Wednesday, 16 December 2015

Kebaculan Intelektual

Pintu Ijtihad di isytihar tutup oleh orang-orang Arab pada tahun 1258 masihi. 

Apakah dia Ijtihad ? Menurut Wikipedia Ijtihad adalah seperti berikut :-

Ijtihad (Arabic: اجتهادijtihād, "diligence") is an Islamic legal term that means "independent reasoning" or "the utmost effort an individual can put forth in an activity."[1] It is recognized as the decision-making process in Islamic law (sharia) through personal effort (jihad) which is completely independent of any school (madhhab) of jurisprudence (fiqh).

Secara ringkasnya, Ijtihad adalah penggunaan common sense di dalam sesuatu perkara. 

Ijtihad berasal dari akar kata j-h-d atau jihad yang membawa maksud a struggle, strive atau perjuangan.

Menurut Joseph Schacht alasan untuk menutup Pintu Ijtihad adalah seperti berikut ;

"By the beginning of the fourth century of the hijra (about A.D. 900), however, the point had been reached when the scholars of all schools felt that all essential questions had been thoroughly discussed and finally settled, and a consensus gradually established itself to the effect that from that time onwards no one might be deemed to have the necessary qualifications for independent reasoning in law, and that all future activity would have to be confined to the explanation, application, and, at the most, interpretation of the doctrine as it had been laid down once and for all."

Zaman Gelap

Dengan penutupan Pintu Ijtihad secara rasmi oleh para ilmuwan Islam ini maka bermulalah era kegelapan di dalam dunia Islam yang sudahpun berlanjutan selama 757 tahun setakat tahun 2015.

Oleh yang demikian bolehlah kita buat kesimpulan bahawa satu-satunya pihak yang bertanggungjawab terhadap kemunduran dunia Islam tidak lain dan tidak bukan adalah ilmuwan atau ulama yang ditakrifkan secara konservatif sebagai Mufti, Ustaz, Imam dan Tok Guru.

Secara peribadi, saya merasakan adalah tidak munasabah apabila mereka yang mengangkat diri mereka sendiri sebagai "Ulama" ini memutuskan bahawa kesemua persoalan utama tentang kehidupan sudah dibincang dan diputuskan, seolah-olah selepas tahun 1258 bumi berhenti berputar ? 

Begitu banyak kemajuan yang dicapai manusia di antara tahun 1258 sehingga ke tahun 2015 yang mereka terlepas pandang. Ini adalah kegagalan intelek yang sangat besar.

Mereka juga bagi saya begitu bongkak apabila menyatakan bahawa selepas dari tahun 1258 tiada lagi manusia yang berkelayakan dan berpengetahuan untuk membuat ijtihad.

Keputusan ini seolah-olah menyatakan bahawa selepas dari tahun 1258 manusia tidak lagi diberi akal oleh Tuhan.

Peristiwa penutupan Pintu Ijtihad ini mempunyai persamaan dengan satu peristiwa lain di kalangan penganut Kristianiti. Ia berlaku di Nicaea ;

"The First Council of Nicaea (/nˈsə/; Greek: Νίκαια [ˈni:kaɪja]) was a council of Christian bishops convened in Nicaea in Bithynia by the Roman Emperor Constantine I in AD 325. This first ecumenical council was the first effort to attain consensus in the church through an assembly representing all of Christendom.[5] It was presided over by Hosius of Corduba, a bishop from the West.

Its main accomplishments were settlement of the Christological issue of the nature of the Son of God and his relationship to God the Father,[3] the construction of the first part of the Creed of Nicaea, establishing uniform observance of the date of Easter,[6] and promulgation of early canon law.[4][7]

Kedua-dua peristiwa ini secara asasnya menyebabkan terjadinya perkara yang sama. 

Ia menutup dunia ilmu dan pengetahuan dari berkembang secara semulajadi semata-mata kerana mahu melindungi pendapat sendiri.

Perkara ini digelar sebagai KEBACULAN INTELEKTUAL ATAU INTELLECTUAL COWARDICE.

Ia menyebabkan efek yang sangat dahsyat iaitu kemunduran menyeluruh kepada kegemilangan tamadun yang pernah dicipta oleh kelompok itu pada era sebelumnya.

Dari proses jati diri, kekuatan mental, kehormatan, inovasi, seni, budaya sehinggalah kepada pencapaian luaran seperti ekonomi, material, sains dan teknologi,  dan lain-lain segalanya mundur dengan kadar yang drastik.

Namun, ketamadunan Kristian berjaya keluar dari era kegelapan ini dengan menarik diri mereka dari cengkaman theokrasi. 

Jika kita baca sejarah benua Eropah, kita akan dapati bagaimana mereka melepaskan diri dari cengkaman Gereja melalui darah, keringat dan tahap pengorbanan yang sangat tinggi.

Mereka mencipta sistem pemikiran baru yang dipanggil sekularism yang menolak pengaruh Gereja atau agama dari pentadbiran negara-negara di sana.

Jihad Yang Tersasar

Sementara itu, dunia Islam masih dicengkam kegelapan. Kita masih tercari-cari formula untuk maju.

Kita banyak menyalahkan orang lain dan bersungguh-sungguh merasakan orang lain berkonspirasi untuk memundurkan kita.

Untuk itu, kita menyangka istilah jihad yang tertulis di dalam Al Quran adalah perjuangan mengangkat senjata untuk membunuh orang kafir. 

Kemungkinan besar kita sengaja menyalahertikan istilah ini kerana di dalam diri kita sebenarnya kita cemburu dengan kejayaan orang lain.

Kita syok sendiri dan menyangka diri kita adalah Tuhan apabila kita menjatuh hukum bahawa orang lain adalah kafir.

Kita tidak pernah terfikir bahawa yang sebenarnya kafir adalah diri kita sendiri.

Ini adalah kerana kita menolak begitu banyak kurniaan Tuhan, dari organ tubuh sehinggalah rezeki yang Tuhan turunkan kepada kita dengan memandai-mandai menghalal-haramkan semua kurniaan ini.

Kafir secara amnya membawa maksud penolakan. Lantas, golongan manakah yang banyak menolak kurniaan Tuhan ? Bukankah kitalah manusia yang paling banyak pantang larangnya di negara kita ?

Saya pernah menerima kiriman dari laman facebook di mana seorang perempuan Melayu mengepos kenyataan bahawa beliau tidak pernah memandang bangunan Gereja kerana diajar oleh Ustaz perkara ini akan menyebabkannya menjadi tidak cerdik. Beliau berumur dalam lingkungan 30an.

Beliau hanya tersedar bahawa perbuatan itu adalah suatu yang tidak masuk akal apabila beliau pergi bercuti ke negara lain.

Mungkin kita merasa lucu bila membaca perkara ini, namun hakikatnya beginilah tahap pemikiran manusia Islam kini.

Anda boleh uji pada bila-bila masa bagaimana terkongkongnya pemikiran kita. Cuba anda pergi pegang anjing atau babi secara sengaja. 

Nak bagi lagi dramatik lepas pegang itu anda cuci tangan dengan sabun dettol sahaja. Saya kira kejap itu juga anda akan di panggil sesat.

Orang kita bila mereka tiada hujah mereka akan menggelar manusia lain dengan pelbagai kecaman sesat, kafir, pluralist, liberalist, anti-hadis dan macam-macam lagi. 

Yang lagi susah ialah mereka mengguna Undang-Undang. Mereka menangkap dan menyumbat ke penjara manusia-manusia yang membuat perkara paling asas dan semulajadi, iaitu berfikir. 

Inilah yang dipanggil KEBACULAN INTELEKTUAL.

Jihad Yang Sebenar

Suatu waktu dahulu, orang Melayu begitu yakin kepada diri sendiri.

Kita beriltizam (solat) bersungguh-sungguh dengan semurni-murni dedikasi (zakka). Kita tidak mudah hilang fokus (khusyuk)

Dengan keyakinan ini kita berjaya mendapatkan kemerdekaan dari Empayar terhebat di dalam sejarah dunia. Satu Empayar yang menguasai hampir keseluruhan dunia. Ini bukan perkara kecil.

Sesudah merdeka, kita meneruskan iltizam (solat) ini. Dari saat kita buka mata pada paginya sehinggalah kita tidur pada malamnya, generasi merdeka beriltizam (solat) untuk memajukan negara ini tanpa henti. 

Oleh kerana itu, kita berjaya menjadikan negara ini antara negara baru merdeka yang terkehadapan sekali.

Adakah kita berjaya melakukan semua ini dengan melakukan ritual worship pagi, petang, siang dan malam ? 

Atau adakah ianya kerana Perdana Menteri kita seorang yang berserban, berjubah, berjanggut panjang yang tak henti-henti pergi ke tanah arab untuk berdoa supaya negaranya maju ? 

Adakah ianya hanya kebetulan apabila kita melihat kepada negara-negara maju kita dapati kepimpinannya berwatak liberal (seorang yang percaya kepada kemajuan) dan kesemua negara ini menolak sistem theokrasi ?

Selepas sekian lama merdeka, generasi pejuang pun bertukar. Generasi yang baru ini hilang keyakinan diri. Semangat juang mereka ditelan kebendaan.

Apabila mereka tiada keyakinan diri maka jiwa mereka senang dibeli oleh anasir asing. 

Kini, kita menyangka bahawa JIHAD adalah mengangkat senjata memerangi orang kafir siap dengan simbol pedang dan kuda.

Ia diindoktrinasi oleh para pelajar yang kita hantar belajar di negara-negara yang gagal seperti Mesir, Arab Saudi, Jordan, Libya dan lain-lain yang kita tersilap gelar mereka ini sebagai ilmuwan atau ulama.

Kita sangka kita layak untuk mempertahankan Tuhan Yang Maha Perkasa, sepertimana kita mempertahankan adik perempuan kita. Begitulah hinanya sangkaan kita terhadap Tuhan.

Ketahuilah bahawa Jihad yang paling besar ialah ini ;


# Terjemahan ini boleh di dapati di kebanyakkan terjemahan Bahasa Melayu. Perkataan Al Quran tiba-tiba muncul kerana kepenggunaannya berkesinambungan dari ayat 32.

Oleh kerana perkataan Al Quran itu sendiri membawa erti Bacaan, maka selepas mencapai kemerdekaan, Jihad kita yang paling utama ialah menyebarkan ilmu pengetahuan kepada khalayak.

Bukan menyebar kebencian yang tidak pernah kunjung padam kepada kaum lain di dalam negeri dan di luar negara.

Berikut adalah sedikit informasi terkini mengenai Pintu Ijtihad ;

http://www.newageislam.com/ijtihad,-rethinking-islam/open-the-gates-of-ijtihad,-closed-since-1258--egyptian-leader-calls-for-reformation-in-islam/d/35632


atau - https://www.youtube.com/watch?v=n4WMVFz07Sc

Kita perlu mengisytihar kembali pembukaan Pintu Ijtihad dan kembali memeluk ilmu pengetahuan secara bijak seperti yang dilakukan oleh dunia Islam suatu waktu dahulu.

Kita perlu buang jauh-jauh sikap KEBACULAN INTELEKTUAL, memenjara dan mengenakan hukuman kepada mereka yang berfikir adalah sikap syaitan (sifat buruk) yang amat besar. 

Dengar semua pendapat dan ambil pendapat yang paling berguna untuk kita amalkan.

Ashwed

10 comments:

  1. Agreed. Wholly agreed. Please continue with your Jihad.

    ReplyDelete
  2. Good one .. Write more brother.

    ReplyDelete
  3. Saya rasa seperti tangan diikat dan dibelasah bertubi2. Fakta:
    1.Rukun Islam yg 5 tidak wujud dalam Alquran
    2.Semua ritual Islam yg adalah ciptaan manusia, malah ia juga salinan dari agama lain.
    Kita pula hanya diberikan pencerahan utk diri kita shj dan tidak mungkin mengubah situasi ini:

    25:30 And the Messenger has said, "O my Lord, indeed my people have taken this Qur'an as abandoned."


    ReplyDelete
  4. Salam hormat,

    1. Rancangan jahat Arab menutup pintu Ijtihad adalah bertujuan supaya umat Islam seluruh dunia tidak berfikir, menyelidik & menyoal tafsiran Quran yg telah diMONOPOLI dan diMANIPULASI demi memPROMOSIkan agenda ekonomi & hegemoni KETUANAN Arab.

    2. Namun, "Mereka merancang (tipu daya), dan Tuhan juga merancang (membalas tipu daya mereka), Dan Tuhan sebaik-baik perancangan." Quran banyak memberi peringatan tentang perancangan jahat manusia yg telah digagalkan perancangannya dan dibinasakan mereka oleh Tuhan. (Rujuk Q3;54, 7:99, 7:183, 8:18, 8:30, 10:21, 12:52, 13:42, 14:46, 16:45, 24:57, 27:50, 27:51, 29:22, 35:10, 37:98, 43:79, 52:42, 52:46, 71:22, 86:16, 105:2)

    3. Hisab Tuhan adalah TUNAI (Q 2:202, 3:19, 3:199, 5:4, 6:62, 6:165, 7:167, 13:41, 14:51, 24:39, 40:17) dan janjiNya adalah PASTI (Q2:80, 3:194, 13:51, 17:108, 18:98, 30:6, 31:9, 39:20, 40:77, 46:17, 73:18).

    4. Harus diingat walaupun Quran itu berKONTEKSkan tradisi & budaya Arab, namun KONSEPnya adalah terpakai keatas tradisi & budaya sejagat ("UNIVERSAL").

    5. Seperti juga hisab yg diterima oleh kaum2 yg dahulu sebelumnya, orang2 Arab dgn rancangan tamak & jahat mereka, juga sedang menerima HISAB yg sama.

    6. Tiada umat yg JELAS dilaknati Tuhan seperti 350 juta umat Arab yg menyembah SATU tuhan, namun berbunohan sesama mereka diatas nama tuhan yang SAMA!

    7. LANTAS, kredibiliti & kesahihan Bani Arab (khasnya Arab Saudi - iaitu punca UTAMA peperangan di Timur Tengah & Keganasan seluruh dunua) sebagai pengibar bendera syiar Islam (baca: KEDAMAIAN) teramatlah MERAGUKAN!

    8. Kepada org kita yg taksub dgn budaya Arab termasuk keterampilan & berpakaian ala Arab, sedarlah bahawa itu semua juga adalah "sunnah" Abu Lahab & Hindun bt. Utbah.

    9. Sekiranya mereka berada di Jalan LURUS yg diBERKATI oleh Tuhan, mana mungkin org2 Arab berada dalam kesengsaraan, kemunduran & kehancuran yg mereka harungi sekarang. JELASnya, mereka adalah samada di Jalan yg diMURKAI Tuhan atau di Jalan org2 yg SESAT.

    10. Apabila REALITI buruk kita bertentangan dgn PRINSIP murni kita, maka adalah NYATA bahawa kita hidup didalam PENAFIAN.

    Harap jgn ambil hati, sekadar pandangan saya sahaja...

    ReplyDelete
  5. Salaamun Alaikum.

    Sejahteralah ke atas kamu.

    SubhanAllah.

    Maha Suci Allah.

    Sesungguhnya kita telah berabad di BELENGGU MINDA kita bila pintu Ijtihad di tutup. Benar. Penguasa-penguasa Agama telah lama MEMBELENGGU MINDA KITA,walhal merekalah yang BACUL INTELEK dan mengheret kita ke arah yang sama iaitu KEBACULAN INTELEK terhadap ISLAM sebagai ADDEEN dengan menghadkan lingkungan Islam itu ke arah yang begitu sempit sehingga terhimpit.

    ~ProQuran~

    ReplyDelete
  6. Boleh tuan tulis pasal kemaafan? Rasanya bagus kalau kita boleh kongsi nilai-nilai kerohanian dalam Al-Quran.

    ReplyDelete
  7. Salam.
    My opinion mostly convert sebab baca Quran.

    http://www.academia.edu/300375/Women_and_Conversion_to_Islam_The_American_Womens_Experience

    Teruskan kaji Quran.
    Non

    ReplyDelete
  8. Salamunalaikum sahabat sekelian, lihatlah renunggan pagi ini,15 ayat dari Surah An Anbiya';

    1. Telah dekat perhitungan bagi manusia malahan mereka masih lalai dan ketinggalan seperti orang yang berpaling.

    2. Dan tidak datang kepada mereka pembaharuan dari Pemelihara mereka melainkan mereka dengar kemudian mereka permainkanya.

    3. Hati mereka tidak menghayatinya malahan orang zalim merahsiakan bisikanya, bukankah mereka mahluk seperti kamu maka mengapa kamu mentaati kepada sihir sedangkan kamu telah melihatnya.

    4. Berkata Pemeliharaku mengetahui segala ucapan dilangit dan dibumi malahan Dia yang Mendengar yang Mengetahui.

    5. Malahan mereka mengatakan yang dianya dalam igauan mimpi yang diadakan dan dia seorang penyair maka datangkan kepada kami tanda-ayatnya seperti yang diutuskan terdahulu.
    6. Tiada yang amanah sebelum mereka dari sesuatu khariah yang Kami melaknatinya melainkan telah diberi amaran dengannya.

    7. Dan tidak Kami utuskan sebelum kamu seorang lelaki melainkan Kami yang menurunkan wahyu kepadanya maka tanyalah ahladz dziki jika kamu tidak mengetahuinya.

    8. Dan tidak Kami jadikan sesuatu jasad melainkan dianya perlukan makanan malahan tidaklah mereka akan hidup berkekalan.

    9. Kemudian Kami yang merealisasikan bagi setiap janji dan Kami yang selamatkan sesiapa yang Kami kehendaki malahan Kami melaknati mereka yang membazir dan melampaui batas.

    10. Sesungguhnya Kami yang menurunkan kepadamu kitaaban didalamnya peringatan bagimu apakah tidak kamu fikirkan berkaitanya.

    11. Beberapa banyak telah Kami musnahkan khariahnya atas kezaliman mereka dan Kami tumbuhkan sesudahnya kaum yang terkini.

    12. Setelah ditimpakan bencana dari Kami, mereka bertempiaran lari.

    13. Jangan kamu lari malahan kembalilah kepada tempat kediaman yang sempurna supaya kamu akan ditanya berkaitanya.

    14. Mereka berkata celakalah kami malahan kamilah orang yang zalim.

    15. Maka berterusan rintihan mereka sehingga Kami hasilkan abu mereka.

    Selamat Sejahtera.

    ReplyDelete
  9. sambung lagi 16 ayat;

    20. Mereka menyanjungi Dia malam dan siang malahan mereka tidak merancang muslihat atau pembohongan.

    21. Atau mengadakan tuhan dari bumi yang dapat menghidupkan mereka.

    22. Jika ada diantara keduanya tuhan-tuhan selain Allah pasti musnah kesemuanya maka hanya Allah disanjung Pemelihara yang berkuasa mutlak di-l’arsyi dari apa yang telah mereka sifatkanya.

    23. Malahan Dia tidak akan ditanya apa yang Dia lakukan tetapi mereka pasti ditanya segala apa yang telah mereka lakukan.

    24. Atau mereka mengambil tuhan-tuhan selain Dia maka kemukakan bukti kamu dari peringatan ini dan sesiapa yang bersamamu atau sebelum aku malahan kebanyakan dari mereka tidak mengetahui yang sebenar maka mereka itulah orang yang menyeleweng.

    25. Dan Kami tidak mengutuskan sebelum kamu seorang rasul melainkan Kami ilhamkan kepadanya bahawasanya tiada tuhan melainkan Aku maka berkhidmatlah kepada Aku.

    26. Malahan mereka berkata yang Pemurah telah mengambil anak baginya sedangkan sekelian hambanya menyanjung dan memuliakan Dia.

    27. Mereka tidak dahului perkataanya tetapi melaksanakan perintah Dia.

    28. Dia mengetahui apa yang diantara hadapan dan belakang mereka dan tiada perantaraan melainkan bagi mereka dan Dia meredhainya dan memberi perhatianya malahan diwajibkan takut hanya kepada Dia.

    29. Dan sesiapa diantara mereka mengatakan dia tuhan selain Aku maka Kami sediakan jahannama sebagai balasan kepada orang yang zalim.

    30. Apakah tidak orang kafaruu melihat yang langit dan bumi asalnya bercantum maka Kami yang pisahkan dan setiap yang hidup Kami jadikanya dari air maka apakah mereka tidak percaya dengannya.

    31. Dan Kami jadikan gunungnya sebagai pengimbang bagi menahan dari goncangan dan menyalirkan air dicelah-celahnya dan jalan-jalan supaya mereka menjadikan panduan dalam perjalanan hidup mereka.

    32. Dan Kami jadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara malahan dengan tanda-ayatnya mereka berpaling darinya.

    33. Dan Dia yang mencipta malam dan siang dan matahari dan bulan maka sekelianya melayari diobitnya seperti yang telah ditakdirkan.

    34. Dan Kami tidak menjadikan mahluk manusia sebelum kamu berkekalan malahan kamu pasti dimatikan apakah mereka hendak dikekalkan.

    35. Maka setiap jiwa pasti merasai mati dan Kami menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan dan kepada Kami pasti kamu dikembalikan.

    Teruskan pembacaan kamu.

    ReplyDelete
  10. Salamunalaikum! Sarapan-minda pagi Ahad dengan 21-ayat dari Surah An Anbiya'.

    49. Orang yang takut kepada Pemelihara mereka dan detik-saatnya dengan ghaib maka itulah ketakutan yang sebenarnya.
    50. Dan inilah peringatan yang Kami turunkan maka apakah yang kamu hendak menafikanya.
    51. Dan Kami telah berikan kepada ibraahiima yang betul/rasyidun sejak dahulu dan pasti Kami mengetahuinya.
    52. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya apakah kepada berhala yang kamu bertekun kepadanya.
    53. Mereka berkata kami dapati bapa-bapa kami berkhidmat kepadanya.
    54. Berkata pasti kamu dan bapa-bapa kamu dalam kesesatan yang nyata.
    55. Mereka berkata apakah kamu datang dengan yang benar atau kamu darinya orang yang mempersedakan kami.
    56. Berkata malahan Pemeliharamu, Pemelihara langit dan bumi yang mengasaskan kedua-duanya malahan aku orang yang menyaksikanya.
    57. Maka demi Allah aku akan merancang sesuatu muslihat keatas berhala- berhala kamu setelah kamu berpaling darinya.
    58. Maka dipecahkanya kecuali yang besar darinya supaya mereka dapat merujuk kepadanya apabila mereka kembali.
    59. Mereka berkata siapakah yang melakukan ini kepada tuhan-tuhan kami pasti dia darinya orang yang zalim.
    60. Mereka berkata kami mendengar dari seorang pemuda telah memberi amaran dengannya malahan dianya tidak lain melainkan ibraahiimu.
    61. Mereka berkata bawalah dia kesini supaya dapat dilihat oleh sekelian manusia sebagai saksinya.
    62. Mereka berkata apakah kamu yang telah melakukanya keatas tuhan- tuhan kami wahai ibraahiimu.
    63. Dia berkata tidak! malahan telah dilakukan oleh yang besar darinya maka tanyalah dia jika dia dapat bercakap denganmu.
    64. Maka mereka kembali kepada sesama mereka dan berkata malahan kami inilah orang yang menzalimi diri kami sendiri.
    65. Kemudian mereka menundukan kepala mereka kerana malu dan berkata pastinya kamu mengetahui dianya tidak boleh bercakap.
    66. Berkata mengapa kamu berkhidmat kepada selain Allah apa yang tidak dapat memberi menafaat atau mudharat kepada kamu sedikit pun.
    67. Celakalah kamu dengan apa yang telah kamu berkhidmat dari selain Allah maka apakah tidak kamu fikirkan.
    68. Mereka berkata bakarlah dia dan bantulah tuhan-berhala kamu jika kamu hendak mengambil tindakan keatasnya.
    69. Kami berfirman wahai api dinginlah dan selamatkan ibraahima.

    Selamat membaca..

    ReplyDelete