Wednesday, 17 June 2015

Siri Ramadhan : Iconoclast

Ramadhan datang lagi. Saat menulis artikel ini tarikhnya adalah 1 Ramadhan. Untuk memastikan bahawa hari ini adalah permulaan Ramadhan, ahli Astronomi Islam telah mencerap angkasa dengan mengguna teleskop berkuasa tinggi (pastinya dibina oleh orang yang kita panggil kafir).

Saya tidak pasti bagaimana mereka mengemaskini kalendar jika anak bulan tidak kelihatan ?

Sebagai insan biasa yang hidup di dalam satu sistem masyarakat, sejauh mana pun kita cuba mencari kebenaran namun pada akhirnya kita perlu juga mengikut sistem yang telah sekian lama wujud. 

Banyak sudut serta alasan yang perlu kita timbang. Inilah yang membezakan insan biasa dengan para Nabi. 

Oleh yang demikian, disebalik semua konsep yang saya selidik di dalam Al Quran masih ada konsep yang saya tidak berupaya mengubah ketetapannya, seperti perjalanan bulan Ramadhan.

Untuk perkara ini, apa yang boleh dibuat ialah bertawakal bahawa kita sedang melakukannya pada waktu yang tepat. 

Iconoclast

Sungguhpun para Nabi yang diceritakan di dalam Al Quran berada di zaman yang beribu tahun bezanya, namun, mereka semua mempunyai satu persamaan yang sangat jelas. 

Mereka semua adalah iconoclast (tidak terdapat perkataan yang sesuai di dalam Bahasa Melayu). Apakah maksud iconoclast ?

1. A person who attacks or criticizes cherished beliefs or institutions.
2. A destroyer of images used in religious worship, in particular.

Untuk menjadi seorang iconoclast ianya memerlukan iltizam dan pengorbanan yang sangat tinggi. 

Itulah sebabnya kesemua Nabi disisihkan dari masyarakat mereka. Mereka disisihkan kerana mereka cuba menukar sistem sesebuah masyarakat.

Penentang mereka sudah tentunya adalah penguasa masyarakat tersebut yang telah membuat pelbagai undang-undang dan peraturan untuk melindungi tradisi masyarakat mereka.

Nabi yang tidak disisihkan kebiasannya adalah Raja sesebuah negeri.
Selepas Nabi Muhammad, penutup segala Nabi, tidak akan ada lagi seorang iconoclast yang boleh menukar sistem dunia. 

Saya sendiri sedar bahawa sejauh mana pun saya berjalan mencari kebenaran, akhirnya ia hanya akan kekal di dalam minda sahaja tanpa boleh dipraktikkan di dalam masyarakat.

Dunia perlu iconoclast untuk menjadikannya seimbang semula.

Peluang

Jika kita orang Melayu mahu mempunyai peluang menjadi bangsa yang benar-benar gemilang seperti Tamadun Barat dan Jepun, perkara pertama yang perlu kita tukar ialah mentaliti kita.

Kita perlu menjadi benar-benar bebas. Terutama dari segi pemikiran. Kita tidak boleh lagi membuat satu undang-undang untuk memenjara individu yang mempunyai pemikiran berbeza dengan kita.

Perbuatan ini sendiri sebenarnya adalah satu jenayah. Bagaimana kita mahu mempunyai masyarakat yang mempunyai minda berdaya maju jika kita menangkap orang yang sedang cuba berfikir ?

Sebagai contoh, perlukah kita mengisytihar seorang syiah sebagai murtad. Kenapa kita kata begitu, adakah kerana apabila dia bersolat dia sujud di atas batu khas. Apa kena mengena dahi dia dengan kita ?

Bagaimana pula kita boleh isytihar orang lain murtad sedangkan kedudukan kita sendiri pun kita tidak tahu pengakhirannya ? 

Bagaimana dengan solat kita ? Adakah ianya benar ?

Kita tidak boleh menyeru sesiapa pun untuk berubah tetapi kita boleh buat diri kita berubah.

Mulalah dengan diri sendiri, oleh itu di Ramadhan kali ini cuba kita latih diri kita supaya tidak menghukum orang lain di atas perkara yang kita tidak mempunyai kuasa mengetahuinya.

Ashwed

4 comments:

  1. "Selepas Nabi Muhammad, penutup segala Nabi, tidak akan ada lagi seorang iconoclast yang boleh menukar sistem dunia."

    Kita masih ada buku bacaan dan pemberi peringatan yang membacakannya..

    ReplyDelete
  2. 3: [101]
    Dan bagaimana kamu akan menjadi tidak percaya padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah dan dalam kalangan kamu ada RasulNya? Dan sesiapa berpegang teguh kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul.

    ReplyDelete
  3. Kita tak patut sembunyikan kebenaran ini, ia hak semua...

    3:[70]
    Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu ingkarkan ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya?
    [71]
    Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya?
    [72]
    Dan berkatalah segolongan dari Ahli Kitab: "Percayalah kamu kepada Al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang yang percaya itu: pada sebelah pagi, dan ingkarlah pada petangnya, supaya mereka kembali menjadi tidak percaya semula".

    ReplyDelete
  4. Salamun Alaykum,

    Terima kasih di atas peringatan ini. Sebagai manusia adakalanya kita merasa kecewa. Terutama apabila kita sedar bahawa kita tidak mempunyai kuasa sedikitpun untuk mengubah orang lain biarpun orang itu sangat rapat dengan kita.

    Ashwed

    ReplyDelete