Ada beberapa pembaca meminta keizinan dari saya untuk menggunapakai artikel-artikel saya sebagai rujukan bagi kajian mereka sendiri atau juga mungkin untuk dihantar sebagai bahan bacaan kepada kumpulan media sosial mereka.
Saya ingin menegaskan bahawa kesemua bahan-bahan bacaan yang saya utarakan di sini adalah untuk kegunaan sesiapa jua yang merasakan ianya memberi manfaat kepada mereka.
Saya tidak meminta upah untuk kesemua bahan ini. Upah saya tidak lain adalah dari Pemelihara saya.
Jika saya ingin memegang hak penyiaran sudah pastilah saya menulis dengan mengguna identiti sebenar dan menjual kesemua penyiaran ini sebagai sumber rezeki saya.
Saya juga dapati terdapat beberapa mini debat berlaku di ruangan komentar blog ini.
Mungkin ada pembaca yang tidak mengikuti blog ini dari permulaan lalu mereka kurang memahami kedudukan blog ini mengenai beberapa isu.
Oleh yang demikian, saya akan mengulang siar 5 artikel yang menjadi kunci dan kajian utama blog ini.
Kita mulakan dengan artikel "Analogi Ladang Jagung". Artikel ini adalah metafora kandungan isi penting Al Quran.
Ia adalah finale kepada Siri Ramadhan yang saya tulis sempena bulan "Ramadhan" yang lepas.
Al Quran adalah panduan hidup, makanya sudah tentulah kita perlu menggunakannya semasa kita hidup iaitu dengan mempraktikan prinsip-prinsip yang di utarakan di lembarannya untuk kita berjaya menjadi seorang yang damai.
Mungkin ada pembaca yang tidak mengikuti blog ini dari permulaan lalu mereka kurang memahami kedudukan blog ini mengenai beberapa isu.
Oleh yang demikian, saya akan mengulang siar 5 artikel yang menjadi kunci dan kajian utama blog ini.
Kita mulakan dengan artikel "Analogi Ladang Jagung". Artikel ini adalah metafora kandungan isi penting Al Quran.
Ia adalah finale kepada Siri Ramadhan yang saya tulis sempena bulan "Ramadhan" yang lepas.
Al Quran adalah panduan hidup, makanya sudah tentulah kita perlu menggunakannya semasa kita hidup iaitu dengan mempraktikan prinsip-prinsip yang di utarakan di lembarannya untuk kita berjaya menjadi seorang yang damai.
###################################################################
Ramadhan, Siri Akhir : Analogi Ladang Jagung
Bayangkan ada dua kumpulan hamba. Satu kumpulan digelar sebagai Golongan Apel, sementara satu lagi kumpulan digelar sebagai Golongan Belacan.
Katakanlah, setiap kumpulan mempunyai 100 orang hamba yang terdiri dari 50 orang lelaki dan 50 lagi perempuan.
Pada suatu hari, mereka dipanggil mengadap Tuan ladang mereka yang sangat kaya raya.
Tuan ladang ini sangat kaya sehingga tidak memerlukan sesuatu apa pun lagi untuk dirinya.
Tuan ladang ini sangat kaya sehingga tidak memerlukan sesuatu apa pun lagi untuk dirinya.
Tuan mereka memberikan dua kumpulan ini 10,000 tahun untuk mengerjakan ladang jagung milik Tuan ini.
Selepas tamat tempoh 10,000 tahun, mereka semua perlu kembali ke tempat asal mereka iaitu di sisi Tuan yang merupakan pemilik asal ladang tersebut.
Selepas tamat tempoh 10,000 tahun, mereka semua perlu kembali ke tempat asal mereka iaitu di sisi Tuan yang merupakan pemilik asal ladang tersebut.
Setiap kumpulan di beri petak yang berbeza untuk diusahakan.
Setiap petak itu sangat luas dengan kondisi tanah yang sama subur.
Petak-petak ini juga sudah ditumbuhi dengan hasil jagung yang sangat produktif.
Petak-petak ini juga sudah ditumbuhi dengan hasil jagung yang sangat produktif.
Kedua-dua kumpulan ini bermula dengan "padang yang sama".
Tiada kumpulan yang diberi kelebihan di atas kumpulan yang lain. Iaitu mereka;
1. diberikan kudrat yang sama ;
2. diberikan akal yang sama ;
3. diberikan tempoh waktu yang sama iaitu 24 jam satu hari ; dan
4. alatan asas yang sama untuk mereka mengusahakan ladang jagung masing-masing.
Tiada kumpulan yang diberi kelebihan di atas kumpulan yang lain. Iaitu mereka;
1. diberikan kudrat yang sama ;
2. diberikan akal yang sama ;
3. diberikan tempoh waktu yang sama iaitu 24 jam satu hari ; dan
4. alatan asas yang sama untuk mereka mengusahakan ladang jagung masing-masing.
Golongan Apel dan Belacan
boleh mengambil apa sahaja hasil jagung yang berjaya mereka usahakan
tanpa perlu membayar apa-apa kepada Tuan mereka.
Walaubagaimanapun, yang
mereka ini tidak tahu ialah tempoh masa 10,000 tahun itu sebenarnya
hanyalah satu hari satu malam sahaja mengikut kiraan masa Tuan mereka.
Sebelum mereka dibenarkan untuk memulakan usaha di petak masing-masing, Tuan mereka memanggil mereka lalu bertanya.
"Siapakah Tuan kamu ?". Mereka pantas menjawab dengan yakin "Tuanlah, Tuan kami".
"Siapakah Tuan kamu ?". Mereka pantas menjawab dengan yakin "Tuanlah, Tuan kami".
Lantas, Tuan mereka memberi beberapa pesanan kepada kedua-dua kumpulan ini.
1. Jangan kamu kata ada Tuan lain selain aku dan jangan kamu abdikan diri selain dari menanam jagung ;
2. aku akan sentiasa melihat kamu tetapi kamu tidak dapat melihat aku ; dan
2. aku akan sentiasa melihat kamu tetapi kamu tidak dapat melihat aku ; dan
3. untuk menuju kejayaan kamu perlu mendirikan "99##22"
Kedua-dua kumpulan ini memahami pesanan tersebut kecuali pesanan yang ketiga.
Mereka pun bertanya, " Tuan, apa maksud 99##22 ?".
Tuan mereka menjawab dari masa ke semasa aku akan mengutuskan utusan aku untuk memberi kefahaman kepada kamu.
Mengusaha Ladang
Lalu pergilah kedua-dua kumpulan hamba ini ke petak ladang masing-masing dengan hati bercampur-baur namun dengan niat nekad untuk mengusaha ladang jagung masing-masing.
Kedua-dua kumpulan ini berusaha dengan bersungguh-sungguh dan benarlah kata Tuan mereka, ladang-ladang jagung ini mengeluarkan hasil yang sangat banyak dan mereka pun menikmati kekayaan dari hasil usaha mereka.
Kemakmuran yang mereka nikmati mengakibatkan jumlah hamba yang menganggotai kedua-dua kumpulan ini semkain hari semakin meningkat. Mereka diulit kedamaian yang tiada tolok bandingnya.
Namun, setelah beberapa ratus tahun mengikut kiraan di dunia mereka, kedua-kedua kumpulan hamba ini mula mengalami hasil yang tidak produktif. Sehingga ada yang kebuluran dan menjadi sangat miskin.
Untuk hidup, kedua-dua kumpulan ini saling berperang untuk merebut hasil pihak yang satu lagi.
Tuan mereka yang sentiasa melihat gerak-geri mereka segera bertindak.
Seperti yang dijanjikan Tuan mereka mengutus seorang utusan, utusan ini mengingatkan kembali kedua-dua kumpulan ini kepada tiga pesanan Tuan mereka serta menyedarkan mereka akan maksud "99##22".
Ternyata, selepas datangnya utusan dari Tuan mereka. Kedua-dua kumpulan hamba ini berjaya bangun dan ladang jagung mereka kembali mengeluarkan hasil yang tinggi.
Namun begitu, selepas beratus-ratus tahun mengikut kiraan dunia hamba, salah satu dari kumpulan ini, iaitu Golongan Apel kembali mengalami hasil yang merosot.
Ia adalah akibat dari kelalaian Golongan Apel untuk mengerjakan ladang jagung mereka sendiri.
Oleh kerana kumpulan Golongan Belacan masih mengekalkan hasil yang tinggi, maka kumpulan ini mengambil kesempatan untuk menakluk beberapa bahagian ladang jagung milik Golongan Apel.
Melihat kepada perkara ini, Tuan mereka menghantar utusannya kepada kumpulan Golongan Apel untuk menyedarkan kumpulan ini.
Apabila sedar, ladang jagung Golongan Apel kembali mengeluarkan hasil yang banyak.
Dalam waktu yang sama, kumpulan Golongan Belacan yang sudah merasakan diri mereka lebih berjaya dari kumpulan Golongan Apel mula lalai dari mengerjakan ladang jagung mereka.
Akhirnya, kumpulan Golongan Belacan pula mengalami hasil jagung yang merosot.
Kesempatan ini diambil oleh Golongan Apel untuk menakluk kembali wilayah mereka dari Golongan Belacan serta mengambil-alih wilayah-wilayah baru milik Golongan Belacan.
Begitulah yang sering terjadi di antara kumpulan-kumpulan hamba ini. Mereka seringkali alpa dan lupa mendirikan "99##22".
Apabila ada golongan hamba yang lalai, golongan lagi satu pun mengambil kesempatan di atas kelalaian itu.
Kejayaan luarbiasa Golongan Belacan
Sehinggalah tempoh 10,000 tahun mengikut kiraan hamba ini semakin hampir tamat dan Tuan mereka sudah pun menghantar utusannya yang terakhir kepada salah satu kumpulan yang lalai iaitu Golongan Belacan.
Selepas diajar oleh utusan terakhir Tuan mereka, Golongan Belacan menjadi sangat berjaya.
Mereka menakluk hampir kesemua wilayah Golongan Apel sambil mengekalkan wilayah mereka sendiri.
Mereka menjadi bongkak dan leka di atas kejayaan itu . Benarlah kata pepatah untuk mengekalkan kejayaan adalah usaha yang lebih rumit dari menempa kejayaan.
Akibatnya, Golongan Belacan mengalami kemerosotan yang amat dahsyat.
Ladang mereka tidak langsung mengeluarkan hasil.
Mereka menjadi kelam-kabut kerana kisah kejayaan mereka telah dijaja sebagai tidak mungkin gagal lagi.
Wilayah-wilayah yang mereka takluk kesemuanya membebaskan diri lalu menyertai kumpulan Golongan Apel.
Sementara itu, Golongan Apel secara perlahan-lahan membina kembali kekuatan mereka.
Hasil ladang jagung Golongan Apel juga mengalami peningkatan hasil dari tahun ke tahun.
Apakah yang sebenarnya terjadi kepada kedua kumpulan hamba ini ?
Berikut adalah apa yang terjadi kepada Golongan Belacan
Sebaik sahaja utusan terakhir Tuan mereka dihantar kepada kumpulan ini, mereka kembali sedar bahawa selama ini mereka lalai untuk berusaha bersungguh-sungguh.
Mereka kembali sedar bahawa maksud mendirikan "99##22" sebenarnya ialah berusaha bersungguh-sungguh atau beriltizam dengan dedikasi yang tinggi di dalam bidang penanaman jagung.
Hasilnya, mereka berjaya mendirikan satu tamadun yang maha hebat melalui hasil dari ladang jagung mereka.
Mereka hampir menguasai keseluruhan wilayah Golongan Apel.
Golongan Apel pula, pada waktu tersebut sedang berkhayal dengan kisah kejayaan lama mereka menakluk Golongan Belacan
Di samping itu, mereka juga taksub kepada satu upacara yang mereka cipta sesama mereka.
Apa yang terjadi kepada Golongan Belacan ?
Selepas hampir berjaya menakluk keseluruhan wilayah Golongan Apel, cerdik pandai Golongan Belacan merasakan bahawa mereka perlu membuat upacara untuk mengucapkan syukur dan terima kasih kepada Tuan mereka.
Oleh kerana mereka tidak dapat melihat Tuan mereka secara fizikal, maka mereka membina satu binaan yang diperbuat dari batu dengan tangan mereka sendiri untuk dijadikan simbol mengganti Tuan mereka.
Lama-kelamaan, hamba-hamba yang menganggotai Golongan Belacan menjadi taksub kepada binaan batu ini.
Mereka mula membuat jadual harian untuk membuat upacara kesyukuran di hadapan binaan batu tersebut.
Ada antara mereka yang melakukan upacara sebanyak 5 kali sehari di hadapan binaan ini dan ada pula yang merasakan 3 kali sudah cukup.
Bagi kebanyakkan dari mereka inilah maksud mendirikan "99##22". Mereka yakin upacara ini boleh menjadikan mereka berjaya.
Akhirnya, mereka mula menyamakan binaan batu ini dengan Tuan mereka sedangkan binaan ini mereka bina sendiri pada mulanya.
Binaan batu ini tidak ada kena mengena dengan Tuan mereka yang kaya-raya itu.
TANPA MEREKA SEDARI, MEREKA MELANGGAR PESANAN PERTAMA TUAN MEREKA.
MEREKA KINI MENGABDIKAN DIRI KEPADA PERKARA LAIN SELAIN DARI MENANAM JAGUNG.
DAN OLEH KERANA MEREKA BEGITU TAKSUB KEPADA BINAAN BATU INI, TANPA MEREKA SEDARI KINI MEREKA MEMPUNYAI 2 TUAN SELAIN DARI TUAN MEREKA YANG SEBENAR.
Selain itu, mereka juga membuat pelbagai undang-undang bagi mengawal upacara kesyukuran yang dilakukan di hadapan binaan batu ini.
Undang-undang ini, kadang-kala begitu keras sehingga jika ada anggota kumpulan mereka memahami dengan cara yang lain, mereka mengisytiharkan darah anggota ini halal dan patut dibunuh.
Mereka juga mendirikan sekolah-sekolah untuk melatih anak-anak mereka tentang bagaimana untuk membuat upacara kesyukuran di hadapan binaan batu tersebut.
Natijahnya, oleh kerana ketaksuban mereka, anak-anak mereka kesemuanya membesar dengan hanya mempunyai pengetahuan tentang bagaimana mahu melakukan upacara kesyukuran di hadapan binaan batu tersebut sahaja.
Hampir tiada seorang pun lagi dari generasi anak-anak mereka mengetahui tentang cara-cara menanam jagung, sebagaimana arahan asal Tuan mereka yang sebenar.
Akhirnya, ladang jagung mereka mengalami kemerosotan kerana mereka sudah tidak mempunyai pengetahuan untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi.
Malah sebenarnya, mereka tidak langsung membuat penanaman semula kepada jagung-jagung mereka yang rosak dimakan serangga.
Ini mengakibatkan tiada langsung anak jagung baru di tanam. Dan menyebabkan, hasil jagung mereka sangat merosot.
Melihatkan keadaan ini, cerdik pandai di antara mereka mengatakan bahawa kemerosotan ini terjadi kerana kurangnya usaha melakukan "99##22" yang mereka tafsirkan sebagai melakukan upacara kesyukuran di hadapan binaan batu yang mereka bina.
Kata cerdik pandai ini lagi, ianya tiada kena mengena dengan ketiadaan pengetahuan Golongan Belacan tentang teknologi menanam jagung.
Kesemua anggota hamba Golongan Belacan mengambil keputusan untuk mengikuti saranan cerdik pandai mereka .
Maklumlah anggota ini bukan calang-calang, sudahlah cerdik, pandai pulak tu.
Maka begitulah yang terjadi kepada anggota Golongan Belacan, oleh kerana tiada lagi utusan Tuan mereka akan di hantar kepada Golongan Belacan, maka kemungkinan besar Golongan Belacan akan kekal sebegini sehingga tempoh 10,000 tahun yang dijanjikan Tuan mereka tamat.
Perkara Yang Terjadi kepada Golongan Apel
Golongan Apel nekad untuk mengubah nasib mereka.
Mereka sudah tidak dapat bertahan dari dihina setiap hari oleh Golongan Belacan yang sangat berjaya pada ketika itu.
Cerdik pandai mereka berkumpul dan mengambil satu ketetapan iaitu menghalang kumpulan kecil yang begitu taksub untuk melakukan upacara kesyukuran dari menentukan hala tuju nasib kumpulan Golongan Apel.
Caranya ialah dengan meletakkan kumpulan taksub ini di satu tempat yang terpencil.
Oleh kerana mereka sudah tiada pengetahuan mengenai teknoloji menanam jagung, mereka mengambil keputusan menghantar kumpulan pelajar khas untuk belajar dari Golongan Belacan sendiri.
Meskipun sentiasa dihina disepanjang proses pembelajaran tersebut, mereka nekad untuk terus tetap dengan keyakinan ini.
Lama-kelamaan, kumpulan kecil ini berjaya menguasai kembali pengetahuan mengenai penanaman jagung.
Kumpulan kecil ini mula membina sekolah mereka sendiri untuk mengajar generasi anak-anak mereka mengenai teknoloji penanaman jagung.
Mereka juga membuat keputusan untuk membuka satu sekolah istimewa yang dikhaskan untuk mencari produk baru yang boleh dihasilkan dari jagung.
Mereka melupakan terus upacara kesyukuran dan secara semulajadi proses ini menyebabkan mereka kembali mengikuti pesanan pertama Tuan mereka iaitu mengabdikan diri kepadanya dengan menanam jagung.
Hasilnya, mereka bukan sahaja mendapat hasil jagung yang melimpah ruah malah kini mereka mempunyai produk-produk ciptaan baru yang dihasilkan dari sekolah khas yang mereka bina.
Secara tidak langsung, dengan kesungguhan yang tinggi ini (iltizam) mereka telah berjaya mendalami maksud mendirikan "99##22" dengan lebih mendalam.
Dan, oleh kerana tempoh 10,000 tahun hampir tamat, maka kemungkinan besar Golongan Apel akan menguasai pasaran jagung sehingga mereka dipanggil pulang mengadap Tuan mereka.
Sekian analogi Ramadhan, semoga bertemu di Ramadhan tahun hadapan.
Kisah ini untuk dihayati oleh mereka yang mempunyai mata hati.
"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada" AQ 22:46
Pengajaran
Apakah yang anda rasa akan dilakukan oleh Tuan hamba-hamba ini kepada anggota hamba Golongan Belacan yang telah melanggar pesanannya ?.
Jawapan - Tiada apa-apa.
Sesungguhnya, Tuan ini terlampau kaya-raya, apa sahaja yang dilakukan oleh anggota hamba Golongan Belacan tidak langsung menggugat kedudukannya.
Lagipun, Tuan ini tahu tempoh yang sebenar hanyalah satu hari satu malam.
Kesemua hamba-hambanya dari kedua-dua Golongan Apel dan Golongan Belacan akan kembali ke sisinya selepas tamat tempoh satu hari satu malam.
Pada waktu tersebut baharulah dia memberi ganjaran atau hukuman seperti yang telah dia janjikan pada awal kisah ini.
Ashwed
Sir..thnx for all your enlightening write ups..I came across your blog via OSTB..and am thankful for it.Your viewpoints seems very "radical"..in terms of Islam in Malaysia.but hearteningly you have many commenters in agreement with you which is a sign that many people are sincere in their spiritual quest.I too am learning..and along the lines of quantum science,mind science n holographic sciences to understand these mystic knowledge be they Islam,Hinduism, Buddhism etc.I hv with me many books and articles along these lines that I believe helps us to comprehend and perceive. Spirituality in a better light.so..sir..if you are interested..do ker me know and I can post to you my collection of articles etc that might be of help to you in the process of self transformation godward...consider this as my service to the Almighty..as a gesture of brotherhood tho we are following different labels of Truth...as Guru Nanak told the Muslims in India 800 years ago..that it's" easy to declare oneself a Muslim..but.. Far too difficult to live as one"...before all labels.."we are Souls of light created by the One same Source!"Salam to you bro..you may email me to bsmavi58@gmail.com.thank you again.
ReplyDeleteSaudara Ashwed, mungkin saudara perlu meletakkan pesanan khas di laman utama blog ini bahawa sesiapa yg membaca tulisan saudara lalu merasa musykil, maka mereka perlu merajinkan diri membaca lebih lanjut artikel2 lain sebelum menyerbu dgn hujah2 sembrono yg berbaur sombong, takbur dan angkuh sbg org yg 'lebih tahu'.
ReplyDeletePengalaman saya sendiri membaca blog saudara bermula dgn rasa terkejut tetapi lega dan kemudian musykil. Namun, saya tidak terus menghukum atau menulis komen atau cuba berdebat. Sebaliknya, saya terus membaca, menyemak terjemahan AlQuran, google, dan bertanya pd org lain sehingga akhirnya saya membuat keputusan utk membaca tulisan saudara dari awal, mengikut sequence. Kini, saya telah berjumpa beberapa blog lain dgn hujah yg serupa, dlm bahasa inggeris dan juga melayu. Saya juga tidak lagi terus berpegang pd satu terjemahan, tetapi akan merujuk beberapa terjemahan, tafsiran serta hujah dan bukti yg lain sebelum benar2 berpegang kpd fahaman satu2 ayat alQuran.
'Bacalah' - hanya satu perkataan ini juga amat sukar utk manusia patuh.
Tahniah....akhirnya.
DeleteSalamunalaikum sahabat sekelian hayatilah muka pertama dari Surah Ar-Rahman dan seseluruhan Surah Al-Alaq:-
ReplyDelete55:1 Yang Pemurah.
55:2 Yang mengajar -lqur-aana.
55:3 Dia yang mencipta manusia.
55:4 Dan Dia yang mengajar keteranganya.
55:5 Matahari dan bulan Dia yang menghitungnya.
55:6 Dan sekelian planet dan pepohon mematuhi perintah Dia.
55:7 Dan langit ditinggikan dan diletakkan pengimbang.
55:8 Jangan kamu melampaui dalam timbangan.
55:9 Maka laksanakan timbangan dengan adil dan jangan dikurangkan.
55:10 Dan bumi dibentangkan bagi sekelian mahluk.
55:11 Didalamnya buah-buahan dan pepohon palma yang bermayang.
55:12 Dan biji benih yang berkulit keras dan harum baunya.
55:13 Maka nikmat kemewahan Pemeliharamu yang manakah kamu berdua hendak mendustakanya.
55:14 Dan diciptakan manusia dari tanah yang kamu jadikan tembikar.
55:15 Dan diciptakan -aljaanna dari nyalaan apinya.
55:16 Maka nikmat kemewahan Pemeliharamu yang manakah kamu berdua hendak mendustakanya.
55:17 Pemelihara dua timur dan dua barat.
55:18 Maka nikmat kemewahan Pemeliharamu yang manakah kamu berdua hendak mendustakanya.
55:19 Dia yang mengalirkan dua lautan dan diantara dua pertemuan.
55:20 Dan diantara dua pemisah malahan tidak bercampur diantaranya.
55:21 Maka nikmat kemewahan Pemeliharamu yang manakah kamu berdua hendak mendustakanya.
55:22 Dan keluar dari keduanya mutiara dan permata.
55:23 Maka nikmat kemewahan Pemeliharamu yang manakah kamu berdua hendak mendustakanya.
55:24 Dan baginya ombak tinggi seperti tembok/tsunami dilautanya.
55:25 Maka nikmat kemewahan Pemeliharamu yang manakah kamu berdua hendak mendustakanya.
96:1 Bacalah dengan nama Pemeliharamu yang mencipta.
96:2 Mencipta manusia dari dadih darah.
96:3 Bacalah demi Pemeliharamu yang mulia.
96:4 Yang mengajar dengan pena.
96:5 Dia mengajar apa yang manusia tidak mengetahuinya.
96:6 Tidak sesekali! malahan manusia sememangnya angkuh.
96:7 Kerana melihat dirinya sudah cukup sempurna.
96:8 Malahan hanya kepada Pemeliharanya kamu dikembalikan.
96:9 Adakah kamu perhatikan kepada orang yang menegah.
96:10 Seseorang hambanya dari melakukan kewajipanya.
96:11 Adakah kamu perhatikan dia diatas petunjuk.
96:12 Atau dia menyeru kepada keprihatinan.
96:13 Atau adakah kamu perhatikan dia berdusta dan berpaling.
96:14 Tidakkah dia mengetahui yang Allah melihat segalanya.
96:15 Jika dia tidak berhenti pasti Kami menarik dari ubun-ubunya.
96:16 Ubun-ubun pendusta yang melakukan kesalahan.
96:17 Maka serulah kepada apa yang kamu menyeru selama ini.
96:18 Kelak Kami menyeru baginya penjaga neraka.
96:19 Malahan jangan kamu mentaati atau mematuhi atau mendekatinya.
Bacalah dan fikirkanlah...
I've read it before. I've read it again. It made sense for me then and again, and for those who understand the hidden meaning. Am enlightened! Looking forward to your writings.
ReplyDeleteSurah Tho Haa (20) 2-muka pertama dan terakhir;
ReplyDelete20:1 Thoo ha.
20:2 Kami turunkan -lqur-aana bukan bagi kamu menjadi sengsara.
20:3 Melainkan sebagai peringatan bagi sesiapa yang takut akanya.
20:4 Diturunkan dari Pencipta langit dan bumi yang terunggul.
20:5 Yang Pemurah yang Sempurna yang Berkuasa mutlak diatas‘arsyiNya.
20:6 Baginya segala apa yang dilangit dan dibumi dan apa yang diantara keduanya dan segala apa yang dikandung didalamnya.
20:7 Dan jika kamu hebahkan ucapan pasti Dia mengetahui walaupun dianya suatu rahsia yang tersembunyi.
20:8 Allah tiada tuhan selain Dia dan baginya nama-nama yang terbaik.
20:9 Dan apakah telah datang kepadamu hadiitsu muusaa.
20:10 Ketika melihat api dia berkata kepada keluarganya tinggallah kamu sementara sesungguhnya aku mengesan punca api mungkin akan mendatangkan kepanasan atau petunjuk darinya.
20:11 Dan apabila dia sampai maka dia diseru, wahai muusaa.
20:12 Aku Pemelihara kamu maka ‘tanggalkan sepatumu’ malahan kamu berada dilembah suci thuwan.
20:13 Aku yang memilih kamu maka dengar apa yang diilhamkan kepadamu.
20:14 Aku Allah! tiada tuhan melainkan Aku maka berkhidmatlah kepada Aku dan laksanakan kewajipanmu dan ingatlah Aku.
20:15 Detik saat pasti datang malahan dianya disembunyikan bagi memberi balasan kepada setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.
20:16 Maka jangan kamu berpaling darinya dan sesiapa tidak amanah dan mengikuti nafsunya maka mereka pasti dilenyapkanya.
20:17 Dan apakah ditanganmu wahai muusaa.
20:18 Berkata dianya tongkatku dan aku mengharapkanya dan digunakan bagi menggugurkan daun bagi memberi makan kambingku dan selainnya.
20:19 Berkata lemparkan dianya wahai muusaa.
20:20 Maka dia melemparkanya dan dianya menjelma hidup bertenaga.
20:21 Berkata ambillah dianya dan jangan kamu takut pasti Kami kembalikan kepada perjalananya semula.
smbg..
20:22 Dan ‘dakapkan’ tanganmu kepada kedua ‘rusukmu’ maka dianya keluar putih bersih tanpa cela dan itulah salah satu dari tanda-ayatnya.
ReplyDelete20:23 Bagi Kami perlihatkan kepadamu tanda-ayat terbesar.
20:24 Pergilah kepada fir’auna kerana dia sangat biadap dan angkuh.
20:25 Berkata lapangkanlah dadaku.
20:26 Dan permudahkan urusanku.
20:27 Dan rongkaikan ikatan kekeluan lisanku.
20:28 Supaya mereka memahami ucapanku.
20:29 Dan jadikan bagiku seorang pembantu dari keluargaku.
20:30 Haaruuna saudaraku.
20:31 Dan teguhkan dia bersamaku.
20:32 Dan jadikan dia rakan karibku dalam urusanku.
20:33 Supaya dapat kami sanjung Kamu dengan sebanyaknya.
20:34 Dan kami pastikan mengingati Kamu dengan sebanyaknya.
20:35 Sesungguhnya Kamu telah memberi perhatian jitu kepada kami.
20:36 Berkata pasti Kami perkenankan permintaanmu wahai muusaa.
20:37 Malahan Kami yang meanugerahkan nikmat kepadamu berulang kali.
20:38 Seperti apa yang telah Kami mengilhamkan kepada ibumu.
20:39 Supaya meletakan kamu dalam bekas dan dihanyutkan disungai supaya dibawa arus hingga kepada benting pasir dan dipungut musuhKu dan musuhmu maka Aku tuangkan kasih sayangKu atasnya supaya dia mengasihi kamu dan menyangimu dibawah pengawasanKu.
20:40 Malahan telah diikuti saudara perempuanmu menyusuri sungai itu maka dia berkata kepada orang yang memungut kamu, aku mencadangkan siapa yang akan menjaga/menyapihmu maka Kami kembalikan kamu kepada ibumu semoga ‘sejuk matanya’ malahan dia tidak bersedih dan ketika kamu menghapuskan suatu jiwa Kami selamatkan kamu dari malapetaka itu dan Kami menguji kamu dengan beberapa ujian dan kamu juga pernah tinggal beberapa tahun bersama kaum madyana kemudian kamu dikembalikan kepada mereka sepertimana yang Kami telah menetapkanya wahai muusaa.
20:41 Dan Aku telah memilih kamu bagi jiwaKu.
20:42 Pergilah kamu dan saudaramu dengan ayat-ayatKu dan jangan kamu lalai dari mengingati Aku.
20:43 Pergilah kepada fir’auna bersama saudaramu kerana dia sangat angkuh.
20:44 Maka katakan kepadanya dengan kata-kata lembut dan sopan mudah- mudahan dia ingat atau dia takut dengannya.
20:45 Mereka berkata wahai Pemelihara kami, kami takut jika dia mengherdik kami atau akan bertambah keangkuhanya.
bsmbg..
smbg
ReplyDelete20:114 Malahan Allah yang Mulia dan Penguasa sebenar malahan jangan kamu bersegera dengan alqur-aani sebelum ditakdirkan wahyunya kepadamu dan katakan Pemeliharaku tambahkan ilmu bagiku.
20:115 Sesungguhnya Kami telah menjanjikan kepada aadama sejak dahulu dan dia melupainya malahan tidak mendapati keazaman yang teguh dan kuat darinya.
20:116 Ketika Kami berkata kepada malaa-ikati patuhilah kepada aadama maka mereka mematuhinya kecuali ibliisa, dia enggan.
20:117 Maka Kami berkata wahai aadamu pastinya inilah musuh bagimu dan pasanganmu maka jangan dianya akan mengeluarkan kamu berdua dari syurga jika demikian kamu akan menjadi sengsara.
20:118 Pasti kamu tidak akan kelaparan atau bertelanjangan didalamnya.
20:119 Malahan kamu tidak akan merasa dahaga atau kepanasan.
20:120 Maka syaitan membisikan kepada mereka dan berkata wahai aadamu adakah kamu mahu jika aku tunjukkan kepadamu ‘stuktur berkekalan’ atau kekuasaan yang tidak akan lupus.
20:121 Maka mereka ‘makan’ darinya dan terdedahlah keaiban mereka lalu mereka mulai menutupinya dengan dedaun dari syurga malahan aadamu telah menduhakai Pemeliharanya maka sesatlah dia.
20:122 Kemudian Pemeliharanya perkenankan taubat mereka dan diberikan petunjuk kepada mereka.
20:123 Berkata keluarlah kamu kesemuanya dan bermusuhan diantara kamu dan jika datang petunjukKu maka sesiapa mengikuti petunjukKu maka dia tidak akan sesat atau sengsara dengannya.
20:124 Dan sesiapa berpaling maka sempitlah kehidupanya dan pada hari kebangkitanya Kami himpunkan mereka dalam keadaan buta.
20:125 Maka mereka berkata Pemeliharaku! mengapa Kamu himpunkan aku dalam keadaan buta sedangkan dahulunya aku melihat.
bsmbg..
smbg..
ReplyDelete20:126 Berkata Kami telah datangkan kepadamu ayat-ayat Kami tetapi kamu melupainya yang demikian pada hari ini kamu juga dilupakan.
20:127 Demikian pembalasan Kami kepada sesiapa yang melanggar perintah dan tidak amanah kepada ayat-ayat Pemelihara mereka dan diakhirat mereka diazabkan dengan dahsyatnya dan berkekalan didalamnya.
20:128 Apakah tiada petunjuk bagi mereka maka telah beberapa banyak dari generasi sebelum mereka Kami laknati mereka yang sedang berjalan disekitaran kediamanya demikian itulah tanda-ayat bagi siapa yang memahaminya.
20:129 Dan sekiranya tiada kalimah terdahulu dari Pemeliharamu pasti tidak dapat dielakan ajal yang telah ditetapkan.
20:130 Maka bersabarlah atas apa yang mereka katakan dan sanjungilah dengan memuji Pemeliharamu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan ketika tibanya malam dan sanjungi Dia dikedua hujung siangnya supaya kamu mendapat keredhannya.
20:131 Dan jangan kamu ‘besarkan’ matamu atas apa yang Kami berikan nikmat kepada pasangan diantara mereka bagi menceriakan kehidupan duniawinya dan bagi Kami menguji mereka malahan rezeki hanya dari Pemeliharamu yang terutama dan dianya berterusan.
20:132 Dan perintahkan keluargamu melaksanakan kewajipan mereka dan bersabarlah Kami tidak meminta rezeki darimu malahan Kami yang memberi rezeki sebagai pembalasan bagi sesiapa yang prihatin.
20:133 Dan mereka berkata mengapa tidak datang kepada kami ayat-ayat dari Pemeliharanya atau apakah tidak datang kepada mereka keterangan yang tercatat didalam helaian terdahulu.
20:134 Sekiranya Kami melaknati mereka dengan azab sebelumnya tentu mereka berkata Pemelihara kami mengapa tidak diutuskan kepada kami rasul supaya dapat kami mengikuti ayat-ayat Kamu sedangkan sebelumnya kami dihina dan terhina.
20:135 Katakan semua kami sedang menunggu maka tunnggulah kamu dan kamu akan mengetahui siapa penghuni jalan yang sempurna dan siapa yang mendapat petunjuk darinya.
Sekian..