Thursday, 1 October 2015

Ostat Selebriti


Di atas adalah carta peratusan bidang pekerjaan yang paling dipercayai oleh rakyat Malaysia. Ternyata rakyat Malaysia mempercayai tokoh-tokoh agama lebih daripada Ahli Sains (sebenarnya ulama' di dalam Bahasa Al Quran) dan Hakim.

Dapatan ini menceritakan jiwa rakyat Malaysia. Saya percaya jika analisa ini dilakukan kepada orang Melayu sahaja pasti peratusan itu semakin meningkat. Malah mungkin para tokoh agama akan mencapai tempat pertama.

Maka sebab itu, muncullah ustaz-ustaz (di Malaysia ustaz bermaksud tokoh agama bukan guru) yang bergelar selebriti seperti Ustaz Don Daniel, Ustaz Kazim Elias, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz PAS, Ustaz UMNO, Ustaz PKR dan pasti sedikit masa lagi Ustaz yang mewakili Parti Amanah Negara, Gerakan Harapan Baru.

Mereka ini mempunyai pengaruh yang sangat kuat ke atas masyarakat melayu.

Setiap isu besar atau kecil, orang melayu menunggu-nunggu kenyataan dari ustaz-ustaz selebriti mereka.

Sebaik sahaja kenyataan datang dari golongan ini, maka ramai orang melayu merasakan jawapan untuk persoalan mereka sudah terjawab. Ianya muktamad seolah-olah diukir di atas batu dan tidak boleh dipadam lagi.

Jika kita perhatikan di setiap majlis-majlis keraian yang dibuat oleh orang melayu, pasti ada sahaja golongan ini dijemput. Tidak kiralah samada majlis itu dibuat oleh orang perseorangan atau kerajaan.

Mereka dijemput untuk menyempurnakan majlis, membaca doa, membuat ritual dan sebagainya.

Pendek kata golongan ini mempunyai tempat yang sangat tinggi di dalam masyarakat melayu. Dan yang paling menyedihkan ialah orang melayu berpendapat golongan ini mampu memastikan mereka berada di atas jalan kebenaran.

Bukanlah saya mahu mengatakan bahawa kesemua pelajaran yang diceritakan oleh golongan ini adalah salah tetapi kita perlu memikir sedalam-dalamnya akan kebenaran sesuatu isu, waima dari siapa pun jua .

Bacaan Kebenaran

Bagaimanakah cara untuk kita mengetahui secara asas samada sesuatu pelajaran yang kita dengar itu adalah benar dan wajar untuk kita ikuti ?

Menurut Al Quran sesuatu kebenaran itu datang kepada kita secara percuma. Al Quran juga menyarankan supaya kita mengikuti pelajaran yang diberi oleh orang-orang yang tidak meminta upah dari kita untuk pelajaran itu.

A021

"Ikutilah orang yang tiada meminta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk" AQ 36:21

Di dalam lipatan sejarah, setiap para Nabi dan Rasul diwajibkan untuk mengutarakan dialog standard ini. Iaitu kesemua mesej yang mereka bawa adalah percuma.

Nabi Nuh

  A072

"Jika kamu berpaling dari (peringatanku), aku tidak meminta upah sedikitpun padamu. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah belaka, dan aku disuruh supaya termasuk golongan orang-orang yang berserah diri (muslim) " AQ 10:72

Nabi Hud

A050
A051

"Dan kepada kaum 'Ad (kami utus) saudara mereka, Hud. Ia berkata : "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Kamu hanyalah mengada-adakan sahaja. Hai kaumku, aku tidak meminta upah kepadamu bagi seruanku ini. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah yang telah menciptakanku. Maka tidakkah kamu memikirkannya " AQ 11:50-51

Nabi Yusof

A104

"Dan kamu sekali-kali tidak meminta upah kepada mereka (terhadap seruanmu ini), itu tidak lain hanyalah pengajaran bagi semesta alam " AQ 12:104

Nabi Muhammad

A090

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka. Katakanlah "Aku tidak meminta upah kepadamu dalam menyampaikan (Al Quran). Al Quran itu tidak lain hanyalah peringatan untuk seluruh umat " AQ 6:90

Mengapakah ianya sebegitu ? Sebenarnya setiap Nabi dan Rasul mempunyai pekerjaan tetap. 

Mereka ada yang menjadi tukang kayu yang mahir, pengembala, pedagang yang terkenal. Ada juga yang menjadi raja sesebuah negara.

Oleh kerana itu mereka tidak perlu mencari upah dan mencari makan dengan menjual kebenaran. Kebenaran tidak ternilai. Ia adalah rahmat Tuhan.
 
Persamaan yang sangat ketara antara para Nabi dan Rasul ini ialah sungguhpun mereka dibezakan beribu-ribu tahun di antara satu sama lain namun mereka tidak pernah mencari makan dengan berceramah "agama" dan menjual produk-produk sampingan dari karier "keagamaan" itu.

Sedangkan di dalam masyarakat kita sekarang ramai para ustaz, imam dan mufti yang sering mengaku mereka berada di jalan yang benar menjadi kaya-raya dengan hasil ceramah dan menjual produk sampingan keagamaan.

Mereka menjadikan hal ini sebagai karier malah ada sekolah khas untuk menghasilkan orang-orang ini.
 
Lebih jijik ialah golongan yang mengambil upah untuk membawa gerombolan pakcik dan makcik yang susah dari kampung pergi ke sebuah tanah asing untuk mencuci dosa dan bertemu "tuhan" di rumahnya.

Adakah pada mereka Tuhan tidak boleh mendengar permohonan ampun dari tanahair kita ini ? Tidakkah mereka tahu bahawa Tuhan adalah Maha Mendengar ?

Yang paling-paling jijik ialah ada pula di antara golongan ini yang menipu duit hasil penat lelah orang-orang kampung ini. Duit ambil tetapi jemaah tersadai di airport tanpa apa-apa pemberitahuan.

Walaupun ia terjadi berkali-kali, tetapi ia masih tidak dapat membuka minda masyarakat kita.

Benarlah manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah dan bencikan kebenaran.

A054

"Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulangi bagi manusia dalam Al Quran ini bermacam-macam perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah"  AQ 18:54



A070



"Atau (apakah patut) mereka berkata : 'Padanya (Muhammad) ada penyakit gila'. Sebenarnya dia telah membawa kebenaran kepada mereka, dan kebanyakkan mereka benci kepada kebenaran itu " AQ 23:70



Bukanlah niat saya untuk menyatakan bahawa hasil rezeki yang dibuat oleh golongan ini adalah "haram". Kita semua manusia. Kita tidak mempunyai hak untuk mengistinbat hukum ke atas sesuatu perkara. Hanya Tuhan sahaja yang mempunyai kuasa itu.

Yang saya ingin sampaikan ialah kebenaran boleh datang dari sesiapa pun jua terutama dari orang-orang yang mahu menggunakan akal, berfikir dan sanggup membuat ujikaji serta disoal mengenainya. 

Tetapi kebenaran tidak mungkin datang dari seseorang yang meminta upah untuk tujuan itu.

Ashwed

5 comments:

  1. Surah Muzaamil (Yang Berjubah) 73 - 20ayat sahaja.

    73:1 Wahai orang yang berjubah.
    73:2 Bangunlah kamu sedikit dari malamnya.
    73:3 Atau separuh atau kurang sedikit darinya.
    73:4 Atau ditambah membaca -lqur-aana mengikut tertip dan susunanya.
    73:5 Pastinya Kami menurunkan kepadamu berita ‘berat’.
    73:6 Berjaga malam sangat berkesan dan lebih telus dan teguh ucapanya.
    73:7 Kerana disiangnya kamu sibuk dengan urusan harian yang panjang.
    73:8 Ingatlah nama Pemeliharamu dan abadikan dirimu kepadaNya.
    73:9 Pemelihara timur dan barat dan tiada tuhan selain Dia malahan ambil Dia sebagai wakilmu.
    73:10 Dan bersabar dengan apa yang mereka katakan dan pindahlah dari mereka dengan pepindahan yang manis.
    73:11 Dan biarkan orang yang mendustakan nikmat yang diberikan malahan tangguhkan sedikit masa bagi mereka.
    73:12 Sesungguhnya disisi Kami -ljahiiman yang sedang marak menyala.
    73:13 Dan makanan yang mencekek tekak dan azab yang dahsyat.
    73:14 Pada hari gempa-bumi gunung-ganangnya seperti pasir bertaburan.
    73:15 Dan Kami yang mengutuskan kepadamu rasul sepertimana yang telah Kami utuskan kepada fir’auna.
    73:16 Malahan fir-aunu mendurhakai rasulnya maka Kami azabkan mereka dengan azab yang sangat dahsyat.
    73:17 Mana mungkin kamu prihatin sedangkan kamu mengingkari hari yang akan ‘dijadikan kanak-kanak beruban’.
    73:18 Dan langitnya terbelah malahan janjiNya pasti terlaksana.
    73:19 Inilah suatu peringatan maka sesiapa kehendaki maka ambillah jalan Pemeliharamu yang lurus.
    73:20 Pemeliharamu mengetahui yang kamu telah berdiri sekurang-kurangnya dua-pertiga dari malamnya atau separuh darinya dan segolongan dari orang yang bersama kamu malahan Allah yang menetapkan malam dan siang dan Dia mengetahui yang kamu tidak dapat menghitungnya dan hanya Dia yang menerima taubat maka aqra’uu apa yang kamu dapati mudah dari -lqur’aani malahan Dia yang mengetahui diantara kamu ada yang sakit dan yang lain mengembara dibuminya bagi mencari kurnian Allah dan ada yang berjuang dijalan Allah maka bacalah apa yang kamu dapati mudah darinya dan laksanakan kewajipanmu dan tunaikan kemurnianya dan pinjamkan Allah pinjaman yang terbaik dan apa yang kamu dirikan adalah bagi dirimu dari keutamaan dan ganjaran agung hanya disisi Allah maka mohonlah keampunan dari Allah sesungguhnya hanya Allah yang Pengampun yang Penyayang.

    Inilah agaknya surah yg menggatakan yg bacalah qur'an setiap lepas solat yg selalu diwar2kan ostard2 kehulu kehilir??.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Boleh tahu apps quraan ape yg saudara gunakan..

      Delete
  2. Setuju. Sekarang ni saya paling tak percaya dengan manusia yg nak buat duit dengan bertopengkan agama atau berimejkan "alim". Saya perhatikan golong-golongan ni selalunya tak amanah. Buat kerja cincai, tak komited dan tak sincere. Kita yang bayar dia, tapi dia treat kita macam kita pulak yg peminta sedekah. Lepas tu mintak halal kan duit yg kita bayar tu (for a lousy service and goods).

    ReplyDelete
  3. salam tuan, izinkan saya bertanyakan pendapat tuan berkaitan tentang ayat dari Surah Al-Maidah 5:15.

    Sekian, terima kasih

    ReplyDelete
  4. Salamun Alaykum ,

    "Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak pula yang dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya Allah, dan kitab yang menerangkan " AQ 5:15

    Terjemahan di atas adalah daripada terjemahan bahasa indonesia secara lafziyah.

    Pada saya, kebiasaanya perkataan Al Kitab merujuk kepada kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al Quran. Adakalanya ia merujuk kepada kesemua kitab termasuk Al Quran. Namun, kita perlu teliti bila membaca Al Quran iaitu dengan membaca keterangan-keterangan sebelum dan sesudah sesuatu ayat untuk memahaminya. AQ 5:14 bercerita berkenaan dengan orang-orang nasrani (penolong skrg dikenali sebagai agama kristian).

    Maka perkataan Al Kitab merujuk kepada kitab-kitab sebelum Al Quran (mungkin dalam keterangan ini ia lebih khusus ialah bible, ingat bible bukan injil). Kita sudah tahu bahawa Tuhan telah berjanji bahawa Al Quran adalah lengkap. Maka perkataan .." dan banyak (pula yang) dibiarkannya"...tidak mungkin merujuk kepada Al Quran, ia merujuk kepada Bible. ... "sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah ... " sehingga akhir merujuk kepada Al Quran kembali.

    Wallahualam. Semoga bermanafaat.

    ReplyDelete