Wednesday, 30 December 2015

Hari Natal dan Azam Tahun Baru

Dunia baru merayakan perayaan Hari Natal (dari Bahasa Portugis yang bermaksud kelahiran) dan dalam beberapa hari lagi kita akan memasuki tahun baru.

Seperti kebiasaan sudah tentulah ada sahaja agamawan yang menghalang kita dari bersama-sama merayakan festival ini sehinggakan ke peringkat yang lebih ekstrim iaitu tidak membenarkan kita mengucap selamat kepada rakan kita yang merayakannya.

Mungkin agamawan ini tidak mahu membuka pemikiran mereka dengan lebih luas, iaitu kemungkinan terdapat sebuah keluarga, terutamanya di Sabah dan Sarawak (mereka lebih terbuka di dalam soal agama) yang dianggotai oleh mereka yang beragama Islam, Kristian dan lain-lain agama.

Katalah si anak beragama Islam sementara si ibu beragama Kristian, adakah anda mahu anak ini menjadi derhaka kepada ibunya sedangkan Al Quran memerintahkan kita supaya berbuat baik kepada ibubapa ?


Malah perkataan "ah" pun tidak dibenar untuk dikeluarkan kepada ibubapa, inikan pula bertindak kurang sopan kepada ibu sendiri.

A023
 
“Pemelihara kamu perintahkan hendaklah kamu jangan menyembah selain dari Dia, hendaklah berbuat baik kepada ibu-bapa. Samada seorang atau keduanya sudah sampai kepada umur tua di sisi kamu, dan janganlah berkata kepada mereka, ‘Ah!’. Dan jangan juga mengherdik mereka. Dan ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang mulia.” AQ 17:23

Di dalam keadaan ini, adakah patut sang anak bertindak kurang ajar dengan tidak mengucap selamat kepada ibunya ?

Bagi saya, ini adalah keistimewaan negara kita. Kita memiliki pelbagai bangsa dan agama. 

Kita sepatutnya menjadikan ia sebagai suatu rahmat daripada Tuhan untuk memahami dengan ertikata yang sebenar tentang apa dia agama.

Untuk mereka yang ekstrim sehingga tidak mahu memberikan ucapan selamat kepada rakan kita yang beragama Kristian, mungkin keterangan Al Quran ini boleh memberi sedikit idea bagaimana hubungan di antara agama dan kaum sepatutnya berjalan.

 A086

"Dan apabila kamu dihormati dengan salam hormat, maka berilah salam hormat yang lebih baik daripadanya, atau kembalikan ia; sesungguhnya Allah buat hitungan atas segala sesuatu" AQ 4:86

Nabi Isa dan 25hb Disember

Kebanyakkan kita dibesarkan dengan idea bahawa pada setiap 25hb Disember kita merayakan Perayaan Hari Natal (Christmas) iaitu hari Nabi Isa dilahirkan.

Sebenarnya perkataan Christmas berasal dari dua perkataan Christ dan Mass yang membawa erti bahawa ia adalah perayaan atau perjumpaan besar orang yang menganut agama kristian.

Hari ini dipilih oleh agamawa kristian untuk disambut oleh mereka memandangkan pada Musim Dingin kebanyakkan negara Kristian tidak mempunyai apa-apa sambutan berdasarkan cuaca yang tidak mengizinkan.

Ia adalah pemangkin untuk menceriakan suasana Musim Dingin. Ia terbukti menjadi fenomena global.

Yang pastinya tarikh ini tiada kena mengena dengan tarikh lahir Nabi Isa. 

Malah agamawan Kristian sendiri ramai yang menafikan bahawa 25hb Disember adalah tarikh lahir Nabi Isa.

Perkara ini sepatutnya membuka mata kita tentang bagaimana sesuatu perkara yang kecil boleh bertukar menjadi persepsi yang sangat besar sehingga ke peringkat ia menjadi teras kepercayaan sesuatu kumpulan.

Ia memberitahu kita bahawa adalah tidak mustahil di dalam "Agama Islam" yang kita amalkan, perkara sebegini juga berkemungkinan terjadi.

Dari sesuatu yang dilakukan secara suka-suka sebagai usaha untuk memberi sedikit hiburan kepada masyarakat, akhirnya ia berubah menjadi sesuatu yang tidak terkawal hingga membentuk teras utama kepercayaan dan "akidah" kita.  
Oleh yang demikian bilakah sebenarnya tarikh lahir Nabi Isa menurut perspektif Al Quran ?

Perkara ini boleh diamati melalui Surah Maryam dari keterangan 16 sehngga 40.

Di mana ia memuncak di keterangan seperti berikut ;

A023

"Dan rasa sakit beranak mendatanginya di batang pohon kurma/tamar (nakhlati - date palm). Dia berkata "Aduhai, sekiranya aku mati sebelum ini, dan jadi sesuatu yang dilupakan" AQ 19:23

A024

"Tetapi yang di bawahnya memanggilnya, "Tidak, jangan kamu sedih; sesungguhnya Pemelihara kamu adakan di bawah kamu sebuah anak sungai" AQ 19:24


A025

"Goyangkanlah kepada kamu batang tamar/kurma ; ia akan menjatuhkan kepada kamu tamar/kurma yang segar dan masak" AQ 19:25

Keterangan nombor 25 dari Surah 19 adalah indikasi utama tentang tarikh kelahiran Nabi Isa. Iaitu baginda lahir pada masa buah kurma sedang masak ranum dan boleh di makan di negeri kelahirannya.

Indikasi ini membawa kita kepada suatu kesimpulan bahawa 25 haribulan Disember iaitu di kala Musim Dingin sedang memuncak adalah suatu tarikh yang sangat silap kerana buah-buahan tidak bisa meranum di kala Musim Dingin.

Di manakah negeri kelahiran Nabi Isa ? Ahli sejarah menyatakan Nabi Isa lahir di negara yang kita kenali sebagai Palestine/Israel.

Oleh yang demikian bilakah agaknya buah kurma meranum di daerah ini ?

Berikut adalah carta aliran bulanan bagi kalendar Bani Israel yang secara tradisinya hidup di sekitar Palestine/Israel . Sila lihat bulan yang dikenali sebagai Elul.


MonthsWeatherCrops & activity
Tishri ( Sep/Oct )First rainsPloughing begins
Heshvan ( Oct/Nov ) Ploughing / grain planting
Kislev ( Nov/Dec ) Grain planting continues
Tebeth ( Dec/Jan )Main rains 
Sebat ( Jan/Feb )  
Adar ( Feb/Mar )Spring rainsAlmond in bloom / flax harvest
Abib ( Mar/Apr ) Barley harvest begins
Zif ( Apr/May ) Barley harvest completed
Sivan ( May/Jun )Dry seasonWheat harvest begins
Tamuz ( Jun/Jul ) Wheat harvest completed / first figs
Ab ( Jul/Aug )Summer heatVintage ( grape harvest ) begins
Elul ( Aug/Sep ) Date harvest / summer figs

Maka dengan sendirinya kita boleh membuat rumusan bahawa Nabi Isa dilahirkan pada bulan Elul iaitu antara Ogos dan September yang mana buah kurma atau tamar sedang meranum. Bukannya pada 25hb Disember.

Rencana Baru

Apakah signifikan tarikh dan peristiwa ini kepada kita manusia yang hidup di zaman ini ? 

Tiada apa-apa signifikan pun sebenarnya. Kita masih hidup seperti biasa, setiap hujung bulan terima gaji. 

Yang berniaga masih lagi perlu mengutip bayaran dari pelanggan, yang sakit masih perlu mencari penawar untuk penyakit dan sebagainya.

Jika tiada apa-apa signifikan, maka, apakah yang menyebabkan kita masih berbunuhan di antara agama ?

Mengapa masih ada yang menyatakan kami betul, kamu salah ? 

Sedarlah, bahawa kita tidak berada di sana semasa peristiwa ini berlaku, maka kita bukanlah saksi.

Kita dilahirkan bukanlah untuk menjadi saksi siapakah yang lebih benar, Nabi Isa atau "Nabi Muhammad". 

Kita lahir dan akhirnya mati. Apa yang kita buat d iantara lahir dan kematian ini adalah survivalship kita.

Ada yang dilahirkan di dalam keluarga Islam, ada yang Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain. Itu bukanlah pilihan kita. Ia adalah tradisi masyarakat dan keluarga yang kita dilahirkan di dalamnya.

Satu-satunya pilihan yang kita ada sebagai seorang manusia yang masih hidup ialah memilih untuk kekal dengan nasib sekarang atau mahu berubah ?

Azam Baru

Berikut adalah senarai gambar manusia-manusia billionaire dunia. Apakah persamaan yang boleh kita dapati dari mereka ? ;



Bill Gates di lahirkan di dalam keluarga yang beragama kristian
mazhab protestan


Mark Zuckenberg di lahirkan di dalam keluarga yang
menganut Judaism


Mukesh Ambani dilahirkan di dalam keluarga yang 
menganut Hinduism


Tan Sri Dato Seri (Dr) Lim Goh Tong dilahirkan
di dalam keluarga yang menganut Buddhism


Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dilahirkan di dalam
keluarga yang menganut Islam

Mereka ini adalah antara billionaire dunia. Ada yang masih hidup. Ada yang sudah meninggal dunia.

Secara amnya kita bolehlah menggariskan bahawa mereka semua berlatarbelakangkan agama yang berbeza-beza.

Sekarang, sudah tentu dengan agama yang berbeza mereka pastinya melakukan upacara dan adat resam agama yang berbeza, bukan ?

Jika sekiranya kita berpendapat bahawa Islamlah yang betul (yakni upacara dan adat resam agamanya) maka mengapakah bukan semua orang Islam menjadi billionaire seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary ?

Begitu juga, jika sekiranya penganut Kristian mengatakan bahawa Kristianlah yang paling benar, maka mengapa tidak semua orang Kristian menjadi billionaire seperti Bill Gates.

Begitu juga dengan Mark Zuckenberg yang mewakili Judaism, Mukesh Ambani yang mewakili Hinduism dan Tan Sro Dato Seri (Dr) Lim Goh Tong yang mewakili Buddhism. 

Mengapakah penganut agama mereka yang lain tidak menjadi billionaire dan berjaya seperti mereka ?

Adakah upacara dan adat resam agama yang menjadikan mereka berjaya ? Sudah tentu tidak.

Yang menjadikan mereka berjaya adalah suatu perkara yang sama. Iaitu sifat berusaha bersungguh-sungguh atau Iltizam yang ada pada diri setiap mereka.

Inilah persamaan di antara kesemua mereka ini. 

Maka, jika itulah jawapannya, adakah kita masih merasakan agama kitalah yang benar dari agama orang lain?

Kita boleh membuat sebanyak manapun upacara dan adat resam agama, dengan doa 24 jam sehari semalam, tetapi asasnya tetap sama kita tetap tidak akan berjaya jika kita tidak berusaha melakukan langkah yang pertama. 

INILAH YANG DIKENALI SEBAGAI ILTIZAM.

DAN PEMBACA YANG BUDIMAN INILAH DIA MAKNA PERKATAAN SOLAT YANG DISEBUT BERULANG-KALI DI DALAM AL QURAN. IA ADALAH FORMULA KEJAYAAN YANG UNIVERSAL TIDAK MENGIRA AGAMA, BANGSA DAN RUPA PARAS.

Oleh itu, untuk tahun baru ini marilah kita membuat rencana baru yakni BERILTIZAM bersungguh-sungguh di dalam apa jua bidang yang kita sedang ceburi.

Iltizam ini perlu direncanakan dengan bijak iaitu dengan strategi dan pelan, dengan menghormati masa, berintegriti, hormat menghormati sesama manusia dan dengan tidak melupakan ibubapa yang melahirkan dan mendidik kita.

Selamat Hari Natal kepada penganut Kristianiti dan Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat Malaysia.

Ashwed.

 

 

 

Wednesday, 23 December 2015

Ulang Siar 5

Artikel berikut ini adalah yang terakhir di dalam siri ulang siar. 

Ia adalah berkenaan maksud satu perkataan yang maha penting di dalam kehidupan manusia.

Ia juga adalah satu perkataan yang paling sering disalahertikan di dalam kehidupan seharian masyarakat Islam.

Jika kita bertanya kepada anggota masyarakat Islam tentang apakah tugas Al Quran di dalam kehidupan seharian mereka, pasti jawapan yang kita akan dengar ialah Al Quran adalah panduan hidup kami.

Namun hakikatnya, ianya tidak begitu. Al Quran hanya digunakan sebagai panduan kematian masyarakat Islam bukan panduan hidup mereka.

Untuk kehidupan, masyarakat Islam mengguna buku-buku lain hasil tulisan ketua-ketua mazhab mereka sebagai panduan. 

Al Quran ditinggalkan dan tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya.

Ia ditinggalkan berhabuk di rak-rak buku sehinggakan Nabi Terakhir pernah memanjatkan aduan kepada Pemeliharanya "Tuhanku, sesungguhnya kaumku mengambil Al Quran ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan" AQ 25:30

Berikut adalah penerangan saya mengenai maksud perkataan solat.

http://ashwed1973.blogspot.my/2015/04/nabi-aqeemu-sollah-dan-zakkah.html

Oleh yang demikian, jika kita dilarang dari memasuki syi-ya-an ( dibaca sebagai organisasi agama ) maka apakah sebenarnya yang perlu kita cari di dalam hidup ini ?

Al Quran menegaskan bahawa sebagai manusia kita perlu mengabdikan diri kepada Pemelihara kita iaitu zat asal yang mencipta sistem kehidupan yang kita sedang hidup di dalamnya.

Bagaimanakah caranya kita mengabdikan diri kepada Pemelihara kita. 

Kita mengabdikan diri kepada Pemelihara kita dengan "Mendengar dan Mematuhi" perintahnya yang hanya boleh dibaca dari dalam Al Quran sahaja.

Apakah perintah tersebut ? Ianya adalah sangat jelas, kita diperintahkan untuk menjadi seorang MANUSIA, jika tidak, sudah tentulah kita dapati diri kita sebagai seekor binatang atau pokok atau makhluk-makhluk lain.

Panduan untuk menjadi seorang MANUSIA itulah yang direkodkan secara terperinci di dalam Al Quran, di mana Tuhan berjanji jika kita "mendengar dan mematuhinya" kita akan diangkat menjadi seorang MANUSIA yang berjaya.

http://ashwed1973.blogspot.my/2015/04/tuhan.html


Keterangan di atas memberitahu kita bahawa fakta yang dikemukakan oleh Tuhan adalah yang paling tepat. Fakta-fakta ini hanya boleh didapati dari dalam Al Quran bukan dari buku-buku lain.

Seterusnya, di frasa " .. Dan Al Quran ini diwahyukan kepadaku supaya dengan dia aku memberi peringatan kepadamu .. "  memberitahu kita bahawa Nabi Terakhir tidak sesekali mengguna buku lain selain dari Al Quran semasa menyeru masyarakatnya untuk berubah. Baginda hanya mengguna Al Quran.

Di manakah kedudukan kitab hadis yang sangat kita tegakkan sehingga menjadi panduan hidup dengan membelakangkan Al Quran ? 

Adakah Baginda, Nabi Terahir yang menulis kitab-kitab hadis ini ? Sudah tentu tidak. Mengapa kita tidak memikirkannya ?

Ashwed

Ulang Siar 4

Agama di dalam maknanya yang moden membawa erti suatu kumpulan manusia yang mempercayai kepada beberapa perkara-perkara teras yang diusulkan oleh kumpulan mereka.

Kebiasannya kumpulan ini akan bersikap melindungi ideologi yang menjadi identiti kumpulan mereka.

Pada awalnya setiap kumpulan mempercayai kepada kepada satu jalur kepercayaan yang sama.

Lama kelamaan kumpulan ini berpecah kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil. 

Ia terjadi kerana manusia marhaen akan mengikuti ketua. Ketua pula secara semulajadi bersikap tamak kepada pengaruh dan pengikut.

Jika diamati setiap kumpulan ini bersikap sangat melindungi pemikiran ketua mereka. Inilah yang dipanggil mazhab. 

Secara dasarnya Agama tidak dipraktis oleh manusia. Kita mempraktik ajaran mazhab. 

Tidak kira apa pun cabang agama, kita sebenarnya mempraktik ajaran mazhab.

Mazhab diketuai oleh manusia biasa yang namanya tidak pernah tertulis di dalam kitab-kitab besar agama dunia. 

Itulah hakikat manusia kini. 

Majoriti kita di dunia ini meletakkan harap kepada manusia-manusia agong yang namanya tertulis di dalam kitab seperti Musa, Isa dan Muhammad.

Namun, hakikatnya kita tidak mengikuti nama besar ini. Kita mengikut ketua mazhab masing-masing.

Apabila ada masalah kumpulan ini perlu melihat cara penyelesaian mengikut ajaran ketua mazhab masing-masing. Para pengikut tidak dibenarkan untuk mengikuti cara penyelesaian mazhab lain.

Sebab itulah sangat sukar untuk kita menyatukan manusia. Perpecahan manusia sangat rumit. 

Hanya Tuhan sahaja yang tahu mengapa dunia masih belum dimusnahkan secara total oleh bom nuklear akibat dari perpecahan ini.

Namun begitu, kitab-kitab besar dunia tidak menyarankan supaya manusia beragama apatah lagi bermazhab. 

Kebiasaannya, kitab-kitab besar dunia menyarankan supaya manusia mengikuti cara hidup yang makmur dan damai.

Artikel yang seterusnya adalah mengenai Organisasi Agama secara am. 

Agak sukar untuk menjelaskan tentang perpecahan mazhab kerana ia perlu kepada isu-isu yang lebih teliti.

Alangkah baiknya jika saya boleh mengisytiharkan bahawa isi kandungan Al Quran tidak menyarankan kita untuk memasuki Agama malah Tuhan melarangnya dan menyamakan perbuatan beragama serupa dengan mempersekutukan Tuhan.

Saya seorang tidak boleh merubah dunia. Namun, pemikiran ini boleh dikongsi dengan harapan supaya ia berupaya membentuk gelombang.

Sangat sukar untuk kita menceritakan hakikat ini kepada masyarakat. Namun, itulah faktanya.

Bagaimana Organisasi Agama tercipta ? Berikut adalah penerangan saya.
 

 http://ashwed1973.blogspot.my/2015/04/organisasi-agama.html


Ashwed


Tuesday, 22 December 2015

Ulang Siar 3

Artikel seterusnya adalah seperti berikut ;

http://ashwed1973.blogspot.my/2015/06/islam-moden-vs-islam-al-quran.html

Ianya sedikit panjang. Saya pernah dinasihati oleh seorang rakan supaya memecahkan artikel-artikel saya menjadi beberapa siri untuk memudahkan orang ramai membaca.

Saya berpendapat, jika seseorang itu enggan membaca artikel panjang bermakna mereka tidak berminat untuk mencari pengetahuan.

Namun begitu, saya merasakan nasihat itu ada benarnya. Mungkin apabila saya menemui ruang masa yang panjang saya akan berbuat begitu.

Ashwed

Monday, 21 December 2015

Ulang Siar 2

Artikel kedua yang menjadi kunci utama kepada kajian blog ini bertajuk manusia dan batu.

Kebenaran adalah satu proses pencarian. Ia sangat pedih untuk ditelan.

Semoga tulisan ini memberi manafaat kepada pencarian anda.

http://ashwed1973.blogspot.my/2015/04/manusia-dan-batu.html

Ashwed

Sunday, 20 December 2015

Ulang Siar 1

Ada beberapa pembaca meminta keizinan dari saya untuk menggunapakai artikel-artikel saya sebagai rujukan bagi kajian mereka sendiri atau juga mungkin untuk dihantar sebagai bahan bacaan kepada kumpulan media sosial mereka.

Saya ingin menegaskan bahawa kesemua bahan-bahan bacaan yang saya utarakan di sini adalah untuk kegunaan sesiapa jua yang merasakan ianya memberi manfaat kepada mereka.

Saya tidak meminta upah untuk kesemua bahan ini. Upah saya tidak lain adalah dari Pemelihara saya.

Jika saya ingin memegang hak penyiaran  sudah pastilah saya menulis dengan mengguna identiti sebenar dan menjual kesemua penyiaran ini sebagai sumber rezeki saya.

Saya juga dapati terdapat beberapa mini debat berlaku di ruangan komentar blog ini.

Mungkin ada pembaca yang tidak mengikuti blog ini dari permulaan lalu mereka kurang memahami kedudukan blog ini mengenai beberapa isu.

Oleh yang demikian, saya akan mengulang siar 5 artikel yang menjadi kunci dan kajian utama blog ini.

Kita mulakan dengan artikel "Analogi Ladang Jagung". Artikel ini adalah metafora kandungan isi penting Al Quran. 

Ia adalah finale kepada Siri Ramadhan yang saya tulis sempena bulan "Ramadhan" yang lepas.

Al Quran adalah panduan hidup, makanya sudah tentulah kita perlu menggunakannya semasa kita hidup iaitu dengan mempraktikan prinsip-prinsip yang di utarakan di lembarannya untuk kita berjaya menjadi seorang yang damai.


###################################################################

Ramadhan, Siri Akhir : Analogi Ladang Jagung




Bayangkan ada dua kumpulan hamba. Satu kumpulan digelar sebagai Golongan Apel, sementara satu lagi kumpulan digelar sebagai Golongan Belacan.
Katakanlah, setiap kumpulan mempunyai 100 orang hamba yang terdiri dari 50 orang lelaki dan 50 lagi perempuan.

Pada suatu hari, mereka dipanggil mengadap Tuan ladang mereka yang sangat kaya raya. 

Tuan ladang ini sangat kaya sehingga tidak memerlukan sesuatu apa pun lagi untuk dirinya.
Tuan mereka memberikan dua kumpulan ini 10,000 tahun untuk mengerjakan ladang jagung milik Tuan ini. 

Selepas tamat tempoh 10,000 tahun, mereka semua perlu kembali ke tempat asal mereka iaitu di sisi Tuan yang merupakan pemilik asal ladang tersebut.
Setiap kumpulan di beri petak yang berbeza untuk diusahakan.

Setiap petak itu sangat luas dengan kondisi tanah yang sama subur. 

Petak-petak ini juga sudah ditumbuhi dengan hasil jagung yang sangat produktif.

Kedua-dua kumpulan ini bermula dengan "padang yang sama". 

Tiada kumpulan yang diberi kelebihan di atas kumpulan yang lain. Iaitu mereka;

1. diberikan kudrat yang sama ;
2. diberikan akal yang sama ;
3. diberikan tempoh waktu yang sama iaitu 24 jam satu hari ; dan
4. alatan asas yang sama untuk mereka mengusahakan ladang jagung masing-masing.
Golongan Apel dan Belacan boleh mengambil apa sahaja hasil jagung yang berjaya mereka usahakan tanpa perlu membayar apa-apa kepada Tuan mereka.

Walaubagaimanapun, yang mereka ini tidak tahu ialah tempoh masa 10,000 tahun itu sebenarnya hanyalah satu hari satu malam sahaja mengikut kiraan masa Tuan mereka.
Sebelum mereka dibenarkan untuk memulakan usaha di petak masing-masing, Tuan mereka memanggil mereka lalu bertanya.

"Siapakah Tuan kamu ?". Mereka pantas menjawab dengan yakin "Tuanlah, Tuan kami".
Lantas, Tuan mereka memberi beberapa pesanan kepada kedua-dua kumpulan ini.
1. Jangan kamu kata ada Tuan lain selain aku dan jangan kamu abdikan diri selain dari menanam jagung ; 
2. aku akan sentiasa melihat kamu tetapi kamu tidak dapat melihat aku ; dan
3. untuk menuju kejayaan kamu perlu mendirikan "99##22"
Jika kamu melakukan ketiga-tiga pesanan ini maka kamu akan berjaya di ladang jagung kamu dan apabila kamu balik ke sini, kamu akan aku beri ganjaran yang lebih besar untuk selama-lamanya.

Kedua-dua kumpulan ini memahami pesanan tersebut kecuali pesanan yang ketiga.

Mereka pun bertanya, " Tuan, apa maksud 99##22 ?".

Tuan mereka menjawab dari masa ke semasa aku akan mengutuskan utusan aku untuk memberi kefahaman kepada kamu.




Mengusaha Ladang

Lalu pergilah kedua-dua kumpulan hamba ini ke petak ladang masing-masing dengan hati bercampur-baur namun dengan niat nekad untuk mengusaha ladang jagung masing-masing.

Kedua-dua kumpulan ini berusaha dengan bersungguh-sungguh dan benarlah kata Tuan mereka, ladang-ladang jagung ini mengeluarkan hasil yang sangat banyak dan mereka pun menikmati kekayaan dari hasil usaha mereka.

Kemakmuran yang mereka nikmati mengakibatkan jumlah hamba yang menganggotai kedua-dua kumpulan ini semkain hari semakin meningkat. Mereka diulit kedamaian yang tiada tolok bandingnya.

Namun, setelah beberapa ratus tahun mengikut kiraan di dunia mereka, kedua-kedua kumpulan hamba ini mula mengalami hasil yang tidak produktif. Sehingga ada yang kebuluran dan menjadi sangat miskin.

Untuk hidup, kedua-dua kumpulan ini saling berperang untuk merebut hasil pihak yang satu lagi.

Tuan mereka yang sentiasa melihat gerak-geri mereka segera bertindak. 

Seperti yang dijanjikan Tuan mereka mengutus seorang utusan, utusan ini mengingatkan kembali kedua-dua kumpulan ini kepada tiga pesanan Tuan mereka serta menyedarkan mereka akan maksud "99##22".

Ternyata, selepas datangnya utusan dari Tuan mereka. Kedua-dua kumpulan hamba ini berjaya bangun dan ladang jagung mereka kembali mengeluarkan hasil yang tinggi.

Namun begitu, selepas beratus-ratus tahun mengikut kiraan dunia hamba, salah satu dari kumpulan ini, iaitu Golongan Apel kembali mengalami hasil yang merosot. 

Ia adalah akibat dari kelalaian Golongan Apel untuk mengerjakan ladang jagung mereka sendiri.

Oleh kerana kumpulan Golongan Belacan masih mengekalkan hasil yang tinggi, maka kumpulan ini mengambil kesempatan untuk menakluk beberapa bahagian ladang jagung milik Golongan Apel.

Melihat kepada perkara ini, Tuan mereka menghantar utusannya kepada kumpulan Golongan Apel untuk menyedarkan kumpulan ini. 

Apabila sedar, ladang jagung Golongan Apel kembali mengeluarkan hasil yang banyak.

Dalam waktu yang sama, kumpulan Golongan Belacan yang sudah merasakan diri mereka lebih berjaya dari kumpulan Golongan Apel mula lalai dari mengerjakan ladang jagung mereka.

Akhirnya, kumpulan Golongan Belacan pula mengalami hasil jagung yang merosot. 

Kesempatan ini diambil oleh Golongan Apel untuk menakluk kembali wilayah mereka dari Golongan Belacan serta mengambil-alih wilayah-wilayah baru milik Golongan Belacan.

Begitulah yang sering terjadi di antara kumpulan-kumpulan hamba ini. Mereka seringkali alpa dan lupa mendirikan "99##22". 

Apabila ada golongan hamba yang lalai, golongan lagi satu pun mengambil kesempatan di atas kelalaian itu.



Kejayaan luarbiasa Golongan Belacan

Sehinggalah tempoh 10,000 tahun mengikut kiraan hamba ini semakin hampir tamat dan Tuan mereka sudah pun menghantar utusannya yang terakhir kepada salah satu kumpulan yang lalai iaitu Golongan Belacan.

Selepas diajar oleh utusan terakhir Tuan mereka, Golongan Belacan menjadi sangat berjaya. 

Mereka menakluk hampir kesemua wilayah Golongan Apel sambil mengekalkan wilayah mereka sendiri.

Mereka menjadi bongkak dan leka di atas kejayaan itu . Benarlah kata pepatah untuk mengekalkan kejayaan adalah usaha yang lebih rumit dari menempa kejayaan.

Akibatnya, Golongan Belacan mengalami kemerosotan yang amat dahsyat.

Ladang mereka tidak langsung mengeluarkan hasil. 

Mereka menjadi kelam-kabut kerana kisah kejayaan mereka telah dijaja sebagai tidak mungkin gagal lagi.

Wilayah-wilayah yang mereka takluk kesemuanya membebaskan diri lalu menyertai kumpulan Golongan Apel. 

Sementara itu, Golongan Apel secara perlahan-lahan membina kembali kekuatan mereka. 

Hasil ladang jagung Golongan Apel juga mengalami peningkatan hasil dari tahun ke tahun. 

Apakah yang sebenarnya terjadi kepada kedua kumpulan hamba ini ?

Berikut adalah apa yang terjadi kepada Golongan Belacan

Sebaik sahaja utusan terakhir Tuan mereka dihantar kepada kumpulan ini, mereka kembali sedar bahawa selama ini mereka lalai untuk berusaha bersungguh-sungguh.

Mereka kembali sedar bahawa maksud mendirikan "99##22" sebenarnya ialah berusaha bersungguh-sungguh atau beriltizam dengan dedikasi yang tinggi di dalam bidang penanaman jagung.

Hasilnya, mereka berjaya mendirikan satu tamadun yang maha hebat melalui hasil dari ladang jagung mereka. 

Mereka hampir menguasai keseluruhan wilayah Golongan Apel.

Golongan Apel pula, pada waktu tersebut sedang berkhayal dengan kisah kejayaan lama mereka menakluk Golongan Belacan 

Di samping itu, mereka juga taksub kepada satu upacara yang mereka cipta sesama mereka.

Apa yang terjadi kepada Golongan Belacan ?

Selepas hampir berjaya menakluk keseluruhan wilayah Golongan Apel, cerdik pandai Golongan Belacan merasakan bahawa mereka perlu membuat upacara untuk mengucapkan syukur dan terima kasih kepada Tuan mereka.

Oleh kerana mereka tidak dapat melihat Tuan mereka secara fizikal, maka mereka membina satu binaan yang diperbuat dari batu dengan tangan mereka sendiri untuk dijadikan simbol mengganti Tuan mereka.

Lama-kelamaan, hamba-hamba yang menganggotai Golongan Belacan menjadi taksub kepada binaan batu ini.

Mereka mula membuat jadual harian untuk membuat upacara kesyukuran di hadapan binaan batu tersebut. 

Ada antara mereka yang melakukan upacara sebanyak 5 kali sehari di hadapan binaan ini dan ada pula yang merasakan 3 kali sudah cukup. 

Bagi kebanyakkan dari mereka inilah maksud mendirikan "99##22". Mereka yakin upacara ini boleh menjadikan mereka berjaya.

Akhirnya, mereka mula menyamakan binaan batu ini dengan Tuan mereka sedangkan binaan ini mereka bina sendiri pada mulanya.

Binaan batu ini tidak ada kena mengena dengan Tuan mereka yang kaya-raya itu.

TANPA MEREKA SEDARI, MEREKA MELANGGAR PESANAN PERTAMA TUAN MEREKA. 

MEREKA KINI MENGABDIKAN DIRI KEPADA PERKARA LAIN SELAIN DARI MENANAM JAGUNG. 

DAN OLEH KERANA MEREKA BEGITU TAKSUB KEPADA BINAAN BATU INI, TANPA MEREKA SEDARI KINI MEREKA MEMPUNYAI 2 TUAN SELAIN DARI TUAN MEREKA YANG SEBENAR.

Selain itu, mereka juga membuat pelbagai undang-undang bagi mengawal upacara kesyukuran yang dilakukan di hadapan binaan batu ini. 

Undang-undang ini, kadang-kala begitu keras sehingga jika ada anggota kumpulan mereka memahami dengan cara yang lain, mereka mengisytiharkan darah anggota ini halal dan patut dibunuh.

Mereka juga mendirikan sekolah-sekolah untuk melatih anak-anak mereka tentang bagaimana untuk membuat upacara kesyukuran di hadapan binaan batu tersebut.

Natijahnya, oleh kerana ketaksuban mereka, anak-anak mereka kesemuanya membesar dengan hanya mempunyai pengetahuan tentang bagaimana mahu melakukan upacara kesyukuran di hadapan binaan batu tersebut sahaja.

Hampir tiada seorang pun lagi dari generasi anak-anak mereka mengetahui tentang cara-cara menanam jagung, sebagaimana arahan asal Tuan mereka yang sebenar.

Akhirnya, ladang jagung mereka mengalami kemerosotan kerana mereka sudah tidak mempunyai pengetahuan untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi. 

Malah sebenarnya, mereka tidak langsung membuat penanaman semula kepada jagung-jagung mereka yang rosak dimakan serangga.

Ini mengakibatkan tiada langsung anak jagung baru di tanam. Dan menyebabkan, hasil jagung mereka sangat merosot.

Melihatkan keadaan ini, cerdik pandai di antara mereka mengatakan bahawa kemerosotan ini terjadi kerana kurangnya usaha melakukan "99##22" yang mereka tafsirkan sebagai melakukan upacara kesyukuran di hadapan binaan batu yang mereka bina.

Kata cerdik pandai ini lagi, ianya tiada kena mengena dengan ketiadaan pengetahuan Golongan Belacan tentang teknologi menanam jagung.

Kesemua anggota hamba Golongan Belacan mengambil keputusan untuk mengikuti saranan cerdik pandai mereka . 

Maklumlah anggota ini bukan calang-calang, sudahlah cerdik, pandai pulak tu.

Maka begitulah yang terjadi kepada anggota Golongan Belacan, oleh kerana tiada lagi utusan Tuan mereka akan di hantar kepada Golongan Belacan, maka kemungkinan besar Golongan Belacan akan kekal sebegini sehingga tempoh 10,000 tahun yang dijanjikan Tuan mereka tamat.





 



Perkara Yang Terjadi kepada Golongan Apel

Golongan Apel nekad untuk mengubah nasib mereka. 

Mereka sudah tidak dapat bertahan dari dihina setiap hari oleh Golongan Belacan yang sangat berjaya pada ketika itu.

Cerdik pandai mereka berkumpul dan mengambil satu ketetapan iaitu menghalang kumpulan kecil yang begitu taksub untuk melakukan upacara kesyukuran dari menentukan hala tuju nasib kumpulan Golongan Apel.

Caranya ialah dengan meletakkan kumpulan taksub ini di satu tempat yang terpencil.

Oleh kerana mereka sudah tiada pengetahuan mengenai teknoloji menanam jagung, mereka mengambil keputusan menghantar kumpulan pelajar khas untuk belajar dari Golongan Belacan sendiri. 

Meskipun sentiasa dihina disepanjang proses pembelajaran tersebut, mereka nekad untuk terus tetap dengan keyakinan ini.

Lama-kelamaan, kumpulan kecil ini berjaya menguasai kembali pengetahuan mengenai penanaman jagung.

Kumpulan kecil ini mula membina sekolah mereka sendiri untuk mengajar generasi anak-anak mereka mengenai teknoloji penanaman jagung.

Mereka juga membuat keputusan untuk membuka satu sekolah istimewa yang dikhaskan untuk mencari produk baru yang boleh dihasilkan dari jagung.

Mereka melupakan terus upacara kesyukuran dan secara semulajadi proses ini menyebabkan mereka kembali mengikuti pesanan pertama Tuan mereka iaitu mengabdikan diri kepadanya dengan menanam jagung.

Hasilnya, mereka bukan sahaja mendapat hasil jagung yang melimpah ruah malah kini mereka mempunyai produk-produk ciptaan baru yang dihasilkan dari sekolah khas yang mereka bina.

Secara tidak langsung, dengan kesungguhan yang tinggi ini (iltizam) mereka telah berjaya mendalami maksud mendirikan "99##22" dengan lebih mendalam. 

Dan, oleh kerana tempoh 10,000 tahun hampir tamat, maka kemungkinan besar Golongan Apel akan menguasai pasaran jagung sehingga mereka dipanggil pulang mengadap Tuan mereka.





Sekian analogi Ramadhan, semoga bertemu di Ramadhan tahun hadapan.

Kisah ini untuk dihayati oleh mereka yang mempunyai mata hati. 

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada" AQ 22:46

Pengajaran 


Apakah yang anda rasa akan dilakukan oleh Tuan hamba-hamba ini kepada anggota hamba Golongan Belacan yang telah melanggar pesanannya ?.


Jawapan - Tiada apa-apa. 

Sesungguhnya, Tuan ini terlampau kaya-raya, apa sahaja yang dilakukan oleh anggota hamba Golongan Belacan tidak langsung menggugat kedudukannya.


Lagipun, Tuan ini tahu tempoh yang sebenar hanyalah satu hari satu malam.

Kesemua hamba-hambanya dari kedua-dua Golongan Apel dan Golongan Belacan akan kembali ke sisinya selepas tamat tempoh satu hari satu malam.

Pada waktu tersebut baharulah dia memberi ganjaran atau hukuman seperti yang telah dia janjikan pada awal kisah ini.


Ashwed



Wednesday, 16 December 2015

Kebaculan Intelektual

Pintu Ijtihad di isytihar tutup oleh orang-orang Arab pada tahun 1258 masihi. 

Apakah dia Ijtihad ? Menurut Wikipedia Ijtihad adalah seperti berikut :-

Ijtihad (Arabic: اجتهادijtihād, "diligence") is an Islamic legal term that means "independent reasoning" or "the utmost effort an individual can put forth in an activity."[1] It is recognized as the decision-making process in Islamic law (sharia) through personal effort (jihad) which is completely independent of any school (madhhab) of jurisprudence (fiqh).

Secara ringkasnya, Ijtihad adalah penggunaan common sense di dalam sesuatu perkara. 

Ijtihad berasal dari akar kata j-h-d atau jihad yang membawa maksud a struggle, strive atau perjuangan.

Menurut Joseph Schacht alasan untuk menutup Pintu Ijtihad adalah seperti berikut ;

"By the beginning of the fourth century of the hijra (about A.D. 900), however, the point had been reached when the scholars of all schools felt that all essential questions had been thoroughly discussed and finally settled, and a consensus gradually established itself to the effect that from that time onwards no one might be deemed to have the necessary qualifications for independent reasoning in law, and that all future activity would have to be confined to the explanation, application, and, at the most, interpretation of the doctrine as it had been laid down once and for all."

Zaman Gelap

Dengan penutupan Pintu Ijtihad secara rasmi oleh para ilmuwan Islam ini maka bermulalah era kegelapan di dalam dunia Islam yang sudahpun berlanjutan selama 757 tahun setakat tahun 2015.

Oleh yang demikian bolehlah kita buat kesimpulan bahawa satu-satunya pihak yang bertanggungjawab terhadap kemunduran dunia Islam tidak lain dan tidak bukan adalah ilmuwan atau ulama yang ditakrifkan secara konservatif sebagai Mufti, Ustaz, Imam dan Tok Guru.

Secara peribadi, saya merasakan adalah tidak munasabah apabila mereka yang mengangkat diri mereka sendiri sebagai "Ulama" ini memutuskan bahawa kesemua persoalan utama tentang kehidupan sudah dibincang dan diputuskan, seolah-olah selepas tahun 1258 bumi berhenti berputar ? 

Begitu banyak kemajuan yang dicapai manusia di antara tahun 1258 sehingga ke tahun 2015 yang mereka terlepas pandang. Ini adalah kegagalan intelek yang sangat besar.

Mereka juga bagi saya begitu bongkak apabila menyatakan bahawa selepas dari tahun 1258 tiada lagi manusia yang berkelayakan dan berpengetahuan untuk membuat ijtihad.

Keputusan ini seolah-olah menyatakan bahawa selepas dari tahun 1258 manusia tidak lagi diberi akal oleh Tuhan.

Peristiwa penutupan Pintu Ijtihad ini mempunyai persamaan dengan satu peristiwa lain di kalangan penganut Kristianiti. Ia berlaku di Nicaea ;

"The First Council of Nicaea (/nˈsə/; Greek: Νίκαια [ˈni:kaɪja]) was a council of Christian bishops convened in Nicaea in Bithynia by the Roman Emperor Constantine I in AD 325. This first ecumenical council was the first effort to attain consensus in the church through an assembly representing all of Christendom.[5] It was presided over by Hosius of Corduba, a bishop from the West.

Its main accomplishments were settlement of the Christological issue of the nature of the Son of God and his relationship to God the Father,[3] the construction of the first part of the Creed of Nicaea, establishing uniform observance of the date of Easter,[6] and promulgation of early canon law.[4][7]

Kedua-dua peristiwa ini secara asasnya menyebabkan terjadinya perkara yang sama. 

Ia menutup dunia ilmu dan pengetahuan dari berkembang secara semulajadi semata-mata kerana mahu melindungi pendapat sendiri.

Perkara ini digelar sebagai KEBACULAN INTELEKTUAL ATAU INTELLECTUAL COWARDICE.

Ia menyebabkan efek yang sangat dahsyat iaitu kemunduran menyeluruh kepada kegemilangan tamadun yang pernah dicipta oleh kelompok itu pada era sebelumnya.

Dari proses jati diri, kekuatan mental, kehormatan, inovasi, seni, budaya sehinggalah kepada pencapaian luaran seperti ekonomi, material, sains dan teknologi,  dan lain-lain segalanya mundur dengan kadar yang drastik.

Namun, ketamadunan Kristian berjaya keluar dari era kegelapan ini dengan menarik diri mereka dari cengkaman theokrasi. 

Jika kita baca sejarah benua Eropah, kita akan dapati bagaimana mereka melepaskan diri dari cengkaman Gereja melalui darah, keringat dan tahap pengorbanan yang sangat tinggi.

Mereka mencipta sistem pemikiran baru yang dipanggil sekularism yang menolak pengaruh Gereja atau agama dari pentadbiran negara-negara di sana.

Jihad Yang Tersasar

Sementara itu, dunia Islam masih dicengkam kegelapan. Kita masih tercari-cari formula untuk maju.

Kita banyak menyalahkan orang lain dan bersungguh-sungguh merasakan orang lain berkonspirasi untuk memundurkan kita.

Untuk itu, kita menyangka istilah jihad yang tertulis di dalam Al Quran adalah perjuangan mengangkat senjata untuk membunuh orang kafir. 

Kemungkinan besar kita sengaja menyalahertikan istilah ini kerana di dalam diri kita sebenarnya kita cemburu dengan kejayaan orang lain.

Kita syok sendiri dan menyangka diri kita adalah Tuhan apabila kita menjatuh hukum bahawa orang lain adalah kafir.

Kita tidak pernah terfikir bahawa yang sebenarnya kafir adalah diri kita sendiri.

Ini adalah kerana kita menolak begitu banyak kurniaan Tuhan, dari organ tubuh sehinggalah rezeki yang Tuhan turunkan kepada kita dengan memandai-mandai menghalal-haramkan semua kurniaan ini.

Kafir secara amnya membawa maksud penolakan. Lantas, golongan manakah yang banyak menolak kurniaan Tuhan ? Bukankah kitalah manusia yang paling banyak pantang larangnya di negara kita ?

Saya pernah menerima kiriman dari laman facebook di mana seorang perempuan Melayu mengepos kenyataan bahawa beliau tidak pernah memandang bangunan Gereja kerana diajar oleh Ustaz perkara ini akan menyebabkannya menjadi tidak cerdik. Beliau berumur dalam lingkungan 30an.

Beliau hanya tersedar bahawa perbuatan itu adalah suatu yang tidak masuk akal apabila beliau pergi bercuti ke negara lain.

Mungkin kita merasa lucu bila membaca perkara ini, namun hakikatnya beginilah tahap pemikiran manusia Islam kini.

Anda boleh uji pada bila-bila masa bagaimana terkongkongnya pemikiran kita. Cuba anda pergi pegang anjing atau babi secara sengaja. 

Nak bagi lagi dramatik lepas pegang itu anda cuci tangan dengan sabun dettol sahaja. Saya kira kejap itu juga anda akan di panggil sesat.

Orang kita bila mereka tiada hujah mereka akan menggelar manusia lain dengan pelbagai kecaman sesat, kafir, pluralist, liberalist, anti-hadis dan macam-macam lagi. 

Yang lagi susah ialah mereka mengguna Undang-Undang. Mereka menangkap dan menyumbat ke penjara manusia-manusia yang membuat perkara paling asas dan semulajadi, iaitu berfikir. 

Inilah yang dipanggil KEBACULAN INTELEKTUAL.

Jihad Yang Sebenar

Suatu waktu dahulu, orang Melayu begitu yakin kepada diri sendiri.

Kita beriltizam (solat) bersungguh-sungguh dengan semurni-murni dedikasi (zakka). Kita tidak mudah hilang fokus (khusyuk)

Dengan keyakinan ini kita berjaya mendapatkan kemerdekaan dari Empayar terhebat di dalam sejarah dunia. Satu Empayar yang menguasai hampir keseluruhan dunia. Ini bukan perkara kecil.

Sesudah merdeka, kita meneruskan iltizam (solat) ini. Dari saat kita buka mata pada paginya sehinggalah kita tidur pada malamnya, generasi merdeka beriltizam (solat) untuk memajukan negara ini tanpa henti. 

Oleh kerana itu, kita berjaya menjadikan negara ini antara negara baru merdeka yang terkehadapan sekali.

Adakah kita berjaya melakukan semua ini dengan melakukan ritual worship pagi, petang, siang dan malam ? 

Atau adakah ianya kerana Perdana Menteri kita seorang yang berserban, berjubah, berjanggut panjang yang tak henti-henti pergi ke tanah arab untuk berdoa supaya negaranya maju ? 

Adakah ianya hanya kebetulan apabila kita melihat kepada negara-negara maju kita dapati kepimpinannya berwatak liberal (seorang yang percaya kepada kemajuan) dan kesemua negara ini menolak sistem theokrasi ?

Selepas sekian lama merdeka, generasi pejuang pun bertukar. Generasi yang baru ini hilang keyakinan diri. Semangat juang mereka ditelan kebendaan.

Apabila mereka tiada keyakinan diri maka jiwa mereka senang dibeli oleh anasir asing. 

Kini, kita menyangka bahawa JIHAD adalah mengangkat senjata memerangi orang kafir siap dengan simbol pedang dan kuda.

Ia diindoktrinasi oleh para pelajar yang kita hantar belajar di negara-negara yang gagal seperti Mesir, Arab Saudi, Jordan, Libya dan lain-lain yang kita tersilap gelar mereka ini sebagai ilmuwan atau ulama.

Kita sangka kita layak untuk mempertahankan Tuhan Yang Maha Perkasa, sepertimana kita mempertahankan adik perempuan kita. Begitulah hinanya sangkaan kita terhadap Tuhan.

Ketahuilah bahawa Jihad yang paling besar ialah ini ;


# Terjemahan ini boleh di dapati di kebanyakkan terjemahan Bahasa Melayu. Perkataan Al Quran tiba-tiba muncul kerana kepenggunaannya berkesinambungan dari ayat 32.

Oleh kerana perkataan Al Quran itu sendiri membawa erti Bacaan, maka selepas mencapai kemerdekaan, Jihad kita yang paling utama ialah menyebarkan ilmu pengetahuan kepada khalayak.

Bukan menyebar kebencian yang tidak pernah kunjung padam kepada kaum lain di dalam negeri dan di luar negara.

Berikut adalah sedikit informasi terkini mengenai Pintu Ijtihad ;

http://www.newageislam.com/ijtihad,-rethinking-islam/open-the-gates-of-ijtihad,-closed-since-1258--egyptian-leader-calls-for-reformation-in-islam/d/35632


atau - https://www.youtube.com/watch?v=n4WMVFz07Sc

Kita perlu mengisytihar kembali pembukaan Pintu Ijtihad dan kembali memeluk ilmu pengetahuan secara bijak seperti yang dilakukan oleh dunia Islam suatu waktu dahulu.

Kita perlu buang jauh-jauh sikap KEBACULAN INTELEKTUAL, memenjara dan mengenakan hukuman kepada mereka yang berfikir adalah sikap syaitan (sifat buruk) yang amat besar. 

Dengar semua pendapat dan ambil pendapat yang paling berguna untuk kita amalkan.

Ashwed

Wednesday, 9 December 2015

Hijab

Saya terdorong untuk menulis tentang Hijab apabila seorang pembaca yang menggelar dirinya "Pembaca Quran" menghantar komen seperti berikut ;

##########################################################

Salamun alaikum tuan,

Saya tertarik dgn hujah dr screen shot tuan yang antaranya menyatakan bahawa perempuan yang tidak memakai tudung, dosanya ditanggung oleh saudara-saudara lelakinya - thats what i understand from those short forms anyway . Ini adalah bertentangan dgn ayat2 Quran :

قُلْ أَغَيْرَ اللَّـهِ أَبْغِي رَبًّا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَيْءٍ ۚ وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا ۚ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُم مَّرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ ﴿١٦٤﴾
Quran 6 :164

maksudnya:

Katakanlah: "Apakah aku akan mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia adalah Tuhan bagi segala sesuatu. Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan". (164)

Rujukan lain antaranya adalah 17:15, 35:18, 41:46 dan 53:38

Sengaja tidak copy and paste rujukan2 lain tersebut supaya orang yang mahu membaca Quran boleh buat rujukan sendiri - bukan hanya bergantung kepada hujah ustaz, mufti dll yang memang langsung tidak merujuk kepada Quran.

Jadi dengan sendirinya hujah bahawa dosa-dosa kita boleh ditanggung oleh orang lain adalah palsu semata mata. Ianya juga membuktikan bahawa Quran adalah konsisten dlm isu ini apabila diulang pada ayat2 yang lain.

Sekian, terima kasih tuan. Maaf jika ada yang tersalah sebab saya masih belajar dari Quran.

Pembaca Quran

###########################################

Begitu juga dengan terjemahan dari pembaca  berikut ;

###########################################

Terdapat hanya 4x kata - aurat dari 2 surah ie An Nuur (24) dan Al Ahzab (33) ;

24:31 Dan katakan kepada wanita yang amanah bendung pandangan mereka dan kawal kemaluan mereka dan jangan menampakan ‘perhiasan’ mereka kecuali apa yang zahir maka tutuplah payudara mereka dengan pakaian yang bersesuaian dan jangan menampakan ‘perhiasan’ mereka kecuali kepada suami atau bapa atau bapa mertua atau anak-anak mereka atau anak-anak suami mereka atau saudara lelaki atau anak lelaki saudara lelakinya atau anak lelaki saudara perempuanya atau sesama perempuan atau perempuan suruhan atau pelayan lelaki yang tiada keinginan kelamin atau bayi-bayi dan jangan kangkangkan kaki mereka sehingga diketahui apa yang tersembunyi dari ‘perhiasan’ mereka maka bertaubatlah kepada Allah wahai orang yang amanah supaya kamu mendapat kejayaan.

24:58 Wahai orang yang amanah bagi mereka yang dibawah tanggunganmu dan yang belum balighu hendaklah meminta izin darimu tiga kali sebelum kamu melaksanakan solaati -lfajri dan ketika hendak menanggalkan pakaian luarmu apabila kepanasan ketika -zhahiirati dan sebelum solaati -l’isyaa-i disebahagian malamnya maka itulah tiga penelanjangan dan tidak bersalahan bagimu dan mereka bersantai disekitaran sesudah itu maka Allah yang menjelaskan ayat-ayatnya malahan Allah yang Mengetahui yang Bijaksana.

33:13 Ketika berkata segolongan dari mereka wahai penduduk yatsriba tiada tempat bagimu maka kembali meminta izin segolongan dari mereka dan nabi berkata, rumah kami ’auratun bagimu padahal dianya tidak ’auratin melainkan mereka menghendaki melarikan diri darinya.

Dari ayat2 diatas dapatlah faham 'rambut' yang mana dimaksudkan "auratin".

#########################################################

Terima kasih kepada komen saudara berdua.

Di era ini, masyarakat kita begitu obses dengan hijab. 

Malah ada perkataan baru yang diterbitkan dari akar kata hijab ini. Ia dikenali sebagai hijabista. 

Malah kalau tidak silap, beberapa majalah khas pun ada diterbitkan mengenai tema ini, begitu juga dengan rancangan televisyen.

Sememangnya hijab sudah menjadi industri fesyen yang dikaitkan dengan Islam.  

Oleh kerana orang kita gemarkan budaya ikut-ikutan maka timbullah istilah-istilah baru seperti fesyen Islam, negara Islam, perbankan Islam, parti politik Islam, perubatan Islam dan pelbagai macam lagi perkara yang dikaitkan dengan Islam.

Dari segi teknikal, fesyen tidak boleh Islam kerana menurut ahli agama untuk menganut Islam kita perlu membuat 5 rukun.

Oleh kerana fesyen tidak boleh membuat semua rukun ini maka fesyen sekali-kali tidak boleh menjadi Islam. Hanya manusia yang boleh menjadi Islam

Walaupun dari satu segi ianya memang baik untuk sosio-ekonomi masyarakat kita, di mana perniagaan tudung memberikan rezeki dan karier kepada para wanita Malaysia.

Namun, dari segi moral, hijab sudah berubah posisi menjadi satu pra-syarat sebelum seseorang itu boleh menjadi seorang yang damai (muslim) terutamanya untuk wanita.

Adakah ianya benar begitu ?

Mari kita lihat apakah maksud sebenar hijab menurut perspektif al quran.

Hijab Menurut Perspektif Al Quran

Menurut Al Quran, perkataan hijab tidak pernah membawa maksud kain penutup rambut. 

Perkataan itu membawa maksud pemisah atau dinding atau barrier. Ia berasal dari akar kata ha-ja-ba yang diulang guna sebanyak 8 kali di dalam Al Quran

A046



"Dan di antara keduanya (penghuni jannah dan naar) ada batas (hijabun), dan di atas A'raaf itu ada orang-orang yang mengenal masing-masing dari dua golongan itu dengan tanda-tanda mereka. Dan mereka menyeru penduduk Jannati: "Salamun alaykum". Mereka belum lagi memasukinya, sedang mereka ingin segera (memasukinya) AQ 7:46


  A045

"Dan apabila kamu membaca Al Quran, nescaya Kami adakan antara kamu dan orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat, suatu dinding (hijaban) yang tertutup AQ 17:45

Penggunaan lain boleh didapati di AQ 19:17, AQ 38:32, AQ 33:53, AQ 41:5, AQ 42:51 dan AQ 83:15

Di kebanyakkan penggunaannya, hijab adalah dinding halimunan yang tidak nampak pada mata kasar.

Ia adalah dinding intelektual yang dipisahkan melalui pengetahuan dan akal.

Oleh yang demikian maka bolehlah kita buat kesimpulan bahawa orang kita sangat tersilap di dalam penggunaan perkataan hijab apabila kita mengatakan ia membawa makna kain penutup rambut yang perlu dikenakan oleh wanita sebagai perintah dari Tuhan.

Khumur dan Jilbab

Perkataan sebenar yang digunakan di dalam Al Quran sebagai membawa maksud kain penutup ialah khumur dan jilbab.

Khumur membawa maksud menutup atau conceal. Ia juga menerbitkan perkataan khamar (arak) yakni jika berlebihan meminum arak fikiran kita akan menjadi conceal atau mabuk.

Berikut adalah keterangan Al Quran yang disalahguna bagi menunjukkan bahawa wanita perlu mengenakan kain penutup kepala sedangkan dari segi bahasa penggunaan khumur di dalam keterangan ini membawa maksud menutupi.

A031

"Dan katakan kepada wanita yang amanah bendung pandangan mereka dan kawal kemaluan mereka dan jangan menampakan ‘perhiasan’ (zeena-tahuna) mereka kecuali apa yang zahir maka tutuplah (bi-khumuri-hinna) payudara mereka dengan pakaian  yang bersesuaian dan jangan menampakan ‘perhiasan’ (zeenatahunna) mereka kecuali kepada suami atau bapa atau bapa mertua atau anak-anak mereka atau anak-anak suami mereka atau saudara lelaki atau anak lelaki saudara lelakinya atau anak lelaki saudara perempuanya atau sesama perempuan atau perempuan suruhan atau pelayan lelaki yang tiada keinginan kelamin atau bayi-bayi dan jangan kangkangkan/dedahkan (aurati) kaki mereka sehingga diketahui apa yang tersembunyi dari ‘perhiasan’ (zeenatihinna) mereka maka bertaubatlah kepada Allah wahai orang yang amanah supaya kamu mendapat kejayaan" AQ 24:31

# terjemahan ini dari saudara pembaca seperti di atas. Perkataan berwarna merah adalah pemahaman saya. Perkataan arab di dalam kurungan adalah dari teks asal.

Sementara jilbab pula membawa maksud pakaian luar (outer garment). Perkataan ini hanya sekali sahaja disebut di dalam Al Quran.

A059

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : "Hendaklah mereka melabuhkan pakaian luar mereka (jalabibihinna) ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" AQ33:59 

Awrati


Perkataan awrat pula digunapakai sebanyak 4 kali di dalam Al Quran.

Ia boleh di dapati di keterangan seperti berikut iaitu  di AQ 33:13 sebanyak dua kali, AQ 24:31 seperti di atas dan AQ 24:58.

Ia membawa maksud mendedahkan atau expose .

A013  
"Ketika berkata segolongan dari mereka wahai penduduk yathriba tiada tempat bagimu maka kembali meminta izin segolongan dari mereka dan nabi berkata, rumah kami terdedah (’auratun) padahal dianya tidak terdedah (’auratin) melainkan mereka menghendaki melarikan diri darinya" AQ 33:13 

A058 


24:58 Wahai orang yang amanah bagi mereka yang dibawah tanggunganmu dan yang belum balighu hendaklah meminta izin darimu tiga kali sebelum kamu melaksanakan solaati -lfajri dan ketika hendak menanggalkan pakaian luarmu apabila kepanasan ketika -zhahiirati dan sebelum solaati -l’isyaa-i disebahagian malamnya maka itulah tiga penelanjangan/pendedahan (auratin) dan tidak bersalahan bagimu dan mereka bersantai disekitaran sesudah itu maka Allah yang menjelaskan ayat-ayatnya malahan Allah yang Mengetahui yang Bijaksana.

# terjemahan ini dari saudara pembaca seperti di atas. Perkataan berwarna merah adalah pemahaman saya. Perkataan arab di dalam kurungan adalah dari teks asal.

Adalah jelas dari keterangan di atas bahawa penggunaan perkataan awrat tidak merujuk kepada bahagian tubuh. 

Asal-Usul Kain Penutup Kepala

1 Corinthians 11:5
But every woman who prays or prophesies with her head uncovered dishonors her head--it is the same as having her head shaved.
 

1 Corinthians 11:6
For if a woman does not cover her head, she might as well have her hair cut off; but if it is a disgrace for a woman to have her hair cut off or her head shaved, then she should cover her head.

1 Corinthians 11:7
A man ought not to cover his head, since he is the image and glory of God; but woman is the glory of man.
 

 
contoh pemakaian tudung

Berikut adalah sedikit fakta mengenai sejarah purdah atau pardah yang berasal dari perkataan Parsi yang membawa maksud curtain.

Pre-Islamic roots[edit]

Although purdah is commonly associated with Islam, many scholars argue that veiling and secluding women pre-dates Islam; these practices were commonly found among various groups in the Middle East such as Druze, Christian, and Jewish communities.[1] For instance, the burqa existed in Arabia before Islam, and the mobility of upper-class women was restricted in Babylonia, Persian, and Byzantine Empires before the advent of Islam.[2] Historians believe purdah was acquired by the Muslims during the expansion of the Arab Empire into modern-day Iraq in the 7th century C.E and that Islam merely added religious significance to already existing local practices of the times.[3]

Adoption and spreading[edit]

Historians believe purdah was originally a Persian(Nestorian Christians) practice that the Muslims adopted during the Arab conquest of modern-day Iraq in the 7th century C.E. .[3] Later, Muslim rule of northern India during the Mughal Empire influenced the practice of Hinduism, and the purdah spread to the Hindu upper classes of northern India.[3] During the British colonialism period in India, purdah observance was widespread and strictly-adhered to among the Muslim minority.[3]

In modern times, the practice of veiling and secluding women is still present in mainly Islamic countries and South Asian countries.[3] However, the practice is not monolithic. Purdah takes on different forms and significance depending on the region, time, socioeconomic status, and local culture.[4] It is most commonly associated with some Muslim communities in Afghanistan and Pakistan, along with Saudi Arabia.[5] Purdah has been more recently adopted in northern Nigeria, especially in areas affected by the Boko Haram uprising.[6] It is also observed by Rajput clans of India and Pakistan as a social practice regardless of religion.[7]

Dalam lain perkataan penggunaan kain tudung sudah digayakan secara meluas sebelum  "zaman Islam" lagi yakni di zaman jahiliyyah.

Berikut pula ialah pemakaian tudung di dalam agama-agama lain di dunia.


Dari gambar di atas adalah jelas bahawa memakai tudung tidaklah menjadikan seseorang wanita itu lebih islam dari wanita muslim yang lain. Ini adalah kerana agama-agama lain juga mengenakan tudung.

# Secara peribadi saya merasa hairan mengapa orang Kristian di Malaysia menolak Undang-Undang Hudud yang cuba diperkenalkan oleh sebuah Parti Politik sedangkan ianya seratus peratus dari Bible Perjanjian Lama. Begitu juga dengan pemakaian tudung seperti yang di amalkan oleh orang Melayu. Mungkin mereka sendiri tidak membaca Bible agaknya?

Kesimpulan 

Daripada keterangan-keterangan Al Quran di atas adalah jelas bahawa khumur membawa maksud menutup, ia bukan sejenis kain yang dikenakan di kepala.

Mungkin dari segi budaya Arab istilah ini sudah disalahguna selama beribu tahun sehinggakan jika dikaji dari segi sejarah kepenggunaannya ia hanya merujuk kepada kain tudung yang meliputi rambut.

Perkara sebegini seringkali terjadi di dalam sejarah budaya bangsa. 

Misalnya di dalam Bahasa Melayu terdapat pepatah tersebut "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi". 

Semua orang Melayu tahu bahawa pagar tidak boleh makan.

Sebenarnya perkataan pagar merujuk kepada burung pegar yang menjadikan sawah sebagai habitat mereka. 
 
Oleh kerana terdapat kekeliruan semasa proses mengarkib pepatah ini maka ianya telah diterima secara formal sebagai pepatah Melayu.
 
Apabila ia sudah diterima secara formal di dalam syllabus pembelajaran Bahasa Melayu maka kini jika saya menjawab peperiksaan dengan menulis "Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi" maka sudah tentu jawapan saya adalah salah.

Al Quran memerintahkan manusia supaya menjaga adat berpakaian dan menjaga kehormatan.

Rambut yang di atas kepala tidak pernah menjadi suatu organ yang perlu kita tutup kerana ia sendiri dicipta Tuhan supaya menutupi dan melindungi kulit kepala.

Oleh kerana itu, ia sememangnya perlu terdedah sebagai simbolik kepatuhannya (sujud) kepada sistem yang dicipta Tuhan.

Apabila manusia membuat pembahagian di dalam masyarakat iaitu membeza-bezakan wanita tidak bertudung dengan yang "free hair" maka kita secara tidak langsung membenarkan sifat buruk (syaitan) menguasai pemikiran khalayak.

Kini, kain penutup kepala menjadi pra-syarat tahap ketaqwaan kaum hawa. Sesiapa yang tidak bertudung diihat sebagai kurang "beriman" kepada Tuhan.

Sedangkan tudung secara dasarnya hanyalah sejenis fesyen, kain yang tidak membawa erti apa-apa. Ia sangat berbeza dengan makna keterangan ini ;

A026

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup tubuhmu  dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. "AQ 7:26

Tuhan melihat kepada ketaqwaan kita, bukan jenis fesyen yang kita gayakan.

Ashwed