Kedamaian Untuk Semua,
Tahun 2017 semakin menjelang tiba.
Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf jika di sepanjang blog ini bersiaran terdapat perkataan atau ungkapan saya yang benar-benar menyinggung perasaan pembaca.
Saya percaya kebanyakkan pembaca tegar sudah benar-benar faham bahawa blog ini tidak ditulis untuk mengikut arus.
Ia ditulis khusus untuk membuka mata para pembaca kepada fakta-fakta sahih yang terdapat di sekeliling kita.
Fakta yang kita buat-buat tidak nampak dan menutup sebelah mata mengenainya. Kadang-kadang kita turut sapu fakta ini ke bawah karpet dan menolak untuk memikirkannya.
Fakta yang kita buat-buat tidak nampak dan menutup sebelah mata mengenainya. Kadang-kadang kita turut sapu fakta ini ke bawah karpet dan menolak untuk memikirkannya.
Saya percaya jika kita benar-benar jujur untuk memajukan diri, masyarakat dan seterusnya negara, kita perlu mendalami semua fakta sebelum mengambil sesuatu itu sebagai pengetahuan yang benar.
Upacara Doa
Trend baru masyarakat kita apabila memulakan tahun baru ialah dengan bersalawat (lengkap dengan pakaian Arab) kemudian berdoa.
Saya perlu ulang, upacara dimulakan dengan bersalawat dahulu.
Malah sebenarnya majlis itu dinamakan MAJLIS SALAWAT. Doa kepada Tuhan yang mencipta dunia dan segala isikandungnya jatuh nombor 2, hanya sekadar penyeri majlis.
Malah sebenarnya majlis itu dinamakan MAJLIS SALAWAT. Doa kepada Tuhan yang mencipta dunia dan segala isikandungnya jatuh nombor 2, hanya sekadar penyeri majlis.
Saya sudah pun menulis dengan panjang lebar mengenai salawat tidak perlulah saya ulangi di sini.
Kali ini saya ingin menyentuh sedikit mengenai pengucapan doa dan kepada siapakah ianya perlu ditujukan ?
Sebelum itu, saya ingin menegaskan kedudukan saya mengenai perkara ini.
Saya percaya bahawa tiada doa atau dalam ertikata masyarakat kita, tiada stanza standard yang boleh mengubah nasib kita, melainkan diri kita sendiri.
Mengapakah saya berfikiran sebegini ?
Makna Doa
Perkataan doa membawa erti menyeru.
"Dan apabila hamba-hamba-Ku tanya kamu mengenai Aku, Aku lebih dekat untuk sahut seruan (da'-wa-ta) orang yang menyeru (da'-a-ni) apabila dia seru kepada-Ku; maka hendaklah mereka sahut Aku, dan hendaklah mereka percayai Aku supaya mereka menjadi benar" AQ 2:186
Keterangan di atas membawa makna yang tersendiri di dalam sejarah hidup saya kerana ia membawa kembali ingatan saat-saat sukar di dalam hidup ini.
Saya percaya anda juga biasa mengalaminya.
Oleh kerana tekanan yang tinggi, di tambah pula dengan daya tubuh yang semakin kurang gagah akibat faktor umur, saya mengambil keputusan untuk menyendiri.
Di kala itulah, di dalam kesepian yang asing, tanpa sedar hati ini memanjangkan DOA tanpa vokal.
Jika kita perhatikan secara mendalam akan keterangan AQ 2:186 di atas, kita akan mendapati bahawa perkataan AKU diulang-ulang sebanyak 6 kali.
Perkara ini menyebabkan saya terdetik.
Bahawa tiada siapa yang mendengar DOA saya di kesunyian itu melainkan diri saya sendiri.
Saya tersedar yang sebenarnya sayalah yang memujuk diri saya sendiri.
Di kala itu, ungkapan yang paling agong di dalam dunia ini bukannya datang dari seorang pujangga hebat. Juga bukan dari seorang penulis paling mahsyur atau ahli fikir paling lengkap. Ungkapan yang paling agong di saat itu datang dari hati nurani saya sendiri.
Ia menyedarkan saya bahawa di dalam keadaan sukar, Al Quran mengkehendaki kita supaya meyakini diri kita sendiri.
Ini bermakna bahawa meyakini Tuhan adalah meyakini diri kita sendiri.
Ini juga bermakna yang kita seru (doa) tidak lain dan tidak bukan adalah diri kita sendiri supaya bangkit menyahut apa jua cabaran yang datang melintang di dalam perjalanan hidup kita.

"Pemelihara kamu berkata, "Serulah (ad-oo-ni) kepada-Ku, dan Aku akan sahut kamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombong daripada mengabdi kepada Aku akan masuk Jahanam dalam keadaan hina." AQ 40:60
Kesimpulan
Perkataan seru di dalam masyarakat kita membawa sentimen yang sangat berbeza dari maksud perkataan DOA seperti yang dianjur Al Quran.
Kebiasaanya kita memahami perkataan ini (seru) sebagai satu tatacara memanggil sesuatu nama secara berulang-ulang.
Perbuatan ini adalah sia-sia kerana ia tidak banyak membantu membentuk keyakinan diri.
Apakah bezanya menyeru "Guru Yahya, Guru Yahya" beribu-ribu kali dengan menyeru nama lain yang kita anggap suci. Bukankah ia sekadar terma rujukan ?
Untuk meyakini diri sendiri, kita perlu memujuk diri kita supaya menjadi cekal serta tabah menghadapi dugaan hidup.
Oleh yang demikian, untuk tahun 2017 ini saya menyeru (doa) supaya kita meyakini diri kita sendiri. Bangkit dari tidur, kitalah yang akan mengubah dunia.
Jika anda adalah seorang Pensyarah, yakinlah bahawa anda boleh memberi pengetahuan kepada anak didik anda. Jika anda seorang Doktor yakinlah bahawa anda boleh mengubati pesakit anda dengan usaha yang tidak mengenal erti putus asa.
Tidak kira apa jua bidang yang sedang anda ceburi, yakinlah kepada diri sendiri.
Dalam waktu yang sama, kita juga perlu berwaspada kepada kuasa tersembunyi yang tidak mahu patuh kepada keyakinan kita.
Yang sentiasa timbul tenggelam di dalam fikiran kita, yang sering membisikkan kata-kata negatif supaya kita hilang keyakinan ... yang juga adalah diri kita sendiri.
Kini terbukti bahawa hero dan musuh kepada kita adalah diri kita sendiri. Kitalah yang digelar Manusia .... teknologi tercanggih dan paling sophisticated pernah tercipta.
"Katakanlah, "Aku berlindung pada Pemelihara manusia," AQ 114:1
"Raja manusia," AQ 114:2
"Tuhan manusia," AQ 114:3
"Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap," AQ 114:4
"Yang membisikkan di dalam dada manusia," AQ 114:5
"Daripada jin dan manusia" AQ 114:6
Ashwed