Hari ini saya ingin menjemput saudara pembaca menyelami secebis dari sejarah dunia dan hakikat bagaimana ia membentuk sebahagian besar tradisi dan upacara keagamaan yang kita praktis kini.
Avestan
Avestan adalah bahasa asal Empayar Parsi. Ia dibahagi kepada Avestan Kuno dan Avestan yang lebih muda.
Perkara ini juga terjadi kepada Bahasa Sanskrit.
Avestan dituturkan di bahagian dunia yang sekarang dikenali sebagai Afghanistan, Pakistan, Tajikistan, Turkmenistan, Uzbekistan dan budaya Yaz.
Bahasa ini tidak lagi wujud dan dituturkan secara meluas, namun ia berevolusi menjadi suatu bahasa yang kita kenali sebagai Bahasa Pashto.
Ramai pakar bahasa berpendapat bahawa Bahasa Sanskrit berasal dari bahagian dunia yang sama.
Mereka berpendapat bahawa Avestan dan Sanskrit pada asalnya dituturkan oleh suatu kumpulan manusia yang sama.
Di suatu masa dalam bingkisan sejarah kumpulan ini berpecah di mana satu kumpulan ke bahagian yang lebih dekat dengan Parsi dan satu kumpulan lagi pergi lebih jauh ke timur iaitu benua kecil India.
Oleh kerana mereka ini pada asalnya terdiri dari mereka yang mempunyai budaya yang sama maka sudah tentulah kita akan dapati mereka mempraktis ritual keagamaan yang sama.
Namun, oleh kerana mereka sudah berpecah ke dua benua yang berbeza seterusnya berevolusi dari semua segi sehinggalah kepada bahasa maka kita kini dapati mereka mencipta dua jenama agama yang mempunyai sebutan bahasa yang berbeza tetapi hakikatnya mempunyai kepercayaan yang sama.
Saya sudah mengupas mengenai agama dan kepercayaan Hinduism.
Kini, apa kata kita selami pula agama kembarnya yang kita kenali sebagai Zoroastrianism dan lihat ciri-ciri persamaannya dengan ritual yang masyarakat kita praktis hari ini.
Zoroastrianism
Nama kuno agama ini ialah Mazdayasni sebelum berevolusi dan dikenali sebagai Zoroastrianism.
Kesemua ritual dan kepercayaan agama ini direkodkan di dalam sebuah scripture atau kitab yang dikenali sebagai Yasna.
Secara ringkas, para penganut Zoroastrianism diminta untuk mempercayai perkara-perkara berikut yang boleh di dapati dari Yasna ;
1. Tuhan (Ahura Mazda)
2. Nabi (yang dikenali sebagai (Zarathushtra Spitama/Zoroaster)
3. Shrosha (Wahyu)
4. Kiamat
5. Hidup selepas mati yang abadi
6. Svarga
7. Naraka
8. Ahriman (Syaitan)
9. Daeva (Jin)
10. Yasna (solat)
11. Zakat (sebanyak 10 peratus)
12. Soashyant (Imam Mahdi)
13. Vohu Manah (akal suci/Malaikat Djibril)
Untuk kali ini mari kita lihat apakah Yasna (Solat) dan lihat kemiripan dengan apa yang dipraktis oleh masyakat Islam moden.
Contoh scripture Yasna
Yasna juga adalah nama kitab agama Zoroastrianism. Namun secara asasnya Yasna adalah cara penyembahan Tuhan yang dikenali sebagai Ahura Mazda.
Yasna perlu dilakukan sebanyak 5 kali pada waktu yang telah ditetapkan yang dikenali sebagai Gah (waktu) iaitu pada :-
1. Havaan (Subuh)
2. Rapithwan (Tengahari)
3. Uziren (Selepas Tengahari)
4. Aiwisutheram (Senja)
5. Ushaen (Malam)
Di dalam Bahasa Sanskrit ia dikenali sebagai Pancha Maha Yagna.
Panggilan Yasna
Para penganut akan dipanggil ke Atash Behram (Kuil Api) untuk melakukan ritual Yasna dengan bunyi panggilan loceng.
Penyucian
Sebelum memasuki dewan ritual para peganut perlu menyuci beberapa bahagian badan seperti muka, tangan dan kaki.
Tudung
Para penganut wanita perlu menutup kepala dengan kain semasa berada di Atash Behram.
Arah
Para penganut perlu mengarahkan badan mereka ke arah Atash Padshah (Api Suci) yang kebiasaanya diletakkan di atas satu kiub berbentuk empat segi yang dikenali sebagai Keblaah.
Membaca
Para penganut perlu membaca sepotong ayat dari kitab Yasna di dalam bahasa asal Avestan.
Tatacara
Para penganut berdiri atau duduk menghadap Keblaah. Baca sepotong ayat di dalam Bahasa Avestan dan seterusnya memasukkan serbuk wangian ke dalam Atash Padshah (Api Suci).
Kesimpulan
Para penganut Zoroastrianism sehingga kini masih terdapat di Iran.
Anda boleh melihat sendiri ritual mereka dan baca maklumat mengenai agama ini di alam maya.
Jika kita bertanya kepada mereka adakah mereka menyembah api, jawapan yang sama akan kita dengar seperti rakan mereka yang beragama Hindu apabila ditanya samada Tuhan mereka adalah berhala batu.
Kami tidak sembah api, kami menyembah Tuhan Yang Maha Esa yang bernama Ahura Mazda. Api ini hanyalah medium untuk mendekatkan kami dengan Tuhan.
Itulah hakikat manusia. Kita sememangnya tidak boleh mempercayai bahawa Tuhan itu wujud di dalam KETIADAAN. Tuhan adalah ghaib.
Mengapakah ritual mereka sangat sama dengan masyarakat Islam ?
Sila lihat sejarah dan latarbelakang para perakam hadis iaitu mereka yang mempunyai nama-nama besar di dalam dunia penulisan hadis. Cuba lihat siapakah mereka, dari mana asal mereka dan apakah nekad mereka kepada bangsa Arab ?
Mungkin kita akan lebih memahami dunia apabila kita membaca sejarah bangsa yang pernah hidup sebelum kita.
Dari situ barulah kita dapat memahami Al Quran dan tema yang dibawanya dengan lebih mendalam.
"Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan Kristian, dan Sabiin, sesiapa percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan buat kerja-kerja baik , maka upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih" AQ 2:62
"Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan Sabiin, dan orang-orang Kristian, sesiapa yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan buat kerja-kerja baik , maka tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih" AQ 5:69
Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Sabiin, dan orang-orang Kristian, dan orang-orang Majusi, dan orang-orang yang sekutukan - Allah akan bezakan antara mereka pada Hari Kiamat; sesungguhnya Allah saksi atas segala sesuatu" AQ 22:17
Ashwed
Selamat sejahtera Tuan Ashwed. Saya sangat meminati blog Tuan Ashwed sejak tahun lepas selepas blog Tuan Ashwed diperkenalkan dalam satu group di Facebook iaitu K**b B**u Itu Berhala. Sejak membaca blog Tuan dari awal, saya dapati kajian Tuan Ashwed hampir serupa dengan kajian saya seperti makna solat, zakat, puasa dan lain-lain. Setiap hari sebelum saya tidur, saya akan membuka blog Tuan dan mengharapkan post yang baru. Izinkan saya untuk meminta satu permintaan dari Tuan Ashwed tentang apa itu Yaajuj dan Majuj. Atau dalam bahasa inggeris ia dikenali sebagai Gog and Magog. Gog and Magog ini pula ada diceritakan dalam filem Star Wars baru-baru ini yang bersifat sebagai makhluk yang ganas di muka bumi. Namun, apa pula Yaajuj dan Majuj pada pandangan Tuan Ashwed? Sila lihat Quran 18:94.
ReplyDeleteSalam saudara anon 00:54
DeleteAnda boleh baca tulisan rakan internet saya bernama Zack Zulkarnain. Beliau membuat kajian yang sangat mendalam mengenai Yakjuj dan Makjuj juga siapakah Dzulkarnain yang Berjaya membendung Yakjuj dan Makjuj.
Ini link yang saya maksudkan
http://www.yakjujdanmakjuj.com/
Damai
Salaamun Alaikum
DeleteSejahterlah ke atas kamu.
Saya yakin dengan apa yang di ceritakan oleh Zack berbanding mitos serta khayalan yang kita sering dengar melalui dendangan ustaz-ustaz sebelum ini. Mereka hanya 'echo' kepada guru mereka sebagaimana gugu-guru kepada guru mereka yang terdahulu.
Allah di Sanjung!
Salam sejahtera.
ReplyDeletePada pemahaman saya berdasarkan ayat -ayat di atas mereka itu tak takut dan tak bersedih sebab percaya dan sentiasa buat perkara yang baik.
Tapi ayat yang last Allah yang akan pilih dan pisahkan mereka sebab Allah yang saksikan semuanya.
Allah tak perlukan saksi-saksi lain. Bermakna .... takda la yang akan merekod.
Jika salah tolong betulkan.
Non
Salam saudara Non,
DeleteTerima kasih kerana sering kali memberi komen kepada artikel-artikel saya.
Sesungguhnya Allah, Tuhan semesta alam tidak memerlukan sebarang sekutu untuk membantuNya mentadbir alam ciptaanNya. Maka sudah tentulah Tuhan tidak memerlukan seorang perekod. Tuhan sentiasa hadir di dalam diri kita kerana Dia lebih dekat dari urat leher kita sendiri.
Maka saksi yang paling kuat persaksian hanyalah Tuhan. Keterangan sebegini banyak terdapat di dalam Al Quran. sbg contoh AQ 6:19
Damai
Allah di Sanjung!
DeleteSalamun aleikum.
ReplyDeleteSyabas saya ucapkan pada Tuan diatas kajian serta penyelidikan yg byk memberi menafaat pada kami. Moga Allah membalas kebaikan Tuan.
Saya ingin bertanya Tuan ttg tulisan Tuan diatas yg Allah tu ghaib, namun firman Allah dlm surah 7:7 mengatakan sebaliknya. Mohon pencerahan. Terima kasih
Salam saudara Taufiq Noor,
DeleteAllah sentiasa hadir di dalam diri kita. Ke ceruk mana pun kita mengembara Dia ada bersama kita kerana Dia adalah lebih dekat dari urat leher kita sendiri.
Bahkan semasa kita sedang melakukan perkara-perkara yang tidak betul seperti membuat maksiat Dia ada bersama kita.
Itulah sebabnya ramai yang menjadi ketagih untuk membuat dosa kerana semasa melakukannya hatinya akan berdebar-debar, jantung berdegup kencang dan di ketika itulah dirinya merasa paling dekat dengan Tuhan.
Utk merasai lagi pengalaman dekat dengan Tuhan maka manusia mengulangi perbuatan ini (maksiat) tanpa menyedari bahawa perbuatan ini akan membawa kemudaratan kepada dirinya.
Kebanyakkan kita apabila berdoa kita akan menadah tangan dan seringkali mengangkat muka ke langit sebagai simbolik yang Tuhan berada di langit.
Apabila berbuat begini kita akan merasakan Tuhan jauh dari kita. Seolah-olah Tuhan entiti makhluk asing yang akan turun dari langit di saat kita memerlukan.
Perkara sebegini akan menyebabkan kita sukar mencari keyakinan diri. Sepatutnya semasa berdoa kita seeloknya kembali ke dalam diri sendiri. Bermuhasabah akan kesalahan kita dan mencari jalan penyelesaiannya sendiri. Renungan yang dalam ke dalam diri sendiri pasti akan mencetus idea-idea baru.
Apabila berdoa cubalah jangan berdoa supaya Tuhan memudahkan urusan kita atau menyembuhkan penyakit kita kerana perkara ajaib sebegini tidak akan menjadi kenyataan. Tuhan membuat dunia ini dengan Sunnatullah. Tuhan memberitahu di dalam Al Quran bahawa kita akan dapati tiada perubahan kepada Sunnatullah.
Seeloknya doalah supaya Tuhan memberi kita idea atau akal untuk mencari jawapan kepada apa sahaja masalah kita.
Oleh yang demikian jawapan saya kepada soalan saudara berkenaan AQ 7:7 ialah Allah sentiasa hadir di dalam diri kita. Namun, tidak mungkin untuk kita melihat kehadiran itu dengan mata kasar. Tetapi, jika kita merenung ke dalam diri kita pasti dapat merasai pengalaman akan kehadiran dan kekuasaanNya.
Apabila anda dapat melakukan ini pasti anda akan melihat segala ciptaan Tuhan seperti alam, binatang, manusia lain dengan pandangan yang berbeza dan akan lebih menghormati nikmat ini.
Damai
Sejahteralah ke atas kamu.
DeleteSaya prenah merasai sendiri pengalaman berinteraksi dengan Allah bilamana pendarahan yang berlaku kepada anggota tubuh saya berhenti setelah saya memohon terus kepada Allah dan mengakui tiada sesiapapun jua dapat menolong tanpa izinnya. Darah berhenti mengalir, air mata yang terus mengalir..... Allah di Sanjung!!!!
Beberapa tahun dulu saya merupakan ahli agama yang sangat taat segala amalan/ritual yg dikatakan adalah perintah dari Allah. Tanpa usul periksa segala apa yg dikatakan oleh ostad2 saya ikuti kerana yakin ianya adalah tuntutan Allah.
ReplyDeleteTiba satu ketika saya telah dibentak dengan ayat2 AQ yg tuan selitkan diakhir artikel tuan. Begitu juga beberapa ayat yang bermula dengan "Wahai org2 yg beriman".
Dari ayat tersebut tidak satu pun menyatakan tentang org Islam. Hanya disebutkan orang yang beriman/percaya kemudian org Yahudi dan Nasrani serta Majusi. Tersentak fikiran saya membacanya dan berfikir kenapa tiada disebut org Islam dan Mereka (Yahudi, Nasrani, Majusi) ini juga terpelihara jika menjalankan kedamaian.
Bermula dari sini saya mula mengkaji dan mencari bertahun2. Saya mula kritikal dengan setiap persoalan tentang agama. Bermacam2 jenis jawapan saya temui namun saya sentiasa berlapang dada serta tidak menghukum tapi meraikannya.
Dari apa yg telah saya lalui selama pencarian dan kajian ini maka benarlah bahawa Amalan/ritual yang dilakukan org Islam ini adalah mutasi dari amalan/ritual agama yg lebih tua darinya. Dan amalan/ritual ini hanyalah rekaan manusia saja dengan menggunakan nama Allah untuk menakut2 manusia lain agar melakukannya.
Alam
sama macam saya juga...
DeleteSalam Tuan ashwed Dan peminat blog ini. Saya mencari tuhan seusia 8 tahun. Saya tiada masalah APA yang Tuan tulis. Cuma saya memandang semua ini sebagai world drama stage (wayang) yang dibuat oleh director(boleh panggil tuhan, god, Shiva, Allah, Dewata Mulia Raya - panggillah dengan APA nama yang kamu suka kerana ia tidak bernama)...so telah pun mengenali diri saya....
ReplyDeleteSalam , kan lucu....macam mana dunia tak kroni sedang tuhan pun kroni....dari Adam hinggal ke Muhammad dari salsilah yg satu . lagu lucu hanya orang Islam sahaja kenal jin Islam kerana lancow nya di sunat. Ini memang lucu. Tiada cerita jin. Cerita jin itu cerita Arab yang d Islam kan. Maka jin semua memakai kasut Arab. Kerana jin watak Arab maka otomatatik Islam percaya kerana Arab origin. Apa sahaja akan wujud, bila kita menyakini. Maka dunia melayu dunia bunian Dan histeria . tiada histeria dalam Dunia melainkan dalam bangsa melayu, indon , Dan India kerana kepercayaan itu diwujudkan
ReplyDeleteSalamunalaikum sahabat sekelian, mungkin 15-ayat berikut dapat memberi sedikit pencerahan;
ReplyDelete2:61 Dan ketika mereka berkata wahai muusaa kami tidak sabar dengan satu jenis makanan maka mohonlah bagi kami dari Pemeliharamu supaya diberikan kami dari apa yang tumbuh dibuminya seperti sayuran yang menjalar dan bawang putih dan merah dan dari bijirin maka dia berkata apakah kamu ingin menggantikan yang utama dengan yang lebih rendah maka kembalilah kamu ketempat asalmu dan minta apa yang kamu kehendaki maka mereka ditimpa kepapaan dan kemiskinan dan mereka kembali kepada kemurkaan Allah malahan mereka telah mengingkari ayat-ayat Allah dan mereka menghapuskan nabinya tanpa hak dan mereka mendurhakai dan melanggar perintah Dia.
2:62 Sesungguhnya orang yang amanah dan orang haaduu dan nashaaraa dan ashaabi-iina dan sesiapa amanah kepada Allah dan hari akhiratnya dan beramal soleh maka ganjaranya dari Pemelihara mereka malahan mereka tidak merasa takut dan tidak merasa sedih dengannya.
2:63 Dan ketika Kami mengambil perjanjian denganmu dan Kami angkat kamu kekemuncaknya maka ambil dianya apa yang Kami berikan dengan teguh dan ingatlah apa yang didalamnya supaya kamu prihatin.
2:64 Kemudian kamu berpaling sesudahnya jika tidak kerana pemberian dan rahmat dari Allah pasti kamu menjadi darinya orang yang rugi.
2:65 Pasti mengetahui orang yang melanggar perintah hari -ssabti diantara kamu maka Kami jadikan kamu seperti kera yang melarat.
5:67 Wahai rasul Allah! sampaikan apa yang diturunkan kepadamu dari Pemeliharamu dan jika tidak kamu lakukan dan tidak kamu sampaikan risalahnya maka Allah tidak melindungi kamu dari manusia malahan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang tidak percaya.
5:68 Katakan wahai -ahlal kitaabi kamu tidak memiliki sesuatu darinya sehingga kamu menegakkan -ttauraata dan injiila dan apa yang telah diturunkan kepadamu dari Pemeliharamu malahan tidak menambah kebanyakan dari mereka apa yang telah diturunkan melainkan dianya kebiadapan dan keingkaran malahan jangan kamu berputus-asa dengan kaum yang tidak percaya.
5:69 Orang yang amanah dan haaduu dan ashshaabi-uuna dan annashaaraa dan sesiapa yang amanah kepada Allah dan hari akhiratnya dan beramal soleh maka tiada ketakutan dan tiada keraguan bagi mereka.
5:70 Malahan Kami telah mengambil perjanjian dengan banii israa-iila dan diutuskan kepada mereka para rasul dan setiap rasul yang didatangkan tidak diingini nafsu mereka dan sebahagian mereka mendustakan dan sebahagian lagi dihapuskan mereka.
5:71 Dan mereka mengira yang mereka tidak akan diuji maka mereka buta dan mereka pekak kemudian Allah menerima taubat mereka malahan kebanyakan dari mereka masih buta dan masih pekak pastinya Allah melihat dengan apa yang mereka lakukan.
22:16 Demikianlah Kami telah menurunkan ayat-ayat yang jelas malahan Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki.
22:17 Sesunguhnya orang yang amanah dan haaduu dan ashshaabi-iina dan nashaaraa dan almajuusa dan orang yang sekutu maka Allah asingkan mereka pada hari kebangkitan dan Allah atas segalanya menyaksikan.
22:18 Apakah tidak kamu lihat telah patuh kepada Allah sekelian yang dilangit dan dibumi dan matahari dan bulan dan bintang dan gunung dan pepohon dan sekelian mahluk melata malahan sangat patut bagi mereka azab bagi sesiapa yang dihina Allah maka tiada kemuliaan baginya malahan Allah melaksanakan apa yang dikehendaki.
22:19 Inilah pertikaian yang dipertikaikan tentang Pemelihara mereka maka orang yang tidak percaya diberi api sebagai ‘pakaian’ mereka malahan dicurahkan air mendidih atas kepala mereka.
22:20 Maka melecur kulit mereka dan apa yang dalam perut mereka.
Sekian.
Terima kasih Tuan Blog & pembaca2 diatas perkongsian yg bermakna & berguna diatas.
ReplyDelete1. Saya tertarik kpd ayat2 Q2:62, 5:69, 22:17 dimana Tuhan perbandingkan diantara "ugama2" KECUALI Islam - yg BUKANnya ugama (dulu, kini & SELAMAnya), melainkan ia adalah satu AMALAN hidup yg baik2 demi Tuhan.
2. Seperkara lagi, adalah saya berpendapat, bahawa pengunaan kata nama khas "Allah" telah membawa (secara halus & berkesan) kpd KONTEKS sempit ARABISMA (budaya Arab), sedangkan ia bermaksud "Tuhan (Yg Esa)" iaitu satu KONSEP universal untuk Zat Asal yg relevan kepada, dan untuk, SEMUA.
3. Dan sesungguhnya Tuhan telah berjanji..
"Telah SEMPURNAlah kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yg benar & adil. Tidak ada yg dapat merubah2 kalimat2 Nya dan Dialah yg Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Q6:115)
"Maka patutkah aku mencari hakim selain drp Tuhan, padahal Dialah yg telah menurunkan kitab kpdmu dgn TERPERINCI? Orang2 yg telah Kami datangkan kitab kpd mereka mengetahui bahwa Al Quran itu diturunkan dari Tuhanmu dgn sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali2 termasuk orang yang ragu2." (Q6:114)
4. Walau bagaimanapun, penganut2 "ugama" Islam juga tidak bebas drp kesilapan penganut2 "ugama2" yg terdahulu..
"Mereka menjadikan orang2 alimnya & rahib2 mereka sebagai tuhan selain Tuhan Yg Esa dan Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yg Esa, tidak ada Tuhan selain Dia. Maha suci Nya dari apa yg mereka persekutukan." (Q9:31).
5. Adalah ke-enam2 (6) Imam2 pengumpul hadith yg diiktiraf SAHIH, serta jarak* pemisah selepas tarikh kewafatan Nabi (pada 632 Masehi) dgn tarikh KELAHIRAN mereka seperti berikut -
Imam Bukhari, 810 ~ 870 *(+178 Tahun)
Imam Abu Dawud, 817 ~ 889 *(+185 Tahun)
Imam Muslim, 821 ~ 875 *(+183 Tahun)
Iman ibn Majah, 824 ~ 887 *(+192 Tahun)
Imam Tirmidhi, 824 ~ 892 *(+192 Tahun)
Imam Nasai, 829 ~ 915 *(+197 Tahun)
6. Apa yg menarik disini ialah ke SEMUA Imam2 diatas adalah samada dilahirkan berbangsa FARSI ataupun dibesarkan & dididik dikalangan tradisi & budaya FARSI.
"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap2 nabi itu musuh, yaitu syaitan2 manusia & jin, sebahagian mereka membisikkan kpd sebahagian yg lain perkataan2 yg indah2 untuk menipu. Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yg mereka ada2kan." (Q6:112).
"Dan agar hati kecil orang2 yg tidak beriman kpd kehidupan akhirat CENDERUNG kpd bisikan itu, mereka merasa senang kpdnya & supaya mereka mengerjakan apa yg mereka kerjakan." (Q6:113).
"Dan jika kamu menuruti KEBANYAKAN orang2 yg di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Tuhan. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta." (Q6:116)
7. Adalah Al Quran itu BENAR apabila ia juga telah menentukan -
"Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai". (Q25:30).
Semoga kita damai selalu,
\Alhamd.
walaupun hadith itu dinamakan sahih bukhari, bukan dia yang menulisnya... maknusia pertama yang mula menulis hadith bukhari ini adalan ibnu hajar asqalani yang mendapat maklumat dari al-khushaymani, yang mendapat maklumat dari anak murid bukhari yang bernama al-firabri.
Deleteini bererti, sebenarnya hadith bukhari ini hanya lah ditulis lebih kurang 800 tahun (1466-632) selepas kewafatan Nabi Muhammad (s.a.w.)
Salam , sampai sekarang saya suka dengan speech Steve Jobs (founder of apple) semasa graduation Standford university. Jangan hidup dengan dogma orang lain. Maka bebaskan Diri. Disudut diri yang Dalam tersimpan segala rahsia.
ReplyDeleteSalaamualaikum tuan,
ReplyDeleteSaya nak tanya tiga soalan,
Apa pandangan tuan tentang homosex/gay
Dalam quran ada menceritakan tentang Kisah Kaum Lut tetapi adakah benar Allah melaknat kaum tersebut? sedangkan perasaan itu wujud secara semula jadi sejak kecil (bukan buat2)
Saya ada kawan yg homo dia cuba untuk menjadi normal tapi tak boleh alasannya "perasaan tu telah wujud sejak kecil"
Soalan kedua, apa pandangan tuan tentang solat?
secara jujurnya saya tidak solat sebb saya yakin mengingati allah itu sepanjang masa bukannya dengn cara solat.
soalan ke tiga, apa pandangan tuan tentang puasa?
dalam quran ada menceritakan tentang berpuasa tetapi allah suruh maryam makan. saya kurang paham.
harap tuan dapt membantu. terima kasih.
atau tuan boleh emailkan pendapat tuan di alamat email saya:
aliaalias2015@gmail.com
cuba cari 'Mental Bondage - Aidid Safar', boleh jawab 2 dari 3 soalan.
DeleteApabila keliru di tengah jalan, carilah pangkal jalan. Cuba baca artikel2 tuan ashwed atau mana2 blog/ebook berkaitan alQuran secara sistematik iaitu dari artikel pertama... jgn sekejap ke sana dan sekejap ke sini.
DeleteItulah yg saya lakukan bila mula2 terjumpa salah satu artikel tuan ashwed. Sejak itu, saya google sendiri mencari hujah2 dan bukti. Saya juga mencari buku2 utk mengesahkan pemahaman saya. Apa yg pasti, pencarian ini perlu bermula dari awal, bukan ditengah2.
Setiap individu perlu membaca, kaji dan fahamkan sendiri apa persoalan yang berkecamuk dalam fikiran berkenaan Agama ini.
DeleteKebenaran (Haq) terdapat dalam diri masing2. Hanya diri sendiri lah yang dapat membezakan mana yang Haq dan mana yang Bathil.
Dalam blog ni semua artikel adalah bersandarkan kebenaran dan bukan putar belit seperti kitab2 kuning, kitab hadis dan fekah.
"Apabila yang Haq tertegak maka yang Bathil pasti musnah".
Alam
Saya pun mushkil juga; dalam "Sorga" Arab, kaum LELAKI dapat menikmati perawan & pemuda yg abadi -
Delete"Dan berkeliling di sekitar mereka anak2 muda untuk mereka, seakan2 mereka itu 'mutiara' yang tersimpan. (Q52:24)
"Mereka dikelilingi oleh anak2 muda yang tetap muda," (Q56:17)
"Dan mereka dikelilingi oleh pelayan2 muda yang tetap muda. Apabila kamu melihat mereka, kamu akan mengira mereka, 'mutiara' yang bertaburan." (76:19)
Secara teknikal kehadiran pemuda tidak semestinya bermaksud aktiviti seks gay tetapi secara gambaran, perawan2 di "syurga" Arab juga dibandingkan sebagai "mutiara" -
"Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana 'mutiara' yang tersimpan baik. Sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan. (Q56:22~24).
Persoalannya, adakah insan "gay" setaraf dengan kaum perempuan iaitu sebagai PEMUAS nafsu kaum lelaki di "Sorga" Arab kelak?
Harap maaf sekadar bertanya..
Salam.
Dama Saudara aliaalias,
DeleteJawapan kepada soalan 2 dan 3 terdapat di dalam blog ini. Kena baca blog ini dari mula.
Untuk soalan ke3. Bagi saya tema Al Quran yang utama ialah mengenai kedamaian (islam) dan cinta. Maksud cinta adalah sangat luas untuk diungkapkan maknanya.
Jika kita melihat cinta dari sudut hubungan di antara manusia. Kita akan dapati bahawa Al Quran meminta kita untuk bercinta iaitu memupuk perasaan kasih saying di antara lelaki dan perempuan, termasuk di antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan.
Cthnya saya seorang lelaki manakala bapa saya juga seorang lelaki. Namun, Al Quran menuntut supaya saya mencintai bapa saya yang juga seorang lelaki. Begitu juga di antara anak perempuan dengan ibunya. Di antara rakan-rakan yang sesama jenis juga kita dituntut untuk saling kasih mengasihi dari situ wujudlah sahabat akrab, rakan kongsi perniagaan dan lain-lain.
Yang menjadi masalah ialah apabila kita tidak tahu membezakan batas hubungan intim berbentuk fizikal.
Blog ini tidak didirikan untuk menghukum sesiapa atas apa jua cara pemikiran mereka. Blog ini juga tidak di dirikan untuk menjadi polis moral. Apa yang dihidangkan di sini adalah mengenai kebenaran.
Diri sendirilah yang perlu memikirkan buruk dan baik sesuatu perbuatan berdasarkan kebenaran yang telah dikupas di sini.
Secara peribadi saya masih belum mengkaji secara mendalam akan hal hubungan intim yang fizikal di antara pasangan sesama jenis, namun saya merasakan tidak banyak perkara positif yang dapat saya ambil jika mahu membuat hubungan fizikal sesama jenis. Oleh dari itu saya menghindari hubungan sebegini.
Mengenai keterangan Al Quran tentang kehidupan di "svarga". Saya mengambil pendapat seperti Nabi Terakhir iaitu saya tidak tahu.
Alam itu saya belum tempohi. Maka logiknya saya tidak mempunyai walau sedikit pun pengetahuan mengenainya. Kesemua maklumat mengenainya berada di dalam pengetahuan Pemelihara sahaja.
Mungkin bila saya sudah ke sana dan berjaya balik ke dunia sekarang saya bolehlah bercerita mengenai pengalaman saya.
Damai.
Reproducing my comments in another blog on question 1:
Delete"God created all things in pairs for a reason. Sexual organs anatomically receptive to each other for pleasures, as well as reproduction, were created for a reason. And deviation of what been created will surely churn the wrath of the creator.
Surah 11:78 should be read through to 11:79. When you refused something and wanting the opposite speaks volume of the inclination and preference of the wanted. Hence, we know what God allows and what not.
My thoughts.
dalam segi "gay" ini, sudah jelas yang perbuatan terkutuk ini amatlah dilaknati oleh Allah saperti yang telah dinyatakan didalam surah ini:
ReplyDelete26:160
(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
26:161
Ketika saudara mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
26:162
"Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
26:163
"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
26:164
"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
26:165
"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,
26:166
"Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!"
26:167
Mereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!"
26:168
Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu".
26:169
(Nabi Lut berdoa): "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu."
26:170
Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya - semuanya
26:171
Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu.
26:172
Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut).
26:173
Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.
26:174
Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
tanpa ragu-ragu lagi... satu perbuatan yang dilaknati Allah.