Di atas adalah jangka waktu "berpuasa" dari makan dan minum yang diwajibkan kepada umat Islam di serata dunia.
Dari jadual di atas kita di malaysia, mungkin akan merasa bersyukur kerana hanya perlu menahan makan dan minum selama 13 jam sahaja.
Tetapi, jika kita secara kebetulan dilahirkan sebagai seorang muslim di Iceland, ketahuilah bahawa kita tidak boleh makan dan minum selama 22 jam.
Sebagai seorang yang diberikan akal fikiran sudah tentu kita akan tertanya, apa benarkah Tuhan memerintah hambanya supaya tidak makan dan minum sehingga 22 jam sedangkan menurut AQ 2:185 Tuhan berfirman "Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak mahu kesukaran bagimu".
Perkara ini terjadi kerana tafsiran perkataan "Syahru Ramadhan" yang diterjemahkan sebagai Bulan Ramadhan.
Kalendar Hijri
Untuk kita memahami perkara ini, kita perlu faham dahulu akan sejarah Kalendar Hijri.
Kalendar Hijri mula diterimapakai di zaman Khalifah Umar Al-Khattab 17 tahun selepas Nabi Muhammad wafat.
Ia dipakai kerana seorang pegawai kerajaan Khalifah Umar Al-Khattab mengadu susah untuk mengenalpasti mana satu arahan yang baru dengan yang lama.
Ini adalah kerana kalendar yang dipakai pada waktu itu tidak mempunyai tahun.
Mereka mengguna tajuk. Sebagai contoh tahun 570 masihi iaitu tahun Nabi Muhammad dilahirkan dikenali sebagai Tahun Gajah.
Sementara, tahun Nabi Muhammad berhijrah dari Makkah ke Medinah dikenali sebagai tahun "The Permission to Travel" iaitu 622-623 masihi.
Sebelum Kalendar Hijri dicipta, manusia di zaman Nabi Muhammad sudahpun mengguna kalendar lain. Kita mengenalinya sebagai Kalendar Jahili.
Berikut adalah perbandingan di antara kalendar pra-islam dan post-islam ;
Number / رقم | Jāhili | الشهور الجاهلية | Islamic | الشهور الإسلامية |
---|---|---|---|---|
1 | muʾtamir or al-muʾtamir | مُؤْتَمِر أو المُؤْتَمِر | muḥarram | مُحَرَّم |
2 | nājir | نَاجِر | ṣafar | صَفَر |
3 | khawwān or khuwān | خَوَّان أو خُوَّان | rabīʿ al-ʾawwal | ربيع الأول |
4 | wabṣān | وَبْصَان | rabīʿ al-ʾākhir or rabīʿ ath-thānī | ربيع الآخر أو رابيع الثاني |
5 | ḥanīn | حَنِين | jumādā al-ʾūlā | جمادى الأولى |
6 | rubba | رُبَّى | jumādā al-ʾākhirah or jumādā ath-thāniyah | جمادى الآخرة أو جمادى الثانية |
7 | al-ʾaṣamm or munṣil al-ʾasinnah or al-muḥarram | الأَصَمّ أو مُنْصِل الأَسِنّـَة أو المُحَرَّم | rajab | رجب |
8 | ʿādhil | عَإذِل | shaʿbān | شعبان |
9 | nātiq | نَاتِق | ramaḍān | رمضان |
10 | waʿl or waʿil | وَعْل أو وَعِل | shawwāl | شَوّال |
11 | warnah | وَرْنَة | dhū al-qiʿdah | ذو القعدة |
12 | burak or maymūn | بُرَك أو مَيْمُون | dhū al-ḥijjah | ذو الحجّة |
(an-nasīʾ) | (النسيء) |
Dari jadual di atas maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa sewaktu Nabi Muhammad menulis Al Quran, baginda tidak pun mengetahui bahawa terdapat satu bulan yang dinamakan Ramadhan.
Ini adalah kerana di zamannya, Baginda hanya mengetahui dan memakai kalendar yang di kenali sebagai Kalendar Jahili.
Bulan kesembilan sewaktu Baginda masih hidup dikenali sebagai Natiq.
Melalui data ini maka kita tidak dapat lari dari membuat kesimpulan bahawa Nabi Muhammad tidak pernah melalui bulan yang dinamakan Ramadhan seumur hidup baginda.
Kebenaran memang pedih untuk ditelan.
Melalui data ini maka kita tidak dapat lari dari membuat kesimpulan bahawa Nabi Muhammad tidak pernah melalui bulan yang dinamakan Ramadhan seumur hidup baginda.
Kebenaran memang pedih untuk ditelan.
Syahru Ramadhan
Menurut Al Quran Word Concordance Occurances (satu project yang menyenaraikan kesemua akar kata perkataan dan berapa kali ianya timbul), maksud Ra-Miim-Dad (akar abjad ramadan) adalah seperti berikut ;
Ra-Miim-Dad = to be burning,
heat, be
blasted by the sun. ramaDda - to sharpen (a spear) between
stones,
roast, pasture on a burning ground, burn. ramDda - scorching
heat,
burning hot (ground). ramadzan - the ninth month of Islamic
calendar,
the month of fast.
ramadan
n. 2:185
Sementara Shin-ha-ra (akar abjad syahru) ;
Shiin-ha-Ra
= make it notable/known/manifest/public/infamous (in a bad or good
sense), hire/contract for a month, stay a month, month old, month, new
moon, moon, full moon, any evil thing that exposes its author to
disgrace, a vice/fault or the like, big & bulky, reputable/eminent.
shahr
n.m. (pl. shuhur and ashur) 2:185, 2:185, 2:194, 2:194, 2:197, 2:217,
2:226, 2:234, 4:92, 5:2, 5:97, 9:2, 9:5, 9:36, 9:36, 34:12, 34:12,
46:15, 58:4, 65:4, 97:3
Ia adalah jelas kepada kita bahawa syahru ramadhan paling tepat diterjemahkan sebagai manifest heat. Semasa "Manifest Heat" inilah Tuhan menurunkan Al Quran.
Ia kemudiannya ditafsirkan sebagai Bulan Ramadhan iaitu bulan kesembilan dari kalendar yang mereka baharu sahaja cipta, iaitu 17 tahun selepas Nabi wafat (Nabi tidak tahu akan kalendar ini).
Kemudian, para agamawan mengaitkan pula bulan ini dengan program soum.
Oleh kerana Kalendar Hijri hanya mempunyai 354.37 hari, maka bulan kesembilan ini sentiasa berubah-ubah kerana Kalendar Hijri berasaskan pengorbitan bulan terhadap bumi.
Dan oleh kerana para agamawan mentafsir program soum sebagai menahan diri dari lapar dan dahaga, maka kini kita menghadapi masalah mengenai kadar waktu berpuasa.
Ia timbul akibat globalisasi populasi muslim di seluruh dunia.
Ekuinoks
Untuk mengetahui bilakah sebenarnya berlaku "manifest heat" atau "syahru ramadhan" kita perlu membuat sedikit kajian mengenai astronomi.
Di dalam perjalanan bumi mengorbit matahari terdapat dua masa di mana siang dan malam tepat mengambil tempoh 12 jam.
Ia dikenali sebagai Ekuinoks. Ia berlaku pada hari ke-20 bulan Mac dan hari ke-22 bulan September.
Berikut adalah waktu bumi mengalami ekuinoks sehingga tahun 2020;
UT date and time of equinoxes and solstices on Earth[1] |
||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
event | equinox | solstice | equinox | solstice | ||||
month | March | June | September | December | ||||
year | ||||||||
day | time | day | time | day | time | day | time | |
2010 | 20 | 17:32 | 21 | 11:28 | 23 | 03:09 | 21 | 23:38 |
2011 | 20 | 23:21 | 21 | 17:16 | 23 | 09:04 | 22 | 05:30 |
2012 | 20 | 05:14 | 20 | 23:09 | 22 | 14:49 | 21 | 11:12 |
2013 | 20 | 11:02 | 21 | 05:04 | 22 | 20:44 | 21 | 17:11 |
2014 | 20 | 16:57 | 21 | 10:51 | 23 | 02:29 | 21 | 23:03 |
2015 | 20 | 22:45 | 21 | 16:38 | 23 | 08:20 | 22 | 04:48 |
2016 | 20 | 04:30 | 20 | 22:34 | 22 | 14:21 | 21 | 10:44 |
2017 | 20 | 10:28 | 21 | 04:24 | 22 | 20:02 | 21 | 16:28 |
2018 | 20 | 16:15 | 21 | 10:07 | 23 | 01:54 | 21 | 22:23 |
2019 | 20 | 21:58 | 21 | 15:54 | 23 | 07:50 | 22 | 04:19 |
2020 | 20 | 03:50 | 20 | 21:44 | 22 | 13:31 | 21 | 10:02 |
Perkataan Ekuinoks berasal dari perkataan latin aequas (equal) dan nox (night).
Bumi akan mengalami suhu panas yang melampau pada kedua-dua waktu ini. Itulah sebabnya ia dikenali sebagai "manifest heat".
Dari data yang dikumpulkan di atas, maka kita boleh menyimpulkan bahawa Al Quran kemungkinan besar diturunkan pada bulan Mac atau bulan september.
Ini adalah kerana di waktu inilah bumi mengalami suhu melampau yang dikenali sebagai "Syahru Ramadhan" atau "Manifest Heat".
Dalam bahasa sains ia dikenali sebagai ekuinoks.
Pada waktu ini juga bumi, yakni hemisfera utara dan hemisfera selatan mengalami waktu siang dan malam yang sama tempoh iaitu selama 12 jam.
Jika, umat Islam "berpuasa" dari menahan makan dan dahaga pada mana-mana bulan ini, maka kesemua negara di dunia akan mengalami tempoh "berpuasa" yang serupa.
Wallahualam. Saya mungkin salah. Tapi, saya juga mungkin benar. Jika saya salah, saya membuat kesalahan ini seorang diri. Tetapi jika saya benar, bermakna hampir 2 billion umat Islam sedang melakukan kesalahan.
Ashwed.
Good points raised. Logical.
ReplyDeleteDear Ashwed, let's say you are right. Does it mean that we have to "fast" only 2x a year on the 20 March and 23 September? Is there anywhere written in Quran that we need to fast for 30 days?
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteThe final aim of Al Quran was never a ritualistic one. If we observe soum at every 20th March and 23rd September and continually to do it annualy, isn't it constitute a ritualistic program. What about the other days in the calendar ? What do we do in it ?
Yes, there is no data saying that we need to observe soum for 30 days in the Al Quran. At least,I haven't found one.
Adakah Tuan ini menentang sekeras2 nya Rukun Islam 5 perkara itu??dari Solat,Puasa,Zakat dan Haji tuan pertikaikan.....dan juga pertikaikan kalendar Hijri.....Tuan hanya menggunakan logik akal Tuan.....same goest o cerita israk n mikraj...adakah Tuan tidak mempercayai yang each Prophet ada mukjizat mereka.....Tuan hanya berdasarkan fakta Sains....dan mengatakan sirah itu banyak dongeng.....
ReplyDeleteSalam,
DeleteUntuk menentang sesuatu perkara ia perlu memenuhi beberapa ciri penting. Dan yg paling penting di antara ciri ini ialah perkara itu mestilah wujud.
Jika sesuatu perkara itu tidak wujud apa sahaja yg dipekatakan mengenainya bukanlah suatu penentangan. Ia hanya layak digelar sebagai satu penyataan fakta. Fakta yg saya nyatakan ialah rukun Islam yg 5 tidak wujud di dalam Al Quran. Ia bukan satu penentangan tetapi adalah suatu yg berbentuk real.
Sebaliknya, mereka yg mengambil perkara yg tiada lalu secara licik mempromosi perkara yg tiada ini sehingga ia menimbulkan satu persepsi di khalayak sbg satu fakta .. Mereka inilah penentang yang sebenar.
Damai