Friday, 16 December 2016

Pembesar Agama

Kedamaian Untuk Semua,

Terdapat banyak agama yang di amalkan di dalam dunia ini.

Masing-masing mempunyai tradisi dan ritual yang tersendiri.

Pernahkah anda tertanya-tanya dari manakah sebenarnya semua agama ini berasal ?

Blog ini telah pun membuktikan dengan jelas bahawa setiap agama yang wujud di dunia ini mempunyai susur galur yang satu iaitu ia mempunyai pengaruh yang sangat kuat dari agama pertama di dunia iaitu HINDUISM.

Namun, pasti ramai penganut agama yang tidak mahu mengakui akan fakta ini. Masing-masing pasti mahu mempertahankan agama yang di anuti mereka.

Masing-masing pasti menyatakan bahawa agama merekalah yang paling benar.

Hari ini mari kita lihat secara sekali imbas siapakah yang sebenarnya yang menggariskan sesebuah teologi dan ritual agama-agama besar dunia ?

Hindu

Agama Hindu adalah sebuah agama yang sangat kompleks memandangkan sejarahnya yang sudah terlalu lama berakar umbi.

Namun, di dalam mengkaji agama ini kebiasaanya pengkaji akan membahagikan Hinduism kepada 4 aliran (macam pernah dengar angka 4 ini)iaitu Vaishnavism, Shaivism, Shaktism dan Smartism.

Di dalam 4 aliran ini, ia seterusnya dikecilkan lagi dengan mazhab-mazhab yang tersendiri dikenali sebagai "Sampradaya".

Setiap mazhab tersebut mempunyai pengasasnya.

Ini adalah contoh mazhab di dalam aliran Vaishnavism.


DeityLineageHeadLinked sampradaya
Śrī Devī (Laksmi)Sri SampradayaRamanujacharyaRamanandi sect
BrahmāBrahma SampradayaMadhvacharyaGaudiya Sampradaya
RudraRudra SampradayaVallabhacharyaPushtimarg sect
Four KumārasSanakādi Sampradāya or Nimbarka SampradayaNimbarka

Mereka inilah yang dinamakan pembesar agama.

Di dalam contoh aliran Vaishnavism mereka adalah Ramanujacharya (1017–1137), Madhvacharya (1238–1317), Vallabhacharya (1479–1531) dan Nimbarka (1130–1200). Empat lagi ...

Mereka inilah yang membuat peraturan, apa yang boleh di buat pada hari-hari tertentu, apa yang tidak boleh di buat pada hari-hari yang lain, ritual mana yang terpakai untuk keadaan-keadaan tertentu dan sebagainya.

Buddha

Ajaran Buddha bermula di India kira-kira 6-4 kurun sebelum Common Era/CE.

Ia terdiri dari 3 aliran klasikal (nasib baik bukan 4) di kenali sebagai Theravada, Mahayana dan Vajrayana yang di bahagikan mengikut kawasan geografi ianya dianut.

Walaupun penganut Buddha tidak mahu mengakui bahawa mereka mempraktis suatu jenis agama namun ianya ternampak jelas dari tindak-tanduk mereka terutama dari segi ritual dan perkenalan diri mereka.

Apatah lagi, kini para penganut ini menampakkan siapa diri mereka yang sebenar apabila mereka berkonflik dengan penganut agama lain seperti yang dapat kita saksikan terjadi di Myanmar.

Berikut adalah nama-nama para pembesar agama Buddha yang membuat peraturan di dalam teologi agama tersebut.

Noble Disciples of the Buddha (Arya-Śrāvaka)
Chief Disciples (Agraśrāvaka)
  • Sariputta (Pali; Sanskrit: Shariputra)
  • Mahamoggallana (Pali; Sanskrit: Maudgalyayana)
Great Disciples (Mahāśrāvaka)
Monks (Bhikkhu)Nuns (Bhikkhuni)
  • Ananda, Gautama Buddha's cousin and personal attendant
  • Mahākāśyapa, convener of First Buddhist Council
  • Anuruddha - Gautama Buddha's half cousin
  • Mahakaccayana
  • Nanda - half-brother of Gautama Buddha
  • Subhuti
  • Punna
  • Upali, master of the Vinaya.
Eldest Nun:
  • Maha Pajapati Gotami
Two of the most powerful nuns:
  • Khema, first great female disciple in power
  • Uppalavanna, second great female disciple
Laymen (Upasaka)Laywomen (Upasika)
  • Anathapindika
  • Hatthaka of Alavi
  • Jivaka
  • Citta
  • Cunda
  • Khujjuttara
  • Velukandakiya
  • Visakha
  • Rohini
  • Sujata

Sesuatu yang jarang didebat oleh orang ramai ialah mengenai kaitan rapat mythology Jesus di dalam teologi Kristian dengan mythology Buddha.

Maya, ibu kepada Siddharta juga di katakan mengandung tanpa aktiviti seks. Sementara peristiwa kelahiran Siddharta juga seringkali dilukis berlaku di bawah sebuah pokok.

(Referring to the prophetic dream Queen Maya had prior to conception, the life story of the Buddha according to the Pali Cannon say that his mother did not engage in sexual activity or entertain any thoughts of other men during her pregnancy. It does not say that Siddhartha was conceived without sexual activity between his parents. However, some parallels have been drawn with the birth story of Jesus.

She is most often depicted whilst giving birth to Gautama, an event that is generally accepted to have taken place in Lumbini in modern-day Madhesh. Maya is usually shown giving birth standing under a tree and reaching overhead to hold on to a branch for support.) Di ambil dari wikipedia.

Judaism

Judaism di katakan agama pertama yang terlahir dari seorang suri tauladan manusia yang kita kenali sebagai Nabi Ibrahim.

Ia dikatakan lahir dari seorang Nabi yang bernama Musa. Namun, benarkah Nabi ini dihantar untuk mengasaskan sebuah agama ?

Menurut Al Quran, ramai Nabi yang dilahirkan di dalam sesuatu tradisi ketamadunan dan kebudayaan yang berbeza tetapi tetap membawa ajaran yang sama.

Oleh kerana, blog ini telah membuktikan bahawa Al Quran menerangkan Ad Deen atau fitrah/hakikat/realiti hidup. Maka ini bermaksud setiap Nabi yang kita kenali membawa atau mengajar perkara yang sama iaitu mengenai hakikat kehidupan sahaja bukan mengajar ritual.

A013

"Dia syariatkan bagi kamu sebagai Deen apa yang Dia wasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami wahyukan kamu, dan apa yang Kami wasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: "Lakukanlah Deen, dan janganlah berpecah belah di dalamnya." Amatlah benci bagi orang-orang yang sekutukan pada apa yang kepadanya kamu seru mereka. Allah pilih kepadanya sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan" AQ 42:13

Di dalam agama Judaism terdapat ritual-ritual yang sangat kompleks. Kebiasaanya ritual ini perlu di lakukan pada masa dan hari tertentu.

Oleh sebab itu, di dalam agama ini kalendar mereka memainkan peranan yang sangat penting. Ini adalah kerana terdapat hari-hari tertentu di dalam tahun-tahun tertentu yang mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding dengan hari dan tahun yang lain.

Adakah benar Nabi Musa mengajar perkara ini sedangkan menurut Al Quran baginda dihantar untuk menerangkan mengenai fitrah/hakikat/realiti kehidupan ?

Para pengkaji membahagikan agama ini kepada 3 aliran utama yang dikenali sebagai Orthodox, Reform dan Konservatif.

Di dalam bentuknya yang moden, seorang Rabbi (bermaksud my master) yang paling terkenal di dalam agama ini ialah seorang yang bernama Rabbi Moseh Ben Maymon (1135-1204) atau lebih dikenali dengan akronim Rambam.

Beliau begitu dihormati sehinggakan para penganut agama ini dilarang menulis namanya secara penuh untuk mempertahan kesucian namanya. Mereka hanya boleh menulis singkatan RMBM.

Ini adalah sama tahap dengan nama Tuhan yang Esa di dalam agama ini iaitu Yahweh yang juga dilarang untuk ditulis secara penuh, hanya singkatan YHWH.

Bagaimanakah pembesar agama ini membuat peraturan mengenai teologi agama mereka. ? Apa yang perlu di buat pada hari-hari tertentu ? Ritual mana yang terpakai mengikut hari-hari tertentu ?.

Semua ini terkandung di dalam sebuah buku yang terasing dari Taurat. Sebuah buku yang diinspirasi kepada Nabi Musa.

Ia dikenali sebagai Halakah (iras-iras harakah pulak). Satu Kod Undang-Undang Keagamaan yang terdiri dari Taurat (ditulis), Tradisi Oral Torah (Mishnah), Talmud, Undang-Undang Rabbi dan Schulchan Aruch.

Individu yang bertenaggungjawab memperkenalkan halakah ini adalah seorang yang bernama Yohanan Ben Zakkai (30 BCE – 90 CE).

Berikut adalah etika yang diindoktrin ke dalam setiap penganut Judaism dengan objektif meluaskan kepatuhan para penganut kepada My Master (Rabbi) ;

"One who learns from their companion a single chapter, a single halakha, a single verse, a single Torah statement, or even a single letter, must treat them with honor. For so we find with David King of Israel, who learned nothing from Ahitophel except two things, yet called him his teacher [Hebrew text: rabbo], his guide, his intimate, as it is said: 'You are a man of my measure, my guide, my intimate' (Psalms 55:14). One can derive from this the following: If David King of Israel who learned nothing from Ahitophel except for two things, called him his teacher, his guide, his intimate, one who learns from their companion a single chapter, a single halakha, a single verse, a single statement, or even a single letter, how much more must they treat them with honor. And honor is due only for Torah, as it is said: 'The wise shall inherit honor' (Proverbs 3:35), 'and the perfect shall inherit good' (Proverbs 28:10). And only Torah is truly good, as it is said: 'I have given you a good teaching, do not forsake My Torah' (Proverbs 4:2)." Ethics of the Fathers 6:3

Kristian

Agama Kristian adalah agama terbesar dunia. Ia adalah satu ajaran yang berkisar kepada seorang rakyat Bani Israel yang dikenali sebagai Jesus.

Adakah Jesus ini adalah orang yang sama dengan Nabi Isa yang diceritakan di dalam Al Quran ? Mungkin ya, mungkin juga tidak.

Bukti paling jelas untuk menyatakan tidak ialah Nabi Isa diinspirasikan dengan sebuah buku yang di kenali sebagai Injil. Sementara, di dalam menerangkan hal kehidupan seorang yang bernama Jesus, para penganut Kristian mengguna
sebuah buku lain yang dikenali sebagai Bible.

Adalah mudah menerangkan siapa sebenarnya yang mencipta sebuah agama yang bernama Kristian. Kita hanya perlu mengkaji bagaimana Bible ditekskan.

Bible adalah satu koleksi teks yang dianggap suci di dalam Judaism dan Kristianiti. Mengapakah ini terjadi ?

Ia adalah kerana kedua-dua Nabi Musa dan Jesus adalah dari keturunan Bani Israel. Orang-orang dari keturunan ini tidak mahu menolak salah satu dari dua manusia ini lalu membuat keputusan untuk merangkumi kedua-dua ajaran tradisi yang lahir dari kedua-dua manusia istimewa ini.

Siapakah Pembesar Agama Kristian ? Siapakah yang membuat peraturan ritual mana yang perlu dibuat pada hari-hari tertentu di dalam agama ini ?

Jawapan adalah mudah. Kesemua peraturan ini ditulis oleh Matthew, Mark, Luke dan John di dalam empat buah buku yang dianggap "authoritative"...empat lagi. Merekalah yang mencipta agama Kristian.

Islam

Kita memang sudah sangat tahu apakah ajaran Agama ini.

Oleh kerana kebanyakkan masyarakat kita dilahirkan sebagai seorang yang bermazhab Syafie di dalam suatu aliran pemikiran yang dikenali sebagai Sunni maka untuk perbandingan saya terus menjurus kepada mazhab dan aliran pemikiran ini.

Siapakah yang membuat peraturan di dalam mazhab ini ? Apa yang boleh dipakai ? Apa yang boleh dimakan dan minum ? Apa yang perlu dibuat pada hari-hari yang tertentu ?

Pendek kata setiap tindak tanduk manusia yang dilahirkan di dalam mazhab ini sudah di atur dari semenjak ia dilahirkan iaitu dengan membisik iqamah atau melaung azan sehingga membuka mulut dengan kurma sehingga kepada saat kematiannya.

Ia adalah sangat jelas bahawa kesemua perkara tidak diinspirasi untuk ditulis di dalam Al Quran pun, dengan kata lain Tuhan tidak menyuruh semua makhluk yang bernama manusia mengikuti budaya Arab.

Siapakah yang mengatur dan menjadi pembesar Agama ini ? 

Seperti juga agama Kristian, siapa yang mencipta peraturan di dalam agama ini boleh diterangkan dengan mudah.

Di dalam sebuah artikel bertajuk "Maulid Nabi" saya ada memasukkan beberapa keratan gambar yang dengan jelas menerangkan siapakah yang membuat peraturan di dalam agama ini.


Di dalam keratan gamabar di atas dua orang yang bernama Al-Nasai & Ibn Hibban.

Merekalah di antara orang yang membuat peraturan agama ini ? Soalnya adakah fakta ini diberitahu oleh Al Quran, kitab yang dianggap pedoman kepada penganut agama ini ?


Di dalam keratan gambar ini pula seorang yang bernama Muslim membuat peraturan ini. Soalnya adakah fakta ini diterang di dalam Al Quran, kitab yang di anggap pedoman kepada penganut agama ini ?

Image result for Niat Puasa Asyura

Yang di atas ini seorang bernama Muslim membuat peraturan, bagaimanakah para penganut agama ini mengenalpasti bilakah tarikh hari Asyura ? Apakah kalendar Hijri sudah dicipta pada waktu kejadian tersebut berlaku ?

Image result for adab solat hari raya aidilfitri menurut hadis

Adakah fakta ini tertulis di dalam Al Quran ? Adakah kalendar Hijri sudah dicipta semasa Al Quran dibukukan ?

Siapakah yang membuat peraturan ini ? Jawapannya adalah sangat mudah terbentang luas di hadapan mata, Imam Syafie, beliaulah yang membuat peraturan ini. Untuk menguatkan hujah dan membuat para penganut mengikut peraturan ini beliau mengaitkan nama Nabi Muhammad sebagai otoriti.

Manakala kita pula tanpa segan silu mengaitkan nama para pembesar ini sebagai otoriti Ad Deen. Apakah para pembesar ini mempunyai saham di dalam penciptaan langit dan bumi ?

A040 

"Katakanlah: “Terangkanlah kepada-Ku tentang sekutu-sekutumu yang kamu seru selain Allah.  Perlihatkanlah kepada-Ku bahagian manakah dari bumi ini yang telah mereka ciptakan ataukah mereka mempunyai saham dalam penciptaan langit atau adakah Kami memberi kepada mereka sebuah Kitab sehingga mereka mendapat keterangan-keterangan yang jelas daripadanya? Sebenarnya orang-orang yang zalim itu sebahagian dari mereka tidak menjanjikan kepada sebahagian yang lain, melainkan tipuan belaka” AQ 35:40




Waktu memotong kuku pun sudah di atur oleh para Pembesar Agama.








Begitu juga jari mana yang perlu dipotong dahulu dan jari mana yang kemudian.

Sebenarnya, sejurus selepas saudara dilahirkan kesemuanya mengenai diri saudara sudah diputuskan oleh orang lain. Dari nama sehinggalah agama anutan saudara. Dan saudara akhirnya berjuang seumur hidup saudara untuk mempertahankan pilihan orang lain ini.

Banyak lagi contoh kita boleh perolehi melalui internet dan media sosial yang dihantar oleh sanak saudara dan rakan taulan kita.




Dengan melakukan satu kaedah mudah iaitu melihat siapakah yang menulis fakta itu maka kita boleh mengetahui siapakah sebenarnya yang membuat peraturan-peraturan yang kita anggap suci ini.

Dengan melakukan ini kini kita boleh berfikir dan bertindak dengan cara yang lebih waras mengikut peraturan alam semulajadi.

Kesimpulan

Dengan melakukan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh para pembesar agama ini adakah Ad Deen ada perubahan ?

Adakah kini saudara boleh mempunyai anak tanpa melakukan aktiviti seks ? Adakah kini saudara tidak lagi perlu berusaha untuk berjaya ? Adakah kini jika saudara terjun dari satu bangunan tinggi, saudara boleh terbang seperti burung ? Tiada perubahan di dalam Ad Deen. Itulah sebenarnya fitrah hidup.

Namun, perkara ini sangat sukar diterima oleh mereka yang ingin menyekutukan fakta ini.

A013


"Dia syariatkan bagi kamu sebagai Deen apa yang Dia wasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami wahyukan kamu, dan apa yang Kami wasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: "Lakukanlah Deen, dan janganlah berpecah belah di dalamnya." Amatlah benci bagi orang-orang yang sekutukan pada apa yang kepadanya kamu seru mereka. Allah pilih kepadanya sesiapa Dia hendaki, dan Dia beri petunjuk kepadanya orang yang berkesesalan" AQ 42:13

Mereka lebih senang mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh para Pembesar Agama dari mengikuti Undang-Undang Alam yang universal yang boleh mereka pelajari secara semulajadi.

Ashwed



21 comments:

  1. Apa nak buat, agama is lucrative bisnes. No $, no religions. Cari makan ! Tak ubah mcm MLM. Quran kata bila dah ckp usia 40 thn., maka guna lah akal dan ilmu serta pengalaman yg ada utk cari tuhan yg esa itu. Jika apa yg kita jumpa itu berlainan dgn apa yg ibubapa kita anuti, maka biarkan. Namun, wajiblah kita taat dan berbakti pd kedua2nya. Moga Allah beri ilham utk kita ke jln Nya yg lurus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, dari A to Z semuanya dah diatur...hanya perlu ikut bulat2. Patutlah tak ada lagi inovasi/R&D yg lahir dari kaum ini yg boleh dijadikan solusi kpd permasalahan yg dihadapi oleh dunia masa kini. Kita hanya jadi pengguna ja. Patutlah syirik tu tuhan tegah sangat sebab syirik (cth. Sgp ikut cakap agamawan dari ikut ckp quran) menjadikan minda umat beku dan mundur. Wallahuaklam

      Delete
  2. sekarang dah ada makeup yang mesra wuduk :) gambar hiasan pulak seorang wanita yang memakai purdah.. tak dapat nak relate antara produk dan model hiasan dan keperluan untuk makeup kalau dah pakai purdah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling heran... Dah pakai purdah pun teringin jugak nak jadi model tu. Bubuh gambar setakat muka lepas tu tutup muka. Baik tak payah bubuh gambar langsung setakat nak tunjuk kain hitam. Just what are they thinking?

      Delete
    2. And baju yang bling bling underneath jubah.
      Human nature ma... no matter what still want to feel beautiful.

      Non

      Delete
    3. Wanting to feel beautiful is one thing. Seeking glam, wanting to be seen on the signboard is another thing.

      Delete
  3. Ada sikit penambahan, agama hindu tiada pengasas. Ianya hanyalah koleksi amalan yang diamalkan oleh penduduk dilembah HINDUS. Dari sini juga amal mengeliling Shiva Lingam (Hajrat Aswad Bermula). Shiva Lingam itu adalah gambar cahaya tuhan (Supreme Soul / Nur Tuhan). Dan kalau dikaji, di lembah ini lah nama Adam atau (dalam ceri veda Brahma (adam dalam cerita org hindus). ) Kailas adalah tempat tinggi di Himalaya yang tak akan banjir bila semua bumi banjir. Cerita syurga bermula dari situ...

    ReplyDelete
  4. http://ahleaqal.blogspot.my/

    Kalau berminat, cuba baca blog sahabat saya yang benar benar belajar bahasa arab dan menterjemah Kitab Quran......ianya amat menarik.....kerana dia menterjemahkan dalam bahasa yang saya rasa mirip aliran sufi walaupun beliau bukan dari aliran sufi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Terima kasih sdr azmi ghnai.

      Damai

      Delete
    2. Saudara Ashwed,
      Terima kaseh to Saudara Azmi for sharing the link.
      Looking forward to read the author's complete translation of all the 114 surah.

      Salam sejahtera .

      Ashkc

      Delete
  5. Salamunalaikum! sila hayati 30-ayat dari Surah As Sajadah;

    32:1 Alif laam miim.
    32:2 Telah diturunkan sebuah -lkitaabi yang tiada keraguan didalamnya dari Pemelihara ilmu diseluruh alamnya.
    32:3 Malahan mereka berkata dia yang mengadakanya, tidak! dianya yang benar dari Pemeliharamu bagi memberi amaran kepada kaum yang belum datang pemberi amaran supaya mereka mendapat petunjuk.
    32:4 Allah yang mencipta langit dan bumi dan apa yang diantara keduanya dalam enam hari kemudian disempurnakan kuasa mutlaknya dan tiada selain Dia penolong dan perantara maka tidakkah kamu ingat.
    32:5 Dia yang mentadbir segala perintah meliputi langit dan bumi jika kamu menuju kepadanya satu hari ukuranya seribu tahun kiraan kamu.
    32:6 Demikian itulah yang mengetahui sekelian yang ghaib dan yang menyaksikan dan hanya Dia yang Cermelang yang Penyayang.
    32:7 Dia Pencipta yang terbaik yang mencipta manusia dari tanah.
    32:8 Kemudian dijadikan keturunanya dari saripati air yang hina.
    32:9 Disempurnakan dan ditiup ruuhihii dan dijadikan pendengaran dan penglihatan dan deria malahan sedikit dari kamu yang berterima kasih.
    32:10 Mereka berkata apabila kami lenyap dari bumi siapa yang menciptanya semula malahan pertemuan dengan Pemelihara mereka melupainya.
    32:11 Katakan malaku -lmauti yang ditugaskan mewafatkan kamu kemudian dikembalikan kamu kepada Pemelihara kamu.
    32:12 Jika kamu dapat melihat ketika orang yang berdosa menundukan kepala mereka disisi Pemelihara mereka dan berkata Pemelihara kami! kami telah melihat dan mendengar maka kembalikan kami supaya dapat kami melakukan amalan soleh malahan kami orang yang yakin.
    32:13 Dan jika Kami kehendaki pasti diberi petunjuk kepada setiap jiwa akan tetapi Kami telah menetapkan ‘perkataanya’ malahan Kami penuhi jahannama dengan jin dan manusia kesemuanya.
    32:14 Maka rasakan apa yang telah kamu melupai hari pertemuan kamu ini maka Kami juga melupakan kamu dan rasakan azab yang berkekalan atas apa yang kamu telah lakukan.

    bsmbg..

    ReplyDelete
  6. smbgn,

    32:15 Dan orang yang amanah adalah orang yang apabila diingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menjatuhkan diri bersujud dan menyanjung dan memuji Pemelihara mereka dan mereka tidak takbur dengannya.
    32:16 Mereka menjauhi rusuk mereka dari tempat pembaringan dan mereka bermohon kepada Pemelihara mereka dengan ketakutan dan penuh harapan dan dari apa yang Kami rezekikan mereka membelanjakan.
    32:17 Malahan tidak mengetahui suatu jiwa keselesaan dan kegembiraan yang disembunyikan sebagai balasan atas apa yang telah mereka lakukan.
    32:18 Adakah sama yang amanah dengan yang fasik pastinya tidak sama.
    32:19 Ada pun orang yang amanah dan beramal soleh tempat penginapan mereka syurga suatu penurunan atas apa yang telah mereka lakukan.
    32:20 Dan bagi orang yang fasik penginapan mereka api setiap kali mereka ingin keluar darinya mereka dikembalikan kedalamnya dan dikatakan kepada mereka rasakan azab api yang kamu telah mendustakanya.
    32:21 Dan Kami rasakan azab kecil sebelum azab besar bila mereka kembali.
    32:22 Dan siapa lebih zalim dari orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat dari Pemeliharanya mereka berpaling pastinya Kami memberi pembalasan kepada sesiapa yang berdosa.
    32:23 Malahan Kami telah berikan muusa kitab maka jangan kamu meragui penurunanya dan Kami berikan petunjuk kepada banii israa-illa.
    32:24 Dan Kami jadikan mereka pemimpin dan diberi petunjuk dari perintah Kami atas kesabaran mereka dan dengan ayat-ayat Kami mereka yakin.
    32:25 Sesungguhnya Pemelihara mereka memberi penjelasan diantara mereka pada hari kebangkitan atas apa yang mereka pertikaikan didalamnya.
    32:26 Apakah tidak menjadi petunjuk, beberapa banyak generasi telah Kami laknati sebelumnya sedang mereka berjalan disekitaran daerahnya demikianlah tanda-ayat Kami apakah mereka tidak mendengarnya.
    32:27 Apakah tidak mereka perhatikan Kami mencurah air dibumi tandus dan Kami mengeluarkan tumbuh-tumbuhan darinya dan mereka menjadikan makanan ternakan mereka maka apakah tidak mereka melihatnya.
    32:28 Dan mereka berkata bilakah kemenangan ini jika kamu berkata benar.
    32:29 Katakan hari kemenangan tidak berguna jika orang yang tidak percaya menjadi pemimpin malahan mereka tidak diberi tangguh.
    32:30 Maka berpalinglah dari mereka dan tunggu malahan mereka itulah orang yang menunggu.

    Sekian.

    ReplyDelete
  7. HUKUM membasuh baju menggunakan mesin basuh

    Assalamualaikum..

    Sedikit perkongsian mungkin ada yang terlepas pandang akan hukum ini kerana sekarang boleh dikatakan semua menggunakan mesin basuh utk mencuci pakaian..

    Dalam bab Thoharah, iaitu HUKUM membasuh baju menggunakan mesin basuh. Ramai yang tidak terdedah dengan cara membasuh dengan betul.

    Baju yang bercampur dengan pakaian dalam, atau pakaian yang terpercik najis Hukmi (Najis yang tidak nampak dan yakin terkena najis), perlulah diulangi basuhan itu melalui BILAS dengan air lalu di akhir pembasuhan.

    Ini kerana, air yang kurang daripada 2 kolah berada di dalam mesin basuh menjadi air MUTANNAJIS dan dibawa solat. Maka hukumnya tidak SAH solat tersebut kerana pakaian masih menanggung najis.

    Langkah-langkahnya:

    1. Basuh baju seperti biasa jika bercampur dengan pakaian yg bernajis. Selepas tamat pembasuhan melalui durasi mesin basuh, lakukan semula dengan cara membilas baju satu persatu ataupun beberapa helai sekaligus melalui air yang dibuka semula dan ratakan sehingga basah.

    2. Pakaian boleh dibilas dengan air paip diluar mesin basuh ataupun menggunakan paip di dalam mesin basuh.

    3. Jika ingin membilas didalam mesin basuh, bilasan air perlu diratakan ke semua baju TANPA membiarkan air BERTAKUNG di dalam mesin.

    4. Membilas pakaian yg ingin dibawa solat tidak perlu lama-lama dan menggunakan air yang banyak, cukup sekadar meratakan.
    5. Spin, selesai. Jemur dan boleh dibawa solat.

    #Hukum ini adalah hukum muasorof yakni hukum yang baru selepas mesin basuh dicipta. maka para ulama mentafsirkan cara basuhan mengikut tahap kesucian dengan teliti dari segala sudut Thoharah.

    Sebelum mesin basuh dicipta, umat islam membasuh baju disungai, atau menjirus daripada tempayan air ataupun paip, maka air sudah mengalir dan tidak terikat dengan mutannajis kerana tidak direndam.

    P/S: Sampaikan pada Umat Islam yang lain.. moga bermanfaat utk semua.. InsyaAllah..

    ---------

    Tak tau nak cakap apa la. Ada hukum baru plak.

    Non

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik baca sampai abis.. baru nak bantai :)
      anyway, dia tak tahu ke mesin basuh banyak cycle/program? berapa kali bilas air?

      Delete
    2. Hanya 01 jawapan "Seperti 'ketam' menyuruh anak2nya bejalan lurus". ha!hi!hu!Balik Pulau Bayan Lepas!?!

      Delete
    3. I am beginning to lose my patience with our people. Makin susah nak sembunyikan yg saya bukan lagi a practicing muslim. Can ppl like us survive in malaysia eventually?

      Delete
    4. Ini dari WhatsApp group cikgu. My sis forward kat I sebab dia rasa kelakar. My sis dapat dari kawan dia.

      Seriously la kan. Cikgu patutnya siasat pasal washing machine ni. Berapa banyak air mau guna da...

      Nasib baik la I dah lama tinggalkan alam persekolahan. Sure giler tension terbabas-babas kat sekolah dengan ajaran serta paksaan.

      Ini yang ajar hukum baru ni pi belajaq mana tah dan bawa culture merepek ke sini.

      Non

      Delete
    5. Salam...

      LOL ROTFL... the majority muslims believe this nonsense... malang sekali...

      Anon 19 Dec 17.42,
      Yes of course... People like you or me can survive not just in Malaysia but everywhere... "... uphold your commitments... steadfast in facing your challenges..."..

      Becks

      Delete
  8. Kepada mereka yang celebrate Christmas 'Merry Christmas' dan yang bercuti 'Pastikan kenderaan dalam keadaan selamat dan Have a nice holidays'.

    Non

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Happy holidays everybody. Semoga tahun hadapan membawa semangat baru.

    Peace

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salaamun àlaikum, Ayat yang dinyatakan 31: 40 adalah merupakan ayat dari surah fatir 35:40 dalam artikel ini.

      Delete