Sekitar tahun 1998, saya mengenali seorang senior di Universiti yang mengamal undang-undang di bandar yang sama.
Saya tidaklah begitu rapat dengan beliau jika dibandingkan dengan rakan-rakan sesama batch yang lain.
Beliau sedang berura-ura untuk mendirikan rumahtangga bersama kekasih yang dikenalinya semenjak di menara gading.
Setiap kali bertemu dengan beliau, pasti senior saya ini bercerita mengenai pelan perkahwinannya yang di jadualkan berlangsung pada penghujung tahun tersebut.
Jelas terpancar kegembiraan di wajah beliau semasa bercerita mengenai perkara ini.
Oh, saya lupa memberitahu, senior saya ini menghadapi masalah berat badan yang keterlaluan atau obesiti.
Pada suatu hari, semasa minum petang, senior saya ini memberitahu bahawa beliau sudah membeli sejenis ubat untuk menguruskan badan sebagai persiapan majlis perkahwinan beliau itu nanti.
Sebagai seorang junior saya mendengar sahaja al-kisah senior saya ini.
Tidak sedikit pun terniat di hati untuk bertanya lebih lanjut mengenai ubat yang beliau ambil itu.
Beberapa bulan selepas itu, saya semakin sibuk dengan urusan kerja dan agak ketinggalan untuk menghabiskan waktu petang minum bersama-sama rakan-rakan termasuklah senior saya itu.
Tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa beliau meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung.
Saya terkedu mendengar berita tersebut memandangkan kad perkahwinan beliau baru saja saya terima dari seorang rakan lain.
Yang sebenarnya saya lebih merasa terkilan kerana tidak meluangkan masa minum petang bersama beliau seperti dahulu.
Beberapa tahun kemudian, saya mendapat tahu bahawa beliau mengalami serangan jantung akibat ubat kurus yang di ambil tanpa preskripsi dari pakar perubatan.
LEDAKAN INDUSTRI KOSMETIK
Jika anda perhatikan, Malaysia mengalami ledakan industri kosmetik semenjak pertengahan 1990an sehingga kini.
Mereka yang menjadi jutawan melalui industri ini bercambah setiap tahun.
Ramai artis dan selebriti turut mengambil peluang menjual nama mereka yang popular untuk mendapatkan laba untung.
Bukanlah niat saya untuk memburukkan mana-mana pemain industri ini.
Ia adalah "solla" masing-masing. Siapa yang berusaha merekalah yang mengaut untung. Itulah sunnatullah.
Walaubagaimanapun, khalayak harus sedar di sebalik ledakan dan jutawan yang dihasilkan, tersimpan rahsia yang jika diketahui masyarakat maka akan terbukalah satu skandal yang besar.
Hakikatnya, produk kosmetik ini tidak berkualiti kerana tiada kajiselidik dilakukan terhadap produk-produk yang dihasilkan ini.
Malah, tidak begitu keterlaluan jika saya mengatakan bahawa kesemua produk yang terdapat di pasaran negara ini sebenarnya dihasilkan di kilang yang sama.
Malah, tidak begitu keterlaluan jika saya mengatakan bahawa kesemua produk yang terdapat di pasaran negara ini sebenarnya dihasilkan di kilang yang sama.
Yang ditukar hanyalah cap dagang dan pembotolan yang lebih kreatif.
Adakah ianya suatu penipuan ? Hanya anda yang layak memberikan jawapannya.
Adakah ianya suatu penipuan ? Hanya anda yang layak memberikan jawapannya.
Saya bercakap melalui pengalaman saya sebagai seorang pengamal undang-undang yang melihat sendiri sisi gelap industri ini.
Anda boleh selidik sendiri kandungan bahan kimia yang digunakan di dalam produk kosmetik tempatan.
Boleh juga selidik berapa banyak produk yang ditarik balik penjualannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Boleh juga selidik berapa banyak produk yang ditarik balik penjualannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Oleh kerana pemain industri ini tidak membuat kaji selidik dan mengilang sendiri produk mereka.
Maka mereka sebenarnya bukanlah seorang pengusaha kosmetik.Kita tidak boleh menggelar mereka jutawan kosmetik.
Mereka sebenarnya berada di dalam perniagaan pemasaran kerana itulah apa yang sebenarnya mereka lakukan. Mereka memasar barangan kosmetik yang bukan milik mereka kepada masyarakat umum.
Mereka sebenarnya berada di dalam perniagaan pemasaran kerana itulah apa yang sebenarnya mereka lakukan. Mereka memasar barangan kosmetik yang bukan milik mereka kepada masyarakat umum.
Dengan pelan pemasaran yang betul di tambah dengan sedikit modal dan pengiklanan akan membolehkan seseorang menjual apa sahaja yang mereka mahu.
Ramai orang awam, terpedaya dengan iklan dan product endorsement dari mereka yang terkenal.
Padahal orang yang mengendors itu sendiri tidak pernah mengguna produk yang di rekomenkan itu.
Malah, si tuan punya produk pun tidak menggunakan produknya. Ia hanyalah jalan untuk mengaut keuntungan.
Inilah nasib malang yang menimpa rakan senior yang saya ceritakan kisahnya di atas.
Beliau membeli ubat kurus bukan berdasarkan pemerhatian dan bukti yang beliau sahihkan sendiri tetapi disandarkan kepada pelan pemasaran syarikat kosmetik yang mahukan keuntungan semata-mata.
Malah, si tuan punya produk pun tidak menggunakan produknya. Ia hanyalah jalan untuk mengaut keuntungan.
Inilah nasib malang yang menimpa rakan senior yang saya ceritakan kisahnya di atas.
Beliau membeli ubat kurus bukan berdasarkan pemerhatian dan bukti yang beliau sahihkan sendiri tetapi disandarkan kepada pelan pemasaran syarikat kosmetik yang mahukan keuntungan semata-mata.
PEMASARAN AGAMA
Setujukah anda jika saya mengatakan bahawa agama adalah sebuah industri. Mengapa tidak ?
Jika terdapat sebuah syarikat mahu anda menjadi pegawai pemasaran untuk menjual sebiji batu yang mereka dapati di belakang ibu pejabat syarikat mereka, bagaimanakah pendapat anda ?
Pasti anda menolak bukan.
Mungkin anda merasakan tiada siapa yang sanggup menjadi dungu membeli batu itu yang tidak boleh membawa apa-apa mudarat atau manafaat dalam kehidupan mereka bukan ?
Anda sebenarnya tidak berfikir sebagai seorang ahli pemasaran sejati. Anda tidak pandai membuat pakej penjualan.
Bagaimana jika sekiranya saya beritahu bahawa anda bisa menjual batu ini. Malah jangan terkejut jika stok batu anda itu akan kehabisan dijual dengan laris.
Caranya agak mudah. Mula-mula anda perlu merekayarsa satu kisah aneh mengenai batu yang syarikat anda jumpai di belakang ibu pejabat mereka itu.
Lebih aneh kisah anda, lebih laris batu anda dibeli para pelanggan.
Selain daripada itu, anda perlu menimbulkan sedikit ketakutan di hati para pelanggan anda demi untuk melariskan batu ini.
Jika anda tidak berupaya menimbulkan ketakutan, tidak berupaya merekacipta ceritera, anda boleh sahaja mengguna nama tuhan untuk melakukannya. Matlamat menghalalkan cara.
Kini anda hanya perlu peluk tubuh dan lihat perniagaan anda berkembang maju. Menipu ? Mula-mula sahaja terasa menipu, lama-kelamaan anda sendiri akan menganggapnya suci.
Apatah lagi bila anda menyaksikan para pelanggan anda sanggup berbunuhan demi batu yang anda jual.
Dengan sedikit helah pemasaran anda juga berupaya membuat orang ramai berkasih sayang dengan batu yang lembaga pengarah syarikat anda jumpai di belakang ibu pejabat mereka
Pelan pemasaran yang sebegini ganjil hanya mampu dilakukan di dalam industri agama.
Kini, anda boleh menambahbaik perniagaan anda dengan menceburkan diri di dalam industri pelancongan.
Anda tidak perlu punyai produk pelancongan yang indah.
Cukuplah sahaja dengan batu-batuan yang anda bentuk di tengah-tengah padang pasir.
Atau batu-batu yang anda jadikan tembok atau makhluk hybrid atau di acu sebagai melambangkan kemaluan.
Anda juga boleh menjual kain ela tanpa perlu digunting dan dijahit. Menjual pakaian khas untuk upacara khas atau peralataan-peralatan khas bersempena dengan ritual di hari-hari yang tertentu.
Orang Cina membakar barangan kertas ini untuk dihantar
kepada kaum keluarga mereka yang telah meninggal dunia.
Pelan pemasaran terbijak merangkumi dunia kehidupan dan kematian
Wah, secara tiba-tiba kini pemikiran anda menjadi begitu kreatif bukan, rupanya pelbagai barangan boleh dijual dengan mudah.
Untuk menjual produk baru anda hanya perlu merekacipta ritual yang tersendiri untuk produk itu. Mudah.
Ingat ! Yang penting ialah pelan pemasaran. Bukan produk. Servis selepas pemasaran pun tidak perlu.
Jika terdapat sebuah syarikat mahu anda menjadi pegawai pemasaran untuk menjual sebiji batu yang mereka dapati di belakang ibu pejabat syarikat mereka, bagaimanakah pendapat anda ?
Pasti anda menolak bukan.
Mungkin anda merasakan tiada siapa yang sanggup menjadi dungu membeli batu itu yang tidak boleh membawa apa-apa mudarat atau manafaat dalam kehidupan mereka bukan ?
Anda sebenarnya tidak berfikir sebagai seorang ahli pemasaran sejati. Anda tidak pandai membuat pakej penjualan.
Bagaimana jika sekiranya saya beritahu bahawa anda bisa menjual batu ini. Malah jangan terkejut jika stok batu anda itu akan kehabisan dijual dengan laris.
Caranya agak mudah. Mula-mula anda perlu merekayarsa satu kisah aneh mengenai batu yang syarikat anda jumpai di belakang ibu pejabat mereka itu.
Lebih aneh kisah anda, lebih laris batu anda dibeli para pelanggan.
Selain daripada itu, anda perlu menimbulkan sedikit ketakutan di hati para pelanggan anda demi untuk melariskan batu ini.
Kini anda hanya perlu peluk tubuh dan lihat perniagaan anda berkembang maju. Menipu ? Mula-mula sahaja terasa menipu, lama-kelamaan anda sendiri akan menganggapnya suci.
Apatah lagi bila anda menyaksikan para pelanggan anda sanggup berbunuhan demi batu yang anda jual.
Dengan sedikit helah pemasaran anda juga berupaya membuat orang ramai berkasih sayang dengan batu yang lembaga pengarah syarikat anda jumpai di belakang ibu pejabat mereka
Pelan pemasaran yang sebegini ganjil hanya mampu dilakukan di dalam industri agama.
Kini, anda boleh menambahbaik perniagaan anda dengan menceburkan diri di dalam industri pelancongan.
Anda tidak perlu punyai produk pelancongan yang indah.
Cukuplah sahaja dengan batu-batuan yang anda bentuk di tengah-tengah padang pasir.
Atau batu-batu yang anda jadikan tembok atau makhluk hybrid atau di acu sebagai melambangkan kemaluan.
Anda juga boleh menjual kain ela tanpa perlu digunting dan dijahit. Menjual pakaian khas untuk upacara khas atau peralataan-peralatan khas bersempena dengan ritual di hari-hari yang tertentu.
Orang Cina membakar barangan kertas ini untuk dihantar
kepada kaum keluarga mereka yang telah meninggal dunia.
Pelan pemasaran terbijak merangkumi dunia kehidupan dan kematian
Wah, secara tiba-tiba kini pemikiran anda menjadi begitu kreatif bukan, rupanya pelbagai barangan boleh dijual dengan mudah.
Untuk menjual produk baru anda hanya perlu merekacipta ritual yang tersendiri untuk produk itu. Mudah.
Ingat ! Yang penting ialah pelan pemasaran. Bukan produk. Servis selepas pemasaran pun tidak perlu.
Sekarang bayangkan perniagaan anda berkembang maju dari suatu perniagaan kecil-kecilan menjadi suatu industri besar-besaran bertahap antarabangsa.
Pemain industri ini pula bertambah dengan nilai industri bernilai trillion dolar setahun.
Di dalam keadaan ini adakah anda sanggup lagi jika rahsia industri anda diketahui orang ramai ?
Adakah anda sanggup kehilangan perniagaan ini setelah ia sudah bertapak beribu-ribu tahun lamanya ?
Sanggupkah anda membiarkan seorang individu menghancurkan semua ini ?
Sudah tentu tidak.
Industri ini sudah begitu berkembang sehingga menjadi punca rezeki berjuta manusia.
Ramai insan yang tidak bersalah meletakkan harapan yang tinggi kepada industri ini.
Tidak kurang yang merasa tenang dilena khayalan yang anda buai. Ia sudah menjadi seumpama candu masyarakat.
Maka, mahu tidak mahu anda terpaksa menangkap, menyumbat ke dalam penjara atau diperingkat yang kronik menjatuhkan hukuman mati kepada sesiapa sahaja yang cuba membongkar rahsia industri anda.
Untuk mewajarkan perbuatan ini, anda hanya perlu menyebut perkataan magik iaitu orang ini SESAT.
Untuk mewajarkan perbuatan ini, anda hanya perlu menyebut perkataan magik iaitu orang ini SESAT.
Pada awalnya, anda mungkin hanya cuba mencari sesuap nasi.
Anda tidak menyangka ia menjadi begitu besar dan meluas sehingga anda terpaksa menutup mata hati untuk mempertahankan sistem perniagaan anda.
Ianya berulang-ulang dari zaman ke zaman. Dari seorang Penguasa kepada seorang Penguasa yang lain. Dari Haman kepada Rambam kepada Paulus kepada Uthman. Ianya tidak boleh dihentikan lagi.
Ianya berulang-ulang dari zaman ke zaman. Dari seorang Penguasa kepada seorang Penguasa yang lain. Dari Haman kepada Rambam kepada Paulus kepada Uthman. Ianya tidak boleh dihentikan lagi.
Kegilaan dan ketaksuban kita kepada batu, nyata membawa kepada keruntuhan moral kemanusiaan. Adakah kita salah seorang dari pelakon watak itu ?
"Dan jika kamu dalam keraguan mengenai apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, maka datangkanlah sebuah surah yang serupa dengan ia, dan serulah (panggil) saksi-saksi kamu, selain daripada Allah, jika kamu orang-orang yang benar"
"Dan jika kamu tidak buat, dan kamu tidak akan buat, maka takutilah Api, yang bahan bakarnya manusia-manusia dan batu-batu, disediakan bagi orang-orang tidak percaya" AQ 2:23-24
P/s : Saya di minta untuk memberi sedikit komen mengenai perkara yang boleh di baca di laman sesawang ini ;
https://www.almasdarnews.com/article/panama-papers-data-leak-king-saudi-arabia-sponsored-netanyahus-campaign/
Komen saya : Jika anda berada di dalam suatu industri. Para pemain industri tersebut bukanlah musuh anda. Mereka yang lain sama seperti anda, mencari untung mengguna jenama yang berbeza. Jika anda memperolehi untung berlipat ganda adakah ia salah jika anda menolong rakan industri yang lain supaya berjaya seperti anda ? Jika dia untung anda juga turut untung bukan ?
Ashwed
jangan lupa tuan,
ReplyDeletekita create ramai usahawan tanpa modal dengan industri ni.
tak caya? pergi la masjid lepas sembahyang mesti ada usahawan memberi ceramah.
betul atau tidak belakang kira, janji masyuk
Maaf saya ni kekadang suka mengusik ustaz2 di laman sosial.
DeleteNi ustaz balas komen saya- " Lps ni imam, mufti, kadi, guru agama ,bilal, mutawif, guru kafa ,guru jqaf, naib qadhi , apa pun jgn ambik gaji jngan ambik sagu hati semua ambik jariah sj lgpun gol ustz ni x makan nasi, tol free minyak free, p ngajar ceramah terbang mcm superman, anak bini x dak semua bujang belaka... Boddo pya soalan."
hehe..
Salam,
DeleteSaya memang tak faham dgn ustaz mufti imam semua. Mereka sekolah-olah tak faham dgn pelajaran yg mereka sendiri belajar.
Mulanya dia belajar nabi 'muhammad' seorang trader. Tp mereka sendiri tak percaya pulak. Mereka mahu jadi imam. Kemudian mereka percaya lagi nabi 'muhammad' adalah ketua negara. Tp mereka bercita-cita setakat jadi tabligh sedangkan orang yg mereka sanjung mentauladankan yg lain.
Damai
Dan nabi dikatakan oleh mereka asyik terlibat peperangan. Yang peliknya jalan cerita ketika peperangan sedang berlangsung dan kejadian2 yg berlaku di tengah2 peperangan mereka boleh menceritakan dengan detail!!! Waktu itu ada video camera-kah merakamkan saat kejadian???
DeleteSaya baca dari satu buku bertajuk Sirah Nabi ketika saya baru nak berjinak2 kembali mencari Tuhan dan Islam tetapi buku itu menguatkan lagi penolakkan ajaran ustaz2 yg pelik2.
Buku itu disyorkan oleh ustaz di FB, dengan mengatakan ia adalah satu buku sirah nabi yang paling tepat dan dah diteliti/semak kembali olehnya. Dan penulisnya adalah Pemenang Pertama Pertandingan Mengarang Buku Sirah Rasulullah.
Salam.
ReplyDeleteKismis minda.
Makanan sunnah.
Pakaian sunnah.
Air yang dibaca dengan bacaan Quran.
Buku doa.
Etc.
Non
perniagaan atas nama tuhan memang menguntungkan...ianya tidak memerlukan pembelinya berfikir. berfikir, perkara yg paling susah utk dilakukan.
ReplyDeleteBagi ceramah.dengar ceramah.. Diskusi Agama..semua Ini orang kita suka. Tapi berfikir, merenung n muhasabah diri.. Tak mahu.. Because overconfident dah Ahli syurga.mmmm....???
ReplyDeleteKalau kau rajin berfikir dia panggil kau kafir.
DeletePeace Brother Ashwed,
ReplyDeleteIts going to be that time of the year again .Fast approaching .
Marketing leaflets sudah mula di edarkan.Pakej terdiri dari(copied from one of the flyers):
1. tadarus alquran dengan bimbingan Asatizah
2, Solat terawih dan tazkirah ramadan
3.Qiamullail perdana
4.program baca alquran 30 juzuk dan tahlil-(insya allah denagn keberkatan Bacaan Al quran dan niat yang ikhlas ,akan sampai pahala kepada arwah.)
5.Tajaan buka puasa / sahur
a.Pihak kami mengalu alukan sumbangan /tajaan dari Tuan /Puan.
b.Tujuan program ini ialah memberi peluang kepada masyarakat untok memperbanyakan amal soleh khusus nya amalan infaq/ sedekah bagi arwah tersayang.
Selamat menjalani ibadat puasa dan beramal.
Sumbangan Tabung Dana pembinaan kompleks Akademi Tahfiz alquran ..... sangat diperlukan.
Semoga Allah membalas dengan kebaikan yang lebih besar ganjaran pahalanya dan berkekalan, Amin Ya Rabb
Is this another "easy to market product"???.Very popular.The more you pay ,its better and will be good for arwah tersayang.
And life goes on.
I stand to be corrected.
Kedamaian untok semua.
Dengan hanya 3 atau 4 naskah Al-Quran anda dapat mengumpul berpuluh ribu ringgit.Jack Ma dengan AliBaba'nya pun kalah,begitu juga Donald Trump.Naskah-naskah itu sebagai display sahaja dengan cover berbeza.Anda hanya perlu 'beli' untuk diwakafkan,dan apa pulangan yang anda dapat adalah saham akhirat.Lebih banyak duit anda labur,maka lebih bergandalah saham akhirat nanti.Upah haji sudah,....nanti upah puasa pula.
DeleteIslam adalah komoditi
ReplyDeleteDi Malaysia, Islam adalah satu jenama besar yang mendatangkan keuntungan bagi peniaga. Kita harus berbangga kerana agaknya belum ada agama lain menghasilkan produk-produk berasaskan agama.
Umat islam di Malaysia memang kreatif dan sangat islamik. Tidak keterlaluan kalau kita anggap Malaysia adalah negara islam terulung yang paling banyak mengeluarkan produk islamik atau shari'ah compliant.
Kita ada…
Islamic banking, termasuklah shariah compliant insurance, pinjaman almudharabah, albai'ah, dan mcm2 nama arab. Asalkan namanya arabik, org melayu 100% yakin walaupun servis tidak bermutu dan interest rate lebih tinggi dpd conventional bank.
Kita ada shariah compliant airline yang telah bungkus setelah hanya beroperasi selama 4 bulan.
Kita ada shari'ah compliant hotel. Agaknya guests diminta menunjukkan sijil nikah sblm dpt check in..
Kita ada Quran therapy chicken - after being halal slaughtered. First in the world i suppose to recite Quranic verses over the chickens in cold storage.
Kita ada Aiskrim kifayah yang menggunakan air zam-zam dan makanan sunah nabi sebagai ramuan. Juga ada aiskrim Minda Genius 30+ (memang nak tergelak berguling-guling baca kononnya aiskrim tsb adalah 'brain food').
Kita ada Ready solat perfume - boleh dipakai utk bersolat. Saya tak faham kenapa perfume lain haram dipakai (semasa bersolat) sedangkan ia diperbuat drpd alkohol dan alkohol dihasilkan dpd petroleum, jadi dimana haramnya??
Kita ada kit untuk menangani histeria - juga semestinya islamik or shariah compliant.
Kita ada tudung ready solat, stokin ready wudu', mekap ready solat…
and the list goes on and on and on…
But mind you!
Dengan kekuatan islamik yang masyarakat melayu kita ada, masih belum cukup membentuk minda islamik dan iman yang kuat. Org Melayu cukup takut melihat palang/salib kerana melihatnya boleh merosakkan akidah…
Memang sungguh tenat pemikiran orang islam kita...
Salamunalaikum sahabat2! diulang-cetak 33-ayat terakhir Surah Yassin, perhatikan apakah yang dimaksudkan;
ReplyDelete36:50 Dan mereka tidak sempat membuat wasiat keatas keluarga mereka atau keatas diri mereka sendiri malahan mereka telah dikembalikan.
36:51 Dan apabila -fishshuuri ditiupkan maka mereka yang didalam kuburan segera dikembalikan kepada Pemelihara mereka.
36:52 Mereka berkata inilah hari celaka bagi kami siapa bangkitkan kami dari pembaringan ini pasti benar janji yang Pemurah dan rasulnya.
36:53 Tidaklah dianya melainkan dengan satu tempikkan mereka telah berada disisi Kami sebagai orang yang mengadap.
36:54 Maka pada hari ini tidak dizalimi suatu jiwa pun dan tidak diberikan balasan melainkan dengan apa yang telah mereka lakukan.
36:55 Dan penghuni syurga pada hari ini meraikan kegembiran mereka.
36:56 Mereka dan pasangan mereka ditempat teduh dan dibawah naungan dan diatas pentas khas duduk bersemuka.
36:57 Baginya buah-buahan pelbagai jenis dan apa sahaja yang diminta.
36:58 Salaamun ucapan dari Pemelihara yang Penyayang.
36:59 Dan tersingkirlah kamu pada hari ini wahai orang yang berdosa.
36:60 Tidakkah Aku telah menjanjikan kepada kamu wahai anak aadama jangan sesekali kamu berkhidmat kepada syaitan malahan dia bagimu adalah musuh yang nyata.
36:61 Malahan berkhidmatlah kepada Aku maka itulah jalan yang lurus.
36:62 Dan beberapa banyak dari kamu sesat apakah tidak kamu fikirkan.
36:63 Maka inilah jahannamu yang telah dijanjikan kepadamu.
bsmbg,
smbg..
ReplyDelete36:64 Dan pasti kamu disalai didalamnya pada hari ini atas keingkaranmu.
36:65 Pada hari ini Kami sita mulut kamu dan dibenarkan berkata tangan dan kaki kamu sebagai saksi Kami atas apa yang telah kamu usahakan.
36:66 Dan jika Kami kehendaki pasti dibutakan matamu maka kamu meraba- raba mencari jalan dan pasti kamu tidak dapat melihatnya.
36:67 Dan jika dikehendaki Kami kelirukan dimana kamu berada dan Kami pegunkan kamu maka tidak dapat kamu kembali ketempat asalmu.
36:68 Dan sesiapa Kami panjangkan umur mereka maka Kami kembalikan dia kepada permulaan kejadianya maka apakah tidak kamu fikirkan.
36:69 Dan Kami tidak mengajar syair didalamnya malahan dia tidak layak baginya dan dianya suatu peringatan dan qur-aanun yang jelas nyata.
36:70 Dan bagi memberi peringatan kepada sesiapa yang hidup dan memberi pengesahan kalimahnya kepada orang yang tidak percaya.
36:71 Dan apakah tidak mereka melihat Kami menjadikan ternakan bagi mereka dengan ‘tangan’ Kami supaya dapat mereka menguasainya.
36:72 Dan Kami tundukkan bagi mereka supaya dapat dijadikan tunggangan dan sebahagianya dijadikan makanan.
36:73 Dan darinya mereka dapat banyak manfaat dan minuman segar dari dalam perutnya maka apakah tidak mereka berterima kasih.
36:74 Malahan mereka berterusan mengambil tuhan selain Allah bagi mereka mendapatkan pertolongan.
36:75 Pasti mereka tidak dapat menolong angkatan yang dihadapkan.
36:76 Maka janganlah kamu bersedih dengan kata-kata mereka pasti Kami mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka zahirkan.
36:77 Dan apakah tidak manusia melihat yang Kami menciptanya dari setitis mani malahan kebanyakan dari mereka menjadi penentang yang nyata.
36:78 Dan dicetuskan misalan bagi mereka dan mereka lupa kejadianya maka Dia berkata siapakah yang menghidupkan tulang kamu yang hancur.
36:79 Katakan telah menghidupkanya yang pertama kali menciptanya dan pasti Dia mengetahui sekelian mahluk yang diciptanya.
36:80 Dia yang menjadikan api dari pepohon menghijau yang mana kamu dapat mencetuskan api darinya.
36:81 Dan bukankah yang mencipta langit dan bumi berkuasa mencipta yang semisal dengannya malahan Dia pencipta yang luas ilmunya.
36:82 Sesungguhnya apa yang diperintahkan apabila dikehendaki sesuatu terjadi hanyalah dengan berkata Jadilah! maka jadilah dianya.
36:83 Maka Dia disanjung dan ditangan Dia kuasa keatas segala sesuatu dan hanya kepada Dia kamu pasti dikembalikan.
Sekian.
Dari komen anonymous 11 may
ReplyDelete----------------------------
36:60
DIA beritahu syaitan itu musuh yang nyata Dan jangan berkhidmat padanya. Syaitan juga musuh yang nyata.
Bila di gambarkan
Syaitan = sikap buruk
Maka ayat ini lebih praktikal kerana kita tahu sikap buruk kita sendiri dan kalau kita terus bersikap (berkhidmat) buruk ianya menyusahkan kita sendiri (naar)
Not an absolute truth tapi fikir-fikirkanlah.
I once accidentally tune to a tv show on tv9 Tanya uztaz on the traits of Jin and orang bunian. Roughly 20 audiences all with notebook and pen writing down in details as the uztaz pass on his knowledge on jin and orang bunian. None of the information discussed by the Ustaz can cure cancer, provide solution to feed the world or generate cheap energy. One whole hour Malaysian tune to crap spew out by a Uztaz. It is a sorry state we Malaysian have become.
ReplyDeleteHey.. That's called religious entertainment.. Only we Malay Muslims enjoy such stories.. Mana ada kaum lain atau Agama lain Peking macam Ini? Hahaha.. Pahala besar tau tak?
DeletePadang pasir religion are marketed no different than when Catholic was In charge of Christianity. The bible then was writing in Latin. No one can translate the holy book unless you understand Latin or get your understanding from the priest who knows Latin.
ReplyDeleteSalam tuan Ashwed,
ReplyDeleteDi komuniti rumah saya yg 100% melayu, ada pagar keselamatan, CCTV, pondok pengawal. Setiap unit rumah perlu byr bil2, penyelenggaraan, cukai pintu dsbg. di pejabat pengurusan. Penduduk di sini mencecah 5,000 org ada lebih kurang 1,000 unit rumah.
Semasa mesyuarat tahunan penduduk tahun lepas, AJK surau telah mencadangkan setiap unit wajib membayar RM30 setiap bulan utk 'aktiviti' surau. Cadangan mereka bayaran ini mesti dimasukkan dlm bil penyelenggaraan. Maknanya suka x suka semua mesti byr atas nama agama Allah dan dakwah islamik.
Nasib baik ada ramai yg bantah sebab nampak sgt taktik AJK surau nk rembat duit orang ramai atas nama agama. Kalau jadi cadangan ini, orang2 surau boleh control hampir RM30 ribu setiap bulan utk byr upah penceramah dan pelbagai alasan lain utk tujuan yg tidak amanah.
Skrg tiap2 bulan AJK surau kutip derma dr rumah ke rumah. Bagi saya, saya tak kisah mereka nk seleweng dana ini atau tidak sbb saya hanya derma x lebih dari RM5. AJK surau pon ramai muka2 penggangur 30-40an yg menumpang rumah keluarga atau adik beradik. Tiap2 hari rabu ada penceramah luar dtg bagi tazkirah agama lepas maghrib. Topik ceramah langsung x membina kemajuan masyarakat.
That tuan Zack kreativiti dan inovasi atau nama Agama Dan menakutkan orang dgn dosa/pahala..syurga/neraka..kononnya takde Cara atau jalan lain. Khalil Gibran..seorang pujangga Misti Dari Lubnan menulis"God will open the door of heaven for whoever knocks from whichever side one choses." Renungilah...
DeleteI think best is to believe in yourself and your faith according to the calls of the Quran (reading). Taking word by word of a common man (Khalil Gibran in this) will lead to the likes of the hadithers.
DeletePermasalahan yang timbul ini disebabkan masyarakat kini meletakan sepenuh harapan keatas agamawan berkaitan hal2 "agama". Perhatikan apa kata Allah dari ayat AlQuran Surah Ash Syaf - Barisan (61) ayat 1 - 5;
ReplyDelete61:1 Sekelian yang dilangit dan dibumi menyanjungi Allah malahan hanya Dia yang Perkasa yang Bijaksana.
61:2 Wahai orang yang amanah mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak lakukan.(cakap tak serupa bikin)
61:3 Sangat besar kebencian disisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang kamu tidak lakukan.
61:4 Allah mencintai orang yang berjuang dijalan Dia yang lurus seperti barisan yang berbaris dengan teratur rapi.
61:5 Dan ketika muusaa berkata kepada kaumnya wahai kaumku mengapa kamu menyakitiku malahan kamu mengetahui yang aku ini utusan Allah dan sekiranya mereka berpaling darinya maka Allah palingkan hati mereka dari Dia malahan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.
Maka fikir-fikirkanlah wahai saudaraku sekelian...
saya setuju. khutbah jumaat pon bunyi macam dah tak membina ummah dan masyarakat.
ReplyDeleteSaya pernah terbaca kata2...biarlah kita tak pandai bahasa inggeris,sekolah tak tinggi asalkan tajwid baca al quran betul..dpt respon betul,betul dari semua pembaca...memang saya risau dgn pemikiran mcmn ni..
ReplyDeletetajwid betul tapi tak paham pon tak guna juga. Kalau baca terjemahan Melayu sahaja tak tentu lagi kita dapat intipati pengajaran yang betul. Vocabulary Melayu adalah limited. Banyak lagi bahan bacaan dan ahli fikir di negara lain yang menggunakan bahasa Inggeris yang mana boleh digunakan untuk mendalami pengetahuan kita mengenai AlQuran dan Islam itu sendiri.
Deletep/s: kalau tak reti Inggeris langsung mcmana nak baca Arabic Lexicon etc?
hangpa pi blog keretamayat (pengamal hadis tegar), tengok komen2 dlm 4 artikel terkini bermula dr artikel 'Anak masuk ICU?' hingga 'Jalan jalan cari hashtag?'...menarik tengok komen2 dlm tu..lihat bagaimana pengamal hadis kekurangan bukti untuk mematahkan hujah quran. sy rasa penulis blog tu pun blh dikategorikan membuat keuntungan atas nama agama dgn menjual buku2 yg byk bersumberkan hadis.
ReplyDeletePokmang ke ni? I like...
DeleteBlog keretamayat tak baca from all aspects. hanya baca apa yang dikehendaki utnuk penulisannya.