Kedamaian Untuk Semua,
Tahun 2017 semakin menjelang tiba.
Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf jika di sepanjang blog ini bersiaran terdapat perkataan atau ungkapan saya yang benar-benar menyinggung perasaan pembaca.
Saya percaya kebanyakkan pembaca tegar sudah benar-benar faham bahawa blog ini tidak ditulis untuk mengikut arus.
Ia ditulis khusus untuk membuka mata para pembaca kepada fakta-fakta sahih yang terdapat di sekeliling kita.
Fakta yang kita buat-buat tidak nampak dan menutup sebelah mata mengenainya. Kadang-kadang kita turut sapu fakta ini ke bawah karpet dan menolak untuk memikirkannya.
Fakta yang kita buat-buat tidak nampak dan menutup sebelah mata mengenainya. Kadang-kadang kita turut sapu fakta ini ke bawah karpet dan menolak untuk memikirkannya.
Saya percaya jika kita benar-benar jujur untuk memajukan diri, masyarakat dan seterusnya negara, kita perlu mendalami semua fakta sebelum mengambil sesuatu itu sebagai pengetahuan yang benar.
Upacara Doa
Trend baru masyarakat kita apabila memulakan tahun baru ialah dengan bersalawat (lengkap dengan pakaian Arab) kemudian berdoa.
Saya perlu ulang, upacara dimulakan dengan bersalawat dahulu.
Malah sebenarnya majlis itu dinamakan MAJLIS SALAWAT. Doa kepada Tuhan yang mencipta dunia dan segala isikandungnya jatuh nombor 2, hanya sekadar penyeri majlis.
Malah sebenarnya majlis itu dinamakan MAJLIS SALAWAT. Doa kepada Tuhan yang mencipta dunia dan segala isikandungnya jatuh nombor 2, hanya sekadar penyeri majlis.
Saya sudah pun menulis dengan panjang lebar mengenai salawat tidak perlulah saya ulangi di sini.
Kali ini saya ingin menyentuh sedikit mengenai pengucapan doa dan kepada siapakah ianya perlu ditujukan ?
Sebelum itu, saya ingin menegaskan kedudukan saya mengenai perkara ini.
Saya percaya bahawa tiada doa atau dalam ertikata masyarakat kita, tiada stanza standard yang boleh mengubah nasib kita, melainkan diri kita sendiri.
Mengapakah saya berfikiran sebegini ?
Makna Doa
Perkataan doa membawa erti menyeru.
"Dan apabila hamba-hamba-Ku tanya kamu mengenai Aku, Aku lebih dekat untuk sahut seruan (da'-wa-ta) orang yang menyeru (da'-a-ni) apabila dia seru kepada-Ku; maka hendaklah mereka sahut Aku, dan hendaklah mereka percayai Aku supaya mereka menjadi benar" AQ 2:186
Keterangan di atas membawa makna yang tersendiri di dalam sejarah hidup saya kerana ia membawa kembali ingatan saat-saat sukar di dalam hidup ini.
Saya percaya anda juga biasa mengalaminya.
Oleh kerana tekanan yang tinggi, di tambah pula dengan daya tubuh yang semakin kurang gagah akibat faktor umur, saya mengambil keputusan untuk menyendiri.
Di kala itulah, di dalam kesepian yang asing, tanpa sedar hati ini memanjangkan DOA tanpa vokal.
Jika kita perhatikan secara mendalam akan keterangan AQ 2:186 di atas, kita akan mendapati bahawa perkataan AKU diulang-ulang sebanyak 6 kali.
Perkara ini menyebabkan saya terdetik.
Bahawa tiada siapa yang mendengar DOA saya di kesunyian itu melainkan diri saya sendiri.
Saya tersedar yang sebenarnya sayalah yang memujuk diri saya sendiri.
Di kala itu, ungkapan yang paling agong di dalam dunia ini bukannya datang dari seorang pujangga hebat. Juga bukan dari seorang penulis paling mahsyur atau ahli fikir paling lengkap. Ungkapan yang paling agong di saat itu datang dari hati nurani saya sendiri.
Ia menyedarkan saya bahawa di dalam keadaan sukar, Al Quran mengkehendaki kita supaya meyakini diri kita sendiri.
Ini bermakna bahawa meyakini Tuhan adalah meyakini diri kita sendiri.
Ini juga bermakna yang kita seru (doa) tidak lain dan tidak bukan adalah diri kita sendiri supaya bangkit menyahut apa jua cabaran yang datang melintang di dalam perjalanan hidup kita.
Sebelum itu, saya ingin menegaskan kedudukan saya mengenai perkara ini.
Saya percaya bahawa tiada doa atau dalam ertikata masyarakat kita, tiada stanza standard yang boleh mengubah nasib kita, melainkan diri kita sendiri.
Mengapakah saya berfikiran sebegini ?
Makna Doa
Perkataan doa membawa erti menyeru.
"Dan apabila hamba-hamba-Ku tanya kamu mengenai Aku, Aku lebih dekat untuk sahut seruan (da'-wa-ta) orang yang menyeru (da'-a-ni) apabila dia seru kepada-Ku; maka hendaklah mereka sahut Aku, dan hendaklah mereka percayai Aku supaya mereka menjadi benar" AQ 2:186
Keterangan di atas membawa makna yang tersendiri di dalam sejarah hidup saya kerana ia membawa kembali ingatan saat-saat sukar di dalam hidup ini.
Saya percaya anda juga biasa mengalaminya.
Oleh kerana tekanan yang tinggi, di tambah pula dengan daya tubuh yang semakin kurang gagah akibat faktor umur, saya mengambil keputusan untuk menyendiri.
Di kala itulah, di dalam kesepian yang asing, tanpa sedar hati ini memanjangkan DOA tanpa vokal.
Jika kita perhatikan secara mendalam akan keterangan AQ 2:186 di atas, kita akan mendapati bahawa perkataan AKU diulang-ulang sebanyak 6 kali.
Perkara ini menyebabkan saya terdetik.
Bahawa tiada siapa yang mendengar DOA saya di kesunyian itu melainkan diri saya sendiri.
Saya tersedar yang sebenarnya sayalah yang memujuk diri saya sendiri.
Di kala itu, ungkapan yang paling agong di dalam dunia ini bukannya datang dari seorang pujangga hebat. Juga bukan dari seorang penulis paling mahsyur atau ahli fikir paling lengkap. Ungkapan yang paling agong di saat itu datang dari hati nurani saya sendiri.
Ia menyedarkan saya bahawa di dalam keadaan sukar, Al Quran mengkehendaki kita supaya meyakini diri kita sendiri.
Ini bermakna bahawa meyakini Tuhan adalah meyakini diri kita sendiri.
Ini juga bermakna yang kita seru (doa) tidak lain dan tidak bukan adalah diri kita sendiri supaya bangkit menyahut apa jua cabaran yang datang melintang di dalam perjalanan hidup kita.
"Pemelihara kamu berkata, "Serulah (ad-oo-ni) kepada-Ku, dan Aku akan sahut kamu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombong daripada mengabdi kepada Aku akan masuk Jahanam dalam keadaan hina." AQ 40:60
Kesimpulan
Perkataan seru di dalam masyarakat kita membawa sentimen yang sangat berbeza dari maksud perkataan DOA seperti yang dianjur Al Quran.
Kebiasaanya kita memahami perkataan ini (seru) sebagai satu tatacara memanggil sesuatu nama secara berulang-ulang.
Perbuatan ini adalah sia-sia kerana ia tidak banyak membantu membentuk keyakinan diri.
Apakah bezanya menyeru "Guru Yahya, Guru Yahya" beribu-ribu kali dengan menyeru nama lain yang kita anggap suci. Bukankah ia sekadar terma rujukan ?
Untuk meyakini diri sendiri, kita perlu memujuk diri kita supaya menjadi cekal serta tabah menghadapi dugaan hidup.
Oleh yang demikian, untuk tahun 2017 ini saya menyeru (doa) supaya kita meyakini diri kita sendiri. Bangkit dari tidur, kitalah yang akan mengubah dunia.
Jika anda adalah seorang Pensyarah, yakinlah bahawa anda boleh memberi pengetahuan kepada anak didik anda. Jika anda seorang Doktor yakinlah bahawa anda boleh mengubati pesakit anda dengan usaha yang tidak mengenal erti putus asa.
Tidak kira apa jua bidang yang sedang anda ceburi, yakinlah kepada diri sendiri.
Dalam waktu yang sama, kita juga perlu berwaspada kepada kuasa tersembunyi yang tidak mahu patuh kepada keyakinan kita.
Yang sentiasa timbul tenggelam di dalam fikiran kita, yang sering membisikkan kata-kata negatif supaya kita hilang keyakinan ... yang juga adalah diri kita sendiri.
Kini terbukti bahawa hero dan musuh kepada kita adalah diri kita sendiri. Kitalah yang digelar Manusia .... teknologi tercanggih dan paling sophisticated pernah tercipta.
"Katakanlah, "Aku berlindung pada Pemelihara manusia," AQ 114:1
"Raja manusia," AQ 114:2
"Tuhan manusia," AQ 114:3
"Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap," AQ 114:4
"Yang membisikkan di dalam dada manusia," AQ 114:5
"Daripada jin dan manusia" AQ 114:6
Ashwed
Sepatutnya apabila kita baca Quran kita dapat kaitkan dengan pengalaman yang pernah kita lalui atau yang sedang kita lalui dan apa yang kita patut buat untuk yang akan datang dan juga sebagai pengajaran. Tapi biasalah otak kita dari kecil dah terbiasa dilatih berulang-ulang dengan ajaran ustaz sampai tak nampak apakah manfaat sebenar Quran.
ReplyDeleteDahulu, baca tafsiran Quran pak ustaz ni, saya terpaksa 'berlawan-lawan dengan doktrin ustaz' dalam otak tuk dapatkan apakah maksud sebenar sesuatu ayat tu. Bila dah jumpa atau samar-samar je atau tak dapat maksud, cari pula di internet. Rupa-rupanya yang saya duk 'berlawan-lawan' dalam otak tu dah lama orang yang macam Ashwed bincangkan.
Salam
Samalah kita. Rasa nak bangun dan tanya ustad/ustazah bila sesuatu yg dia org cerita tu rasa tak logik sangat. Ada yg rasa nak gelak.. Toleh kiri kanan kawan2 serious jer telan semua. So..tak berani lah nak tanya.
DeleteTgk org pi Mekah...even though i dah masuk 40 tahun i tak penah rasa teringin nak pi Mekah. Crowded, panas dan rasa mcm stupid sgt nak pusing2 dan lari2 ulang alik baling batu kat setan. Tapi tak berani bgtau sesapa. I juga langsung tak simpan kat Tabung Haji sbb mmg dari muda tak rasa nak pegi.
Skrg baru faham kenapa my subconscious and my conscious mind sama2 degil menolak ritual haji dan ragu2 dgn ritual solat.
Sangat setuju dengan pendapat tuan mengenai para ustaz. Banyak sangat perkara yang tidak logik dan apabila saya argue , kawan-kawan saya memarahi saya . Alasan mereka, " jangan argue, dengar ajerlah dan terima apa yang ustaz cakap., bukan taraf kita nak argue " whatttttt? Sekarang saya sudah stop ikut ceramah. Buang masa. Duduk rumah lagi baik.
DeleteTentang pergi Mekah, itu juga yang saya rasakan.
Deletesetuju. saya pernah tinggal di bandar mekah...saya rasa ada yang tak kena sebagai satu 'safe sanctuary'.
Deletesaya ikut org buat haji (tapi tak buat haji)... nampak mcm banyak hipokrasi dan separation macam kasta.
Pernah baca The Secret-Rhonda Byrne? Cuba kaitkan dengan Quran.
ReplyDeleteApa yang tertulis dalam buku tu memang saya pernah alami, tanpa sedar saya dah guna The Secret
Tuan ashwed, i like all your articles but this one is the best. Saya merasa sangat terkesan membacanya. Please keep on writing sir !
ReplyDeleteSalam tuan Ashwed,
ReplyDeleteApa yg tuan tulis ni sangat betul tapi izikan saya kongsi tentang perkara ni.
98% hidup kita dikawal oleh takdir, 2% lagi adalah freewill. Sama ada kita kaya, miskin, murah rezeki, kesempitan, sihat, sakit, gembira, sedih, bahagia, muram, peningkatan atau masalah kerjaya, relationship dan materialistik - 98% dikawal oleh takdir.
Tapi ramai tak faham apa itu takdir. Takdir ialah ketentuan yang dimanifestasikan oleh minda bawah sedar kita. Minda manusia seperti iceberg, kekuatannya terletak pada bahagian yang tenggelam.
Isipadu iceberg : 10% timbul, 90% tenggelam
Kekuatan minda manusia : 2% conscious (freewill), 98% subconscious (takdir)
Titanic karam kerana kekuatan 90% isipadu iceberg yang tenggelam bawah air laut. Begitu juga takdir hidup kita dalam semua aspek, 98% ditentukan oleh subconscious mind (minda bawah sedar).
Setiap orang mempunyai lebih kurang 30k-50k fikiran setiap hari dan fikiran paling dominan yang menentukan dan mengawal hidup kita.
Contoh : Anda suka dengar lagu-lagu sedih, putus cinta, dikhianati, kecewa, patah hati dan sebagainya. Anda juga suka tengok drama-drama TV dan filem tentang masalah cinta, kekasih curang dan sebagainya. Melalui visual dan audio berulang-ulang, subconscious anda terbentuk dan hasilnya dalam dunia realiti anda susah dapat kekasih, atau ditinggalkan atau orang tak layan.
Contoh lain : Selepas beberapa bulan cekap memandu kereta, saya pandu seorang diri dari KL ke Kangar dan pulang semula pada hari sama ke KL tanpa disedari. Tangan, kaki dan mata semuanya berfungsi secara automatik tanpa perhatian dari minda sedar. Tekan pedal, brake, clutch, tukar gear, pusing stereng dan lain-lain telah diprogramkan dalam minda bawah sedar.
Buddha berkata : The mind is everything. What you think you become.
Maksud Buddha ialah subconscious mind menentukan takdir hidup kita.
Apa sahaja masalah yang anda hadapi dalam hidup sekarang semuanya berpunca dari subconscious yang negatif - relationship, career, business, financial, health.
Untuk ubah subconscious bukanlah mudah tapi tidak mustahil. Kita perlukan satu program visualisasi dan afirmasi utk programkan semula subconscious mind. Lakukan secara konsisten selama 30-40 hari untuk bina momentum dan seterusnya akan jadi tabiat seumur hidup.
Subconscious mind umpama lampu ajaib aladin. Cuma bezanya ia boleh tarik apa sahaja - musibah atau kesenangan bergantung kepada fikiran paling dominan.
Saya selalu lakukan experiment dr buku E-Squared - Pam Grout. Sangat menankjubkan. Anda boleh minta apa sahaja dari FP. FP mempunyai sense of humor. Apa itu FP? Kena bacalah buku tu. Tuhan ialah subconscious mind.
Cuba tgk video ni utk lebih faham : -
https://www.youtube.com/watch?v=cLqjK3ddSy0
Saya suka apa yang Zack kongsikan. Dan saya nak cari apa maksud FP.
DeleteTerima kasih.
Betul. I selalu amaze dengan diri sendiri bagaimana boleh memandu kereta tanpa perlu berfikir bila pegang stereng, tukar gear, bagi signal dsbnya. Our mind semacam dah dah ada memory with other organ untuk menlakukan tindakan yang lazim dilakukan.
DeleteTeringat cerita Click. Tapi remoye control yang simpan memory perbuatan yang lazim dilakukan.
Happy New Year!
Non
Sebab itu AlQuran suruh kita berfikir (mengguna minda). God guides us through the mind. God is inside us in the mind, closer than our veins. If we dont use our mind, we will be lost...we will be doing and following the wrong and stupid things/people.
ReplyDelete“Watch your thoughts, they become words;
ReplyDeletewatch your words, they become actions;
watch your actions, they become habits;
watch your habits, they become character;
watch your character, for it becomes your destiny.”
FRANK OUTLAW
- Berhenti tengok TV mcm berita, drama, hiburan, gossip, politik, cerita jenayah - CSI, NCIS, Blue Bloods, TWD, GoT, dsbg. Rancangan memasak, hias rumah, perlancongan, dokumentari sangat baik utk minda kita.
- Jangan beli dan baca surat khabar kecuali sukan, laporan saham, bisnes. Dalam internet boleh baca laporan sukan dsbg.
- Berhenti layan portal2 berita online, cerita masalah masyarakat, gosip artis, hiburan, konspirasi, politik kepartian, blog2 politik termasuk baca ruangan komen.
- Berhenti mengumpat dan mengata pada orang, know your circle and choose wisely.
- Jangan baca novel cinta, jenayah, seram dan apa sahaja yang mempengaruhi minda subconscious anda. Siri Harry Potter dan LOTR sebenarnya sangat tak bagus untuk minda bawah sedar kita. Twilight, Hunger Games, Underworld juga tak bagus untuk minda kita. Ini semua fantasy yg menjana emosi negatif.
- Elak terjebak dalam persaingan sukan dan menyokong team-team tertentu. Sama juga dalam hal politik kepartian.
- Berhati-hati apabila anda minat dengan sesuatu lagu kerana liriknya boleh memprogramkan secara negatif minda anda. Contoh : Dulu saya sangat suka dengar lagu Papinka - Masih Mencintainya. 4 kali saya ditinggalkan wanita berbeza. We create our own drama.
Tak salah tonton TV, wayang, dengar MP3, layan internet, baca buku & novel dan sebagainya cuma kita perlu berhati-hati memilih genre kerana minda kita seperti span - sangat mudah menyerap apa sahaja yang anda dedahkan kepadanya. Minda sangat sensitif kepada exposure di sekeliling. Apabila diulang banyak kali, ia akan meresap menjadi akar dalam subconscious. Bila sampai tahap ni susah diubah.
Seperti tuan Ashwed tulis sebelum ini tentang politik kepartian, kita membuang masa dan tenaga kepada perbalahan politik kepartian. Bagi saya politik machiavellianism adalah sifat paling binatang.
Dalam dunia hari ni ada banyak syaitan yang mengaburkan kita dari kebenaran spiritual.
https://www.youtube.com/watch?v=z4YkMoysymY
Ni antara video paling membuka mata pernah saya jumpa. Kita perlu escape dari sifat-sifat binatang ini untuk menjadi manusia utopian.
Salam,
DeleteKembalilah menulis Zack. Banyak pengetahuan boleh dikongsikan.
Damai
Setuju
DeleteSetuju dengan cadangan Ashwed
DeleteTapi... I seronok tengok cerita The Great Wall.
DeleteNon
https://www.youtube.com/watch?v=JxuC9pjq074&t=953s
ReplyDeleteGreat article ashwed...I follow your blog sudah lama..just nak tau,apa maksud nama ashwed?
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSlash and Wednesday. Nothing special just a name as a term of reference.
Peace
Salam, saja nak try, test, tokai! kalau2 betul; Ashwed = Hitam ie hajar ashwad = Batu Hitam betul ke?
DeleteSalam,
DeleteYang sebenarnya sejarah nama itu bermula dari zaman saya muda remaja.
Di sekitar tahun 90an ada satu band yg begitu popular namanya guns n roses. Saya peminat guitarist band itu bernama slash.
Dalam era yg sama saya bertemu dgn isteri saya semasa belajar di sebuah matrikulasi pada hari rabu. Akhirnya, lahirlah Ashwed. : - )
Damai
Pasti dianya jwpn dr seorg "muhlisyina" hi!hi!hi!
DeleteSelamat Tahun baru kpd sekelian rakan2 ber Al Quran, sempena hari pertama 2017 ini saya cp-kan ayat2 dari Surah Yunus(10)109ayat;
ReplyDelete10:1 Alif laam raa inilah ayat-ayat -lkitaabi yang penuh hikmah.
10:2 Adakah dianya menjadikan manusia kehairanan bahawa Kami telah mengilhamkan kepada seorang lelaki diantara mereka bagi memberi amaran kepada sekelian manusia dan khabar gembira bagi orang yang amanah dan bagi menegakan kebenaran Pemeliharanya maka berkata orang yang tidak percaya tidak lain ini hanyalah sihir yang nyata.
10:3 Sesungguhnya Allah Pemeliharamu yang mencipta langit dan bumi dalam enam fasa maka dilaksanakan kuasa mutlaknya bagi mentadbir segala perintah dan tiada perantaraan melainkan dengan izin Dia demikianlah Allah Pemelihara bagi semua maka berkhidmatlah kepada Dia dan hendaklah kamu mengambilnya sebagai peringatan.
10:4 Dan kepada Dia tempat kembali dan janji Allah pasti benar dan Dia pengasas segala ciptaan maka dikembalikan kepada Dia bagi memberi pembalasan kepada orang yang amanah dan yang beramal soleh dengan adil dan bagi orang yang tidak percaya diberi minum air mendidih dan azab yang sangat dahsyat atas apa yang telah mereka mengingkarinya.
10:5 Dia yang menjadikan mataharinya bersinar dan bulanya bercahaya dan ditetapkan tempat peredaranya bagi kamu mengetahui bilangan harinya dan perhitungan tahunya malahan Allah tidak menciptanya melainkan dengan benar dan dijelaskan ayat-ayatnya supaya kamu memahaminya.
10:6 Allah yang mencipta kitaran malam dan siang dan segala apa yang dilangit dan dibumi sebagai tanda-ayatnya bagi kaum yang prihatin.
10:7 Dan orang yang tidak harapkan pertemuan Kami dan redha dengan duniawi yang selesa dan dengan ayat-ayat Kami mereka abaikanya.
10:8 Maka tempat mereka adalah api dengan apa yang mereka usahakan.
10:9 Dan orang yang amanah dan beramal soleh pasti Pemelihara mereka memberi pertunjuk atas keamanahan mereka dengan syurga mengalir dibawahnya sungai-sungai yang penuh kenikmatan.
10:10 Doa mereka didalamnya hanya Allah disanjung dan penghormatan mereka salaamun/kesejahteraan dan diakhiri doa mereka dengan segala pujian bagi Allah Pemelihara ilmu diseluruh alamnya.
bsmbg..
smbgn..
ReplyDelete10:11 Jika Allah segerakan kejahatan kepada manusia seperti disegerakan kebaikan pasti ditetapkan ajal mereka maka Kami biarkan orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami dalam kebiadapan dan kebingungan dan mereka hilang pedoman.
10:12 Dan apabila manusia disentuh penderitaan pastinya dia menyeru Kami dalam keadaan berbaring atau duduk atau berdiri maka setelah Kami hilangkan penderitanya dia berpergian/berlalu seakan dia tidak pernah memohon kepada Kami atas penderitaan yang menyentuh mereka maka diilusikan indah segala amalan mereka bagi orang yang membazir.
10:13 Dan pastinya Kami melaknati beberapa generasi sebelum kamu ketika mereka menzalimi rasul yang menyampaikan keterangan jelas malahan mereka tidak amanah dengannya dan pasti Kami berikan pembalasan yang setimpal keatas kaum yang berdosa.
10:14 Kemudian Kami jadikan kamu sebagai pengganti dibumi bagi Kami perlihatkan bagaimana kamu melaksanakanya.
10:15 Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas, berkata orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami, datangkan biqur-aanin selainya atau gantikanya maka katakan tidaklah bagiku menggantikanya atas kehendak aku malahan aku tidak akan mengikuti melainkan apa yang diilhamkan dan aku takut jika aku mendurhakai Pemeliharaku pasti diazabkan aku pada hari agung.
10:16 Katakan jika dihendaki Allah tidaklah aku membacakan kepadamu dan mengajar kamu/adraakum malahan aku telah tinggal bersama kamu sepanjang hayatku maka apakah tidak kamu fikirkan.
10:17 Maka siapakah yang lebih zalim dari orang yang mengadakan dusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayatnya malahan tidak akan mendapat sebarang kejayaan bagi orang yang berdosa.
10:18 Dan mereka berkhidmat selain Allah apa yang tidak memberi mudharat atau manfaat dan mereka berkata dianya perantaraan kami dari sisi Allah katakan apakah kamu khabarkan kepada Allah apa yang Dia tidak mengetahui dilangit dan dibumi malahan Dia disanjung dan Dia yang teramat mulia dari apa yang kamu sekutukan Dia dengannya.
10:19 Dan tidaklah manusia itu melainkan ummat yang satu malahan mereka pertikaikanya dan jika tidak kerana kalimah yang terdahulu dari Pemelihara kamu pasti ditakdirkan diantara mereka atas apa yang telah mereka pertikaikan.
10:20 Malahan mereka berkata mengapa tidak diturunkan tanda-ayat dari Pemelihara kamu maka katakan yang ghaib dari Allah maka tunggu sesungguhnya aku bersama kamu orang yang menunggu.
bsmbg..
smbg..
ReplyDelete10:21 Dan apabila Kami merasakan kerahmatan keatas manusia setelah penderitaan menimpa mereka kemudianya mereka merancang muslihat keatas ayat-ayat Kami malahan Allah pantas merancang muslihatnya dan pastinya rasul Kami mencatat apa yang kamu telah muslihatkan.
10:22 Dia yang menggerakan kamu didaratan dan dilautan ketika belayar didalam kapal dengan tiupan angin yang baik dan ketika mereka dalam kegembiraan lalu didatangkan angin kencang dan gelombang tsunami/-lmauju dari setiap sudut dan mereka terperangkap didalamnya maka mereka bersegera berdoa kepada Allah dengan seiklasnya dan mereka mengakui -ddiina dan berkata jika Kamu selamatkan kami dari bencana ini pasti kami menjadi orang yang berterima kasih.
10:23 Setelah Kami selamatkan mereka tiba-tiba mereka angkuh dibumi tanpa hak maka Dia berkata wahai manusia keangkuhan dan kesenangan duniawi hanya bagi dirimu malahan kepada Kami tempat kembalimu pasti dikhabarkan kepadamu apa yang telah kamu lakukan.
10:24 Perumpamaan kehidupan duniawi adalah seperti air yang turun dari langit apabila diresapi bumi dianya dapat menyuburkan tumbuhan yang menghasilkan buah-buahan dan menjadikan makanan bagi manusia dan ternakanya dan apabila bumi kelihatan indah dengan perhiasanya maka penduduknya berprasangka mereka yang telah mengusahakanya maka didatangkan perintah Kami pada malamnya atau disiangnya dan Kami jadikan ladang mereka seperti dituai semalam atau seakan tidak pernah tumbuh apa-apa sebelumnya demikianlah Kami menjelaskan tanda-ayatnya bagi mereka yang telah merenungkanya/yatafakkaruuna.
10:25 Malahan Allah menyeru kepada kedamaian/-ssalaami dan Dia memberi petunjuk kepada jalan yang lurus bagi sesiapa yang dikehendaki.
10:26 Dan bagi orang yang terbaik amalanya pasti ditambah kebaikan baginya dan mereka tidak dilitupi kemurungan dan kehinaan maka mereka itulah penghuni syurga dan mereka berkekalan didalamnya.
10:27 Dan orang yang berusaha kepada kejahatan pasti balasanya kejahatan yang serupa dan mereka dilitupi kehinaan dan tiada perlindungan dari Allah dan kemurungan meliputi wajah mereka maka mereka itulah penghuni api dan mereka berkekalan didalamnya.
10:28 Dan pada hari Kami himpunkan mereka semua maka Kami katakan kepada orang yang sekutu, tempat kamu adalah bersama sekutu kamu dan apabila Kami asingkan mereka maka berkata sekutu mereka, malahan kamu tidak pernah berkhidmat kepada kami.
10:29 Maka cukuplah hanya Allah menjadi saksi diantara kami dan kamu bahawa dahulunya kami lalai dari berkhidmat seperti kamu.
10:30 Disanalah terbukti setiap jiwa atas apa yang telah diusahakan ketika mereka dikembalikan kepada Allah, Pemelihara kamu yang sebenar maka hilanglah segala apa yang mereka adakan sebelumnya.
bsmbg..
smbg,
ReplyDelete10:31 Katakan siapa yang memberi rezeki kepadamu dilangit dan dibumi dan siapa yang memberikan pendengaran dan penglihatan dan siapa yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan yang mati dari yang hidup dan siapa yang mentadbir segala perintah maka mereka berkata Allah dan katakan mengapa kamu tidak prihatin hanya kepada Dia.
10:32 Demikianlah Allah, Pemelihara kamu yang sebenar maka tiada sesudah kebenaran melainkan kesesatan maka bagaimana kamu diselewengkan.
10:33 Demikianlah kebenarnya kalimah Pemeliharamu keatas orang yang fasik sesungguhnya mereka itu tidak amanah.
10:34 Katakan apakah sekutu kamu yang mengasaskan penciptaan kemudian dikembalikan maka katakan hanya Allah pengasas segala penciptaan kemudian dikembalikan maka bagaimana kamu dipalingkan.
10:35 Apakah sekutu kamu yang memberi petunjuk kepada kebenaran maka katakan tidak! hanya Allah yang memberi petunjuk kepada kebenaran malahan orang yang diberi petunjuk kepada kebenaran lebih berhak diikuti maka bagaimana kamu membuat keputusan.
10:36 Dan kebanyakan dari mereka tidak mengikuti melainkan prasangka malahan prasangka tidak dapat mengatasi kebenaran sedikit pun dan hanya Allah yang mengetahui apa yang telah mereka lakukan.
10:37 Dan tidaklah bagi -lqur-aanu ini diadakan selain dari Allah dan telah disahkan kebenaranya dan dianya sebuah kitab yang jelas dan terperinci dan tiada keraguan didalamnya dan pasti dianya datang dari Pemelihara ilmu diseluruh alamnya.
10:38 Atau mereka mengatakan yang dia telah mengadakanya maka katakan datangkan suatu surah seumpamanya dan serulah sesiapa yang kamu sanggup selain Allah jika kamu berkata benar.
10:39 Malahan mereka mendustakanya tanpa ilmu dan mereka tidak meneliti kebenaran tafsiranya yang orang sebelum mereka telah mendustakanya maka perhatikan pembalasan bagi orang yang zalim.
10:40 Dan dikalangan mereka ada yang amanah dan ada yang tidak malahan Pemelihara kamu pasti mengetahui siapa yang fasik.
10:41 Dan jika mereka mendustakan kamu maka katakan bagiku amalanku dan bagi kamu amalan kamu dan kamu berlepas diri dari apa yang aku lakukan dan aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan.
10:42 Dan dari mereka ada yang mendengar kamu maka adakah kamu hendak menjadikan sipekak mendengar sedangkan mereka tidak memahaminya.
10:43 Dan diantara mereka melihat kamu maka adakah kamu hendak memberi petunjuk kepada orang ‘buta’ walaupun mereka tidak melihat.
10:44 Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikit pun akan tetapi manusia yang menzalimi diri mereka sendiri.
10:45 Dan pada hari dihimpunkan mereka kesemuanya mereka merasakan seakan belum pernah tinggal melainkan sesaat dari siangnya dan belum pun sempat mengenali diantara satu dengan yang lain sesungguhnya sangat merugikan orang yang mendustakan pertemuan dengan Allah malahan mereka darinya orang yang tidak mendapat petunjuk.
bsmbg..
smbg,
ReplyDelete10:46 Walaupun Kami telah perlihatkan kepadamu sebahagian dari apa yang dijanjikan kepada mereka atau Kami wafatkan kamu pastinya kepada Kami tempat mereka kembali kemudian Allah yang menjadi saksi keatas apa yang telah mereka lakukan.
10:47 Dan bagi setiap ummat diadakan rasul dan apabila datangnya rasul, mereka diadili dengan seadilnya dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.
10:48 Dan mereka berkata bilakah janjinya akan dilaksanakan jika kamu orang yang benar.
10:49 Katakan aku tiada kuasa memudaratkan atau memanfaatkan diriku melainkan dikehendaki Allah dan setiap ummat apabila datang ajalnya maka tidak diundurkan atau didahulukan walaupun sedetik darinya.
10:50 Berkata apakah pandanganmu jika datang azabnya pada malam atau siangnya maka adakah orang yang berdosa meminta disegerakan.
10:51 Kemudian apabila dianya terjadi adakah kamu amanah dengannya sedangkan kamu yang meminta disegerakan kedatanganya.
10:52 Maka katakan kepada orang yang zalim rasakan azab yang berkekalan sebagai balasan atas apa yang telah kamu usahakan.
10:53 Sudahkah mereka mengistiharkan kepadamu dianya yang sebenar katakan ya! benar demi Pemeliharaku pasti benar maka tidaklah kamu dengannya menjadi orang yang kecewa.
10:54 Maka setiap jiwa yang melakukan kezaliman keatas apa yang dibumi pasti ditebus/laftadat dengannya dan mereka merahsiakan penyesalan mereka apabila melihat azabnya maka mereka diadili dengan seadilnya dan mereka tidak dizalimi sedikit pun.
10:55 Ingatlah Allah memiliki segala apa yang dilangit dan dibumi dan janji Allah pasti benar malahan kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.
10:56 Dia yang menghidupkan dan mematikan dan kepada Dia kamu kembali.
10:57 Wahai manusia pastinya telah datang kepada kamu amaran dari Pemelihara kamu sebagai rawatan/syifaa-un bagi apa yang didalam dada kamu dan petunjuk dan rahmat bagi orang yang amanah.
10:58 Katakan hanya dengan pengurnian dan rahmat dari Allah pasti kamu bergembira dengannya malahan dianya lebih utama dari apa yang mereka kumpulkan.
10:59 Katakan apakah pandangan kamu dengan apa yang diturunkan Allah sebagai rezeki sedangkan kamu mengatakan yang itu haram dan yang ini halal maka katakan apakah Allah memberi izin kepada kamu atau kamu yang mengadakan dusta terhadap Allah.
10:60 Dan apakah jangkaan orang yang mengadakan dusta terhadap Allah pada hari kebangkitanya sedangkan Allah menyediakan kurniaanya bagi sekelian manusia malahan kebanyakan mereka tidak berterima kasih.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete10:61 Dan tidak kamu dapati sesuatu urusan atau membaca qur-aanin dan melakukan amalan melainkan Kami yang menjadi saksinya malahan Pemeliharamu tidak melupai sesuatu walaupun dianya seberat zarah dilangit atau dibumi waima halus atau besar pasti dicatatkanya.
10:62 Ingatlah! Sesungguhnya auliyaa-a Allah tiada ketakutan dan tiada kesedihan bagi mereka sedikit pun.
10:63 Dan orang yang amanah malahan mereka itulah orang yang prihatin.
10:64 Bagi mereka khabar gembira didalam kehidupan duniawi dan diakhirat malahan tiada perubahan atas kalimah Allah itulah kejayaan agung.
10:65 Dan jangan kamu merasa sedih akan ucapan mereka malahan segala kemulian milik Allah dan Dia yang Mendengar yang Mengetahui.
10:66 Ingatlah! milik Allah segala yang dilangit dan dibumi malahan tidak termasuk orang yang menyeru selain Allah dan mereka yang sekutu tidak mengikuti melainkan prasangka dan agakkan semata-mata.
10:67 Dia yang menjadikan malam bagimu beristirehat dan siang yang terang demikian itulah tanda-ayat bagi kaum yang mendengar.
10:68 Mereka berkata Allah mengambil anak malahan Dia disanjung dan Dia yang terkaya dan Dia memiliki segala apa yang dilangit dan dibumi sedangkan kamu tidak punyai apa-apa kuasa maka apakah kamu berkata terhadap Allah apa yang kamu tiada pengetahuan dengannya.
10:69 Katakan orang yang mengadakan dusta terhadap Allah tidak berjaya.
10:70 Walaupun dengan nikmat kesenangan duniawi pasti kepada Kami tempat kembali mereka maka Kami rasakan azab yang dahsyat keatas apa yang telah mereka mengingkarinya.
10:71 Dan bacakan kepada mereka berita nuuhin ketika dia berkata kepada kaumnya wahai kaumku jika keberatan bagimu kedudukanku dan peringatanku dari ayat-ayat Allah maka kepada Allah aku pasrah maka himpunkan perintahmu dan sekutumu dan jangan perintahmu itu meragukan dan kemukakan kepadaku dan jangan kamu tangguhkan.
10:72 Jika kamu berpaling maka aku tidak meminta upah darimu malahan upahku dari Allah dan aku diperintahkan menjadi -lmuslimiina.
10:73 Malahan mereka telah mendustakanya maka Kami selamatkan dia dan sesiapa bersamanya kedalam kapal dan Kami jadikan mereka kalifah dan Kami tenggelamkan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami maka perhatikan akibat pembalasan keatas orang yang diberi amaran.
10:74 Kemudian Kami utuskan beberapa rasul sesudahnya dan mereka datang dengan keterangan jelas namun tidaklah mereka amanah dengannya melainkan mereka mendustakanya sejak dahulu maka Kami sita hati mereka jadilah mereka darinya orang yang -lmu’tadiina.
10:75 Kemudian Kami utuskan sesudah mereka muusaa dan haaruuna kepada fir’auna dan pembesarnya dengan ayat-ayat Kami malahan mereka takbur dengannya maka mereka itulah kaum yang berdosa.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete10:76 Dan apabila datang kepada mereka yang benar dari Kami mereka berkata ini pastinya sihir yang nyata.
10:77 Berkata muusaa apakah kamu katakan sihir kepada perkara yang benar setelah dianya datang kepadamu maka tiada kejayaan bagi ahli sihir.
10:78 Mereka berkata apakah kamu datang kepada kami untuk memalingkan kami dari amalan moyang kami terdahulu dan adakah kamu pembesar bumi ini maka tidaklah kami akan amanah dengan kamu berdua.
10:79 Dan fir’aunu berkata datangkan kepadaku semua ahli sihir yang mahir.
10:80 Ketika datang ahli sihir yang mahir, muusaa berkata lemparkan apa yang kamu ingin lemparkan.
10:81 Dan setelah mereka melemparkanya muusaa berkata apa yang kamu datangkan adalah sihir dan pasti Allah batalkanya dan Allah tidak membiarkan terhasil amalan orang yang fasik.
10:82 Malahan Allah membenarkan hanya yang benar dari kalimah Dia walaupun dianya sangat dibenci oleh orang yang berdosa.
10:83 Maka tiada yang amanah kepada muusaa melainkan keturunan dari kaumnya yang takutkan fir’auna dan pembesarnya yang menindas mereka dan fir’auna berleluasa dibumi dan dia dari golongan fasik.
10:84 Dan muusaa berkata wahai kaumku jika kamu amanah kepada Allah maka pasrahlah kepada Dia jika kamu muslimiina.
10:85 Maka mereka berkata kami pasrah kepada Allah, Pemelihara kami janganlah Kamu jadikan kami bahan-tindasan kaum yang zalim.
10:86 Dan selamatkan kami dengan rahmatMu dari kaum yang tidak percaya.
10:87 Maka Kami ilhamkan muusaa dan saudaranya supaya tempatkan kaum mereka dimishra dan jadikan rumah kamu kiblat dan laksanakan kewajipanmu dan sebarkan berita ini kepada orang yang amanah.
10:88 Dan muusaa berkata Pemelihara kami! Kamu berikan fir’auna dan pembesarnya perhiasan dan kekayaan duniawi yang menjadikan kaumnya sesat dari jalan Kamu maka musnahkan kekayanya dan sita hati mereka sehingga mereka melihat azab Kamu yang dahsyat.
10:89 Berkata pasti diperkenankan doamu dan diteguhkan kamu berdua maka jangan kamu mengikuti jalan orang yang tidak mengetahui.
10:90 Dan Kami seberangkan banii israa-iila dilautan ketika mereka diekori fir’aunu dan angkatanya yang angkuh dan bengis dan apabila dia hampir tenggelam dia berkata “aku percaya bahawasanya tiada tuhan melainkan Dia” Tuhan yang banii israa-iila amanah kepada Dia dan aku darinya muslimina.
bsmbg,
Salam
DeleteBoleh Ashwed beri pendapat tentang ayat 10:88-90? Jika tak keberatan.
Jika ikutkan tafsiran lama ayat 10:89, Allah telah memperkenankan doa Musa supaya diazabkan Firaun dan pembesarnya dengan menghapuskan kemewahan mereka dan menyita hati mereka. Di sini nampak dibolehkan untuk berdoa untuk keburukan orang lain.
Tapi untuk terjemahan Anon, seperti Ashwed telah jelaskan doa adalah seru. Adakah ayat 10:89 Allah melarang meminta balasan kecelakaan pada orang yang telah menzalimi(senang cakap kita berfikiran negatif, menilai dan meletak hukum yang kita tiada hak dan pengetahuan yang tepat.). Ayat itu (10:89)nampak seperti menyatakan supaya yakin dengan Allah dan jangan mengikuti jalan orang yang tidak mengetahui. Pendek kata kita tiada hak untuk menghukum atau menilai usaha orang lain. Hanya Allah sebaik2 penghitung. Kita hanya boleh beri peringatan tanpa paksaan.-ini soalan dan pendapat saya-
smbg,
ReplyDelete10:91 Apakah baru sekarang! yang pasti kamu telah mendurhakai Dia sejak dahulu malahan kamulah sebenarnya orang yang fasik.
10:92 Maka pada hari ini Kami awetkan badan kamu bagi dijadikan tanda-ayat bagi kaum selepas kamu dan kebanyakan dari manusia dengan ayat-ayat Kami mereka lalai.
10:93 Dan pastinya Kami menempatkan banii israa-iila ditempat yang sebenar dan Kami menrezekikan mereka dari apa yang terbaik malahan mereka tidak pertikaikan sehingga datang kepada mereka ilmu pengetahuan malahan Pemeliharamu yang menetapkan ketetapan keatas mereka pada hari kebangkitan mereka dengan apa yang telah mereka mempertikaikanya.
10:94 Jika kamu mensyaki apa yang Kami turunkan maka tanyalah orang yang telah membaca kitabnya sebelum kamu pasti telah datang kepada mereka yang sebenar dari Pemeliharamu maka jangan kamu menjadi orang yang dalam keraguan.
10:95 Dan jangan kamu menjadi orang yang mendustakan ayat-ayat Allah jika demikian jadilah kamu orang yang rugi.
10:96 Sesungguhnya orang yang Pemeliharanya menetapkan kalimahnya keatas mereka pasti mereka tidak amanah dengannya.
10:97 Walaupun telah datang kepada mereka setiap ayat atau sehingga mereka melihat azab yang dahsyat.
10:98 Maka mengapa tidak sesuatu khariah yang amanah, Kami berikan manfaat atas keamanahan mereka melainkan kaum yuunusa setelah mereka amanah dan Kami hilangkan penderitaan dari kehinaan duniawi dan Kami berikan kesenangan kepada suatu tempoh yang ditetapkan.
10:99 Dan jika dikehendaki Pemelihara kamu pasti dijadikan sekelian mahluk dibumi amanah maka apakah kamu hendak memaksa sekelian manusia menjadi amanah.
10:100 Dan tiada suatu jiwa akan amanah kecuali diizinkan Allah maka dijadikan najis keatas sesiapa yang tidak mengunakan akalnya.
10:101 Perhatikan apa yang dilangit dan dibumi dan tidak memberi kelebihan dari tanda-ayatnya dan amaranya bagi kaum yang tidak amanah.
10:102 Maka apakah yang mereka tunggu melainkan misalan hari orang terdahulu sebelum mereka maka katakan tunggulah aku juga bersama kamu orang yang menunggu.
10:103 Kemudian Kami selamatkan rasul Kami dan orang yang amanah dianya kemestian bagi Kami menyelamatkan orang yang amanah.
10:104 Katakan wahai manusia jika kamu berprasangka dengan diinii maka aku tidak berkhidmat kepada apa yang kamu berkhidmat selain Allah malahan aku hanya berkhidmat kepada Allah yang mewafatkan aku dan kamu dan aku diperintahkan menjadi orang yang amanah.
10:105 Dan aku menghadapkan wajahku kepada diini dengan ikhlas dan setia maka jangan kamu menjadi orang yang sekutu.
10:106 Dan jangan kamu berkhidmat selain Allah yang tidak dapat memberi manfaat atau mudharat jika demikian kamu darinya orang yang zalim.
10:107 Jika Allah menimpakan penderitaan tiada siapa dapat hilangkanya melainkan Dia dan jika dikehendaki kebaikan maka tidak sesiapa dapat menghalang pemberian Dia dan diberikan kepada sesiapa dikehendaki malahan Dia yang Pengampun yang Penyayang.
10:108 Katakan wahai manusia pasti telah datang kepadamu yang benar dari Pemeliharamu maka siapa mendapat petunjuk dianya bagi dirinya dan siapa sesat dia menyesatkan dirinya dan aku bukanlah wakil mereka.
10:109 Dan ikuti apa yang diilhamkan kepadamu dan bersabarlah sehingga Allah berikan keputusanya malahan Dia hakim yang terutama.
Sekian hayatilah dgn hati n fikiran terbuka, Salaaam.