Sekitar tahun 1998, saya mengenali seorang senior di Universiti yang mengamal undang-undang di bandar yang sama.
Saya tidaklah begitu rapat dengan beliau jika dibandingkan dengan rakan-rakan sesama batch yang lain.
Beliau sedang berura-ura untuk mendirikan rumahtangga bersama kekasih yang dikenalinya semenjak di menara gading.
Setiap kali bertemu dengan beliau, pasti senior saya ini bercerita mengenai pelan perkahwinannya yang di jadualkan berlangsung pada penghujung tahun tersebut.
Jelas terpancar kegembiraan di wajah beliau semasa bercerita mengenai perkara ini.
Oh, saya lupa memberitahu, senior saya ini menghadapi masalah berat badan yang keterlaluan atau obesiti.
Pada suatu hari, semasa minum petang, senior saya ini memberitahu bahawa beliau sudah membeli sejenis ubat untuk menguruskan badan sebagai persiapan majlis perkahwinan beliau itu nanti.
Sebagai seorang junior saya mendengar sahaja al-kisah senior saya ini.
Tidak sedikit pun terniat di hati untuk bertanya lebih lanjut mengenai ubat yang beliau ambil itu.
Beberapa bulan selepas itu, saya semakin sibuk dengan urusan kerja dan agak ketinggalan untuk menghabiskan waktu petang minum bersama-sama rakan-rakan termasuklah senior saya itu.
Tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa beliau meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung.
Saya terkedu mendengar berita tersebut memandangkan kad perkahwinan beliau baru saja saya terima dari seorang rakan lain.
Yang sebenarnya saya lebih merasa terkilan kerana tidak meluangkan masa minum petang bersama beliau seperti dahulu.
Beberapa tahun kemudian, saya mendapat tahu bahawa beliau mengalami serangan jantung akibat ubat kurus yang di ambil tanpa preskripsi dari pakar perubatan.
LEDAKAN INDUSTRI KOSMETIK
Jika anda perhatikan, Malaysia mengalami ledakan industri kosmetik semenjak pertengahan 1990an sehingga kini.
Mereka yang menjadi jutawan melalui industri ini bercambah setiap tahun.
Ramai artis dan selebriti turut mengambil peluang menjual nama mereka yang popular untuk mendapatkan laba untung.
Bukanlah niat saya untuk memburukkan mana-mana pemain industri ini.
Ia adalah "solla" masing-masing. Siapa yang berusaha merekalah yang mengaut untung. Itulah sunnatullah.
Walaubagaimanapun, khalayak harus sedar di sebalik ledakan dan jutawan yang dihasilkan, tersimpan rahsia yang jika diketahui masyarakat maka akan terbukalah satu skandal yang besar.
Hakikatnya, produk kosmetik ini tidak berkualiti kerana tiada kajiselidik dilakukan terhadap produk-produk yang dihasilkan ini.
Malah, tidak begitu keterlaluan jika saya mengatakan bahawa kesemua produk yang terdapat di pasaran negara ini sebenarnya dihasilkan di kilang yang sama.
Malah, tidak begitu keterlaluan jika saya mengatakan bahawa kesemua produk yang terdapat di pasaran negara ini sebenarnya dihasilkan di kilang yang sama.
Yang ditukar hanyalah cap dagang dan pembotolan yang lebih kreatif.
Adakah ianya suatu penipuan ? Hanya anda yang layak memberikan jawapannya.
Adakah ianya suatu penipuan ? Hanya anda yang layak memberikan jawapannya.
Saya bercakap melalui pengalaman saya sebagai seorang pengamal undang-undang yang melihat sendiri sisi gelap industri ini.
Anda boleh selidik sendiri kandungan bahan kimia yang digunakan di dalam produk kosmetik tempatan.
Boleh juga selidik berapa banyak produk yang ditarik balik penjualannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Boleh juga selidik berapa banyak produk yang ditarik balik penjualannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Oleh kerana pemain industri ini tidak membuat kaji selidik dan mengilang sendiri produk mereka.
Maka mereka sebenarnya bukanlah seorang pengusaha kosmetik.Kita tidak boleh menggelar mereka jutawan kosmetik.
Mereka sebenarnya berada di dalam perniagaan pemasaran kerana itulah apa yang sebenarnya mereka lakukan. Mereka memasar barangan kosmetik yang bukan milik mereka kepada masyarakat umum.
Mereka sebenarnya berada di dalam perniagaan pemasaran kerana itulah apa yang sebenarnya mereka lakukan. Mereka memasar barangan kosmetik yang bukan milik mereka kepada masyarakat umum.
Dengan pelan pemasaran yang betul di tambah dengan sedikit modal dan pengiklanan akan membolehkan seseorang menjual apa sahaja yang mereka mahu.
Ramai orang awam, terpedaya dengan iklan dan product endorsement dari mereka yang terkenal.
Padahal orang yang mengendors itu sendiri tidak pernah mengguna produk yang di rekomenkan itu.
Malah, si tuan punya produk pun tidak menggunakan produknya. Ia hanyalah jalan untuk mengaut keuntungan.
Inilah nasib malang yang menimpa rakan senior yang saya ceritakan kisahnya di atas.
Beliau membeli ubat kurus bukan berdasarkan pemerhatian dan bukti yang beliau sahihkan sendiri tetapi disandarkan kepada pelan pemasaran syarikat kosmetik yang mahukan keuntungan semata-mata.

PEMASARAN AGAMA
Setujukah anda jika saya mengatakan bahawa agama adalah sebuah industri. Mengapa tidak ?
Jika terdapat sebuah syarikat mahu anda menjadi pegawai pemasaran untuk menjual sebiji batu yang mereka dapati di belakang ibu pejabat syarikat mereka, bagaimanakah pendapat anda ?
Pasti anda menolak bukan.
Mungkin anda merasakan tiada siapa yang sanggup menjadi dungu membeli batu itu yang tidak boleh membawa apa-apa mudarat atau manafaat dalam kehidupan mereka bukan ?
Anda sebenarnya tidak berfikir sebagai seorang ahli pemasaran sejati. Anda tidak pandai membuat pakej penjualan.
Bagaimana jika sekiranya saya beritahu bahawa anda bisa menjual batu ini. Malah jangan terkejut jika stok batu anda itu akan kehabisan dijual dengan laris.
Caranya agak mudah. Mula-mula anda perlu merekayarsa satu kisah aneh mengenai batu yang syarikat anda jumpai di belakang ibu pejabat mereka itu.
Lebih aneh kisah anda, lebih laris batu anda dibeli para pelanggan.
Selain daripada itu, anda perlu menimbulkan sedikit ketakutan di hati para pelanggan anda demi untuk melariskan batu ini.
Jika anda tidak berupaya menimbulkan ketakutan, tidak berupaya merekacipta ceritera, anda boleh sahaja mengguna nama tuhan untuk melakukannya. Matlamat menghalalkan cara.
Kini anda hanya perlu peluk tubuh dan lihat perniagaan anda berkembang maju. Menipu ? Mula-mula sahaja terasa menipu, lama-kelamaan anda sendiri akan menganggapnya suci.
Apatah lagi bila anda menyaksikan para pelanggan anda sanggup berbunuhan demi batu yang anda jual.

Dengan sedikit helah pemasaran anda juga berupaya membuat orang ramai berkasih sayang dengan batu yang lembaga pengarah syarikat anda jumpai di belakang ibu pejabat mereka
Pelan pemasaran yang sebegini ganjil hanya mampu dilakukan di dalam industri agama.
Kini, anda boleh menambahbaik perniagaan anda dengan menceburkan diri di dalam industri pelancongan.
Anda tidak perlu punyai produk pelancongan yang indah.
Cukuplah sahaja dengan batu-batuan yang anda bentuk di tengah-tengah padang pasir.
Atau batu-batu yang anda jadikan tembok atau makhluk hybrid atau di acu sebagai melambangkan kemaluan.
Anda juga boleh menjual kain ela tanpa perlu digunting dan dijahit. Menjual pakaian khas untuk upacara khas atau peralataan-peralatan khas bersempena dengan ritual di hari-hari yang tertentu.
Orang Cina membakar barangan kertas ini untuk dihantar
kepada kaum keluarga mereka yang telah meninggal dunia.
Pelan pemasaran terbijak merangkumi dunia kehidupan dan kematian
Wah, secara tiba-tiba kini pemikiran anda menjadi begitu kreatif bukan, rupanya pelbagai barangan boleh dijual dengan mudah.
Untuk menjual produk baru anda hanya perlu merekacipta ritual yang tersendiri untuk produk itu. Mudah.
Ingat ! Yang penting ialah pelan pemasaran. Bukan produk. Servis selepas pemasaran pun tidak perlu.

Sekarang bayangkan perniagaan anda berkembang maju dari suatu perniagaan kecil-kecilan menjadi suatu industri besar-besaran bertahap antarabangsa.
Pemain industri ini pula bertambah dengan nilai industri bernilai trillion dolar setahun.
Di dalam keadaan ini adakah anda sanggup lagi jika rahsia industri anda diketahui orang ramai ?
Adakah anda sanggup kehilangan perniagaan ini setelah ia sudah bertapak beribu-ribu tahun lamanya ?
Sanggupkah anda membiarkan seorang individu menghancurkan semua ini ?
Sudah tentu tidak.
Industri ini sudah begitu berkembang sehingga menjadi punca rezeki berjuta manusia.
Ramai insan yang tidak bersalah meletakkan harapan yang tinggi kepada industri ini.
Tidak kurang yang merasa tenang dilena khayalan yang anda buai. Ia sudah menjadi seumpama candu masyarakat.
Maka, mahu tidak mahu anda terpaksa menangkap, menyumbat ke dalam penjara atau diperingkat yang kronik menjatuhkan hukuman mati kepada sesiapa sahaja yang cuba membongkar rahsia industri anda.
Untuk mewajarkan perbuatan ini, anda hanya perlu menyebut perkataan magik iaitu orang ini SESAT.
Untuk mewajarkan perbuatan ini, anda hanya perlu menyebut perkataan magik iaitu orang ini SESAT.
Pada awalnya, anda mungkin hanya cuba mencari sesuap nasi.
Anda tidak menyangka ia menjadi begitu besar dan meluas sehingga anda terpaksa menutup mata hati untuk mempertahankan sistem perniagaan anda.
Ianya berulang-ulang dari zaman ke zaman. Dari seorang Penguasa kepada seorang Penguasa yang lain. Dari Haman kepada Rambam kepada Paulus kepada Uthman. Ianya tidak boleh dihentikan lagi.
Ianya berulang-ulang dari zaman ke zaman. Dari seorang Penguasa kepada seorang Penguasa yang lain. Dari Haman kepada Rambam kepada Paulus kepada Uthman. Ianya tidak boleh dihentikan lagi.
Kegilaan dan ketaksuban kita kepada batu, nyata membawa kepada keruntuhan moral kemanusiaan. Adakah kita salah seorang dari pelakon watak itu ?
"Dan jika kamu dalam keraguan mengenai apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, maka datangkanlah sebuah surah yang serupa dengan ia, dan serulah (panggil) saksi-saksi kamu, selain daripada Allah, jika kamu orang-orang yang benar"
"Dan jika kamu tidak buat, dan kamu tidak akan buat, maka takutilah Api, yang bahan bakarnya manusia-manusia dan batu-batu, disediakan bagi orang-orang tidak percaya" AQ 2:23-24
P/s : Saya di minta untuk memberi sedikit komen mengenai perkara yang boleh di baca di laman sesawang ini ;
https://www.almasdarnews.com/article/panama-papers-data-leak-king-saudi-arabia-sponsored-netanyahus-campaign/
Komen saya : Jika anda berada di dalam suatu industri. Para pemain industri tersebut bukanlah musuh anda. Mereka yang lain sama seperti anda, mencari untung mengguna jenama yang berbeza. Jika anda memperolehi untung berlipat ganda adakah ia salah jika anda menolong rakan industri yang lain supaya berjaya seperti anda ? Jika dia untung anda juga turut untung bukan ?
Ashwed