Kedamaian Untuk Semua,
Urusan kerja mencemburui kita. Kadang-kadang idea datang bertalu-talu ke kotak minda, namun tidak kesampaian untuk di realisasi di papan kekunci.
Sementara saya menyelesai tuntutan nafkah harian, saya tampilkan di sini sebuah video dari Denmark.
Semoga video ini dapat membuka minda kita.
Jikalah kita dapat membuang profiling halimunan yang wujud di minda kebanyakkan manusia, saya percaya dunia akan lebih damai.
Tiada lagi pilihan samada aku atau engkau ? Kita atau mereka ? Tiada lagi saingan untuk menyatakan pendirian kitalah yang paling benar.
Yang ada hanyalah manusia yang sedang melalui sebuah kisah kehidupan. Yang mempunyai pengalaman pahit dan manis yang tersendiri. Kegemaran yang tersendiri. Latar belakang yang tersendiri.
Semua kelainan ini bukanlah perkara yang membezakan kita. Sebaliknya ia adalah aspek yang melengkapi satu sama lain.
Alangkah indahnya hidup ini jika kita semua hidup di dalam keterbukaan.
Ashwed
Saya dah tengok video ini beberapa hari lepas di facebook. Sangat menyentuh hati. Kita hidup di dalam satu dunia yang sama. Yang tiada pengasingan dalam masyarakat. Cuma manusia itu sendiri yang suka berkelompok. Walau siapa pun kita. Tak kira kita ahli agamawan atau imam masjid atau penceramah atau perdana menteri atau raja sekali pun. Tujuan kita tetap sama. Iaitu meletakkan sebuku roti di atas meja. Dan dengan roti itu, kita berkongsi dengan isteri, anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Peace.
ReplyDelete-hakim
Salam Semua,
ReplyDeleteAda sorang dlm video ni iras mcm David Gilmore. Terus saya teringat lagu n lirik ni, Wish You Were Here, Pink Flyod:
So, so you think you can tell
Heaven from Hell
Blue skies from pain?
Can you tell a green field
From a cold steel rail?
A smile from a veil?
Do you think you can tell?
And did they get you to trade
Your heroes for ghosts?
Hot ashes for trees?
Hot air for a cool breeze?
Cold comfort for change?
And did you exchange
A walk on part in the war
For a leading role in a cage?
How I wish, how I wish you were here
We're just two lost souls
Swimming in a fish bowl
Year after year
Running over the same old ground
What have we found?
The same old fears
Wish you were here
Salam sahabat sekelian!Di c-pkan Surah Ar Ra'd 43-ayat shj.
ReplyDelete13:1 Alif laam miim raa inilah ayat-ayat -lkitabi yang diturunkan bagimu dari Pemelihara yang benar malahan manusia tidak amanah dengannya.
13:2 Allah yang meninggikan langitnya tanpa tiang seperti yang kamu lihat dan disempurnakan kemutlakanya dan Dia mendominasi matahari dan bulan melayari kepada waktu yang ditetapkan dan Dia mentadbir segala urusan perintahnya dan diperjelaskan tanda-ayatnya supaya kamu menyakini akan pertemuan dengan Pemelihara kamu.
13:3 Dia yang membentangkan bumi dan dijadikan gunung dan sungai-sungai sebagai saliran dan darinya terdapat pelbagai buah-buahan dan dijadikan setiap sesuatu berpasangan merangkumi malam dan siang demikian itulah tanda-ayat bagi kaum yang merenungkanya.
13:4 Dan bumi dibahagikan berjiranan dan taman dari anggur dan palma bercabang dan tidak bercabang dan disirami dari satu punca air yang Kami salirkan supaya dibahagikan diantara mereka bagi mendapat makanan darinya demikianlah tanda-ayat bagi kaum yang berfikir.
13:5 Jika kamu hairan maka hairankan ucapan mereka setelah kami menjadi debu adakah kami diulang-cipta dalam bentuk terkini maka itulah orang yang tidak amanah dengan Pemelihara mereka dan dileher mereka ada belenggu dan mereka penghuni api dan berkekalan didalamnya.
13:6 Dan mereka meminta supaya disegerakan keatasmu keburukan sebelum kebaikan dan telah berlalu sebelum mereka misalan-misalan hanya Pemeliharamu memiliki keampunan bagi manusia atas kezaliman mereka malahan pembalasan Pemelihara kamu sangat dahsyat.
13:7 Berkata orang yang tidak percaya mengapa tidak diturunkan tanda-ayat dari Pemeliharamu dan adakah kamu pemberi amaranya maka dia berkata bagi setiap kaum ada pemberi petunjuknya.
13:8 Malahan Allah mengetahui apa yang dikandung setiap perempuan dan apa yang kurang dan apa yang bertambah didalam rahim mereka dan setiap sesuatu disisi Dia pasti telah ditetapkan ukuranya.
13:9 Malahan hanya Allah yang Mengetahui yang Ghaib yang Menyaksikan yang Agung dan yang Mulia.
13:10 Dan bagimu sama saja yang merahsiakan ucapan atau yang berterus terang atau yang sembunyi dimalamnya atau yang berjalan siangnya.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete13:11 Baginya berturutan diantara tanggunganya maka mereka memelihara perintah Allah malahan Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka sendiri yang mengubahnya jika dikehendaki Allah ditimpakan bencana maka tiada sesiapa dapat menghindarinya dan tiada selain Dia yang dapat memberi pelindungan.
13:12 Dia yang perlihatkan kepadamu kilat yang menakutkan dan juga mengundang harapan dan Dia yang menjadikan awannya mendung.
13:13 Malahan guruh/-rra’du itu pun menyanjung dan memuji Dia kerana takutkan kepada Dia dan diturunkan halilintar bagi menimpa sesiapa dikehendaki dan mereka yang pertikaikan Allah malahan Dia memiliki pembalasan yang sangat dahsyat.
13:14 BagiNya seruan yang benar dan orang yang berkhidmat selain Dia tidak diperkenankan seruan mereka sedikit pun malahan misalan mereka seperti orang yang menadah tangannya kepada air supaya sampai kemulutnya tetapi dianya tidak kesampaian maka tidaklah seruan orang yang tidak percaya melainkan kepada kesesatan.
13:15 Dan kepada Allah mematuhi sekelian yang dilangit dan dibumi dan bayang-bayangnya dengan rela atau terpaksa dipagi dan petangnya.
13:16 Berkata siapa Pemelihara langit dan bumi katakan Allah maka patutkah kamu ambil selain Dia pelindung yang tiada kuasa bagi memudharatkan kamu maka katakan adakah sama yang buta dengan yang melihat atau yang gelap dengan yang terang atau yang adakan sekutu bagi Allah dan yang mereka sendiri menciptanya seakan ciptaan Dia katakan Allah yang mencipta segalanya dan hanya Dia yang Satu yang Perkasa.
13:17 Maka diturunkan air dari langitnya dan disalirkan disetiap lembah dengan kadar yang ditetapkan dan membentuk buihnya dipermukaan arusnya atau dari apa yang dileburkan diatas api bagi mendapatkan perhiasan yang mereka pakai maka demikian itulah Allah telah mencetuskan misalan dengan yang benar dan yang palsu dan ada pun yang buihnya akan hilang bersama sampahnya dan bahan yang didapati darinya dapat memberi faedah kepada manusia dan berkekalan dibumi demikianlah Allah mencetuskan misalanya.
13:18 Dan orang yang Pemeliharanya perkenankan seruanya pasti mendapat yang terbaik dan bagi orang yang tidak diperkenankan walaupun mereka memiliki semua harta dibumi sebagai tebusan bagi mereka sangat buruk perhitunganya dan tempat penginapan mereka jahannamu seburuk-buruk tempat rehat.
13:19 Adakah orang yang mengetahui apa yang diturunkan itu adalah yang sebenar dari Pemeliharamu sama seperti orang yang buta maka hanya orang yang memiliki kebijaksanan mengambil peringatan.
13:20 Dan orang yang memenuhi janjinya dengan Allah dan bukan mereka yang mungkiri janjinya.
13:21 Dan orang yang merestui apa yang diperintahkan Allah supaya dihubungkan dengannya dan yang takut kepada Pemeliharanya malahan segala keburukan mereka pasti diperhitungkan.
bsmbg'
smbg,
ReplyDelete13:22 Dan orang yang bersabar mencari penampilan Pemelihara mereka dan yang menunaikan kewajipanya dan yang membelanjakan apa yang Kami menrezekikan mereka sama ada dirahsiakan atau dihebahkan dan yang menghindari kejahatan demi mencari kebaikan maka bagi mereka pembalasanya adalah tempat penginapan yang terbaik.
13:23 Dan mereka dimasukan kedalam syurga ’adnin bersama orang yang soleh dan ibubapanya dan pasanganya dan keturunanya dan para malaikatnya masuk menemui mereka dari setiap pintunya.
13:24 Salaamun alaikum atas kesabaran kamu maka nikmatilah pembalasan dengan tempat penginapan terbaik bagimu.
13:25 Dan orang yang mungkiri janjinya dengan Allah sesudah berikrar dengan teguh dan yang memutuskan apa yang diperintahkan Allah supaya dihubungkan dengannya dan melakukan kefasikan dibumi pasti mereka itu dilaknati maka tersangat buruk tempat penginapan bagi mereka yang melakukanya.
13:26 Allah yang menyalurkan dan yang menyepitkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki dan bagi mereka yang leka dan bergembira dengan kehidupan duniawi malahan tiadalah kehidupan duniawi itu suatu kesenangan jika dibandingkan dengan kehidupan akhiratnya.
13:27 Dan berkata orang yang tidak percaya mengapa Pemeliharamu tidak menurunkan suatu ayat pun maka katakan Allah sesatkan sesiapa dikehendaki dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang bertaubat.
13:28 Orang yang amanah menjadi tenteram hatinya apabila mengingati Allah maka ingatlah Allah sebanyaknya bagi mententeramkan hatimu.
13:29 Orang yang amanah dan beramal soleh mendapat kebahagiaan dan kesejahteraan dan tempat kembali yang terbaik.
13:30 Demikian Kami utuskan sesuatu ummat dan sebelumnya beberapa ummat maka bacakan kepada mereka apa yang Kami ilhamkan malahan kebanyakan dari mereka mengingkarinya dan tidak amanah dengan yang Pemurah dan katakan hanya Dia, Pemeliharaku tiada tuhan selain Dia dan aku pasrah dan bertaubat hanya kepada Dia.
13:31 Dan sekiranya dengan qur-aanan ini dapat menghancurkan gunung atau terbelahnya bumi atau menjadikan orang mati bercakap dianya urusan Allah maka apakah orang yang amanah tidak menyedari jika dianya dikehendaki Allah pasti diberi petunjuk kepada sekelian manusia malahan orang yang tidak percaya pasti ditimpakan keburukan atas apa yang mereka usahakan atau terjadi didaerah mereka apabila datang janji Allah maka ketahuilah Allah tidak mungkiri janjinya.
13:32 Malahan mereka telah persendakan rasul mereka sebelum kamu dan ditangguhkan orang yang tidak percaya kemudian ditimpakan keatas mereka azab supaya mereka merasainya.
13:33 Apakah sama Dia yang mengurus setiap jiwa dengan apa yang mereka usahakan beberapa sekutu bagi Allah maka katakan dan namakan atau khabarkan kepadanya apa yang Dia tidak ketahui dibumi atau dengan apa yang zahir dari kalimahnya malahan dinampakan indah bagi orang yang tidak percaya muslihat mereka dan diselewengkan jalannya maka sesiapa yang disesatkan Allah maka tiada baginya petunjuk.
bsmbg,
smbg,
ReplyDelete13:34 Dan bagi mereka azab yang sangat dahsyat dalam kehidupan duniawi dan diakhiratnya malahan Allah tidak melindungi mereka.
13:35 Dan misalan syurga yang dijanjikan kepada orang yang prihatin adalah yang mengalir dibawahnya sungai-sungai dan hasil buah-buahanya berterusan dan diteduhi bayangan maka itulah tempat kesudahan orang yang prihatin malahan orang yang tidak percaya pasti didalam api.
13:36 Dan orang yang Kami berikan -kitaaba mereka gembira dengan apa yang diturunkan kepadamu dan diantara -l ahzaabi sesiapa yang mengingkari sebahagian darinya maka katakan aku diperintahkan berkhidmat kepada Allah dan aku tidak sekutukan Dia dan aku hanya bermohon kepada Dia dan kepada Dia juga tempat aku kembali.
13:37 Demikian itulah Kami turunkan hukman’arabiyyan dan jika kamu mengikuti nafsu mereka sesudah apa yang telah datang kepadamu pengetahuan maka tiada bagimu pelindungan dan pembelaan dari Allah.
13:38 Dan pasti Kami telah utuskan beberapa rasul sebelum kamu dan Kami jadikan mereka berpasangan dan keturunan dan tidak seorang rasul pun yang didatangkan tanpa tanda-ayat melainkan dengan izin Allah bagi setiap tempoh yang telah dikitabkan.
13:39 Allah yang melupuskan dan menubuhkan apa yang dikehendaki dan disisi Dia tersimpan ummul kitaabi.
13:40 Dan jika Kami perlihatkan kepada kamu sebahagian apa yang Kami janjikan kepada mereka atau Kami wafatkan kamu maka bagimu hanyalah menyampaikan dan atas Kami yang menghitungkanya.
13:41 Apakah tidak mereka perhatikan yang Kami sedang membawa bumi ini kepada penghujungnya dengan mengurangi dari tepianya dan hanya Allah yang menetapkan hukum dan tidaklah sesiapa dapat menolak hukumanya jika didatangkan malahan Dia pantas perhitunganya.
13:42 Dan pastinya orang sebelum mereka telah merancang muslihat malahan Allah mengetahui segala apa yang mereka muslihatkan dan apa yang telah diusahakan oleh setiap jiwa malahan orang yang tidak percaya mengetahui tempat kesudahan mereka.
13:43 Berkata orang yang tidak percaya kamu bukan rasulnya maka katakan cukuplah hanya Allah menjadi saksi diantara aku dan kamu malahan disisi Dia segala pengetahuan dan telah tercatat didalam -lkitaabi.
Sekian! hayatilah jika bermanafaat.