Dunia baru merayakan perayaan Hari Natal (dari Bahasa Portugis yang bermaksud kelahiran) dan dalam beberapa hari lagi kita akan memasuki tahun baru.
Seperti kebiasaan sudah tentulah ada sahaja agamawan yang menghalang kita dari bersama-sama merayakan festival ini sehinggakan ke peringkat yang lebih ekstrim iaitu tidak membenarkan kita mengucap selamat kepada rakan kita yang merayakannya.
Mungkin agamawan ini tidak mahu membuka pemikiran mereka dengan lebih luas, iaitu kemungkinan terdapat sebuah keluarga, terutamanya di Sabah dan Sarawak (mereka lebih terbuka di dalam soal agama) yang dianggotai oleh mereka yang beragama Islam, Kristian dan lain-lain agama.
Katalah si anak beragama Islam sementara si ibu beragama Kristian, adakah anda mahu anak ini menjadi derhaka kepada ibunya sedangkan Al Quran memerintahkan kita supaya berbuat baik kepada ibubapa ?
Malah perkataan "ah" pun tidak dibenar untuk dikeluarkan kepada ibubapa, inikan pula bertindak kurang sopan kepada ibu sendiri.
Di dalam keadaan ini, adakah patut sang anak bertindak kurang ajar dengan tidak mengucap selamat kepada ibunya ?
Bagi saya, ini adalah keistimewaan negara kita. Kita memiliki pelbagai bangsa dan agama.
Malah perkataan "ah" pun tidak dibenar untuk dikeluarkan kepada ibubapa, inikan pula bertindak kurang sopan kepada ibu sendiri.
“Pemelihara kamu perintahkan hendaklah kamu jangan menyembah selain dari Dia, hendaklah berbuat baik kepada ibu-bapa. Samada seorang atau keduanya sudah sampai kepada umur tua di sisi kamu, dan janganlah berkata kepada mereka, ‘Ah!’. Dan jangan juga mengherdik mereka. Dan ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang mulia.” AQ 17:23
Di dalam keadaan ini, adakah patut sang anak bertindak kurang ajar dengan tidak mengucap selamat kepada ibunya ?
Bagi saya, ini adalah keistimewaan negara kita. Kita memiliki pelbagai bangsa dan agama.
Kita sepatutnya menjadikan ia sebagai suatu rahmat daripada Tuhan untuk memahami dengan ertikata yang sebenar tentang apa dia agama.
Untuk mereka yang ekstrim sehingga tidak mahu memberikan ucapan selamat kepada rakan kita yang beragama Kristian, mungkin keterangan Al Quran ini boleh memberi sedikit idea bagaimana hubungan di antara agama dan kaum sepatutnya berjalan.
"Dan apabila kamu dihormati dengan salam hormat, maka berilah salam hormat yang lebih baik daripadanya, atau kembalikan ia; sesungguhnya Allah buat hitungan atas segala sesuatu" AQ 4:86
Nabi Isa dan 25hb Disember
Kebanyakkan kita dibesarkan dengan idea bahawa pada setiap 25hb Disember kita merayakan Perayaan Hari Natal (Christmas) iaitu hari Nabi Isa dilahirkan.
Sebenarnya perkataan Christmas berasal dari dua perkataan Christ dan Mass yang membawa erti bahawa ia adalah perayaan atau perjumpaan besar orang yang menganut agama kristian.
Hari ini dipilih oleh agamawa kristian untuk disambut oleh mereka memandangkan pada Musim Dingin kebanyakkan negara Kristian tidak mempunyai apa-apa sambutan berdasarkan cuaca yang tidak mengizinkan.
Ia adalah pemangkin untuk menceriakan suasana Musim Dingin. Ia terbukti menjadi fenomena global.
Yang pastinya tarikh ini tiada kena mengena dengan tarikh lahir Nabi Isa.
Malah agamawan Kristian sendiri ramai yang menafikan bahawa 25hb Disember adalah tarikh lahir Nabi Isa.
Perkara ini sepatutnya membuka mata kita tentang bagaimana sesuatu perkara yang kecil boleh bertukar menjadi persepsi yang sangat besar sehingga ke peringkat ia menjadi teras kepercayaan sesuatu kumpulan.
Ia memberitahu kita bahawa adalah tidak mustahil di dalam "Agama Islam" yang kita amalkan, perkara sebegini juga berkemungkinan terjadi.
Dari sesuatu yang dilakukan secara suka-suka sebagai usaha untuk memberi sedikit hiburan kepada masyarakat, akhirnya ia berubah menjadi sesuatu yang tidak terkawal hingga membentuk teras utama kepercayaan dan "akidah" kita.
Oleh yang demikian bilakah sebenarnya tarikh lahir Nabi Isa menurut perspektif Al Quran ?
Perkara ini boleh diamati melalui Surah Maryam dari keterangan 16 sehngga 40.
Di mana ia memuncak di keterangan seperti berikut ;
"Dan rasa sakit beranak mendatanginya di batang pohon kurma/tamar (nakhlati - date palm). Dia berkata "Aduhai, sekiranya aku mati sebelum ini, dan jadi sesuatu yang dilupakan" AQ 19:23
"Tetapi yang di bawahnya memanggilnya, "Tidak, jangan kamu sedih; sesungguhnya Pemelihara kamu adakan di bawah kamu sebuah anak sungai" AQ 19:24
"Goyangkanlah kepada kamu batang tamar/kurma ; ia akan menjatuhkan kepada kamu tamar/kurma yang segar dan masak" AQ 19:25
Keterangan nombor 25 dari Surah 19 adalah indikasi utama tentang tarikh kelahiran Nabi Isa. Iaitu baginda lahir pada masa buah kurma sedang masak ranum dan boleh di makan di negeri kelahirannya.
Indikasi ini membawa kita kepada suatu kesimpulan bahawa 25 haribulan Disember iaitu di kala Musim Dingin sedang memuncak adalah suatu tarikh yang sangat silap kerana buah-buahan tidak bisa meranum di kala Musim Dingin.
Di manakah negeri kelahiran Nabi Isa ? Ahli sejarah menyatakan Nabi Isa lahir di negara yang kita kenali sebagai Palestine/Israel.
Oleh yang demikian bilakah agaknya buah kurma meranum di daerah ini ?
Berikut adalah carta aliran bulanan bagi kalendar Bani Israel yang secara tradisinya hidup di sekitar Palestine/Israel . Sila lihat bulan yang dikenali sebagai Elul.
Months | Weather | Crops & activity |
---|---|---|
Tishri ( Sep/Oct ) | First rains | Ploughing begins |
Heshvan ( Oct/Nov ) | Ploughing / grain planting | |
Kislev ( Nov/Dec ) | Grain planting continues | |
Tebeth ( Dec/Jan ) | Main rains | |
Sebat ( Jan/Feb ) | ||
Adar ( Feb/Mar ) | Spring rains | Almond in bloom / flax harvest |
Abib ( Mar/Apr ) | Barley harvest begins | |
Zif ( Apr/May ) | Barley harvest completed | |
Sivan ( May/Jun ) | Dry season | Wheat harvest begins |
Tamuz ( Jun/Jul ) | Wheat harvest completed / first figs | |
Ab ( Jul/Aug ) | Summer heat | Vintage ( grape harvest ) begins |
Elul ( Aug/Sep ) | Date harvest / summer figs |
Maka dengan sendirinya kita boleh membuat rumusan bahawa Nabi Isa dilahirkan pada bulan Elul iaitu antara Ogos dan September yang mana buah kurma atau tamar sedang meranum. Bukannya pada 25hb Disember.
Rencana Baru
Apakah signifikan tarikh dan peristiwa ini kepada kita manusia yang hidup di zaman ini ?
Tiada apa-apa signifikan pun sebenarnya. Kita masih hidup seperti biasa, setiap hujung bulan terima gaji.
Yang berniaga masih lagi perlu mengutip bayaran dari pelanggan, yang sakit masih perlu mencari penawar untuk penyakit dan sebagainya.
Jika tiada apa-apa signifikan, maka, apakah yang menyebabkan kita masih berbunuhan di antara agama ?
Mengapa masih ada yang menyatakan kami betul, kamu salah ?
Sedarlah, bahawa kita tidak berada di sana semasa peristiwa ini berlaku, maka kita bukanlah saksi.
Kita dilahirkan bukanlah untuk menjadi saksi siapakah yang lebih benar, Nabi Isa atau "Nabi Muhammad".
Kita lahir dan akhirnya mati. Apa yang kita buat d iantara lahir dan kematian ini adalah survivalship kita.
Ada yang dilahirkan di dalam keluarga Islam, ada yang Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain. Itu bukanlah pilihan kita. Ia adalah tradisi masyarakat dan keluarga yang kita dilahirkan di dalamnya.
Satu-satunya pilihan yang kita ada sebagai seorang manusia yang masih hidup ialah memilih untuk kekal dengan nasib sekarang atau mahu berubah ?
Azam Baru
Berikut adalah senarai gambar manusia-manusia billionaire dunia. Apakah persamaan yang boleh kita dapati dari mereka ? ;
Bill Gates di lahirkan di dalam keluarga yang beragama kristian
mazhab protestan
Mark Zuckenberg di lahirkan di dalam keluarga yang
menganut Judaism
Mukesh Ambani dilahirkan di dalam keluarga yang
menganut Hinduism
Tan Sri Dato Seri (Dr) Lim Goh Tong dilahirkan
di dalam keluarga yang menganut Buddhism
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dilahirkan di dalam
keluarga yang menganut Islam
Mereka ini adalah antara billionaire dunia. Ada yang masih hidup. Ada yang sudah meninggal dunia.
Secara amnya kita bolehlah menggariskan bahawa mereka semua berlatarbelakangkan agama yang berbeza-beza.
Sekarang, sudah tentu dengan agama yang berbeza mereka pastinya melakukan upacara dan adat resam agama yang berbeza, bukan ?
Jika sekiranya kita berpendapat bahawa Islamlah yang betul (yakni upacara dan adat resam agamanya) maka mengapakah bukan semua orang Islam menjadi billionaire seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary ?
Begitu juga, jika sekiranya penganut Kristian mengatakan bahawa Kristianlah yang paling benar, maka mengapa tidak semua orang Kristian menjadi billionaire seperti Bill Gates.
Begitu juga dengan Mark Zuckenberg yang mewakili Judaism, Mukesh Ambani yang mewakili Hinduism dan Tan Sro Dato Seri (Dr) Lim Goh Tong yang mewakili Buddhism.
Mengapakah penganut agama mereka yang lain tidak menjadi billionaire dan berjaya seperti mereka ?
Adakah upacara dan adat resam agama yang menjadikan mereka berjaya ? Sudah tentu tidak.
Yang menjadikan mereka berjaya adalah suatu perkara yang sama. Iaitu sifat berusaha bersungguh-sungguh atau Iltizam yang ada pada diri setiap mereka.
Inilah persamaan di antara kesemua mereka ini.
Maka, jika itulah jawapannya, adakah kita masih merasakan agama kitalah yang benar dari agama orang lain?
Kita boleh membuat sebanyak manapun upacara dan adat resam agama, dengan doa 24 jam sehari semalam, tetapi asasnya tetap sama kita tetap tidak akan berjaya jika kita tidak berusaha melakukan langkah yang pertama.
INILAH YANG DIKENALI SEBAGAI ILTIZAM.
DAN PEMBACA YANG BUDIMAN INILAH DIA MAKNA PERKATAAN SOLAT YANG DISEBUT BERULANG-KALI DI DALAM AL QURAN. IA ADALAH FORMULA KEJAYAAN YANG UNIVERSAL TIDAK MENGIRA AGAMA, BANGSA DAN RUPA PARAS.
Oleh itu, untuk tahun baru ini marilah kita membuat rencana baru yakni BERILTIZAM bersungguh-sungguh di dalam apa jua bidang yang kita sedang ceburi.
Iltizam ini perlu direncanakan dengan bijak iaitu dengan strategi dan pelan, dengan menghormati masa, berintegriti, hormat menghormati sesama manusia dan dengan tidak melupakan ibubapa yang melahirkan dan mendidik kita.
Selamat Hari Natal kepada penganut Kristianiti dan Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat Malaysia.
Ashwed.
menganut Judaism
Mukesh Ambani dilahirkan di dalam keluarga yang
menganut Hinduism
Tan Sri Dato Seri (Dr) Lim Goh Tong dilahirkan
di dalam keluarga yang menganut Buddhism
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dilahirkan di dalam
keluarga yang menganut Islam
Mereka ini adalah antara billionaire dunia. Ada yang masih hidup. Ada yang sudah meninggal dunia.
Secara amnya kita bolehlah menggariskan bahawa mereka semua berlatarbelakangkan agama yang berbeza-beza.
Sekarang, sudah tentu dengan agama yang berbeza mereka pastinya melakukan upacara dan adat resam agama yang berbeza, bukan ?
Jika sekiranya kita berpendapat bahawa Islamlah yang betul (yakni upacara dan adat resam agamanya) maka mengapakah bukan semua orang Islam menjadi billionaire seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary ?
Begitu juga, jika sekiranya penganut Kristian mengatakan bahawa Kristianlah yang paling benar, maka mengapa tidak semua orang Kristian menjadi billionaire seperti Bill Gates.
Begitu juga dengan Mark Zuckenberg yang mewakili Judaism, Mukesh Ambani yang mewakili Hinduism dan Tan Sro Dato Seri (Dr) Lim Goh Tong yang mewakili Buddhism.
Mengapakah penganut agama mereka yang lain tidak menjadi billionaire dan berjaya seperti mereka ?
Adakah upacara dan adat resam agama yang menjadikan mereka berjaya ? Sudah tentu tidak.
Yang menjadikan mereka berjaya adalah suatu perkara yang sama. Iaitu sifat berusaha bersungguh-sungguh atau Iltizam yang ada pada diri setiap mereka.
Inilah persamaan di antara kesemua mereka ini.
Maka, jika itulah jawapannya, adakah kita masih merasakan agama kitalah yang benar dari agama orang lain?
Kita boleh membuat sebanyak manapun upacara dan adat resam agama, dengan doa 24 jam sehari semalam, tetapi asasnya tetap sama kita tetap tidak akan berjaya jika kita tidak berusaha melakukan langkah yang pertama.
INILAH YANG DIKENALI SEBAGAI ILTIZAM.
DAN PEMBACA YANG BUDIMAN INILAH DIA MAKNA PERKATAAN SOLAT YANG DISEBUT BERULANG-KALI DI DALAM AL QURAN. IA ADALAH FORMULA KEJAYAAN YANG UNIVERSAL TIDAK MENGIRA AGAMA, BANGSA DAN RUPA PARAS.
Oleh itu, untuk tahun baru ini marilah kita membuat rencana baru yakni BERILTIZAM bersungguh-sungguh di dalam apa jua bidang yang kita sedang ceburi.
Iltizam ini perlu direncanakan dengan bijak iaitu dengan strategi dan pelan, dengan menghormati masa, berintegriti, hormat menghormati sesama manusia dan dengan tidak melupakan ibubapa yang melahirkan dan mendidik kita.
Selamat Hari Natal kepada penganut Kristianiti dan Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat Malaysia.
Ashwed.
Selamat Tahun Baru 2016 kpd Tuan Blog dan pembaca2 yg dihormati..
ReplyDeleteKalau hidup kita adalah didalam serba kekurangan, tertekan, mundur, berperang, berbunuhan, merana dan mengalami berbagai2 lagi musibah maka adalah NYATA kita umat yg bukan di jalan lurus yg di berkati Tuhan - SEKARANG & juga di akhirat kelak.
Apabila REALITI buruk kita BERTENTANGAN dgn PRINSIP mulia kita, maka adalah NYATA bahawa kita hidup didalam PENAFIAN.
Semoga realiti harian kita SELARI dgn prinsip mulia kita disepanjang TAHUN BARU 2016 dan juga ditahun2 yg selanjutnya.
\Alhamd
Salam Ashwed, you nailed it man! Good article.
ReplyDeleteKepada pembaca-pembaca blog ni, Selamat Tahun Baru. Semoga Malaysia dirahmati Allah sentiasa.
Sesiapa yang masih tercari-cari nur kebenaran, bolehlah baca buku ni untuk menambahkan pengetahuan tentang Islam:
http://biblicalmullahs.blogspot.my/2015/10/biblical-mullahs-introduction-table-of.html
Salaamun Alaikum.
ReplyDeleteSeruan Perpaduan yang paling terkesan.
Mengapa perlu berbunuhan kerana AGAMA?
Cukup cantik soalan itu.... Alhamdulillah.
Allah di Sanjung!
Salam tahun baru saudaraku sekelian!Sudah seminggu tiada apa2 komen,maka berikut saya unjurkan 09-ayat Quran dari Surah An Nuur(24) sebagai selingan n refreshing minda,
ReplyDelete35. Allah cahaya bagi langit dan bumi dan misalan cahayanya seperti pelita didalam bekas kaca dan cahayanya seperti bintang berkilauan setelah dinyalakan dengan minyak zaituunatin yang diberkati pohonnya malahan bukan hanya ditimur atau dibarat terpancar cahayanya walau tidak kelihatan apinya maka cahaya atas cahaya malahan Allah memberi petunjuk dengan cahayanya kepada sesiapa yang dikehendaki malahan Allah yang telah mencetuskan berbagai misalan bagi manusia sesungguhnya hanya Allah yang Mengetahui segalanya.
36 Malahan Allah yang izinkan nama Dia disanjung dan diingati dengan sebanyaknya didalam rumah-rumah diwaktu pagi dan petang.
37. Bagi lelaki tidak tersasar urusan perniagaan mereka dari mengingati Allah atau melaksanakan kewajipan dan menunaikan kemurnianya jika mereka takut pada hari akan diterbalikan hati dan penglihatan mereka.
38. Allah memberi pembalasan yang terbaik keatas apa yang telah mereka usahakan dari kurnianya dan Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki tanpa perhitungan.
39. Dan bagi orang yang tidak percaya misalan amalan mereka seperti fatamorgana digurun yang panas seakan orang yang teramat kehausan membayangkan air dipermukanya dan apabila sampai tidak terdapat sesuatu pun malahan Allah menampilkan kematian darinya sebagai perhitungan bagi mereka dan Allah pantas perhitunganya.
40. Atau seperti dalam kegelapan dilautan yang bergelora dan ombak seperti dinding/tsunami dan diliputi awan gelap diatasnya dan jika dilihat tangan sendiri pun tidak dapat melihatnya dan sesiapa Allah tidak izinkan melihat cahayanya maka tiadalah baginya cahaya.
41. Tidakkah kamu lihat yang Allah disanjung dilangit dan dibumi malahan burung yang mengembangkan sayapnya pasti mengetahui kewajipanya demikian itulah caranya mereka menyanjungi Allah malahan Allah mengetahui apa yang mereka lakukan.
42. Dan Allah Penguasa langit dan bumi dan hanya kepada Allah tempat kamu semua dikembalikan.
Bacalah dengan hati/jiwa tenang...
Salam saudara yang tidak bernama,
DeleteSudah sekelian lama saudara mengepos terjemahan Al Quran Bahasa Melayu. Saya cuba selidik terjemahan ini dari mana ? Pada mulanya saya sangkakan ianya terjemahan Othman Ali, Bacaan. Ternyata bukan.
Terjemahan saudara sangat bagus. Saya amat mengalu-alukan seandainya saudara dapat sama-sama berkongsi terjemahan keseluruhan Al Quran, jika sekiranya ada. Kalau boleh saya mahu jadikan ia sebagai search engine blog ini. Iaitu sebagai terjemahan rujukan. Saudara boleh email saya di ashwed1973@gmail.com
Salamun alaikum.
Salamunalaikum saudara ash wed@6 Jan 2016@20:14 Jawapanya ada didalam Prakata berikut;
DeleteAL QURAN
Terjemahan Bahasa Malaysia.
Koleksi peribadi dan sesiapa yang membacanya.
Prakata dari Penyusun.
Terjemahan ini diadakan atas daya-usaha sendiri bagi dijadikan pemangkin dan peringatan kepada diri dan sesiapa yang membacanya. Bukan bertujuan bagi disetarakan atau ditandingkan dengan sesiapa malahan matlamat sebenar adalah bagi menginsafi diri dan menyedari pentingnya memahami -l qur’anulkarimi ini dalam bahasa ibunda sendiri.
Malahan tidak diperakui yang terjemahan ini sebagai yang terbaik, mungkin masih banyak lagi perkara yang perlu diperhalusi dan diharapkan dapat kiranya pembaca menjadikan terjemahan ini sebagai penambahan kepada apa yang sedia ada bersama tuan/puan.
Sekiranya terdapat kesilapan maka tuan/puan dapat betulkan bersama agar mendapat manfa’at atas usaha mendalami -l qur’ana yang mulia ini melalui semakkan dan kajian mendalam akan makna dan maksudnya.
Maka ingin juga disampaikan ucapan terima kasih kepada penterjemah dan penerbit kamus yang buku mereka telah dijadikan rujukkan dan semakkan bagi mendapatkan pengesahan dan kejituan maknanya ketika menyusun terjemahan ini dan bukanlah bertujuan untuk berbangga dengan apa yang diperolehi setakat ini maka tidaklah diturunkan senarai nama buku-buku mereka yang telah saya jadikan rujukkan dan tidak juga ditumpukan dari sudut tata-bahasa penulisan tetapi lebih kepada subjek ayat atau maksud ayat yang telah diturunkan dari Yang Berkuasa dan Yang Bijaksana.
Selamat membaca terjemahan ini dengan hati dan fikiran yang terbuka.
“Dan jika kamu mentaati kebanyakan dari manusia dibumi ini mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah maka tidaklah mereka ikuti melainkan prasangka dan dianya hanyalah anggapan mereka” (Surah An’am ayat 116)
Terima Kasih atas penerimaan baik saudara, salaman!
Salam.
ReplyDeleteOff topic. Selalu di beritahu supaya kita jangan terikut cara mereka.Usually dalam konteks masa sekarang. Tapi pada hemat saya kita perlu berdasarkan apakah cara mereka ketika zaman nabi. Adakah sebenarnya cara yang patut diikut is very simple?
As some said common sense.
Bila simple tu yang payah nak percaya. 'Is that it'?
Non
Salam saudaraku! saya teruskan dengan Surah Al Furqan,
ReplyDelete25:1 Telah diberkatkan oleh yang menurunkan -lfurqaana bagi hambanya supaya memberi amaran kepada sekelian penghuni alamnya.
25:2 Yang menguasai langit dan bumi dan tidak punyai anak dan tidak bersekutu kerajaanya dan Dia Pencipta dan Penentu segala takdir.
25:3 Malahan mereka mengambil tuhan-tuhan selain Dia yang tidak dapat mencipta sesuatu malahan mereka pun Dia yang menciptanya dan mereka tiada kuasa keatas diri mereka bagi memudaratkan atau manfaatkan dan mematikan atau menghidupkan dan membangkitkan.
25:4 Dan berkata orang yang tidak percaya tidaklah ini melainkan suatu penipuan yang diadakan dan dibantu oleh kaum terdahulu malahan mereka itulah yang mendatangkan kezaliman dan kepalsuan.
25:5 Dan mereka berkata dianya dongengan orang terdahulu yang dikitabkan dan dibacakan diwaktu pagi dan petangnya.
25:6 Maka katakan telah diturunkan oleh yang Mengetahui segala rahsia dilangit dan dibumi dan Dia yang Pengampun yang Penyayang.
25:7 Dan mereka berkata mengapa rasulnya memakan makanan dan berjalan dipasar malahan mengapa tidak diturunkan para malaikatnya supaya mereka dapat memberi amaran bersamanya.
25:8 Atau diturunkan kepadanya perbendaharaan atau ladang tanaman didalamnya terdapat makanan maka berkata orang yang zalim tidak lain kamu hanyalah mengikuti seorang lelaki yang menguasai sihir.
25:9 Perhatikan bagaimana mereka mengadakan misalan bagimu maka sesatlah mereka malahan mereka tidak mengikuti apa-apa jalan pun.
25:10 Keberkatan atasmu dan jika dikehendaki dijadikan bagimu keutamaan dan darinya ladang dan syurga mengalir dibawahnya sungai-sungai malahan penginapanmu seperti didalam istana.
25:11 Malahan mereka mendustakan detik-saatnya maka Kami sediakan bagi mereka yang mendustakan detik-saatnya dengan yang marak menyala.
25:12 Dari jauh mereka dapat mendengar kemarakan dan percikkan apinya.
25:13 Ketika mereka dilemparkan kedalam tempat sempit mereka dibelenggu dan mereka berkata disinilah tempat penentuan kebinasaan kami.
25:14 Tidak kamu menyeru melainkan kepada satu penentuan pada hari ini malahan serulah sebanyak-banyak penentuan bagimu.
25:15 Katakan apakah kebaikan atau syurga berkekalan yang dijanjikan bagi orang yang prihatin sebagai balasan tempat kembali mereka.
25:16 Didalamnya apa saja yang mereka kehendaki dan mereka berkekalan didalamnya dan itulah janji Pemeliharamu apa yang kamu tanyakan.
25:17 Pada hari dihimpunkan mereka dan apa yang telah mereka berkhidmat selain Allah maka Dia berkata apakah kamu yang menyesatkan hamba- hambaKu ini atau mereka yang sesatkan diri mereka dari jalannya.
25:18 Mereka berkata Kamu disanjung tidaklah kami ini berguna bagiMu malahan kami mengambil selain Kamu sebagai pelindung sedangkan Kamu yang memberi kesenangan bagi kami dan bapa-bapa kami dan kami lupakan peringatanMu maka kamilah kaum yang dibinasakan.
25:19 Mereka yang mendustakan kamu dengan apa yang mereka katakan apakah kamu menafikanya maka tiada pertolongan bagi sesiapa yang zalim malahan Kami menimpakan azab dahsyat keatas mereka.
25:20 Kami tidak utuskan rasul sebelum kamu melainkan mereka memakan makanan dan berjalan dipasar malahan Kami jadikan ujian bagimu maka dapatkah kamu bersabar malahan Pemeliharamu pasti melihat.
bsmbg..
smbg..
ReplyDelete25:21 Maka berkata orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami mengapa tidak diturunkan kepada kami malaikatnya atau diperlihatkan Pemeliharanya malahan mereka takbur dan meninggi diri dan mereka penentang tegar dan menentang dengan besar-besaran.
25:22 Pada hari mereka melihat malaikatnya maka tiada khabar gembira pada hari itu bagi orang yang berdosa dan mereka berkata tidaklah ini melainkan dianya batu-penghalang/hijran mahjuuran.
25:23 Dan Kami dahulukan menghitung amalan yang telah mereka lakukan maka Kami jadikan mereka seperti abu yang berterbangan.
25:24 Dan penghuni syurga pada hari itu diberi keutamaan dengan tempat penginapan dan tempat istirehat mereka yang terbaik.
25:25 Dan pada hari terbelahnya langit dan awannya menjadi mendung maka diturunkan para malaikat dengan sebenar-benar penurunan.
25:26 Pada hari itu Dia Penguasa yang Agung dan yang Pemurah dan bagi orang yang tidak percaya dianya suatu hari yang sangat azab.
25:27 Dan hari bagi mereka yang zalim menggigit jari-jemarinya dan berkata alahai! menyesalnya aku tidak mengambil jalan bersama rasulnya.
25:28 Dan celakalah aku telah mengambil sipolan sebagai teman karibku.
25:29 Pasti dia yang telah menyesatkan aku dari mengingatinya setelah dia datang kepadaku malahan syaitan adalah pembelot bagi manusia.
25:30 Dan telah berkata para rasul mereka wahai Pemeliharaku kaumku telah mengambil -lqur-aana sebagai penghalang bagi mereka.
25:31 Demikian Kami jadikan bagi setiap nabi musuh darinya orang yang berdosa malahan Pemeliharamu memberi petunjuk dan pertolongan.
25:32 Berkata orang yang tidak pecaya mengapa tidak diturunkan -lqur-aana dengan sekali gus demikian Kami meneguhkan hatimu malahan Kami yang menyusunya dengan rapi dan teliti.
25:33 Dan mereka tidak mendatangkan satu misalan pun bagimu melainkan Kami yang mendatangkan bagimu yang benar dan yang terbaik.
25:34 Orang yang dihimpunkan penampilan mereka kepada jahanama maka itulah penempatan yang sangat buruk dan satu-satunya jalan yang sesat.
25:35 Dan pasti Kami yang memberikan muusa kitab dan Kami jadikan haruuna saudaranya sebagai pembantunya.
25:36 Dan Kami katakan pergi kamu berdua kepada kaum yang mendustakan ayat-ayat Kami malahan telah dimusnahkan mereka semusnahnya.
25:37 Dan kaum nuuhin ketika mereka mendustakan rasulnya Kami lemaskan mereka dan Kami jadikan pengajaran bagi sekelian manusia dan Kami sediakan bagi orang yang zalim azab yang sangat dahsyat.
25:38 Dan ‘aadan dan tsamuuda dan penghuni -rrassi dan generasi yang diantara yang demikian itu sangatlah ramai.
25:39 Dan bagi mereka Kami telah mencetuskan berbagai misalan sebelum Kami musnahkan mereka dengan sebenar-benar kemusnahan.
25:40 Pasti mereka melalui khariah yang ditaburi hujan yang dahsyat apakah tidak mereka melihat malahan mereka tidak akan dibangkitkan.
25:41 Dan ketika mereka melihat kamu mereka jadikan kamu bahan ejekkan dan berkata inikah yang dibangkitkan Allah sebagai rasulnya.
bsmbg..
smbg..
ReplyDelete25:42 Dan dialah yang hampir menyesatkan kami dari sembahan kami jika kami tidak bersabar dengannya kelak mereka akan mengetahui siapa yang sebenarnya sesat dari jalannya.
25:43 Tidakkah kamu perhatikan mereka yang mengambil nafsu dan ego sebagai ‘tuhan’ dan adakah kamu menjadikan mereka wakilmu.
25:44 Atau kamu menganggap kebanyakan mereka mendengar dan faham malahan mereka seperti binatang malahan mereka sesat dari jalannya.
25:45 Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Pemeliharamu memanjangkan bayangnya malahan jika Dia kehendaki pasti dijadikanya pegun maka Kami jadikan matahari sebagai dalilnya.
25:46 Kemudian Kami menariknya kepada Kami dengan perlahan-lahan.
25:47 Dan Dia yang menjadikan bagimu malam sebagai pakaian tidur dan kerehatan dan dijadikan siangnya bagimu bangun.
25:48 Dia yang mengutuskan khabar gembira diantara dua tanganmu dengan rahmatnya dan Kami yang menurunkan air dari langitnya.
25:49 Supaya Kami hidupkan tanah yang mati dan mengeluarkan minuman yang Kami cipta dari ternakan dan manusia sebanyaknya.
25:50 Dan Kami jelaskan berbagai cara supaya mereka mengambil ingatan malahan kebanyakan manusia menolak dengan keingkaran mereka.
25:51 Malahan jika Kami kehendaki pasti Kami bangkitkan disetiap khariah seorang pemberi amaran.
25:52 Maka jangan kamu mentaati orang yang tidak percaya dan berjuanglah menentang mereka dengan perjuangan yang besar.
25:53 Dia yang menyalirkan dua lautan yang tawar yang segar dan yang masin yang pahit dan dijadikan diantaranya sekatan dan penghadang.
25:54 Dan Dia yang mencipta manusia dari air maka dijadikan keturunanya melalui perkahwinan malahan Pemeliharamu berkuasa atas segalanya.
25:55 Malahan mereka berkhidmat selain Allah apa yang tidak memberi manfaat atau mudharat dan adalah orang yang tidak percaya dengan tuhan-tuhan mereka saling bantu membantu.
25:56 Dan tidaklah Kami utuskan kamu melainkan sebagai pembawa khabar gembira dan pemberi amaran.
25:57 Katakan aku tidak meminta sebarang upah darimu melainkan sesiapa yang menghendaki menuju kepada jalan Pemeliharanya.
25:58 Dan pasrah kepada yang hidup berkekalan dan Dia yang disanjung dengan pujian tertinggi malahan Dia menyedari setiap dosa hambaNya.
25:59 Yang mencipta langit dan bumi dan apa yang diantara keduanya dalam enam fasa dan memantapkan kuasa yang Pemurah diatas‘arsyi maka bertanyalah yang berkaitan kepada yang Mengetahui.
bsmbg..
smbg..
ReplyDelete25:60 Dan apabila dikatakan kepada mereka patuhilah kepada yang Pemurah mereka berkata siapakah yang Pemurah dan apakah kami mesti patuh kepada apa yang kamu perintahkan supaya kami menjadi pelarian.
25:61 Keberkatan keatas yang menjadikan gugusan bintang dilangitnya dan matahari dan bulan yang menyinarkan cahayanya.
25:62 Dan Dia yang menjadikan malam dan siang bersileh-ganti bagi sesiapa yang ingin mengambil ingatan atau yang ingin berterima kasih.
25:63 Hamba yang Pemurah adalah orang yang berjalan dibumi merendah diri dan apabila berurusan dengan orang jahil mereka berkata ‘salaaman’.
25:64 Dan orang yang bersengkang mata pada malamnya kerana Pemelihara mereka pasti diteguhkan pendirianya.
25:65 Dan yang berkata Pemelihara kami jauhilah kami dari azab jahanama yang azabnya sangat mengerikan.
25:66 Dan sangat buruk sebagai tempat menetap dan tempat penginapan.
25:67 Dan orang yang apabila berbelanja mereka tidak membazir dan tidak lokek maka yang demikian itulah hendaknya pendirian mereka.
25:68 Dan mereka yang tidak berkhidmat kepada tuhan selain Allah dan tidak hapuskan jiwa yang diharamkan Allah melainkan yang dibenarkan dan tidak berzinah maka sesiapa melakukanya maka mereka berdosa.
25:69 Akan digandakan azab pada hari kebangkitan dan dikekalkan kehinaan.
25:70 Kecuali sesiapa yang bertaubat dan amanah dan melakukan amalan soleh maka Allah menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan malahan Allah yang Pengampun yang Penyayang.
25:71 Dan sesiapa yang bertaubat dan beramal soleh sesungguhnya dia telah bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat.
25:72 Dan mereka yang tidak bersaksikan dengan kepalsuan apabila bertemu perkara yang sia-sia mereka bersegera menuju kepada yang mulia.
25:73 Dan apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Pemeliharanya mereka tidak patuh seperti mana patuhnya orang pekak dan buta.
25:74 Dan orang yang berkata Pemelihara kami berikan kami keturunan dari pasangan kami sebagai pendingin mata bagi kami dan jadikan bagi kami pemimpin dari kalangan orang yang prihatin.
25:75 Maka mereka dianugerahkan martabat tertinggi atas kesabaran mereka dan dikurniakan penghormatan dan kesejahteraan keatas mereka.
25:76 Mereka kekal didalam tempat penginapan yang terbaik statusnya.
25:77 Katakan Pemeliharaku tidak pedulikan kamu jika kamu tidak menyeru Dia malahan kamu mendustakanya kelak didatangkan penentuanya.
Sekian..