Kedamaian
Untuk Semua,
Bersempena
dengan Hari Wesak yang di sambut di Malaysia pada hari ini, apa kata kita
berbincang sedikit mengenai Buddha.
Buddha
bukanlah nama orang. Kesilapan pemahaman mengenai perkara ini sudah sekian lama
di bawa oleh umat manusia.
Kesilapan
ini bukan sahaja dilakukan oleh mereka yang tidak mempelajari mengenai ajaran Buddha,
malah turut dilakukan oleh pengikut ajaran Buddha itu sendiri.
Buktinya
dengan jelas dapat di lihat dari nama lain yang diguna untuk perayaan ini. Di
antaranya ialah, Buddha Purnima atau Buddha Jayanthi yang membawa maksud
perayaan kelahiran, enlightenment (kesedaran) dan kematian Gautama Buddha.
Vesākha | |
---|---|
Official name | Vesākha, Buddha Purnima, Buddha Jayanti, Vaisakha, Vesak |
Also called | Buddha's Birthday or Buddha Day |
Observed by | Buddhists and Hindus in India, Sri Lanka, China, Japan, South Korea, Taiwan, Nepal, Tibet, Bangladesh, Bhutan, Indonesia, Singapore, Vietnam, Thailand, Cambodia, Laos, Malaysia and Myanmar |
Type | Religious |
Significance | The birth, enlightenment and death of Gautama Buddha |
Observances | Meditation, observing the Eight Precepts, partaking of vegetarian food, giving to charity, "bathing" the Buddha |
Date | Full moon of the month of Vesākha, usually in April (first), May or June (last) |
2016 date | 21 May (Sri Lanka, Cambodia, Myanmar and India) 22 May (Indonesia) |
2017 date | 10 May (Sri Lanka, Cambodia, India, Bangladesh, Singapore, Thailand, Myanmar and Malaysia) 11 May (Indonesia) |
2018 date | 29 May (Sri Lanka, Cambodia, India, Bangladesh, Singapore, Thailand, Malaysia and Indonesia) |
Frequency | annual |
Related to | Buddha's Birthday Other related festivals Laba Festival (in China) Rohatsu (in Japan) Bodhi Tree Watering Festival (in Myanmar) |
Seperti
juga dengan Islam, Buddha bukanlah sebuah organisasi agama.
Jika
Islam membawa maksud kedamaian di dalam Bahasa Arab. Buddha pula adalah
cantuman perkataan Sanskrit/Pali iaitu budhi (akal, intelek) dan dha (atas,
tinggi atau above).
Oleh
yang demikian, Buddha membawa maksud “above
intellect” atau Intelek Tinggi/Atas.
Siddharta
Gautama adalah di antara manusia yang berjaya mencapai Buddha (above
intellect).
Beliau
bukanlah satu-satunya manusia yang berjaya mencapai tahap ini. Sepanjang
sejarah ramai yang berjaya mencapai tahap ini di dalam ketamadunan yang
berbeza.
Ada
yang kita kenali sebagai Nabi dan Rasul, ramai pula yang tidak kita kenali.
Yang pasti mereka ini banyak membantu manusia lain memahami kehidupan ini
dengan lebih mendalam.
Sejarah
Hidup Siddharta Gautama
Menurut
wikipedia beliau, dilahirkan di Timur Benua India di sebuah daerah bernama
Lumbini di antara 563-480 tahun sebelum masihi dan meninggal di sebuah daerah
bernama Kushinagar di antara 483-400 tahun sebelum masihi.
Beliau
lebih dikenali sebagai seorang pendeta yang menghabiskan hidupnya sebagai
seorang pelajar dan pengajar.
Seperti
juga dengan manusia-manusia zaman silam yang lain, sejarah mengenai pendeta ini
hanya mula dikumpul beratus-ratus tahun selepas kewafatannya.
Dalam
hal Siddharta Gautama, nota mengenai kehidupan beliau mula dikumpul kira-kira
400 tahun selepas beliau meninggalkan alam yang fana ini.
Di
dalam tempoh 400 tahun itu, manusia hanya mengingati sejarah hidup pendeta ini
melalui pendekatan tradisi oral.
Oleh
yang demikian, banyak cerita mitos yang ditokok tambah kepada kehidupan sebenar
beliau seperti beliau dilahirkan tanpa bapa di bawah sepohon pokok Sal oleh
ibunya yang digelar Queen Maya.
Pada
malam Siddharta dikandungi, Queen Maya bermimpi seekor gajah putih bergading 6
memasuki tubuhnya dari arah kanan selain mitos-mitos lain yang menjadi begitu
terkenal dan dihafali oleh para pencinta beliau.
Seperti
kebanyakkan organisasi agama yang lain, perselisihan mengenai mitos ini
akhirnya mencambahkan aliran pemikiran atau mazhab yang berbeza.
Hari
ini, saya tidak bercadang untuk menulis mengenai kehidupan dan sejarah
Siddharta Gautama secara panjang lebar, sidang pembaca boleh mencari
pengetahuan mengenainya di Wikipedia atau laman-laman agama Buddha.
Sebetulnya,
hari ini saya ingin berkongsi pengetahuan mengenai ajaran Buddha berdasarkan
pemahaman saya sendiri.
Suatu
amaran perlu diberi bahawa pemahaman saya mungkin sangat berlainan dengan
panduan beragama menurut ajaran Buddha yang diajar oleh para sami mengikut
tradisi aliran pemahaman atau mazhab masing-masing.
Bacalah
dengan fikiran yang terbuka, mana tahu artikel ini boleh memberi pengetahuan
tambahan dan idea baru di dalam hidup kita.
Intelek
Saya
pasti ramai di antara kita yang pernah mengalami suatu keadaan yang dikenali
sebagai stres.
Namun,
pernahkah anda berfikir mengapa kita menjadi stress.
Pasti
ramai yang menganggap manusia menjadi stres kerana mereka terlampau taksub
untuk mencapai sesuatu seperti di dalam mengejar imbuhan pekerjaan, pelajaran,
sukan dan sebagainya.
Benar,
perkara-perkara ini jika tidak dikawal akan membuatkan kita stres dan stres pula
jika tidak dikawal boleh membawa mudarat seperti penyakit Kardio, tekanan
perasaan, amarah dll.
Cumanya
yang kita jarang berfikir ialah kenapa kita jadi begitu ?
Seperti
yang saya nukilkan pada permulaan artikel ini, Buddha adalah percantuman dua
perkataan Sanskrit yang membawa maksud “above
intellect” di dalam Bahasa Inggeris.
Jika
ada tahap “above intellect”, pastilah
ada tahap yang berlawanan dengannya iaitu “below intellect”.
Apabila
ada tahap “below intellect” pasti
pula wujud tahap yang ditengah-tengah yang kita kenali sebagai “normal intellect”.
Sebelum
kita pergi lebih lanjut memahami secara ringkas apa dia “above intellect”, “normal
intellect” dan “below intellect”.
Apa kata kita fahami dulu apakah dia intelek ?
Intelek
secara mudahnya adalah pemikiran kita.
Tetapi, jika
mahu memahaminya secara keilmuan tersusun, intelek bolehlah kita terangkan
sebagai fakulti alasan dan pemahaman mengenai sesuatu secara objektif.
Ia
juga dikenali sebagai akal di dalam Bahasa Arab dan Melayu. Perlu di ingat bahawa
akal bukanlah otak sahaja kerana otak adalah sejenis organ.
Akal
adalah segala-galanya tentang diri kita. Cara berfikir dan menilai sesuatu,
riak perbuatan, keputusan yang kita ambil dan sebagainya.
Di
dalam Bahasa Al Quran perkataan yang paling tepat untuk menerangkan hal ini
pada saya ialah Rabb.
Inilah
etimologi perkataan intelek.
Namun
begitu, pada resam dunia ini, intelek adalah segala input dan konsep yang diletakkan
ke dalam akal kita oleh ajaran dari manusia sekeliling.
Semasa
kita dilahirkan ke dunia, pelbagai perkara mengenai kehidupan ini tidak kita
ketahui.
Ibu
dan bapa kitalah guru yang pertama mengajar kita.
Ada
perkara yang diajar oleh mereka seperti api itu panas, gula itu manis, beras
boleh mengenyangkan pada asasnya kita boleh sendiri mengetahuinya berdasarkan
pengalaman.
Tetapi,
pada asasnya perkara-perkara mudah inilah sebenarnya dikategorikan sebagai
kebenaran hakiki.
Selain
itu, mereka juga mengajar kita mengenai konsep-konsep lain seperti agama, tuhan,
malaikat, kitab dll yang bercampur baur di antara kebenaran dengan mitos.
Ini
semua pada dasarnya kita kenali sebagai belief
system.
Oleh
itu, intelek pada asasnya adalah semua konsep dan input yang bercampur baur di
antara yang benar dengan kepercayaan yang kita anggap benar. Semua ini diletakkan
di dalam akal kita oleh ORANG LAIN.
Ia
menjadi begitu rumit sehingga MAJORITI MANUSIA tidak dapat membezakan lagi di
antara yang benar dengan yang palsu.
Inilah
dia apa yang kita kenali sebagai “NORMAL INTELLECT”.
Lihatlah
disekeliling anda. Majoriti manusia pasti mempunyai agama, konsep tuhan
masing-masing, ajaran dan fahaman yang membezakan kumpulan mereka dengan yang
lain.
Mereka
ini pada dasarnya adalah manusia biasa yang tahu api itu panas, gula itu manis
dan beras boleh mengenyangkan. Dengan kata lain, mereka manusia normal.
Mereka inilah yang
paling mudah mengalami stres kerana pemikiran yang rumit ini.
Cuba
ingat kembali semasa kita kecil seringkah kita mengalami stress ? Tentulah
tidak. Kita tidak pernah memikirkan tentang bil bulanan dan hutang di sekeling
pinggang.
Setiap
hari yang kita fikirkan ialah ingin bergembira, bermain bersama kawan-kawan.
Begitu
juga dengan orang gila. Mereka ini tidak mengalami stres. Mereka tidak lagi
berfikir mengenai hutang, laporan kerja, tarikh siap dan sebagainya.
Bagaimana
pula dengan binatang ? Adakah binatang mengalami stres ? Mungkin ada satu dua
kes berita binatang jadi stres lalu naik minyak. Tapi perkara ini bukanlah
diakibatkan oleh intelek mereka.
Mereka
inilah termasuk di dalam kategori “below
intellect”.
Dalam
erti kata yang lain mereka ini tidak mengalami stres kerana mereka tidak
mempunyai intelek rumit seperti majoriti manusia normal. Mereka bolehlah
dikatakan sebagai tidak normal.
Akhir
sekali, apakah dia kategori “above
intellect” (Buddha). Bagaimana pula cara mereka yang diberi enlightenment (kesedaran) ini
berfikir.
Seperti
yang saya sebut di atas, majoriti manusia mempunyai pemikiran rumit yang
dikenali sebagai normal intellect.
Apa
yang dicapai oleh mereka yang berada di dalam kategori “above intellect” ialah merungkai kerumitan itu denga KEMBALI
KEPADA ASAS.
Semasa
kita dilahirkan sehingga kepada memori kita yang pertama apakah sebenarnya yang
kita ketahui ?
Kita
sebenarnya ketahui bahawa diri kita adalah kita. Kita mula mengenali diri kita.
Mula-mula bila dahaga kita mula mencari air, apabila lapar kita mencari makan.
Semasa
kita kecil intelek kita belum dikotori lagi oleh input dari konsep orang lain.
Air yang kita cari tadi bukanlah susu dari jenama pediasure, asalkan boleh
menghilangkan dahaga adalah cukup bagi kita.
Begitu
juga, apa jenis makanan pun sudah memadai untuk kita semasa kecil tidak perlu
nasi kerabu, pizza atau spaghetti. Yang penting perut tidak lapar.
Begitulah
juga dengan sistem kepercayaan. Semasa kita kecil sebelum ada orang mengotori intelek
kita dengan konsep bahawa ada orang yang lebih suci dari yang lain, ada yang
lebih agong dari yang lain, ada tempat membakar manusia jika membuat perbuatan
yang dikategori sebagai jahat dll.
Sebelum
semua ini dibentuk dan diletakkan ke dalam intelek kita, sesungguhnya kita
adalah seorang individu yang bebas.
Jika
kita berjaya merungkai kesemua pemikiran rumit ini dan KEMBALI KEPADA ASAS maka
itulah yang dikenali sebagai”above
intellect”.
Jika
kita berjaya mencapainya baharulah kita SEDAR bahawa yang sebenarnya yang ada
di dalam dunia ini hanyalah .. “apa yang berada di dalam diri dan di luar dari
diri kita.
Inward dan Outward. Itu sahaja yang tinggal. Inilah yang paling asas.
Kita
hanya boleh mengawal apa yang berada di dalam diri kita, tidak di luar.
Kita
boleh mengawal diri kita dari menjadi stres dengan membuat langkah mudah iaitu
mengambil keputusan untuk tidak stres.
Demi
sesungguhnya, tiada siapa yang boleh menghalang kita untuk berbuat begitu.
Kesimpulan
Ramai
yang berpendapat jika mereka berjaya mencapai sesuatu seperti wang dan harta
yang banyak, isteri cantik yang menjadi rebutan rakan-rakan, memasuki universiti
ternama, pangkat, kuasa dan pengaruh maka mereka tidak lagi akan stres.
Ini
adalah kerana mereka menganggap ini adalah matlamat hidup mereka.
Tanpa
disedari, inilah sebenarnya permulaan kepada kehidupan yang penuh tekanan.
Sebenarnya
kita boleh sahaja menikmati semua nikmat dunia ini tanpa terikat dengan tekanan
yang dibawa bersama dengannya.
Caranya
ialah dengan kembali kepada asas. Inilah yang dikenali sebagai Ad Deen dari
ajaran seorang yang mencapai tahap Buddha (above intellect). Masyarakat kita
mengenali orang ini dengan nama Mohammad.
Untuk
menyedari akan hal ini sudah tentulah kita perlu mengenali diri kita terlebih
dahulu
Hal
ini tidak boleh dicapai dengan sekadar memakai pakaian tertentu atau duduk
bertafakur dengan kedudukan tertentu atau berjalan merata lorong dengan tidak
memakai kasut dan memohon sedekah dari orang.
Semua
itu terjadi bukan kerana dipaksa-paksa. Tetapi adalah suatu kejadian peristiwa
semulajadi. Bukan diulang-ulang untuk mencapai matlamat.
Mereka
yang tidak mengalami stres adalah mereka yang mencapai tahap “above intellect” dan mereka yang berada
di dalam kategori “below intellect”.
Menjadikan
garisan di antara orang bijak yang mencapai kesedaran (enlightenment) dengan seorang yang gila adalah sangat nipis.
Saya
sendiri masih seorang yang normal dan sering mengalami stress. Anda bagaimana ?
Selamat
Hari Wesak 2017.
Ashwed
Salam.
ReplyDeleteRead article about mindfulness.
http://www.bbc.com/travel/story/20170504-the-japanese-skill-copied-by-the-world
Sometimes I tak berapa peka apa buat. Absent minded instead of mindfulness. Especially if in a hurry.
Lesson learned bila tak tahu pun yang terlupa ambil ambil atm card after ambil duit. Ingatkan hilang rupanya dah kena telan bila call bank customer center. Create unnecessary stress.
Really hate debit card. Stress takut orang lain guna sebab not all shops minta password for verification. Plus if the payment machine has been tampered.
Melayang RM12. Hanya pelik bila bank kata kena tukar kad baru. Call center pula kata tak perlu bayar. What can I say the service only takat tu je.
Sabar je.
Non
Salam Sdr Non,
DeleteThanks for the article. Skrg diaorg panggil mindfulness. Dulu diaorg panggil Obsessive Compulsive Disorder.
Benda yg positif senang shj orang lain warnakan sbg negatif.
Peace
Salam Tuan,
ReplyDeleteSetelah mengetahui kebenaran hasil drpd pemerhatian, common sense dan pelbagai pembacaan termasuk artikel Tuan terutamanya, mengenai komitmen dan zat asal, kebanyakan masanya kedamaian dapat dirasai, tapi sekali sekala tak dpt lari drpd stress kot. Saya ada ramai kenalan lawyer satu uni, rasanya takde sorang pun yg tak pernah stress mengenai kerjaya depa. Mungkin stress itu menunjukkan kita sgt mengambil berat mengenai tugas kita yg memberi impak terhadap kehidupan orang lain. Kalau buat sambil lewa boleh mendatangkan masalah. Para nabi pun mengadu mengenai tekanan yg dihadapi terhadap komitment mereka dalam Quran.
Kalau kelapangan pula , diharap Tuan dapat tulis mengenai hubungkait mengenai rabb, conciousness dan zat asal. Saya belum dapat pemahaman mengenai perkara tersebut.
Love & peace,
Arip IP
Logik juga. My friend tekun siapkan kerja untuk dapat hasil yang sebaik mungkin dan meet deadline.
DeleteWalaupun stress dia rasa puas kalau hasilnya bagus dan kurang masalah.
Non
Salam,
ReplyDeleteStress berkait rapat dengan displin diri. Nanti saya komen......
Mohon izin memberi cadangan, mungkin penulis boleh memasukkan elemen "redha" dalam tulisan ini
ReplyDelete