Wednesday, 12 October 2016

Revolusi Senyap

Kedamaian Untuk Semua,

Semua orang tahu mengenai Revolusi Iran. 

Ia adalah satu titik penting di dalam pentadbiran kerajaan negara-negara yang mengamalkan Islam sebagai sebuah agama.

Revolusi Iran menyaksikan kerajaan Iran berubah dari pemerintahan beraja kepada demokrasi yang berpaksikan teokrasi.

Walaupun saya masih kecil semasa revolusi ini mencapai kemuncaknya, namun saya dapat menyaksikan akibat langsung yang yang dijelmakan oleh revolusi ini.

Saya dapat menyaksikan bagaimana generasi berubah secara fizikal.

Generasi ibu dan bapa saya dikenali sebagai generasi baby boomers (generasi zaman 60an).

Di zaman ini, yang perempuan pergi ke sekolah tidak bertudung. Mereka selesa memakai pinafore daripada baju kurung.  Sementara, yang lelaki memakai seluar pendek sahaja.

Bukan para pelajar sahaja tidak mengenakan tudung, malahan isteri para mufti, golongan agamawan dan bangsawan juga begitu, mereka hanya berselendang lambang wanita melayu.

Untuk upacara temasya muda-mudi remaja perempuan di zaman ini memakai mini-skirt, sementara yang lelaki menyimpan ramos sebelum berubah kepada sideburn lebar. 

Ada yang berseluar senteng ketat ala The Beatles sebelum berubah kepada boot-cut seperti Black Sabbath.

Di zaman itu, iklan beer di dalam Bahasa Melayu bersepah di sana-sini.

 

Saya agak pasti ibu dan bapa kita semasa muda pernah mencuba minum minuman seperti yang di iklankan ini.

Lagu kegemaran mereka ialah irama 60an pop yeh yeh. 

Mungkin semasa menghayati irama ini di konsert-konsert sekitar kampung, kepala mereka berdengung (kalau tak tahu apa makna berdengung sila buat kajian sendiri).

Dan yang paling saya hormat ialah generasi ini mempunyai mutu penggunaan Bahasa Inggeris yang tinggi.

Di zaman inilah Malaysia di pimpin oleh pemimpin yang hebat seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak.

Dari sebuah negara miskin dan tidak berpengetahuan kita berjaya melahirkan golongan pertengahan yang ramai.


Di sebalik semua itu, adakah anda rasa generasi ini menjadi haru-biru ? Adakah generasi ini menjadi begitu teruk sehingga mereka menanam anak-anak perempuan mereka hidup-hidup seperti orang Arab ?

Tidak sama sekali. Ibu saya yang hidup di zaman itu sehingga sekarang adalah seorang ibu yang sangat hebat.

Tanpa pelajaran tinggi beliau telah membesarkan saya dan anak-anaknya yang lain sehingga matang dan berpengetahuan. Kini, beliau mencurahkan pula kasih sayangnya kepada cucu-cucu beliau.

Kemudian, giliran generasi saya pula membesar. Kami dikenali sebagai Generasi X.

Kami membesar di zaman Thrash Metal. Kami berseluar jeans ketat, berkasut aliph. 

Seluar jeans kami begitu ketat sehingga beg plastik perlu dipakai di anak kaki sebelum boleh menyarung jeans itu.

Kami membiarkan key (saputangan) bendera Manchuria terjurai keluar dari poket belakang seluar ketat kami.

Kami menconteng nama-nama band rock kegemaran sendiri di beg sekolah yang kami buka benang penutupnya supaya ia berjuraian (kalau nak tahu sikap generasi ini boleh tonton siri wayang ROCK, ROCK OO dan ROCK BRO arahan Mamat Khalid).

Ramai rakan-rakan perempuan kami tidak mengenakan tudung. Malah masih ramai yang memakai pinafore seperti rakan-rakan bangsa lain.

Di sebalik semua ini, adakah kami kini menjadi seorang terrorist

Adakah kami kini pergi ke bandar dan meletupkan hotel untuk membunuh mereka yang tidak bersalah ?

Tidak. Generasi kami tidak begitu.

Sekarang dunia mula di penuhi dengan Generasi Z. 

Jika anda melihat di sekolah-sekolah merata Malaysia anda akan dapati hampir kesemua pelajar perempuan generasi ini mengenakan tudung. Ia bukan wajib tapi menjadi wajib secara tidak bertulis.

Di dewan-dewan sekolah generasi ini, boleh di katakan hampir setiap hari mereka diperdengarkan dengan tazkirah oleh ustaz-usaz sekolah.

Apabila tiba hari Maulidur Rasul mereka akan berarak sekeliling kawasan sekolah sambil bersalawat. 

Maal Hijrah di sambut secara besar-besaran di sekolah-sekolah mereka. Pada hari tersebut tiada pelajaran di ajar kepada mereka.

Apabila tiba Hari Tasyrik ada sekolah yang membuat upacara korban di dalam kawasan sekolah.

Kesemua ini dilakukan dengan mengenepikan perasaan penganut agama dan bangsa lain yang sepatutnya bersekolah bersama-sama mereka agar kesemua bangsa ini dapat bersatu hati.

Akibat dari perbuatan ini, sekolah-sekolah mereka kini sepi dari bangsa dan penganut agama lain. Membuatkan mereka tidak berpeluang mengenali adat resam, budaya dan agama bangsa lain.

Mereka membesar menjadi seorang yang terkongkong minda di dalam dunia mereka yang tersendiri. 

Apabila terjadi pertembungan budaya ramai yang tidak dapat menerimanya. 

Perasaan kekitaan menjadikan segelintir mereka ekstrim. 

Bagi mereka tiada ketamadunan yang lebih bagus dari ketamadunan yang di doktrin ke dalam pemikiran mereka. Mereka tidak berdaya membuat analisa.

Bukanlah saya mahu menyalahkan generasi anak-anak ini. Saya faham yang menyucuk racun minda ini adalah kita juga, generasi yang mendidik mereka. 

Golongan yang menjadi spoiler ini bukanlah ramai. Cuma yang saya khuatir ialah mengapakah golongan majoriti mendiamkan diri ?

Adakah kita takut di gelar sebagai munafik, syirik, kafir dan sebagainya ?

Sedang kita berusaha mengembalikan minda dan budaya kita ke zaman batu, di Iran tempat yang memulakan Revolusi dan menyebabkan banyak negara dicengkam ideologi teeokrasi, warganya sedang melakukan revolusi senyap.

Mungkin mereka semakin bosan dengan kerajaan yang menjaga tepi kain dan menyibuk hal peribadi mereka.

http://www.independent.co.uk/news/people/men-in-iran-are-wearing-hijabs-in-solidarity-with-their-wives-a7160146.html

http://www.independent.co.uk/news/people/iranian-women-cut-hair-off-and-dress-as-men-to-avoid-morality-police-a7041236.html


Ketahuilah bahawa tatasusila dan akhlak yang baik tidak di dorong oleh sehelai kain yang menutupi rambut atau jubah putih yang dipadankan dengan dishdasha dan serantai tasbih di tangan. 

Ia perlu dipupuk sedari kecil sehingga menyusup ke dalam jiwa dan kalbu. 

Ia juga tidak boleh dipaksa-paksa kerana resam manusia adalah bebas mengikut nalurinya.




Mengapakah pelajar di Jepun ini boleh berulang-alik ke sekolah secara sendiri-sendiri dengan menaiki sistem keretapi mereka ?

Ianya adalah kerana kadar jenayah negara itu yang rendah. Selain dari itu, masyarakat sekeliling juga memainkan peranan dengan menjadi prihatin.

Kanak-kanak ini di yakinkan bahawa masyarakat dewasa di sekeliling mereka mempunyai tanggungjawab untuk membantu mereka jika mereka mengalami kecemasan. Mereka belajar mempercayai generasi dewasa.

Sementara itu, di bahu generasi dewasa diletakkan harapan yang tinggi untuk membantu kanak-kanak ini. Menyebabkan masyarakat mereka secara otomatik menjadi prihatin.

Di Jepun mereka membunuh diri jika mendapati diri mereka tidak dapat mencapai standard tinggi yang ditetapkan masyarakat. 

Manakala di kebanyakkan negara yang menggelar diri mereka Islam (damai) mereka membunuh orang lain yang tidak sefahaman dengan mereka. Ironi ? Siapa sebenarnya yang Islam (damai).

Ashwed

12 comments:

  1. Salamunalaikum saudara sekelian! dipagi yang mulia ini,saya senaraikan 14-ayat dari Surah Hajj/Cabaran (22):38 - 51 untuk renungan bersama;

    22:38 Sesunguhnya Allah pembela bagi orang yang amanah malahan Allah tidak menyukai setiap pengkhianat yang ingkar.
    22:39 Dan diberi keizinan berperang bagi orang yang dizalimi malahan Allah berkuasa memberi bantuan kepada mereka.
    22:40 Dan mereka yang diusir dari daerahnya tanpa hak melainkan mereka berkata Pemelihara kami hanya Allah dan walau tiada pembelaan Allah bagi manusia sebahagian mereka dari sebahagian yang lain pasti diruntuhkan biara dan gereja dan masjid dan tempat ibadat selainnya dimana nama Allah diingati dengan banyaknya pasti Allah memberi bantuan kepada sesiapa yang membantu Dia sesungghnya Allah yang Berkuasa yang Perkasa.
    22:41 Orang yang jika Kami tempatkan mereka dibumi pasti mereka melaksanakan kewajipan mereka dan menunaikan kemurnianya dan mereka menyeru kepada amalan makruf dan mencegah kemungkaran malahan kepada Allah kesudahan segala urusan.
    22:42 Dan jika mereka mendustakan kamu pastinya mereka telah berdusta sebelumnya dari kaum nuuhin dan ‘aadun dan tsamuudu.
    22:43 Dan kaum ibrahiima dan kaum luuthin.
    22:44 Dan penghuni madyana mendustakan muusaa maka ditangguhkan orang yang tidak percaya kemudian diazabkan mereka yang demikian pembalasan Kami keatas mereka.
    22:45 Maka beberapa banyak dari khariahnya yang telah Kami laknati atas kezaliman yang dilakukan didalamnya maka runtuhlah bumbungnya dan tertutuplah periginya dan terbiar usang bangunanya.
    22:46 Maka tidakkah mereka meneroka buminya malahan mereka punyai hati tetapi tidak memahami dengannya atau mempunyai telinga tetapi tidak mendengar dengannya malahan mereka itu tidak buta mata mereka tetapi buta hati mereka yang didalam dada mereka.
    22:47 Dan mereka meminta disegerakan azab keatas kamu malahan Allah tidak akan mungkiri janjinya sesungguhnya bandingan sehari disisi Pemelihara kamu dianya seperti seribu tahun dari apa yang telah kamu menganggarkanya.
    22:48 Dan beberapa banyak khariah telah ditangguhkan sedang mereka zalim dan pasti diazabkan mereka dan hanya kepada Kami tempat kembali.
    22:49 Katakan wahai manusia aku hanyalah pemberi amaran yang jelas.
    22:50 Maka bagi orang yang amanah dan beramal soleh, mereka diberikan keampunan dan rezeki yang mulia.
    22:51 Dan bagi orang yang berusaha mengecewakan ayat-ayat Kami maka mereka itulah penghuni -ljahiimi.

    Sekian.


    ReplyDelete
  2. Saya x dapat tangkap sama ada tuan maksudkan "revolusi senyap' utk ke arah negara teokrasi spt Iran atau sebaliknya?

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Warga Iran masa kini sedang melalui fasa revolusi iaitu untuk membebaskan diri mereka dari cengkaman teokrasi.

    Damai

    ReplyDelete
  4. saya dah tak larat komen bab ni. zaman saya masih pakai seluar pendek dan pinafore ke sekolah.

    ReplyDelete
  5. Iblis dan syaitan paling aktif dalam hal keagamaan,dan kuat berdakwah.

    ReplyDelete
  6. http://www.thestar.com.my/news/nation/2016/02/26/when-state-and-religion-were-separate-during-the-early-days-of-independence-faith-was-a-private-matt/

    ReplyDelete
  7. Kita tidak boleh terlalu senyap lagi. Kita perlu bangun dan berdiri atas nama AlQuran. Saya sendiri selalu mengkritik agamawan dan menyelitkan ayat Quran yg betul setiap kali rakan2 media sosial berkongsi ckp2 atau hadith2 yg bertentangan dgn Quran. Ada yg mula berani menyokong saya.. Dan saya pasti ramai lg yg mula berfikir. Ada juga yg mencabar saya juga tapi jawab saja dgn baik...mereka pasti terdiam juga. Kita bukan nak paksa mereka terima pendapat kita tapi sekadar ingin menentang golongan mereka dari terus cuba menyusahkan hidup org lain. Saya pasti jika terus diasak lama2 otak mereka akan mula berfungsi kembali dlm hal berkaitan agama.

    ReplyDelete
  8. Salam tuan,

    Saya sokong pandangn tuan, tetapi kadang kala kita terpaksa senyap atau " buat xtau" untuk menjaga keharmonian bersama.

    Mcm keluarga atau rakan2, sudah bnyk kali saya berbincang pekara ni secara baik. Tapi mereka tetap nak " bergaduh" ( balas pendapt secara kasar).

    Lama2 saya jadi xkisah degn mereka. Kerap jugak group sanak saudara & group rakan2 post / berbincang ayat2 hadis yang merepek2. Saya just ignore je. Sebb tu je satu cara nak jaga keharmonian bersama.

    Tapi sampai bila kita nak senyap , mcm mereka saja yg betul. Kadang2 geram tapi saya xmampu. Nergara ni perlu bnyk org seperti tuan ashwed untuk membetulkan benda yg salah, supaya masyarakat melayu membuka mindanya.

    -luqman.23.

    ReplyDelete
  9. http://mobile.nytimes.com/2016/03/17/opinion/how-muslim-governments-imposeignorance.html?_r=0


    http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/10/14/tuntutan-syariah-hanya-helah-untuk-kuasa-kata-pakar-britain/


    ReplyDelete
  10. Salam

    Hal ini semakin menjadi2 dah. Sekolah Kebangsaan sekarang tak ubah seperti sekolah pondok agama. Patutlah pelajar bangsa lain tidak mahu bersekolah di sekolah kebangsaan lagi.

    Sepatutnya kementerian pendidikan kena buat sesuatu agar perkara ini tidak menjadi lebih keAraban. Sekolah anak saya bermula tahun lepas telah menukar nama kelas kepada nama ikon2 Arab seperti 1 Umar dan sebagainya.

    Perkara ini harus dihentikan. Guru2 pada setiap sekolah sepatutnya berbilang bangsa dalam nisbah 50:50. Harap pihak kementerian mengambil maklum akan hal ini dengan sewajarnya agar tidak menjadi lebih perkauman dan keagamaan.

    Kawan

    ReplyDelete
  11. Sekarang setiap hari perayaan agama (islam)ramadan,aidilfiri,aidiladha,maulud,muharam dll disambut disekolah..itu tak termasuk hari kanak2,hari guru,hari ibu,merdeka dn sekarang malaysia..sarat dgn ucapan demi ucapan yg sama dari org2 yg sama termasuk bbrapa aktiviti..tu belum termasuk kempen2 kerajaan seperti antidadah,keselamatan,denggi ,sukan semalaysia dan bnyak lagi..ucapan dan ceramah lagi..sebahagian sekolah mewajibkn bacaan yasin pagi jumaat (wktu pj mmg burnt la) tak termasuk baca yasin pelajar peperiksaan setiap minggu...belum masuk aktiviti pibg spt gotongroyong,motivasi ..ceramah dan ucapan lagi..bayangkan masa untuk mendidik yang habis sia2..tapi malaysia ini mmg suka budaya majlis rasmi dgn ucapan demi ucapan wlu pn hanya majlis makan2...banyak masa boleh dijimatkan klu kita tau tanggumgjawab sebenar iaitu bekerja dan belanja pada sepatutnya..sebab dah diterap magik akan datang sebab kita orang islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju sangat. baru ni bukan ka ada kes sekolah mana ntah yang buat kem ajar budak sembelih ayam... dah tak ada benda lain ka nak ajar? buat pulak kat sekolah.

      Delete