Kedamaian
Untuk Semua,
Saya
yakin ramai di antara pembaca yang membayangkan bahawa ini adalah suatu artikel
mengenai politik memandangkan pilihanraya Malaysia yang semakin menjengah tiba.
Apabila
melihat ruangan maya penuh dengan gambar
dan kisah skandal dan kelakuan ahli politik yang berseteru.
Apabila
facebook anda dipenuhi dengan gambar ahli-ahli politik sedang menunjuk-nunjuk
kezuhudan masing-masing.
Dan
yang paling sahih, apabila “Uncle Lim”, ahli politik paling veteran yang masih
aktif di negara kita sudah mula balik kawasan, anda memang sepatutnya amat yakin
bahawa Pilihanraya Umum ke-14 sudah tiba.
Meskipun
begitu, saya terpaksa mengisytihar bahawa artikel kali ini bukanlah mengenai
politik.
Ia
adalah mengenai kehidupan.
Facebook
Beberapa
bulan yang lepas. Saya pernah memberitahu di dalam sebuah artikel bahawa saya sudah berjaya mendapat kembali kata laluan
kepada laman facebook saya.
Sebelum
itu, saya sudah sekian lama tidak aktif di dalam laman facebook.
Ini
adalah kerana saya merasa meluat membaca kata-kata penuh kebencian rakan-rakan
yang saya kenali terhadap orang asing yang mereka tidak pernah langsung bertemu
seumur hidup mereka.
Perasaan
ini menyebabkan saya jarang melihat isikandungan laman facebook sekaligus menyebabkan saya terlupa akan kata laluannya.
Di
dalam waktu yang sama, saya memulakan perjalanan mencari diri secara rohani.
Perjalanan
saya itu belum bertemu dengan titik noktah demi sesungguhnya pengetahuan adalah
seumpama sebuah lautan yang tiada berpenghujung.
Namun,
saya berjaya mengumpul beberapa pengetahuan berguna mengenai kehidupan.
Pengetahuan
ini saya kumpul melalui pembacaan dan kehidupan saya sendiri.
Kebanyakkan
perkara yang saya kumpul dari pembacaan, saya anggap sebagai teori sahaja.
Untuk
membuktikan teori ini, saya perlu bereksperimen. Bahan eksperimen terbaik dan
termudah boleh saya kumpul tentulah diri saya sendiri.
Memandangkan
internet melalui facebook adalah alat terhebat dicipta untuk manusia mengenali sesama
sendiri maka saya pun memutuskan untuk menjadikan ia sebagai mekanisma
eksperimen saya.
Eksperimen
ini bolehlah kita gelar sebagai PERBEZAAN DI ANTARA TRANSFORMASI DAN UBAH.
Sejarah
Hidup
Sejarah
hidup saya penuh dengan warna-warni.
Apabila
merenungnya kembali dengan intelek yang sedikit mendalam, saya merumuskannya
sebagai perbuatan-perbuatan yang didasarkan kepada compulsion.
Di
waktu ini pun, sebenarnya, saya belum lagi berjaya menghapuskan sepenuhnya sifat compulsive itu. Namun, saya bersedia
menjadi murid yang paling tegar demi menguasai tindakbalas ini.
Saya
pernah membaling pensyarah saya dengan pen dan memaki seorang pensyarah lain di
dalam dewan kuliah hanya kerana mereka menuduh saya tidur.
Sedangkan,
pada waktu tersebut saya mengalami sakit tengkuk yang teruk. Suatu keadaan yang
kekal sehingga kini.
Di
waktu yang lain, oleh kerana ketiadaan wang saku yang cukup (ibu saya seorang
ibu tunggal yang tidak bekerja) saya bertindak makan dan minum tanpa bayaran.
Kadang-kadang
saya sengaja mengajak rakan-rakan lain bersama-sama makan dan minum di sebuah café
paling mahal di Universiti kami tanpa bayaran.
Rakan-rakan
ini secara naif meyakini bahawa saya membelanja mereka.
Di
waktu inilah saya mempelajari suatu perkara penting mengenai kehidupan.
Bahawa
manusia tidak sedikitpun mempedulikan apa cerita anda. Selagi mereka boleh
melangsungkan kehidupan, itu sudah cukup buat mereka.
Apabila
mula membaca sedikit mengenai ilmu falsafah barulah saya tahu bahawa perkara
ini dikenali sebagai CYNICS.
Banyak
lagi perkara-perkara buruk yang saya lakukan sepanjang belajar di sekolah
menengah dan universiti.
Saya
percaya di mata rakan-rakan universiti dan sekolah, saya adalah seorang yang bermasalah.
Oleh
kerana itu, ramai yang tidak percaya apabila melihat keputusan Ijazah saya yang
hampir mendapat Kelas Pertama.
Saya dapat merasakan perkara ini apabila ada di antara rakan-rakan berkali-kali bertanya mengenai keputusan akhir Ijazah yang saya perolehi.
Eksperimen
Tanpa
di duga, latar belakang ini menjadikan set-up
ujian mengenai PERBEZAAN DI ANTARA TRANSFORMASI DAN UBAH sangat sesuai.
Dengan
mengambil kira pandangan rakan-rakan universiti dan sekolah yang negatif ini maka saya
mula memuat turun foto dan video saya sedang menyertai majlis-majlis kebajikan
lengkap dengan maklumat tentang tarikh dan apa sumbangan yang diberi.
Ada
di antara majlis ini dianggap berprestij sehingga dimuatkan ke dalam dada-dada
akhbar dan dijadikan bahan berita.
Ternyata
banyak komen positif yang saya terima dari rakan-rakan lama dan baharu.
Walaupun, sesungguhnya saya
berasa seolah-olah seperti sedang berlakon di mana tajuk drama yang saya lakoni
adalah mengenai kezuhudan. Namun, saya teruskan sahaja tindakan ini demi untuk membuktikan teori yang saya baca itu adalah benar.
Untuk
pengetahuan sidang pembaca, adalah sangat mudah untuk membezakan seseorang yang
melakukan suatu kerja kebajikan dengan ikhlas dengan seorang yang sedang menayang zuhud.
Seorang
yang berlakon, mereka akan memprojek imej philanthropist
dengan gambar dan peralatan lain demi mendapatkan apa sahaja berita yang boleh
menaikkan imej mereka.
Seorang
yang ikhlas tidak akan sama sekali ke hadapan untuk menerima apa-apa nama dari
kerja kebajikannya kecuali jika mereka mahu membuat sinergi. Iaitu mencari dana
yang lebih demi meneruskan usaha mereka.
Baru-baru
ini sebuah band metal datang membuat persembahan di ibu negara. Sambil berhibur
saya mengambil kesempatan tersebut untuk melakukan ujian kepada imej baik yang
sedang saya projek selama beberapa bulan di laman facebook saya.
Kali
ini saya mengambil gambar-gambar dan video yang lebih liar untuk mengembalikan
ingatan mengenai siapakah diri saya sebelum ini.
Ternyata,
benarlah terdapat perbezaan yang ketara di antara TRANSFORMASI DAN UBAH.
Ini
adalah kerana sungguhpun gambar-gambar dan video ini agak liar namun ianya
tidaklah mengundang komen negatif dari rakan-rakan baharu dan lama.
Kesimpulan
Sidang
pembaca yang dihormati sekelian.
Bayangkan
anda memegang sehelai sapu tangan. Kebiasaanya sapu tangan berbentuk empat
segi, bukankah begitu ?
Sekarang
cuba anda ambil hujung bertentangan di atas dan bawah sapu tangan
tersebut. Lipatlah ia menjadi separuh.
Ia
kini tidak lagi menjadi dirinya yang asal iaitu berbentuk empat segi. Ia
BERUBAH menjadi tiga segi.
Walaupun
berubah bentuk tetapi fungsinya tetap sama. Iaitu menjadi pembersih kekotoran.
Bayangkan pula serumpun pokok bunga ros yang baru ditanam. Batang-batang pokok ini
penuh dengan duri.
Di
ketika ini, nilai dirinya tidaklah begitu tinggi.
Namun,
selang beberapa ketika apabila tiba musim bunga. Batang ini mula berputik lalu
berkembang menjadi sekuntum bunga ros yang cantik dan berbau harum.
Dari
sebatang pokok berduri yang tiada nilai. Pokok ini membuat satu TRANSFORMASI
sehingga dirinya di angkat menjadi simbol yang sangat tinggi nilainya sehingga
boleh mencantum dua hati manusia tidak kira bangsa dan umur.
Pokok
bunga ros tidak membuang dan melupakan siapakah dirinya. Batangnya masih
berduri.
Namun,
imej yang dipancar menjadikan mata dan minda manusia tertumpu kepada nilai yang
cantik dan berbau harum itu, lalu sanggup melupakan keburukan durinya yang mampu melukakan jari.
Saudara
sidang pembaca, begitulah juga kehidupan ini.
Di
dalam hidup ini kita tidak perlu berubah dari menjadi diri kita.
Jika
kita dahulunya datang dari keluarga yang miskin, selalu melakukan perkara buruk
(orang kita panggil dosa), melakukan kesilapan yang sama berkali-kali. Ini
semua adalah kisah silam yang membentuk sebahagian dari diri.
Kita harus akui yang kita tidak punyai kuasa untuk merubah sejarah ini. Anggaplah semua itu sebagai kenangan yang dapat mematangkan kita.
Namun, masa depan masih berada di dalam genggaman. Terpulanglah kepada kita untuk mencorakkannya.
Kita harus akui yang kita tidak punyai kuasa untuk merubah sejarah ini. Anggaplah semua itu sebagai kenangan yang dapat mematangkan kita.
Namun, masa depan masih berada di dalam genggaman. Terpulanglah kepada kita untuk mencorakkannya.
Elakkan diri dari menjadi seperti saputangan.
Saputangan
tadi walaupun BERUBAH menjadi tiga segi tetapi nilai dirinya masih sama iaitu
sekadar menjadi pelakon tambahan menyapu kekotoran di bibir tuannya.
Sebaliknya jadilah seperti pokok bunga ros yang membuat TRANSFORMASI dengan melakukan perkara-perkara yang baik.
Lambat laun, manusia akan menumpu perhatian mereka kepada perkara yang baik
ini.
Sifat
manusia dinamiknya adalah cepat lupa.
Kita sanggup menumpu kepada perkara yang menjadi tarikan daripada memikirkan risiko yang datang bersama tarikan itu.
Kita sanggup menumpu kepada perkara yang menjadi tarikan daripada memikirkan risiko yang datang bersama tarikan itu.
Oleh
itu, janganlah menganggap kelakuan buruk anda yang lampau adalah batu
penghalang untuk melakukan transformasi.
Ianya
bukanlah sesuatu yang negatif sebaliknya ia mempunyai kekuatan tersendiri yang mampu menjadikan
diri kita unik daripada individu lain.
Apa-apa
pun TRANSFORMASI perlu datang dari dalam diri seperti juga bunga ros yang berkembang
dari dirinya sendiri.
"Baginya pengiring, di depannya dan di belakangnya, yang menjaganya dengan perintah Allah. Allah tidak ubah apa yang di dalam satu kaum sehingga mereka ubah apa yang di dalam diri-diri mereka sendiri. Dan jika Allah hendakkan keburukan bagi satu kaum, tidaklah ada pengembaliannya; selain daripada-Nya, mereka tidak ada pelindung." AQ 13:11
Ashwed
rangkaian sosial membuktikan kebanyakan kita lebih hipokrit berbanding tanpanya.
ReplyDeletecontoh, apabila seorang tidak menutup aurat, ramai terus menjatuhkn hukuman dgn sabda sabda nabi yg mereka sendiri tak tahu kebenarannya.
kita lihat banyak komen negatif dr positif. sadly mereka yg byk membuat komen seperti ni adlh insan terpilih yg merasakan mereka layak ke syurga.
Salam Tuan,
ReplyDeleteMemang bagi saya social network esp FB
& Whatsapp membawa lebih byk impak negative dlm kehidupan seharian. Dah 5 tahun saya stop & terasa hidup sgt aman. Tuan orang seni, apa kata Tuan cuba buat lagu & lirik tentang spiritual & kehidupan, share kan di Youtube, anonimously. Muzik bagi saya adalah medium yg sgt kuat secara subconciously utk manusia berfikir. Music unites, religion divides. Saya tujukan lagu ini khas utk Tuan: https://youtu.be/I5J2WVelyxg
Love & peace,
Arip IP
Salam Sdr Arip IP,
DeleteSebenarnya saya memang ada mencipta lagu bersama band saya semasa kami di universiti. Masa itu zaman grunge. Kurt Kobain adalah jurucakap generasi kami. Lirik lagu kami berkisar mengenai kehidupan spt anak yg kehilangan ikon bapa dsbgnya.
Malangnya selepas masing2 berumahtangga dan memulakan karier utk mencari rezeki minat itu terhenti. Masih terdapat dua lagu yg masih belum disiapkan.
Zaman di mana kita tiada komitmen famili, hutang, kerja dan tgjwb memang rasa begitu indah.
Damai