Saturday, 27 May 2017

Siri Ramadhan - Nostalgia

Kedamaian Untuk Semua,

Tanahair kita sedang meraikan apa yang dikenali sebagai bulan "ibadah".

Ibadah adalah sebuah perkataan arab yang diterbitkan dari akar kata ain-ba-dal. Ia membawa maksud abdi.

Oleh yang demikian, ibadah adalah sebuah kata terbitan yang diterbitkan dari akar kata ain-ba-dal. Ia membawa maksud PENGABDIAN.

Dunia pernah mempraktis sistem hamba abdi yang boleh kita jadikan contoh untuk sebuah pemerhatian yang mendalam.

Ia berlaku terutamanya di ladang-ladang di seluruh Amerika Syarikat. Sebuah negara yang kini mendabik dada mahu menjadi polis ideologi demokrasi dunia.

Kita dapat perhatikan, bahawa hamba-hamba yang bekerja di ladang-ladang itu tidaklah boleh memilih bulan mana yang mereka mahu menghambakan diri kepada tuannya, bukankah begitu ?

Mereka menghambakan dirinya SEPANJANG TAHUN kepada tuan mereka.

Ini dilakukan untuk sebuah maksud yang jelas. Iaitu agar sesiapa sahaja yang memiliki mereka dapat memperoleh laba keuntungan.

Namun, ada juga kes di mana tuan-tuan ladang memulangkan hasil yang dituai kepada hamba mereka kerana merasakan rezeki yang mereka terima sudah terlalu melimpah ruah dan mustahil untuk dihabiskan.

Kini, bayangkan jika sekiranya Tuan itu mempunyai KEKAYAAN yang tidak mempunyai sempadan, KEKAYAAN yang tiada tolok bandingnya. Sebuah kekayaan yang di luar kemampuan kita untuk memikirkannya.

Jika Tuan itu memiliki kekayaan yang sebegini. Adakah anda merasai Beliau memerlukan lagi khidmat hamba-hambaNya untuk mengkayakan lagi diriNya ?

Apa lagi yang Tuan ini mahukan jika Beliau sudah ada segala-galanya ? Beliau tidak pernah sakit kerana tidak mati.

Beliau tidak mengantuk sehinggakan tidak perlu tidur. Beliau boleh mendengar segala apa yang terjadi di seluruh alam. Beliau boleh melihat segala apa yang ada di seluruh alam.

Perlukan Tuan sebegini sesuatu dari hamba-hambanya ? Sudah tentulah tidak.

Jadi kepada siapakah sebenarnya kita, hamba-hambaNya berkhidmat ?

A006

"Sesiapa berjuang (ja-ha-da), dia berjuang (yu-ja-hi-du) hanya untuk dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya daripada semua alam" AQ 29:6

Mereka ini kesemuanya, berkhidmat untuk kebaikan diri sendiri sahaja dengan mengakui untuk "wa samiaq na, wa artoq na" (kami dengar dan kami patuh) kepada pesanan Tuan mereka.

Agar mereka memperoleh kebaikan untuk diri mereka sendiri.

Dengan itu, saya secara peribadi merasakan pemilihan sesebuah bulan tertentu sebagai bulan "ibadah" sangatlah meleset konsepnya.

Kita perlu mendengar dan patuh kepada arahan Tuan kita sepanjang tahun untuk mendapat kebaikan dari pesananNya itu.

Namun begitu, secara umumnya, perkara mengisytihar sesuatu bulan sebagai bulan ibadah ini bukanlah sesuatu yang 100 peratus buruk.

Masih terdapat sisi baik yang boleh kita jadikan fokus untuk melahirkan tindak balas positif demi kebaikan masyarakat di negara ini.

Di antara perkara baik yang saya boleh nampak ialah apabila keluarga yang jauh dan dekat mengejar masa untuk makan bersama-sama tepat pada waktunya.

Pada bulan ini, secara tiba-tiba ramai di antara kita mula mematuhi perintah ini ;

A001

"Demi masa!" AQ 103:1

A002

"Sesungguhnya manusia dalam kerugian" AQ 103:2

A003

"Kecuali orang-orang yang amanah ('a-ma-nu), dan buat kerja-kerja baik, dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk sabar" AQ 103:3

Pada bulan ini juga, sesibuk mana pun ahi keluarga itu, mereka seolah-olah dapat mencuri peluang untuk menikmati juadah bersama-sama ahli keluarga yang lain.

Makan bersama adalah cara paling asas untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.

Jika keluarga kita adalah dari jenis yang tidak berpeluang melakukan acara ini setiap hari, maka ianya bolehlah dijadikan medan untuk mempraktis program ini.

Jikalah ada di antara ahli keluarga kita yang menghadapi krisis sehingga asyik bertengkar apabila bersua. Maka kaedah ini boleh dijadikan medan paling tepat untuk menahan diri dari memulakan pertengkaran.

Inilah yang dikenali sebagai PROGRAM SOUM (to restraint/menahan diri). Sebuah konsep yang diketengahkan oleh Al Quran.

Jika anda mengalami masalah berat badan kerana makan secara berlebihan maka tahanlah diri anda dari makan.

Jika anda mengalami masalah ketagihan meminum minuman yang tidak membawa manfaat. Makan tahanlah diri anda dari meminum air itu.

Jika anda mengalami masalah ketagihan merokok atau mengambil dadah maka tahanlah diri anda dari berbuat demikian.

Ia perlu dilakukan sehingga anda dapat membezakan keburukan dari kebaikan yang dibawa oleh perkara-perkara yang anda ketagih itu. Bukan terhenti setakat satu bulan sahaja.

Kenangan Mengusik Jiwa

Pelik jika dikenangkan bagaimana sesuatu elemen itu boleh membawa pemikiran kita ke suatu masa yang lampau.

Oleh kerana manusia mempunyai fantasi indah yang mahu mereka realisasikan maka secara tidak sedar akal kita merekod kenangan-kenangan yang membawa kegembiraan kepada diri kita.

Kebanyakkan kenangan ini akan diputarkan kembali di kotak pemikiran kita apabila terdapat sesuatu elemen yang mencuitnya.

Ia boleh jadi sesuatu bau, peristiwa, audio dan visual yang menjadi pemangkin untuk putaran rekod itu.

Bagi saya elemen bunyi terutamanya lagu, banyak membantu saya mengenang kembali peristiwa-peristiwa indah yang pernah terjadi di dalam hidup saya.  

Oleh kerana itu, apabila ada rakan yang memperdengarkan kembali lagu ini, saya merasakan diri saya seolah-olah kecil kembali. Sekitar umur 10-12 tahun.


Tiba-tiba terasa diri seolah-olah menunggu-nunggu sebuah kedai india di hujung kampung yang saya diami mula menjual bunga api dan mercun.

Pelampau

Semua kenangan indah ini gugur satu persatu dengan hadirnya keterangan-keterangan melampau terutamanya dari ahli-ahli politik yang mewarnai kehidupan saya di dekad itu.

Bila diingati kembali, saya dapat merasakan krisis dan dilema yang dihadapi oleh jiwa saya akibat dari keterangan-keterangan ini.

Sedikit demi sedikit, jiwa kecil yang indah itu, berubah rupa menjadi pelampau.

Kini baru saya sedar, bahawa jiwa manusia boleh menjadi hitam legam jika kita membiarkan desakan luar menyapu warna mereka kepada diri kita.

Kini, golongan pelampau itu masih wujud. Di dalam bentuk mereka yang tersendiri, mewarisi tradisi pelampau dari nenek-moyang mereka. 

Saya percaya, pasti ada jiwa kecil yang berjaya mereka warnai dengan keterangan-keterangan mereka.

Pasti ada jiwa yang menjadi pembenci akibat dari keterangan-keterangan tidak bertanggung jawab ini.

Image result for kalau nak beli di bazar jangan tengok apa yang dia jual tetapi tengok siapa yang menjual. jangan beli dari tangan-tangan yang tak takut pada Allah. jangan beli dari tangan yang tak tutup aurat

http://celahgelegar.blogspot.com/2017/05/kumpulan-mahu-guan-eng-dilarang-berbuka.html

Golongan pelampau ini bukan sahaja terdiri dari mereka yang berkopiah, berjubah dan berjambang.

Ada juga mereka yang berpakaian melayu, bersampin dan bersongkok.

Dan yang paling bahaya tentulah datangnya dari mereka yang mengakui mengikuti amalan demokratik. Namun, secara realiti mencengkam kumpulannya dengan kuasa dan pengaruh berpanjangan selama lebih dari 50 tahun.

Yang paling bahaya tentulah mereka yang memprojek imej demokratik tetapi tidak boleh menerima kumpulan lain menjadi pemimpin mereka.

Yang menolak untuk menerima budaya yang diamalkan masyarakat setempat secara keras sehingga terbawa-bawa sehingga ke Dewan Undangan Negeri sebuah Dewan yang sepatutnya bebas dari amalan melampau.

Namun kini, kumpulan ini sanggup untuk berlakon menerima budaya itu demi kuasa. Inilah yang menjadikannya begitu bahaya. Apabila berterus terang, sekurang-kurangnya kita tahu apa yang perlu kita jangka.

https://ruzaimiramza.wordpress.com/2008/06/08/kepala-dogol-dap/

JOHOR BAHRU 8 Jun - Tindakan DAP mendesak empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu supaya tidak memakai songkok pada majlis pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) disifatkan sebagai biadap dan menderhaka kepada Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail.

Beberapa ADUN berpendapat, parti itu secara jelas berpendirian kurang ajar dengan merendahkan peraturan dewan itu serta tidak menghormati adat negeri ini dan orang Melayu.

ADUN Nusajaya, Datuk Aziz Sapian berkata, disebabkan majlis itu akan dirasmikan oleh Sultan Johor maka sesiapa yang tidak mengikuti peraturan dewan tersebut seolah-olah tidak menghormati Sultan.

"Jika wakil rakyat daripada DAP tidak mahu menghormati Sultan atau peraturan Johor maka lebih baik jangan duduk di negeri ini dan keluar serta pergi sahaja ke negeri lain," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang menyatakan ADUN Bentayan, Mengkibol, Senai dan Skudai berada dalam keadaan serba salah sama ada hendak memakai songkok atau tidak pada majlis perasmian pembukaan DUN pada 19 Jun ini.

Naib Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez berkata, kesemua wakil rakyat tersebut pada dasarnya tidak mempunyai masalah untuk memakai songkok tersebut.

Bagaimanapun katanya, sebahagian ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meminta mereka tidak memakai songkok pada majlis pembukaan yang akan dirasmikan oleh Sultan Johor itu.

Norman berkata, mereka dalam dilema sama ada hendak mengikut arahan CEC atau mengabaikannya dengan memakai songkok pada majlis tersebut.

Aziz berkata, pendirian DAP itu tidak boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat kerana jika dibandingkan wakil rakyat daripada parti lain, misalnya Pas boleh memakai songkok dan bukannya kopiah.

ADUN Tiram, Datuk Maulizan Bujang pula berkata, tindakan DAP itu adalah seperti cuba mencemarkan institusi raja di negeri ini dan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat kerana ia menyinggung perasaan orang Melayu.

"Sepatutnya apabila mereka sudah bersetuju untuk menjadi wakil rakyat maka mereka perlu tahu dan mematuhi segala peraturan dewan dan tidak perlu timbul perkara ini," tegas beliau yang Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Pengajian Tinggi Johor negeri.

Menurutnya, semua rakyat khususnya orang Melayu perlu mengambil pengajaran dan sedar terhadap pendirian DAP yang tidak menghormati budaya orang Melayu.



Mereka ini semua perlu kita tolak dari menjadi tuan kepada jiwa kita.

Ashwed 





11 comments:

  1. Salam.
    Bagaimana nak tau yang penjual tu tak mencuri, tak rasuah, tak kejam pada binatang, dan lain-lain sifat yang kita tak nampak.

    Bagaimana dengan kualiti, harga, service, dan lain-lain. Nampak gayanya tak makan la kalau ke tempat yang tak orang 'Islam'.

    Non

    ReplyDelete
  2. Salam semua,

    Saya kenal ramai orang dgn pegangan agama yg baik dan berakhlak mulia. Tetapi lebih ramai yg saya jumpa perangai macam di atas. Bila kena counter mula nak butthurt dan menuduh pihak lain dengan pelbagai gelaran.

    Dari pengalaman hidup saya, boleh dikatakan kuat agama tidak membawa faedah besar kepada masyarakat kerana golongan ini tidak berpegang kepada prinsip2 Islam sebenar dalam diri mereka spt : -

    - keadilan
    - intergriti
    - kebersihan
    - amanah, jujur, tanggungjawab
    - berkata benar dan tidak sembunyikan kebenaran
    - membantu sesama manusia, tidak terlalu pentingkan diri/tamak
    - merendah diri
    - jaga hubungan sesama manusia
    - tidak menyakitkan hati sesama manusia

    Kalau boleh saya tak ambil kisah sangat dengan perangai manusia 'suci' ini tetapi makin hari, makin tahun semakin kuat pengaruh mereka. Akibatnya saya lihat berlaku serba sedikit perpecahan dlm masyarakat Melayu kita.

    ReplyDelete
  3. Lebai malang oh lebai malang.....boleh dikatakan 90% supply chain halal foods/ingredients di negara kita di kawal oleh non.muslim. Adakah lebai ni tanam/ternak sendiri bhn mentah yg jadi sumber makanan dia? Baja, feed pun dia buat sendiri juga??

    ReplyDelete
  4. Spender yg lebai pakai, kain baju....hatta kain lilit kepala lebai tu pun non.muslim yg terlibat buat secara langsung atau tidak.......dangkal sungguh lebai ni

    ReplyDelete
  5. Salam sahabat!Perhatikan 61-ayat dari Surah Al Baqoroh;

    2:110 Maka laksanakan kewajipanmu dan tunaikan kemurnianya dan apa yang didahului jiwamu dari keutamaan yang kamu mendapatnya dari Allah sesungguhnya Allah melihat segala apa yang kamu lakukan.
    2:111 Dan mereka berkata tidak akan masuk syurga melainkan siapa yang huudan atau nashaara malahan itu hanyalah khayalan mereka maka katakan kemukakan bukti kamu jika kamu orang yang benar.
    2:112 Malahan sesiapa menyerah penampilanya kepada Allah dan dia jujur maka baginya ganjaran dari Pemeliharanya dan tiada ketakutan atau kesedihan bagi mereka.
    2:113 Dan berkata yahuudu kepada nashaaraa kamu tidak punyai sesuatu dan berkata nashaaraa kepada yahuudu kamu juga tidak punyai sesuatu sedangkan kedua-duanya membaca kitab demikianlah misalan ucapan orang yang tidak mengetahui malahan Allah memberikan keputusan pada hari kebangkitan dengan apa yang telah mereka pertikaikan.
    2:114 Maka siapa lebih zalim dari orang yang mencegah dari mematuhi Allah dimana namanya diingatkan didalamnya dan merobohkanya dan tidak masuk kedalamnya melainkan orang yang takut kepada kehinaan dunia dan akhirat malahan bagi mereka azab yang sangat dahsyat.
    2:115 Dan Allah memiliki timur dan barat dan kemana sahaja kamu berpaling disitulah penampilan Allah dan Allah yang teramat luas ilmunya.
    2:116 Dan mereka berkata Allah mengambil anak pastinya tidak! malahan Dia disanjung dan kepunyanya segala apa yang dilangit dan dibumi dan kepada Dia sekelianya mentaati perintahnya.
    2:117 Dia yang mencipta langit dan bumi dan apabila Dia mentakdirkan sesuatu perintah maka Dia hanya berkata jadilah! pasti dianya terjadi.
    2:118 Dan berkata orang yang tidak mengetahui mengapa Allah tidak berkata- kata dengan kami atau didatangkan tanda-ayatnya, itulah ucapan orang sebelum kamu dan ucapannya semisalan apa yang didalam hati mereka malahan Kami menjelaskan tanda-ayatnya kepada kaum yang yakin.
    2:119 Dan Kami utuskan kamu dengan yang benar bagi membawa berita gembira dan memberi amaran kepada mereka dan kamu tidak akan ditanya berkaitan penghuni -ljahiimi.

    bsmbg,

    ReplyDelete
  6. smbgn,

    2:120 Dan tidak menyenangi orang yahuudu dan nashaaraa sehingga kamu mengikuti anutan mereka maka katakan petunjuk Allah adalah petunjuk sebenar dan jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah datang ilmu pengetahuan maka tiada bagimu perlindungan dan pertolongan Allah.
    2:121 Dan bagi orang yang Kami berikan kitab mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan dan mereka amanah kepadanya maka sesiapa mengingkarinya maka mereka itulah orang yang rugi.
    2:122 Wahai bani israaiila ingatlah ni’matKu yang dianugerahkan kepadamu dan Aku lebihkan kamu mengatasi sekelian ummat diseluruh alam.
    2:123 Dan perihatinlah suatu hari tiada ganjaran seseorang keatas yang lain dan tidak diterima darinya pembelaan dan perantaraan dan bantuan.
    2:124 Ketika Pemeliharanya menguji ibraahiima dengan kalimahnya maka dia menyempurnakanya dan Dia berkata Aku melantik kamu imam bagi sekelian manusia malahan dia berkata dari keturunanku juga maka Dia berkata janji Aku tiada kaitan dengan orang yang zalim.
    2:125 Dan apabila kami jadikan suatu sistem yang menghimpunkan sekelian manusia disuatu tempat yang aman maka ambillah contoh maqaami ibraahiima yang telah menyempurnakan kewajipanya maka Kami perintahkan ibraahiima dan ismaa’iila memurnikan sistemKu bagi mereka yang bertekun dan yang tunduk dan yang patuh dengannya.
    2:126 Dan ketika ibraahiimu berkata kepada Pemeliharanya jadikan negeri ini aman dan rezekikan warganya dengan buah-buahan bagi sesiapa yang amanah kepada Allah dan hari akhiratnya dan Dia berkata sesiapa ingkar pasti Aku berikan sedikit kesenangan kemudian Aku paksakan mereka kepada azab api malahan dianya seburuk-buruk tempat kembali.
    2:127 Dan apabila ibraahiimu dan isma’iilu selesai dirikan asas sistemnya mereka menyeru wahai Pemelihara kami terimalah ini dari kami dan hanya Kamu yang Mendengar yang Mengetahui.
    2:128 Pemelihara kami jadikan kami dari muslimani hanya kepada Kamu dan dari keturunan kami dan sekelian umat yang berserah kepada Kamu dan perhatikan pengorbanan kami dan terimalah taubat kami malahan hanya Kamu penerima taubat dan yang Penyayang.
    2:129 Pemelihara kami bangkitkan seorang rasul dari kalangan kami supaya membacakan ayat-ayat Kamu dan mengajar kitab dan hikmahnya dan memurnikanya maka hanya Kamu yang Perkasa yang Bijaksana.
    bsmbg,

    ReplyDelete
  7. smbg,
    2:130 Malahan tiada sesiapa yang akan berpaling dari anutan ibraahiima melainkan orang yang memperbodohkan diri mereka malahan Kami memilih dia didunia dan diakhirat dan dia seorang yang soleh.
    2:131 Ketika Pemeliharanya berkata kepadanya aslim dia berkata aku aslamtu kepada Pemelihara ilmu diseluruh alamnya.
    2:132 Dan ibraahiimu mewasiatkan kepada ya’quubu dan anak-anaknya dengan berkata wahai anak-anakku Allah telah memilih bagimu -ddiina maka jangan kamu mati melainkan kamu darinya muslimuuna.
    2:133 Tidakkah kamu menyaksikan sebelum kematian ya’quuba dia berkata kepada anak-anaknya siapakah yang kamu akan berkhidmat selepas aku mereka berkata pasti kami berterusan berkhidmat kepada Pemeliharamu dan Pemelihara moyangmu ibraahiima dan ismaa’iila dan ishaaqa malahan Tuhan hanyalah SATU dan kepada Dia kami muslimuuna.
    2:134 Itulah ummat terdahulu baginya apa yang diusahakan dan bagimu apa yang kamu usahakan dan kamu tidak ditanya apa yang mereka lakukan.
    2:135 Dan mereka berkata jadilah kamu huudan atau nashaaraa supaya kamu dapat petunjuk maka katakan tidak! kami mengikuti anutan ibraahiima yang haniifan dan dia bukanlah darinya musyikiini.
    2:136 Dan kami percayakan Allah dan apa yang diturunkan kepada kami dan ibraahiima dan ismaaiila dan ishaaqa dan yaquuba dan keturunanya dan apa yang diberikan kepada muusaa dan‘iisaa dan para nabi dari Pemelihara mereka maka kami tidak membezakan mereka dan hanya kepada Dia kami muslimuuna.
    2:137 Jika mereka amanah seperti kamu amanah mereka mendapat petunjuk jika mereka berpaling maka mereka dalam perpecahan malahan kamu terpelihara dari mereka dan Allah yang Mendengar yang Mengetahui.
    2:138 Berkaitan turapan/shibghata Allah maka siapa yang terbaik turapan mereka selain Dia dan hanya kepada Dia kami berkhidmat.
    2:139 Katakan adakah kamu berhujah dengan kami tentang Allah sedang Dia Pemelihara kami dan Pemelihara kamu maka bagi kami amalan kami dan bagi kamu amalan kamu dan disisi Dia kami orang yang jujur.
    bsmbg,

    ReplyDelete
  8. smbg,
    2:140 Adakah kamu katakan yang ibraahiima dan ismaaiila dan ishaaqa dan yaquuba dan anaknya huudan atau nashaaraa atau adakah kamu lebih mengetahui dari Allah maka siapa lebih zalim dari yang sembunyikan kebenaran dan Allah tidak lalai dari apa yang kamu lakukan.
    2:141 Itulah ummat terdahulu baginya apa yang diusahakan dan bagimu apa yang kamu usahakan dan kamu tidak ditanya apa yang mereka lakukan.
    2:142 Dan orang yang bodoh dari kalangan manusia berkata mengapa mereka alehkan haluan dari apa yang mereka halakan dahulu maka katakan kepunyaan Allah timur dan barat dan Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki menuju kepada jalan Dia yang lurus.
    2:143 Maka Kami jadikan kamu ummatan wasathan dan menjadi saksi kepada manusia dan rasulnya menjadi saksi kamu dan tidak Kami jadikan haluanmu melainkan bagi Kami mengetahui siapa mengikuti nabinya dan siapa berpaling dianya sangat berat melainkan bagi orang yang Allah berikan petunjuk pasti Allah tidak abaikan keamanahan kamu malahan Allah mengasihi dan menyayangi sekelian manusia.
    2:144 Kami lihat kamu dongakkan mukamu kelangit maka Kami palingkan kamu kepada haluan yang kamu ingini maka palingkan mukamu kearah kepatuhan larangannya dimana kamu berada dan palingkan mukamu kearahnya dan orang yang diberi kitab mengetahui dianya yang benar dari Pemeliharanya dan Allah tidak lalai dari apa yang kamu lakukan.
    2:145 Dan jika didatangkan kepada orang yang diberi kitab dengan setiap ayat mereka tidak akan mengikuti haluanmu dan kamu tidak akan mengikuti haluan mereka dan tidak juga sebahagian mereka mengikuti haluan sebahagian yang lain dan jika kamu mengikuti nafsu mereka sesudah apa yang telah datang kepadamu pengetahuanya maka yang demikian kamu termasuk darinya orang yang zalim.
    2:146 Orang yang Kami berikan kitab mereka mengenalinya sepertimana mereka mengenali anak-anak mereka dan terdapat sebahagian mereka sembunyikan yang benar sedangkan mereka mengetahuinya.
    2:147 Dan yang benar hanyalah dari Pemeliharamu maka janganlah kamu menjadi seperti orang yang dalam keraguan.
    2:148 Setiap ummat mempunyai haluan mereka menghalakan kepadanya bagi dipersetujui dan dimana kamu berada halakan kepadanya malahan Dia yang mengadakan bagimu dan Allah yang berkuasa keatas segalanya.
    2:149 Dan dari mana saja kamu keluar maka palingkanlah mukamu kearah kepatuhan larangannya dan yang benar hanya dari Pemeliharamu dan Allah tidak lalai dari apa yang kamu lakukan.
    bsmbg,

    ReplyDelete
  9. smbg,
    2:150 Dan dari mana saja kamu keluar maka palingkan mukamu kearah kepatuhan laranganya dan dari mana saja kamu berada maka hadapkan mukamu kearahnya supaya manusia tidak berhujah melainkan mereka yang zalim maka jangan kamu takutkan mereka malahan takut akan Aku pasti Aku penuhi nikmatKu supaya kamu mendapat petunjuk.
    2:151 Sepertimana Kami telah utuskan seorang rasul dari kalangan kamu dan dibacakan kepadamu ayat-ayat Kami dan dimurnikan dan diajarkan kitab dan hikmahnya kepada kamu malahan Kami yang mengajar apa yang kamu tidak mengetahuinya.
    2:152 Maka ingatlah kepada Aku pasti Aku mengingati kamu dan berterima kasihlah kepada Aku dan jangan kamu mengingkari Aku.
    2:153 Wahai orang yang amanah mohonlah pertolongan Aku dan laksanakan kewajipanmu dengan sabar malahan Allah bersama orang yang sabar.
    2:154 Dan jangan kamu katakan sesiapa yang terbunuh dijalan Allah itu mati malahan dianya hidup tetapi kamu tidak menyedarinya.
    2:155 Dan pasti Kami menguji kamu dengan ketakutan dan kelaparan dan kekurangan harta dan jiwa dan buah-buahan maka kabarkan berita gembira ini kepada orang yang sabar.
    2:156 Orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata sesungguhnya kami dari Allah dan sesungguhnya kepada Dia kami dikembalikan.
    2:157 Mereka yang diberi penghormatan dan rahmat dari Pemelihara mereka dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.
    2:158 Kemulian dan ketabahan dari syariat Allah maka sesiapa menyahut cabaran dari sistemnya dan memakmurkanya tidak bersalahan berada disekitaranya dan sesiapa mengulanginya dianya suatu keutamaan malahan Allah yang mensyukuri dan yang mengetahui.
    2:159 Sesungguhnya orang yang sembunyikan apa yang Kami turunkan dari keterangan dan petunjuk yang telah Kami perjelaskan kepada manusia didalam kitab maka mereka dilaknati Allah dan sekelian pelaknatnya.
    smbg,

    ReplyDelete
  10. bsmbg,
    2:160 Kecuali orang yang bertaubat dan melakukan pemulihan dengannya dan membetulkan keteranganya maka diterima taubat mereka dan hanya Dia Penerima taubat dan yang Penyayang.
    2:161 Orang yang tidak percaya yang mati dalam keingkaran maka mereka itu dilaknati Allah dan malaikatnya dan manusia sekelianya.
    2:162 Mereka berkekalan didalamnya dan tidak diringankan azab mereka dan mereka tidak diberikan penangguhan.
    2:163 Malahan Tuhan kamu hanya satu tiada tuhan selain Dia yang Pemurah yang Penyayang.
    2:164 Dalam ciptaan langit dan bumi dan kitaran malam dan siang dan kapal yang belayar dilautan dan apa yang dibelanjakan manusia dan apa yang diturunkan Allah dari langit yakni air yang menghidupkan bumi yang mati dan dibangkitkan sekelian mahluk dan kitaran angin dan awan diantara langit dan bumi itulah tanda-ayat bagi mereka yang berfikir.
    2:165 Dan dikalangan manusia ada yang mengambil selain Allah sebagai tandingan dan mencintainya seperti orang yang amanah mencintai Allah dan bagi orang yang zalim apabila melihat azab dahsyat pasti mereka menyesal dengannya malahan sekelian azab milik Allah.
    2:166 Ketika melihat azabnya orang yang mereka ikuti segera berlepas diri dan memutuskan hubungan dengan pengikutnya.
    2:167 Dan berkata orang yang mengikuti mereka jika dikembalikan kami juga berlepas diri dari mereka sepertimana mereka berlepas diri dari kami demikianlah Allah perlihatkan amalan mereka suatu penyesalan maka mereka tidak dikeluarkan dari apinya.
    2:168 Wahai manusia makanlah dari apa yang terdapat dibumi yang halal dan yang terbaik dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan sesungguhnya dia bagimu musuh yang nyata.
    2:169 Dan dia menyeru kepada kejahatan dan kekejian supaya kamu katakan terhadap Allah apa yang kamu tiada pengetahuan dengannya.

    2:170 Apabila dikatakan ikutlah apa yang diturunkan Allah mereka berkata tidak! Kami ikuti apa yang bapa kami lakukan apakah walaupun bapa kamu tidak mengetahui sesuatu dan tidak mendapat petunjuk.
    Sekian!

    ReplyDelete
  11. Ibadah = bakti. Allah = alam.

    ReplyDelete