Ini adalah topik kegemaran orang-orang Melayu. Selama beratus-ratus tahun "alam Mistik" menjadi inspirasi orang Melayu. Banyak legenda alam mistik yang kita lahirkan.
Di zaman ini, kegilaan orang melayu kepada alam mistik diteruskan dengan membuat filem mengenai makhluk halus yang mereka sangka wujud secara fizikal ini.
Kita juga percaya di bulan Ramadhan ini, semua makhluk-makhluk halus dipenjara selama 30 hari. Tapi benarkah demikian. Kalau benar mengapa masih ada jenayah yang berlaku di bulan Ramadhan.
Di Timur Tengah, pusat "syaitan" berkumpul, mereka masih berbunuhan sesama bangsa di bulan Ramadhan. Malah, tergamak mengebom masjid dan pasar di bulan Ramadhan.
Malaikat, Iblis , Jin dan Syaitan menurut perspektif Al Quran
Saya sudah menerangkan bahawa setiap perkataan di dalam Al Quran di dirikan dengan akar kata. Akar kata ini membentuk jaringan yang menjadikan Al Quran mukjizat.
Akar-akar kata ini membolehkan kita memahami konsep bagaimana Tuhan mentadbir dunia ini dengan lebih mendalam. Ini adalah kerana setiap akar kata ini sentiasa konsisten.
Untuk memahami siapakah malaikat, iblis, jin dan syaitan dan hakikat kewujudan mereka, maka kita perlu mentafsir asal akar kata yang membentuk perkataan ini.
Mula-mula mari kita kaji ayat ini ;
"Dan (ingatlah), ketika Kami berfirman kepada para malaikat : "Patuhlah (asjudu) kamu kepada Adam", maka patuhlah (fasjudu) mereka semua KECUALI iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan yang kafir (rebel)" AQ 2:34
Dari keterangan di atas, adalah jelas bahawa iblis berasal dari keturunan malaikat kerana ia berada di perhimpunan yang sama dengan para malaikat lain.
Keterangan yang seterusnya ;
"Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Patuhlah (Isjudu) kamu kepada Adam, maka patuhlah (fasajadu) mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripadaKu, sedang mereka adalah musuhmu ? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim" AQ 18:50
Dari keterangan di atas kita juga dapat menyimpulkan bahawa jin = iblis.
Oleh kerana melalui AQ 2:34, kita mendapati bahawa iblis berasal dari keturunan malaikat. Maka kesimpulan yang seterusnya ialah malaikat = iblis = jin.
Inilah sebabnya Tuhan mengkategori Jin dan Manusia (tanpa menyebut iblis dan malaikat) sebagai abdiNya. Ini adalah kerana malaikat, iblis dan jin adalah sama.
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku" AQ 51:56
Malaikat berasal dari abjad mim-lam-kaf yang membawa erti kuasa.
Dari abjad ini ia membentuk kata terbitan lain seperti Malik = Raja/Penguasa dan Mulk = Kerajaan/Yang Berkuasa.
Kuasa adalah satu tenaga. Ia tidak dapat dilihat di pandangan mata. Hanya kesan kuasa yang boleh kita lihat.
Jin pula membawa maksud tersembunyi. Ia berasal dari abjad jim-nun-nun.
Ia menerbitkan perkataan lain seperti janin = bayi di dalam perut adalah tersembunyi dari pandangan mata.
Ia menerbitkan perkataan lain seperti janin = bayi di dalam perut adalah tersembunyi dari pandangan mata.
Jannah = taman, wadi atau oasis, apabila berada di dalam jannah, padang pasir menjadi tersembunyi dari pandangan mata.
Dari fakta di atas maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa jin = iblis = malaikat adalah kuasa yang tersembunyi dari pandangan mata.
Adakah jin = iblis = malaikat ini adalah satu makhluk yang wujud secara fizikal di realm kita.
Sudah tentu tidak. Mereka hanya tersembunyi. Tempat persembunyian mereka adalah di akal kita.
Contoh ;
Katakan kita terjumpa wang sebanya RM1000 di tepi jalan raya. Kita akan secara automatik berfikir. Samada mahu menyerah kembali wang tersebut. Atau mengambilnya seperti hak kita.
Di sini jin = iblis = malaikat akan menghasut kita. Hasutan mereka terdiri dari hasutan yang baik dan hasutan yang jahat.
Hasutan yang baik mewakili malaikat (kuasa) yang patuh kepada keturunan Adam seperti AQ 2:34.
Manakala hasutan yang jahat adalah datangnya dari iblis = jin. Malaikat (kuasa) yang tidak mahu patuh kepada keturunan Adam.
"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia" AQ 114:1-6
Jika kita mengambil keputusan untuk menyimpan wang tersebut seolah-olah ianya hak kita maka kita terjerumus kepada hasutan jahat kuasa yang tidak mahu patuh kepada keturunan Adam.
Inilah yang di panggil "Syaitan". Syaitan bukan makhluk yang wujud secara fizikal. Ia adalah sifat jahat dan buruk.
Harus diingati bahawa hasutan ini bukan sahaja boleh datang dari malaikat = jin = iblis. Ia juga boleh datang dari manusia-manusia lain yang telah terjerumus kepada kuasa yang tersembunyi ini.
"Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman,
mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali
kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami
tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan
orang-orang yang beriman)". AQ 2:14
Apabila kita sentiasa mengingati (zikir, lilzikri, bermaksud to remember) Tuhan maka kita akan terpelihara daripada memasuki perjanjian atau mendengar hasutan jin = iblis.
Itulah sebabnya kita di ajar untuk berdoa seperti di AQ 114:1-6 dan juga seperti di Surah Al Fatihah.
Kesimpulan
Malaikat, Jin dan Iblis adalah kuasa yang wujud secara tersembunyi di pemikiran kita.
Ia sememangnya sudah berada di akal dan pemikiran kita semenjak kita dilahirkan. Ia adalah seperti "factory setting".
Ia tidak wujud secara fizikal di realm kita.
Melalui AQ 53:1-18, kita di beritahu bahawa untuk melihat jibril secara fizikal, Nabi Muhammad telah di bawa ke realm yang lain.
Kini kita boleh buat kesimpulan bahawa "alam mistik" tidak wujud melainkan di dalam fikiran kita.
Oleh kerana itu, jika kita bertanya kepada orang yang terkena histeria (kebiasaanya hanya perempuan melayu yang terkena penyakit ini) mereka akan mengatakan bahawa mereka nampak makhluk halus.
Namun, kita tidak nampak. Kita tidak nampak kerana ianya hanya wujud di pemikiran si pesakit itu.
Ia di wujudkan oleh pemikirannya kerana kegagalan diri beliau untuk mengawal situasi yang bakal dihadapinya seperti mahu menghadapi peperiksaan tetapi merasa diri belum cukup bersedia.
Maka dengan ini, kita tidak perlu lagi takut kepada makhluk yg tidak wujud secara fizikal ini.
Yang perlu kita takut ialah jika kita mengikuti hasutan pemikiran kita sendiri.
Jika ada di antara orang Melayu yang masih lagi takut kepada hantu, pocong, toyol dan lain-lain makhluk yang diwujudkan dan di legendakan oleh pemikiran orang-orang sebelum kita.
Maka ketahuilah, bahawa makhluk-makhluk ini tidak wujud. Jika mereka benar-benar wujud dan boleh memporak-perondakan kita, saya mencabar untuk orang Melayu memberi saya statistik kematian akibat perbuatan makhluk-makhluk ini.
Tahukah kita bahawa pembunuh utama di dunia ialah nyamuk, yang kedua peperangan dan ketiga kenderaan.
Jadi, apa perlu orang Melayu perlu takut kepada hantu, toyol dan pocong sedangkan sepatutnya mereka lebih layak takut kepada kereta mereka sendiri ?
Yang perlu kita takut ialah jika kita mengikuti hasutan pemikiran kita sendiri.
Jika ada di antara orang Melayu yang masih lagi takut kepada hantu, pocong, toyol dan lain-lain makhluk yang diwujudkan dan di legendakan oleh pemikiran orang-orang sebelum kita.
Maka ketahuilah, bahawa makhluk-makhluk ini tidak wujud. Jika mereka benar-benar wujud dan boleh memporak-perondakan kita, saya mencabar untuk orang Melayu memberi saya statistik kematian akibat perbuatan makhluk-makhluk ini.
Tahukah kita bahawa pembunuh utama di dunia ialah nyamuk, yang kedua peperangan dan ketiga kenderaan.
Jadi, apa perlu orang Melayu perlu takut kepada hantu, toyol dan pocong sedangkan sepatutnya mereka lebih layak takut kepada kereta mereka sendiri ?
Dari kesimpulan ini juga, bolehlah kita simpulkan bahawa kerjaya "perubatan islam" adalah satu lagi kerjaya menipu seperti para habar yang lain.
Lebih elok jika sekiranya si pesakit yang terkena histeria ini pergi berjumpa dengan seorang pakar sakit jiwa kerana yang sakit ialah jiwa mereka yang lemah.
Semoga hilanglah segala persangkaan yang selama ini kita ada-adakan.
Ashwed
No comments:
Post a Comment