Friday, 8 May 2015

Imam Al Bukhary Si Penjenayah Islam

Baru-baru ini seorang sahabat baik saya daripada Sabah menyarankan saya supaya memasuki Kelas Hadis. Beliau berpendapat sebagai seorang pengkritik fakta hadis, saya wajib ada skil berkenaan Ilmu Hadis.

Saya sokong pendapat beliau, bagi saya pula kita perlu belajar segala ilmu yang ada di dalam dunia (yang memang kita tidak berkeupayaan membuatnya) sebelum boleh benar-benar tahu dengan mendalam akan sesuatu hal.

Sebagai orang Melayu alaf baru, saya menyeru kepada semua orang Melayu yang membaca blog ini supaya jangan takut untuk belajar dan mengetahui pelbagai bidang pelajaran. Terutamanya, bidang yang menjadi ancaman kepada kedudukan kita sebagai Melayu Islam. Contohnya Agama Kristian. Kenapa kita perlu takut untuk belajar hal Agama Kristian sedangkan ia dianut lebih 2 billion manusia di dunia ?

Adakah dengan mengetahui selok-belok agama Kristian akidah kita tiba-tiba batal ? 

Berapa pastikah kita bahawa segala yang kita belajar selama ini (sebagai seorang Islam) adalah benar. Di zaman ledakan media ini, kita boleh saksikan dengan mata kepala sendiri bagaimana manusia membuat spin kepada sesuatu berita.

Itu kejadian yang terjadi tidak sampai 24 jam dari tempoh sekarang. Cuba bayangkan kejadian yang berlaku 1400 tahun dahulu. Dengan ketiadaan mesin pencetak, ketiadaan alat penghebah dan lain-lain.

Berapa pastikah kita figura yang menyampaikan berita itu tidak mempunyai agenda lain ?

Untuk pengetahuan, saya tidak membenci figura-figura Islam dahulukala ini secara peribadi kerana sebab yang sangat nyata. Saya tidak pun mengenali mereka bagaimana tiba-tiba mahu membenci mereka.

Cuma apa yang saya hidangkan diblog ini adalah satu kajian menerusi fakta dan data yang telah dikumpul oleh pelbagai agensi di seluruh dunia, kupas segala fakta ini dan cuba mencari kebenaran.

Mungkin saya benar, mungkin juga saya salah. Tetapi sekurang-kurangnya saya mati mencuba. 

Kitab Hadis Sahih Imam Al Bukhary

Nama sebenar figura ini ialah Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari (810870) dilahirkan di Bukhara (Bokharä) (kini di Uzbekistan), dalam keluarga berketurunan Iran, pada 194 H (810 M).

Saya bukan pembenci Imam ini. Tetapi fakta yang ada di tangan kita ialah perekod Kitab yang dipanggil Sahih ini adalah Imam Al Bukhary. 

Ia tertulis dengan jelas di Kitab tersebut. Mungkin ada orang yang telah mengubah rekod dan fakta di dalamnya, saya sendiri pun tidak tahu.

Sebenarnya yang perlu kita nilai ialah fakta yang dihidangkan di dalam Kitab tersebut, buat analisa dan cari kesahihan.

Beberapa hari yang lepas seorang kenalan saya mengepos suatu kenyataan mengenai perbuatan "paedophiliac". Paedophile ialah kecendurangan seseorang untuk membuat hubungan intim dengan kanak-kanak.

Kemungkinan besar kenyataan ini dibuat berdasarkan kejadian beberapa hari yang lalu dimana seorang genius matematik warganegara Malaysia telah dipenjara di United Kingdom kerana menyimpan lebih kurang 30,000 gambar lucah kanak-kanak. Beliau dikenakan hukuman penjara selama 5 tahun.

Saya membalas kenyataan kenalan saya itu dengan persoalan adakah menurut Undang-undang zaman ini, Nabi Muhammad di anggap sebagai seorang paedophile ? Lalu saya berikan rekod yang di tulis oleh Kitab Sahih Al Bukhary.

It is believed on the authority of some Hadith reports that the marriage ceremony (known as nikah, amounting to betrothal) of Aisha with the Holy Prophet Muhammad took place when she was six years of age, and that she joined the Holy Prophet as his wife three years later at the age of nine. We quote below from two such reports in Bukhari.

“It is reported from Aisha that she said: The Prophet entered into marriage with me when I was a girl of six … and at the time [of joining his household] I was a girl of nine years of age.”

“Khadija died three years before the Prophet departed to Medina. He stayed [alone] for two years or so. He married Aisha when she was a girl of six years of age, and he consummated that marriage when she was nine years old.

Saya mengepos pertanyaan tentang bagaimana kita boleh mempercayai rekod tulisan yang menghina Nabi Muhammad dengan hinaan yang keras ?

Seorang kenalan saya yang lain lantas menyampuk "Dah jadi bini bukan paedophile". 

Begitu mudahnya pemikiran kita diracuni. Ini pemikiran seorang Peguam Melayu. Bukan penjual ikan yang tidak pernah belajar hal Undang-undang. 

Bayangkan jika anak kita yang berumur 9 tahun terpaksa membuat hubungan kelamin dengan seorang yang sudah berumur 50an. Apa perasaan kita ?

Inilah sebabnya saya menggelar Al Bukhary si penjenayah Islam. Bukan peribadi Al Bukhary yang saya maksudkan tetapi hasil tulisan beliau.  

Orang ini telah meracuni berbillion manusia yang tidak bersalah di atas nama Nabi Muhammad.

Seorang kenalan yang lain pula (juga mempunyai latar belakang Undang-Undang), membuat sedikit kajian dan mengepos kenyataan dari Imam lain yang menyatakan bahawa umur sebenar Saiditina Aishah semasa berkahwin dengan Nabi Muhammad ialah 16 tahun dan melakukan hubungan kelamin semasa berumur 19 tahun.

Persoalan - Kitab Hadis Sahih Bukhary di beri jolokan "Kitab yang paling benar di atas muka bumi". Adakah kita boleh mengatakan ia salah, sedang Kitab ini yang paling benar ?

Persoalan yang lebih utama pula - Hadis adalah sumber undang-undang kedua selepas Al Quran. katakanlah ada seorang paedophile ditangkap kerana membuat hubungan suka sama suka dengan seorang kanak-kanak berumur 9 tahun. 

Semasa perbicaraan penjenayah ini mempertahankan diri dengan mengeluarkan nas hadis sahih bukhary dengan menyatakan bahawa perbuatan dia sama sahaja dengan Nabi Muhammad ? Bagaimana harus Hakim menangani perkara ini sedangkan Kitab hadis Bukhary adalah kitab yang paling benar di atas muka bumi ?

Jika kita boleh menerima pendapat Imam lain bagi memperbetulkan hasil kerja Al Bukhary, mengapa pula kita mengisytihar hasil kerja Dr Kassim Ahmad sebagai haram.

Malah, Jabatan Agama Islam pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Dr Kassim Ahmad diisytiharkan murtad hanya kerana beliau membuat penyelidikan dan menyarankan supaya kita membuat penilaian semula kepada hadis-hadis yang di tulis atas nama Nabi Muhammad ?

Baru-baru ini pula, apabila ramai rakyat Malaysia menyertai perjuangan Islamic State (IS) di Syria, JAKIM melalui Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menilai semula semua hadis-hadis yang disalahguna puak IS.

Bukankah ini sama dengan saranan Dr Kassim Ahmad pada tahun 1986 ?

Berikut saya senaraikan hasil kerja yang direkodkan Imam Al Bukhary di dalam Kitab Hadis Sahih dan juga Hadis-hadis yang di rekodkan oleh orang lain. Saya mengaku kurang mengetahui secara mendalam mengenai imam-imam ini. 

Namun, setelah membaca sedikit hasil kerja mereka, saya merasa bersyukur kerana tidak perlu mendalami ilmu ini dan menerangkannya kepada orang lain.

Anda semua boleh buat penilaian sendiri dengan mengguna akal yang diberi Tuhan. 

 A100

"Dan tidak ada seorangpun akan beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya" AQ 10:100

AMARAN : 18sx Kelucahan Melampau ;


When the Prophet married Ayesha, she was 6 years old, and the marriage
was consummated when she was 9 (and he was 54). [Book of Nikah 3:75
#122]

The Prophet said that the best man amongst his followers is the one who
has the greatest number of wives. [Vol 3:52 Book of Nikah #62]

The Messenger (S) used to have intercourse with all of his wives in one
hour of the day and night (without taking a bath) and these (wives) were
eleven.  [Vol 1 pg 189, Book of Bath #266].


If the Prophet wanted to have intercourse with a menstruating wife, he
ordered her to tie a loincloth even though the menstruation would be at its
peak. Then he had intercourse.  Ayesha said, "None of you has as much control over
his desire as the Prophet had!" [The Book on Menstruation 1:198, # 295]


Mahmood bin Rabe’ narrates, “I still remember when I was five years old.
The Prophet (S) rinsed his mouth and then poured the water into mine.”
[Vol 1 Kitabul ‘Ilm pg 130, Hadith #77]

The sun rises between the two antlers of Satan. [Beginning of Creation
2:235 #504].

After the fall of Khyber, people described the beauty of Safia Bint Hui, the
new bride of a slain enemy soldier. The Prophet chose her for himself. On
the way to Madina he camped and had intercourse with her. His
companions did not know if she was a wife or a concubine. Later, a veil
was drawn between her and the men-folk and they came to know that she
was a wife. [Book of Sales and Book of Nikah 3:57 #78]

“A woman presented herself to the Prophet. He intently gazed at her from
head to toe and then lowered his head.” (He was not interested in her.)
[Book of Nikah 3:71 #113]

A man inquired, “We earn income from these bondwomen, (other
narratives mention prostitution) so can we do ‘Azl (Coitus interruptus) with
them?” The Prophet said, “There is no sin in doing that.” [Kitabul Qadr, the
Book of Destiny, 3:543 #1514]

Some people got sick in Madina. The Prophet advised them to drink
camel's urine and milk. After they became well, they killed a shepherd. The
Prophet ordered that their hands and feet be chopped off and their eyes
enucleated. They were laid on burning sand. When they asked for water it
was denied them. So much so that they tasted sand until they died.
[Kitabul Mahrabain and Kitabut Tibb Vol 3 pg 254 #646].

I was walking outside and suddenly saw the angel of Hira sitting on a
throne that filled the earth and the sky. I was terrified so much that I was
about to fall to the ground. [Bukhari, Beginning of Creation Vol 2 pg 224
Hadith #471].

The exalted Prophet said, “I will be the first one to regain consciousness in
Qiyamat (Resurrection), but I will find Prophet Moses holding the foot of
the Throne of God. [Hadith 1750 Kitab-ut-Tafseer Vol 2 pg 784].

Hoors (beauties of the heaven) will be full-breasted and free of
menstruation. [Bukhari, Beginning of Creation 2:225 #473]

The hellfire complained to Allah, "One part of me is eating the other part."
So, the hellfire was allowed two breaths - one in summer and one in winter.
That is how you see the change of seasons. [Beginning of Creation 2:231
#495]
 
Azan, (the call to prayer), puts Satan to flight, passing gas as he runs away.
[Beginning of Creation 2:237 #515]
 
Satan rests at night in your noses. [Beginning of Creation 2:241 #527]
 
A rooster sees angels, and a donkey sees Satan. [Beginning of Creation
2:243 #533]. 

Rats are the lost tribe of Israel because they do not drink the camel's milk,
but drink goat’s milk. [Beginning of Creation 2:244 #538].

Mamoona said that she gazed at the Prophet taking bath after intercourse,
until she saw him wash his private parts. [Book of Bath 1:193 #276].

Ayesha relates, “The Prophet used to have intercourse with us and deeply
kissed us while he was fasting.” Then she shied away smiling. [Vol 1:691,
Kitabus Saum, Hadith #1798 & 1799]

Khola bint Hakeem presented herself to the Prophet. Ayesha exclaimed,
“The woman does not feel ashamed of giving herself to a man!” However,
the Prophet started receiving a revelation and Ayesha complained, “O
Messenger of Allah! I see that your Lord rushes to fulfill your desires.” [Vol
3 pg 67 Kitabun Nikah # 102].

When the Prophet went to the daughter of Jaun (Jaunia) and came close to
her, she said, “I seek refuge with Allah against you.” The Prophet said,
“You have sought refuge with the Great One. So go to your household
now.” [Vol 3 Kitabut Talaq pg 115 #237]

Then (elsewhere, the most beautiful) Jaunia was brought in to a garden.
The Prophet told his companions to wait outside and he entered a house
made of date trees. Upon entering, he said to Jaunia, “Give yourself to me.”
She said, “Can a queen give herself to a thief? I seek refuge with Allah
against you.” [Vol 3 Kitabut Talaq pg 115 #238]

 
The Prophet married Umaima bint Sharaheel. But when he went to her and
extended his hand to her, she hated it. [Reference same]


Jika kita perhatikan Imam-imam dahulukala ini sebenarnya begitu taksub bercerita tentang seks. Mungkin disebabkan ketiadaan hiburan yang lain di zaman tersebut agaknya.

Bolehkah kita menerima kenyataan-kenyataan yang direkodkan atas nama Nabi Muhammad seperti contoh-contoh hadis di atas. Ianya begitu menghina manusia agong ini.

Rasa-rasanya berani ke tidak kita menceritakan tentang "kehebatan" Nabi Muhammad kepada anak-anak kita seperti yang direkodkan oleh Imam-imam hadis ?

Ini adalah tulisan penjenayah. Mereka meracun pemikiran kita dengan kenyataan yang menghina Nabi kita. Namun, kita sedikit pun rasa tidak bersalah, malah menyokong pula kenyataan yang menghina ini.

Sepatutnya kita balik dan berfikir apakah benar kita yakin kepada Nabi Muhammad ?

Adakah logik seorang yang telah diberi amaran keras oleh Tuhan supaya jangan sekali-kali keluar dari landasan Al Quran membuat semua perbuatan selayaknya dilakukan oleh orang tidak bermoral ?

Adakah kita boleh menerima Nabi Muhammad membuat hubungan kelamin dengan seorang kanak-kanak ? Seorang yang berakal dan ingin memikirkannya sudah pasti menolak fakta-fakta ini.

Berikut adalah umur kelayakan berkahwin menurut Al Quran ;

 A006

"Dan ujilah anak yatim itu sampai mereka cukup umur untuk kawin. Kemudian jika menurut pendapatmu mereka telah cerdas (pandai memelihara harta), maka serahkanlah kepada mereka harta-hartanya. Dan janganlah kamu makan harta anak yatim lebih dari batas kepatutan dan (janganlah kamu) tergesa-gesa (membelanjakannya) sebelum mereka dewasa. Barang siapa (di antara pemelihara itu) mampu, maka hendaklah ia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan barang siapa miskin, maka bolehlah ia makan harta itu menurut yang patut. Kemudian apabila kamu menyerahkan harta kepada mereka, maka hendaklah kamu adakan saksi-saksi (tentang penyerahan itu) bagi mereka. Dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (atas persaksian itu)" AQ 4:6

Untuk membolehkan seseorang berkahwin, dia mestilah sekurang-kurangnya sudah boleh memelihara harta. Bolehkah kanak-kanak berumur 9 tahun memelihara harta mereka ? Bolehkah kanak-kanak memelihara harta "suami" mereka ?.

Apa yang akan terjadi kepada kanak-kanak ini jika mereka menjual harta "suami" mereka ? 

Bagi saya, hadis tentang Nabi Muhammad berkahwin dan membuat hubungan kelamin dengan kanak-kanak datang dari pemikiran yang sakit dan sesiapa yang mempercayainya pula serupa dengan pembuatnya, jiwa anda sakit.

Ashwed

Wednesday, 6 May 2015

Isra' Mikraj - Dongengan Arab Dahulukala


Ini adalah satu cerita dongeng paling besar dalam sejarah peradaban manusia. Kenapa saya kata begitu ? Kerana Al Quran membuktikan bahawa kesemua yang diada-adakan oleh golongan agamawan melalui isra' mikraj adalah satu penipuan.

Bagi saya kisah isra' mikraj adalah konspirasi tahap tertinggi. Ia adalah satu kaedah yang diguna oleh manusia-manusia yang berkepentingan. Tujuannya ialah satu sahaja - harta. Dari harta datang pengaruh, kuasa dan kesenangan dunia.

Untuk berbuat demikian mereka perlu menghalang manusia-manusia yang tidak bersalah dari jalan Tuhan. Jika para manusia ini berada di jalan Tuhan (fi-sabil-lillah) mereka sukar untuk ditipu dari harta mereka.

Jalan yang mudah untuk menghalang manusia dari jalan Tuhan ialah dengan membuat penipuan. Untuk itu kebenaran olok-olok perlu dicipta. Inilah yang dipanggil perhambaan minda. 

Setiap manusia yang mempunyai agama sebenarnya tidak bebas, mereka adalah hamba kepada tuan manusia yang mencipta kebenaran mengikut citarasa sendiri. 

Adalah sangat sukar untuk menyedarkan orang-orang ini. Bolehkah anda menyedarkan manusia yang merasa diri mereka berada di jalan yang benar? 

Cuba pergi kepada seorang penganut kristian dan beritahu mereka bahawa Nabi Isa bukan anak Tuhan ? Begitu juga, cuba pergi kepada penganut agama Islam dan beritahu bahawa kitab hadis itu sebenarnya bukanlah percakapan Nabi Muhammad. Banyak perang bermula dari cubaan ini.

Dari perhambaan minda inilah banyak industri dicipta. Malahan batu jalan pun boleh dijual apabila minda seseorang itu telah dikuasai secara total. Oleh yang demikian, ramailah manusia menghabiskan harta mereka untuk tujuan yang salah. Inilah golongan "habar" iaitu para rahib, sami, ustaz, imam,  yang diceritakan di dalam Al Quran.



A034

"Wahai orang-orang yang percaya, kebanyakan "alhabr" (sami, ustaz, imam) dan rahib, sesungguhnya mereka makan harta manusia dengan cara palsu, dan menghalangi jalan Allah. Orang-orang yang menyimpan emas dan perak, dan tidak nafkahkannya di jalan Allah, maka berilah mereka berita gembira dengan azab yang seksa" AQ 9:34

Isra'

Dongengan ini mempunyai dua peringkat. Peringkat pertama adalah perjalanan Nabi Muhammad dari "Masjid-il-Haram" di Mekah ke "Masjid-il-Aqsa" di Jerusalem (Bekah) dengan menaiki kuda hybrid dikenali sebagai Buraq.

Ciri-ciri Buraq diambil dari seekor binatang mitos orang greek purba. Ia dikenali sebagai PEGASUS. Seekor binatang yang dilahirkan melalui "cross-breed" di antara POSEIDON dan MEDUSA.


                                        Gambar Pegasus dalam mitos greek
 
Cerita ini bersandar secara penuh kepada satu keterangan sahaja di dalam Al Quran.

A001

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." AQ17:1

Inilah saja keterangan yang digunakan untuk menjelaskan peristiwa isra'. Jika kita membaca Al Quran dengan teliti kita akan dapati bahawa. Tuhan akan menerangkan maksud sesuatu keterangan itu samada melalui keterangan sebelumnya atau keterangan selepasnya. Glossary Al Quran ada di dalam Al Quran sendiri.

Maka, mari kita lihat keterangan selepas AQ 17:1;

 A002

"Dan Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami jadikan Kitab itu petunjuk bagi Bani Israil (serta Kami perintahkan mereka): "Janganlah kamu jadikan yang lain daripadaKu sebagai Tuhan (untuk menyerahkan urusan kamu kepadanya)" AQ 17:2

Keterangan kedua dari Surah ini dimulakan dengan perkataan "wa" atau dalam Bahasa Melayunya "Dan". Seperti yang kita ketahui perkataan "dan" kebiasaanya digunakan untuk menyambung ayat. Contoh : Ahmad pergi ke kedai. Ali pergi ke kedai. Untuk menyambungkan ayat ianya ditulis sebagai Ahmad dan Ali pergi ke kedai.

Kita pasti faham bahawa yang pergi ke kedai ada dua orang iaitu seorang Ahmad, seorang lagi bernama Ali.

Peraturan ini terpakai ke atas keterangan AQ17:1, 17:2. Oleh kerana perkataan "dan" digunakan di permulaan ayat ia bermaksud bahawa AQ17:2 adalah keterangan yang bersambung dari AQ 17:1.

Maka, ianya jelas kepada kita bahawa keterangan AQ 17:1 ini tiada kena mengena dengan kisah Nabi Muhammad. Ia adalah kisah Nabi Musa.

Mikraj


Saya percaya setiap orang yang beragama Islam tahu kisah mikraj. Secara ringkas ianya dikatakan bahawa Nabi Muhammad secara fizikal telah melalui 7 petala langit untuk bertemu dengan Tuhan.

Di sana Tuhan memerintahkan supaya didirikan solla(h) sebanyak 50 kali. Tetapi Nabi Musa meminta Nabi Muhammad berunding dengan Tuhan sehingga ianya menjadi 5 kali sehari sahaja.

Ianya sangat jelas dari ayat di atas bagaimana penulis dongeng ini mahu kita semua mempunyai persepsi bahawa Nabi Musa mempunyai skil negosiasi yang hebat sehingga Tuhan pun mendengar cakapnya.

Dalam kisah ini juga diceritakan bahawa Nabi Muhammad di bawa membuat lawatan ke syurga dan neraka oleh Malaikat Jibril. Di Neraka Nabi melihat bagaimana manusia disiksa.

Pengumpulan data

Berikut adalah data-data dari kisah mikraj yang kita baca dan dengar sedari kecil :-

1. Nabi Muhammad bertemu dengan Tuhan secara berdepan
2. Nabi Muhammad berunding dengan Tuhan tentang waktu solla(h)
3. Nabi Muhammad melawat Syurga
4. Nabi Muhammad melawat neraka dan melihat siksaan di neraka

Mari kita pergi ke satu persatu data tersebut dan buat perbandingan melalui perspektif Al Quran

1. Nabi Muhammad bertemu Tuhan secara fizikal.

Ini adalah pembohongan terbesar di dalam kisah dongeng ini. Namun, ramai orang Melayu mempercayainya. Ini adalah kerana mereka tidak membaca Al Quran dengan teliti dan tidak mahu memikirkannya. Mereka hanya menyanyi rangkap-rangkap Al Quran seperti burung kakak tua.

Zat Asal dan sains 

Tuhan adalah ghaib. Ia tidak nampak di pandangan mata, tidak oleh Nabi Muhammad atau sesiapun jua. Dari artikel saya yang bertajuk Tuhan saya telah menulis dengan panjang lebar apakah dia Tuhan. Ringkasnya, Tuhan adalah Zat Asal.

Apakah hakikat kewujudan Zat Asal menurut Al Quran ? Mula-mula kita perlu mengkaji keterangan di bawah ini;

A115 

"Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke manapun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya) lagi Maha Mengetahui" AQ 2:115

Dari keterangan di atas kita boleh buat kesimpulan bahawa Zat Asal ini berada di mana-mana sahaja yang kita melihat.

Cuba anda semua fikir benda apakah yang boleh berada di mana-mana sahaja seluas mata kita memandang atau melalui pandangan mesin seperti teleskop dan sebagainya? Ia juga mesti termasuk di bumi dan di angkasalepas.

Bolehkah cahaya berada di mana-mana ? Cahaya apabila dilindung unsur asalnya ia akan menjadi gelap. Di angkasa yang sangat luas, cahaya matahari hanya dapat dilihat sejauh cahayanya bergerak. Cahaya bergerak sangat laju, itupun ia tidak dapat merangkumi keseluruhan angkasalepas.

Bolehkah angin berada di mana-mana ? Angin hanya ada apabila bumi berputar. Angin tiada di angkasalepas.

Bolehkah unsur paling asas iaitu sel berada di mana-mana. Bolehkah proton atau neutron berada di mana-mana? 

Kesemua unsur yang wujud mesti ada punca asalnya. Oleh itu ia akan berhenti wujud apabila punca asal ini mati.

Perkara yang boleh berada di mana-mana dengan tidak mempunyai punca asal. Tidak boleh mati. Tidak makan tidak minum dan lain-lain sifat Tuhan itulah KETIADAAN atau NOTHINGNESS. Inilah hakikat kewujudan Zat Asal.

KETIADAAN tidak dapat dilihat oleh mata. Ia berada di mana-mana. Malah sains moden telah membuktikan melalui Teori Relativity dan Kuantum Fizik bahawa setiap unsur bermula dari KETIADAAN mengembang serta berevolusi sehingga memuncak dan kemudian apabila menurun dan mati, ia kembali kepada Zat Asalnya iaitu ketiadaan.

Galaksi yang kita diami, yang mana planet bumi terbentuk bermula dengan KETIADAAN kemudian terjadi letupan supernova membentuk bintang dan planet. Ia kemudian berevolusi membentuk sel-sel hidup. Apabila sampai masanya seluruh galaksi ini musnah dan kembali kepada Zat Asalnya iaitu KETIADAAN.

Seluruh angkasaraya yang tersangat luas itu di antara ADA, iaitu planet, bintang dan meteor terwujud KETIADAAN.

Kita manusia sebelum diwujud oleh Tuhan di dunia ini kita TIADA. Kemudian Tuhan mengADAkan kita, memberi kita pengetahuan dan lain-lain pancaindera;

A078 

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati serta akal fikiran supaya kamu bersyukur" AQ 16:78

Dari keadaan ADA ini, kita tiba-tiba dimatikan dan kita kembali kepada Zat Asal kita iaitu TIADA.

Bolehkah Nabi Muhammad melihat KETIADAAN. Ianya adalah mustahil. Melainkan dongengan yang dipaksa menjadi persepsi kebenaran. Hakikatnya ketiadaan tidak boleh dicapai dengan penglihatan mata. Ia ghaib.

 A103


"Dia tidak dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui" AQ 6:103

2. Nabi Muhammad membuat rundingan dengan Tuhan tentang waktu solla(h)

Di artikel bertajuk Nabi, Aqeemu Solla(h) dan Zakka(h) saya sudah membuktikan bahawa sebelum zaman Nabi Muhammad, Tuhan telahpun memerintahkan Para Nabi mendirikan Solla(h). Sila lihat AQ 14:37 (Solat Nabi Ibrahim), AQ 19:54-55 (Solat Nabi Ismail), AQ 11:87 (Solat Nabi Syuaib), AQ 10:87 (Solat Nabi Musa dan AQ 19:30-31 (Solat Nabi Isa)

Seperkara lagi yang perlu kita fikirkan dengan lebih mendalam ialah bolehkah kita manusia biasa membuat rundingan dengan Tuhan Yang Maha Berkuasa ? 

Tidakkah fakta ini menghina kebolehan Tuhan Yang Maha Mengetahui. 

Takkanlah Tuhan tidak tahu bahawa Solat 50 waktu sehari semalam adalah mustahil untuk dilakukan hambaNya!.

Lagipun, Tuhan sudahpun memberitahu kita bahawa Dia tidak pernah mahu supaya kehidupan kita menjadi susah. Sila lihat AQ 22:78


3. Nabi Muhammad melawat Syurga

Menurut Al Quran, Syurga memang sudah wujud sejak berbillion tahun dulu. Malah kita semua berasal dari syurga.

A035

"Dan kami berfirman : "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana sahaja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim" AQ 2:35

Namun, benarkah Syurga berada di langit? Tiada siapa tahu mengenai perkara ini. 

Kebanyakkan kita apabila berdoa, kita akan memandang ke langit. Kita rasa bahawa Tuhan ada tempat tinggal iaitu di syurga yang berada di langit.

Sedangkan, Tuhan telah memberitahu bahawa Dia berada dekat dengan kita malah lebih dekat dari urat leher kita sendiri. 

 A016


“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya" AQ 50:16

Tiada siapa yang tahu samada benar Nabi Muhammad pernah dibawa melihat syurga. Ia kekal menjadi rahsia Tuhan.

Seperkara lagi mengenai dongengan ini yang patut kita fikirkan ialah, perkataan mikraj itu sendiri membawa maksud tangga/ladder.

Penglipur lara ini pada mulanya menyatakan bahawa untuk naik ke syurga, Nabi Muhammad memanjat tangga yang diperbuat dari emas dan perak.

Tetapi dalam waktu yang sama mereka juga kata semasa sampai di pintu syurga yang pertama, Nabi Muhammad mengikat buraq yang dinaikinya di pada satu batang khas. 

Terdapat dua fakta yang berbeza yang diceritakan kepada marhaen dan kita hanya mengangguk setuju.

4. Nabi Muhammad melawat neraka dan melihat siksaan di neraka.

Menurut Al Quran, Tuhan belum lagi mencipta neraka. Neraka akan dicipta pada hari kiamat. Di waktu sekarang hanya ada tujuh universe (orang melayu kenali sebagai petala langit). 

Untuk keterangan ini saya turunkan beberapa terjemahan untuk kita sama-sama fikirkan. Ia berada di AQ 69:17

"And the angels are at its edges. And there will bear the Throne of your Lord above them, that Day, eight [of them]" Terjemahan Sahih International

"Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu" Terjemahan Surah.My Dalam Bahasa Malaysia

"The angels will be all around, and Your Lord's dominion will then encompass eight (universes)" Terjemahan Rashad Khalifa

Mari kita sambungkan data di AQ 69:17 ini dengan fakta di AQ 89:23;

"And brought [within view], that Day, is Hell - that Day, man will remember, but what good to him will be the remembrance?" Terjemahan Sahih International

"Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?"  Terjemahan Surah.My Dalam Bahasa Malaysia

"On that day, Gehenna will be brought forth. On that day, the human being will remember - but what a remembrance - it will be too late" Terjemahan Rashad Khalifa

Ternyata dari perbandingan keterangan di atas terjemahan Rashad Khalifa adalah yang paling konsisten. Ia membuktikan bahawa Neraka masih belum dicipta.

Oleh yang demikian, bagaimanakah boleh Nabi Muhamammad melawat suatu tempat yang masih belum dicipta Tuhan?


Kesimpulan

Mikraj bukanlah peristiwa yang mana Nabi Muhammad bertemu dengan Tuhan. Tuhan adalah ghaib. Tiada sesiapa pun yang boleh melihat Tuhan secara fizikal.

Jika kita membaca AQ 53:1-18, kita akan dapati bahawa terdapat keterangan yang menyatakan Nabi Muhammad telah bertemu dengan Malaikat Jibril secara fizikal. Mungkin inilah Mikraj.

Ia terjadi di realm yang lain. Di realm kita, di bumi, kewujudan Malaikat adalah tidak berupa fizikal.

Bila peristiwa ini berlaku, tidak diceritakan di dalam Al Quran. Namun, ada kemungkian ia terjadi di bulan Ramadhan bukan pada 27hb Rejab.

Pada malam terjadinya peristiwa ini Nabi Muhamad berkemungkinan besar hanya menerima Al Quran bukan menerima perintah ritual solla(h).

 A185

AQ 2:185 "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah ....

Sumber Sebenar Dongengan Isra' Mikraj

Untuk pengetahuan pembaca kebanyakkan periwayat hadis yang terkenal seperti Al Bukhary berasal dari Parsi, sekarang dikenali sebagai Iran.

Empayar Parsi sangat luas di zaman kegemilangannya. Mereka mempunyai agama sendiri yang dikenali sebagai Zoroastrianism.

Agama Zoroastrianism adalah sebuah agama yang beribu tahun lebih tua daripada Judaism dan Kristianiti. Rakyat Empayar Parsi sangat berdendam dengan orang-orang Arab yang membawa Islam dan memusnahkan Empayar Parsi.

Mereka bersumpah untuk memporak-perandakan Islam dari dalam. Fakta ini anda boleh kaji sendiri melalui sejarah hidup para periwayat hadis.

Di dalam agama Zoroastrian terdapat sebuah buku di dalam Bahasa Pahlavi yang diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris sebagai "The Book of Arda Viraf".

Buku ini mengandungi 8,800 patah perkataan dalam Bahasa Pahlavi. Ia ditulis 400 tahun sebelum hijrah Nabi Muhammad.

Anda boleh baca sendiri buku ini dan ketahui sendiri persamaanya. Bagi saya ia adalah seratus peratus sama dengan dongeng Isra' Mikraj di dalam Buku Hadis tulisan Al Bukhary.

Di sini saya turunkan plot cerita ini seperti yang di dapati di wikipedia ;

Arda Viraf is chosen for his piety to undertake a journey to the next world in order to prove the truth of Zoroastrian beliefs, after a period when the land of Iran had been troubled by the presence of confused and alien religions. He drinks wine and a hallucinogen, after which his soul travels to the next world where it is greeted by a beautiful woman named Den who represents his faith and virtue. Crossing the Chinvat bridge, he is then conducted by "Srosh, the pious and Adar, the angel" through the "star track", "moon track" and "sun track" – places outside of heaven reserved for the virtuous who have nevertheless failed to conform to Zoroastrian rules. In heaven, Viraf meets Ahura Mazda who shows him the souls of the blessed (ahlav). Each person is described living an idealised version of the life he or she lived on earth, as a warrior, agriculturalist, shepherd or other profession.[5] With his guides he then descends into hell to be shown the sufferings of the wicked. Having completed his visionary journey Viraf is told by Ahura Mazda that the Zoroastrian faith is the only proper and true way of life and that it should be preserved in both prosperity and adversity.

Sesuatu yang menarik untuk pengetahuan kita ialah di dalam sistem agama zoroastrian, di setiap kampung dalam empayar parsi, mereka membina kiub batu empat segi serupa seperti ka'abah untuk dijadikan pusat penyembahan.

Sementara itu, kisah perundingan Solat Nabi Muhammad dengan Tuhan yang pada mulanya berjumlah 50 waktu adalah sama dengan kisah Nabi Ibrahim di dalam Genesis 18:17-33. 

Dan akhir sekali, mari kita lihat maksud sebenar perkataan "masjid" seperti di AQ 17:1 yang diceritakan di permulaan artikel ini, secara bahasa. 

"Masjid" berasal dari akar kata "sajada" yang bermaksud patuh. Ia menerbitkan perkataan-perkataan seperti sujud, yasjudan dan lain-lain. Masjid bermaksud kepatuhan atau consented dalam Bahasa Inggeris. Ia bukan satu bangunan seperi yang kita kenali sekarang.

Masjid yang kita kenali sebagai Masjid Al Aqsa pula, di bina di Palestin selepas 65 tahun peristiwa hijrah Nabi Muhammad. Berikut adalah bukti dari wikipedia ;

"The mosque was originally a small prayer house built by the Rashidun caliph Umar, but was rebuilt and expanded by the Umayyad caliph Abd al-Malik and finished by his son al-Walid in 705 CE".

Pada pendapat kita bolehkah Nabi Muhammad pergi ke sebuah "masjid" yang masih belum dibina ? 

Adakah Masjid-il-Haram sudah terbina di zaman Nabi Muhamad ? Sedangkan Nabi Muhammad sendiripun dihalau dari bandar Mekah. Masakan pula kaum Quraisy mahu membina masjid untuk kegunaan orang Islam?

Dan akhir sekali,  fikirkan dengan mendalam akan keterangan di bawah ini. Di dalam ayat ini, kaum Nabi Muhammad pernah mencabar supaya baginda membuat perkara yang tidak masuk akal termasuklah naik ke langit atau mikraj.

Jawapan Nabi Muhammad ialah dia memang tidak boleh membuat semua perkara itu kerana dia hanyalah MANUSIA.

A090  
 A091
A092 
A093


"Dan mereka berkata : " Kami sekali-kali tidak percaya kepadamu hingga kamu memancarkan mata air dan bumi untuk kami, atau kamu mempunyai sebuah kebun kurma dan anggur, lalu kamu alirkan sungai-sungai di celah kebun yang deras alirannya, atau kamu jatuhkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana kamu katakan atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat berhadapan muka dengan kami. Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari emas, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu sehingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca". Katakanlah : "Maha suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi utusan (rasul) ? " AQ 17:90-93


Ashwed

Monday, 27 April 2015

Hudud kelantan - Inspirasi Dari Bible

Berikut adalah usul yang saya bawa di dalam Mesyuarat Agong Cawangan sebuah Parti Politik yang saya sertai.


Usul ini di bawa bukanlah untuk menukar pendirian mana-mana ahli **** cawangan ****** ***** terhadap agama Islam.

Tetapi, ia di bawa atas dasar kebenaran, kerana sesungguhnya selama ini pemerintahan Parti kita di negara ini sudahpun berada dilandasan yang benar.

Apa-apa yang sudah berada di jalan yang benar tidak perlu diubah landasannya.

Kita harus faham bahawa jika sekiranya kita ingin membawa suatu idea baru untuk diterapkan di sesebuah negara sudah tentu kita akan cipta suatu kaedah bagi memastikan idea ini tidak ditembak jatuh oleh pihak lawan.

Kaedah yang paling strategik ialah dengan menyebar informasi bahawa asal idea ini adalah dari Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui walaupun ianya tidak sebegitu. Maka, dengan sendirinya para penganut agama Islam sudah tentu berasa serba salah untuk membincangkan hal tersebut.

Kaedah lain pula ialah dengan menyebar informasi bahawa masyarakat umum tidak boleh berbincang mengenai perkara ini. Untuk berbincang, seseorang itu perlulah pakar dalam hal berkenaan. Perlu tahu berbagai ilmu dan metode mentafsir yang mereka cipta sebelum boleh berbincang mengenai Al Quran.

Di antaranya ialah lughat, nahwu, syaraf, isytiqak dll. Metodologi untuk mentafsir pun ada pelbagai ijmali, muqarin dan mauduin. Di waktu yang sama mereka menjual persepsi bahawa hanya individu yang berjanggut, berjubah dan berserban sahaja layak dipanggil pakar.

Cuba bayangkan kita sedang memandu kereta. Perlukah seseorang pemandu itu mengetahui bagaimana enjin berfungsi ? Perlukah kita mengetahui nama setiap komponen di dalam kereta tersebut untuk memandu? Yang penting ialah kita tahu memandu dan faham undang-undang jalanraya. Kereta adalah seumpama Al Quran, kenderaan yang berfungsi membawa kita ke destinasi dengan selamat.

Begitulah kaedah yang diguna oleh para pendokong Undang-Undang Hudud bagi memastikan idea mereka digunapakai oleh penduduk di negara ini secara paksa-rela.

Saya ingin membawa para ahli **** cawangan ****** ***** kepada beberapa prinsip Al Quran. Oleh kerana Al Quran adalah sumber utama agama kita, maka, kita boleh katakan bahawa ini adalah prinsip Islam.

Prinsip pertama ialah berdasarkan keterangan ini ;

A017
A018

“Dan orang-orang yang menjauhi thaghut (iaitu) tidak menyembahnya dan kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira; sebab itu sampaikanlah berita itu kepada kepada hamba-hambaKu, yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akalAQ 39:17-18

Allah mengkehendaki kita untuk mendengar semua pendapat dan mengambil yang paling baik di antaranya. Dari prinsip ini kita diberitahu supaya membenarkan masyarakat berdebat, berhujah atau membuat forum ke atas sesuatu idea baru yang ingin ditadbir ke atas mereka.

Ini dinamakan kebebasan bersuara. Ia perlu dibenar untuk diamalkan bagi mengambil kesimpulan yang paling baik sebelum pemerintah memutuskan sesuatu untuk menjadi amalan dan undang-undang negara itu.

Sentimen saya ini sebenarnya dikongsi oleh bekas-bekas Presiden Parti ****. Setiap Presiden **** yang juga adalah Perdana Menteri Malaysia menolak penggunaan Undang-Undang Hudud ke atas rakyat berbilang bangsa di negara kita.

Saya pasti sebagai Perdana Menteri Malaysia sudah tentu mereka mempunyai penasihat yang pakar di dalam bidang undang-undang dan hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam. 

Sebagai contoh, pada 15-04-2015 salah seorang bekas Presiden **** dan Perdana Menteri Malaysia yang paling lama dalam sejarah telah menyatakan perasaan terperanjat beliau apabila mengetahui **** Negeri ******** dengan sebulat suara menyokong Undang-undang Hudud untuk dikenakan kepada penduduk Islam Negeri ******** .

Anda boleh membaca tentang ini di blog Chedet yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Rujukan Akademik

Asas kepada usul ini ialah berdasarkan kepada rujukan akademik yang dilakukan ke atas Kitab Al Quran di dalam hal yang berkaitan dengan Undang-undang Hudud.

Menurut Al Quran apabila kita berhujah kita mesti menyokong hujah itu dengan keterangan. Ini berdasarkan AQ 2:111 “haatu burhannakum in kuntum sodikin” – Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar.

Hudud

Hudud adalah kata gandaan untuk perkataan dari akar kata hadd. Ia bermaksud batasan atau sempadan.

Saya dapati di dalam Al Quran terdapat 14 kali perkataan ini digunakan Allah.

Dalam keterangan ini ada satu perkataan hudud disebut;

A187

“Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beriktikaf di dalam masjid. Itulah sempadan Allah (tilka hudud-dullah), maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia, supaya mereka bertakwa” AQ 2:187

Dari keterangan di atas adalah jelas bahawa ianya adalah mengenai hubungan di antara lelaki dan perempuan.

Dalam dua keterangan berikut terdapat 6 kali perkataan hudud di sebut ;

A229

“Talak (yang dapat dirujuki) dua kali. Setelah itu boleh dirujuk lagi dengan cara yang ma’aruf (baik) atau menceraikan dengan cara yang baik. Tidak halal bagi kamu mengambil sesuatu dari yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali kalau keduanya khuatir tidak akan dapat mengekalkan  sempadan-sempadan (hudu-dallah) Allah. Jika kamu khuatir bahawa keduanya (suami-isteri) tidak dapat mengekalkan sempadan-sempadan (hudu-dallah) Allah, maka tidak ada dosa atas keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya. Itulah sempadan-sempadan (tilka hudud-dullah) Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar sempadan-sempadan (hudu-dallah) Allah mereka itulah orang-orang yang zalim. AQ 2:229

A230


“Kemudian jika si suami mentalaknya (sesudah talak yang kedua), maka perempuan itu tidak lagi halal baginya hingga dia kahwin dengan suami yang lain. Kemudian jika suami yang lain itu menceraikannya, maka tidak ada dosa bagi keduanya (bekas suami pertama) untuk kahwin kembali jika keduanya dapat berpendapat dapat mengekalkan sempadan-sempadan (hudu-dallah) Allah. Itulah sempadan-sempadan (wa-tilka-hudud-dullah) Allah, diterangkanNya kepada kaum yang (mahu) mengetahui” AQ 2:230

Dua keterangan di atas adalah juga berkenaan dengan nikah dan cerai.

Seterusnya, dalam ayat AQ 4:13-14 terdapat 2 kali perkataan hudud disebut;

A013

Inilah sempadan-sempadan (tilka hudud-dullah) Allah. Barangsiapa taat kepada Allah dan RasulNya nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sunga-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah kemenangan besar” AQ 4:13

A014

“Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan RasulNya dan melanggar sempadan-sempadan (hududahoo), nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya siksa yang menghinakan” AQ 4:14

Jika kita membaca 2 keterangan sebelum AQ 4:13-14 iaitu AQ 4:11-12 kita akan mendapati bahawa ayat ini adalah berkenaan dengan pembahagian harta pusaka.

Keterangan seterusnya memang menarik, perkataan hudud disebut sekali di dalam ayat tersebut;

A097

“Orang-orang Arab itu, lebih sangat kekafirannya dan kemunafikannya, dan lebih wajar tidak mengetahui sempadan-sempadan (yak-lamoo-hudu-dama) yang diturunkan Allah kepada RasulNya. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” AQ 9:97

Di dalam ayat di atas Allah memperingatkan kita akan perangai sebenar orang-orang Arab untuk kita jadikan sempadan.

Kebiasaannya para penterjemah akan meletak perkataan "badwi" selepas perkataan Arab. Namun di dalam teks asal dalam Bahasa Arab perkataan badwi tidak tertulis pun. Mereka takut untuk mengakui akan hal ini. Mungkin kerana kebanyakkan ketua mazhab adalah orang Arab.

Keterangan seterusnya disebut perkataan hudud sebanyak sekali;

A112

Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat makruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara sempadan-sempadan (li-hudu-dillah). Dan gembirakanlah orang-orang yang mukmin itu” AQ 9:112

Ayat di atas bercerita tentang orang-orang yang berbuat kebaikan dan menghindar dari kejahatan.

Keterangan seterusnya ada disebut perkataan hudud sebanyak sekali;

A004

“Barangsiapa yang tidak mendapatkan (budak) maka (wajib atasnya) berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum keduanya bercampur. Maka siapa yang tidak kuasa (wajiblah atasnya) memberi makan enam puluh orang miskin. Demikianlah supaya kamu beriman kepada Allah dan RasulNya. Dan itulah sempadan-sempadan (wa-tilka-hudud-dullah), dan bagi orang kafir ada siksaan yang sangat pedih” AQ 58:4

Ayat diatas adalah hukuman kepada perbuatan yang dipanggil zihar (menyamakan isteri dengan ibu sendiri). Ayat ini juga adalah berkaitan dengan hubungan suami isteri.

Dan akhir sekali keterangan yang seterusnya terdapat perkataan hudud disebut sebanyak dua kali;

A001

“Hai Nabi, apabila kamu menceraian isteri-isterimu maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar) dan hitunglah waktu iddah itu serta bertakwalah kepada Allah Tuhanmu. Janganlah kamu keluarkan mereka dan janganlah mereka (diizinkan) ke luar kecuali mereka mengerjakan perbuatan keji yang terang. Itulah sempadan-sempadan (tilka hudud-dullah) Allah dan barang siapa yang melanggar sempadan-sempadan (hudu-dallah) Allah, maka sesungguhnya dia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui barangkali Allah mengadakan sesudah itu sesuatu hal yang baru” AQ 65:1

Sekali lagi, ia adalah berkaitan dengan nikah dan cerai di dalam hubungan suami isteri.

Begitulah keseluruhan 14 kali perkataan hudud disebut dan digunapakai di dalam Al Quran.

Tiada satu pun keterangan yang memerintahkan manusia membuat satu hukuman tetap (fix punishment) ke atas kesalahan-kesalahan seperti yang disenaraikan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Ini adalah kerana dari segi praktikal had atau batasan atau sempadan mempunyai maksud bahawa, untuk sesuatu kesalahan itu, hukuman yang paling maksima yang dikenakan tidak boleh melebihi sempadan-sempadan yang Allah tetapkan di dalam Al Quran.

Hudud PAS



Kesalahan utama yang dilakukan oleh PAS ialah mengisytihar bahawa Kerajaan mereka akan mengenakan penghukuman yang berbeza untuk satu kesalahan yang sama di dalam masyarakat yang diperintah mereka. Iaitu di antara Muslim dengan Non-Muslim.

Ini adalah kesalahan besar di dalam Juripruden Undang-Undang. Bayangkan jika kita mahu masuk tandas. Bayaran masuk tandas itu ialah sepuluh sen. Tetapi untuk satu golongan manusia kita isytiharkan mereka kena bayar dua puluh sen. Apakah perasaan golongan yang di anak tirikan ini ?.

Kemudian kita buat cerita yang mereka kena bayar dua puluh sen kerana mereka adalah golongan yang terpilih. Percayalah dalam tempoh tidak sampai setahun golongan ini akan memulakan anarki di tempat tersebut. 

Inilah yang akan berlaku terhadap implementasi Undang-Undang Hudud di Kelantan jika PAS mahu meneruskannya. Rakyat Islam di sana akan memberontak apabila melihat rakan-rakan bukan Islam yang mencuri masih mempunyai tangan tetapi anak-anak mereka yang ditangkap mencuri sudah tiada tangan.

Secara ringkas terdapat enam kesalahan yang dikategorikan di bawah kesalahan hudud di Kelantan.

Di antara enam kesalahan itu, tiada satu pun yang selaras dengan Al Quran.

Sebagai perbandingan mari kita lihat setiap satu kesalahan tersebut dan buat perbandingan dengan Al Quran dan sumber sebenar hukuman ini diambil, iaitu Bible – Kitab Perjanjian Lama.

Murtad 

Hudud Pas - Hukuman Bunuh

Al Quran – Tiada hukuman

Dalil 

A137

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman (pula), kemudian kafir lagi, kemudian bertambah kekafirannya, maka sekali-kali Allah tidak akan memberi ampunan kepada mereka, dan tidak (pula) menunjuki mereka kepada jalan yang lurus” AQ 4:137

Old Testament – Hukuman Bunuh/Rejam sampai mati

“And he that blasphemeth the name of the LORD, he shall surely be put to death, and all the congregation shall certainly stone him” Leviticus 24:16

"If your very own brother, or your son or daughter, or the wife you love, or your closest friend secretly entices you, saying: Let us go and worship other gods (gods that neither you nor your fathers have known, gods of the peoples around you, whether near or far, from one end of the land to the other, or gods of other religions), do not yield to him or listen to him. Show him no pity. Do not spare him or shield him. You must certainly put him to death. Your hand must be the first in putting him to death, and then the hands of all the people." Deuteronomy 13:6-9

Zina

Hudud Pas –  1. Belum berkahwin 100 kali sebat
                   2. Berkahwin – Rejam sampai mati

Al Quran – Hanya seratus kali sebat tiada hukuman rejam sampai mati kepada lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin.

Dalil 

A002

“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman” AQ 24:2

Old Testament – Rejam sampai mati

"If there is a girl who is a virgin engaged to a man, and another man finds her in the city and lies with her, then you shall bring them both out to the gate of that city and you shall stone them to death; the girl, because she did not cry out in the city, and the man, because he has violated his neighbor's wife. Thus you shall purge the evil from among you”  Deuteronomy 22:23-24

Nota : Dalam Al Quran tiada hukuman rejam dengan batu sampai mati. Ia hanya di dapati melalui sumber selain dari Al Quran. Malah, Al Quran memberitahu bahawa hukuman rejam sampai mati dengan batu hanya dilakukan oleh golongan manusia yang melampaui batas. Sila lihat AQ 11:91, AQ 19:46, AQ 26:116, AQ 18:20

Qazaf Zina

Hudud Pas – Sebat 100 kali lelaki dan perempuan

Al Quran – 80 kali sebat tetapi hanya terpakai jika seseorang menuduh perempuan baik berzina. Tidak terpakai jika menuduh lelaki. 

A004

“Orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya kemudian mereka tidak membawakan empat saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka adalah orang yang fasik.” AQ 24:4

Old Testament Tradition – Sebat dan denda

If a man takes a wife and sleeps with her, but then hates her 14and brings
charges against her and causes an evil name to come upon her, saying, “I
married this woman, but when I approached her, I did not find in her the
take the signs of her virginity and bring them to the elders of the city at the
gate. The father of the young woman shall say to the elders, “I gave my
daughter to this man as a wife, and he has hated her. See, he has brought charges against her, saying, ‘I did not find in your daughter the signs of virginity.’ But these are the signs of my daughter’s virginity.” And they shall
spread the garment before the elders of the city. Then the elders of the city shall take the man and flog him, and they shall fine him one hundred shekels of silver and give them to the father of the young woman, because he has caused an evil name to come upon a virgin of Israel. And she shall be his wife; he may not divorce her for the rest of his days. But if the charge is true signs of virginity were not found in the young woman then they shall bring the young woman to the door of her father’s house, and the men of her city shall stone her to death, because she has committed a shameful act in Israel by prostituting herself in her father’

Minum Arak

Hudud Pas – 80 kali sebat

Al Quran – Tiada hukuman

Dalil 

A090

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." AQ 5:90

A219

“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan". Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir” AQ 2:219

Old Testament – Tiada hukuman


“Wine is a mocker, strong drink a brawler, And whoever is intoxicated by it is not wise” Proverbs 20:1

Merompak

Hudud Pas – Potong satu tangan dan satu kaki

Al Quran – Tiada kesalahan yang bertepatan dengan merompak. Kebanyakkan pendokong hudud mengguna AQ 5:33 namun ianya tidak tepat kerana hal yang diterangkan adalah berkenaan dengan satu peperangan.

Oleh yang demikian hukuman untuk merompak perlu diambil asas dari keterangan di bawah.

A038

“laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. AQ 5:38

Walaubagaimanapun, jika terdapat kematian maka hukuman berkaitan dengan membunuh perlu dikenakan iaitu dibunuh balas. 

Membunuh adalah satu-satunya kesalahan di dalam Al Quran yang dibenarkan untuk dikenakan hukuman bunuh balas. Namun, jika keluarga yang dibunuh memaafkan kesalahan itu dan meminta diyat maka si pembunuh dibenarkan untuk dilepas.

Mencuri

Hudud Pas – Potong tangan

Al Quran – Potong sumber pendapatan

Dalil

A038

“Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. AQ 5:38

Keterangan ini perlu di baca bersama-sama keterangan seterusnya iaitu ;

A039

"Maka barangsiapa bertaubat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" AQ 5:39

Persoalan utama - Katalah tangan si pencuri sudah di potong. Kemudian si pencuri mengaku salah, bertaubat dan menyesali perbuatannya,  bolehkah tangan beliau tumbuh kembali ? Menurut AQ 5:39 Allah menerima taubat si pencuri.

Bagaimanakah si pencuri mahu membuat Islah atau reform kepada kehidupan yang lebih baik sedangkan beliau sudah tiada tangan ?

Antara prinsip Al Quran ialah ianya ditulis secara perumpamaan;

A026

"Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah daripada itu. Adapun orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; tetapi mereka yang kafir mengatakan: "Apakah maksud Allah menjadikan ini perumpamaan ?" Dengan perumpamaan itu banyak orang yang disesatkan Allah, dan dengan perumpamaa itu (pula) banyak orang yang diberiNya petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik" AQ 2:26

Oleh yang demikian mari kita lihat kembali kata kunci keterangan AQ 5:38

A038

“Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri (eqta'u), potonglah tangan (aydiyahumma) keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” AQ 5:38

Perkataan "eqta'u" adalah jelas bermaksud potong.

Tangan di dalam Bahasa Arab ialah "Yad". Yad bermaksud tangan yang berpasang.

Walaubagaimanapun, perkataan yang digunakan di dalam AQ 5:38 ialah "aydiyahumma" yang membawa erti kata gandaan tiga atau lebih.

Bolehkah kita potong tiga tangan sedangkan manusia hanya ada sepasang tangan ?

Oleh yang demikian aydiyahumma adalah perkataan perumpamaan.

Keterangan di bawah mengguna perkataan dari akar kata yang sama iaitu "yad", namun ia digunakan dengan konteks yang berbeza iaitu sumber.

A045

"Dan ingatlah juga akan hamba-hamba kami: Ibrahim, Ishaq dan Ya'qub yang mempunyai - (uli-al-aydee) sumber yang banyak dan pengetahuan yang tinggi" AQ 38:45

Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa perkataan "aydiyahumma" di dalam AQ 5:38 membawa maksud memotong sumber si pencuri.

Berikut adalah contoh yang telah dibuat di negara lain. 



Sebenarnya para orientalis sudah lama mentelaah Al Quran, mereka telah sekian lama mempraktikkan apa yang di saran oleh Allah melalui Al Quran.

Kita dapat lihat bagaimana orang-orang agama kristian di England mempraktikkan Al Quran secara tuntas. Inilah Undang-undang Kedamaian (Islam). 

Jika sesiapa di dapati bersalah kerana mencuri, si pencuri akan di potong dari sumber pendapatan mereka dengan melakukan kerja kebajikan tanpa diberi upah mengikut kadar yang dicuri.

Barang yang dicuri jika dijumpai akan dipulangkan kembali kepada tuan punya.

Kesimpulan

Kita perlu faham bahawa setiap hukuman yang di tulis di dalam Al Quran tiada kena mengena dengan Undang-Undang Hudud. 

Ia hanyalah pedoman kepada kita di dalam melakukan hukuman.

NAMUN, Al Quran menekankan bahawa jika kita mahu menghukum, hukumlah dengan adil. Hampir 30 kali perkataan adil diulang-ulang di dalam Al Quran.

A042

“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram rasuah dan sebagainya, oleh itu kalau mereka datang kepadaMu, maka hukumlah di antara mereka dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah, atau berpalinglah dari mereka, dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun, dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil” AQ 5:42

Pada hemah saya, Al Quran mahukan kita membuat Undang-Undang berdasarkan Qisas. Keterangan tentang Qisas ialah seperti berikut ;

A178
A179

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih. Dan dalam qishaash itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, hai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa.” AQ 2:178-179

A045

“Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At Taurat) bahwasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka luka (pun) ada qishaashnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak qishaash)nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” AQ 5:45

Adalah jelas dari ayat-ayat di atas bahawa Qisas membawa maksud keadilan. Merdeka dengan merdeka, hamba dengan hamba, wanita dengan wanita.

Ini bermakna sesuatu Undang-undang itu akan dikira sebagai Islamik seandainya ianya adil. Tidak kiralah sesiapapun pembuatnya. 

Sebenarnya, Malaysia sejak dari zaman British lagi sudah menggunapakai qisas sebagai asas undang-undang. Kita ada Kanun Kesiksaan Jenayah, Kod Prosedur Jenayah, Akta Kontrak, Akta Keluarga dan bermacam-macam lagi undang-undang yang kesemuanya dirangka berasaskan prinsip keadilan.

Malah, secara teknikal, kesemua negara-negara maju menggunapakai qisas sebagai asas undang-undang mereka.

Islam berasal dari akar kata sin-lam-mim atau salam yang bermaksud damai. Maka dari segi bahasa Islam bermakna kedamaian.

Bolehkah kita panggil Undang-Undang Hudud Pas sebagai Undang-Undang Kedamaian (Islam) jika sekiranya ia dengan secara salah membunuh seseorang tanpa keterangan yang nyata dari Allah ?

Akhir sekali, apabila Tun Mahathir mengistiharkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam sebenarnya dari segi bahasa ianya memang benar dan tepat. 

Ini adalah kerana sudah terbukti bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang damai. Malaysia dijadikan tempat tinggal oleh bangsa-bangsa besar dunia. Mereka memilih negara ini adalah kerana kedamaian (Islam) yang ditunjukkan oleh penduduk asalnya.

Ashwed