Wednesday, 9 December 2015

Hijab

Saya terdorong untuk menulis tentang Hijab apabila seorang pembaca yang menggelar dirinya "Pembaca Quran" menghantar komen seperti berikut ;

##########################################################

Salamun alaikum tuan,

Saya tertarik dgn hujah dr screen shot tuan yang antaranya menyatakan bahawa perempuan yang tidak memakai tudung, dosanya ditanggung oleh saudara-saudara lelakinya - thats what i understand from those short forms anyway . Ini adalah bertentangan dgn ayat2 Quran :

قُلْ أَغَيْرَ اللَّـهِ أَبْغِي رَبًّا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَيْءٍ ۚ وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا ۚ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُم مَّرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ ﴿١٦٤﴾
Quran 6 :164

maksudnya:

Katakanlah: "Apakah aku akan mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia adalah Tuhan bagi segala sesuatu. Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan". (164)

Rujukan lain antaranya adalah 17:15, 35:18, 41:46 dan 53:38

Sengaja tidak copy and paste rujukan2 lain tersebut supaya orang yang mahu membaca Quran boleh buat rujukan sendiri - bukan hanya bergantung kepada hujah ustaz, mufti dll yang memang langsung tidak merujuk kepada Quran.

Jadi dengan sendirinya hujah bahawa dosa-dosa kita boleh ditanggung oleh orang lain adalah palsu semata mata. Ianya juga membuktikan bahawa Quran adalah konsisten dlm isu ini apabila diulang pada ayat2 yang lain.

Sekian, terima kasih tuan. Maaf jika ada yang tersalah sebab saya masih belajar dari Quran.

Pembaca Quran

###########################################

Begitu juga dengan terjemahan dari pembaca  berikut ;

###########################################

Terdapat hanya 4x kata - aurat dari 2 surah ie An Nuur (24) dan Al Ahzab (33) ;

24:31 Dan katakan kepada wanita yang amanah bendung pandangan mereka dan kawal kemaluan mereka dan jangan menampakan ‘perhiasan’ mereka kecuali apa yang zahir maka tutuplah payudara mereka dengan pakaian yang bersesuaian dan jangan menampakan ‘perhiasan’ mereka kecuali kepada suami atau bapa atau bapa mertua atau anak-anak mereka atau anak-anak suami mereka atau saudara lelaki atau anak lelaki saudara lelakinya atau anak lelaki saudara perempuanya atau sesama perempuan atau perempuan suruhan atau pelayan lelaki yang tiada keinginan kelamin atau bayi-bayi dan jangan kangkangkan kaki mereka sehingga diketahui apa yang tersembunyi dari ‘perhiasan’ mereka maka bertaubatlah kepada Allah wahai orang yang amanah supaya kamu mendapat kejayaan.

24:58 Wahai orang yang amanah bagi mereka yang dibawah tanggunganmu dan yang belum balighu hendaklah meminta izin darimu tiga kali sebelum kamu melaksanakan solaati -lfajri dan ketika hendak menanggalkan pakaian luarmu apabila kepanasan ketika -zhahiirati dan sebelum solaati -l’isyaa-i disebahagian malamnya maka itulah tiga penelanjangan dan tidak bersalahan bagimu dan mereka bersantai disekitaran sesudah itu maka Allah yang menjelaskan ayat-ayatnya malahan Allah yang Mengetahui yang Bijaksana.

33:13 Ketika berkata segolongan dari mereka wahai penduduk yatsriba tiada tempat bagimu maka kembali meminta izin segolongan dari mereka dan nabi berkata, rumah kami ’auratun bagimu padahal dianya tidak ’auratin melainkan mereka menghendaki melarikan diri darinya.

Dari ayat2 diatas dapatlah faham 'rambut' yang mana dimaksudkan "auratin".

#########################################################

Terima kasih kepada komen saudara berdua.

Di era ini, masyarakat kita begitu obses dengan hijab. 

Malah ada perkataan baru yang diterbitkan dari akar kata hijab ini. Ia dikenali sebagai hijabista. 

Malah kalau tidak silap, beberapa majalah khas pun ada diterbitkan mengenai tema ini, begitu juga dengan rancangan televisyen.

Sememangnya hijab sudah menjadi industri fesyen yang dikaitkan dengan Islam.  

Oleh kerana orang kita gemarkan budaya ikut-ikutan maka timbullah istilah-istilah baru seperti fesyen Islam, negara Islam, perbankan Islam, parti politik Islam, perubatan Islam dan pelbagai macam lagi perkara yang dikaitkan dengan Islam.

Dari segi teknikal, fesyen tidak boleh Islam kerana menurut ahli agama untuk menganut Islam kita perlu membuat 5 rukun.

Oleh kerana fesyen tidak boleh membuat semua rukun ini maka fesyen sekali-kali tidak boleh menjadi Islam. Hanya manusia yang boleh menjadi Islam

Walaupun dari satu segi ianya memang baik untuk sosio-ekonomi masyarakat kita, di mana perniagaan tudung memberikan rezeki dan karier kepada para wanita Malaysia.

Namun, dari segi moral, hijab sudah berubah posisi menjadi satu pra-syarat sebelum seseorang itu boleh menjadi seorang yang damai (muslim) terutamanya untuk wanita.

Adakah ianya benar begitu ?

Mari kita lihat apakah maksud sebenar hijab menurut perspektif al quran.

Hijab Menurut Perspektif Al Quran

Menurut Al Quran, perkataan hijab tidak pernah membawa maksud kain penutup rambut. 

Perkataan itu membawa maksud pemisah atau dinding atau barrier. Ia berasal dari akar kata ha-ja-ba yang diulang guna sebanyak 8 kali di dalam Al Quran

A046



"Dan di antara keduanya (penghuni jannah dan naar) ada batas (hijabun), dan di atas A'raaf itu ada orang-orang yang mengenal masing-masing dari dua golongan itu dengan tanda-tanda mereka. Dan mereka menyeru penduduk Jannati: "Salamun alaykum". Mereka belum lagi memasukinya, sedang mereka ingin segera (memasukinya) AQ 7:46


  A045

"Dan apabila kamu membaca Al Quran, nescaya Kami adakan antara kamu dan orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat, suatu dinding (hijaban) yang tertutup AQ 17:45

Penggunaan lain boleh didapati di AQ 19:17, AQ 38:32, AQ 33:53, AQ 41:5, AQ 42:51 dan AQ 83:15

Di kebanyakkan penggunaannya, hijab adalah dinding halimunan yang tidak nampak pada mata kasar.

Ia adalah dinding intelektual yang dipisahkan melalui pengetahuan dan akal.

Oleh yang demikian maka bolehlah kita buat kesimpulan bahawa orang kita sangat tersilap di dalam penggunaan perkataan hijab apabila kita mengatakan ia membawa makna kain penutup rambut yang perlu dikenakan oleh wanita sebagai perintah dari Tuhan.

Khumur dan Jilbab

Perkataan sebenar yang digunakan di dalam Al Quran sebagai membawa maksud kain penutup ialah khumur dan jilbab.

Khumur membawa maksud menutup atau conceal. Ia juga menerbitkan perkataan khamar (arak) yakni jika berlebihan meminum arak fikiran kita akan menjadi conceal atau mabuk.

Berikut adalah keterangan Al Quran yang disalahguna bagi menunjukkan bahawa wanita perlu mengenakan kain penutup kepala sedangkan dari segi bahasa penggunaan khumur di dalam keterangan ini membawa maksud menutupi.

A031

"Dan katakan kepada wanita yang amanah bendung pandangan mereka dan kawal kemaluan mereka dan jangan menampakan ‘perhiasan’ (zeena-tahuna) mereka kecuali apa yang zahir maka tutuplah (bi-khumuri-hinna) payudara mereka dengan pakaian  yang bersesuaian dan jangan menampakan ‘perhiasan’ (zeenatahunna) mereka kecuali kepada suami atau bapa atau bapa mertua atau anak-anak mereka atau anak-anak suami mereka atau saudara lelaki atau anak lelaki saudara lelakinya atau anak lelaki saudara perempuanya atau sesama perempuan atau perempuan suruhan atau pelayan lelaki yang tiada keinginan kelamin atau bayi-bayi dan jangan kangkangkan/dedahkan (aurati) kaki mereka sehingga diketahui apa yang tersembunyi dari ‘perhiasan’ (zeenatihinna) mereka maka bertaubatlah kepada Allah wahai orang yang amanah supaya kamu mendapat kejayaan" AQ 24:31

# terjemahan ini dari saudara pembaca seperti di atas. Perkataan berwarna merah adalah pemahaman saya. Perkataan arab di dalam kurungan adalah dari teks asal.

Sementara jilbab pula membawa maksud pakaian luar (outer garment). Perkataan ini hanya sekali sahaja disebut di dalam Al Quran.

A059

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : "Hendaklah mereka melabuhkan pakaian luar mereka (jalabibihinna) ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" AQ33:59 

Awrati


Perkataan awrat pula digunapakai sebanyak 4 kali di dalam Al Quran.

Ia boleh di dapati di keterangan seperti berikut iaitu  di AQ 33:13 sebanyak dua kali, AQ 24:31 seperti di atas dan AQ 24:58.

Ia membawa maksud mendedahkan atau expose .

A013  
"Ketika berkata segolongan dari mereka wahai penduduk yathriba tiada tempat bagimu maka kembali meminta izin segolongan dari mereka dan nabi berkata, rumah kami terdedah (’auratun) padahal dianya tidak terdedah (’auratin) melainkan mereka menghendaki melarikan diri darinya" AQ 33:13 

A058 


24:58 Wahai orang yang amanah bagi mereka yang dibawah tanggunganmu dan yang belum balighu hendaklah meminta izin darimu tiga kali sebelum kamu melaksanakan solaati -lfajri dan ketika hendak menanggalkan pakaian luarmu apabila kepanasan ketika -zhahiirati dan sebelum solaati -l’isyaa-i disebahagian malamnya maka itulah tiga penelanjangan/pendedahan (auratin) dan tidak bersalahan bagimu dan mereka bersantai disekitaran sesudah itu maka Allah yang menjelaskan ayat-ayatnya malahan Allah yang Mengetahui yang Bijaksana.

# terjemahan ini dari saudara pembaca seperti di atas. Perkataan berwarna merah adalah pemahaman saya. Perkataan arab di dalam kurungan adalah dari teks asal.

Adalah jelas dari keterangan di atas bahawa penggunaan perkataan awrat tidak merujuk kepada bahagian tubuh. 

Asal-Usul Kain Penutup Kepala

1 Corinthians 11:5
But every woman who prays or prophesies with her head uncovered dishonors her head--it is the same as having her head shaved.
 

1 Corinthians 11:6
For if a woman does not cover her head, she might as well have her hair cut off; but if it is a disgrace for a woman to have her hair cut off or her head shaved, then she should cover her head.

1 Corinthians 11:7
A man ought not to cover his head, since he is the image and glory of God; but woman is the glory of man.
 

 
contoh pemakaian tudung

Berikut adalah sedikit fakta mengenai sejarah purdah atau pardah yang berasal dari perkataan Parsi yang membawa maksud curtain.

Pre-Islamic roots[edit]

Although purdah is commonly associated with Islam, many scholars argue that veiling and secluding women pre-dates Islam; these practices were commonly found among various groups in the Middle East such as Druze, Christian, and Jewish communities.[1] For instance, the burqa existed in Arabia before Islam, and the mobility of upper-class women was restricted in Babylonia, Persian, and Byzantine Empires before the advent of Islam.[2] Historians believe purdah was acquired by the Muslims during the expansion of the Arab Empire into modern-day Iraq in the 7th century C.E and that Islam merely added religious significance to already existing local practices of the times.[3]

Adoption and spreading[edit]

Historians believe purdah was originally a Persian(Nestorian Christians) practice that the Muslims adopted during the Arab conquest of modern-day Iraq in the 7th century C.E. .[3] Later, Muslim rule of northern India during the Mughal Empire influenced the practice of Hinduism, and the purdah spread to the Hindu upper classes of northern India.[3] During the British colonialism period in India, purdah observance was widespread and strictly-adhered to among the Muslim minority.[3]

In modern times, the practice of veiling and secluding women is still present in mainly Islamic countries and South Asian countries.[3] However, the practice is not monolithic. Purdah takes on different forms and significance depending on the region, time, socioeconomic status, and local culture.[4] It is most commonly associated with some Muslim communities in Afghanistan and Pakistan, along with Saudi Arabia.[5] Purdah has been more recently adopted in northern Nigeria, especially in areas affected by the Boko Haram uprising.[6] It is also observed by Rajput clans of India and Pakistan as a social practice regardless of religion.[7]

Dalam lain perkataan penggunaan kain tudung sudah digayakan secara meluas sebelum  "zaman Islam" lagi yakni di zaman jahiliyyah.

Berikut pula ialah pemakaian tudung di dalam agama-agama lain di dunia.


Dari gambar di atas adalah jelas bahawa memakai tudung tidaklah menjadikan seseorang wanita itu lebih islam dari wanita muslim yang lain. Ini adalah kerana agama-agama lain juga mengenakan tudung.

# Secara peribadi saya merasa hairan mengapa orang Kristian di Malaysia menolak Undang-Undang Hudud yang cuba diperkenalkan oleh sebuah Parti Politik sedangkan ianya seratus peratus dari Bible Perjanjian Lama. Begitu juga dengan pemakaian tudung seperti yang di amalkan oleh orang Melayu. Mungkin mereka sendiri tidak membaca Bible agaknya?

Kesimpulan 

Daripada keterangan-keterangan Al Quran di atas adalah jelas bahawa khumur membawa maksud menutup, ia bukan sejenis kain yang dikenakan di kepala.

Mungkin dari segi budaya Arab istilah ini sudah disalahguna selama beribu tahun sehinggakan jika dikaji dari segi sejarah kepenggunaannya ia hanya merujuk kepada kain tudung yang meliputi rambut.

Perkara sebegini seringkali terjadi di dalam sejarah budaya bangsa. 

Misalnya di dalam Bahasa Melayu terdapat pepatah tersebut "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi". 

Semua orang Melayu tahu bahawa pagar tidak boleh makan.

Sebenarnya perkataan pagar merujuk kepada burung pegar yang menjadikan sawah sebagai habitat mereka. 
 
Oleh kerana terdapat kekeliruan semasa proses mengarkib pepatah ini maka ianya telah diterima secara formal sebagai pepatah Melayu.
 
Apabila ia sudah diterima secara formal di dalam syllabus pembelajaran Bahasa Melayu maka kini jika saya menjawab peperiksaan dengan menulis "Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi" maka sudah tentu jawapan saya adalah salah.

Al Quran memerintahkan manusia supaya menjaga adat berpakaian dan menjaga kehormatan.

Rambut yang di atas kepala tidak pernah menjadi suatu organ yang perlu kita tutup kerana ia sendiri dicipta Tuhan supaya menutupi dan melindungi kulit kepala.

Oleh kerana itu, ia sememangnya perlu terdedah sebagai simbolik kepatuhannya (sujud) kepada sistem yang dicipta Tuhan.

Apabila manusia membuat pembahagian di dalam masyarakat iaitu membeza-bezakan wanita tidak bertudung dengan yang "free hair" maka kita secara tidak langsung membenarkan sifat buruk (syaitan) menguasai pemikiran khalayak.

Kini, kain penutup kepala menjadi pra-syarat tahap ketaqwaan kaum hawa. Sesiapa yang tidak bertudung diihat sebagai kurang "beriman" kepada Tuhan.

Sedangkan tudung secara dasarnya hanyalah sejenis fesyen, kain yang tidak membawa erti apa-apa. Ia sangat berbeza dengan makna keterangan ini ;

A026

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup tubuhmu  dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. "AQ 7:26

Tuhan melihat kepada ketaqwaan kita, bukan jenis fesyen yang kita gayakan.

Ashwed
     

  

29 comments:

  1. saya amat bersetuju dengan penulisan saudara dan pandangan komentar yang lain. Dah lama dah saya merasakan bahawa lelaki dan wanita muslim di Malaysia ini telah di indoktrinasikan secara salah dalam pemahaman bab Islam dan Al Quran.
    Hijab is nothing more than a fashion statement for almost all. We are adopting what been implemented by cultures and religions before Islam. In fact, if we study a little bit more, most of what we are practicing now are being practiced the same by older religions.
    Hijab suits other earlier religions perhaps due to their locality and climate. Head and face cover works in sandy, windy and hot condition to protect not only the women but men as well.
    The problem with most muslims nowadays, they like to read the Quran as a history book referring to the time of its revelation, whereby it is a and should be a universal reference to be understood, not to be parroted with rhymes and hums without really knowing whats been said.
    Having said that verse 6:116 plays an important role for us to really ponder into our current implementation of Islam.
    Looking at the last photos...who is following who? All others evolved earlier than Islam.

    ReplyDelete
  2. Mereka menganggap rambut mereka begitu penting utk ditutup sehingga sanggup mati mempertahankannya. Mereka juga sanggup mengabaikan soal kesihatan dan kebersihan bila bersukan dan melakukan aktiviti lasak dengan menutup rambut dan kepala. Mereka menyusahkan diri mereka dan orang lain apabila berdegil ingin menutup 'aurat' di kolam renang sehingga menyebabkan air menjadi keruh kerana enggan berpakaian sesuai.

    ReplyDelete
  3. Dan semua ini berpunca daripada kita tidak faham akan konsep ayat quran (14:24) dimana setiap kalimah yang baik (ayat quran) adalah seperti pokok yang akarnya teguh dan rantingnya menjulang ke atas. dalam bahasa mudahnya kita boleh melihat satu-satu perkataan dalam quran seperti pokok dimana :

    1) setiap perkataan dalam quran teguh. ianya berasal dari 1 kata akar yang sama dan kemudian bercambah

    2) sudut melihat pokok tidak terbatas pada satu arah. kita boleh melihat pokok dari 0 ke 360 dimana pasti akan dapat pentafsiran berbeza pada setiap pembaca mengikut ketajaman pemikirannya

    objektifnya adalah meghasilkan kesejahteraan berdasarkan prinsip relevan dan adil.Maka ayuh la wahai saudara ku kita ikut quran dan bukan ikut islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "kita ikut Quran dan bukan ikut Islam."

      Cantek ayat itu Bro!!! ������.

      Delete
    2. Salam Rehman,
      "kita ikut Quran dan bukan ikut Islam."
      Adakah ini memang pegangan saudara atau hanya kesilapan penggunaan ayat?
      Sila beri penjelasan!

      Delete
    3. Eloklah membaca semula buku bacaan dengan bacaan sebenar benarnya, sememang manusia ini suka membantah walaupun sudah jelas Ayat2 Alquran.

      Delete
    4. Benar..kita sepatutnya ikut alquran dn bukan ikut islam..

      setuju dgn ayat tu.. sangat bijak..

      Delete
    5. Quran dari Allah. Agama Islam ciptaan manusia.

      Delete
    6. Hati-hati lah dgn bicara anda:

      Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. 3:102

      Delete
    7. Anon 06:56 mgkn anda perlu lebih lagi pembacaan melalui byk terjemahan2 yang lain untuk meningkatkan lagi pemahaman anda.
      Yusuf Ali
      O ye who believe! Fear Allah as He should be feared, and die not except in a state of Islam.
      Pickthal
      O ye who believe! Observe your duty to Allah with right observance, and die not save as those who have surrendered (unto Him)
      Arberry
      O believers, fear God as He should be feared, and see you do not die, save in surrender.
      Shakir
      O you who believe! be careful of (your duty to) Allah with the care which is due to Him, and do not die unless you are Muslims.
      Sarwar
      Believers, have fear of God as you should and die only as Muslims (having submitted to the will of God).
      H/K/Saheeh
      O you who have believed, fear Allah as He should be feared and do not die except as Muslims [in submission to Him].
      Malik
      O ye who believe! Fear Allah as He should be feared, and die not except in a state of Isl
      Maulana Ali**
      O you who believe, keep your duty to Allah, as it ought to be kept, and die not unless you are Muslims.
      Free Minds
      O you who believe, revere God as He deserves to be revered, and do not die except as ones who have surrendered.
      Qaribullah
      Believers, fear Allah as He should be feared, and do not die except as Muslims.
      George Sale
      O believers, fear God with his true fear; and die not unless ye also be true believers.
      JM Rodwell
      O ye believers! fear God as He deserveth to be feared! and die not till ye have become Muslims.
      Asad
      O you who have attained to faith! Be conscious of God with all the consciousness that is due to Him, and do not allow death to overtake you ere you have surrendered yourselves unto Him.
      Khalifa**
      O you who believe, you shall observe GOD as He should be observed, and do not die except as Submitters.
      Hilali/Khan**
      O you who believe! Fear Allah (by doing all that He has ordered and by abstaining from all that He has forbidden) as He should be feared. (Obey Him, be thankful to Him, and remember Him always), and die not except in a state of Islam (as Muslims) with complete submission to Allah.
      QXP Shabbir Ahemd**
      O You who have chosen to be graced with belief! Walk aright being mindful of Allah's Laws as it is due to Him. Let this submission be your resolve all along your life till death.

      Delete
    8. Setengah org ingat Islam tu sejenis jenama.. maka mereka pun mempromosikan jenama.. sbb itulah ada islamic banking, pakaian islamik dan lain2..

      hanya jenama jaaaa.... ajaran dari alquran mereka lupa..

      Delete
  4. Sikap Orang Islam terhadap tudung ini:

    35:[8]
    Maka adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya lalu ia memandangnya dan mempercayainya baik, (bolehkah disifatkan sebagai orang yang menjalankan peraturan yang ditetapkan Allah untuk memberi hidayah kepadanya, atau sebaliknya) ? Kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah engkau membinasakan dirimu kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan.

    ReplyDelete
  5. Mangsa hijab ni sebenarnya kanak-kanak. Dibungkus habis dek the mother. Kat sekolah ustad ustazah paksa bungkus pulak. Quran kata takde paksaan. Ada orang Islam ambil peduli? Lagi "alim", lagi suka paksa orang. Is it any wonder Islam tidak lagi dihormati? Is it any wonder orang Islam takde buat apa-apa kebaikan pada dunia? Asyik sibuk menjaga tepi kain orang saje, mana ada masa nak fikir benda lain?

    ReplyDelete
  6. orang melayu tak faham konsep pemakaian tudung, jubah dan serban. Konsep pemakaian seseorang adalah tertakluk kepada iklim dan keadaan persekitaran.

    Orang arab ataupun orang Timur Tengah memakai pakaian ini kerana mereka berada di kawasan yang beriklim panas dan kering. Pemakaian jubah, serban dan tudung seperti orang arab pakai sekarang adalah di sebabkan untuk mengelak debu pasir dan juga untuk memerangkap peluh supaya tidak dihidrasi (dehydration). Seperti juga pemakaian baju tebal oleh manusia yang berada di iklim yang mempunyai persekitaran yang sejuk dan berais.

    Ketidakupayaan untuk mengenal jatidiri adalah sangat kritikal bagi masyarakat Melayu sekarang. Akibatnya, Melayu mempunyai krisis identiti yang kritikal sehingga ramai yang menjadi arab celup.

    Penghapusan sesuatu bangsa bermula dari hapusnya identiti bangsa tersebut.

    ReplyDelete
  7. Jujur sy memang merasakan selama ini pemakaian hijab adalah satu ketidakadilan bagi wanita khususnya di Malaysia kerana cuaca tidak sesuai dgn berpeluh dan sebagainya, kadang2 mendatangkan bau yg tidak selesa. Tp ada wanita2 yg mememakai hijab mengatakan mereka tidak merasakannya kerana kehendak Allah. Tidakkah mereka itu hipokrit. Sy sendiri terpaksa mengenakan tudung apabila keluar rumah kerana merasa terpinggir kalau bersama2 semua wanita yg berhijab walaupun sy memang tidak selesa dan merasakan satu beban. Sy terfikir tak kan Allah sebegitu kejam kpd umatnya.

    ReplyDelete
  8. Salam Abang Yangterpuji Hairi13 December 2015 at 17:55 dan pembaca sekelian'

    Anon 06:56 mgkn anda perlu lebih lagi pembacaan melalui byk terjemahan2 yang lain untuk meningkatkan lagi pemahaman anda.

    = Hai orang-orang yang ber(;iman), ber"takwa"lah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama *Islam*. 3:102

    = Adoi Bang, perkataan (;iman), "takwa", dan *Islam* itu bahasa Arab. Saya tandakan mengikut terjemahan yg abang berikan. Kemudian huraikanlah apa masalahnya kerana saya tidak menolak pun terjemahan mereka.

    = Adoi Bang, adoi, adoi, masalah berbangkit kenapa terima Quran tolak Islam!.

    Yusuf Ali
    O ye who (;believe)! ""Fear"" Allah as He should be feared, and die not except in a state of *Islam*.
    Pickthal
    O ye who (;believe)! "Observe" your duty to Allah with right observance, and die not save as those who have *surrendered* (unto Him)
    Arberry
    O (;believers), "fear" God as He should be feared, and see you do not die, save in *surrender*.
    Shakir
    O you who (;believe)! "be careful" of (your duty to) Allah with the care which is due to Him, and do not die unless you are *Muslims*.
    Sarwar
    (;Believers), have "fear" of God as you should and die only as *Muslims* (having submitted to the will of God).
    H/K/Saheeh
    O you who have (;believed), "fear" Allah as He should be feared and do not die except as *Muslims* [in submission to Him].
    Malik
    O ye who (;believe)! "Fear" Allah as He should be feared, and die not except in a state of *Islam*
    Maulana Ali**
    O you who (;believe), "keep your duty" to Allah, as it ought to be kept, and die not unless you are *Muslims*.
    Free Minds
    O you who (;believe), "revere" God as He deserves to be revered, and do not die except as ones who have *surrendered*.
    Qaribullah
    (;Believers), "fear" Allah as He should be feared, and do not die except as *Muslims*.
    George Sale
    O (;believers), "fear" God with his true fear; and die not unless ye also be *true believers*.
    JM Rodwell
    O ye (;believers)! "fear" God as He deserveth to be feared! and die not till ye have become *Muslims*.
    Asad
    O you who have attained to (;faith)! Be "conscious" of God with all the consciousness that is due to Him, and do not allow death to overtake you ere you have *surrendered* yourselves unto Him.
    Khalifa**
    O you who (;believe), you shall "observe" GOD as He should be observed, and do not die except as *Submitters*.
    Hilali/Khan**
    O you who (;believe)! "Fear" Allah (by doing all that He has ordered and by abstaining from all that He has forbidden) as He should be feared. (Obey Him, be thankful to Him, and remember Him always), and die not except in a state of Islam (as Muslims) with complete *submission* to Allah.
    QXP Shabbir Ahemd**
    O You who have chosen to be graced with (;belief)! Walk aright being "mindful" of Allah's Laws as it is due to Him. Let this *submission* be your resolve all along your life till death.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..dari apa yg sy faham, untuk menjadi seorang Islam, Muslim, yg berserah diri, yg sejahtera atau yg aman damai,wajib la dia mengikut apa yg diturunkan Allah yakni Al Quran..

      Delete
    2. Ya ayyuha allatheena amanooittaqoo Allaha haqqa tuqatihi walatamootunna illa waantum MUSLIMOONA 3:102

      Muslimoona (MUSLIM/BERSERAH/SUBMIT TO ALLAH)

      bukannya BERAGAMA ISLAM (deenul islam)
      mgkn saudara boleh rujuk tulisan saudara ashwed sblm2 ni.

      Delete
  9. Salam Anonymous14 December 2015 at 00:39

    pada pendapat saya "islam" yang dimaksudkan oleh saudara rehman adalah islam doktrin yang mostly rakyat malaysia beragama islam anuti. mereka tidak sedar solat dan ibadat lain yang mereka laksanakan adalah bersumberkan bible yang dipakej kan dalam bentuk hadis. Punca kepada isu ini adalah tidak faham konsep ayat quran seperti pokok (14:24). mungkin kita akan berfikir siapa yang berautoriti untuk mengesahkan tafsiran kita betul. allah ada beri guideline dimana apa yang kita buat mesti menghasilkan sejahtera berteraskan adil dan relevan. maka berfikirlah dan bukan hanya mengambil pendapat ulama terdahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bersependapat dengan saudara.

      Delete
  10. Bang, bang, kita nak dengar sendiri dari Bang Rehman mengapa dia terima Quran tolak Islam, OK?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahai anon 06:24... janganlah kamu cuba membuat fitnah, kerana saudara Rehman hanya tulis "ikut quran dan tidak ikut islam" ... "tidak ikut" bukan bererti "tolak" ... faham
      ke?

      janganlah kamu cuba membuat ankara!

      Delete
  11. Membacalah
    https://m.box.com/shared_item/https%3A%2F%2Fapp.box.com%2Fshared%2F5tgzvctcf5

    ReplyDelete
  12. Anonymous15 December 2015 at 06:24

    Bang, bang, kita nak dengar sendiri dari Bang Rehman mengapa dia terima Quran tolak Islam, OK?

    Anonymous13 December 2015 at 06:56

    Hati-hati lah dgn bicara anda:

    Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. 3:102


    soalan kepada kedua2 anon diatas:

    ayat yg saudara sebut diatas itu (3:102)datang dari
    mana?

    ... dari al-quran kan?

    ... jadi saudara ikut al-quran kan?

    ... jadi, kenapa saudara masih nak pertikaikannya, ia itu, ikut al-quran dahulu sabelum boleh jadi islam.

    ... sesunggohnya mereka diberi mata tapi mereka buta... ada telinga tetapi pekak... ada otak tapi tak boleh berfikir!

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  13. Salam Rehman, Anonymous15 December 2015 at 06:24 dan Anonymous15 December 2015 at 18:38
    Abang, abang, kita nak dengar sendiri dari Bang Rehman mengapa dia terima Quran tolak Islam, OK?

    ReplyDelete
  14. Salam,

    Yang terpuji hairi. Maaf saya terpadam komen saudara. Mungkin saudara boleh re-post untuk saya kemaskini komen saudara.

    Tq

    ReplyDelete
  15. Salam saudara Ashwed,

    Maaf, saya masih tidak dapat menangkap maksud 'perhiasan' di dalam ayat di bawah. Apakah 'perhiasan' yang tidak boleh di nampakkan kepada orang awam tetapi boleh dinampakkan kepada kaum keluarga terdekat?

    "Dan katakan kepada wanita yang amanah bendung pandangan mereka dan kawal kemaluan mereka dan jangan menampakan ‘perhiasan’ (zeena-tahuna) mereka kecuali apa yang zahir maka tutuplah (bi-khumuri-hinna) payudara mereka dengan pakaian  yang bersesuaian dan jangan menampakan ‘perhiasan’ (zeenatahunna) mereka kecuali kepada suami atau bapa atau bapa mertua atau anak-anak mereka atau anak-anak suami mereka atau saudara lelaki atau anak lelaki saudara lelakinya atau anak lelaki saudara perempuanya atau sesama perempuan atau perempuan suruhan atau pelayan lelaki yang tiada keinginan kelamin atau bayi-bayi dan jangan kangkangkan/dedahkan (aurati) kaki mereka sehingga diketahui apa yang tersembunyi dari ‘perhiasan’ (zeenatihinna) mereka maka bertaubatlah kepada Allah wahai orang yang amanah supaya kamu mendapat kejayaan" AQ 24:31 

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera.

      Tudung boleh dianggap perhiasan ke?
      Sebab selalu orang sebut nampak cantik la, manis la, etc jika bertudung. Boleh sebabkan orang tertarik hati memandang.

      Adakah maksudnya wanita tidak berlebih-lebihan tonjolkan perhiasan supaya nampak menawan? Malahan ada yang berpendapat subang, rantai, dan apa saja barang yang cantik dan cute tak boleh pakai.

      Non

      Delete