. Dan sesiapa tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah cepat buat hitungan" AQ 3:19

Frasa yang perlu kita fikirkan dengan lebih mendalam ialah "... Dan sesiapa tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah cepat buat hitungan "
Mengapakah Tuhan mengatakan jika kita tidak mengikut Ad-Deen yang diredhaiNya maka hitungan mereka akan datang dengan cepat ?

Adakah ia bermaksud dunia akan di kiamatkan esok untuk Tuhan membuat hitungan ? Atau adakah ia adalah perkara yang semulajadi ? Yang terjadi sehari-hari di sepanjang kehidupan kita ?

Kebiasaanya saya mendefinisi Ad-Deen sebagai suatu cara hidup atau jalan hidup atau tatacara hidup atau aturan hidup.

Masalah dengan definisi ini ialah apakah jalan hidup itu ? Adakah ia perlu mengikut turutan dari A kemudian B kemudian C.

Definisi sebegini hanya menguatkan kesimpulan bahawa hidup ini perlu mengikut ritual yang berjadual, sedangkan hidup ini adalah berbentuk universal. 

Ia tidak bergantung kepada jadual yang perlu di atur mengelilingi ritual harian.

A085 

"Sesiapa mencari ad-deen selain daripada kedamaian (islam), ia tidak akan diterima daripadanya, dan di akhirnya (akhirati) dia adalah antara orang-orang yang rugi" AQ 3:85

Melihat kembali kepada kedua-dua keterangan ini, saya berpendapat perkataan yang paling sempurna untuk mendefinisi AD-DEEN bukanlah jalan, cara, tatacara atau aturan hidup tetapi ianya adalah HAKIKAT HIDUP atau di dalam Bahasa Arab Al Quran ia dikenali sebagai FITRAH.


A030  

"Maka tegakkanlah wajah kamu kepada Ad-Deen, seorang yang lurus - fitrah (fit-ra-ta) Allah yang dengannya memulakan manusia. Tidak ada pertukaran dalam fitrah (fa-ta-ra) Allah. Itu Deen yang betul; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya" AQ 30:30

Tuhan mencipta dunia ini mengikut undang-undang semulajadi, undang-undang ini tidak akan berubah hanya kerana kita melakukan ritual mengikut kepercayaan kita. Inilah Ad-Deen/Hakikat Hidup.

Hakikatnya, jika kita tidak berusaha kita tidak akan berjaya. Hakikatnya, jika kita tidak membaca, pengetahuan kita cetek.

Hakikatnya jika kita tidak merancang usaha kita menjadi lintang-pukang. Hakikatnya jika kita terjun dari sebuah bangunan tinggi badan kita akan jatuh ke bawah.

Dan hakikatnya jika kita tidak berdamai (islam) dengan alam sekeliling, dengan masyarakat sekeliling dari pelbagai bangsa, budaya dan "agama" kita akan hidup di dalam naar/api.

Kita boleh melihatnya di kaca-kaca televisyen, peperangan yang terjadi di merata dunia. Inilah naar yang sebenarnya.

Fitrah ini tidak akan berubah hanya kerana kita menyangka ritual agama kitalah yang paling benar. 

Ia tidak berubah mengikut "agama" anutan kita, atau kekerapan ritual yang kita lakukan menurut kepercayaan "agama" kita.

Kesimpulan

Jannah bukanlah suatu tempat yang boleh kita masuki dengan melakukan beberapa upacara mengikut kepercayaan teologi agama.

Ia adalah suatu keadaan. Kitalah yang bertanggungjawab untuk mencipta keadaan itu dengan membuat amalan baik (soleh) di sepanjang hidup kita.


Naar pula bukanlah suatu tempat siksaan tetapi adalah suatu keadaan natijah dari perbuatan dan kesilapan kita di dalam kehidupan ini.

Di mana di akhirnya (akhirati) kehidupan kita akan merana seolah-olah berada di dalam api.

Itulah hakikat hidup (ad-deen). Tiada pertukaran kepada hakikat ini melainkan jika kita mula mengakui kesilapan kita dan berubah.

Tiada siapa yang benar-benar tahu apa yang akan terjadi selepas kita mati. Kita tiada cara untuk membuktikan kata-kata kita mengenai perkara ini melainkan dengan berkata "kalau tidak percaya kamu kafir".

Ini adalah kerana tiada siapa yang sudah mati boleh hidup kembali untuk menceritakan pengalaman mereka kepada kita yang masih hidup.

Jika kita merasakan ada suatu tempat yang luar biasa indahnya wujud di alam lain, juga suatu tempat yang begitu mengazabkan maka apakah bezanya kepercayaan kita dengan Firaun dan juga kepercayaan-kepercayaan lain yang di ajar di dalam pelbagai agama di dunia ini ?

Berikut adalah kepercayaan Mesir Purba mengenai perkara ini (di ambil dari wikipedia) ;

The Egyptians had elaborate beliefs about death and the afterlife. They believed that humans possessed a ka, or life-force, which left the body at the point of death. In life, the ka received its sustenance from food and drink, so it was believed that, to endure after death, the ka must continue to receive offerings of food, whose spiritual essence it could still consume. Each person also had a ba, the set of spiritual characteristics unique to each individual.[35] Unlike the ka, the ba remained attached to the body after death. Egyptian funeral rituals were intended to release the ba from the body so that it could move freely, and to rejoin it with the ka so that it could live on as an akh. However, it was also important that the body of the deceased be preserved, as the Egyptians believed that the ba returned to its body each night to receive new life, before emerging in the morning as an akh.[36]
Originally, however, the Egyptians believed that only the pharaoh had a ba,[37] and only he could become one with the gods; dead commoners passed into a dark, bleak realm that represented the opposite of life.[38] The nobles received tombs and the resources for their upkeep as gifts from the king, and their ability to enter the afterlife was believed to be dependent on these royal favors.[39] In early times the deceased pharaoh was believed to ascend to the sky and dwell among the stars.[40] Over the course of the Old Kingdom (c. 2686–2181 BC), however, he came to be more closely associated with the daily rebirth of the sun god Ra and with the underworld ruler Osiris as those deities grew more important.[41]

Apakah bezanya di antara kita dengan mereka jika kepercayaan kita sebenarnya adalah sama ?

Ashwed

16 comments:

  1. boleh tuan ashwed elaborate lagi berkenaan konsep 'day of resurrection' yg dinyatakan dalam Quran? adakah konsep jannah dan naar berulang selepas itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Saya perlu akui bahawa saya tidak mempunyai pengetahuan mengenai perkara ini kerana saya belum pernah melaluinya utk saya berupaya membuat suatu observation dan kesimpulan .

      Oleh sebab itu, apa sahaja yg saya perkatakan mengenai perkara ini akan menjadi suatu persangkaan sahaja.

      Begitu juga dgn orang lain yg kononnya mempunyai pengetahuan mengenai perkara ini lalu berceramah dan membuat kelas mengenai tajuk ini. Mereka hanya bersangka-sangka.


      "Mereka bertanya kepadamu ) tentang Saat : "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. H itu amatlah berat di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" AQ 7:187

      Delete
    2. Salam Ashwed. Mohon tuan jelaskan maksud ayat 66:6 (spt di bwh) esp. yg ini : "neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya)".......

      66:6 Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
      (At-Tahriim 66:6) | | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
      O ye who believe! save yourselves and your families from a Fire whose fuel is Men and Stones, over which are (appointed) angels stern (and) severe, who flinch not (from executing) the Commands they receive from Allah, but do (precisely) what they are commanded.

      Tqvm tuan

      Delete
  2. Salam Ashwed! kebetulan semalam saya mengagarkan pagi ini ada tajuk baru dari Tuan, Alhamdulillah! impian menjadi;
    Berikut dicpkan 52-ayat dari Surah Al Araf, hayatilah!!

    7:155 Dan muusaa memilih tujuh puluh lelaki dari kaumnya untuk datang pada waktu yang Kami tetapkan dan ketika mereka ditimpa gempa dia berkata Pemeliharaku jika dikehendaki pastinya telah dilaknati mereka sejak dahulu bersamaku dan adakah Kamu melaknati kami kerana amalan orang yang bodoh diantara kami dan tidaklah dianya melainkan suatu ujian dari Kami maka disesatkan sesiapa dikehendaki dan diberi petunjuk kepada sesiapa dikehendaki dan hanya Kamu Pelindung kami maka ampunilah dan berikanlah rahmatMu kepada kami dan hanya Kamu yang terutama Pengampun.
    7:156 Dan dikitabkan bagi kami kebaikan didunia dan diakhirat pasti kami kembali kepada petunjukMu, Dia berkata azabKu menimpa sesiapa dikehendaki dan rahmatKu luas meliputi segalanya dan bagi mereka yang prihatin dan yang murni dan yang amanah dengan ayat-ayat Kami.
    7:157 Dan orang yang mentaati nabi dan rasul yang -l ummiyya didapati tercatat didalam tauraati dan injiili disisi mereka dan diperintahkan melakukan yang makruf dan dilarang melakukan yang mungkar dan dihalalkan bagi mereka yang terbaik dan diharamkan yang keji dan dihilangkan bebanan dan belenggu mereka dan bagi orang yang amanah pasti dibantu dan ditolong dan mereka mentaati yang jelas apa yang diturunkan kepada mereka maka mereka itulah orang yang beruntung.
    7:158 Katakan wahai manusia sesungguhnya aku rasul Allah bagi sekelian kamu dan Dia Penguasa langit dan bumi dan tiada tuhan melainkan Dia yang menghidupkan dan yang mematikan maka amanahlah kepada Allah dan nabi yang -l ummiiyyi yang amanah hanya kepada Allah dan kalimah Dia dan taatilah Dia supaya kamu mendapat petunjuk.
    7:159 Dan diantara umat muusaa mereka telah diberi petunjuk yang benar dan mereka telah melaksanakan keadilan dengannya.
    7:160 Dan Kami bahagikan mereka kepada dua belas puak dan diilhamkan kepada muusaa ketika kaumnya memohon air maka ketuklah tongkatmu pada batu dan akan terpancar darinya dua belas mata air pastinya mengetahui setiap manusia tempat minum mereka dan Kami naungi awannya diatas mereka dan Kami menurunkan -lmanna/kemesraan dan walsalwaa/keselesaan kepada mereka maka makanlah dari apa yang terbaik yang Kami menrezekikan kepadamu malahan mereka tidak menzalimi Kami tetapi mereka telah menzalimi diri mereka sendiri.
    7:161 Dan dikatakan kepada mereka hunilah khariah ini dan makan apa yang dikehendaki dan katakan mansuhkan dosa kami dan masukkan kami kedalam pintu ‘kepintaran dan kepatuhan’ maka Kami ampunkan dosa mereka malahan dianya memberi kelebihan bagi orang yang jujur.
    7:162 Maka orang yang zalim dikalangan mereka telah menukar perkataanya yang bukan dikatakan kepada mereka maka Kami menurunkan wabak penyakit dari langitnya atas kezaliman mereka.
    7:163 Dan tanyalah mereka yang khariahnya berhampiran lautan ketika mereka melanggar -ssabti apabila datang kumpulan ikan berhimpun pada hari sabti dan pada hari bukan asbituuna tidak datang kepada mereka maka demikianlah Kami menguji mereka dengan apa yang telah mereka lakukan kefasikkan dengannya.
    7:164 Dan ketika berkata suatu ummat dari kalangan mereka mengapa diberi amaran kepada kaum yang dilaknati Allah dan diazabkan mereka dengan dahsyatnya maka mereka berkata dianya sebagai amaran dari Pemeliharamu supaya mereka prihatin.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  3. smbgn,

    7:165 Maka setelah mereka melupakan apa yang telah diperingatkan Kami selamatkan orang yang mencegah kemungkaran dan diazabkan orang yang zalim dengan azab dahsyat atas kefasikan mereka.
    7:166 Maka setelah mereka melanggar apa yang mereka ditegah darinya Kami katakan jadilah kamu seperti kera yang melarat.
    7:167 Dan Pemeliharamu hebahkan akan dibangkitkan mereka pada hari kebangkitan dan diazabkan dengan dahsyat malahan Pemeliharamu pantas pembalasanya dan Dia yang Pengampun yang Penyayang.
    7:168 Dan Kami bahagikan mereka dibumi kepada beberapa golongan dan diantara mereka soleh dan diantaranya tidak dan Kami menguji mereka dengan kebaikan dan keburukan apabila mereka kembali.
    7:169 Maka Kami menggantikan mereka dengan pengganti yang mewarisi -lkitaaba malahan mereka mengambil duniawi yang rendah dan berkata kami pasti diampunkan dan jika datang kepada kami duniawi atau yang semisal kami mengambilnya dan bukankah mereka telah mengambil perjanjian didalam -lkitaabi yang mereka tidak akan berkata terhadap Allah melainkan yang benar dan mempelajari apa yang didalamnya malahan daerah akhirat keutamaan bagi orang yang prihatin maka apakah tidak mereka fikirkan.
    7:170 Dan orang yang berpegang teguh dengan -lkitabi dan melaksanakan kewajipanya maka Kami tidak akan menafikan ganjaran kepada orang yang melakukan pemulihan.
    7:171 Dan ketika Kami tinggikan kemantapan keatas mereka seperti bayangan gunung mereka menyangka dianya akan jatuh keatas mereka maka ambillah apa yang Kami berikan kepadamu dengan teguh dan ingatlah apa yang didalamnya supaya kamu prihatin dengannya.

    7:172 Dan ketika Pemeliharamu mengambil zuriat keturunan setiap banii aadama dari tulang belakangnya dan mereka bersaksikan dengan jiwa mereka dan Dia berkata bukankah Aku ini Pemeliharamu maka mereka berkata ya! benar malahan kami menyaksikanya maka jangan kamu berkata pada hari kebangkitan kamu kelak yang kamu melupainya.
    7:173 Atau kamu katakan yang bapa kami yang sekutu sejak dahulu dan kami hanyalah keturunan mereka maka adakah Kamu melaknati kami atas perbuatan orang yang mengambil yang palsu.
    7:174 Demikian Kami menjelaskan ayat-ayatnya sehingga mereka kembali.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  4. smbgn,

    7:175 Dan bacakan kepada mereka berita orang yang telah Kami berikan ayat- ayatnya dan mereka berpaling darinya dan mengikuti syaitan maka mereka itulah darinya orang yang menyeleweng.
    7:176 Jika Kami kehendaki ditinggikan mereka tetapi mereka condong kepada duniawi dan mengikut hawa nafsu mereka maka misalan mereka seperti anjing jika kamu membelainya dijelirkan lidahnya dan jika dibiarkan dijelirkan lidahnya juga itulah misalan kaum yang mendustakan ayat- ayat Kami maka ceritakan kisah ini supaya mereka merenungkanya.
    7:177 Sangat buruk misalan bagi kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami dan diri mereka maka itulah orang yang telah melakukan kezaliman.
    7:178 Sesiapa yang Allah berikan petunjuk maka dia yang mendapat petunjuk dan sesiapa sesat maka mereka itulah orang yang rugi.
    7:179 Dan pasti Kami telah menyediakan jahannama bagi kebanyakan dari jinni dan manusia baginya hati mereka tidak memahami dengannya dan baginya mata mereka tidak melihat dengannya dan baginya telinga mereka tidak mendengar dengannya maka mereka seperti binatang malahan lebih sesat darinya dan mereka orang yang lalai.
    7:180 Dan hanya Allah miliki nama-nama yang terbaik maka serulah Dia dan tinggalkan orang yang menyelewengkan atas nama Dia dan mereka pasti diberi pembalasan atas apa yang mereka lakukan.
    7:181 Dan dari ciptaan Kami terdapat umat yang mendapat petunjuk yang benar dan dengannya mereka telah melaksanakan keadilanya.
    7:182 Dan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami pasti ditarik berperingkat peringkat dari setiap arah yang mereka tidak menyedarinya.
    7:183 Dan ditangguhkan mereka kepada muslihat Kami yang mantap.
    7:184 Apakah tidak mereka renungkan sahabat mereka itu dia bukannya tidak waras malahan dia itulah pemberi amaran yang jelas.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  5. smbgn,

    7:185 Tidakkah mereka perhatikan Penguasa langit dan bumi dan segala apa yang Allah ciptakan dan mudah-mudahan telah dekat ajal mereka maka dengan hadiitsin manakah sesudahnya mereka akan amanah.
    7:186 Maka sesiapa yang Allah kehendaki sesat maka tiada petunjuk baginya dan dibiarkan mereka dalam kebiadapan dan kebinggungan.
    7:187 Mereka bertanya kamu detik saatnya bilakah dia turun katakan segala pengetahuan disisi Pemeliharaku dan tidak tiba waktunya melainkan dianya sangat berat bagi langit dan bumi dan tidak datang kepadamu melainkan dengan serta-merta malahan mereka bertanya seakan kamu mahir dengannya maka katakan segala ilmu pengetahuan disisi Allah malahan kebanyakan dari manusia tidak mengetahuinya.
    7:188 Katakan aku tidak berkuasa atas diriku kemanfa’atan dan kemudaratan melainkan dikehendaki Allah dan jika aku mengetahui yang ghaib pasti aku mendapat banyak keutamaan darinya dan tidak menyentuh aku keburukan malahan aku hanyalah pemberi amaran dan pembawa berita bagi kaum yang amanah.
    7:189 Dia mencipta kamu dari jiwa yang satu dan dijadikan darinya pasangan bagi menenangkan kamu dan setelah disetubuhi dianya mengandung kandungan yang ringan maka diulangi sehingga dia menjadi berat maka keduanya berdoa kepada Allah wahai Pemelihara kami berikan kami anak yang soleh pasti kami menjadi darinya orang yang berterima kasih.
    7:190 Setelah diberikan anak yang soleh mereka sekutukan dengannya malahan Allah yang teramat Mulia dari apa yang mereka sekutukan.
    7:191 Apakah mereka sekutukan apa yang tidak dapat mencipta sesuatu pun malahan mereka pun Dia yang menciptanya.
    7:192 Dan mereka tidak dapat memberi pertolongan malahan diri mereka sendiri pun tidak dapat mereka tolong.
    7:193 Jika kamu menyeru kepada petunjuk mereka tidak mengikutinya sama sahaja bagi mereka sama ada kamu menyeru atau kamu membisu.
    7:194 Orang yang kamu seru selain Allah adalah hamba yang serupa kamu maka teruskan seruanmu supaya mereka perkenankan seruan kamu jika kamu orang yang benar.

    bsmbgn,

    ReplyDelete
  6. smbgn,

    7:195 Adakah mereka punyai kaki bagi berjalan dengannya atau punyai mata bagi melihat dengannya atau punyai tangan bagi berpegang dengannya atau punyai telinga bagi mendengar dengannya maka katakan serulah sekutu kamu dan muslihatkan aku dan jangan kamu menangguhkanya.
    7:196 Sesungguhnya Allah pelindungku dan Dia yang menurunkan -lkitaaba dan hanya Dia Pelindung bagi orang yang soleh.
    7:197 Dan orang yang kamu seru selain Dia mereka tidak dapat menolong kamu dan tidak juga diri mereka dapat ditolong.
    7:198 Jika kamu seru mereka kepada petunjuk mereka tidak mendengar dan kamu lihat mereka pandang kamu tetapi mereka tidak melihat kamu.
    7:199 Utamakan amalan kemaafan dan serulah kepada amalan ma’aruf dan berpalinglah kamu dari orang yang bodoh.
    7:200 Jika syaitan menggoda kamu maka mohonlah perlindungan dari Allah sesungguhnya Dia yang Mendengar yang Mengetahui.
    7:201 Malahan orang yang prihatin apabila disentuh godaan syaitan mereka bersegera mengingati dan menyedarinya.
    7:202 Walau pun rakan mereka mendorong mereka kearah penyelewengan malahan mereka tidak berhenti darinya.
    7:203 Jika kamu tidak datangkan sesuatu ayat mereka berkata mengapa tidak kamu memilihnya sendiri maka katakan aku hanya mengikuti apa yang telah diilhamkan kepadaku dari Pemeliharaku dan ini saranan dari Pemeliharaku sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang amanah.
    7:204 Dan apabila -lqur’aanu dibacakan maka dengarlah dan diamlah supaya kamu diberi rahmatnya.
    7:205 Dan ingatlah Pemeliharamu didalam jiwamu dan merendah dirilah dan takutlah dan jangan lantangkan ucapanmu diwaktu pagi dan petang dan jangan kamu menjadi darinya orang yang lalai.
    7:206 Sesungguhnya orang yang disisi Pemeliharamu mereka tidak takbur dari beribadah kepada Dia dan hanya Dia mereka sanjung dan hanya kepada Dia mereka patuh.

    ReplyDelete
  7. Salam.

    Baru-baru ini dapat email ceramah bertajuk 'Keluarga neraka, keluarga syurga'.

    Tak tau la apa yang akan disampaikan. Banyak sangat propaganda sampai naik lemas....

    Non

    ReplyDelete
    Replies
    1. Correction.
      Keluarga Jannah vs Keluarga Neraka

      Delete
    2. Correction.
      Keluarga Jannah vs Keluarga Neraka

      Delete
  8. Salam,

    Maaf sbb font artikel ini tak sama. Ada yg terlampau kecil sehingga susah nak baca. sudah beberapa kali betulkan, bila publish jadik balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba try test platform lain pulak :)..wordpress ka.

      Delete
    2. Dont worry about it. I dont mind the technical flaw. As long as i can read it..i hv no complaints.

      Delete
    3. Takpe...yg penting isi yg nak disampaikan tu...hehehe

      Hakim

      Delete
  9. Tuan Ashwed,
    Boleh kah tuan me bincang kan surah al-araf.. Dalam ayat ni banyak di bincang kan ttg syurga, syaitan dan kiamat.. Contohnya ayat 10 - 16.

    ReplyDelete