Thursday, 15 December 2016

Maulid Nabi

Kedamaian Untuk Semua,



Baru-baru ini masyarakat kita menyambut hari kelahiran Nabi Terakhir.

Di kalangan kita, malah sewaktu kecil saya juga tidak terkecuali mempercayai bahawa manusia yang seorang ini mempunyai kuasa sakti untuk menyembuh dan berupaya menjadikan impian seseorang menjadi kenyataan.

Maka kita pun di sarankan sebelum meminum air jampian supaya berselawat dahulu sebanyak 3 kali. Kenapa 3 kali saya pun tidak dapat memberi jawapan ? 

Saya kira, ramai yang pernah menipu membaca lebih dari 3 kali dengan harapan supaya lekas sembuh.


Perkara ini di kenali secara am sebagai SYAFAAT.

Ramai mempercayai bahawa Nabi Terakhir ini mempunyai Syafaat yang di antara lain berupaya membuat dealing dengan Tuhan untuk memasukkan seseorang ke dalam Svarga.

Ia seolah-olah seperti sistem kroni atau sistem DEB yang diperluas ke Padang Mahsyar di mana dengan merasuah Nabi Terakhir ini dengan ucapan "salawat" beribu-ribu kali maka, walaupun akhlak kita tidak melayakkan kita memasukki Svarga tetapi kerana kuasa salawat ini Tuhan dengan rela hati menutup sebelah mata lalu melupakan segala kesalahan kita.


Kepercayaan ini bukan main-main.

Saya menyaksikan sendiri bagaimana mereka yang berkemampuan berfikir pada aras tinggi seperti Peguam, Doktor dan ahli profesional lain sangat mempercaya hal ini.

Tidak ketinggalan mereka yang mempunyai pengaruh di dalam masyarakat seperti Tan Sri-Tan Sri, Dato Sri-Dato Sri, ahli perniagaan yang berjaya, ahli politik yang berjaya masih mempercayai dan menaruh harapan yang besar kepada hal ini.

Mari kita membuat sedikit analisa terhadap Hadis seperti di bawah.

Bagi saya "Ilmu Hadis" mempunyai nilai sejarah yang tinggi kerana dengannya kita boleh mengenali bagaimana masyarakat di zaman silam berfikir.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Allah akan menghimpunkan sekalian manusia pada hari qiamat, maka dengan sebab dahsyatnya keadaan di situ, mereka merasa berat dan resah gelisah lalu mereka diilhamkan jalan untuk melepaskan diri dari yang demikian. Mereka pun berkata sesama sendiri: "Bukankah elok kalau kita mencari orang yang dapat mengemukakan syafaat kepada Tuhan kita supaya Tuhan melepaskan kita dari penderitaan tempat ini?" Nabi bersabda: "Setelah itu, mereka pun pergi menemui Nabi Adam, serta berkata: Engkau ialah bapa sekalian manusia, Allah telah menciptakanmu dengan kekuasaanNya dan meniupkan padamu dan roh-Nya, serta ia memerintahkan Malaikat sujud kepadamu; tolonglah kemukakan syafaat kepada Tuhamu untuk kami supaya ia melepaskan kami dari penderitaan tempat ini". Mendengarkan yang demikian, Nabi Adam berkata: "Aku bukanlah orang yang berpangkat boleh menunaikan maksud kamu", (dan pada satu riwayat, Nabi Adam berkata: "Aku bukanlah orang yang layak untuk itu), serta ia menyebut salah silapnya yang pernah dilakukan, dengan sebab itu ia merasa malu kepada Tuhannya; tetapi, kata Nabi Adam: "Pergilah kamu menemui Nabi Noh, Rasul yang pertama yang telah diutus oleh Allah Taala'."Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Setelah itu mereka pun pergi menemui Nabi Noh, maka Nabi Noh menjawab dengan katanya: "Aku bukanlah orang yang berpangkat boleh menunaikan maksud kamu itu", (pada satu riwayat, Nabi Noh berkata: "Aku bukanlah orang yang layak untuk itu"), serta ia menyebut salah-silapnya yang pernah dilakukan, dengan sebab itu ia merasa malu kepada Tuhannya: Tetapi, kata Nabi Noh, "Pergilah kamu menemui Nabi Ibrahim yang Allah telah jadikan dia orang yang berdamping di sisi-Nya." Nabi bersabda: "Setelah itu   pergi menemui Nabi Ibrahim a.s., maka Nabi Ibrahim menjawab dengan katanya: "Aku bukanlah orang yang berpangkat boleh menunaikan maksud kamu itu, (dan pada satu riwayat: Nabi Ibrahim berkata: "Aku bukanlah orang yang layak untuk itu"), serta ia menyebut salah silapnya yang pernah dilakukan, dengan sebab itu ia merasa malu kepada Tuhannya; Tetapi, kata Nabi Ibrahim: "Pergilah kamu menemui Nabi Musa a.s., yang Allah berkata-kata dengannya serta memberikannya kitab Taurat. " Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Setelah itu mereka pun pergi menemui Nabi Musa a.s., maka Nabi Musa menjawab dengan katanya: "Aku bukanlah orang yang berpangkat boleh menunaikan maksud kamu itu, (dan pada satu riwayat: Nabi Musa berkata: Aku bukanlah orang yang layak untuk itu), serta ia menyebut salah silapnya yang pernah dilakukan, dengan sebab itu ia merasa malu kepada Tuhannya, Tetapi, kata Nabi Musa: "Pergilah kamu menemui Nabi Isa a.s., Roh Allah dan kalimah-Nya." Nabi bersabda: "Setelah itu mereka pun pergi menemui Nabi Isa Roh Allah dan kalimah-Nya, maka Nabi Isa menjawab dengan katanya: "Aku bukanlah orang yang berpangkat boleh menunaikan maksud kamu itu", (dan pada satu riwayat: Nabi Isa berkata: "Aku bukanlah orang yang layak untuk itu"), Tetapi kata Nabi Isa, "Pergilah kamu menemui Nabi Muhammad shollallahu 'alaihi wasallam, seorang hamba Allah yang telah diampunkan salah silapnya yang terdahulu dan yang terkemudian." Kata rawi: Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Setelah itu mereka pun datang menemuiku, aku pun memohon izin mengadap Tuhanku, lalu diizinkan"; (dan pada satu riwayat: Baginda bersabda: "Setelah itu mereka datang menemuiku, aku pun berkata: "Akulah orang yang layak untuk itu, akulah orang yang layak untuk itu" maka aku pun pergi serta memohon izin mengadap Tuhanku, lalu diizinkan), maka apabila aku mengadap-Nya, aku merebahkan diri sujud, lalu dibiarkan-Nya aku sujud seberapa lama yang Allah kehendaki, kemudian diserukan daku: Wahai Muhammad! angkatlah kepalamu, dan berkatalah apa sahaja hajatmu supaya diperkenankan, mintalah supaya diberikan, dan kemukakan syafaat supaya dikabulkan syafaatmu; maka aku pun mengangkat kepalaku serta memuji Tuhanku dengan Puji-pujian yang diajarkan kepada aku oleh Tuhanku `Azza wa Jalla; kemudian aku kemukakan syafaatku;" (dan pada satu riwayat: Baginda bersabda: "Lalu diizinkan daku mengadapnya, maka aku pun berdiri mengadapnya serta memujinya dengan puji-pujian yang aku tidak dapat menyebutnya sekarang, yang Allah mengilhamkannya kepadaku, kemudian aku menumuskan muka sujud kepadanya hingga aku diseru: "Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu dan berkatalah apa sahaja nescaya diperkenankan, mintalah supaya diberikan dan kemukakanlah syafaat supaya dikabulkan syafaatmu; Maka aku pun merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Kasihanilah umatku! Kasihanilah umatku!), (dan pada satu riwayat lagi: Baginda bersabda: "Maka aku pun mengangkat kepalaku serta memohon dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Segerakanlah apalah kiranya, perbicaraan hitungan amal khalayak yang ramai ini. (Al-Jama'ah).

Dari Hadis yang diriwayatkan di atas apakah kesimpulan yang boleh kita buat ?

Bagi saya perkara pertama yang boleh di simpulkan ialah tiada perbezaan yang ketara di antara mereka yang hidup di zaman lampau dengan masa sekarang.

Kita masih merasakan bahawa pangkat atau kedudukan seseorang di dalam masyarakat adalah suatu hal yang boleh melepaskan kita dari kesusahan.

Perkara kedua ialah manusia memang mudah terpesona dengan cerita yang mempunyai unsur-unsur kesaktian. Maka tidak hairanlah filem-filem yang mempunyai unsur sebegini mudah mendapat jualan box-office.


NEO .. watak yang berupaya melihat dunia ini sebagai fana.
Hero yang boleh menyelamatkan manusia dari alam imaginasi.

Yang ketiga manusia dari dahulu sehingga sekarang mempercayai bahawa Tuhan adalah suatu entiti sepertinya yang boleh bertutur, memerlukan penghormatan dan penyembahan manusia seperti seorang Raja dan boleh dipengaruhi dengan kata-kata seperti resamnya manusia.

Yang keempat, manusia sememangnya mempunyai imaginasi tiada sempadan. Di dalam Hadis di atas ia adalah berkenaan dengan perkara yang berbentuk masa hadapan kerana seperti yang kita ketahui Hari Kebinasaan yang mereka ceritakan itu masih belum terjadi.

Namun, si penulisnya tanpa sedikit pun rasa bersalah mengolah ayat-ayat beliau seperti beliau berada di sana. Di masa hadapan.

BENARKAH NABI TERAKHIR MEMPUNYAI SYAFAAT SEPERTI YANG DI DAKWA

Jika baginda sendiri pernah memberitahu bahawa nasib baginda sendiri pun tidak dia ketahui. Masakan pula baginda mempunyai kuasa sakti melepaskan orang lain dari azab.

Bagi saya, apa yang cuba di capai oleh pembesar agama dengan kepercayaan ini ialah supaya ia dapat memberi kelebihan kepada Nabi Terakhir jika di bandingkan dengan Nabi-Nabi lain yang menjadi pujaan agama dan kepercayaan orang lain.

Dalam kata lain ia adalah suatu bentuk promosi supaya semakin ramai manusia memasuki sebuah jenis agama dan meninggalkan jenis agama yang lain.

Jika Nabi Musa dapat membelah laut, Nabi Isa boleh menghidupkan manusia yang mati maka Nabi yang menjadi ikon agama pilihan mereka perlu punyai kuasa sakti yang melebihi Nabi-Nabi lain.

Ia juga supaya manusia-manusia yang menjadi target mereka mendapat isyarat bahawa jika mereka memasuki agama pembesar ini maka mereka sebenarnya sedang berurusan dengan "The Man". Orang kanan tuhan, kekasihNya.

Mungkin idea ini datang setelah melihat pembesar agama lain membuat cerita Nabi pilihan mereka adalah anak kesayangan tuhan, maka mereka mesti up cerita.

Di tangan para pembesar agama ini, kini tuhan mempunyai dilema untuk memilih di antara anakNya dengan kekasihNya.

Yang peliknya, Nabi Terakhir sudahpun menjelaskan mengenai perkara ini. Namun, ia masih tidak cukup untuk membuat para pembesar agama untuk mempercayainya;

A044

"Katakanlah : Hanya kepunyaan Allah Syafaat itu semuanya. KepunyaanNya kerajaan langit dan bumi. Kemudian kepadaNyalah kamu dikembalikan" AQ 39:44

Kemudian, Al Quran mengingatkan lagi kepada mereka yang masih mahu mempercayai yang sebaliknya. Iaitu bahawa Nabi Terakhir mempunyai kuasa setanding Tuhan dengan boleh memberi Syafaat bahawa ;



A018
"Dan mereka menyembah yang lain dari Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan mudarat kepada mereka dan tidak dapat mendatangkan manfaat kepada mereka dan mereka pula berkata: "Mereka ialah pemberi-pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah". Katakanlah : "Adakah kamu hendak memberitahu kepada Allah akan apa yang Ia tidak mengetahui adanya di langit dan di bumi ?. Maha Suci Allah dan tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan." AQ 10:18


KESIMPULAN

Peringatkanlah kepada sanak-saudara, rakan taulan dan sesiapa sahaja yang masih berterusan menyeru manusia lain seolah-olah manusia ini mempunyai saham di dalam penciptaan langit dan bumi dengan keterangan ini ;


A073
 A074

“Wahai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walau mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah. Mereka tidak mengenal (keagungan) Allah dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” AQ 22:73-74


A040 

"Katakanlah: “Terangkanlah kepada-Ku tentang sekutu-sekutumu yang kamu seru selain Allah.  Perlihatkanlah kepada-Ku bahagian manakah dari bumi ini yang telah mereka ciptakan ataukah mereka mempunyai saham dalam penciptaan langit atau adakah Kami memberi kepada mereka sebuah Kitab sehingga mereka mendapat keterangan-keterangan yang jelas daripadanya? Sebenarnya orang-orang yang lalim itu sebahagian dari mereka tidak menjanjikan kepada sebahagian yang lain, melainkan tipuan belaka” AQ 31:40

Jika kita mahu menyambut hari lahir seseorang, sambutlah ia sesuai dengan keadaan beliau iaitu sebagai seorang MANUSIA, seperti diri kita.
 
Ashwed









6 comments:

  1. Salam,

    Semalam saya dijemput ke Country Homes Rawang tgk 'koleksi' barangan Rasulullah. Masuk percuma tapi x boleh ambik gmbr.

    Sebelum masuk, ada seorang ostard beri ckit taklimat tentang keperluan cinta kita pada rasul dan buatkan pengunjung berasa istimewa seolah olah dipilih Allah mendapatkan barokah melalui barangan2 ini spt tongkat, busar panah, tanah makam nabi, darah bekam, rambut dan cop mohor.

    Masuk percuma tp 5 minit sahaja utk setiap kumpulan. Mereka ni semua orang baik. Di pintu keluar ada tabung lutsinar. Saya lihat byk duit not merah, hijau, hijau pekat dan ungu.

    Saya masukkan RM10. Layan je la. Mereka ni semua orang baik dan x lakukan kekerasan fizikal pada manusia lain.

    Bayangkan kalau satu hari nanti Tabot Perjanjian ditemui agak2 apa akan jadi pada penganut tiga agama 'Islam', Kristian dan Judaism?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bkn ke dlm quran sebut al.rasul tu manusia biasa je, mcm mana plk dia tau pak mat byk selawat dan pak abu kurang selawat? Lebai jwb tuhan yg akn bagi jumlahnya....Laa...depa ingat tuhan tu auditor dan secretary nabi ka??? Ya Allah....

      Delete
  2. saya suka ayat ni...

    "...walaupun akhlak kita tidak melayakkan kita memasukki Svarga tetapi kerana kuasa salawat ini Tuhan dengan rela hati menutup sebelah mata lalu melupakan segala kesalahan kita."

    ReplyDelete
  3. Tahniah saudara ashwed..you're back with your best.
    Cerita politik tentang si 'anu' (cerita la mcm mane pun org da menyampah dgn dia) tu jauhkanlah..

    Utk artikel kali ini..ianya sangat merangsang dan bernas..tahniah sekali lagi

    ReplyDelete
  4. Ingat lagi dulu time sekolah agama rakyat, ustaz dok mengajar cerita pasal akhirat. Dia cerita, buat amal dan dapat pahala, pahala nanti boleh tebus dekat akhirat. Kalau cukup kumpul pahala, boleh masuk syurga.

    kalau nak pi syurga, kena lintas titian siratulmustaqim. lebar titian ni cuma 1/7 bahagian seutas rambut. Panjangnya 500 tahun mendaki, 500 tahun mendatar, 500 tahun menurun. Jauh nya 1500 tahun.

    Kalau lalu titian tu, jatuh terus masuk neraka yang ada di bawah dia. Siapa yang amal tak cukup tengah jalan boleh jatuh. Maklumlah saiz dia kan halus. Sahabat sahabat nabi lalu sepantas kilat terus sampai depan pintu syurga.

    Dulu mati-mati aku percaya. Sekarang baru aku sedar cerita ni dah macam kisah Goku dalam komik Dragonball. Hampeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni mcm myth santa claus lar bro. If u behave, u get goodies at year end. Tapi yg kesiannya org kita percaya benda santa ni sampai ke tua ! Ni lar bila malas kaji quran n sub.con quran kpd holymen

      Delete