Kedamaian Untuk Semua,
Kemaafan kerana lama tidak menulis.
Saya baru kembali ke tanahair setelah sekian lama berada di negara asing. Lebih tepat lagi, tanah besar China.
Banyak peristiwa menarik berlaku sepanjang saya berada di sana, mungkin jika ada kesempatan saya akan coretkan di sini.
Sepanjang saya di sana, saya berkesempatan berkongsi bilik dengan seorang doktor falsafah merangkap pensyarah dari sebuah Universiti di Malaysia.
Banyak perkara yang kami bincangkan termasuk bab agama.
Apa yang paling membuatkan saya ingat kepada rakan sebilik saya ini ialah pendapat beliau mengenai hal politik.
Beliau benar-benar merasa kecewa melihat orang-orang kita yang mempolitikkan setiap hal dan isu. Perkara ini menjadikan negara kita lambat mengecapi kemajuan.
Beliau mengambil contoh negara China.
Oleh kerana mereka tiada pilihanraya maka dalam tempoh 30 tahun dari tarikh mereka membuka ekonomi sistem komunis menjadi semi-kapitalis, rakyat hanya mengikuti pelan Kerajaan China tanpa mempolitikannya. Ia terbukti membawa kejayaan yang sangat besar.
Politik hanya berlaku di dalam Parti sahaja bukan di galeri awam.
Beliau menyimpan impian jikalah sekiranya Malaysia dapat membuat satu Undang-Undang di mana politik hanya boleh dimainkan sewaktu kempen pilihanraya sahaja.
Malaysia berkemungkinan menjadi lebih baik daripada sekarang.
Namun begitu, ini bukanlah isikandung artikel saya kali ini.
Sebenarnya, kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman peribadi keluarga saya.
Menyedari saya akan meninggalkan anak-anak saya pada kadar yang agak lama maka saya memikirkan cara untuk memberi mereka pengetahuan sepanjang tempoh saya tiada bersama mereka.
Akhirnya, saya memutuskan untuk mengajar mereka yang masih bersekolah rendah ini mengenai nilai-nilai "solat" melalui satu eksperimen ringkas dengan mengumpul data melalui sebuah jurnal.
Projek Menanam Sayur
Eksperimen bermula dengan saya mengajak mereka membeli biji benih sayur-sayuran dari jenis yang mereka pilih sendiri.
Mereka memilih untuk membeli biji benih cili, bendi, ketumbar dan saya sendiri memilih kacang panjang.
Kami juga membeli beberapa kampit tanah, sedikit baja serta beberapa biji pasu. Sementara Mama mereka pula membeli beberapa pasu sayuran dan herba yang sudah membesar untuk memudahkan beliau petik apabila mahu memasak.
Sampai sahaja di rumah, saya meminta anak-anak saya membawa seorang sebuah buku catatan untuk dijadikan jurnal projek menanam sayuran kami.
Saya mengarahkan mereka untuk membahagikan projek ini kepada 3 eksperimen dengan jangkawaktu selama 2 minggu.
Eksperimen yang pertama adalah membuat segala proses untuk menumbuhkan biji benih tersebut iaitu mengguna unsur-unsur tanah dan air serta menanamnya di dalam sebuah pasu yang khas. Ia juga diletakkan di tempat yang bercahaya matahari.
Eksperimen yang kedua di panggil eksperimen tangguh iaitu biji benih yang dibeli itu sengaja dibiarkan di dalam plastik pembelian dan ditangguhkan dari menanamnya.
Eksperimen yang ketiga dikenali sebagai eksperimen ritual iaitu mengambil beberapa butir biji benih, dilekatkan di dalam buku jurnal mereka sendiri lalu di bawa ke tikar sejadah untuk dibuat solat hajat khas setiap malam sepanjang ketiadaan saya.
Solat hajat khas ini mesti di akhiri dengan doa memohon Tuhan menumbuhkan biji benih yang terdapat di dalam buku jurnal mereka.
Untuk setiap eksperimen tersebut saya meminta mereka mengambil data tumbesaran anak pokok setiap hari.
Saya hanya tersenyum apabila anak saya yang berumur 8 tahun mengomel "Papa, mana boleh tumbuh letak atas sejadah !".
Saya cuma meyakinkan mereka supaya mengambil data kerana setiap eksperimen hanya boleh dibuat kesimpulan melalui pemerhatian.
Cara yang paling baik untuk memerhati ialah dengan mengumpul data.
Cara yang paling baik untuk memerhati ialah dengan mengumpul data.
Sekembalinya saya ke rumah dari luar negara, anak-anak saya sudah tidak sabar menunjukkan anak-anak pokok mereka yang sudahpun tumbuh semasa ketiadaan saya.
Jelas terpancar kegembiraan di mata mereka melihat hasil kerja sendiri membuahkan hasil, sementara saya sendiri tidak sabar-sabar mahu memberitahu mereka mengenai pelajaran yang mahu saya sampaikan kepada mereka melalui eksperimen ini.
Kesimpulan
Malam ini saya memanggil anak-anak saya dengan membawa jurnal data masing-masing.
Saya memulakan dengan membacakan keratan keterangan ini.
"Tidakkah kamu lihat (alam-ta-ro) bagaimana Allah turunkan dari langit air, dan dengannya Kami keluarkan buah-buahan yang bermacam-macam warnanya? Dan di gunung-gunung terdapat jalur-jalur putih dan merah, daripada bermacam-macam warna, dan hitam yang pekat" AQ 35:27
"Tidakkah kamu lihat (alam-ta-ro) bagaimana Allah turunkan dari langit air, dan dengannya Kami keluarkan buah-buahan yang bermacam-macam warnanya? Dan di gunung-gunung terdapat jalur-jalur putih dan merah, daripada bermacam-macam warna, dan hitam yang pekat" AQ 35:27
"Antara manusia juga, dan haiwan, dan binatang ternak, bermacam-macam warnanya. Begitulah, hanya yang takut kepada Allah antara hamba-hamba-Nya ialah para ulama (orang-orang yang berpengetahuan); sesungguhnya Allah Perkasa, Pengampun" AQ 35:28
Lalu saya terangkan kepada mereka bahawa untuk menjadi seorang yang berpengetahuan (alim/ulama) perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah alam-ta-ro. Perhatikan.
Disebabkan itu saya menyuruh mereka mengumpul data di dalam sebuah jurnal kerana inilah cara paling baik untuk memerhatikan sesuatu.
Menurut Al Quran, suri tauladan terhebat manusia bernama Ibrahim menulis sebuah jurnal dikenali sebagai SUHUF.
"Naskhah-naskhah gulungan Ibrahim dan Musa" AQ 87:19
Tiada siapa tahu kandungan Suhuf Ibrahim (the Scroll of Abraham) ini.
Saya percaya ia kemungkinan besar adalah data-data yang dikumpulkan bagi membina sebuah negara yang makmur bernama Bakkah (sekitar Jerusalem) seperti yang diceritakan di dalam Al Quran.
Kita perlu faham bahawa pada setiap zaman ada caranya yang tersendiri.
Oleh yang demikian, pengumpulan data di zaman Ibrahim berkemungkinan lain daripada zaman ini.
Melihat kepada pengumpulan data di dalam Al Quran, mungkin Suhuf Ibrahim juga mengguna bahasa berbunga bagi menyampaikan maklumatnya.
Saya meneruskan dengan berhujah bahawa menurut Bahasa Latin perkataan SCIENTIA membawa maksud knowledge atau pengetahuan.
Oleh yang demikian perkataan SCIENTIST di dalam Bahasa Inggeris secara etimologi membawa maksud "seorang yang berpengetahuan". Di dalam Bahasa Arab Al Quran perkataan ini dikenali sebagai "alim".
Di dalam bentuk yang ramai atau plural atau jamak jadilah ia ULAMA.
Para Saintis. Mereka inilah yang takut kepada Tuhan lalu mereka mengkaji segala sesuatu yang dijadikan Tuhan dengan membuat alam-ta-ro (pemerhatian) dan percaya tiada kaedah lain yang boleh merubah undang-undang alam (Sunnatullah) yang dijadikan Tuhan.
Ia sekali-kali bukanlah seorang yang berjambang, berjubah dan berserban seperti yang boleh kita lihat pada masa kini.
Orang yang berjambang, berjubah dan berserban seperti yang kita dapat lihat di zaman ini digelar habar di dalam Al Quran. Mereka ini adalah golongan ahli agama.
"Mengapakah rabani-rabani (orang-orang yang menguasai), dan habr (ahli agama) tidak larang mereka daripada ucapan dosa, dan makan yang haram? Buruknya apa yang mereka kerjakan!" 5:63
"Wahai orang-orang yang percaya, kebanyakan habr, dan rahib, sesungguhnya mereka makan harta manusia dengan cara palsu, dan halangi jalan Allah. Orang-orang yang menyimpan emas dan perak, dan tidak nafkahkannya di jalan Allah, maka berilah mereka berita gembira dengan azab yang pedih" AQ 9:34
Namun begitu, bukanlah semua orang sebegini (berjambang, berjubah dan berserban) tidak layak di panggil ulama.
Pada suatu masa dahulu, terdapat ramai saintis yang berjambang, berjubah dan berserban. Ini adalah kerana begitulah fesyen di zaman tersebut. Lalu para saintis ini juga berfesyen sebegitu.
Walaupun begitu, mereka sekali-kali bukanlah seorang ahli agama.
Apabila zaman berubah, para saintis ini tidak lagi berpakaian sebegitu kerana ia bukan lagi sejenis fesyen yang trendy.
Namun, golongan ahli agama meneruskan fesyen lama ini. Mungkin ia dilakukan agar dapat mengaburi khalayak lalu dianggap cerdik seperti ahli sains dahulukala.
Saya juga menerangkan kepada anak-anak saya bahawa perbuatan berusaha membeli pasu, memasukkan tanah ke dalam pasu, mengorek sedikit lubang di tanah, memasukkan biji benih ke dalam lubang tersebut, mengambusnya kembali lalu di siram air dan ditinggalkan di tempat yang bercahaya matahari semua ini adalah iltizam atau kesungguhan atau USAHA yang kita kenali sebagai "solat" di dalam Al Quran.
Solat (iltizam/kesungguhan/usaha) inilah yang diseru (doa) oleh Ibrahim supaya diteruskan oleh keturunannya.
Solat (iltizam/kesungguhan/usaha) inilah yang diseru (doa) oleh Ibrahim supaya diteruskan oleh keturunannya.
"Wahai Pemelihara kami, aku tempatkan sebahagian daripada keturunanku di sebuah lembah di mana tidak ada tanah yang disemai di dalam sistem Engkau; wahai pemelihara kami, agar mereka melakukan solat, dan buatkan hati manusia berkeinginan padanya, dan berilah rezeki mereka dengan buah-buahan supaya mereka berterima kasih" AQ 14:37
Usaha adalah tangga kejayaan. Kejayaan mereka (anak-anak saya) pada hari ini adalah pokok sayuran sedang tumbuh mengikut Sunnatullah.
Eksperimen kedua dan ketiga membuktikan bahawa perbuatan TANGGUH dan RITUAL tidak berjaya menumbuhkan biji benih tersebut. Ini adalah kerana ia bertentangan dengan Sunnatullah (undang-undang alam) yang dijadikan Allah.
Mereka yang percaya kepada Sunnatullah ini adalah seorang yang amanah (iman) sementara mereka yang tidak percaya kepada Sunnatullah ini adalah mereka yang menolak (kafir).
Mereka yang beriman dijanjikan kejayaan sementara mereka yang menolak tidak akan berjaya.
"Jangan lemah, dan jangan sedih; kamu akan jadi yang lebih tinggi, jika kamu orang-orang beriman" AQ 3:139
Kesemua ini iaitu berusaha menanam biji benih, menyiramnya dengan unsur-unsur yang betul yakni air dan dikenakan cahaya matahari (solat) kemudian ia tumbuh menurut undang-undang alam (Sunnatullah) inilah fitrah kehidupan atau the reality/science of life.
Di dalam Al Quran ia dikenali sebagai Ad Deen. Inilah tema Al Quran.
"Maka tegakkanlah wajah kamu kepada Ad-Deen, seorang yang lurus - fitrah (fit-ra-ta) Allah yang dengannya memulakan manusia. Tidak ada pertukaran dalam fitrah (fa-ta-ra) Allah. Itu Deen yang betul; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya" AQ 30:30
Apabila terkenang bagaimana pemikiran naif anak-anak saya yang secara innocence sudah mengetahui keputusan eksperimen yang bakal mereka lakukan, membuatkan saya terfikir.
Bahawa sebenarnya secara semulajadi Tuhan sudah menerapkan nilai-nilai sebenar ke dalam diri kita, namun kita menolak perkara yang semulajadi ini.
Kita pergi mengikuti kursus-kursus untuk memperbetul cara ritual berdiri, duduk dan bersila.
Kita reka hukum dengan menyatakan jika tidak cukup syarat atau tidak berdiri, duduk atau bersila dengan betul Tuhan akan menolak ritual itu. Seolah-olah kita bersahabat baik dengan Tuhan.
Kemudian kita tipu diri sendiri dengan menyatakan inilah yang dikehendaki oleh Tuhan untuk kita lakukan dengan memanipulasi terma-terma yang mudah. Kita tipu diri sendiri dengan menyatakan dengan cara inilah kita akan berjaya.
Sedangkan kita sendiri sudah secara semulajadi tahu bahawa kita hanya akan berjaya dengan berusaha untuk mendapatkan sesuatu.
Memikirkan ini membuatkan saya terdetik bahawa manusia ini terutamanya bangsa saya benar-benar menolak (kafir) undang-undang alam.
Yang paling sedih ialah kita berbangga diri, perasan kita berada di atas jalan yang benar.
Kepada anak-anak Papa. Pokok yang tumbuh itu bukanlah tanda bahawa kamu sudah berjaya secara penuh. Ia perlu dijaga, disiram dan dibaja.
Apabila sudah berjaya perkara yang lebih sukar untuk dilakukan ialah untuk mengekalkan kejayaan itu.
Namun, Papa sentiasa yakin, jika kita berusaha segala-galanya akan menjadi mudah.
Kepada anak-anak Papa. Pokok yang tumbuh itu bukanlah tanda bahawa kamu sudah berjaya secara penuh. Ia perlu dijaga, disiram dan dibaja.
Apabila sudah berjaya perkara yang lebih sukar untuk dilakukan ialah untuk mengekalkan kejayaan itu.
Namun, Papa sentiasa yakin, jika kita berusaha segala-galanya akan menjadi mudah.
Ashwed
I must thank you for this article. It's compact and clear. It helps me find the way to explain why i stop doing the ritual solat to my family.
ReplyDeleteBeautiful, sir!
ReplyDeleteAlhamdulillah. Pada umur melepasi 40 barulah saya memahami konsep ini. Sebelum ni tahu, tapi jahil, tak nak faham. Tahu dan faham lain. Hidup ni mudah, ikut saja hukum alam, sunnatullah, nak berjaya kena ada usaha. Kepada sesiapa yang asyik mengeluh hidup susah, sementara OTAK masih berfungsi, gunakanlah ia. Ritual tunggang terbalik, baca Quran tak ambil tau makna, pergi ke Tanah Arab mengadu depan batu.. tapi usaha langsung tiada, memang sia2.
ReplyDeletewell said...
ReplyDeleteBecks
Great article n many thx.
ReplyDeleteRe china : true, less politicking n also secularism (which is islamic as per rasulullah's way of following pre.islam calendar as oppose to emir after him that invented hijri calendar or in the case of the role of ibn rushd that helped spark western rennaisance) are among the factors that drive china's advancement in many fields. The fact that what we had achieved in the period of 1980s - early 2000 was due to secular foundation laid after merdeka till mid 1980s. Later came the period of wahabism/shia supported by saudi n iran petro-islam. The damage done can be seen till today from north africa till indonesia. We also included n its getting worse.
i concur...
DeleteSalam sahabat sekelian!Mungkin dapat sedikit pelajaran dari apa yang diposkan berikut dari Surah (30) Ar Rum 60 ayat;
ReplyDelete30:1 Alif laam miim.
30:2 Orang Rom telah dapat diatasi.
30:3 Dan didekatkan buminya dan setelah mereka diatasi mereka dapat mengatasinya kembali.
30:4 Dalam beberapa tahun bagi Allah menguruskan mereka sebelum dan sesudahnya dan pada hari itu gembiralah orang yang amanah.
30:5 Dengan pertolongan Allah! Dia menolong sesiapa yang dikehendaki dan hanya Dia yang Perkasa yang Penyayang.
30:6 Allah tidak mungkiri janjiNya malahan kebanyakan dari manusia tidak mengetahuinya.
30:7 Mereka hanya mengetahui yang zahir dalam kehidupan duniawinya malahan dengan akhiratnya mereka lalai.
30:8 Apakah tidak mereka merenungkan dalam diri mereka bukankah Allah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang diantara keduanya dengan benar dan setiap ajal telah ditetapkan malahan kebanyakan dari manusia tidak percaya akan pertemuan dengan Pemelihara mereka.
30:9 Dan apakah tidak mereka menerokai buminya dan melihat kesudahan orang sebelum mereka yang terkuat dari kesan peninggalan mereka dibuminya dan mereka menerima banyak kemakmuran dari apa yang didatangkan dari rasulnya dengan keterangan jelas malahan Allah tidak menzalimi mereka tetapi mereka yang menzalimi diri mereka.
30:10 Demikianlah kesudahan orang yang jahat dengan kejahatanya dan mereka yang mempersendakan ayat-ayat Allah dengannya.
30:11 Allah Pengasas kepada segala yang dicipta kemudian Dia ulang-cipta yang serupa maka hanya kepada Dia kamu pasti dikembalikan.
30:12 Pada hari berlaku detik-saatnya maka kecewalah orang yang berdosa.
30:13 Maka tiada lagi perantaraan dari sekutu mereka malahan mereka tidak percayakan lagi dengan sekutu mereka.
30:14 Dan pada hari berlakunya detik-saatnya mereka berpecah belah.
30:15 Maka bagi orang yang amanah dan beramal soleh mereka bergembira didalam raudhatin yang dicintainya.
30:16 Dan orang yang tidak percaya dan mendustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan akhiratnya maka diazabkan dengan apa yang dicetuskan.
30:17 Maka Allah disanjung ketika masuknya petang dan pagi.
30:18 Dan telah memuji Dia sekelian apa yang dilangit dan dibumi ketika masuknya petang hingga dini hari.
30:19 Telah dikeluarkan yang hidup dari yang mati dan yang mati dari yang hidup dan dihidupkan bumi yang mati demikian itu kamu dikeluarkan.
30:20 Dan dari tanda-ayatnya Dia mencipta kamu dari debu tanah dan setelah kamu menjadi mahluk kemudianya kamu membiak diantara kamu.
bsmbg..
smbg..
ReplyDelete30:21 Dan diantara ayat-ayatnya diciptakan dari dirimu pasanganmu supaya kamu tenteram dengannya dan diantara kamu dicetuskan kasih sayang demikian tanda-ayat bagi kaum yang merenungkanya.
30:22 Dan dari tanda-ayatnya diciptakan langit dan bumi dan keluarga dari berbagai keturunan dan itulah tanda-ayat bagi orang yang berilmu.
30:23 Dan dari tanda-ayatnya tidur pada malamnya dan mencari kurnianya pada siangnya demikian tanda-ayat bagi orang yang mendengar.
30:24 Dan dari tanda-ayatnya diperlihatkan kilat sebagai ketakutan dan harapan dan diturunkan hujan dari langit bagi menghidupkan bumi yang mati demikian tanda-ayat bagi orang yang berfikir.
30:25 Dan dari tanda-ayatnya terdiri langit dan bumi dengan perintahnya dan apabila diseru kamu seruan dari bumi maka kamu keluar darinya.
30:26 Milik Dia sekelian yang dilangit dan dibumi dan semua mentaati Dia.
30:27 Dan Dia yang memulai segala ciptaan dan yang mengembalikanya dan itu bagi Dia mudah demikian itulah misalan ketinggiannya dilangit dan dibumi dan Dia yang Perkasa yang Bijaksana.
30:28 Dicetuskan misalan dari dirimu, apakah setelah kamu bersatu dengan pasanganmu dari apa yang Kami rezekikan maka kamu takut kepada mereka dari takutkan kepada dirimu sendiri demikianlah Kami menjelaskan tanda-ayatnya bagi orang yang berfikir.
30:29 Malahan orang yang zalim mengikuti nafsu mereka tanpa ilmu maka sesiapa yang sesat bukanlah atas Allah untuk memberi petunjuk dan pertolongan kepada mereka.
30:30 Maka hadapkan wajahmu kepada -ddiini sejati diasaskan Allah yang mencipta manusia, baginya tiada perubahan dalam ciptaan Allah itulah -ddiinu yang kekal malahan kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.
30:31 Berkesalan dan prihatin kepada Dia dan tegakkan kewajipanmu dan jangan kamu darinya menjadi orang yang sekutu.
30:32 Dan orang yang berpecah dari diinahum kepada beberapa syiya’an /mazhab dan setiap hizbin bergembira dengan apa yang disisi mereka.
30:33 Apabila manusia disentuh penderitaan sebahagian mereka menyeru Pemeliharanya dengan berkesesalan dan apabila dirasakan dengan kerahmatan sebahagian mereka menyengutukan Pemelihara mereka.
30:34 Malahan mereka mengingkari dengan apa yang Kami berikan maka bersenanglah kamu sementara kelak kamu akan mengetahuinya.
30:35 Atau adakah Kami yang menurunkan kuasa kepada mereka lalu mereka dapat bercakap dengan apa yang mereka sekutukan.
30:36 Apabila Kami merasakan kepada manusia pengasihan Kami mereka bergembira dengannya dan jika ditimpakan keburukan atas apa yang diusahakan tangan mereka maka mereka kecewa.
30:37 Apakah tidak mereka perhatikan Allah yang menyalurkan dan yang meyempitkan rezeki kepada sesiapa dikehendaki demikian tanda-ayat bagi kaum yang amanah.
30:38 Maka berikan haknya kepada kerabat terdekat dan orang miskin dan pengembara yang demikian keutamaan bagi orang yang menginginkan penampilan Allah maka mereka itulah orang yang beruntung.
30:39 Dan apa yang kamu berikan dari riba hanya menambah harta manusia dan tidak menambah sesuatu disisi Allah dan apa yang kamu berikan dari kemurnianya dianya menginginkan penampilan Allah maka mereka itulah orang yang bertambah kekayaan mereka.
30:40 Allah yang mencipta kamu dan memberi rezeki kepadamu kemudian dimatikan kamu dan dibangkitkan kamu maka adakah sekutu kamu dapat melakukan yang demikian maka Dia disanjung dan Dia yang teramat mulia dari apa yang mereka sekutukan dengannya.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete30:41 Telah jelas berlaku kerosakan didaratan dan dilautan dengan apa yang dilakukan tangan manusia dan bagi merasai sebahagian apa yang telah mereka lakukan supaya mereka insaf.
30:42 Berkata terokailah bumi dan lihatlah bagaimana kesudahan orang terdahulu malahan kebanyakan dari mereka orang yang sekutu.
30:43 Maka tumpukan penampilanmu kepada -ddiini yang lurus sebelum datangnya suatu hari dari Allah yang tidak dapat dihindari.
30:44 Sesiapa tidak percaya maka baginya keingkaran dan sesiapa beramal soleh maka bagi dirinya sebagai persediaan.
30:45 Diberikan kurnianya kepada sesiapa yang amanah dan beramal soleh malahan Dia tidak mencintai orang yang tidak percaya.
30:46 Dan dari tanda-ayatnya diutuskan angin membawa berita gembira dan diberikan rezeki dari rahmatnya keatasmu malahan berlayarnya kapal adalah atas perintah Dia bagi kamu mencari rezeki darinya supaya kamu berterima kasih.
30:47 Dan Kami yang utuskan rasul sebelum kamu kepada kaumnya dengan keterangan jelas sebelum Kami hukum mereka yang berdosa malahan kewajipan Kami memberi bantuan kepada orang yang amanah.
30:48 Allah yang mengutuskan angin supaya berarak awannya berlapisan dilangit seperti yang dikehendaki maka kamu dapat lihat juraian hujan keluar dari celahnya dan menimpa sesiapa dikehendaki dari hambanya maka mereka bergembira dengannya.
30:49 Walaupun telah diturunkan sebelumnya mereka masih kecewa.
30:50 Maka perhatikan kesan dari rahmat Allah bagaimana dihidupkan bumi yang mati maka demikianlah Dia menghidupkan orang yang mati malahan Dia yang berkuasa keatas segalanya.
30:51 Jika Kami kirimkan angin dan mereka melihatnya kekuningan pasti mereka tidak percaya akannya.
30:52 Maka kamu tidak menjadikan orang mati dan orang pekak mendengar seruanmu jika mereka berpaling dari kamu.
30:53 Dan tidak juga dapat kamu berikan petunjuk kepada orang buta dari kesesatan mereka melainkan orang yang amanah kepada ayat-ayat Kami dan orang muslimuuna.
30:54 Allah mencipta kamu diawalnya lemah kemudian dijadikan sesudah kelemahan, kekuatan kemudian dijadikan sesudah kekuatan, kelemahan dan rambutmu beruban malahan Dia mencipta apa yang dikehendaki dan Dia yang Mengetahui dan yang Berkuasa.
30:55 Dan pada hari tercetus detik-saatnya orang yang berdosa bersumpah tidaklah kami tinggal didalamnya melainkan sesaat dari detiknya maka bagaimana mereka telah menyeleweng darinya.
30:56 Dan berkata orang yang diberi ilmu dan amanah dengannya kamu tinggal dan taat mengikuti kitab Allah hingga hari kebangkitanmu maka inilah hari kebangkitanya malahan kamu tidak mengetahuinya.
30:57 Maka pada hari itu tidak beruntung orang yang zalim dan mereka tidak diberi pembalasan sewajarnya dan tidak diberi peluang bertaubat.
30:58 Malahan Kami cetuskan bagi manusia pelbagai misalan didalam -lqur’aani dan jika kamu datangkan walau satu ayat kepada mereka, orang yang tidak percaya berkata kamu telah memalsukanya.
30:59 Demikian itulah Allah menyita hati orang yang tidak memahaminya.
30:60 Maka bersabarlah kamu dan janji Allah pasti benar dan jangan kamu menjadi gelisah dengan orang yang tiada keyakinan dengannya.
Sekian hayatilah!!
Salam,
ReplyDeleteKemajuan negara kita terbantut bukan kerana tiada sumber ekonomi dan potensi pembangunan. Tidak dinafikan ada masalah berpunca dari dasar-dasar kerajaan yang kurang konstruktif dan kurang produktif tetapi mempolitikkan segala isu dan menyalahkan kerajaan adalah satu kerugian usaha dan masa.
Saya tak berminat menyebelahi mana-mana blok politik kerana bagi saya semua ahli politik ini sama sahaja dengan permainan mereka untuk mempengaruhi emosi pengundi bagi memenangi pilihanraya. Dari pemerhatian, saya lihat PM sekarang lebih terbuka mendengar idea, cadangan dan kritikan untuk menambah-baik sistem negara.
Bagi kritikan membina dan idea di saluran yang betul tapi kalau asyik politikkan semua isu, kita semua akan terperangkap dalam kitaran permainan kotor ini.
Kita tak perlu buat revolusi, reformasi atau mengubah negara. Semuanya bermula dari pembinaan karekter baik dalam diri setiap individu. Di Malaysia, tiada siapa terpaksa jadi miskin kalau seseorang itu berusaha, kreatif dan sentiasa belajar ilmu-ilmu baru.
Kalau kita amati betul-betul, ramai orang yang berjaya dan gembira ialah mereka yang kurang atau langsung tak berminat dengan politik, gosip, isu perbezaan agama dan mazhab.
Belajarlah dari video youtube di bawah :
https://www.youtube.com/watch?v=GPVDfhXQfw8
https://www.youtube.com/watch?v=CVEuPmVAb8o
Yes! excellent! Zack! I watch n absorbed it...
DeleteSalam zack. Oleh sbb kita idup dlm 1 kapal yg sama ie m'sia, maka kita kena peduli. Tikus2 politik n agamawan sdg korek dasar kapal ini, air dah mula masuk n ada yg dah hampir lemas (cth nilai RM makin lemah, so harga brg import cth ubatan n susu baby makin mahal etc etc). Weak RM is due to many factors (ie external n internal factors) n some external fac. r beyond our ctrl. However 1 main internal fac., bangkai gjh imdb n inaction to resolve it, is one of the biggest culprits that weakening RM. So, as globalization n econ integration intensified, weak RM will make us poorer as importation of goods (foods n ubatan) & services (going holiday/further study overseas) are getting dearer. That wld incl. downloading e.book n song !!
DeleteSalamualaikum sahabat,diteruskan dengan Surah Luqman (31) hanya 34-ayatsahaja;
ReplyDelete31:1 Alif laam miim.
31:2 Inilah ayat-ayat -lkitaabi penuh -lhakiimi.
31:3 Sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang yang jujur.
31:4 Dan bagi orang yang melaksanakan kewajipanya dan menunaikan kemurnianya dan dengan akhirat mereka yakin.
31:5 Dan mereka yang mendapat petunjuk dari Pemeliharanya maka mereka itulah orang yang berjaya.
31:6 Dan diantara manusia sesiapa yang mengikuti lahwa -lhadiitsi yang menyesatkan dari jalan Allah tanpa ilmu dan menjadikanya cemohan darinya maka bagi mereka azab yang sangat hina.
31:7 Dan apabila dibacakan ayat-ayat Kami mereka berpaling dan takbur dan tidak mendengarnya seakan dalam telinga mereka ada sumbatan maka bagi mereka dipastikan azab yang dahsyat.
31:8 Sesungguhnya orang yang amanah dan beramal soleh bagi mereka syurga dipenuhi kenikmatan.
31:9 Mereka berkekalan didalamnya malahan janji Allah pasti benar dan hanya Dia yang Perkasa yang Bijaksana.
31:10 Diciptakan langit tanpa tiang yang kamu lihat dan dipasak gunungnya diatas bumi supaya tidak bergegar dan membiakan berbagai mahluk dan Kami yang menurunkan dari langitnya air bagi menumbuhkan pelbagai tumbuhan berpasangan dari yang terbaik.
31:11 Itulah ciptaan Allah maka tunjukkan siapakah yang dapat mencipta selain Dia malahan orang yang zalim dalam kesesatan yang nyata.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete31:12 Dan Kami berikan lukmaana hikmah supaya dia berterima kasih kepada Allah dan sesiapa berterima kasih maka dia berterima kasih bagi dirinya dan sesiapa ingkar maka Allah yang Kaya yang Terpuji.
31:13 Dan ketika lukmaana berkata kepada anaknya dan memberi amaran kepadanya wahai anakku jangan kamu sekutukan Allah sesungguhnya menyengutukan Dia adalah suatu kezaliman agung.
31:14 Dan Kami mewasiatkan kepada manusia dan ibubapa mereka setiap ibu mengandung kepenatan demi kepenatan hingga dia menghentikan penyusuan kepada dua tahun supaya kamu berterima kasih kepadaKu dan kedua ibubapamu malahan tempat kembalimu hanya kepadaKu.
31:15 Sekiranya keduanya menggesa kamu menyengutukan Aku tanpa ilmu maka jangan taati mereka malahan bersahabat dan bersopan dengan mereka didunia maka ikutilah jalan orang yang bertaubat kepadaKu hanya kepadaKu tempat kembalimu dan pasti Aku akan khabarkan apa yang telah kamu lakukan.
31:16 Wahai anakku walau seberat biji sawi atau dalam bungkah batu dilangit atau dibumi sekali pun pasti Allah berkuasa mendatangkanya dan hanya Allah yang Meneliti yang Menyedari.
31:17 Wahai anakku tegakkan kewajipanmu dan serulah kepada kebaikan dan cegah kemungkaran dan bersabarlah atas apa yang menimpa kamu demikian itulah keazaman yang diperintahkan.
31:18 Maka jangan sombong dan angkuh dengan manusia dibuminya malahan Allah tidak menyukai orang yang sombong dan bangga diri.
31:19 Dan perlahankan apabila kamu berjalan dan rendahkan suaramu ketika kamu marah malahan seburuk-buruk suara adalah suara kaldai.
31:20 Tidakkah kamu perhatikan Allah menundukan bagimu segala yang dilangit dan dibumi dan dianugerahkan nikmat zahir dan batin malahan diantara manusia masih ada yang pertikaikan pemberian Allah tanpa ilmu dan tanpa pertunjuk dan tanpa kitab yang jelas.
31:21 Dan apabila dikatakan kepada mereka taatilah kepada apa yang telah diturunkan Allah, mereka berkata kami mentaati apa yang telah bapa kami lakukan, apakah walaupun syaitan yang menyeru mereka kepada azab api yang marak menyala.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete31:22 Dan sesiapa menyerah penampilanya kepada Allah maka dia darinya orang yang jujur malahan mereka telah berpegang kepada jalinan yang teguh dan hanya kepada Allah kesudahan segala urusan.
31:23 Dan sesiapa ingkar maka jangan kamu bersedih atas keingkaran mereka malahan kepada Kami tempat mereka dikembalikan dan pasti Kami khabarkan apa yang telah mereka lakukan malahan Allah mengetahui apa yang didalam dada mereka.
31:24 Kami berikan kepada mereka sedikit kesenangan kemudian Kami paksa mereka kepada azab yang dahsyat.
31:25 Jika kamu bertanya kepada mereka siapa mencipta langit dan bumi pasti mereka berkata Allah maka katakan segala puji bagi Allah malahan kebanyakan dari mereka tidak mengetahuinya.
31:26 Bagi Allah segala apa yang dilangit dan dibumi dan hanya Allah yang Terkaya yang Terpuji.
31:27 Walaupun segala pohon didunia dijadikan pena dan ditambah dakwat dengan tujuh lautan sekali pun tidak mencukupi bagi menulis kalimah Allah malahan Allah yang Perkasa yang Bijaksana.
31:28 Bukan penciptaan kamu dan bukan kebangkitan kamu melainkan dianya jiwa yang satu sesungguhnya Allah yang Mendengar yang Melihat.
31:29 Tidakkah kamu melihat Allah memasukan malam kedalam siang dan memasukan siang kedalam malam dan menundukan matahari dan bulan dan sekelianya melayari diobitnya kepada tempoh yang ditetapkan malahan Allah dengan segala yang kamu lakukan pasti mengetahui.
31:30 Demikianlah Allah sesungguhnya Dia yang benar dan apa yang mereka menyeru selain Dia adalah palsu sesungguhnya Allah yang teramat Mulia dan yang Agung.
31:31 Tidakkah kamu melihat kepada kapal yang belayar dilautan dengan nikmat Allah bagi memperlihatkan kepadamu tanda-ayatnya demikian itulah tanda-ayat bagi setiap orang yang sabar dan berterima kasih.
31:32 Dan ketika mereka dilitupi dengan gelombang seperti dinding/tsunami maka mereka menyeru Allah dengan seikhlasnya kepada diini malahan setelah mereka diselamatkan kedaratan ada diantara mereka orang yang lurus malahan tidak menafikan ayat-ayat Kami melainkan orang yang khianat dan orang yang ingkar.
31:33 Wahai manusia prihatinlah Pemeliharamu dan takutlah suatu hari tiada pampasan seorang bapa dari anak yang dilahirkan dan seorang anak dari bapanya malahan janji Allah pasti benar maka jangan kamu menipu dalam kehidupan duniawi malahan jangan sekali-kali menipu Allah.
31:34 Sesungguhnya disisi Allah pengetahuan detik-saatya dan Dia yang menurunkan hujan dan Dia mengetahui apa yang didalam setiap rahim malahan tidak mengetahui suatu jiwa pun apa yang akan dilakukan besok dan tidak mengetahui dibumi mana dia akan mati malahan hanya Allah yang Mengetahui yang Menyedari.
Sekian.
Salam
ReplyDeleteWhat is your take on these opinion? I was curious what other people opinions of Islam.
https://www.google.com/amp/www.catholicnewsagency.com/amp/news/is-islam-a-religion-of-war-or-peace-both-and-muslims-must-decide-priest-says-24503/
And Safi Kaskas's opinion that Islam should be translated as a verb not a noun.
https://www.ravenfoundation.org/interview-safi-kaskas-islam-peace-violence/
Non